PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 17 December 2014

BAB 21 TERTULIS KAU MILIKKU

21
     SELEPAS kepulangan Faridz, Huda meneruskan hari-harinya seperti biasa. Cincin di jari pemberian Faridz menjadikan Huda terus bersemangat untuk terus mencapai cita-citanya. Syarat yang dikenakan kepada Faridz dulu diteruskan walaupun Faridz kurang bersetuju, cuma Faridz berharap agar Huda terus menghubunginya jika Huda dilanda masalah seperti yang pernah terjadi. Faridz tidak mahu Huda dilanda kemurungan lagi.

    Semester ke empat hampir kepenghujungnya. Awal-awal lagi Huda sudah mendapatkan tiket bas untuk pulang bercuti. Tak sabar-sabar rasanya untuk menunjukkan keputusan peperiksaan yang telah di perolehinya dengan cemerlang pada keluarganya. Berita kepulangannya terpaksa dirahsiakan kerana tidak mahu menyusahkan keluarga atau Faridz yang sentiasa sibuk dengan urusan pejabat. Memandangkan sekarang Faridz sudah memulakan operasi syarikat keluarganya yang sudah lama tertangguh, sudah pastilah buah hatinya itu tak menang tangan mengendalikan dua buah syarikat sekaligus. Sekali -sekala naik bas, apa salahnya walaupun dia sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ketangga bas express. Selama ini hidupnya hanya dengan kereta. Di kampus pun Huda banyak bergerak dengan kereta yang ditumpang milik Rina. Kereta kancil biru milik Rina memudahkan dia bergerak memandangkan dia dan Rina mengambil jurusan yang sama. Cuma yang bezanya, Rina aktif dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, sedangkan dia hanya berikan perhatian kepada aktiviti begitu jika diperlukan sahaja. Dan sesekali dia akan ke padang barsama-sama pasukan hoki universitinya, itu pun sekadar suka-suka sahaja. Namun aktiviti yang melibatkan jurusan yang diambil tidak dapat dielak kerana itu sudah wajib. Hari raya tahun lalu pun dia hanya dapat bersama keluarga selama  tiga hari saja. Walaupun tidak puas bersama keluarga, dia terpaksa akur memandangkan masih banyak tugasan yang perlu dilaksanakan segera.

     Perjalanan yang memakan masa hampir empat jam itu dirasa terlalu lama. Sedikit rasa menyesal kerana tidak menyuruh sesiapa menjemputnya. Penat dan rasa letih tidak dapat digambarkan kerana terlalu lama di dalam bas.Tidak sabar rasanya untuk jejakkan kakinya ke lantai rumah. Hampir beberapa bulan dia tidak menjenggah ke rumah yang banyak kenangan sejak dari kecil hinggalah kini. Walaupun sering berhubung dengan keluarga melalui telefon, rasa rindu tetap terasa selagi tidak bersua muka. Cuti semester selama sebulan setengah itu akan digunakan sebaik mungkin untuk bersama keluarganya. Walaupun tidak merancang apa-apa ketka bersama keluarganya nanti. Huda yakin masa yang ada adalah sesuatu yang amat bermakna sebagai ganti selama hampir beberapa bulan tidak bersama keluarganya.

     Huda menarik nafas lega bila teksi yang dinaiki dari ipoh tadi sampai di depan rumahnya. Senyumnya melebar ketika dilihatnya pintu rumah terbuka menandakan ada penghuni di dalam rumah itu. Pintu pagar dibuka perlahan-lahan seperti pencuri yang ingin memecah rumah orang. Kunci rumah yang sentiasa ada bersamanya memudahkan dia untuk masuk ke dalam rumah tanpa menekan loceng. Terlopong mata dan mulut Puan Rohayu ketika melihat anak gadisnya yang sudah lama tidak kembali kini berada di depan matanya. Huda berlari-lari anak medapatkan tubuh Puan Rohayu lalu dipeluk penuh sayu dan kerinduan.

