3
AIDIL
Jalan hidup
biar ku pilih sendiri. Jalan hidup orang, ada aku kisah!
AKU masih jadi penganggur terhormat alam rumah dady ni. Rasa bosan sangat. Dah lima
bulan aku tinggalkan dunia kampus. Kadang-kaang terfikir jugak nak sambung
belajar lagi pada tahap yang lebih tinggi, tapi malaslah pulak. Rasa malu pulak
pada kawan aku Razif. Dengar cerita dia dah mula mengajar di sebuah sekolah
Menengah di daerah Kuching. Mula-mula aku pelik juga, kenapa jauh sangat Razif
kena hantar mengajar sedangkan kampungnya di Melaka. Selidik punya selidik
barulah aku tahu kenapa.. Rupa-rupanya dia dah nak kawin dengan orang Kuching.
Patutlah dia minta mengajar di sana. Teringat aku perbualan aku berskyp dengan Razi kelmarin.
“Aku
harap kau tak terkejut dengan keputusan aku ni”
“Memang
aku terkejut sebab sebelum ni kau mana pernah jiwang-jiwang dengan perempuan”
“Ala..!
tu zaman bila..? Sekarang zaman baru, aku nak juga merasa hidup berkeluarga
macam orang lain Keluarga aku dah bising. Kata mereka umur aku sepatutnya dah
ada anak dua atau tiga.”
Mengekek-ngekek
aku ketawa dengar cerita Razif. Memang aku susah nak percaya apa yang dia cakap.
Kalau selama ni, Razif memang susah nak bercakap fasal perempuan. Pada dia,
dunianya hanya buku dan pelajaran. Bukan tak ada yang minat pada Razif, cuma
Razif yang tak berminat nak melayan.
“Orang
mana Zif?”
“Kalau
aku cakap, kau jangan marah pulak!”
Aku
rasa ada sedikit kelainan dalam ayat Razif itu.
“Nak
marah apasal pulak! Kau nak kawin dengan awek aku ke pun? Rasanya aku tak ada speacial lepas clash dengan janda aku tu”
“Kalau
aku kata janda kau tu yang bakal jadi isteri aku, kau percaya tak?”
Aku
dah rasa nak gelak guling-guling depan Razif. Dalam nak tahan, akhirnya
terburai jugak tawa besar aku tu.
“Aku
dah agak, kau mesti gelakkan aku! Gelaklah..aku tak hairan pun..!”
“Sorrylah Zif..! Yang sebenarnya aku
benar-benar terkejut. Tak sangka kau sanggup jadi madu aku” Aku makin galak
ketawa.
“Eh..kau
tak takut ke kena macam aku kena dulu? Perempuan macam tu mana boleh percaya!”
Aku cuba menyakat Razif.
“Tak
baik kau cakap macam tu! Biar aku terus terang dengan kau ek! Orang yang selama
ni kau sangka curang tu sebenarnya tidak seperti yang kau sangkakan. Kau dah
salah sangka. Mula-mula aku jumpa Azie sebulan selepas majlis convo, dia ceritakan semua pada aku. Mamat
yang kau nampak dengan Azie tu silap orang. Budak tu pakwe adik kembar seiras
Azie. Aku pun ada jumpa dengan kembar dia masa hari tu. Hari yang kau nampak
dia dengan sorang mamat depan cafe tu memang Azie. Budak tu sebenarnya salah
orang. Budak tu sangka Azie tu awek dia. Aku rasa yang kau nampak banyak kali
tu, itu bukan Azie, tapi kembar dia.”
Bila
aku dengar Razif habis cerita, aku tak tahu nak jawab apa. Yang aku rasa masa
tu, aku menyesal sangat-sangat. Tak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan Azie
selepas aku enggan terima apa jua alasan dari dia. Tapi nak buat macam mana.
Telajak perahu boleh digostan. Tapi
kalau telajak kata nak gohet tak
kena, nak gostan lagilah tak guna
dah..
“Sebulan
selepas convo, aku mula rapat dengan
dia. Dalam sebulan aku kenal dia, aku dapat rasa dia serasi dengan aku.
Seminggu selepas tu aku dah tak mahu tunggu lama, terus aku ajak dia kawin.
Alhamdulillah dia terima aku.”
