18
SUDAH
lebih dua bulan Huda menjadi warga
pelajar universit yang berpusat di bangi. Minggu orientasi yang
memenatkan dan menyakitkan hatinya sudah lama pergi dan dia berharap agar dapat
dikikis pengalaman itu dari memorinya secepat mungkin.
‘Ah, tak mungkin semudah itu dapat ku lupakan bila maruahku sudah sampai di tepi kaki, tinggal dipijak saja yang belum’ Getus hati Huda sendiri.
Mengingatkan kembali sejarah nya dibuli oleh pelajar-pelajar senior memang kadang-kadang rasa tidak boleh dimaafkan. Seumur hidupnya, belum pernah lagi rasa malu begitu terjadi. Terbayang wajah-wajah jelik yang menyakitkan hati.
‘Dalam banyak-banyak pelajar junior, kenapa aku yang dipilih..?’ Tanya hati nya sendiri.
Buku sains perubatan yang dibuka dan dibaca tadi masih belum satu pun yang masuk dalam kepala otaknya walaupun masih dalam bab satu. Fikirannya masih lagi terlayar saat-saat dirinya dimalukan.
‘Ah, tak mungkin semudah itu dapat ku lupakan bila maruahku sudah sampai di tepi kaki, tinggal dipijak saja yang belum’ Getus hati Huda sendiri.
Mengingatkan kembali sejarah nya dibuli oleh pelajar-pelajar senior memang kadang-kadang rasa tidak boleh dimaafkan. Seumur hidupnya, belum pernah lagi rasa malu begitu terjadi. Terbayang wajah-wajah jelik yang menyakitkan hati.
‘Dalam banyak-banyak pelajar junior, kenapa aku yang dipilih..?’ Tanya hati nya sendiri.
Buku sains perubatan yang dibuka dan dibaca tadi masih belum satu pun yang masuk dalam kepala otaknya walaupun masih dalam bab satu. Fikirannya masih lagi terlayar saat-saat dirinya dimalukan.
“Awak.! datang sini.!”
Sergah satu suara dari atas pentas dewan yang membariskan wajah-wajah keturunan
Hitler. Dari tadi Huda dapat melihat jelas wajah kakak-kakak dan abang-abang
senior yang menjalankan program itu. Tiada seorang pun yang berwajah manis.
Semua serius sambil memeluk fail. Lagak seperti seorang pengawal penjara pulak.
Huda tersentak lalu melangkah perlahan sambil buat muka poyo. Nasib baik tiada Awie atas pentas tu. Kalau tidak, dah tentu
gelaran poyo yang dia dapat.
“Kenalkan nama awak pada
semua dan ceritakan serba sedikit tentang diri awak. Saya nak dengar awak cakap
kuat-kuat, kalau saya tak dengar, awak akan dikenakan denda.”
Tanpa melengahkan masa, terus saja Huda bersuara. Menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Sebelum itu sempat Huda melihat tag nama di baju si senior. Iskandar. Hmm…
Tanpa melengahkan masa, terus saja Huda bersuara. Menceritakan serba sedikit tentang dirinya. Sebelum itu sempat Huda melihat tag nama di baju si senior. Iskandar. Hmm…
“Aku tak dengar apa yang kau
cakap..!”
Huda terkejut dengan tiba-tiba ada suara lain yang menyinggah digegendang telinganya. Tempikan yang kuat itu menyebabkan air mata Huda gugur tanpa sempat ditahan. Dirasakan tadi suaranya sudah habis kuat.
Huda terkejut dengan tiba-tiba ada suara lain yang menyinggah digegendang telinganya. Tempikan yang kuat itu menyebabkan air mata Huda gugur tanpa sempat ditahan. Dirasakan tadi suaranya sudah habis kuat.
“Cengeng.! suara aku yang romantik macam ni pun boleh buat kau dah
gugur air mata? Sedap sangat ke suara aku ni?” Ujar suara yang makin
menghampiri tempat Huda berdiri. Huda tak sanggup menatap wajah itu lantas
terus merenung ke bawah.
“Kau tak teringin ke nak
tengok muka aku yang persis Remy Ishak ni..?” Tanya senior itu lagi sambil
mendekatkan bibirnya di telinga Huda. Suara jerkahan itu membuatkan Huda terkejut
lalu menekup kedua belah telinganya menahan pedih. Air matanya terus mengalir
hingga tersedu sedan dibuatnya.
“Disebabkan kau tak berjaya
buat apa yang senior suruh, kau akan
dikenakan denda. Dendanya ialah kau kena jadi kekasih aku selama seminggu.
Dalam masa kau jadi kekasih aku, aku nak kau panggil aku Sayang dan aku pun
akan panggil kau Sayang. Setuju.?”
Huda tidak menjawab tapi terus tersedu-sedu
menangis. Suara -suara sumbang jelas kedengaran ketawakannya. Huda sudah tidak
tahan lagi, mahu saja dia lari keluar dari dewan besar itu. Tapi bila
mengenangkan tidak tahu di mana arah pintu keluar, maka dia nekad akan menolak
denda yang dikenakan. Huda cuba menarik nafas dalam-dalam menahan diri agar
sedunya berhenti.
“Saya tak setuju.!” Ujar
Huda garang lalu wajah jelik senior dipandang tepat.
Senior
tadi tersentak lalu memalingkan wajahnya mengadap Huda. Pandangan tajam Huda
dicuba lawan namun dia tewas kerana wajah putih mulus Huda sudah buat dia tidak
keruan.
“Sayang cakap apa tadi?
Sayang tak dengar!” Dia memperlahankan suara selemah mungkin dengan gaya nakal
demi menutup rasa debar di dadanya yang semakin bergolak kencang.