“Kenapa nak balik tak bagi tahu.? Kan boleh abah ambil..!” Sergah Puan Rohyu ketika melepaskan pelukan Huda.

“Saja..nak buat surprise..!” Ujar Huda sambil tersenyum lebar., matanya yang berkaca digilap agar air mata yang bertakung tidak mengalir membasahi pipinya.

“Abang Faridz tahu tak.? Umi rindu betul kat anak dara umi ni..! dah lama Huda tak balik. Raya hari tu balik sekejap je. Tak sempat umi nak lepas rindu. Sibuk sangat ke.?.”

“Huda pun Rindu kan umi. Bukan Huda tak mahu balik, banyak sangat aktiviti luar, tak boleh nak elak sebab dah syarat-syaratnya macam tu..! Tapi kali ni Huda cuti panjang, bolehlah nak lepaskan dendam rindu dekat umi dan abah.”

“Abang Faridz tahu ke kekasih hatinya balik hari ni.?” Tanya Puan Rohayu sambil tersenyum sinis.

“Umi ni..! Dia tak tahu..!” Balas Huda sambil berdesit dan memuncungkan mulutnya. Malu rasanya bila awal-awal lagi sudah disakat oleh uminya. Itu baru umi,belum lagi abah dan adiknya.

     Huda melangkah naik ke bilik selepas hampir setengah jam berbual dengan ibu tirinya di ruang tamu. Rasa penat ketika sampai tadi dirasakan hilang seketika. Melangkah ke bilik membuatkan senyumannya terukir. Rindu benar dengan suasana biliknya yang sejak dulu tidak pernah berubah kedudukan perabotnya. Bagaimana ditinggalkan dulu, begitulah yang dilihat sekarang. Bagasinya disandarkan di balik kaki katil lalu Huda merebahkan dirinya di atas katil untuk melepaskan penat. Ingatannya kembali kepada wajah Faridz lalu telefon bimbit yang berada dalam beg galasnya dicapai. Nama Faridz yang dicari tersiar diskrin membuatkan bibirnya automatik tersenyum sambil mengetap bibir. Lama menanti namun panggilannya tidak berjawab. ‘Mungkin sibuk di pejabat.’ duganya dalam hati.

     Jam sudah menunjukkan ke pukul dua belas tengah hari. Segera Huda turun lalu menuju ke dapur untuk membantu ibu tirinya menyediakan makan tengah hari kerana sebentar lagi Encik Marzuki pasti akan pulang dari tempat kerja. Walaupun cuti semester sudah bermula, Encik Marzuki tetap ke pusat pengajian kerana banyak yang perlu disediakan menjelang semester yang akan datang.


   LANGKAH Encik Marzuki terhenti di hadapan pintu utama kerana mendengar suara riuh rendah di dapur. Dari tempat kerjanya tadi jiwanya rasa tidak tenteram,bagai mengamit-gamit dia agar pulang awal hari ini. Bila melihat sekujur tubuh yang sedang membelakanginya ,barulah dia mengerti mengapa jiwanya tidak tenteram dari tadi, rupanya puterinya akan pulang bercuti.

“Abah..! Assalamualaikum abah..!” Jerit Huda ketika menyedari Encik Marzuki sedang berdiri memerhatikannya dari belakang.  Hampir melompat Huda bila melihat wajah orang yang amat dirindui berada depan mata.

“Kenapa anak abah ni kurus sangat.? Tak cukup makan ke.?” Tanya Encik Marzuki selepas menjawab salam sambil memerhatikan anak gadisnya dari atas ke bawah.

“Huda diet bah..!”  Jawab Huda sambil tersengeh. Tidak mahu orang tuanya tahu apa masalah yang melanda dirinya di sana. Tubuh orang tuanya dirangkul erat lalu mengajak ke ruang tamu untuk berbual. Keputusan peperiksaan semester pertama hingga ke tiga yang diletakkan di atas meja kopi dicapai lalu diserahkan kepada Encik Marzuki sambil tersenyum.

