19
ARIE tiba di rumah aku
setelah jam menunjukkan ke pukul sepuluh pagi. Malam semalam sebelum tidur, dia
call aku untuk memaklumkan tentang
kedatangannya pagi ini. Aku ikut saja mana yang dirasakan baik. Aku tak mahu
ayah dan emak terus rasa bersalah jika aku terus berdegil. Akukan dah jadi
isteri orang. Jadi aku kena ikut cakap suami aku. Walaupun aku tahu Arie faham
dengan sikap dan tingkahlaku aku, tak semestinya aku terus dengan sikap aku tu.
Jika dulu aku bukan tanggungjawabnya tapi kini aku adalah amanahnya. Jadi aku
harus ubah sikap aku yang kebudak-budakan kepada wanita yang dewasa yang
bersesuaian dengan status aku sekarang. Kenalah ada cita-cita untuk jadi isteri
yang mithali.
Dua jam perjalanan
akhirnya aku sampai di rumah Arie. Inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke
rumah dia. Bila aku masuk saja ke dalam rumah dia, aku seakan rusa masuk
kampung. Tapi aku taklah jakun sangat..cuma terkejut sikit. Rumah mertua aku ni
besar giler dan nampak mewah sangat.
Rasa macam tak layak pulak aku berada dalam keluarga ni. Kini terbuktilah apa
yang dikatakan oleh mereka-mereka mengatakan bahawa Arie tu anak orang berada.
Dalam rumah ni aku rasa sejuk sangat. Bukan sebab pendingin
hawa tapi sebab rasa gementar aku sejak tadi. Aku cuba berlagak biasa.
Harap-harap tak ada benda buruk yang jadi. Aku tercari-cari bayang adik beradik
Arie yang ramai tu. Aku tahu adik beradik dia ramai, dan sebab itulah rumah dia
besar. Sepanjang perjalanan dalam kereta tadi, Arie sempat bercerita tentang
adik beradiknya yang lapan orang tu. Amboi..ramainya! Agaknya aku nanti mampu
ke beranak banyak-banyak macam tu. Dah ready
ke aku nak timang anak.? Rasanya belum
lagi kot.. Ha..bab ni sebenarnya tak
pernah ada dalam perancangan aku pun. Mungkin ada cuma bukan dalam masa
terdekat ni. Malas nak fikir sebenarnya.. Buat serabut otak saja. Kalau ada
terima, kalau tak ada pun kena terima jugalah.. Senangkan prinsip hidup aku.
Perinsip akaun lagi susah tau.!
“Dah sampai rupanya menantu umi!” Sapa umi Arie lalu
dapatkan aku yang tecegat depan pintu rumah. Dipeluk dan dicium macam yang
selalu emak aku buat pada aku tiap kali aku pulang ke kampung. Mesra alam
sungguh umi Arie ni melayan. Aku rasa macam mak aku pulak.
“Abi mana mi.?” Arie tanya pada uminya.
“Ada dalam bilik bacaan, kejap lagi dia keluar. Katanya ada
kerja sikit.” Aku dengar saja umi berbual dengan Arie. Dalam hati aku dah
tersenyum riang. Ada bilik bacaan rupanya. Tapi ada ke novel? Biasanya bilik bacaan untuk orang sibuk macam
abi tu hanya dipenuhi dengan buku-buku yang bersangkut paut dengan kerjanya
saja.
“Atee suka membacakan.? Sama macam Arie. Kalau Atee nak
membaca, masuk saja dalam bilik bacaan dekat sebelah tu.” Kata umi lalu
tunjukkan arah bilik bacaan yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu kedua.
Aku tersenyum dan mengangguk.
Umi Arie ni memang sportinglah.
Melayan aku bagai anak sendiri. Teringat aku pada cerita Arie dulu tentang
arwah Athirah. Kata Arie rupa aku macam arwah adik perempuan dia. Mungkin sebab
tu umi Arie begitu teruja berjumpa dengan aku. Aku simpati. Jadi aku harus
hargai setiap apa yang aku perolehi sekarang. Aku nekad untuk bahagiakan
keluarga ini.
“Atee pandai memasak?” Aku tersenyum. Aku dah agak soalan tu
pasti akan keluar dari mulut mertua aku. Ketika diajak aku ke dapur tadi aku
dah dapat rasa soalan tu akan keluar.
“Nak kata pandai, taklah sangat.. tapi bolehlah..!” Aku
jawab bersahaja.
“Atee tahu apa yang Arie suka makan?” Mertua aku tanya lagi.
Ni namanya sesi mengenal menantu ya anak-anak..!
“Atee kenal dia dah dua tahun. Dia tak pernah bagi tahu apa
yang dia suka makan. Atee pun tak pernah tanya. Tapi apa yang Atee perasan,
setiap kali makan dengan dia, lauk ayam goreng mesti ada. Dah macam upin ipin
pulak.” Aku dan umi ketawa mengekek selepas mengumpat sikit hal Arie.
“Lagi satu mesti ada masakan yang pedas-pedas. Paling
penting sambal belacan.” Aku jawab tenang. Bila mertua aku senyum lebar sambil
mengangguk aku rasa tekaan aku betul.
“Pandai sungguh menantu umi ni..!”
Puji mertua aku. Aku senyum je. Takkan nak tunjuk sangat kot sedangkan masa ni aku rasa macam
dah nak terkoyak lubang hidung aku menahan kembang.
“Abang Arie ada makanan kegemaran ke?” Aku pulak tanya. Mata
aku begitu asyik melihat kelincahan mertua aku menyediakan makanan untuk makan
tengahari. Aku nak tolong dia tak kasi. Katanya hari pertama menantu masuk
rumah ni, dia tak izinkan buat apa-apa kerja. Hm..maknanya lepas ni aku kena
bersedia.