“Saya tak setuju.!” Jerkah
Huda di tepi telinga senior tadi. Puas hati Huda bila melihat senior tadi
menggosok-gosok telinga. Biar dia tahu siapa aku!
“Kenapa sayang? Tak cukup
seminggu? Okey, sayang akan gandakan menjadi sepuluh hari. Cukup? Kalau tak
cukup, kita kawin jelah..!” Lembut saja suara si senior seperti merengek manja.
Bergema dewan besar itu dengan suara sorakan dan ketawa apabila mendengar
arahan yang melampau itu.
Huda
kaku berdiri dengan wajah yang mencuka. Renungan tajam senior dihadapannya
ditatap dengan penuh kebencian.
“Seminggu ke, sepuluh hari ke, sebulan atau setahun, saya tetap tak setuju. Faham.! Saya datang sini untuk belajar, bukan nak bercengkerama dengan awak yang perasan bagus.! Apa awak ingat awak senior, awak boleh buat sesuka hati awak ke.? Hey! Sedar sikit diri awak tu. Awak pun pernah jadi junior, sataraf dengan kami yang baru datang. Kalau niat awak sekadar mahu membalas dendam atas apa yang senior dulu buat pada awak, ada baiknya awak hentikan niat awak tu. Awak balik ambil wuduk, solat taubat sebab selepas ini belum tentu saya akan maafkan awak kalau awak sujud di kaki saya pun. Dibuatnya dalam perjalanan balik nanti saya atau awak yang kojol dulu, masa tu saya yakin awak akan rasa menyesal tak sudah sebab tak sempat minta maaf pada saya dan junior-junior yang lain. Saya faham sangat orang macam awak ni. Habis minggu orientasi, awak semua akan datang minta maaf. Masa tu saya dah boleh hafal skrip dialog awak. Awak akan cakap, ini hanya untuk suka-suka.! Awak sedar tak, dengan kelakuan awak ni akan meninggalkan kesan negetif dalam hidup saya dan semua junior.! Kalau awak gatal sangat nak berbini, apa kata awak cari saja senior-senior yang seangkatan dengan awak ni. Rasanya dengan wajah awak yang persis Remy Ishak celup ni dah tentu ramai yang nak. Daripada awak habiskan masa buat program tak berfaedah ni, apa kata awak buat sesi ujibakat mencari isteri..Encik Iskandar a.k.a Remmy Ishak celup!! Saya rasa program tu lebih sesuai dengan awak yang dah kemaruk sangat nak kekasih @ bini.”
Panjang lebar Huda bercakap hingga suasana riuh rendah tadi bertukar menjadi sunyi sepi. Dengan rasa geram yang membuak-buak, Huda melangkah semula ke tempat duduknya.
Iskandar tergamam namun cepat-cepat dia beriaksi biasa semula bila tersedar.
“Seminggu ke, sepuluh hari ke, sebulan atau setahun, saya tetap tak setuju. Faham.! Saya datang sini untuk belajar, bukan nak bercengkerama dengan awak yang perasan bagus.! Apa awak ingat awak senior, awak boleh buat sesuka hati awak ke.? Hey! Sedar sikit diri awak tu. Awak pun pernah jadi junior, sataraf dengan kami yang baru datang. Kalau niat awak sekadar mahu membalas dendam atas apa yang senior dulu buat pada awak, ada baiknya awak hentikan niat awak tu. Awak balik ambil wuduk, solat taubat sebab selepas ini belum tentu saya akan maafkan awak kalau awak sujud di kaki saya pun. Dibuatnya dalam perjalanan balik nanti saya atau awak yang kojol dulu, masa tu saya yakin awak akan rasa menyesal tak sudah sebab tak sempat minta maaf pada saya dan junior-junior yang lain. Saya faham sangat orang macam awak ni. Habis minggu orientasi, awak semua akan datang minta maaf. Masa tu saya dah boleh hafal skrip dialog awak. Awak akan cakap, ini hanya untuk suka-suka.! Awak sedar tak, dengan kelakuan awak ni akan meninggalkan kesan negetif dalam hidup saya dan semua junior.! Kalau awak gatal sangat nak berbini, apa kata awak cari saja senior-senior yang seangkatan dengan awak ni. Rasanya dengan wajah awak yang persis Remy Ishak celup ni dah tentu ramai yang nak. Daripada awak habiskan masa buat program tak berfaedah ni, apa kata awak buat sesi ujibakat mencari isteri..Encik Iskandar a.k.a Remmy Ishak celup!! Saya rasa program tu lebih sesuai dengan awak yang dah kemaruk sangat nak kekasih @ bini.”
Panjang lebar Huda bercakap hingga suasana riuh rendah tadi bertukar menjadi sunyi sepi. Dengan rasa geram yang membuak-buak, Huda melangkah semula ke tempat duduknya.
Iskandar tergamam namun cepat-cepat dia beriaksi biasa semula bila tersedar.
“Sayang, siapa suruh sayang
pergi, mari sini balik.!” Arah senior itu dengan nada yang mendayu-dayu.
Namun Huda langsung tidak memperdulikan arahan itu lantas terus duduk sambil memasamkan muka. Huda nekad, apa pun terjadi dia tetap akan mendegilkan diri.
Namun Huda langsung tidak memperdulikan arahan itu lantas terus duduk sambil memasamkan muka. Huda nekad, apa pun terjadi dia tetap akan mendegilkan diri.
“Awak nak buat apa kalau
saya taknak? Nak heret saya? Silakan kalau awak berani!” Ujar Huda tanpa
pedulikan mata-mata yang sedang memerhatikannya. Dia sendiri sebenarnya tidak
meyangka akan bertindak seperti itu. Andai sesiapa yang mengenalinya tahu
insiden itu, pasti ramai yang tidak percaya.