     Encik Marzuki tersenyum lebar sambil memerhatikan ke tiga-tiga keputusan yang berada di tangannya. “Abah memang yakin Huda pasti akan membanggakan abah.” Ucap Encik Marzuki lalu mengucup lembut kepala Huda.

    “Jom makan abah, Huda lapar. Dari pagi tadi tak makan apa-apa..!” Ujar Huda manja menukar topik perbualan kerana tidak mahu mata gembira Encik Marzuki terus berkaca kerana yakin matanya sendiri akan basah dulu jika melihat mata tua Encik Marzuki berair walaupun berita itu berita gembira.

     Langkah ke dapur dua beranak itu terhenti apabila mendengar deruman enjin kereta dari luar. Senyuman Huda melebar melihat dua manusia yang sedang keluar dari perut kereta milik Faridz.

“Macam tau-tau je..!” Sindir Encik Marzuki sambil menjeling sinis ke arah Huda yang sedang tersenyum malu.

“Mana Huda tau dia orang nak datang.! Huda tak bagi tau siapa pun yang Huda nak balik.”  Terang Huda malu-malu. Encik Marzuki hanya tersenyum lalu menggeleng kepala melihat telatah Huda sambil memerhatikan Affini dan Faridz yang sedang melangkah laju.

“Jemput masuk Finni, Riz..! Dari mana ni.?”

“Dari rumah, Pakcik..!” Jawab Finni yang sudah berada dalam rangkulan Huda.

“Balik tak bagi tau pun..!” Sergah Finni sambil memandang tepat ke arah Huda.

“Saja nak buat kejutan. Umi dengan abah aku pun aku tak bagi tau..!”

“Oo.. dekat buah hati kau bagi tau pulak.!” Tempelak Finni perlahan. Huda melopong.

“Eh ! Mana ada aku bagi tau..! Betulkan bang.?” Ujar Huda hairan lantas wajah Faridz dipandang.

“Tadi kan Huda ada call abang, tapi abang ada meeting tadi, sorry tak jawab. Abang tahu Huda mesti dah balik, kalau tak, takkan Huda nak call abang..!”  Ujar Faridz berterus terang. Huda tersenyum mendengar ulasan Faridz, sedikit lega kerana lepas dari andaian Affini yang bukan-bukan.

“Marilah makan..! " Laung Puan Rohayu dari ruang dapur.

“Pakcik, makcik.. esok keluarga angkat Fini nak datang. Boleh tak kalau Fini ajak dia orang datang ke sini.? Boleh kenal- kenal dengan keluarga pakcik.” Kata Fini ketika melabuhkan punggungnya di kerusi makan.

     Huda tersenyum-senyum memandang Faridz. Faridz membalas sambil menyungkitkan kening lebatnya.

“Apa  salahnya..! Lagipun esok sabtu, Pakcik cuti.”

“Ada urusan sikit dekat pejabat, sebab tu papa datang. Kebetulan mama pun nak ikut sekali jadi tak salahkan kalau saya bawak datang sini.” Sampuk Faridz yang sedang selesa di sebelah Huda.

“Datanglah Riz. Cik Ayu pun teringin nak kenal-kenal dengan keluarga yang banyak berjasa pada anak-anak saudara Cik Ayu ni. Kalau tak sekarang, bila lagi.?” Ujar Puan Rohayu pula sambil tersenyum.

“Esok Huda masak ye..! Dah lama abah tak rasa masakan Huda. Tak tahulah pandai lagi ke tidak. Sambil- sambil tu boleh pikat mak mertua sekali..” Usik Encik Marzuki sambil menjeling ke arah Huda dan Faridz yan sedang menyuap makanan.

     Huda terbatuk- batuk mendengar sindiran tajam orang tuanya. Air yang dihulurkan oleh Faridz disambut lalu disuakan ke mulut lalu diteguk perlahan. Sambil menarik nafas lega, dikerling ke arah Encik Marzuki yang sedang ketawa kecil. Mulutnya yang memuncung menaikkankan lagi nada tawa semua yang berada di meja makan itu.Tawa Encik Marzuki semakin meninggi. Sudah lama tidak dilihat riaksi wajah itu bila diusik. Rindunya kian terubat.