“Dalam banyak-banyak anak umi, Arie yang senang dibela. Dia
tak banyak kerenah soal makan. Pendek kata semua dia bedal..!” Aku ketawa
dengar umi cakap macam tu. Rasa lucu pulak. Tiba-tiba aku baru perasan suasana
rumah ni sunyi sangat. Rasanya yang datang rombongan ke rumah aku semalam
hampir sepuluh buah kereta.
“Mana yang lain mi..?” Aku tanya lagi minta kepastian. Umi
diam lalu mengeluh lemah.
“Rumah umi ni besar saja Atee. Semua anak-anak umi dah ada
rumah sendiri. Dia orang tak mahu tinggal sini. Samalah jugak dengan Arie.
Kalau dia balik cuti barulah umi rasa riuh sikit. Tapi bila dia tak ada, tinggallah
umi dengan Abi saja.”
Kesian pulak aku dengan nasib mertua aku ni. Nama saja anak
ramai, tapi hidup tetap sunyi. Aku rasa pelik pulak. Rumah besar tapi anak-
anak lebih suka hidup sendiri. Macam ada yang tak kena saja.
“Semalam umi ada jugak pesan dekat dia orang semua tentang
Atee nak datang sini hari ni, tapi masing-masing sibuk. Dia orang kata, bila
senang-senang dia orang akan datang sini jumpa Atee. Atee jangan terasa hati
ye.”
Mertua aku memujuk. Aku tersenyum. Dalam diam aku lega.
Sebenarnya aku belum bersedia nak jumpa abang-abang ipar aku yang lapan orang
tu. Tak tahu nak sembang apa kalau aku bersua dengan dia orang. Boleh ke aku
melayan jika aku sorang perempuan dan mereka semua lelaki.
“Atee tak kisah mi..Atee faham kalau orang sibuk bekerja ni,
sebab Atee pun bekerja walaupun kerja kilang. Nasib baik pekan ipoh tu tak jauh
sangat dengan kampung. Atee pun bukan rajin sangat balik kampung. Kadang-kadang
dua tiga bulan sekali baru Atee balik jumpa mak ayah.”
“Baguslah macam tu. Anak-anak umi pun selalu balik cuma dia
orang tak mahu duduk sini. Masing-masing dah mampu hidup sendiri.”
“Amboi-amboi..dah ada menantu, saya pun awak dah lupa. Lama
saya tunggu kopi yang tak kunjung datang. Dah naik kering tekak saya ni..!”
Tiba-tiba suara Abi kedengaran dari arah pintu dapur. Aku pusing ke belakang
dan bangun dapatkan Abi.
“Masyaallah..saya mintak maaf bang.. terlupa.!” Jawab umi
lalu terkocoh-kocoh menuang kopi untuk abi.
“Abi sihat?” Aku tanya Abi sambil bersalam dengan Abi.
“Alhamdulillah..” Jawab Abi sambil menggosok kepala aku.
“Arie mana.?” Abi tanya aku.
“Dia keluar sekejap. Katanya ada hal sikit.”
“Elok sangatlah tu! dulu belum kawin macam dah tak
menyempat, bila dah kawin dia tinggal-tinggalkan pulak.!” Abi mula membebel.
“Takpelah abi.
Atee tak kisah pun. Lagipun dia kata urusan dia tak lama.” Aku balas perlahan.
Yang sebenarnya aku pun harap Arie tak ada semasa sesi perkenalan aku dengan
mertua aku ni. Kalau dia ada aku tak tau nak sembang apa. Nak mengumpat dia pun
tak boleh.
“Atee tidur sini ye malam ni.?”
Permintaan umi tu aku rasa sedikit berat. Kalau aku tidur
sini dah tentu aku kena sebilik dengan Arie. Aduh..aku belum bersedialah..
“Bukan Atee tak mahu. Sebenarnya petang esok Atee dah kena
masuk kerja. Maknanya Atee kena balik pagi esok.”
“Oh ye ke.! Kenapa tak ambil cuti panjang?”
“Sebenarnya start
raya hari tu sampai sekarang Atee tak kerja lagi. Bukan Atee tak mahu ambil
cuti panjang, tapi sengaja Atee simpan cuti untuk majlis sanding nanti.
Kerap-kerap ambil cuti nanti kelam kabut pulak kilang tu.”
“Susah-susah sangat, berhenti saja kerja tu.” Sampuk abi.
“Memang nak berhenti pun seminggu sebelum majlis. Kesian
Abang Arie. Takkan nak tinggalkan dia sorang-sorang kut!”
“Baguslah. Taklah angau semacam dia nanti..” Balas abi lalu ketawa mengekek.
Umi juga turut serta. Malu betul aku.
“Baiknya menantu umi ni.. Dahlah cantik, lemah lembut,
berbudi bahasa, pandai pulak ambil hati. Patutlah Arie makan tak lalu tidur tak
lena!”
Aku dah rasa macam nak tergelak. Kalau Arie dengar tentang
pujian melangit umi dekat aku, sah-sah dia gelakkan aku. Cantik ke aku? Cantik kot..tu pun lepas aku
tengok muka aku lepas kena solek semalam. Tapi bab lemah lembut dengan bersopan
tu aku rasa macam was-was sikit. Lemah lembutkah kalau hari pertama bergelar
isteri kepala Arie aku dah sekeh-sekeh.!
“Janganlah puji Atee macam tu mi.. Atee ni biasa-biasa saja.
Bukan baik sangat pun.” Aku cuba merendah diri. Umi tersenyum manis.
Sedang asyik berbual Arie datang lalu duduk di sebelah aku.
“Bual apa dengan umi dan abi?”
“Takde apa.!
sembang-sembang kosong je!”
“Mengumpat abang
ye..?”
Aku dah gelak. Umi pulak hanya tersenyum dan menggeleng
kepala.
“Kemana tadi.?” Abi tanya.