Memandangkan kedegilan Huda sudah berada di
tahap yang paling membimbangkan, akhirnya mereka mengalah hari itu dan program orientasi tetap
berjalan walaupun dalam suasana dingin. Huda sangkakan insiden itu akan
berakhir begitu saja, namun tidak sebenarnya. Keesokannya projek mengenakannya
tetap berjalan. Bermacam-macam dugaan yang terpaksa ditelan dan terima. Air
mata jangan dikenanglah, kalau di tadah dah boleh buat air basuh kain untuk 10
helai kain. Paling memalukan apabila dituduh mencuri pakaian dalam senior dan
yang paling tidak boleh lupa ialah dia dikatakan mengandung anak luar nikah.
Ah.dugaan apakah ini? Gila..! Bentak hati Huda lagi. Lain yang dikejar di sini,
lain pulak yang dapat.!
Lamunan
Huda terhenti bila telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada sms yang baru
masuk. Dibiarkan saja kerana tahu itu sudah tentu bukan Faridz. Sebelum
kedatangannya ke situ, satu syarat telah dikenakan pada kekasihnya itu agar
jangan menghubunginya sepanjang dia berada di situ. Tujuannya adalah kerana tidak
mahu pelajaranya terganggu. Huda bersyukur kerana Faridz terima walaupun tanpa
rela hati dan yang sebenarnya dirinya sendiri tidak sanggup begitu. Teringat
dulu bagaimana mahu memujuk Faridz yang pada mulanya tidak bersetuju dengan
syarat yang dikenakan.
“Kalau abang rindu, macam
mana.?” Tanya Faridz selepas Huda mengenakan syarat.
“Banyak-banyakkan membaca
quran dan berzikir supaya hati tenang selalu. Abang kena ingat, Huda pergi
untuk belajar, bukan untuk suka-suka dan yang penting Huda percaya abang dan
abang percayakan Huda.. Kalau abang curang, faham-faham jelah ye.!” Huda
kembali mengingati Faridz.
“Abang tak sangguplah..!
Abang tak boleh hidup macam ni. Sampai hati Huda buat abang merana..”
“Abang..! Abang kata abang
sayang Huda. Takkanlah perkara kecik macam ni tak boleh buat untuk Huda..?”
“Kecik Huda kata! Nilah
perkara yang paling susah abang kena buat sepanjang hidup abang, tau tak?
Dahlah abang baru sihat. Ni nak kena tinggal pulak!” Bentak Faridz sambil
memasamkan muka. Huda ketawa kecil lantas hidung Faridz ditarik lembut.
“Buruknya muka..! Buatlah
selalu muka macam tu. Hilang encem,
Huda cari yang lain.!” Huda galak mengusik. Faridz menjegilkan mata. Dicuba
ukir senyuman walaupun hambar. ”Ok. Macam ni. Huda izinkan abang call Huda.
Itupun sebulan sekali. Boleh sms tapi seminggu sekali. Macam mana?” Akhirnya
Huda terpaksa buat keputusan begitu demi hati yang tersayang. Risau juga kalau
Faridz cuba buat sesuatu yang tak dijangka.Bila melihat Faridz sudah mula
tersenyum, hatinya lega.
“Hai..nasib badan..! Okey.
Abang setuju.” Keluh Faridz sambil diiringi dengan ketawa kecil Huda. “Macam
mana kalau Huda yang curang..” Tanya Faridz menduga.
“Huda pasti itu takkan
terjadi.!” Pantas Huda menjawab penuh yakin.
“Yakin nampak.!”
“Memang Huda yakin dengan
hati Huda. Terus terang Huda katakan yang Huda tak sanggup jauh dari abang dan
abang kena tahu, Huda percayakan abang tapi Huda tak tahu sama ada abang yakin
atau tidak dengan hati abang sendiri. Huda takut abang tak kuat masa Huda tak
ada.” Ujar Huda perlahan.
“Insyaallah.!.abang yakin
dengan hati abang.” Balas Faridz dengan renungan tajam pada sekujur wajah ayu
Huda.
Huda berasa bersyukur kerana Afini dan
Faridz selamat menjalani pembedahan sumsum tulang sebelum dia melangkah pergi.
Sempatlah dia menjaga dua beradik itu sepanjang dalam proses pemulihan.
Walaupun sedikit terkilan tidak dapat melanjutkan pelajaran bersama sahabatnya
itu, Huda bersyukur kerana Afini dapat menjalani kehidupannya seperti biasa.
Tak dapat dibayangkan saat-saat kekasihnya ditolak ketika masuk ke wad
pembedahan. Walaupun pasti kekasihnya selamat, tidak pula keyakinan itu ada
pada Afini yang semakin lemah. Namun Allah itu maha kaya dan maha berkuasa,
akhirnya Afini selamat dan tubuhnya dapat menerima kehadiran sumsum tulang
milik abangnya.
Huda
mendapatkan telefon bimbitnya yang diletakkan di hujung kepala katilnya.
Berkerut mukanya membaca nombor si pengirim. Entah siapa yang punya gerangan,
dia sendiri tidak pasti.
KALAU
PADI KATAKAN PADI.
TIDAK
SAYANG TERTAMPI-TAMPI.
KALAU
SUDI KATAKAN SUDI.
TIDAK
SAYANG TERNANTI-NANTI.
“Huh! siapa yang gila
semacam je ni.?” Bentak Huda sendiri. Telefon
bimbitnya diletakkan semula diatas meja tulisnya.
