18
AKHIRNYA hari tu datang
juga. Siang malam aku berdoa agar masa dilambatkan. Tapi apa kuasa yang aku ada
untuk menidakkan sesuatu yang sudah pasti. Aku pasrah. Selepas subuh tadi, Syed
ada SMS aku. Banyak sungguh pesanan
yang dia sampaikan.
- banyak-banyakkan berdoa.
- Lepas subuh jangan tidur lagi.
- Jangan banyak termenung.
- Makan kenyang-kenyang.
- Percayakan abang.
- Jujur dan ikhlas terima abang.
- Sayangi abang dan cintai abang sepenuh hati tapi jangan melebihi
mencintai abang kerana mencintai Allah adalah yang harus utama.
Amboi.! Pesan macam nak lepaskan dia pergi berperang pulak.
Nak ke manalah agaknya..! Nak pergi lawan tentera israil kot..! Huh.!
baik aku mintak putus sebelum aku bergelar janda.
Semalam sebelum tidur emak beria-ria pakaikan aku inai.
Mula-mula aku tak mau sebab bukan bersanding pun. Tapi bila emak aku dah start memujuk, aku ikut jelah.. Nanti merajuk pulak.! Setengah
jam saja aku pakai, jari aku dah merah menyala. Emak kata kalau nak tahu
pengantin masih dara atau tidak, tengok pada merah inai di jarinya. Kalau baru
pakai sudah merah menyala, itu bermakna dia masih suci. Hee..! mak aku ni tak habis-habis dengan petua dan pantang larang
dia. Dia tak percaya kat aku kot.. Anak dia ni baik tau..!
Disamping suruh
berinai, emak aku siap tempah Mak Andam pulak. Aku rimas tapi aku ikut jugak.
Kalau ikutkan aku, aku nak kawan aku yang solekkan aku. Tapi menurut emak, Mak
Andam yang dia pilih ni banyak pengalaman dan pandai menilik. Mak aku ni nama saja
bakal Hajjah. Tapi masih percaya pada benda-benda karut tu semua. Katanya lagi
Mak Andam ni boleh tahu sama ada aku masih anak dara atau tidak. Hm..sebab tu rupanya. Agaknya dia masih
tak puas hati kot tengok inai merah
di jari aku semalam. Aku tak kisah sebenarnya sebab aku yakin aku masih anak
dara. Tapi macam mana kalau firasat Mak Andam tu tak betul. Mahu aku kena
lenyek-lenyek dengan batu giling yang emak aku guna untuk giling inai semalam.
Bukan aku pandang rendah pada kemampuan Mak Andam tu, cuma aku kurang yakin
saja.. Tak apalah Kak Ema.. majlis bersanding nanti orang jemput Kak Ema pulak
untuk solek orang ye..! Kali ni bagi dulu peluang pada Mak Andam pilihan emak
tu..!
Lepas siap
bersolek, barulah aku kenakan kebaya labuh yang aku tempah pada abang Manja
dulu. Semalam aku dah try. Rasa macam
ketat sikit di bahagian pinggang. Mungkin terlebih makan lemang dengan rendang
kot hari raya hari tu. Nampaknya lepas ni kena kurangkan sikit sebab majlis
bersanding aku dijangka lepas sebulan ayah dan emak pulang dari mekah. Maknanya
aku ada masa dalam empat bulan untuk turunkan berat badan. Hm..rasanya sempat..
Aku pusing kiri
dan kanan membelek badan aku yang dah tersarung dengan baju buatan Abang Manja.
Aku sendiri kurang percaya adakah yang ada dalam cermin depan aku tu, aku.
Cantiknya aku..! Tak ada lagi yang sudi nak memuji, baik aku puji diri sendiri
dulu sebelum ada yang mengeji.
Sebelum ni mana
pernah aku bersolek beria-ria macam ni. Nasib baik bukan Arie yang jadi suami
aku. Kalau tak, dah tentu dia pengsan tengok aku. Dulu dia pernah cakap, kalau
aku bersolek sah-sah muka aku macam cina opera atas pentas buat tarian naga.
Aku terasa jugak masa dia cakap macam tu. Siap aku sekeh-sekeh lagi kepala dia.