Sebenarnya aku pun nak tau. Tadi aku tanya tapi dia cuma
diam. Sebab dah malas nak ambil tahu aku abaikan saja.
“Jumpa kawan kejap..!” Dia jawab ringkas. Aku pandang dia
sambil angkat kening. Dalam fikiran aku tak ada yag lain kecuali Sarah.
“Siapa? Arie kena ingat status Arie sekarang. Abi tak mahu
ada apa-apa masalah dalam rumahtangga Arie..”
Aku tunduk sambil mengadap meja makan. Tak berani nak
menyampuk bila dengar suara abi seperti satu amaran dan arahan yang wajib
dipatuhi. Aku pandang muka umi yag sedikit keruh.
“Abi dengan umi tahukan macam mana perasaan Arie pada Atee
selama ni. Abi umi jangan risau okey. Keputusan ni Arie yang buat dan Arie akan
tanggung semuanya. Atee sekarang dah sah jadi isteri Arie dan Arie takkan
sia-siakan hidup dia.”
Jawapan Arie buat aku rasa sayu. Aku rasa macam nak peluk
dia masa tu jugak.
“Ada apa-apa yang Atee perlu tau ke..?” Aku cuba beranikan
diri bertanya. Mula-mula aku malas nak ambil tahu, tapi bila nama aku turut
serta dalam perbincangan mereka anak beranak, aku rasa aku dah terbabit sama.
“Sayang jangan risau. Nanti abang akan jelaskan semuanya..
Sekarang abang nak Atee layan abang makan.”
Aku pandang wajah umi dan abi yang dah kembali ceria.
Mengada-ngada betul laki aku ni..! Kejap sayang kejap Atee. Tak lama lagi mesti
dia panggil aku mama pulak. Dalam pada tu, hati aku jadi tak sedap. Perkara apa
yang Arie maksudkan tadi? Bunyi macam berat.
Tengahari tu aku
dan kedua mertua dan suami tercinta riuh rendah berbual sambil makan tengahari
walaupun cuma berempat saja.. Aku pun dah rasa selesa dan mula hilang malu
untuk bersuara. Layanan mertua aku memang top
class. Aku pulak yang rasa macam segan bila dapat lebih layanan. Arie pulak
dah mula tunjuk rasa tak puas hati. Dia kata umi dah lupakan dia sebab dah
dapat aku. Kelakar betul suami aku tu. Itu pun nak cemburu. Paling buat dia
geram bila umi tak menang mulut bercerita itu ini. Paling banyak yang dia
cerita ialah tentang tingkah laku Arie semasa kecil. Padan muka dia. Dulu dia
ketawakan aku masa ayah ceritakan tentang aku, sekarang aku nak gelak
kuat-kuat. Biar dia tahu aku nak balas dendam.
Selepas solat asar,
aku mula bersiap untuk pulang. Rasa sedih pulak nak tinggalkan umi sendiri di
sini. Arie cakap tadi dah lama dia tak tengok muka umi berseri-seri macam ni.
Pada firasat aku umi benar-benar kesunyian. Tak apalah. Kalau ada masa
terluang, aku akan cuba balik sini temankan umi dan abi. Aku yakin Arie mesti
tak kisah walaupun dia tak ada di sini.
“Rajin-rajinlah Atee datang sini. Ada jugak orang nak buat
kawan bersembang.” Pesan umi lemah. Aku tersenyum lalu mengangguk laju.
“Umi jangan risau. Kalau Atee tak ada OT Atee datang sini
temankan umi. Rumah kawan Atee tak jauh dari sini. Kebetulan dia sama shift dengan Atee. Kalau dia balik, Atee
tumpang dia balik sini jumpa umi.”
“Betul ni.?” Tanya umi teruja seperti tak percaya.
“Betul..! Atee janji. Tapi umi janganlah berharap sangat.
Takut nanti tak jadi pulak..!”
“Okey..! Tapi kalau
Atee nak datang, call umi ye..?”
Sebelum pulang abi hadiahkan aku seutas jam tangan pada aku.
Aku tergamam. Malu nak terima, tapi aku paksa buat muka tak malu. Rezeki jangan
ditolak. Selepas kena paksa aku ambil jugak.
“Atee satu-satunya anak perempuan umi dan abi. Kami harap
Atee ikhlas terima kami sebagai ibu bapa Atee. Sebenarnya dulu kami ada…”
“Ehem..”
Suara abi berdehem mematikan hasrat umi untuk terus
bercakap. Aku pandang wajah keruh umi dan kemudian aku senyum pada abi.
“Atee dah tau abi..umi. Abang dah cerita sebelum dia ke
kuantan dulu. Abi dengan umi jangan risau. Atee ikhlas terima abi dan umi macam
ibu bapa kandung Atee, dan Atee juga harap mendapat restu dari abi dan umi untuk
jadi seperti arwah Athirah. Atee tahu umi kecewa dengan pemergian dia, tapi umi
kena tahu dia lebih kecewa kalau umi terus memendam rasa rindukan dia.”
Aku tak sedar bila
masa aku dah pun berada dalam pelukan umi dan abi yang tengah teresak-esak.
Aduh..sentimentellah pulak..
Layan..!! Aku tengok Arie tengah tersengeh pada aku. Aku tersenyum malu sambil
mengangguk . Sempat lagi aku angkat dua jari tanda peace dekat dia. Arie menggeleng kepala. Nak buat macam mana,
perangai kanak-kanak rabina memang tak boleh hilang dalam diri aku nampaknya.
Bila nak hilang, aku sendiri tak tau.
BILA
tersedar aku tengok Arie sedang merenung aku sambil tersenyum. Aku gosok-gosok
mata sambil betulkan kedudukan aku. Muka dia aku tolak perlahan agar jangan
terus tengok aku. Malu wei..!