Aku
tersenyum hambar. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah yang
aku rasakan dalam hubungan cinta Razif dan Azie. Kalau dulu aku tak pernah nak
terfikir jodoh kawan aku tu dengan bekas kekasih aku. Tapi sekarang aku kena
percaya, yang jodoh ada di mana-mana. Kalau mereka tak betul-betul mengenali
antara satu sama lain, dah tentu jodoh mereka dengan orang lain.
“Kau
tak kisahkan?” Razif tanya seperti orang bersalah.
“Hey!
Rilaxlah bro..! Aku okey..! Tak
kisah pun..” Aku cuba yakinkan Razif yang aku boleh terima berita itu. Walaupun
hati aku ada sedikit rasa cemburu, namun aku redha jika sudah tertulis jodoh
mereka Allah dah tetapkan berdua. Bagi aku yang lepas, biarlah lepas. Lagipun
Razif pasti tahu perinsip hidup aku yang takkan jilat balik jika aku dah ludah.
Tapi aku tak sangka Razif sanggup jilat bekas aku. Huhuhu….
Lamunanku
mati apabila terganggu dengan teguran kakak sulongku Kak Zana. Bila dia sampai
dengan anak-anaknya pun aku tak sedar. Terlalu asyik berkhayal.
“Jauh
melamun! Dah sampai mana?” Sindir Kak Zana sambil tersenyum sinis. Aku
tersengeh malu.
“Nak
sampai mana kaklong, kalau asyik duduk rumah saja.” Aku jawab malas sambil
melangkah sama masuk dalam rumah dengan Kak Zana dan anak-anaknya Misya dan
Masya.
“Paksu!
Petang ni bawak kita orang pergi jalan-jalan ek?”
“Hey! Paksu tak kerja lagi. Dia mana ada
duit nak bawak kamu berdua jalan-jalan”
Teguran
Kak Zana pada anak-anaknya itu sudah cukup buat mereka buat muka makan mempelam
cicah dengan serbuk asam. Tiba-tiba aku rasa segan dan malu. Kalau aku tak
memilih sangat kerja, mesti aku tak sengkek macam ni.
“Macam
mana?” Kak Zana tanya perlahan bila anak-anaknya sudah hilang dari pandangan.
Pasti mereka ke belakang melihat Bubu dan Mirang serta haiwan-haiwan peliharaan
dady. Di belakang rumah aku ni, dady menyediakan kawasan lapang sebagai
zoo mini untuk binatang-binatang ternakannya. Dady aku suka sangat dengan kucing. Selain dari kucing, dady juga turut membela arnab, burung
dan iguana.
“Apa
yang macam mana?” Aku tanya balik pada Kak Zana.
“Kerjalah..!”
“Entahlah
kaklong! Macam tak ada apa je. Senyap je!”
“Mm..kalau
kerja tempat kaklong, nak tak?”
“Sebagai
apa?”
“Pembancuh
teh!” Ujar Kak Zana sinis.
“Apalah
kaklong ni..! Tak ada kerja lain ke?”
“Dah
tau awak tu belajar bidang enginering,
dah tentulah jawatan tu yang kaklong nak bagi” Tempelak Kak Zana geram.
Sambil
tersenyum malu, tergaru-garu aku di kepala yang tak gatal kerana kelembapan
otak aku yang tak berfungsi normal.
“Bahagian
kaklong tak ada kosong ke?”
“Kaklong
bahagian HR. Mana sama dengan kelulusan Dil!”
“Bila
boleh mula?” Aku berminat dan rasa tak sabar pulak nak kerja.
“Esok
pagi tunggu kaklong datang jemput Dil. Dil ikut kaklong. Nanti kaklong kenalkan
dengan Encik Kamal. Dia ni yang uruskan kemasukan enginier baru.”
Wah..!
aku rasa macam nak peluk Kak Zana kuat-kuat. Syukur sangat sebab dikurniakan
seorang kakak yang penyayang dan perihatin macam Kak Zana. Dalam banyak-banyak
kakak yang aku ada, Kak Zana yang paling rapat dengan aku. Berbeza dengan Kak
Ida. Kak Ida seperti kurang bersetuju dengan aku. Setiap kali dia datang ke
rumah dady, pasti aku malu nak tunjuk
muka. Hati dan telinga aku sakit tiap
kali ada saja kata-kata kesat yang keluar dari mulut Kak Ida.