Tapi hari ni aku lihat sendiri wajah aku bila siap di solek. Kalau Arie tengok
dah tentu dia tarik balik statment
yang pernah dia bagi dulu.
Majlis nikah aku ni
aku buat ala kadar saja. Jemputan pun terdiri daripada saudara mara dan jiran
tetangga. Itu pun aku rasa macam meriah sangat. Sejak semalam rumah aku dah
penuh dengan sanak saudara belah ayah dan emak. Kalau ikut saudara ayah dah
hampir setengah kampung. Samalah jugak dengan emak. Nasib baiklah sebelum raya
aku dah suruh ayah sambung sikit rumah. Itupun masih tidak mampu menampung
saudara-mara yang hadir. Nasib baik tak roboh pondok buruk ayah aku ni.
Kawan-kawan seorang pun aku tak jemput. Malah berita tentang
pernikahan aku langsug aku tak maklumkan pada sesiapa kecuali Fiza. Bukan niat
aku mahu merahsiakan, cuma aku tak mahu banyak disoal siasat. Dia orang tu
kalau dah mula bersoal jawab, kalah pegawai CSI. Berita aku dah bertunang pun
tak ramai yang tahu. Sebenarnya aku tak mahu dicop terdesak hingga terpaksa
terima permintaan keluarga, sebab itulah aku diamkan saja. Faham-faham sajalah mulut
minah-minah dekat kilang tu. Dulu semua tu teringin nak jadi reporter tapi sebab terlebih pandai
merepot, jadilah operator. Ter-ter jugak bunyi hujungnya..!
Menurut ayah,
majlis akad nikah akan berlangsung di masjid kampung aku. Ayah suruh aku turut
serta, tapi aku tak mahu. Aku malu sebenarnya. Rasanya aku belum kuat untuk
menatap wajah suami aku. Jadi aku tunggu di rumah saja.
Jam dah dekat pukul
sebelas pagi. Kata emak rombongan bakal suami aku dah pun tiba di masjid.
Patutlah aku tak nampak bayang ayah, abang-abang dan adik-adik aku serta
bapak-bapak saudara aku yang lain. Rupanya mereka semua sudah berada di sana.
Aku hanya menanti di rumah. Ini bermakna, bila-bila masa saja aku akan bergelar
isteri kepada Syed Hassan. Apa yang aku rasa sekarang ni ialah berdebar dan
berdebar. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara emak di muka pintu bilik aku.
“Tirah nak makan?” Emak tanya sambil membawa sepinggan nasi
serta sedikit lauk ayam masak merah. Aku menggeleng lemah walaupun masa tu aku
lapar sangat dan kebetulan pulak itu adalah lauk kegemaran aku.
“Orang tak ada seleralah mak..! Yang sebenarnya orang takut
ni..!” Jawabku lemah.
“Janganlah macam ni! Laki Tirah tu bukannya makan orang! Mak tahu sejak semalam Tirah tak makan langsung.
Mari mak suapkan sikit.”
Pujukkan emak buat
aku sedikit sebak. Jangan nangis..jangan nangis..! Nanti habis make-up aku ni. Aku tarik nafas
dalam-dalam menghalau rasa sebak.
“Orang dah make-up
cantik-cantik ni. Nanti habis comot..!” Emak ketawa kecil lepas dengar gurauan
aku.
“Emak seronok sangat Atee kawin hari ni. Inilah hari yang
mak nanti-nantikan selama ni. Dah lama mak teringin nak tengok Tirah kawin.
Anak mak hari ni cantik sungguh.! Mak tak ada apa yang nak bagi pada Tirah. Cuma
ni saja yang mak mampu bagi.” Kata emak lalu keluarkan sesuatu dari saku baju
kurungnya.
Aku tergamam melihat sepasang gelang tangan sebesar ibu jari
aku di tangan emak. Tangan kiriku ditarik lembut oleh emak lalu dipakaikan
gelang tangan itu ke tangan aku. Aku tahan sebak. Aku tak mahu menangis. Wajah
emak aku pandang penuh sayu. Seumur hidup, aku tak pernah tengok emak pakai
gelang tangan ni. Mungkin emak sengaja simpan untuk aku. Akukan satu-satunya
anak perempuan yang dia ada.