“Dekat mana ni..?” Aku tanya untuk hilangkan rasa gugup.
“Dekat rumahlah..!” Dia jawab ringkas .
Aku pandang keliling yang gelap gelita. Memang halaman rumah
aku pun.
“Dah lama ke sampai..? Kenapa tak kejut..?” Aku tanya lagi.
“Baru saja.! Lagipun abang tengok Atee tidur nyenyak
sangat..!”
“Mm..jom lah masuk.!” Sergah aku selepas rasa urat-urat aku
yang liat kembali kendur.
“Nak masuk macam mana? Tak ada orang..!”
Aku terkejut sejenak lalu aku pandang ke arah rumah yang
gelap gelita.
“Takpe..Atee ada kunci..!” Aku cakap lalu pintu kereta aku
buka dan mula melangkah ke arah tangga rumah. Kemanalah pulak semua keluarga
aku ni. Along dan angah aku tahulah dia orang dah balik lepas aku dan Arie
keluar tadi. Dua adik kembar aku pulak dah tentu sudah balik ke fakulti. Mak
ayah aku kemana pulak..? Takkan pergi
haneymoon? Ni siapa yang baru kawin ni? Patutlah
beria-ria suruh aku pergi rumah laki aku, rupanya nak berdua-duaan makan angin.
“Ayah dengan mak pergi Honeymoon kot!” Arie tiba-tiba bersuara. Aku ketawa kecil. Tak sangka apa
yang aku fikirkan sama macam dia fikir.
“Ke.. ayah dengan
mak sengaja nak bagi peluang dekat kita haneymoon!”
Ketawa aku tadi mati. Aku buat-buat tak dengar lalu kunci
pintu aku buka cepat-cepat. Encik Wahab ni bukan boleh dilayan sangat. Nanti
melalut sampai kemana-mana. Masuk saja dalam rumah aku terus buka semua lampu
rumah termasuk lampu luar. Aku cepat lemas kalau berada dalam gelap yang
terlampau. Bila keadaan rumah dipancari cahaya lampu, aku rasa lega.
“Atee nak abang balik ke..?” Arie tanya aku lembut setelah
melabuhkan duduknya atas sofa di ruang tamu untuk lepaskan penatnya. Kipas
siling aku on kan ke tahap dua. Aku
menghela nafas lemah sambil berfikir. Kalau boleh memang aku nak dia balik.
Rasa kurang selesa bila duduk berdua macam ni walaupun aku sedar aku dan dia
dah ada ikatah sah. Tapi kalau aku suruh dia balik nanti dikata menghalau
pulak. Aku tak mahu dia terasa hati lalu aku cuba cari jalan terbaik agar dia
tak terasa.
“Kita solat dulu. Maghrib dah nak habis ni.. Sementara abang
ke bilik air, Atee call ayah dulu, tanya
kat mana dia orang sekarang.” Terang aku pada dia. Arie angguk tanda akur
dengan cadangan aku.
Kali kelima aku
cuba call ayah, baru panggilan aku
berjawab. Lega rasanya. Menurut ayah, dia orang pergi Seri Manjung kerana
Maklong Khadija iaitu kakak sepupu ayah
meninggal dunia pagi tadi. Patutlah masa majlis nikah aku semalam aku tak
nampak Maklong aku tu. Rupanya dia sakit tenat. Walaupun aku tak berapa rapat
dengan Maklong aku tu, sebagai umat islam aku sedekahkan ayat al-fatihah pada
dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik
air setelah pasti Arie sudah masuk ke dalam bilik aku. Selepas mandi dan
berwuduk, aku cepatkan melangkah masuk dalam bilik. Aku nampak Arie sedang
menanti aku di sejadah sambil mengadap kiblat.
“Abang tak solat lagi ke?” Aku tanya sambil tengok dia
sedang duduk di birai katil.
“Abang tunggu Atee”
Aku tersenyum suka
dengar dia cakap macam tu. Ini adalah solat jemaah kami yang pertama. Aku
tersenyum malu. Yang sebenarnya aku tak sabar nak dapat kucupan dekat dahi
selepas solat nanti. Masa majlis batal air sembahyang semalam aku macam sedar
tak sedar. Sebab tu aku tak tahu apa yang aku rasa masa Arie kucup kening aku
semalam. Harap-harap lepas solat ni aku dapat kucupan tu. Sambil pakai telekung,
bibir aku masih tersenyum-senyum.
“Yang tersenyum-senyum ni kenapa.?”
Aku tersentak dia tanya macam tu. Aku tengok dia turut
tersenyum manis. Aduh..manisnya.! Ni yang buat solat aku tak khusyuk
ni..cepat-cepat aku bersitigfar.
“Takde apa-apa.” Aku jawab malu-malu. Bibir aku ketap
kuat-kuat. Bila terasa sakit aku lepaskan perlahan-lahan.
SEJUK aku
rasa dahi aku bila kucupan Arie tersentuh di dahi aku selepas tangan dia aku
kucup seusai solat. Muka aku rasa panas. Malunya..tapi aku suka. Gatal jugak
aku ni..!! Tadi nak halau balik tapi sekarang rasa macam tak mau dia balik.
“Atee nak abang temankan Atee ke malam ni?” Arie ulang tanya
soalan tadi.
“Tak menyusahkan abang?” Aku tanya dia balik. Tadi aku harap
dia balik cepat. Tapi tiba-tiba aku rasa nak dia ada dekat dengan aku malam ni.
Baru aku tau kawin ni rasa syok.
“Atee isteri abang. Apa yang susahnya? Abang lagi suka.” Arie jawab berserta dengan senyuman nakal. Aku gugup lalu
telekung yang aku pakai, aku tanggalkan cepat-cepat. Aku nak cepat keluar dari
situ. Lagi lama aku dalam bilik dengan dia, aku takut aku cepat cair.
