19
HUDA semakin selesa di fakulti. Pada semester-semester
yang lalu, Huda lulus cemerlang. Rasa kesyukuran tak terluah di bibir, hanya
tuhan yang tahu rasa bangga berkembang dalam jiwa. Namun Huda masih perlu
beringat dan tak perlu rasa selesa dengan apa yang diperolehi setakat ini
kerana masih banyak masa dia di situ. Pengajiannya yang memakan masa bertahun
itu akan digunakan sebaiknya agar apa yang dipelajari tidak akan tercicir. Huda
berfikiran, dalam pelajaran, dia harus tamak membolot semua yang ada dan
daripada itu juga dia tidak perlu lokek untuk berkongsi dengan rakan-rakannya. Dengan cara itu saja dia dapat kembangkan apa yang dia perolehi.
Rasa
rindu pada keluarga usah dikenang. Cuti semester yang lalu, keinginannya untuk
pulang terpaksa dibatalkan kerana terlibat dalam program anak angkat di Kampung
Ulu milik orang Asli. Walaupun rasa sedikit terkilan, dengan program seperti
itu terubat juga kerinduan pada keluarganya. layanan yang diterima benar-benar
buat dia rasa terharu. Banyak pengalaman yang ditimba di kampung itu. Berada
dalam kelompok orang-orang yang dikatakan susah, betul-betul menguji
kesabarannya. Akan dijadikan pengalaman itu sebagai inspirasi untuk terus berjaya di saat kesusahan melanda dalam dirinya.
Di
fakulti, hubungannya dengan Iskandar semakin rapat. Walaupun mereka hanya teman rapat, entah kenapa hubungan mereka telah disalah ertikan oleh mata-mata
yang kurang berpuas hati. Apa yang Huda sedari ialah berita yang menyakitkan
telinga itu keluar selepas dia pulang dari rumah Iskandar. Pemergiannya ke rumah keluarga Iskandar walaupun ditolak
berulang kali terpaksa Huda mengalah setelah Iskandar mencadangkan agar Rina turut serta.
Paling buat dia senang bila Rina turut bersetuju. Untuk tidak jadi lebih parah
di masa akan datang, Huda turut memberitahu akan hal itu pada Faridz. Pada
mulanya Faridz agak keberatan. Tapi bila Huda mengesahkan yang Rina turut
serta, Faridz mengalah akhirnya.
Huda tahu, ramai pelajar perempuan yang
menyimpan perasaan pada Iskandar, namun apakan daya, dia bukan ada kuasa untuk
menyuruh agar Iskandar menerima mereka. Huda berpendapat Iskandar merupakan
seorang yang sempurna pada pandangan matanya. Seorang yang boleh dikatakan
warak bila memperkatakan tentang agama. Tambah pula orang tuanya bukan
calang-calang orang. Kedua-duanya bekas doktor tapi kini bergelar
pula ustaz dan ustazah. Kedatangan Huda memang mereka alu-alukan
sekian lama. Agak canggung Huda rasa bila mereka khabarkan Iskandar selalu
bercerita mengenai dirinya. Makin menebal bila mereka asyik memperkatakan
tentang hubungan cinta antara Huda dan anak mereka. Huda rasa serba salah kerana
hubungannya dengan Iskandar telah disalah ertikan.
Selepas itu bermacam-macam cerita yang tak
sedap didengari. Rasa semacam dirinya jahat sangat. Huda tahu Iskandar tahu akan hal itu namun Iskandar hanya menerima dan beranggapan itu sekadar usikan sahaja. Pernah banyak kali Huda mencadangkan agar Iskandar jauh darinya namun
Iskandar menolak keras. Dengan rupa yang
ada, Huda yakin Iskandar mampu memiliki mana-mana gadis yang jauh lebih baik
dan sempurna darinya. Pernah juga Huda bertanya tentang perasaan Iskandar pada
gadis-gadis yang ingin mendekatinya.
“Tak baik tau abang Is hampakan perasaan
dia orang, pilihlah sorang.! Huda tengok Kak Humairah tu syok habis kat abang
Is. Lagi satu Kak Nurul Hidayah. Ha..baru-baru ni ada sorang lagi asyik tanya
Huda tentang abang Is, Syarifah Alia. Padanlah dengan abang Is yang
berketurunan Syed..!” Gesa Huda bersungguh-sungguh. Bila melihat Iskandar
seperti dengar telinga kanan keluar telinga kiri, Huda merengus marah. “Tak
sporting langsung abang Is ni tau.!”
“Abang Is tak kisah siapa
nak kawan dengan abang Is, silakan..! abang Is sudi berkawan. Tapi untuk pilih
jadi teman hidup, abang Is rasa itu biarlah abang Is yang tentukan. Buat masa
sekarang, diri abang Is milik orang tua abang Is. Lagipun abang Is masih
harapkan Huda yang ada dalam hati abang Is..”
“Abang Is.!. kan Huda dah
cakap, Huda tak boleh terima abang Is..” Sayu Huda bersuara. Rasa bersalah mula
menerjah dalam diri.
“Ye..abang Is faham dan
abang Is terima. Tak salahkan kalau abang Is menanti. Sedangkan yang dah kawin
pun boleh bercerai, inikan pulak bercinta. Abang Is akan tunggu sampai hati
Huda kosong tanpa sesiapa.”
“Tak baik tau doakan macam
tu.! abang apa macam ni, kalau doakan yang tak baik untuk adiknya?”
“Abang Is bukan doakan yang
tak baik, abang Is cuma nakkan yang terbaik.!”
“Kenapa.? Abang Is rasa pilihan
Huda ni tak bagus ke..?”
“Abang Is tak cakap macam
tu. Abang Is cakap pada diri abang Is sendiri. Lagipun abang Is ni pun bukan
sempurna mana pun.! Tapi Abang Is harap, andai hati Huda terluka kerana si dia,
abang Is sudi jadi pengganti..”
Huda semakin serba salah.
Huda semakin serba salah.
“Janganlah buat Huda jadi
serba salah. Kalau hari-hari Abang Is merayu macam ni, boleh cair tau hati Huda
ni.!”
“Tu yang abang Is nak dengar
tu..!” Ujar Iskandar nakal sambil ketawa. Huda berdesit geram sambil menjeling
tajam.
Kini semuanya telah berubah. Hidup Huda semakin
tertekan apabila Rina cuba menjauhkan diri darinya, paling tidak disangka, Rina
sanggup menghamburkan kata-kata kesat menuduh yang bukan-bukan tentang dirinya
dan Iskandar.
“Aku tak sangka perangai kau
macam ni, nampak baik tapi tak ubah macam pelacur!”
“Apa yang aku dah buat.?” Tanya Huda pelik
dengan nada sayu. Sedih sungguh dirasakan apabila rakan yang dijadikan tempat
mengadu tergamak mengeluarkan kata hina sebegitu.
“Kau jangan nak belakon
baiklah Fara, aku tahu apa yang kau buat di luar.”
“Aku memang tak tahu apa
yang aku dah buat sampai kau tuduh aku macam tu.!”
“Berkepit siang malam, buat
perkara tak senonoh dalam kereta berdua-duaan, kau kata tak ada apa-apa lagi.?”