“Kalau Atee tak mau, lepas majlis bagi balik tau!" Kata emak
sambil ketawa kecil. Aku tahu emak sengaja cakap macam tu sebab tak mahu aku
menangis. Aku turut ketawa. Emak aku ni memanglah yang terbaik dan yang paling sporting.
“Sebenarnya orang tak boleh terima barang mak ni. Inikan mak
punya!” Kata ku perlahan.
“Memang mak punya. Tapi mak beli dengan duit yang Atee bagi
pada mak tiap-tiap bula tu.! Lagipun kalau mak mati, siapa yang layak terima?
Bukan Tirah?” Aku pandang wajah emak tepat bila terkejut emak sebut soal mati.
“Mak janganlah cakap macam tu.. Nanti orang nangis. Habis make-up orang nanti..!”
“Okey okey okey!..mak
tak cakap dah.. Tapi Tirah kena makan. Mak takut Tirah pengsan nanti.”
“Orang okeylah..!
Mak jangan risau. Anak mak ni kuat!” Aku cuba yakinkan emak. Memang aku lapar
tapi aku betul-betul tak ada selera nak makan.
“PENGANTIN dah sampai..!”
Laung satu suara dari luar rumah. Aku semakin gelabah di dalam bilik. Tangan
kaki aku dah rasa macam rendam dalam ais batu. Mahu saja aku jenguk kepala di
tingkap bilik yang menghala ke halaman rumah. Tapi aku takut nanti digelar tak
menyempat pulak.. Nampak sangat kegatalan aku ni menyerlah.
“Sila-sila..! Jemput naik..! Pengantin jangan malu-malu.
Macam tak biasa pulak..!”
“Haah la..macam
tak biasa pulak. Jaga-jaga naik tangga tu, jatuh bangun sendiri..!”
Aku dengar suara along dan angah bersilih ganti mengusik
suami aku. Dalam rasa gemuruh aku rasa macam nak tergelak dengan gurauan macam
tu. Tapi pelik sangat rasanya ayat along tu. Suami aku tu biasa ke datang sini?
Setahu aku cuma sekali.
Suasana di ruang
tamu aku rasa lengang sekali walaupun kedengaran suara-suara berbisik. Aku
sabar menanti dalam bilik. Kaki aku pun dah mula rasa kebas sebab dah lama
duduk bertimpuh. Nasib baiklah kain yang aku pakai ni tak sendat sangat. Adalah
ruang sikit untuk kaki aku bernafas.
“Tirah..suami Tirah nak masuk batal air sembahyang.” Kata
emak sambil berdiri di muka pintu. Aku tergamam.
“Hah.! Dia nak
buat apa?” Kepala aku dah ingat lain.
“Batal air sembahyang.. Sarung cincin.!” Sergah emak
perlahan.
Aku urut dada lepas lega. Ingatkan nak buat apa tadi. Aku
kembali tunduk pandang lantai. Bila terdengar derapan beberapa kaki melangkah
masuk ke dalam bilik aku, darah gemuruh aku datang lagi. Berdeguk-deguk air
liur aku telan sampai aku rasa dah tak ada liur yang tinggal dalam mulut aku.
Aku perasan ada
seseorang sedang duduk berhadapan dengan aku masa tu. Yang aku tahu dia suami
aku. Sebab dari pakaian yang dia pakai memang sedondon dengan aku, siap
bersampin songket berwarna hitam. Aku tak berani nak angkat muka.
“Hulurkan tangan tu Tirah.” Bisik emak yang duduk di sebelah
aku.
Aku akur. Bila
tersarung saja cincin di jari manis, aku tergamam. Cincin tu memang sebijik
macam cincin yang Arie tempahkan untuk tunang dia Sarah. Tak sangka suami aku
tahu citarasa aku. Aku tersenyum dalam diam. Betullah kata ayah, Syed dan Arie
punya persamaan. Kemudian dipakaikan pula rantai tangan di pergelangan tangan
aku. Aku terkedu. Sebabkan lengan baju aku sedikit labuh, aku tak dapat nak
tengok dengan jelas rupa rantai tangan tu. Jadi aku abaikan saja.