“Atee nak ke dapur siap makan malam. Abang lapar tak?” Aku
cepat-cepat ubah topik.
“Abang tak lapar..” Jawab Arie lalu tangan aku ditarik
lembut dan arahkan aku mengadap dia. Malu betul bila dalam keadaan macam tu.
Badan aku ditarik perlahan agar dekat dengannya. Aku pulak yang tengah macam
dalam mimpi hanya akur menurut sahaja.
“Atee tau tak abang tengah bahagia sekarang?”
Aku diam membisu. Aku
bagai terpukau dengan belaian tangannya yang menyentuh muka aku.
“Dah lama Abang teringin nak sentuh Atee macam ni. Akhirnya
tercapai jugak. Atee comel tanpa tudung di kepala, tapi abang nak comel Atee ni
hanya untuk tatapan abang saja. Keluar rumah jangan lupa tutup kepala. Abang
tak suka orang lain pandang isteri abang.”
“Atee pun tak suka orang lain pandang suami Atee. Atee ni
kuat cemburu tau!” Aku jelaskan pada dia tentang sifat negetif aku yang dah
lama ada dalam diri aku. Dia ketawa kecil.
“Abang tau..!” Dia jawab sambil menyungkit kening.
“Mana tau.?” Aku tanya dia.
“Tengok hidung pun tau!” Ulasnya lagi sambil mencuit hidung
aku yang berpeluh. Cepat-cepat aku kesatkan hidung aku yang basah. Aku malu
bila dia buat macam tu. Mahal tau hidung ni..! Eh, bukan ke dia dah bagi hampir dua puluh ribu dekat aku?
“Okeylah! Atee nak
keluar siapkan makan malam. Abang nak air tak? Nescafe panas?” Dia tersenyum
lalu mengangguk. Agaknya dia tak sangka aku masih ingat minuman kegemarannya. Terus
aku melangkah ke pintu untuk keluar dari bilik. Namun langkah aku terhenti bila
dia berkata sesuatu.
“Ayah telefon abang tadi. Katanya mungkin dia lambat sikit
dan mungkin bermalam di sana. Tapi dia kata dia cuba balik sebab esok Atee dah
nak balikkan? jadi dia suruh abang
temankan Atee sampai dia balik. Atee tak kisahkan?”
Aku tersenyum dan
mengangguk. Kemudian aku bersuara.
“Kalau abang nak duduk terus dekat sini, Atee lagi suka.!”
Aku jawab tanpa segan silu. Sebelum aku keluar aku perasan Arie dah tersenyum
lebar. Aku tak mahu jadi isteri yang derhaka. Selama ni pun memang dia yang aku
tunggu. Selepas ni aku takkan lepaskan dia lagi.
“OPOCOT laki aku punya
jatuh!” Hampir-hampir aku ketuk kepala dia dengan senduk sebab terkejut. Kalau
tidak laki aku dah bertukar jadi beruk agaknya. Hee..bertuah punya suami.. Dekat dapur main peluk-peluk pulak.
Nasib baik tak sebut benda yang pelik-pelik. Aku pandang muka dia yang semakin
merah sebab kuat ketawa. Terbahak-bahak dia gelak sambil menekan-nekan perut
lalu menarik kerusi meja makan lalu duduk agar bertenang. Aku rasa macam nak
hempuk-hempuk kepala dia dengan senduk nasi. Nasib baik dia suami aku, kalau
orang lain dah lama kena.
“Sukanya dia..!” Kataku dengan nada geram.
“Sory-sory..abang
tak tau Atee ni melatah. Selama kita berkawan, abang tak pernah tengok Atee terkejut
macam ni.!” Ulasnya setelah tawanya reda.
Aku tak jawab malah meghadiahkan satu cubitan yang paling
manja dan berbisa. Biar dia rasa.! Aku terus jarakkan kedudukan aku dengan dia.
“Atee marah abang ye?” Dia tanya lalu melangkah dekat ke
arah aku yang tengah berdiri sambil menceduk nasi ke dalam pinggan. Pinggang
aku dipeluk erat. Aku biarkan saja dan diam sambil meneruskan kerja. Tiba-tiba
kerja aku terhenti sebab aku rasa geli pulak bila hidung dan bibir dia dah mula
mendarat ke leher aku.
“Abang gelilah.!” Kataku perlahan lalu dadanya aku tolak
perlahan. Aku arahkan dia duduk. Dia akur dan tersenyum.
“Malam lusa abang dah nak bertolak balik” Dia kata perlahan
sambil menceduk lauk ayam masak kari dalam pinggan dia. Aku tersentak.
Awal-awal lagi aku tahu dia dah nak balik tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa
sayu walaupun aku sedar aku juga akan mula kerja esok. Selera makan aku
tiba-tiba hilang. Untuk menutup rasa
sebak aku paksa jugak telan nasi yang ada dalam pinggan aku.
“Dah sampai sana nanti jangan menggatal pulak.!” Aku cuba
berseloroh. Arie ketawa.
“Yang sorang ni pun payah nak dapat, macam mana nak
menggatal dengan yang lain.?” Balasnya sambil ketawa.
“Abang jangan lupa, abang tu lelaki. Lelaki ni bukan macam
perempuan. Lelaki bila dah kawin saham dia lagi naik tau.!”
“Ye ke..? Abang tak tau pun!”
Dia dah tersenyum simpul. Geram pulak tengok dia senyum
macam tu.
“Maknanya lepas ni ada peluanglah kalau abang nak tekel mana-mana awek. Betul tak.?”
“Cubalah! Kalau abang
buat apa yang abang cakapkan tadi, sampai bila-bila abang takkan jumpa lagi
dengan Atee.”
“Atee nak pergi mana?” Arie tanya dengan nada mengusik..