“Astagfirullah.! Mana kau dapat cerita
-cerita macam ni, sumpah aku tak buat semua tu!”
“Huh.! Orang kalau dah berak
tengah jalan, siapa nak mengaku. Aku menyesal sebab dapat kawan macam kau. Aku
tak sangka perangai kau dan Iskandar tak ubah macam..” Rina tidak dapat
meneruskan kata-katanya apabila Huda sepantas kilas merenung tajam ke wajahnya.
Segera dia melangkah keluar meninggalkan Huda bersendirian di situ.
Huda terduduk lesu sambil meratap hiba. Tidak
disangka sebegitu sekali pandangan Rina padanya dan Iskandar. Iskandar terlalu
baik padanya. Mungkin sebab itulah ada pandangan serong dari mata masyarakat
terhadap mereka. Walaupun begitu, mereka tidak pernah melakukan perkara-perkara
yang dikeluarkan oleh Rina tadi. Ah, mana mungkin Iskandar akan melakukan
perkara terkutuk begitu. Sudah hampir setahun dia mengenali Iskandar, tidak
pernah sekali pun lelaki itu cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Walaupun tahu
Iskandar masih menyimpan perasaan padanya, Huda yakin Iskandar bukanlah seburuk
yang disangka.
Lamunan
Huda terhenti apabila sebiji bola hoki terkena buku lali kakinya.
Berdenyut-denyut dirasakan. Dari awal tadi, tujuannya ingin merehatkan minda
sambil melihat beberapa pelajar sedang bermain hoki. Rasa rindu pula nak pegang
kayu keras itu.Tapi bila sampai di situ lain pula yang jadi. Huda banyak habiskan
masanya dengan melamun. Air mata yang mengalir tadi dikesat dengan jari
lembutnya.
“Sorry kak, saya tak
sengaja.”
“That ok..! Boleh akak
join sekali..?” Tanya Huda tiba-tiba. Entah bagaimana soalan itu sepontan keluar dari bibirnya, dia sendiri tidak tahu. Yang pasti ada sesuatu yang harus dilakukan dengan sukan padang itu untuk tenangkan perasaannya.
“Boleh main ke..?”
“Dah lama akak tak main.!” jawab
Huda kembali.
“Okey, saya tak ada masalah,
jom lah! saya Hafiz” Ujar Hafiz sambil
memperkenalkan dirinya.
“Huda. Panggil je Kak Huda.”
Jawab Huda sambil tersenyum lantas beriringan bersama Hafiz menuju ke tengah
padang.
Petang
itu Huda bersungguh-sungguh bermain. Dilepaskan sepuas hatinya apabila bola
keras itu berada di hujung kayunya. Peluh yang membasahi tubuhnya langsung tak dihiraukan. Apa yang
dibayangkan waktu itu adalah untuk melepaskan geram sahaja. Sorakan dari luar
padang riuh kedengaran namun langsung tak dihiraukan. Kata- kata pujian turut
diterima daripada mereka yang menyaksikan corak permaianan Huda.
“Kalau ada masa lapang
datang lah join kita orang.!” Kata Hafiz sambil tersenyum.
“Tak naklah! akak dah pencen.
Main ni pun suka-suka je. Geram tengok korang main, teringin pulak nak main
sama.” Balas Huda sambil duduk melepaskan penat. Hampir jam enam setengah
petang, barulah Huda melangkah pulang ke bilknya. Penat usah dikenang. Sudah
lama dia tidak seaktif begini.
Tiba saja dalam bilik, tiba-tiba Huda ditegur oleh Rina dengan nada kurang puas
hati.
“Elok sangatlah tu, dah tak
ada kaum hawa ke dekat sini sampai terpaksa cari budak lelaki buat teman
beriadah.?” Sindir Rina tajam sambil matanya menatap buku yang dipegang.
Huda
melangkah malas ke katilnya lalu mencapai tuala yang tersidai di kepala
katilnya. Kata- kata sindiran yang tajam tadi langsung tidak dihiraukan.
Baginya melayan berdebat dengan manusia seperti Rina hanya membazirkan masa dan
air liur sahaja. Sambil beristigfar panjang dalam hati, Huda melangkah keluar
menuju ke bilik air. Air mata yang ditahan dari tadi bercucuran jua.
Selesai
solat maghrib, Huda bersedia dengan buku di tangan. Tanpa memperdulikan Rina
yang sedang melepak di katil, Huda teruskan aktivitinya seperti biasa. Sedar
akan hubungannya dengan Rina semakin keruh, Huda mengambil keputusan berdiam
diri sahaja. Dia tidak mahu panjang bertikam lidah. Rina pasti takkan menyerah
kalah kerana dia sudah maklum dengan perangai Rina setelah lebih dua tahun
mengenali gadis dari Terengganu itu. Tiba-tiba ingatannya segera pergi kepada
sahabatnya Hanom dan Afini. Pasti hidupnya takkan jadi begini jika dua
sahabatnya itu ada di sisi. Hanom sudah berangkat ke kota Indon meneruskan
cita-citanya yang ingin menjadi seorang Doktor. Afini pula menurut abahnya,
kini sahabatnya itu baru sahaja mulakan sesi semester pertama di UiTM di mana
tempat Encik Marzuki mengajar.
SUDAH
hampir sebulan Huda tidak bertegur sapa dengan Rina. Walaupun rasa rimas dengan
keadaan begitu, Huda diamkan saja. Sambil menghabiskan masa petangnya di
perkarangan bangunan bilik, Huda melabuhkan punggung di sebuah kerusi batu.
Teringat kata-kata hina dari beberapa orang pelajar ketika pulang dari kelas
tadi. Sakitnya hati, hanya tuhan yang tahu. Huda masih tertanya-tanya siapakah
yang jahat mulut mengada-adakan cerita sensasi lagi panas itu. Di kelas pun dia
dipandang semacam oleh beberapa pelajar yang percaya dengan cerita itu. ‘Hai..
rasa macam artis pulak.’ Huda mengeluh sendiri. Wajah Encik Marzuki menjelma di
mata. ‘Pasti abah akan sedih kalau dapat tahu cerita ni.’ Bisik hati Huda sendiri.
Huda cuba mengelak bertembung dengan Iskandar.
Walaupun hati mula merasa rindu pada Iskandar Huda cuba melupakan pemuda itu.
Huda sendiri merasa keliru. Entah kenapa sudah timbul perasaan lain dalam
dirinya terhadap Iskandar. Mungkin kerana terlalu rapat, jadi tak hairanlah
kalau dia turut merasa apa yang Iskandar rasa selama ini. Tiba-tiba Huda rasa
bersalah pada Faridz. Kerana tidak mahu keadaan
menjadi lebih buruk, dia harus lupakan perasaan barunya itu.
“Kenapa Huda sengaja nak
elak dari abang Is? Apa salah abang Is?” Tanya Iskandar yang dalam kebingungan.
Wajah Huda ditatap penuh kerinduan.
“Huda tak mahu jumpa lagi dengan abang Is.
Mulai sekarang jangan ganggu lagi hidup Huda.”