Nanti-nantilah belek..! Bukan nak kena bagi balik pun macam gelang tangan mak
aku yang aku pakai di tangan kiri aku ni.
“Salam tangan suami.” Bisik emak lagi.
Aku hulurkan tangan dan tangan aku disambut. Aku tunduk lalu
mengucup tangannya. Lama aku tunduk sebab ramai yang nak ambil gambar saat-saat
pos macam tu sehinggalah along dan beberapa suara yang lain mengarahkan agar
suami aku mengucup dahi aku pula. Saat-saat macam nilah yang buat aku nak
pengsan. Dalam novel pun babak macam ni buat aku terasa berdebar-debar. Syok sendiri..! Suara riuh rendah
mengusik buat aku hanya mampu pandang ke bawah. Bila jari suami aku menyentuh
dagu supaya aku mendongak ke arahnya, aku pejamkan mata rapat-rapat. Cup!
“Tak sudi tengok abang ke?” Dia tanya perlahan.
Dan secara automatik aku buka mata. Bila terpandangkan wajah yang sedang tersenyum nakal tu serta merta mata dan mulut aku melopong dan aku pun.. Bumm!!! Terlentok kepala aku atas riba dia. Dalam separuh sedar aku dengar suara riuh rendah memanggil-manggil nama aku berulang kali. Aku cuba membuka mata tapi mata aku semakin berat. Dalam hati aku berkata, SIAP KAU.!!!
Dan secara automatik aku buka mata. Bila terpandangkan wajah yang sedang tersenyum nakal tu serta merta mata dan mulut aku melopong dan aku pun.. Bumm!!! Terlentok kepala aku atas riba dia. Dalam separuh sedar aku dengar suara riuh rendah memanggil-manggil nama aku berulang kali. Aku cuba membuka mata tapi mata aku semakin berat. Dalam hati aku berkata, SIAP KAU.!!!
AKU pandang kiri kanan. Jam bulat yang tergantung di dinding
aku pandang sekilas. Dah pukul satu suku rupanya. Aku nampak seseorang tidak
jauh dari katil tempat aku berbaring. Aku cuba ingat apa yang jadi, dan aku
memang ingat. Kini aku dah bergelar isteri kepada dia yang sedang menadah
tangan berdoa, dan aku tahu dia hampir selesai solat zohor. Setelah aku tengok
dia mengaminkan doanya, aku cepat-cepat pejamkan mata semula. Tak mahu tengok
dia. Hati aku sakit sangat sebab kena tipu hidup-hidup oleh dia, mak, ayah dan
adik beradik aku. Bersubahat rupanya dia orang ni..!
“Sayang..bangunlah.! Abang tau sayang dah sedar.” Rayunya
sambil mengusap tangan aku.
“Tak nak!” Aku jawab
sambil tutup mata. Dia ketawa mengekek.
“Orang pengsan pun boleh bercakap ek?” Dia tanya sambil ketawa. Aku terus buka mata pandang dia
tajam.
“Penipu! Pembohong!” Aku bingkas bangun lalu duduk mengadap dia. Laju
saja tangan aku tampar-tampar bahu dia. Bila dia gelak lagi kuat, lagi kuatlah
aku bagi hadiah penyedap dekat bahu dia.
“Okey okey okey..abang
mintak maaf.” Katanya perlahan sambil menangkap tangan aku lalu diletakkan di
dadanya. Kemudian jemari aku dibawa ke bibirnya lalu dikucup lembut. Aku menjeling tajam. Aku cuba
menarik tangan aku tapi genggaman tangannya lebih kuat dan erat.
“Tak baik tau buat orang macam ni..!” Aku dah muncung
sedepa.
“Abang mintak maaf okey!
Kalau abang tak buat macam ni, sampai bila-bila Atee takkan terima abang.”
“Pernah ke orang cakap tak mahu terima?”
“Pernah. Dulu abang ajak kawin tapi Atee kata belum
bersedia.”
Aku cuba ingat. Ya..memang
dia pernah ajak aku kawin, tapi masa tu aku memang tak ada perasaan pada dia
lagi. Sekadar rasa sayang pada seorang teman saja.
“Hee..gelilah
berabang-abang dengan awak..!” Tiba-tiba aku ubah tajuk perbualan.
“Apa? Awak? Hari tu dah cakapkan takde awak saya lagi.. tak ingat?”
Aku tersenyum malu.
“Peliklah. Segan nak panggil macam tu!”
“Dalam telefon abang dengar okey je..!”
“Okey sebab tak
kenal lagi. Sekarang orang dah tau aw..!”
“Aipp! Takde
awak-awak.! Start from now.!”
Aku dah tergelak tengok dia marah. Dah lama tak kena tegur
macam tu.
“Okey abang..!” Aku
sebut juga tapi perlahan. Tangan aku dikucup lagi.
“Atee tak makan lagikan? Mak kata sejak semalam Atee tak
makan. Sebab tu pengsan.”
“Atee pengsan bukan sebab tak makan. Tapi terkejut tengok
abang. Atee hilang selera makan sejak semalam sebab asyik membayangkan muka
abang macam mana. Takut juga kalau-kalau muka abang tak memenuhi citarasa
Atee.” Dia ketawa besar dengar omelan aku.
“Atee nak muka abang macam siapa?”
Dia tanya sambil tersenyum nakal. Aku teragak-agak nak
jawab. Tapi kalau aku jawab, aku yakin dia takkan marah.
“Atee nak macam muka Azaharie. Pakwe Atee dulu.” Dia
tersengeh malu.
“Tak baik tau kalau ada perasaan macam tu. Buatnya suami
Atee tu bukan abang, itu sudah jatuh dosa!”
“Atee tau..!” Aku jawab perlahan sambil tunduk.
“Habis, kenapa buat jugak?”
“Perasaan tu datang sendiri, mana boleh tahan-tahan!”
Perbualan aku dan suami tercinta terganggu dek derapan kaki dari luar bilik
hinggalah langkah kaki itu berhenti di hadapan pintu bilik aku.
“Tirah dah sedar?” Tegur satu suara dari muka pintu bilik.
Aku dapat lihat dengan jelas wajah emak dan ayah serta
beberapa orang yang aku tak kenal. Eh
yang tu dah tentu emak dan bapak mertua aku. Lupa pulak.!
“Dah..! Dah boleh bercakap pun. Siap bukak kung fu lagi
dekat saya. Rasa macam nak patah tangan saya dikerjakan. Risau jugak saya tadi,
manalah tau tiba-tiba dia tak kenal saya.” Balas suami aku tanpa segan silu.
“Macam mana Atee?
Sama tak macam dalam novel Atee tu?”
Ayah aku tanya sambil tersenyum mengusik. Aku terus turun dari katil dan mendapatkan
semua yang ada dalam bilk aku tu. Aku hulurkan tangan pada semua.
“Atee minta maaf sebab buat semua risau. Atee betul-betul
terkejut. Nasib baik tak dapat sakit jantung.”
Semua tersenyum bila aku cakap macam tu. Serta merta Arie datang dan berdiri sebelah aku lalu bahu aku dipeluk erat. Aku tersentak. Ish.! dia ni nak bermanja pun tak kena tempat. Tak malu betul.!
Semua tersenyum bila aku cakap macam tu. Serta merta Arie datang dan berdiri sebelah aku lalu bahu aku dipeluk erat. Aku tersentak. Ish.! dia ni nak bermanja pun tak kena tempat. Tak malu betul.!
“Umi pun mintak maaf jugak sebab ikut rancangan anak umi
ni.” Kata ibu mertua aku. Aku tersenyum manis.
“Mak dengan ayah kata suami orang nama Syed Hassan. Tapi ni
Arielah ayah..Azaharie.” Ayah geleng kepala dengar aku cakap macam tu.
“Kata dah kenal Arie lama bertahun-tahun. Siap
bersayang-sayang lagi. Tapi nama Arie pun tak tau. Kawan apa macam ni.?” Sindir
ayah lalu ketawa.
“Nama anak abi dengan umi ni Syed Hassan Azaharie bin Syed
Hassan Khairie.”