“Eh, mana boleh
bagi tau.!” Aku bentak perlahan. Aku terus bangun. Nasi dalam pinggan yang tak
habis aku bawa ke sink dan tangan aku
basuh hingga bersih. Arie tergamam melihat kerenah aku.
“Sikitnya atee makan.!”
“Tak ada selera. Abang makanlah sorang-sorang.!” Aku jawab
geram.
“Janganlah macam ni.. abang gurau jelah..!” Katanya sambil menahan aku dari terus melangkah
tinggalkan dia di situ.
“Atee pun tengah bergurau. Abang tak nampak ke Atee tengah
bergurau ni?” Aku jawab sambil buat-buat tersengeh.
“Atee ikut abang balik ye..?” Rayu Arie perlahan. Muka aku
berkerut. “Ikut abang balik Abu Dhabi.” Jelasnya lagi. Mulut aku sedikit terbuka.
“Majlis kita lambat lagilah..!” Aku jawab perlahan. Hilang
sudah rajuk aku tadi. Aku lihat dia duduk semula teruskan suapan. Aku duduk
sebelah dia.
“Kalau Atee ikut abang, baik kita tak payah rancang nak buat
majlis bersanding.” Aku ulas perlahan. Nampaknya dah terbalik sekarang ni. Dia
pulak yang merajuk. Aku bangun siapkan nescafe panas dia setelah aku nampak
nasi dalam pinggan dia dah nak habis. Kepala aku garu-garu tanda aku tak tahu
nak kata apa lagi.
Selepas makan aku
tengok dia terus melangkah naik ke atas dan menuju ke ruang tamu. Mula-mula
tadi aku rasa macam nak tanya fasal Sarah. Tapi bila mood dia dah tak ok, aku
rasa baik aku diamkan dulu. Kalau boleh, malam ni jugak aku nak tahu fasal
perempuan tu.
Aku bawa mug yang berisi nescafe panas ke ruang
tamu selepas mengemas dapur. Aku letak perlahan di hadapannya. Dengan muka tak
malu aku duduk sebelah dia lalu tangan kirinya aku rangkul erat.
“Abang marah ye? Sekarang siapa yang merajuk sebenarnya
ni..?” Aku tanya sambil ketawa kecil. Akhirnya dia turut ketawa.
“Abang saja nak tengok perangai Atee. Mampu tak pujuk abang
kalau abang pulak yang merajuk”
Aku mengetap bibir
geram dengan ulasan dia. Aku rasa memang sekarang masa yang terbaik aku
tanyakan hal Sarah.
“Abang! Kalau Atee nak tanya sesuatu tentang.. mm..” Aku teragak-agak nak teruskan ayat
tanya aku tu.
“Sarah?” Pantas Arie jawab sambil pandang muka aku. Aku
angguk kepala.
“Apa yang Atee nak tau?” Dia tanya sambil pusing mengadap
aku.
“Semua. Selepas Atee jumpa dia hari tu, Atee marah sangat
dekat abang. Sampai hati abang rahsiakan hal ni. Kalau Atee tahu, Atee takkan
terima abang sebagai kawan Atee. Atee tahu dia kecewa. Bukan perinsip hidup
Atee rampas hak orang. Dulu nyaris-nyaris Atee bercinta dengan suami orang, tak
sangka kini Atee dah rampas tunang orang.”
“Jangan salahkan diri sendiri dulu selagi Atee belum tahu
cerita sebenar!”
Aku angkat kening mohon penjelasan.
“Atee dah sedia nak tau?” Dia tanya lalu aku angguk laju.
Memang aku nak tahu dan aku wajib tahu. Sekarang aku dah
bergelar isteri kepada Arie dan aku tak mahu ada orang lain antara kami berdua.
“Abang akan ceritakan semuanya tapi janji lepas ni jangan
sesekali sebut lagi nama dia depan abang. Abang tak mahu nanti, sebab nama tu
hubungan kita jadi retak”
Aku angguk lagi lalu aku angkat tangan seperti bersumpah.
Badan aku ditarik rapat ke dadanya dan dipeluk erat.
“Abang kenal Sarah masa umur abang lapan belas tahun tahun
dan dia empat belas tahun. Walaupun kenal tapi abang tak pernah rapat dengan
dia. Yang abang tahu dia anak kepada kenalan atuk abang iaitu ayah abi.
Mula-mula umi bagi tau yang Sarah tu tunang abang, abang tak percaya.
Yelah..masa tu abang muda sangat. Bagi abang, kata-kata umi tu hanya sekadar
gurauan dan usikan. Tapi bila umur abang mencecah ke 20 tahun, sekali lagi umi
cakap sebagai ingatan pada abang. Masa tu abang rasa terkejut sangat. Abang
marah dan geram pada atuk selepas umi selesai bercerita.” Arie berhenti
bercerita. Nescafe atas meja dicapai lalu dihirup rakus.
“Atuk abang ni terlalu harapkan cucu perempuan. Atee tahukan
semua adik beradik abang lelaki. Umi paksa diri mengandung walaupun tahu risiko
mengandung amat tinggi kalau ada darah tinggi. Jarak umur adik beradik abang
pun cuma setahun saja. Belum habis penat berpantang, umi mengandung lagi demi atuk
abang. Kesian umi..! Umi mengandung lagi lepas lahirkan abang dan Allah
tunaikan permintaan umi hinggalah dapat Athirah. Atuk benar-benar happy dengan kelahiran Athirah. Namun
siapa sangka, kedatangan Athirah hanya sebentar saja menjadi penyeri hidup kami
sekeluarga. Athirah pergi selepas lemas ketika keluarga abang berkelah di Teluk
Senangin. Kehilangan Athirah dipersalahkan oleh atuk pada umi. Atuk kata umi
tak pandai jaga anak. Atuk kata umi sengaja nak bunuh arwah. Lepas tu umi cuba
nak mengandung lagi, tapi abi tegas tak mahu memandangkan umi sering tak sihat..