“Tapi kenapa? Huda terus
terang dengan abang Is, apa salah yang dah abang Is buat? Selama ni pernah ke
abang Is buat perkara tak elok pada Huda? Tak pernahkan? Tolong jangan buat
abang Is macam ni! Abang Is perlukan Huda. Walaupun abang Is tahu cinta Huda
tak mungkin beralih pada abang Is, tapi tolong jangan putuskan hubungan
keluarga kita.” Rayuan Iskandar benar-benar buat Huda sebak.
“Huda tak mahu kerana kita
terlalu rapat, Huda dicaci, dinina, diumpat keji oleh mata-mata yang tak
puas hati dengan hubungan kita. Walaupun kita kata kita cuma adik dan abang, dia
orang takkan percaya. Hati Huda sakit bila kawan rapat Huda mencaci Huda
macam-macam. Huda ni mereka anggap dah macam pelacur. Cuba abang Is bagitahu
Huda, pernah ke kita buat benda tak elok selama ni? Pernah ke kita keluar
hingga lewat malam? Pernahkah kita berpeluk bercumbu dalam kereta macam yang
dia orang cakap pada Huda?”
Iskandar tergamam mendengar kata-kata Huda lalu menggleng kepala.
Iskandar tergamam mendengar kata-kata Huda lalu menggleng kepala.
“Huda pelik macam mana
berita macam tu boleh keluar. Huda malu! Malu sangat. Sebab tu Huda nak abang
Is tolong jauh dari Huda. Huda mengaku, sekian lama kita bersama, Huda tak
boleh lari dari mainan perasaan. Huda sayang pada abang Is, dan tak mustahil
kalau rasa sayang tu bertukar pada cinta. Sekarang ni pun Huda dapat rasa
perasaan tu dah mula ada. Jadi sebelum rasa cinta tu wujud melebihi batas, ada
baiknya kita jangan lagi berhubung demi kebaikan semua.” Ulas Huda teresak-esak.
Iskandar makin kelu bahasa.
Tak disangka gadis yang sudah lama menapak dalam hatinya sudah turut merasa apa
yang dirasa. Walaupun tahu perkara itu tak mungkin berlaku, jauh disudut
hatinya dia melonjak riang. Tiba-tiba Iskandar rasa bersalah. Terdetik dalam
jiwa yang dia tak ubah seperti seorang perampas. Akhirnya Iskandar terpaksa
buat keputusan. Jalan yang dipilih atas kerana sayang dan cinta pada Huda. Hatinya
turut sakit bila tahu Huda dicemuh dengan kata-kata kesat dari mereka-mereka
yang mempunyai perasaan hasat dengki. Terfikir juga Iskandar sendiri, mungkin
juga kerana salahnya sendiri.
“Baiklah. Kalau itu yang
Huda harapkan, abang Is terima. Abang Is ikut bukan kerana abang Is mengalah,
tapi kerana abang Is tak sanggup lagi lihat Huda menangis dan menderita macam
ni. Abang Is minta maaf jika selama ni abang Is banyak buang masa Huda. Bulan
depan semester abang Is akan berakhir. Lepas ni pasti kita takkan jumpa lagi.
Abang Is harap Huda takkan lupakan abang Is.” Ucap Iskandar lalu melangkah
pergi. Huda tergamam mendengar kata-kata akhir Iskandar.
“Abang!” Jerit Huda agak kuat. Bila
melihat Iskandar menoleh pandang ke arahnya, Huda tersenyum hambar "Jangan
lupakan Huda ye..!” Ucap Huda perlahan.
Iskandar senyum manis lalu melangkah semula rapat kearah Huda. Terkejut juga dia tadi bila Huda memanggilnya abang. Sudah lama dia ingin suarakan hal itu pada Huda, namun dia tahu Huda pasti tak akan setuju.
Iskandar senyum manis lalu melangkah semula rapat kearah Huda. Terkejut juga dia tadi bila Huda memanggilnya abang. Sudah lama dia ingin suarakan hal itu pada Huda, namun dia tahu Huda pasti tak akan setuju.
“Seorang abang yang baik
takkan lupakan adiknya yang baik” Balas Iskandar lalu meletakkan telapak
tangannya dipipi basah Huda. Air mata yang sedang mengalir dipipi gebu Huda,
diseka lembut. Huda seakan terbuai dengan belaian Iskandar hanya membiarkan
saja. Bila sedar, Iskandar sudah jauh meninggalkannya yang masih kaku berdiri
di situ.
Telefon bimbit ditangan dipandang sejurus tersedar dari lamunan.
Wajah Faridz yang sentiasa mendebarkan jantungnya menghiasi di skrin dipandang sepi. Huda tersenyum
sendiri. Jiwanya sedikit tenang, namun hanya seketika. Air matanya tetap
mengalir. Perlahan-lahan dicuba mencari nama Faridz dan kemudian menekan butang
call. Huda menanti seketika tapi
senyap. Dicuba lagi sehinggalah terdengar taliannya sedang disambungkan.
Hatinya hampa bila panggilan yang dibuat tiba-tiba putus dan terus tiada
apa-apa lagi bunyi tut-tut di telinganya.
“Abang.. jawablah.!” Rayu Huda sendiri sambil teresak-esak. Ketika itu pelbagai rasa yang datang bertubi-tubi. Apa yang lebih ketara ialah rasa rindunya pada Faridz. Beberapa bulan lalu diharapkan dapat bertemu dengan Faridz bila lelaki itu memberitahu tentang kehadirannya di Bandar itu. Tapi harapannya tinggal harapan. Faham dengan tugas Faridz, Huda terpaksa mengalah.
“Abang.. jawablah.!” Rayu Huda sendiri sambil teresak-esak. Ketika itu pelbagai rasa yang datang bertubi-tubi. Apa yang lebih ketara ialah rasa rindunya pada Faridz. Beberapa bulan lalu diharapkan dapat bertemu dengan Faridz bila lelaki itu memberitahu tentang kehadirannya di Bandar itu. Tapi harapannya tinggal harapan. Faham dengan tugas Faridz, Huda terpaksa mengalah.
PERHATIAN Faridz sepanjang pemanduan diganggu oleh deringan telefon
bimbitnya. Teraba-raba dia mencari alat
telekomunikasinya yang sudah tertimbus dek kertas-kertas kerja yang berada
disebelahnya. Manakan boleh jumpa dengan pantas kalau mata dihalakan ke
hadapan, tangan kiri ligat mencari dan tangan kanan mengawal pemanduan, sudah
pasti lain yang dicari lain pula yang dapat. Deringan tadi tiba -tiba terhenti
secara automatiknya pencariannya juga terhenti. Namun hatinya jadi tak sedap,
lalu memberhentikan keteta nya di bahu jalan dan kembali mencari telefon
bimbitnya semula. Faridz mengeluh lega bila apa yang dicari berada dalam
genggamannya.