“Budak
belagak, tak sedar diri, menumpang, anak pungut, makhluk asing. Hey! kau cermin dulu diri tu, tengok
betul-betul muka kau tu. Ada rupa macam kita orang ni ke?” Tempik Kak Ida satu
hari.
Gelaran-gelaran tu dah biasa aku dapat dari
mulut Kak Ida. Teruk dan buruk sangat ke aku ni sampai dia gelarkan aku macam
tu, sedangkan aku ni adik dia. Apa salah aku pada dia pun aku tak tahu. Besar
sangatkah kesalahan yang aku dah buat sehingga dia benar-benar tunjuk yang dia
bencikan aku. Pernah sekali aku tanya pada Kak Zana, apakah benar apa yang Kak
Ida katakan pada aku selama ni. Namun, sebagai kakak yang penyayang, Kak Zana
tak pernah melukakan hati aku setiap kali beri jawapan. Alih-alih telinga Kak
Ida berasap selepas kerana marah dengan Kak Zana.
“Betul
ke Dil ni anak pungut, kaklong?” Aku tanya kaklong buat pertama kali selepas
kena hambur dengan Kak Ida. Aku masih ingat, ketika tu aku berumur dua belas
tahun. Aku ditawarkan sekolah berasrama penuh di Perak selepas lulus cemerlang
dalam UPSR. Kerana terlalu ecited nak
pergi, dady beria-ria sibuk belikan
aku barang-barang yang perlu aku bawa nanti. Dan kerena riaksi dady tu, Kak Ida seakan kurang puas hati
dengan layanan dady. Nak aku tanya
pada Mummy, aku tak sampai hati.
Takut mummy terkejut sebab mummy ada masalah jantung.
“Dil
cakap apa ni? Mana Dil dapat cerita karut ni?” Aku balik yang ditanya Kak Zana.
“Kakngah
kata, Dil anak pungut, anak angkat, orang asing dalam rumah ni. Betul ke long?”
Aku dah mula rasa nak menangis.
“Jangan
percaya cakap kakngah tu. Dia jeles
sebab adik kaklong ni pandai. Dapat masuk asrama penuh. Bukan macam dia, UPSR
pun cukup-cukup makan je..!”
“Kaklong
tak tipukan?”
“Apa
faedah yang kaklong dapat kalau kaklong menipu? Kalau Dil tak percaya, Dil
boleh tanya dady sendiri. Dahlah!
Jangan fikirkan sangat. Satu Dil kena ingat, Dil adalah satu-satunya adik
lelaki kaklong yang kaklong ada. Dengar cakap kaklong, apa pun yang jadi Dil
tetap adik kaklong, anak dady dan mummy.”
Bila
Kak Zana cakap macam tu, aku tarik nafas lega. Mungkin aku terlalu ambil pusing
apa yang Kak Ida cakap hingga aku percaya kata-katanya. Namun selepas itu, Kak
Ida masih menghentam aku dengan kata-kata kesat. Setiap kali aku pulang
bercuti, Kak Ida tak pernah pandang senang pada aku. Pasti ada saja yang dia
tak puas hati dengan aku.
Ketika
umur aku tujuh belas tahun, aku beranikan diri tanya hal tu pada dady. Kerana terlalu kerap sangat hal tu
diungkit oleh Kak Ida, aku semakin hilang sabar.
“Dil
tu anak dady. Anak mummy. Dady yang besarkan Dil. Dady
yang sambut Dil masa mummy lahirkan Dil. Dil dibesarkan dengan kudrat dady!”
“Tapi
kenapa kakngah asyik cakap yang Dil ni anak pungut?”
“Kenapa
Dil kena percaya cakap kakngah? Cuba Dil tanya kaklong dan mummy. Mesti dia orang jawab sama macam dady. Sudahlah! Jangan percaya cakap kakngah tu. Dia cemburu tu..!”
Walaupun
ketika itu aku boleh terima jawapan dady,
hati aku masih belum puas. Nak saja aku tanya pada mummy tapi aku tak sampai hati. Hinggalah mummy meninggal dunia, aku masih simpan soalan tu. Aku yakin mummy akan berikan jawapan sama pada aku
seperti jawapan yang dady dan Kak
Zana berikan pada aku.
No comments:
Post a Comment