Abi tak mahu umi menderita lagi. Akhirnya abi bawa kami sekeluarga pindah jauh
dari Atuk. Namun siapa sangka, abi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak atuk
yang terang-terang mengugut untuk tarik semua harta yang atuk serahkan pada
abi. Abi cuma dua beradik dengan pakngah Khadir. Apa yang abang pelik, dengan
Pakngah Khadir tak pernah pulak atuk ambil tahu sedangkan dia pun bukan ada
anak perempuan pon..!”
Aku mengangguk faham.
“Kerana marah, atuk tetapkan syarat pada abi. Syaratnya
ialah, kesemua jodoh adik beradik abang, dia yang akan tentukan. Walaupun
dibangkang oleh umi, abi terpaksa memujuk umi agar bersetuju. Abang tahu,
sebenarnya abi takut atuk terus salahkan umi. Sebab tu abi terpaksa ikut arahan
atuk. Abi benar-benar sayangkan umi”
Aku tersenyum dan aku percaya hal tu. Aku sendiri tengok
betapa abi begitu menyayangi umi.
“Sebab tulah kalau Atee tengok, sampai sekarang adik beradik
abang yang lain tak kawin-kawin. Sebabnya kerana dia orang tak pernah setuju
dengan pilihan atuk. Jadi dia orang sengaja sibukkan diri dengan niat mahu melengah-lengahkan masa untuk mengelak majlis
perkahwinan mereka.”
“Maknanya adik beradik abang semua dah bertunang.?” Aku
tanya pelik. Paling buat aku terkejut bila Arie mengangguk. Masyaallah..! kesiannya..
Ada juga rupanya manusia kejam macam atuk Arie ni.. Sengaja mendera batin
orang.
“Habis tu, macam mana abang boleh terlepas.?”
“Siapa kata abang dah terlepas? Sebenarnya perkahwinan kita
belum diketahui oleh atuk abang lagi. Yang datang semalam tu semuanya saudara
mara sebelah umi dan sebahagian adik beradik abang.. Nasib baiklah saudara mara
umi jenis sporting. Dia orang siap
bagi kata-kata semangat suruh abang teruskan perkahwinan ni. Abang tahu, yang
sebenarnya dia orang berdendam dengan atuk sebab beri layanan buruk pada umi.”
Memang pun! Kalau aku pun akan marah. Silap-silap boleh
tercetus perang dunia ke 8. Nak jadi apa, jadilah!
“Abang tak pernah anggap Sarah tu tunang abang. Macam mana
abang nak ada perasaan pada dia kalau dia sendiri pun tak pernah nak hormatkan
abang. Masa umur 21 tahun abang pernah terserempak dia dengan seorang lelaki.
Mungkin boyfrien dia kot. Abang tak kisah pun. Mula-mula dia
macam rasa bersalah tapi lepas abang bagi tau yang abang tak pernah ada
perasaan pada dia, dia macam lega. Abang bersyukur sebab dia faham. Tapi lepas
abang kenal Atee, dia datang jumpa abang untuk teruskan hubungan pertunangan
dengan abang. Abang tak boleh terima dia sebab masa tu abang dah benar-benar
sayangkan Atee walaupun kita tak pernah ungkapkan kata cinta dan sayang. Hati
abang kuat berkata yang Atee milik abang. Tambahan pulak kita jumpa di rumah
Allah di bulan yang suci. Sebab tu abang yakin Allah dah tetapkan Atee untuk
abang. Lagipun macam mana abang nak terima dia kalau dari awal abang memang tak
pernah ada hati pada dia.”
Aku tergelak kecil bila ingat balik peristiwa dimana aku
jumpa dia buat pertama kali.
“Dua bulan sebelum abang ke Kuantan, atuk abang datang rumah
abi dan marah-marah dekat abang. Atuk
kata kalau abang tak putuskan hubungan dengan Atee, dia akan buat sesuatu agar
Atee tinggalkan abang. Sebab tu abang paksa diri untuk ke Kuantan. Sebulan
sebelum tu pun tentu Atee perasan perubahan diri abang. Yang sebenarnya abang
takut ada orang apa-apakan Atee. Bila abang dah rasa tak tahan rindu pada Atee,
abang ajak Atee kawin dan harap Atee ikut abang. Tapi Atee menolak walaupun
ayah setuju. Abang faham situasi Atee masa tu, jadi abang pasrah dan terima.
Tiga bulan selepas abang di Kuantan, abang dapat tawaran ke Abu Dhabi. Abang
tak teragak-agak untuk pergi. Abang harap dengan pemergian abang ke sana, akan
melengahkan masa abang dengan Sarah. Dan kuasa Allah siapa yang tahu. Cinta dan
kasih abang terlalu kuat untuk Atee. Abang berusaha untuk terus dapatkan Atee
dengan apa cara sekali pun.”
Aku tersenyum malu
dan aku mengerti kini apa sebenarnya yang berlaku. Wajahnya aku tatap tepat.
Aku rasa sayang aku pada dia semakin membuak-buak. Tak sanggup lagi aku
berpisah dengannya.
“Abang tak tahu mana atuk dapat cerita tentang kita. Tapi
abang yakin ni mesti kerja Sarah. Sebab tu abang terpaksa pasang pengawal untuk
memastikan Atee selamat. Abang takut Atee diapa-apakan.."
Mulut aku melopong.
Aku ada pengawal? Patutlah aku selalu rasa aku selalu diekori kalau aku keluar
rumah. Tak sangka macam tu sekali Arie risaukan aku.
“Abang intip Atee..?”
“Abang terpaksa upah orang. Tapi abang ada ikut Atee sekali.
Masa tu laju betul Atee bawak gelpren Atee tu.!” Ulas Arie lalu ketawa kecil.
Aku gigit jari sambil berfikir. Ha..baru aku teringat.