“Aduh..! bateri kong pulak.! siapa yang telefon
waktu-waktu ni..?” Tanya Faridz sendiri dengan kesal. Pemanduannya dipercepatkan agar sampai ke rumahnya. Sampai saja depan pintu apartmennya segera
dibolosi ke dalam bilik dan menuju terus ke meja katilnya untuk mendapatkan wire pengecas telefon bimbitnya. Hampir
2 minit dia menanti akhirnya telefon bimbitnya dapat berfungsi walaupun kuasa
baterinya belum mencukupi. Cukuplah sekadar untuk mengetahui siapa yang
menghubunginya tadi. Cemerlang matanya melihat nama Huda yang tertera. Hatinya tertanya-tanya apa yang
menyebabkan kekasihnya itu menelefonnya.
Telefon
rumah di capai lalu segera mendail nombor telefon bimbit. Lama menanti namun
masih belum berjawab, hanya peti suara yang kedengaran. Dicuba lagi hingga kali
ke lima barulah panggilannya terjawab. Mendengar salamnya dijawab berserta
esakan, hatinya jadi tak tenteram.
“Sayang..! abang ni.
Kenapa.?” Tanya Faridz lembut. Tiada jawapan yang didengari. “Huda kat mana
ni..?”
“Huda tak apa-apa bang.!
cuma runsing saja. Huda tak kemana-mana, cuma lepak dekat depan bangunan bilik
Huda ni saja.” Jawab Huda masih lagi teresak-esak. Mendengar suara yang jarang kedengaran, jiwanya jadi tenang seketika walaupun degup
jantungnya jelas terasa.
“Tunggu situ, abang sampai
sekejap lagi..!” Balas Faridz tergesa-gesa lalu terus mematikan talian.
Huda
termanggu-manggu sendiri. Bermimpikah dia di siang hari.? Betulkah Faridz akan
datang berjumpa dengannya sebentar saja lagi.? Takkanlah secepat itu
memandangkan perjalanan dari perak ke KL memakan masa paling kurang pun tiga
jam. Sambil membelek-belek telefon bimbitnya Huda membuka semula nombor yang
Faridz gunakan untuk menghubunginya tadi. Bibirnya tersenyum kerana itu adalah
nombor telefon apartment. Tidak disangka Faridz sudah berada hampir dengannya
waktu dia benar-benar memerlukan.
Sudah hampir setengah jam dia menanti namun
kelibat bayang kereta Faridz tidak jua muncul tiba. Huda cuba bersabar, mungkin
kerana kesesakan jalan raya. Di waktu ini jalan memang sesak memandangkan waktu
orang pulang dari kerja. Sebuah kereta Honda tiba-tiba berhenti betul-betul di
hadapannya sepuluh minit kemudian. Huda mengeluh kerana yang dinanti belum
kunjung tiba. Tanpa memperdulikan kereta
putih yang menghadapnya, Huda memalingkan wajah sunggulnya dari merenung
kereta yang bercermin hitam itu. Risau nanti ada yang salah anggap pulak. Bunyi
pintu kereta dibuka membuatkan Huda tersentak lalu berpaling ingin melihat
manusia yang memandu kereta mewah yang tidak pernah dilihat di situ. Bagai
luruh jantungnya melihat Faridz berdiri sambil menutup pintu kereta dan
menghampirinya. Senyumannya tetap terukir dibibirnya.
“Abang!” Huda hampir-hampir
menjerit kuat. Hanya itu yang terlahir waktu itu. Mata dan mulutnya melopong,
cepat-cepat kedua tapak tangannya menekup mulut yang separuh ternganga. Ingin
saja dia berlari dan memeluk susuk tubuh sederhana itu . Mata berairnya yang sudah
mula kering selepas terima panggilan dari Faridz tadi kembali berkaca dan
pelahan-lahan mengalirkan air hangat lalu membasahi pipinya. Faridz mengeluarkan tas tangannya lalu
dihulurkan ke wajah Huda dan mengesat lembut sambil menggeleng kepala.
“Dah-dah.! kan abang dah ada
kat sini. Kenapa ni.? Nangis sampai bengkak mata. Rindukan abang ye?” Tanya
Faridz sambil berseloroh ingin mengembalikan keceriaan di wajah gadis itu.
Lahirnya senyuman di wajah mulus itu sudah cukup buat Faridz mengeluh lega.
“Kenapa ni.? Cuba cerita. Kalau diam macam ni sampai bila nak selesai masalah?” Faridz masih terus memujuk bila Huda masih terus berdiam. Sedih lihat gadis kesayangannya berkeadaan begitu. Besar sangat ke masalah hingga keadaan Huda jadi begitu. Faridz memerhatikan keadaan Huda dari atas hingga ke bawah. Jari jemari Huda yang putih diperhatikan lama. Jelas kelihatan urat-urat biru menimbul menunjukkan gadis di hadapannya itu tidak menitikberatkan soal kesihatannya. Huda terlalu kurus jika dibandingkan dengan Huda dua tahun yang lalu.
“Kenapa ni.? Cuba cerita. Kalau diam macam ni sampai bila nak selesai masalah?” Faridz masih terus memujuk bila Huda masih terus berdiam. Sedih lihat gadis kesayangannya berkeadaan begitu. Besar sangat ke masalah hingga keadaan Huda jadi begitu. Faridz memerhatikan keadaan Huda dari atas hingga ke bawah. Jari jemari Huda yang putih diperhatikan lama. Jelas kelihatan urat-urat biru menimbul menunjukkan gadis di hadapannya itu tidak menitikberatkan soal kesihatannya. Huda terlalu kurus jika dibandingkan dengan Huda dua tahun yang lalu.
Huda menarik nafas panjang dan
menghembuskan perlahan. Wajah Faridz yang sedang tersenyum kelat ditatap namun
hanya seketika kerana kalah dengan balasan renungan Faridz padanya. Huda
tersenyum malu lalu menundukkan wajahnya. Perlahan-lahan Huda menceritakan apa
yang terjadi.Tiada apa yang tertinggal. Bermula dengan perkenalannya dengan
Iskandar yang dianggap sebagai seorang abang yang baik sehinggalah perselisihan
faham dengan rakan sebiliknya Rina. Namun Huda tidak pula menceritakan tentang
perasaannya pada Iskandar. Huda tidak mahu Faridz terasa hati kerana sudah
maklum dengan sifat Faridz. Huda sedar, jika dia berada ditempat Faridz sudah
tentu dia akan berperasaan sama jika tahu kekasih ada hubungan istimewa dengan
orang lain. Lantas ada baiknya dia rahsiakan saja. Lagipun perasaan itu baru
timbul dan perasaan sayang yang sebenar masih kuat pada Faridz Hazmi.
“Huda nak balik.!” Ujar Huda
selepas selesai bercerita.
“Habis! macam mana dengan
pelajaran Huda kat sini.?” Tanya Faridz terkejut. Tidak disangka begitu
lemahnya gadis di hadapannya itu. Berbeza sekali dengan Huda yang dikenalinya
dulu.
“Huda nak sambung dekat
tempat abah. Dekat sana ada Fini. Huda rindu dekat dia, dekat abah,
umi, Huzir.!” Balas Huda teresak-esak.
“Dekat abang.?” Tanya Faridz
ingin bergurau. Jelingan dan senyuman Huda sambil menunduk sudah membuat Faridz
faham apa jawapan Huda akan soalan ringkasnya tadi.
“Abang ni.!” Rengek Huda
malu-malu.
Faridz tersenyum simpul bila melihat Huda sudah memuncung. Mahu saja dihamburkan tawa, tapi bila mengenangkan keadaan Huda, dicuba menahan agar tawanya tidak meledak. Nanti tak fasal-fasal lengannya merah lebam kerana ketilan berbisa Huda.
Faridz tersenyum simpul bila melihat Huda sudah memuncung. Mahu saja dihamburkan tawa, tapi bila mengenangkan keadaan Huda, dicuba menahan agar tawanya tidak meledak. Nanti tak fasal-fasal lengannya merah lebam kerana ketilan berbisa Huda.
“Okey! abang gurau je..!”
Pujuk Faridz. “Huda ingat dengan melarikan diri dari masalah macam ni boleh
selesaikan masalah tu.? Huda tau tak, bila Huda melarikan diri akan menampakkan
Huda betul-betul salah. Kalau Huda dapat tukar ke sana pun belum tentu masalah
ni takkan berulang. Kalau masalah macam ni datang lagi, kemana pulak Huda nak
pindah.? Abang percayakan Huda. Abang yakin Huda takkan sanggup kecewakan abang
dan keluarga. Sudahlah, jangan menagis lagi. Jadikan pengalaman ni sebagai satu
cabaran untuk Huda teruskan cita-cita Huda. Bakal doktor kena kuat, kalau tidak
macam mana nak jaga pesakit." Ulas Faridz sambil tersenyum -senyum.
“Abang tak faham!” Huda berdesit perlahan.
“Abang faham sayang..! Abang
faham sangat-sangat hati Huda yang terluka. Kecewa bila dituduh macam-macam.
Tambahan pulak dari kawan baik yang Huda harap jadikan sandaran di waktu susah.
Ditambah pulak dengan pandangan serong masyarakat yang tak mengetahui cerita
sebenar. Kalau abang pun abang akan rasa macam yang Huda rasa. Tapi cuba Huda
fikir, apa berbaloi ke tindakan Huda nak bertukar ke tempat lain sedangkan
persekitaran belajar di sini sudah Huda maklum dan serasi. Tentang pandangan
orang tu, Huda tak payah fikirkan sangat. Tumpukan sepenuh perhatian pada
pelajaran dan jangan fikirkan yang negetif. Huda lupa apa yang Huda pesan pada
abang dulu? Setiap kejadian pasti ada hikmahnya..”
“Abang macam tak suka je
Huda nak balik sana.! Entah-entah..!”
Huda menjeling manja. Faridz ketawa besar.
“Ha..eloklah tu.! Fikir yang bukan-bukan.
Kalau nak balik jugak, abang tak kisah. Abang lagi suka. Nanti abang cakap pada
abah. Dekat sana nanti abang nak cakap terus dekat abah yang abang nak hantar
cincin. Ikat terus Huda. Cukup sebulan abang nak kita kawin terus. Kompem tak ada siapa yang kacau..!”
Huda melopong sambil cepat-cepat menggeleng kepala. Faridz ketawa besar.
Huda melopong sambil cepat-cepat menggeleng kepala. Faridz ketawa besar.
“Huda dah makan.?” Tanya
Faridz menukar topik. Huda menggeleng lemah. “Jom temankan abang makan. Dari
pagi tadi abang tak sempat nak jamah-apa-apa, lapar sangat ni.!”
Melopong
mulut dan mata Huda mendengar cerita Faridz. “Kenapa abang tak makan.? Kalau
sakit siapa yang susah.?” Huda membebel lembut.
“Kalau abang sakit, Mak Miah dengan Fini
ada, boleh tolong jagakan. Tapi kalau Huda yang sakit siapa yang nak
tengokkan.? Ada kawan dah tak boleh harap. Ada abang angkat dah merajuk pergi. Cuba
tengok keadaan Huda sekarang, tak sama dengan Huda abang yang dulu. Please Huda, kembalikan Huda abang yang
dulu! Abang tak sanggup tengok keadaan Huda macam ni. Macam mana nak belajar
kalau Huda sakit macam ni.?” Faridz terus menerus membebel. Huda menunduk malu
bila apa yang dikatakan Faridz tadi benar belaka.
“Dah! Sekarang Huda balik ke
bilik, siap. Abang tunggu dekat kereta. Kita keluar makan. Jangan lupa bawak
telekung sekali. Maghrib nanti kita singgah dekat mana-mana masjid.” Terang
Faridz panjang lebar tanpa sempat Huda beri alasan.
Huda tersenyum lantas segera bangun dan
beredar menuju ke biliknya untuk bersiap. Pergerakannya lemah namun digagah
juga agar Faridz tidak terus bersyakwasangka.
Faridz
meraup wajahnya setelah Huda hilang dari pandangannya. Hatinya cukup terluka
melihat Huda dalam keadaan begitu. Hatinya juga kuat berkata yang Huda mengalami
masalah tekanan sehingga mengalami kemurungan. 'Ya Allah Ya Tuhanku, Kau
kembalikanlah kekasihku Farathul Huda yang dulu. Sesungguhnya aku tak mampu
melihatnya dalam keadaan begitu. KepadaMu aku memohon dan kepadaMu aku meminta,
lindungilah Farathul Huda dari sebarang keburukan dan keaiban..Amin.' Doa
Faridz dalam hati. Lalu Faridz cepat-cepat melangkah ke keretanya sambil
menanti kedatangan Huda.
Hampir
lima belas minit barulah kelibat Huda kelihatan. Faridz terpaku melihat Huda
yang berbaju kurung merah jambu berserta tudung putih cream melangkah dengan
lemah lembut ke arahnya. Senyuman Huda yang menggugat keimanannya buat dia rasa
lemah segala sendi. Matanya kaku sehinggalah tersedar apabila Huda
memetik-metik jari betul -betul di hadapan matanya.
“Abang tengok apa.?” Usik
Huda sambil tersenyum.
“Hah! abang tengok kekasih
abang, kasihan dia..makin kurus. Lama tak jumpa, abang rindu sangat-sangat.
Bila dapat jumpa, tengok pulak keadaan kekasih abang macam ni, abang lagi rasa
sedih!” Jawab Faridz sayu.
Huda tertunduk lemah. Serba salah rasanya kerana menyebabkan Faridz beriaksi begitu. Tanpa apa-apa balasan, dia hanya mampu berdiam.
Huda tertunduk lemah. Serba salah rasanya kerana menyebabkan Faridz beriaksi begitu. Tanpa apa-apa balasan, dia hanya mampu berdiam.
“Bila abang beli kereta
ni..?” Tanya Huda sejurus masuk ke dalam kereta sambil matanya galak memerhatikan keadaan dalam
kereta.
“Huda suka tak.?” Tanya
Faridz tanpa menjawab soalan Huda terlebih dahulu.
“Suka. Cantik..! Tapi bila
tengok kerusi belakang terus tak cantik.!” Ujar Huda sambil memuncungkan
mulutnya pada arah bangku belakang. Tergelak Faridz bila melihat bangku penuh
dengan kertas kerjanya.
“Abang tak sempat nak kemas.
Sempat kemas yang depan je. Tu pun sebab tuan puteri nak duduk.” Ujar Faridz
lalu tersengeh malu.