“Fara, ada orang kasi ni kat
kau.!” Ujar Rina sambil menghulurkan sepucuk surat pada Huda.
Segera Huda memalingkan pandangan matanya
ke arah jemari Rina. Huda mengeluh kesal. Rasanya sudah lima pucuk surat
diterima dari entah siapa dia sendiri tidak tahu. Sudah dapat dihafal apa yang
terkandung dalam surat itu. Kelima- lima surat itu tidak berubah langsung isi
kandungannya. Huda sudah malas nak melayan lantas diabaikan saja.
“Kau tak nak baca ke surat
ni.? Kali ni lain pulak bunyinya.!” Tanya Rina sambil melayang-layangkan surat
ditangannya. Rina tersenyum melihat riaksi kurang ceria Huda. Selama ni pun
semua surat yang menjadi milik Huda, dia yang jadi tukang baca.
“Kalau kau nak, kau aje yang
baca. Bukan dari boyfriend aku pun.!” Bentak Huda perlahan sambil meneruskan aktivitinya.
“Oo..kau dah ada boyfriend
ye?” Usik Rina sambil mendekatkan dirinya di sebelah Huda.
“Ada.” Jawab Huda jujur.
“Hai..! frust
tertonggeng-tonggenglah jawabnya si mamat ni!” Keluh Rina ambil membuka surat
yang berada di tangannya.
Sayang
tau tak, sayang dah mengecewakan harapan sayang. Sekian lama sayang menanti
sayang di depan ni, langsung sayang tak pedulikan. Sayang tak peduli.! Sayang
akan tunggu setiap hari hingga sayang datang jumpa sendiri dengan sayang dekat
bawah ni. Ikhlas dari….sayang.
“Sayang? Amboi..! siap
bersayang-sayang.” Usik Rina sambil menyuakan surat itu pada Huda.
Huda tersentak lalu menyambut huluran
Rina itu dan mengulangi membaca
kata-kata yang jelik itu. Namun entah kenapa hatinya sedikit panas.
Imbasan wajah Hitler yang sering
menggugat keimanannya muncul tiba-tiba. Huda pantas bangun lalu menjengukkan
kepalanya ke jendela. Sah! Memang dia orangnya. ‘apa hal datang cari aku.?’
Tanya Huda dalam hati.
“Pergi jelah..! orang tu dah
lama tunggu, kalau kau tak nak, aku nak.!” Seloroh Rina sambil tersengeh-sengeh.
“Kalau manusia macam tu, bagi
free pun aku taknak tau.!” Bentak Huda sambil menghenyakkan punggungnya di atas
meja tulisnya. Mukanya sudah mencuka, panas dalam badan makin lama makin terasa
panasnya. Kipas angin yang terpasang pada tahap yang paling tinggi pun tak
mampu menyejukkan. Memang sebentar tadi ingatannya terimbas pada si Hitler yang menyakitkan hati. Mungkin
betullah kata orang tua-tua, kalau tiba-tiba kita teringat pada seseorang,
orang itu pun akan teringat pada kita. Tapi kenapa dia.. Ahh..tadi pun aku
teringat pada Faridz, sudah tentu Faridz pun rindu pada aku..!
“Dahlah tu.. benda dah
lepas.! Lagipun bukan kau tak tau, program tu kan untuk suka-suka saja. Jangan
ambil hati sangatlah..!” Pujuk Rina sambil memeluk bahu Huda.
“Suka-suka apa kebendanya..!
sampai maruah aku tercemar, orang pandang aku ni macam leceh sangat. Sebab apa.? Semua sebab manusia yang tak berhati
perut tu. Kau cakap senanglah, sebab tak kena dekat batang hidung kau. Korang sukakan aku kena macam tu.?”
Balas Huda keras walaupun nadanya masih boleh dikawal pada level dua nak masuk tiga, kira-kira lagi sikit nak masuk level paling minimum kepada
maksimumlah..
Rina
diam membisu bila paku buah keras kembali padanya. Malu sebenarnya bila nasihat
yang disampaikan tadi terkena di batang hidungnya sendiri. Bukan niatnya mahu
memperlekehkan sahabatnya itu, cuma dia berharap agar dendam sahabatnya itu
berakhir begitu sahaja. Terfikir juga dia selama ini, jika tidak kerana
kelancangan Huda bertegas atas pentas dua bulan lalu, dah tentu dia atau junior
lain akan merasa nasib seperti Huda. Dalam diam dia ucap terima kasih atas
keberanian Huda. Dalam pada itu juga, Rina risau kalau dendam begitu memakan
diri.
“Kau nak jumpa dia ke taknak
ni.?” Tanya Rina ingin tahu.
“Kalau kau nak, kau aje yang
pergi jumpa dia. Tak ingin aku..!” Bentak Huda lalu meneruskan aktivitinya.
Rina tersenyum sinis sambil menggeleng
kepala. Tak tahu lagi bagaimana mahu dipujuk hati kawannya itu. Dalam
fikirannya, mungkin hati Huda memang betul-betul sudah dimiliki, kalau tidak,
masakan pemuda kacak yang sedang menanti di bawah itu tidak dilayan. Hebat
sangat ke kekasih hati sahabatnya tu?
ISKANDAR termenung panjang di laman
rumahnya. Sudah lama dia memikirkan masalah yang tidak kesudahan itu.
Rasa bersalahnya masih menghantui diri. Sudah berkali -kali diutuskan surat
pada Farathul Huda, namun hampa sahaja balasan yang dia dapat. Sejak pertama
kali memandang wajah gadis itu, hatinya bagai dicuit-cuit untuk mengenali
dengan lebih dekat lagi. Peristiwa minggu orientasi kembali ligat dalam kotak
memorinya. Entah kenapa sikap spontan tiba-tiba datang waktu itu hanya kerana
untuk mendekati dan mengenali gadis yang tak bersalah itu. Dan akhirnya dia
yang menyesal tak sudah kerana burung yang dikejar semakin menjauh terbang.