Kereta Naza hitam cermin gelap yang ikut aku malam tu betul-betul buat aku rasa
macam nak menangis.
“Jadi malam tu, abanglah yang ikut Atee? Abang tau tak, Atee
marah sangat malam tu. Atee takut. Dahlah malam tu Kak Intan bagi duit kutu
tiga ribu dekat Atee. Atee ingat ada orang nak rompak Atee. Teruk betul abang
ni tau..! Kenapa tak jumpa Atee terus?” Aku geram bila Arie dah mula ketawa
mengekek. Nak saja aku tenyeh-tenyeh mulut dia.
“Sebab abang yakin malam tu ada mata-mata yang sedang
perhatikan Atee. Abang yakin tentu orang Sarah. Jadi abang tak mahu orang tahu
abang jumpa Atee. Kalau dia tahu abang jumpa Atee malam tu, dia akan segera laporkan
pada atuk. Malam tu abang terpaksa pinjam kereta kawan abang.”
Aku rasa berdebar tiba-tiba. Dah macam cerita CSI pulak.
Penuh dengan suspend.
“Abang tak takut? Entah apa pulak lepas ni yang bakal
terjadi.”
“Abang tak takut sebab abang dah ada Atee. Atee kekuatan
abang sekarang. Isteri abang ni kan macam filem korea ‘my wife is gangster’..
sebab tu abang tak risau.”
Aku ketawa besar
dengar dia cakap macam tu.
“Apa rancangan abang lepas ni.?”
“Sebenarnya tadi abang jumpa spy abang tu. Dia kata dia ada
maklumat tentang Sarah. Sekarang ni Sarah sedang berusaha memujuk atuk agar
perkahwinan abang dengan dia dicepatkan.”
Melopong mata dan mulut aku. Tak sanggup rasanya nak
serahkan suami aku pada orang lain.
“Sebab tu abang dah rancang, lepas majlis abang nak Atee
terus ikut abang ke Abu Dhabi. Kita bina hidup kita di sana. Selagi hayat atuk
ada, abang tak mahu balik.”
Aku tersentak dengan rancangan pelik Arie. Aku pandang wajah
serius Arie. Jelas dia memang maksudkannya. Inikah saja cara untuk selesaikan
masalah?
“Abang! Dah tak ada cara lain ke untuk kita selasaikan masalah
ni.? Abang tak fikir ke cara abang ni seperti menambahkan masalah. Abang lari
dari masalah, bukan menyelesaikan masalah. Memang betul kata abang, atuk tu dah
tua. Bila-bila masa pun nyawa dia akan dibawa pergi. Tapi selepas dia
meninggal, takkan abang tak rasa bersalah. Abang cucu dia. Mesti dia pergi
dengan rasa tak aman sebab kempunan. Atee mintak maaf, bukan niat Atee nak
mengajar, cuma Atee rasa cara abang ni tak betul. Atee tahu abang nak lindungi
Atee dari atuk. Tapi sampai bila kita nak lari.? Apa pulak pandangan keluarga Sarah pada
keluarga abang. Takkan dia orang nak duduk diam selepas hati anak mereka
dilukakan.”
“Sebab tu abang nak Atee ikut abang balik sana. Abang yakin
atuk dan Sarah pasti tak tahu kita berada di sana. Abi dan umi pun harap abang
bawak Atee secepat mungkin.”
“Kalau Atee nak seleaikan masalah ni, abang setuju tak?”
Kata ku setelah sejenak berfikir.
“Selain ikut abang
balik Abu Dhabi, Atee ada rancangan lain?” Arie tanya pada aku yang sedang
melengung. Aku tersentak.
“Nanti Atee bagi tau. Harap-harap abang terima walaupun Atee
yakin sangat abang susah nak terima.”
Arie pandang aku dengan pandangan pelik.
“Macam serius je..!
Cakap cepat.! Kalau Atee taknak cakap, malam ni Atee kena tidur dengan Abang.”
Aku sakan gelak mengekek. Aku pelik dengar ugutan dia. Bukan
aku memang kena tidur dengan dia ke malam ni?
“Kenapa gelak?” Dia tanya hairan.
“Ugutan abang tu, peliklah.!” Seketika kemudian dia turut
ketawa. Baru sedar kot.
“Abang ingat Atee tak sudi tidur dengan abang malam ni.”
Arie dah mula buat suara manja. Aku tersengeh malu.
“Atee nak jadi isteri yang baik pada abang. Cuma Atee minta
supaya abang sabar sikit. Tentang malam pertama kita, Atee minta maaf. Kalau
boleh biarlah selepas majlis.” Aku cakap sambil tunduk pandang lantai. Malu wei.!! Macam mana pun aku kena cakap
jugak. Kalau tak nanti dia buat-buat tak faham.
“Kenapa? Atee takut bersanding bertiga ke?” Arie tanya
sambil tunduk merenung aku. Aku mengetap bibir tahan malu.
“Bukan macam tu..!” Aku cakap sambil angkat muka pandang
dia. Muka dia aku tepis perlahan bila renungan dia tepat ke mata aku. Tak
sanggup aku biar dia tengok muka aku yang dah merona merah. Arie ketawa besar
tengok telatah aku.
“Okey-okey..abang faham..! Abang tak kisah
sebenarnya. Tapi kalau abang terlanjur, jangan salahkan abang pulak.”
Melopong mata aku
bila dengar di cakap macam tu. Kurang asam betul.! Serta merta ketam batu aku
naik ke pinggangnya.
“Habislah tanggal kulit abang kalau hari-hari macam ni..!
Ujarnya lagi. Aku ketawa besar.
1 comment:
alahai sweet nyerrr..napa x bwak atee pegi meet je atuk arie tu..kan muka atee ngan adk kandung arie tu seiras..mesti atuk dia trima..>.~
Post a Comment