“Tapi Huda lebih suka avanza
abang tu.” Jawab Huda tersenyum simpul tanpa pedulikan kata-kata Faridz. Malu sebenarnya bila mendengar alasan Faridz tadi. Mana mungkin dilupakan begitu saja
avanza Faridz yang hampir-hampir terkiss skuternya ketika dalam perjalanan ke
sekolah. Disebabkan peristiwa itulah hubungannya dengan Faridz boleh terjalin
hingga sekarang.
“Kereta ni abang beli enam
bulan lalu. Avanza abang ada kat rumah. Avanza tu besar sangat, kalau
ramai-ramai bolehlah bawak , tapi kalau sorang, abang guna yang ni aje.!”
“Ingatkan avanza tu abang
jual.”
“Ishh..! mana boleh jual,
banyak kenangan tu. Kalau tak sebab avanza abang tergatal nak kiss skuter Huda,
rasanya sampai sekarang abang tak jumpa Huda lagi.” Balas Faridz sambil
membelokkan keretanya meninggalkan perkarangan asrama Huda.
“Manalah tahu..! dah jumpa
yang baru, yang lama kena tinggallah.” Seloroh Huda. Faridz menggeleng kepala
sambil tersenyum . Jiwanya rasa sedikit lega bila Huda sudah mula tunjukkan
wajah ceria.
Petang
itu berselera sekali Huda dan Faridz menjamu selera. Selesai bersantapan di restauran pilihan,
mereka melangkah ke sebuah masjid berdekatan untuk solat maghrib sehingga jam
lapan malam barulah mereka berangkat pulang.
Sepanjang perjalanan Huda dan Faridz tak henti- henti berbual. Setelah
lebih setahun tidak bersua muka, baru kini dapat bertemu. Masing- masing ada
cerita yang ingin disampaikan. Terlalu banyak hingga tidak sedar masa berlalu
terlalu cepat beredar. Sedar-sedar jam sudah menunjukkan ke jam sembilan malam.
Sampai
di perkarangan asrama, Huda sedikit tersentak kerana melihat Iskandar sedang
menunggu di kawasan parkir. Huda mengeluh lemah lalu menyatakan kepada Faridz
yang setia di sebelahnya.
“Abang kena selesaikan
masalah ni sebelum abang balik. Kalau tak hati abang tak senang.” Ujar Faridz
sambil tersenyum. Faridz cuba beri kekuatan pada Huda agar tidak perlu risau
kerana dia sentiasa ada di sisi menemani. Huda hanya berdiam diri dan beberapa
saat kemudian dia tersenyum sambil menganggukkan kepala tanda setuju dngan
cadangan Faridz. Langkah diatur bersama Faridz menuju ke arah Iskandar yang
masih menanti.
“Abang Is.!” Tegur Huda
sambil tersenyum.
“Huda dari mana.? Abang Is
tanya budak-budak dekat sini, dia orang kata Huda keluar.” Ulas Iskandar sambil
matanya sesekali merenung tajam ke arah Faridz.
“Huda keluar makan. Abang Is..! Huda kenalkan,
yang selalu Huda ceritakan pada abang Is dulu..Faridz.”
Kata Huda lalu memperkenalkan pula Iskandar. kepada Faridz. Salam Faridz hulurkan lalu dengan mesra Iskandar menyambut sambil tersenyum.
Kata Huda lalu memperkenalkan pula Iskandar. kepada Faridz. Salam Faridz hulurkan lalu dengan mesra Iskandar menyambut sambil tersenyum.
“Terima kasihlah sebab sudi
tengok- tengokkan buah hati saya dekat sini. Almaklumlah, saya jauh di perak.
Hari ni pun datang sebab ada urusan kerja. Lagipun dia tak suka saya datang
mengganggu kalau dia sedang belajar.” Ujar Faridz bersahaja. Disaat itu dia
yakin Huda pasti tidak membantah dengan apa yang disampaikan tadi.
“Tak ada apa -apa yang susah
pun. Saya senang berkawan dengan dia. Lagipun saya dah anggap dia macam adik
saya, kebetulan pulak saya tak ada adik.” Jawab Iskandar berbohong mengenai
perasaannya pada Huda. Takkanlah dia nak mengaku terang-terang bahawa Huda
sentiasa ada dalam hatinya setelah terang-terang Faridz mengatakan Huda tu
sebagai buah hatinya.
“Sebenarnya saya nak mintak
maaf pada Huda sebab desas-desus mengenai kami berdua. Saya tak sangka perkara
ni dah sampai tahap teruk macam ni. Saya tahu Huda tertekan, sebab tu dia cuba
mengelak diri dari berjumpa dengan saya. Saya tak ada niat buruk padanya, saya
akui yang saya memang suka dan mula menyayanginya walaupun tahu dia ada awak.
Sebab tu saya ambil keputusan untuk menganggap dia hanya sebagai adik. Saya
harap awak sudi maafkan saya atas ketelanjuran saya ni. Awak bertuah kerana
mempunyai kekasih setia seperti dia. Kadang-kadang saya cemburu sebab bila
berjumpa, tak habis-habis cerita fasal awak.” Ulas Iskandar berterus terang.
Niatnya yang sebenar ialah agar Faridz tidak mengesyaki apa-apa yang buruk tentang hubungannya dengan Huda.
Faridz menjeling manja memandang Huda yang
tersenyum malu mendengar ulasan Iskandar. Sudah dijangka Huda bukanlah seburuk
yang disangka oleh rakan sebilik Huda. Hatinya berbunga riang mendengar cerita
Iskandar. Setelah hampir sepuluh minit berbual, akhirnya Iskandar meminta diri
untuk pulang.
“Faridz. Sebelum saya balik,
boleh saya bercakap dengan Huda sekejap?” Pinta Iskandar tiba-tiba. Bila
melihat Faridz senyum sambil mengangguk, Iskandar melepaskan nafas lega.
“Abang tunggu dekat kereta”
Kata Faridz sambil tersenyum pada Huda. Huda hanya mengangguk sekali dan
kemudian pandangannya terus dilempar pada Iskandar yang sedang memerhatikannya.
“Ada apa abang?” Tanya Huda
lembut sambil tersenyum. Iskandar tersenyum lebar mendengar pertanyaan Huda.
Tak disangka Huda akan kekal memaggilnya begitu.
“Sebenarya dah lama abang
nak dengar Huda panggil macam tu.” Iskandar tunduk malu. Huda ketawa kecil
melihat telatah Iskandar.
“Huda kan adik abang..!”
Balas Huda malu-malu.
“Sebelum abang pergi, abang
nak dengar sendiri dari mulut Huda. Sepanjang kita bersama, pernah tak Huda
rindukan abang jika kita tak jumpa?” Huda mengetap bibir perlahan.
“Pernah. Setiap hari kalau
boleh Huda nak jumpa abang.” Balas Huda perlahan.
“Huda sayang abang?” Huda menarik nafas dalam
sebelum menjawab.
“Sayang. Pertama kali Huda
sayang abang sewaktu abang kata abang bangga dapat adik sebaik Huda.”
“Huda cintakan abang? Tadi
bila Huda kata perasaan cinta mula ada, abang seakan tak boleh berfikir.”
"Huda tak ada jawapan untuk soalan tu. Apa yang Huda boleh jelaskan, Huda memang sayangkan abang."
Iskandar tersenyum hambar. Walaupun bukan itu jawapan yang ungin didengari dari mulut Huda, dia cuba terima. Ucapan sayang yang lahir dari mulut Huda tadi sudah cukup dia rasa terharu.
Iskandar tersenyum hambar. Walaupun bukan itu jawapan yang ungin didengari dari mulut Huda, dia cuba terima. Ucapan sayang yang lahir dari mulut Huda tadi sudah cukup dia rasa terharu.
“Sampaikan salam pada emak dan ayah.
Insyaallah kalau ada masa, nanti Huda datang melawat mereka”
Iskandar gagahkan kaki melangkah kearah
keretanya. Berat rasa meninggalkan gadis kesayangannya disamping orang lain.
Namun dia bersyukur kerana tahu Faridz akan terus menyayangi Huda seperti mana
dia menyayangi gadis itu. Melalui perbualan pendek dengan Faridz tadi, dia
sedar lelaki itu benar-benar seorang yang setia. Iskandar belum pasti, sampai bila
dia harus begitu dengan perasaan pada kekasih orang. Apa yang pasti dia akan
terus menanti Huda hingga dia bertemu dengan seseorang yang boleh merawat
hatinya.
Huda tersenyum malu melihat Faridz sedang
merenungnya ketika dia berjalan kearah Faridz di kereta.
“Janganlah tengok Huda macam
tu.!” Rayu Huda perlahan. Wajah Faridz ditolak lembut. Faridz ketawa besar
sambil menggeleng.
“Kacakkan Iskandar tu.? Macam
anak cina. Patutlah ramai yang jeles
pada Huda.!”
“Kacak ke..? Huda tengok
biasa je.! Maknya cina... tapi abang
Huda lagi kacak.!” Huda cuba sembunyikan rasa gugup. Dia turut mengaku Iskandar
kacak. Iskandar a.k.a Remy Ishak celup versi tionghua.
“Abang yang mana..?” Tanya
Faridz sambil tersenyum. Huda tersenyum malu kerana ketelanjurannya berbicara.
“Dulu masa mula-mula masuk
sini Huda panggil dia Hitler sebab
dia suka buli Huda. Huda benci dia.!”
“Tak baik buat macam tu.!
Dia nampak baik, jujur nak berkawan. Huda suka dia?”
“Apa abang ni..! Tak suka
lah abang tanya macam tu.. Diakan abang angkat Huda. Keluarga dia pun dah jadi
keluarga angkat Huda. Nanti Huda bawak abang jumpa keluarga angkat Huda ok..”
“Terus terang abang cakap
yang abang cemburu.!” Kata Faridz serius.
“Sebab Huda tahu abang
cemburulah, Huda setia dengan abang.!” Balas Huda malu-malu.
“Thank.!”. Ucap Faridz
lega. “Esok ada kelas tak..?”
“Esok cuti.. kan esok
sabtu.!”
“Okey..! pagi esok abang datang
jemput pukul lapan pagi.”
“Nak kemana.?”
“Temankan abang sarapan.
Lepas tu abang nak bawa jumpa dengan seseorang. Dia mesti gembira dapat jumpa
dengan Huda. Dah lama dia mintak abang kenalkan Huda.”
“Siapa.?” Hati Huda mula
rasa tak senang. Berkerut wajahnya memikirkan siapa yang ingin ditemukan
dengannya nanti.
“Esok Huda tau sendirilah.!
Jangan fikir yang bukan-bukan. Insyaallah, pasti semua akan berjalan dengan
baik.” Ujar Faridz sambil tersenyum riang.
MELANGKAH
saja ke dalam bilik kelihatan Rina sedang berbaring sambil matanya tajam ke
arah buku yang dipegang. Huda langsung tidak memperdulikan teman sebiliknya
itu. Terus saja dicapai tuala dan baldi yang menempatkan barang-barang
mandiannya lalu ingin melangkah ke bilik air. Hatinya masih sakit dengan
tuduhan tak berasas Rina. Namun belum sempat kakinya melangkah terdengar di
telinganya sapaan sinis dari Rina.
“Kau ke mana tadi.?” Tanya
Rina agak kasar. Huda tersentak dengan pertanyaan itu. ‘Apahal pulak lah dengan
minah ni. Dah lama tak bertegur, tiba-tiba je. Dah rindu sangat ke nak bertekak
dengan aku..?’ Tanya hati Huda sendiri. Huda tidak terus menjawab tetapi
memalingkan wajahnya lalu menatap tajam wajah Rina yang sedang tajam merenungnya. Sambil menarik nafas
perlahan, Huda mencari kekuatan untuk menghambur apa yang terpendam.
“Kau peduli apa.! aku nak kemana
pun itu aku punya fasal.! Aku nak pergi mengundik ke, nak pergi melacur ke.. tu
semua tak ada kena mengena dengan kau.!”
Rina terpana mendengar kata-kata Huda.
Sepanjang perkenalannya dengan Huda, belum pernah lagi dia mendengar kata-kata
kesat yang keluar dari mulut itu. Hati nya menjadi panas.
“Muka kalau dah tampal
dengan kulit babi, itulah padahnya. Tak tahu malu, tak cukup sorang, ada hati
nak cari jantan kaya.!”
Sindiran hina Rina on the sport menaikkan darah Huda di tahap yang paling maksimum. Panggg!
Satu tamparan paling berbisa terlepas di pipi gebu Rina. Buat pertama kalinya
Rina adalah orang pertama yang merasa kehangatan dan kesedapan selepas
melepaskan kata-kata kejam kepadanya.
“Apa hak kau untuk hina aku
sampai macam ni sekali.? Kau siapa untuk menentukan jalan hidup aku.? Kemana
aku pergi, apa aku buat, langsung tak ada kaitan dengan hidup kau.! Tolong jaga
sikit mulut kau. Kau belum kenal lagi aku siapa. Aku bukan sehina yang kau
sangka. Kalau kulit aku ditampal dengan kulit babi, kulit kau ditampal dengan
kulit apa pulak.? Kulit anjing kurap? Biawak hidup?” Herdik Huda sambil
merenung tajam ke wajah Rina yang sedang mengusap pipinya yang masih terasa
membahang.
Kesabarannya ada tahap. Tapi bila kesabarannya sudah melebihi tahap dan mula tercabar, apa-apa pun sanggup dilakukan. Takkan selama-lamanya harus dibiarkan maruahnya dipijak-pijak.
Kesabarannya ada tahap. Tapi bila kesabarannya sudah melebihi tahap dan mula tercabar, apa-apa pun sanggup dilakukan. Takkan selama-lamanya harus dibiarkan maruahnya dipijak-pijak.