“Abang ni.! buat lawak tengah makan, buatnya tercekik anak tu, kan naya je.!” Sergah Puan Rohayu sambil memerhatikan Huda yang mencuka. Namun bibirnya juga turut terikir senyuman menahan tawa dari terburai, bimbang kalau anaknya terasa hati.


“HUDA dah habis fikir ke.? Benar-benar yakin dengan pilihan Huda tu.?” Tanya Encik Marzuki ketika selesai bersolat maghrib berjemaah bersama keluarganya atas permintaan Huda.

“Perkara apa ni bah? Huda tak faham.!” Ujar Huda hairan dengan pertanyaan Encik Marzuki tiba-tiba itu. Sambil melangkah beriringan turun menuju ke ruang tamu sementara menanti hidangan untuk makan malam.

“Buat-buat tanya pulak. Tentang Huda dan Faridz la..”

 “Huda tak mahu fikir lagi la bah..! Tak penting pun..!” Balas Huda sambil matanya tepat ke televisyen yang terpasang. Siaran berita yang tersiar sudah tidak diketahui apa yang dilaporkan oleh pembaca berita tv3 itu. Namun jawapannya itu dirasa kurang memuaskan hati Encik Marzuki kerana dari jelingan sinis orang tuanya itu, dia yakin Encik Marzuki menanti ulasan yang lebih terperinci. Lalu menoleh semula mengadap Encik Marzuki yang sedang tersenyum sinis padanya. Huda membalas senyuman Encik Marzuki.

 “Ye ke tak penting.? Abah tengok cincin kat jari Huda tu sesuai sangat dengan jari Huda. Pandai dia pilih untuk Huda.”

     Sindiran Encik Marzuki membuatkan Huda tersentak. Barulah disedari mengapa Encik Marzuki tiba-tiba bertanya tentang hubungannya dengan Faridz. Huda termalu sendiri. Tangan kanannya yang terletak elok atas ribanya, ditarik laju lalu menyembunyikan di bawah pehanya.Tidak disangka orang tuanya perasan dengan kehadiran cincin di jarinya. Dicari-cari apakah alasan yang boleh dibuat agar mengubah persepsi Encik Marzuki.

“Ni hadiah je bah, sebab Huda lulus semester hari tu. Kebetulan abang Faridz datang sebab urusan pejabat, dia datang lawat Huda sekali..” Huda terpaksa berbohong, tidak mahu Encik Marzuki mensyaki yang bukan-bukan. Huda tidak mahu melukakan hati abahnya. Huda yakin Encik Marzuki pasti akan kecewa kalau tahu Huda sudah menerima cinta Faridz seratus peratus. Sedangkan sebelum ini, dia pernah memberitahu bahawa dia ingin menumpukan sepenuh perhatiannya dulu kepada pelajaran.

“Biasanya orang akan bagi cincin pada yang tersayang saja..” Encik Marzuki terus serkap jarang sambil tersenyum sinis. Wajah Huda yang berlagak tenang ditatap hingga Huda sedikit gelabah.

    Pandangan Huda dikalih ke skrin tv kerana kalah dengan pandangan tajam Encik Marzuki. Huda yakin, abahnya itu memang pakar menggunakan psikologi untuk mengorek rahsia. Jadi langkah yang perlu diambil adalah mendiamkan diri.

“Mi..! Huzir tak balik ke bulan ni.?” Jerit Huda sambil mengalih pandangan ke arah dapur. Dicuba mengalih tajuk perbualan agar abahnya lupa tentang cerita cincin di jarinya.

“Hujung bulan ni baliklah tu..!” Balas Puan Rohayu bersahaja sambil melabuhkan punggungnya di sisi suaminya  setelah selesai menyediakan makan malam di meja makan.