Ketika Huda mengalirkan air mata dua bulan
lalu di hadapannya, dia rasa seperti mahu memujuk dan memeluk tubuh kecil itu.
Walaupun rasa menyesal ketika itu, demi program yang sedang dijalankan, dia
harus bersabar. Takut nanti ada yang berfikiran serong pula. Masih
terbayang-bayang Huda sedang berjalan ke arahnya atas pentas. Waktu itu bagai
nak luruh segala isi jantung dan hati melihat Huda sedang mendekatinya. Bila
Huda benar-benar berada di hadapanya, dia seakan kelu seribu bahasa.
“Kalau dah rindu sangat,
pergi jelah jumpa.!” Sergah Hjh Naimah dari belakang sambil menepuk bahu Iskandar yang sedang melamun.
“Ish, mak ni..! terkejut Is.
Kalau macam ni hari-hari boleh sakit jantung. Mak jangan salahkan Is pulak
kalau satu hari nanti tak ada yang nakkan anak mak ni yang ada penyakit kronik.
Masa tu mak jangan merayu-rayu suruh Is kawin sebab kempunankan cucu.”
“Amboi-amboi..! Anak mak ni
kalau bercakap, kalah menteri. Taulah cita-cita awak tu nak jadi menteri.”
“Tau takpe.!” Sampuk
Hj.Tahir dari belakang.
“Anak awak ni dari tadi
termenung panjang. Macam ada masalah je.!” Kata Hjh. Naimah pada suaminya. “Tak nak kongsi ke.?” Sambungnya lagi sambil mengalih pandangan pada Iskandar yang sedang tersengeh malu. Kebiasaannya apa saja masalah yang melanda dalam anaknya
itu, dialah orang pertama yang tahu, tapi kali ini tidak. Hatinya sedikit
menjauh.
“Tak ada apalah mak,ayah..! tak serius pun,
cuma ada hal sikit dekat kampus. Sehari dua lagi settlelah..!” Balas Iskandar
bagi mengaburkan pandangan syak wasangka orang tuanya.
“Mm. Ingatkan fasal awek.!”
Sampuk Hj. Tahir sambil ketawa kecil.
Merona wajah Iskandar bila apa yang
difikirkan tadi dapat dikesan oleh Hj. Tahir. ‘Ah.. nama pun orang tua, sudah
banyak garam yang dimakan, bererti sudah banyak pengalaman yang ditimba.’ Kata
hatinya.
“Tak apalah mak, ayah.. Is
masuk dulu. Ada tugasan yang tak siap lagi.” Iskandar cuba beralasan
agar apa yang dirasakan kini tidak disedari oleh kedua orang tuanya.
“ASSALAMUALAIKUM.!” Sapa Iskandar dari belakang.
“Waalaikummussalam.!” Jawab
Huda lalu menoleh. Wajahnya on the sport
mencuka. Disebabkan terkejut, buku dan kertas kerja yang didakap jatuh
berterabur. Segera Huda membongkok lalu mengutip apa saja yang berterabur.
“Saya mintak maaf, takde niat
pun nak buat awak terkejut.!” Kata Iskandar serba salah. Cepat-cepat dia
menolong mengutip buku Huda tapi cepat saja ditepis Huda. Melihatkan wajah di
hadapannya itu kelat mencuka, dia sedar, kemarahan berbulan yang lalu masih
berbaki. Dari rumah tadi, dia sudah nekad akan terus merayu dan memohon kemaafan
walau apa cara sekalipun. Bila nampak Huda melangkah keluar dari perpustakaan,
terus dia mengekori Huda tanpa Huda sedar.
“Saya merayu pada awak,
tolong maafkan saya.!” Ucap Iskandar ketika Huda memusingkan badan untuk
beredar. “Saya tahu dan faham perasaan awak pada saya. Saya mengaku saya salah.
Tapi bagilah peluang pada saya tebus kesalahan saya. Bila saya ingat balik
kata-kata awak dulu, saya jadi takut. Saya takut kalau umur saya tak panjang
tanpa mendapat kemaafan dari awak.”
Huda
kaku membisu. Dalam diam Huda tersenyum sinis dalam hati. Bukankah dia pernah
berkata dulu, pemuda itu pasti akan datang merayu memohon maaf. Tiba-tiba rasa bersalah
pulak membiarkan Iskandar begitu. Kalau dulu Hitler mati tak sempat mohon maaf pada semua yang menerima
kekejamannya, tapi apalah salahnya kalau
Hitler di depannya itu mendapat kemaafan darinya. Terfikir- fikir juga dalam hati, dia bukanlah kejam sangat sampai
tak mampu memberi kemaafan pada si pesalah. Sedangkan Nabi ampunkan umat,
inikan pula dia hamba yang kerdil. Sambil memusingkan badan mengadap Iskandar
di hadapannya, Huda menarik nafas dalam sebelum meneruskan bicara. Wajah
putihnya yang kemerahan tadi sudah beransur normal.
Rasa panas di muka pun tidak terasa lagi. Wajah Iskandar ditatap dalam-dalam
mencari kejujuran. Takut juga kalau kata-kata maaf itu hanya sekadar ingin
memainkan lagi dirinya. Tapi bila memikirkan yang minggu orientasi sudah
lama berlalu, hati Huda sedikit lega.