“Aku tahu kau ada simpan perasaan pada
Iskandar. Silakan memohon jawatan sebagai kekasihnya. Sekarang pun dia masih single, aku tak hairan..! Selama ni aku rapat
dengan dia sebab dia dah anggap aku macam adik dia. Cubalah dapatkan dia kalau
kau rasa mampu. Kalau permohonan kau diterima, aku ucapkan tahniah. Tapi kalau
ditolak, aku tak boleh buat apa-apa. Terpulanglah pada kepandaian kau untuk
memikat. Terus terang aku katakan, aku jamin Iskandar takkan memandang
perempuan cantik tapi mulut longkang macam kau ni.! Kalau kau masih nak
teruskan usaha mendekatinya, aku nasihatkan kau supaya ubah dulu sikap kau tu.
Iskandar bukanlah jenis lelaki buaya yang mudah kau dapat dengan berpakaian
seksi dan makeup tebal berinci. Dia ada perisip sendiri untuk tentukan siapa
yang layak untuk mendekatinya. Aku adalah antara calon yang yang sedang diburu
untuk menjadi permaisuri hidupnya, tapi aku taklah kemaruk sangat macam kau
sampai terdesak sanggup buat fitnah pada kawan baik sendiri.!” Herdik Huda
panjang lebar.
Rina
terpaku mendengar hujah Huda lalu dengan sendiri air matanya mengalir di pipi.
Dia mula sedar atas ketelanjurannya lalu terus melangkah ke arah Huda yang berdiri
jarak satu meter darinya. Melihatkan Huda memusingkan badan bagi mengelak
barhadapan dengannya, dia tahu tiada lagi maaf buatnya dari sahabat yang sebaik
itu.
“Maafkan aku Fara! aku
terlalu ikut perasaan. aku cemburukan kau. Memang aku mengaku yang aku ada
simpan perasaan pada Iskandar, sebab tu aku sengaja ada-adakan cerita untuk
memalukan kau.” Terang Rina tanpa berselindun
“Kenapa kau buat aku macam
ni Rina..? Apa salah aku..? Selama ni aku anggap kau macam saudara aku sendiri,
tak sangka sanggup kau tikam aku dari belakang.! Manusia jenis apa kau ni
ha..?” Tanya Huda sayu. Matanya sudah mula terasa panas dan pedih kerana
menahan tangisan. Dikedip- kedipkan matanya sambil menarik nafas dalam-dalam
agar air matanya tidak melimpah keluar.
“Aku cemburukan kau Fara! Dari awal kau
sentiasa mendapat perhatian ramai termasuklah pensyarah-pensyarah dekat sini,
sampaikan makcik cleaner pun asyik
sebut tentang kebaikan kau. Hati aku bertambah sakit bila kau dah mula rapat
dengan Iskandar, sedangkan mula-mula dulu kau yang beria-ria tak mahu.! Aku
semakin geram bila keluarga Iskandar terima kau sebagai anak dia orang.” Bentak
Rina perlahan. Rina terus meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya. Harapannya agar
Huda dapat memaafkannya.
Hati
Huda masih sakit untuk memaafkan lantas terus saja ingin melangkah ke bilik
air. Namun cepat saja Rina menahan sambil melutut.
“Ampunkan aku Fara..! aku mengaku aku salah. Aku janji takkan ulang
lagi kesalahan aku ni. Tolonglah Huda, maafkan aku..!” Rayu Rina sambil memeluk
kaki Huda.
Huda terkesima melihat telatah Rina. Sedangkan
Iskandar telahpun dimaafkan, takkan lah dengan sahabatnya sendiri tidak. Lantas
bahu Rina disentuh lembut lalu menarik perlahan agar Rina yang sedang
teresak-esak bangun berhadapan dengannya.
“Sudahlah Rina, aku sudi
maafkan kau. Aku bukanlah sekejam yang kau sangka. Sedangkan nabi ampunkan
umatnya, tak kanlah aku hambanya yang lemah tak boleh maafkan saudara islamku
sendiri.” Ujar Huda lalu memeluk lembut tubuh Rina. Walaupun rasa sakit masih
terasa, Huda perlu terima dan belajar memujuk hatinya agar memaafkan.
“Hati kau betul-betul mulia
Fara..! Terima kasih kerana masih sudi terima aku..”
“Kalau aku tak maafkan kau,
nanti kau merayu-rayu pulak macam tadi, lagilah aku rasa serba salah. Dah macam
cerita hindustan dah aku tengok.!” Sindir Huda sambil tersenyum sinis.
Rina tersenyum malu lalu memeluk kembali
tubuh kecil Huda. Harapannya agar perkara yang lepas tidak berulang lagi.
“Fara.. aku nak tanya sikit
boleh.?” Tanya Rina ketika Huda sedang menyisir rambutnya yang panjang selepas
mandi.”
“Tanyalah..!” Balas Huda
sambil tangannya masih menyisir.
“Siapa dengan kau tadi.?”
Huda tersenyum sini sambil menjeling ke
arah Rina. Sudah dijangka soalan itu pasti akan keluar, cuma tidak menduga
secepat itu.
“Kenapa nak tahu.?” Soalan
Rina dijawab dengan soalan.
“Aku tengok mesra semacam, speacial yek.?” Duga Rina
tersenyum-senyum mengusik.
“Itulah masa depan aku. InsyaAllah..!” Ujar Huda tanpa berselindung. Bibirnya yang kaya dengan
senyuman manis bercampur malu jelas kelihatan membuktikan kata-katanya benar
ikhlas. Rina mengangguk percaya sambil tersenyum.
“Handsomelah.! Patutlah kau tak pandang Iskandar. Aku perasan macam
pelakun dari korea. Apa entah namanya, aku lupa.!” Ulas Rina sambil
tergaru-garu tanpa mengetahui perasaan sebenar Huda terhadap Iskandar.
“Danial Henny? ”Pantas Huda
menjawab sambil tersenyum. Huda sendiri tak tahu bagaimana rupa Danial Henny.
Tapi bila dah ramai yang cakap macam tu, dia ye kan saja.
“Ha..! Betullah tu.!” Rina
mengaku juga.
“Sebenarnya rupa Danial
Henny pun aku tak tahu! Bila dah ramai yang cakap macam tu, aku ikut jelah..”
Rina ketawa mendengar ulasan Huda.
“Nanti kita google ok. Aku akan tunjuk Danial Henny yang sebenar. Pasti kau tak percaya!”
“Handsome ke?”
“Mestilah encem..! Kalau tak, aku tak puji.”
“Kalau kau tengok adik dia,
mesti kau terpegun. Cantik macam Erra Fazira”
“Iye?” Rina terkejut sambil
terjegil mata. “Hm..tak hairanlah kalau abang dia macam Danial Henny..” Komen
Rina lagi.
Malam
itu, mereka tidak mengadap buku tetapi asyik bercerita. Rina tak habis-habis
bertanya itu dan ini . Begitu juga dengan Huda yang bila menceritakan tentang
Faridz membuatkan dia tersenyum tak cukup mulut. Bila melihat wajah Danial
Henny di google tadi, Huda tersenyum
lebar. Memang ada iras sedikit dengan Faridz, tapi tidaklah sama seperti yang
dikatakan oleh Hanom, Nur dan Rina. Tapi dalam hatinya tetap berkata yang Faridz
jauh lebih kacak dari actor itu. Namun
tidak sekali pun kisah Iskandar menjadi bualan kerana mereka tidak mahu
mengingat kembali kisah lalu.
No comments:
Post a Comment