“Rindu dekat Huzir. Apa kata nanti kita pergi melawat dia, boleh tak bah.?” Tanya Huda sambil mengalihkan pandangan ke arah Encik Marzuki yang sedang merenungnya. Sejak adiknya itu ditawarkan ke asrama penuh di ipoh, dia langsung tak berkesempatan bertemu. Jumpa pun pada hari raya sahaja.

“Ayu, esok keluarga Riz datang bolehlah kita bincang terus fasal bunga di taman kita yang tengah mekar ni.!” Nada sindiran Encik Marzuki menyentak perasaan Huda yang sedang menanti jawapan Encik Marzuki. Lain yang ditanya lain pula yang terjawab oleh orang tuanya itu. Dengan jelingan dan usikan sinis Encik Marzuki, tahulah dia yang Encik Marzuki masih belum ingin mengubah topik perbualan.

“Bunga yang mana bang.?” Balas Puan Rohayu bertanya seperti menyokong usikan suaminya.

“Yang satu tu la..!” Jawab En Marzuki bersahaja sambil matanya merenung skrin televisyen.

“Apa ni bah, mi..! Huda tak nak lagi lah..! Huda nak belajar dulu.” Cepat-cepat Huda mencelah. Risau kalau-kalau apa yang diudarakan oleh orang tuanya itu menjadi nyata.

“Apa yang tak nak.? Abah dengan umi maksudkan bunga yang tengah kembang kat luar tu. Bukan bunga dalam rumah ni.” Usik Encik Marzuki lagi.

“Ada ke bunga dalam rumah ni.? Cantik tak bang.?”

“Entah. Tak tahulah pulak.! Cantiklah kot.! Kalau tak, macam mana boleh dapat cincin. Belian pulak tu, mesti mahal. Biasanya orang nak bagi hadiah mahal, pasti untuk yang teristimewa je..! Tak gitu uminya.?”

     Huda sudah tidak dapat tahan lagi rasa malu. Wajahnya yang sudah merona kemerahan hanya mampu menunduk sambil mengetap bibir nipisnya. Segera Huda bangun lalu melangkah ke dapur untuk makan malam. Niatnya untuk menonton terus dilupakan.

“Malu lah tu.!” Balas Puan Rohayu sambil tersenyum ke arah suaminya yang turut bangun mengekori isterinya menuju ke meja makan.

“Huda tak mahu fikirlah bah.! Tak penting pun..! Lagipun Huda dengan abang Faridz tak pernah rancang apa-apa pun. Abah jangan risau, selagi cita-cita Huda tak tercapai, Huda tak mahu fikir hal yang satu tu. Huda muda lagi, dia pun muda lagi. Banyak yang perlu kami fikirkan lagi sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama. Huda tak mahulah nanti orang kata Huda ni anak yang tak mengenang budi, jasa-jasa orang tua belum terbalas lagi dah gatal nak kawin..!” Bentak Huda perlahan.

“Abah bukan nak jadi penghalang, cuma abah harap Huda dapat berfikir mana yang baik dan mana yang buruk sebelum membuat keputusan.”

“Abah janganlah risau.! Huda takkan hampakan harapan abah.” Balas Huda lalu menyendukkan nasi ke pinggan Encik Marzuki.

“Huda suka kampung tak?” Tanya Puan Rohayu tiba-tiba menukar tajuk perbualan. Huda melopong.

“Suka.! Hari tu Huda terbabit dengan program anak angkat dekat perkampungan orang asli. Seronok tau mi, bah..! Rasa macam tak mau balik. Itulah pengalaman yang tak boleh nak lupa. Pertama kali mandi sungai, teruja sangat. Malu betul bila kawan-kawan kata Huda di jakun, perak!” Cerita Huda penuh semangat. Puan Rohayu tersenyum-senyum memandang Encik Marzuki.

“Apakata cuti ni kita pergi bercuti.” Encik Marzuki bersuara. Faham sangat dengan anak gadisnya yang agak susah jika diajak bercuti ke mana- mana.

“Ala bah..lecehlah..! Huda balik ni nak rest-rest kat rumah. Penat tau..!” Huda mula merengek manja.
“Kalau bercuti dekat kampung, nak.?” Tanya Puan Rohayu.