“Okey, saya maafkan awak,
tapi dengan syarat.!” Ujar Huda dengan serius. Dalam hati dia sempat memuji
kekacakan Iskandar. Hmm..patutlah perasan macam Remmy Ishak. Memang ada
sikit-sikit cuma Iskandar berkulit putih, tak seperti Remmy Ishak yang berkulit
sedikit gelap. Bila melihat Iskandar tersenyum manis, Huda balas dengan senyum
sinis.
Kening Iskandar yang lebat tersusun kemas
terangkat minta penjelasan.
“Mulai hari ni jangan ganggu
saya lagi. Saya tak ingin berjumpa atau terserempak dengan awak. Tengok muka awak
buat saya rasa sakit hati.”
“Besar sangat ke kesalahan
saya sampai awak terpaksa maafkan saya dengan cara macam ni.? Nampak sangat tak
ikhlas.” Balas Iskandar selepas melopong mendengar syarat Huda.
Melopong
mata Huda mendengar ulasan Iskandar. “Memang besar! Seumur hidup saya tak
pernah dimalukan macam ni. Saya tak boleh terima! Sepatutnya awak bersyukur
sebab saya masih ada rasa perikemanusiaan, bukan macam awak, Hitler.! Pelikkan awak ni? Dah buat
salah pun masih tak sedar salah awak tu besar atau tidak! Awak memalukan saya
dikhalayak ramai, awak masih ada hati nak tanya besar atau tak salah awak tu.?”
“Hitler.?” Iskandar tergamam seketika sebelum mengeluh lemah. “Hmm..
Hitler pun Hitlerlah..! Tapi saya ikhlas nak mintak maaf.” Jelas Iskandar ikhlas.
“Ye, saya tahu, saya pun
ikhlas maafkan awak. Tapi buat masa sekarang, saya masih tak boleh lupakan apa
yang awak dah buat pada saya.”
“Tapi saya nak kawan dengan
awak.”
“Saya tak ingin ada kawan
macam awak.!” Bentak Huda perlahan.
“Itu tandanya awak belum
maafkan saya.”
“Terpulang pada awak nak
menilai. Saya memang ikhlas maafkan awak, Cuma saya harap tak bersua muka lagi
dengan awak. Bila saya pandang muka awak, hati saya sakit sebab ingat balik apa
yang awak buat pada saya.”
“Awak letaklah apa saja
hukuman, asalkan awak puas hati. Saya ikhlas nak berkawan.”
Huda
serba salah dan terdiam. Ajaran orang tuanya yang diterima agar memaafkan orang
seperti tidak diperaktikkan. Huda mengeluh kesal. “Baiklah, saya terima
berkawan dengan awak.” Jawab Huda serba salah.
Wajah Iskandar bertukar ceria. Senyuman yang
diterima dari Huda benar-benar menggugat keimanannya. Sudah lama diperhatikan wajah itu dari jauh, tidak pernah sekalipun senyuman terukir namun
wajah itu tetap tenang . Melihatkan wajah di hadapannya itu ikhlas, Iskandar
melepaskan keluhan lega.
“Terima kasih.! Nama saya Syed
Iskandar bin Syed Tahirudin dalam jurusan kejuruteraan elektrik. Memandangkan saya senior, awak boleh panggil
saya abang Is. Lagipun saya tak ada adik, tak salahkan kalau awak jadi adik
saya. Salam perkenalan.!” Ucap Iskandar lalu menghulurkan tangan.
“Bukan Hitler.?”
Balas Huda cuba berseloroh sambil tersenyum sinis. Melihat Iskandar tersengeh malu, dia ketawa kecil. Namun huluran Iskandar
dibiarkan saja sambil mengangguk.
Iskandar memahami situasi itu lantas segera menarik kembali huluran tangannya sambil tersengeh.
“Saya Farathul Huda Marzuki dalam jurusan perubatan sains. Okey, saya terima jadi adik abang Is. Panggil saya Huda, tapi dekat sini ramai yang panggil Fara. Suka hatilah abang Is nak panggil yang mana satu.”
Iskandar memahami situasi itu lantas segera menarik kembali huluran tangannya sambil tersengeh.
“Saya Farathul Huda Marzuki dalam jurusan perubatan sains. Okey, saya terima jadi adik abang Is. Panggil saya Huda, tapi dekat sini ramai yang panggil Fara. Suka hatilah abang Is nak panggil yang mana satu.”
“Terima kasih Huda.! Bakal
doktorlah ni.. Mm.. panggil sayang tak boleh.?” Tanya Iskandar sambil tersenyum
nakal.
“Melampaulah tu..!” Bentak
Huda keras. Iskandar ketawa besar. “Okeylah, Huda gerak dulu. Opts..! satu Huda
nak ingatkan, kalau nak kawan dengan Huda, tolong elak telefon , Huda tak mahu
diganggu ketika belajar atau tidur.
Kalau abang Is engkar, sampai bila-bila pun abang Is takkan dapat berkawan
dengan Huda lagi.!”
“Habis tu, macam mana abang
Is nak jumpa dengan Huda.?”
“Sekarang kan dah jumpa..!”
Balas Huda buat-buat tak faham.
“Sms boleh.?” Tanya Iskandar
dengan nada sayu merayu. Huda terdiam sambil berfikir.
“Okey. sms boleh, itu pun dua minggu sekali, tak boleh lebih.!”
Jawab Huda tegas. Huda teringat syarat-syarat yang dikenakan pada Faridz, cuma
Faridz dikurangkan kepada seminggu sekali. Walaupun rindu membara setiap detik,
Huda terpaksa terima andai itu yang dipilih demi masa depannya dan Faridz.
“Hari-hari tak boleh.?”
Iskandar bertanya. Melihat Huda hanya menggeleng, Iskandar mengeluh. “Kalau
abang Is hantar jugak sms hari-hari?” Iskandar masih mencuba.
“Hantar sendiri, balas
sendiri.!” Balas Huda lalu beredar pergi.
Iskandar
pulang dengan hati berbunga. Senyumannya melebar sepanjang pemanduan ke rumah.
Dia nekad untuk terus mendekati dan berazam untuk memilik bakal doktor itu
sehingga tercapai. Bila mula mengenal dengan Huda tadi, hatinya terdetik sesuatu.
Pada pandangannya Huda adalah gadis yang lembut tapi tegas. Sudah disimpan
dalam mindanya untuk terus mendekati Huda.
PETANG itu secara tidak di duga, sekali lagi Huda terserempak lagi
dengan Iskandar. Huda perasan, sejak dia mula menerima Iskandar sebagai kawan,
Iskandar seakan-akan sengaja menantinya setiap hari di luar perpustakaan.
Iskandar bagai sudah tahu waktu di mana Huda akan berada. Walaupun sudah
ditegah agar tidak berjumpa setiap hari, Iskandar seperti buat-buat tak faham.
Oleh kerana tak mahu Iskandar terasa hati, diturutkan juga melayan. Nasib baik
layanan Iskandar tidak berlebihan. Huda juga senang tiap kali berbual kerana
Iskandar banyak memperkatakan tentang isu-isu semasa dan pelajaran yang
membabitkan dirinya. Dalam pada itu baru dia tahu orang tua Iskandar berstatus
doctor tapi sudah bersara lima tahun lalu.
“Boleh abang Is berbual
kejap dengan Huda.?” Pinta Iskandar lembut.
“Kenapa.? Penting ke.?”
“Bagi abang Is penting tapi
bagi Huda tak tahu lah pulak.!”
Setelah berfikir sejenak, akhirnya Huda
bersetuju. Wajah Iskandar terpancar riang bila permintaannya dipenuhi.
Berlegar-legar dalam kotak fikiran Huda, apakah yang penting sangat hingga
Iskandar ingin berjumpa dengannya. Selama ini pun kalau berjumpa, Iskandar
tidak pernah berkata begitu hingga sampai minta izin untuk berbual.
“Mm, apa yang penting
sangat.?” Tanya Huda bila masing-masing sudah berada di dalam cafe.
“Abang Is tak tahu nak cakap
macam mana sebab abang Is tak ada pengalaman berbual dengan mana-mana
perempuan.”
Huda tersentak, sudah dapat diagak apa
yang akan Iskandar ingin sampaikan. Namun Huda cuba berfikiran positif.
“Sebenarnya pertama kali
abang Is nampak Huda, abang Is dapat rasa ada keistimewaan dalam diri Huda.
Terus terang abang Is katakan yang abang Is betul-betul sukakan Huda. Abang Is
nak tahu apakah hati Huda sudah terisi dengan mana-mana insan bernama lelaki.?”
Huda tersenyum sinis mendengar bunga
bicara Iskandar. Sah! betul apa yang difikirkan. Difikir-fikirkan apa yang
harus dikatakan agar tidak mengguris perasaan Iskandar.
“Ohh.! dalam erti kata lain,
abang Is nak kata abang Is dah terpikat kat Huda la.. macam tu.?” Melihatkan
senyuman Iskandar sudah sampai ke telinga, Huda menggelengkan kepala. “Kalau
Huda kata yang Huda dah ada seseorang, macam mana.?” Huda tersenyum melihat Iskandar berubah wajah.
Agak lama dia membisu sebelum bersuara kembali.
"Apa pendapat abang Is kalau Huda kata Huda dah ada yang istimewa?"
"Apa pendapat abang Is kalau Huda kata Huda dah ada yang istimewa?"
“Abang Is akan terima dan
abang Is doakan Huda bahagia, cuma abang Is harap Huda sudi terus jadi adik
abang Is!”
“Terima kasih abang Is,
sebab masih sudi anggap Huda macam adik abang Is. Sebenarnya Huda malas nak
cakap hal ni. Macam tak penting! Tapi Huda kena berterus terang agar abang Is
tidak terus mengharap..”
Ujar Huda sambil menghulurkan telefon bimbitnya yang memaparkan wajah Faridz sedang tersenyum. “Kami berkawan dah lebih setahun, dah dapat restu keluarga pun.!” Ulas Huda sambil terus bercerita serba sedikit tentang Faridz. Memperkatakan tentang lelaki itu, membuatkan Huda tersenyum lebar.
Iskandar melepaskan keluhan. Walaupun hatinya cukup terhiris, akan dicuba untuk menerima andai sudah tertulis jodohnya tiada dengan gadis yang berada di hdapannya itu.
“Sebenarnya Huda tak mahu fikirkan masalah ni bila sampai di sini. Niat Huda hanya satu, nak belajar dan nak berjaya. Soal perasaan ni Huda terpaksa tolak ketepi dulu. Huda tak boleh nak campur adukkan soal pelajaran dan perasaan, Huda takut Huda tak dapat nak handle kalau dua-dua benda ni ada sama dalam serentak. Harap abang Is faham. Bukan niat nak melukakan hati abang Is. kalau Huda tak ada yang menanti pun, Huda tak boleh terima abang Is sebab cita-cita Huda belum tercapai. Menerima Faridz pun secara kebetulan dan Huda ada sebab sendiri kenapa Huda terima dia.”
Ujar Huda sambil menghulurkan telefon bimbitnya yang memaparkan wajah Faridz sedang tersenyum. “Kami berkawan dah lebih setahun, dah dapat restu keluarga pun.!” Ulas Huda sambil terus bercerita serba sedikit tentang Faridz. Memperkatakan tentang lelaki itu, membuatkan Huda tersenyum lebar.
Iskandar melepaskan keluhan. Walaupun hatinya cukup terhiris, akan dicuba untuk menerima andai sudah tertulis jodohnya tiada dengan gadis yang berada di hdapannya itu.
“Sebenarnya Huda tak mahu fikirkan masalah ni bila sampai di sini. Niat Huda hanya satu, nak belajar dan nak berjaya. Soal perasaan ni Huda terpaksa tolak ketepi dulu. Huda tak boleh nak campur adukkan soal pelajaran dan perasaan, Huda takut Huda tak dapat nak handle kalau dua-dua benda ni ada sama dalam serentak. Harap abang Is faham. Bukan niat nak melukakan hati abang Is. kalau Huda tak ada yang menanti pun, Huda tak boleh terima abang Is sebab cita-cita Huda belum tercapai. Menerima Faridz pun secara kebetulan dan Huda ada sebab sendiri kenapa Huda terima dia.”
“Okey, abang Is terima apa yang Huda cakap.
Cuma abang Is harap kita boleh terus jadi kawan sampai bila-bila dan tak
salahkan kalau abang Is terus mengharap?” Ujar Iskandar sambil tersenyum. Jelas
di wajahnya kecewa. Namun apakan daya, hati Huda seperti kuat mengatakan masa
depannya tetap bersama Faridz. Iskandar redha.
“Huda tak mahu abang Is
kecewa. Ada baiknya abang Is cari orang lain saja.”
“Izinkan abang Is. Abang Is
tak boleh nak lawan perasaan yang dah mula ada dalam diri abang Is ni.
Sedangkan yang dah kawin pun boleh bercerai, inikan pula tengah bercinta.”
Huda tersentak dengan ayat Iskandar.
Kata-kata itu pernah diungkap oleh Faridz. Hai..hati! Rindunya pada yang di
sana walau yang di sini tak henti mengharap.
FARIDZ
tenang sepanjang pemanduan. Sudah dua hari dia di Bandar Kuala Lumpur. Esok dia
akan ke Nilai pula bagi membincangkan hal projeknya yang sedang berjalan. Niat
di hati mahu berjumpa dengan Huda, namun kerjanya yang masih tidak selesai
membataskan dia berbuat demikian. Semalam setiba dia di bandar itu, segera
dilaporkan pada Huda melalui sms. Senyumnya melebar bila Huda sudi membalas
smsnya. Paling buat dia teruja bila Huda mengajaknya datang ke fakulti untuk
berjumpa. Namun apakan daya, kerana tugas yang belum selesai terpaksalah dibatalkan saja niat untuk berjumpa.
Masuk saja dalam pejabatnya, jantung
Faridz berdegup kencang. Panas dari luar masih boleh ditahan. Tapi bila nampak
saja wajah itu, panas sudah menjadi berganda-ganda. Kalau bukan sebab kerja,
sudah lama dia beredar dari situ.
“Apa you buat dalam office I
ni?” Tanya Faridz berang.
“Saja nak jumpa you. Tak
boleh?” Ujar Lisa lalu melangkah dengan gaya manja mendekati Faridz. Tali leher
Faridz diraih perlahan namun cepat saja Faridz menepis.
“Mana you tahu I ada di
sini?” Tanya Faridz kasar sambil memerhati Lisa dari atas ke bawah. Jarak
antaranya dengan Lisa begitu dekat hingga Faridz terpaksa menapak dua langkah
kebelakang agar jauh dari tubuh seksi itu. Mengucap panjang dia dalam hati
melihat penampilan Lisa.
“Semalam I dengar You
berbual dengan papa dalam telefon. I ingat you datang dengan bakal isteri You.
Sebab tu I datang. Teringin jugak I nak tengok orang yang sudi jilat bekas I”
“You jangan melampau, Lisa!
Dia terima I sebab dia tahu I mampu membahagiakan dia. Dan I terima dia sebab
dia memiliki keperibadian yang baik dan mulia. Tak seperti you! Baik you keluar
sebelum I naik hantu. Jangan sesekali tunjuk muka you lagi depan I.”
“You dah banyak berubah,
Riz. Mana Riz yang I kenal dulu? You jangan ingat you akan bahagia dengan dia.
You milik I. I takkan sesekali biarkan you lepas ke tangan orang lain termasuk
dia!” Tempik Lisa nyaring. Sejak mendengar berita tentang kekasih baru Faridz
dari mulut Dato Basri dan Datin Normy, hatinya tidak senang.
“I berubah kerana you.! I
bagi you peluang tapi you sia-siakan. Berbulan I tunggu you kembali pada I,
tapi you tak hargai peluang yang I beri. You jangan nak salahkan diri I atau
orang lain. Tanya diri you sendiri, siapa yang salah sebenarnya” Balas Faridz
dengan nada suara yang tinggi. Nampaknya Lisa masih tidak serik dengan hamukan
yang pernah diluahkan dulu. Pertama kali Faridz mengamuk ialah selepas seminggu
majlis pernikahan mereka dibatalkan. Hatinya bertambah sakit ketika itu bila
melihat Lisa buat seperti tak bersalah.
Nasib baik pintu biliknya dilengkapi sistem
keselamatan. Kalau tidak dah tentu roboh dek kerana hempas oleh Lisa yang
sedang menyinga kerana malu. Faridz merengus kasar bila Lisa hilang dari
pandangan matanya. Tak henti-henti mulutnya beristigfar panjang. Harap-harap
Lisa tidak lagi berani tunjukkan muka di hadapannya.
No comments:
Post a Comment