Aku tergamam mendengar penerangan bapak mertua aku. Mulut
aku yang terlopong, aku tutup dengan telapak tangan aku. Selama ni aku tak tahu
pun nama dia sesedap macam tu. Eh,
bukan selama ni aku kutuk kaw-kaw ke nama Syed Hassan tu.? Bila dah ada
Azaharie dibelakangnya memuji pulak.! Nampaknya masih banyak yang aku tak tahu
tentang dia. Dan lepas ni aku kena banyak buat homework menggenai diri suami aku ni. Memang banyak pun. Sebab
perkara pertama yang aku nak tahu dulu ialah Sarah. Tapi, buat masa ni, biar
dulu. Aku perlukan masa dan ruang yang sesuai.
“Kalau dia tau pun bukan dia nak panggil betul-betul.
Kadang-kadang nama saya jadi Encik Mahmud lah.. Awang Mad la.. Harun, Wahab..
Ikut sedap mulut dia saja nak panggil apa..!”
Aku malu bila Arie dah pandai mengadu pada emak dan ayah
aku. Paling memalukan bila umi dan abinya pun ada di situ. Mesti dia orang rasa
marah sebab pandai-pandai aku ubah nama anak kesayangan mereka. Eh! Kira oklah dari aku pamggil
nama-nama yang tak elok.
“ABANG balik dulu..!” Kata
Arie sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Aku angguk sambil tersenyum.
“Esok Arie datang jemput Atee datang rumah umi ye..?”
“Insyaallah..!”Aku jawab sambil senyum. Yang sebenarnya aku
tak tahu nak jawab apa. Rasa serba salah pulak. Aku tak ada alasan untuk
menolak bila emak dan ayah seperti setuju.
Aku melangkah lega masuk ke dalam rumah bila kelibat kereta
milik ahli keluarga Arie hilang dari pandangan mata.
“Kena pergi ke mak, ayah..?” Aku tanya sebab tak puas hati.
“Pergilah..! Apa salahnya? Bukan orang lain..!” Ujar ayah
tanpa rasa bersalah.
“Takkanlah Atee nak kena pergi? Cuba mak dan ayah fikir,
kita orang ni baru nikah saja, .majlis pun lambat lagi. Nanti apa pulak kata
orang keliling.!”
“Dah nikahkan? Orang nak kata apa? Masa belum kawin dulu pun
takada siapa pun yang bising. Nak risau apa?” Pantas emak bersuara.
“Pergi tengok-tengok kenal dengan adik beradik dia saja.
Bukan buat apa -apa pun..!” Balas ayah sambil tersenyum-senyum pada emak. Emak
pun macam setuju dengan pendapat ayah.
“Mak dan ayah ni macam dah tak sabar-sabar nak suruh orang
keluar dari rumah ni. !” Rungut aku dan terus masam mencuka.
“Bukan macam tu..! Atee kena sedar. Atee dah kawin dan dah
ada taggungjawab pada suami. Keluarga Arie keluarga Atee jugak. Ayah berdosa
kalau menghalang niat baik mereka tu.”
Aku diam tanpa jawab apa-apa. Hati aku cukup tersentuh
dengan apa yang ayah cakapkan tadi. Aku terus melangkah naik ke atas rumah dan
terus masuk bilik. Aku sedih bila ayah cakap macam tu. Apakah aku puncanya
hingga menimbulkan dosa terpaksa ditanggung oleh ayah. Kalau betul bagaimana
dengan keluarga along dan angah. Tak pernahkah isteri-isteri mereka fikir semua
tu. Kesian ayah..
Peristiwa malam raya memang buat aku kecewa dengan mereka.
Seminggu abang-abang aku berada di kampung, aku dapat lihat kakak- kakak ipar
aku seperti tak senang duduk. Tambah pulak layanan suami dia orang pada emak
dan ayah memang baik. Lepas majlis tadi along dan angah cakap nak balik hari ni
jugak. Aku emak dan ayah faham. Lagipun mereka dah lama di kampung. Itu pun dah
cukup buat ayah dan emak rasa gembira. Inilah kali pertama along dan angah
pulang beraya dalam tempoh yang lama. Kalau sebelum ni, jangan haraplah..!
No comments:
Post a Comment