     Suapan nasi ke mulut terhenti. Huda seperti tidak percaya apa yang disampaikan oleh ibu tirinya tadi. Melihatkan Encik Marzuki tersenyum lebar, tahulah dia yang ibu tirinya tidak bergurau.

“Kita ada kampung ke bah.?” Tanya Huda teruja. Encik Marzuki mengangguk laju.

“Kampung umi. Tak jauh pun dalam negeri perak ni jugak.!”

“Nak-nak. Huda nak..! Bila bah.? Bestnya..!” Ucap Huda tidak sabar.

“Sabarlah..! Huzir balik nanti kita pergi.”

“Tak tahulah macam mana keadaan rumah saya tu bang. Entah ada entah tidak. Masa saya tinggalkan rumah tu, nampak daif sangat. Tunggu nak roboh je..” Sayu Puan Rohayu bersuara.

“Insyaallah..!elok lagi tu.” Balas Encik Marzuki bersahaja. Kali terakhir rumah itu dijenguk ialah kira-kira lapan tahun yang lalu. Ketika itu Huzir berumur lima tahun. Niatnya ke situ adalah bertujuan untuk mengupah tukang rumah supaya memperbaiki rumah isterinya itu. Dia bercadang untuk membuat sedikit kejutan pada Puan Rohayu. Dan akhirnya setelah bertahun berahsia, Encik Marzuki ingin menjadikan kejutan itu sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang ke empat belas tahun.


“CUKUP-cukuplah tu long..! Nanti tak boleh betulkan mulut tu baru tau..!” Tempelak Fini kepada Faridz yang asyik tersenyum sejak pulang dari rumah Encik Marzuki petang tadi. Jarinya dipetik-petik di depan mata Faridz. Faridz tersedar apabila disergah begitu. Bibirnya yang terlakar senyuman manis kembali ke asal semula. Malu bila disindir dengan cara yang Affini lakukan tadi. Rancangan tv yang menyiarkan buletin utama di depan mata langsung tidak tahu apa berita yang pembaca berita sampaikan.

“Apalah Fini ni, perli-perli along pulak.!”

“Betullah apa yang Fini cakapkan. Nanti pengantin duduk bersanding tersengeh-sengeh macam kerang busuk, semua orang gelak, siapa yang malu.? Fini jugak tau.!”

“Pengantin mana pulak ni.!”

“Alah..! Macamlah Fini tak tahu. Yang di jari manis Huda tu apa.?”

     Faridz tersentak. Kepalanya yang terletak elok atas sofa sedikit terangkat.

“Dia ada cerita apa-apa ke.?”

“Huda tak cerita apa-apa pun..! Tapi Fini tahu, cincin tu mesti dari along sebab setahu Fini, Huda tak suka pakai barang kemas.”

     Faridz tersenyum malu. Bila mengingatkan kembali saat-saatnya menyarung cincin itu di jari manis Huda, hatinya berbunga-bunga.

“Hmm.. senyum lagi.! Dah macam orang tak betul. Susah-susah sangat, mama dengan papa datang esok suruh aje bincang terus.”

“Fini cakap senanglah. Kalau ikutkan along, sekarang jugak along nak ajak Huda kawin. Tapi Fini faham-faham sendirilah dengan Huda tu, nak belajar sampai habis dulu. Nak tak nak, along kena terima andai itu buat dia rasa selesa dan bahagia.”

“Sabo jelah long..! Tak lari gunung dikejar..” Pujuk Affini.

“Gunung memanglah tak lari kalau dikejar, tapi dengan Huda kalau dikejar pasti dia lari. Terkejut dia kalau tiba-tiba along kejar dia. Buang tebiat ke apa tiba-tiba mengejar anak dara orang. Tak cukup kaki along berlari lepas kena kejar balik dengan Pakcik Marzuki.!”

Affini menghamburkan tawa besar mendengar loyar buruk Faridz.

No comments: