Bab 2(3)
AKU masih tumpukan perhatian pada calculator di meja aku. Terlalu banyak nombor yang aku tekan sehingga kadang-kadang ada yang tersilap. Lepas kira nak rekod dalam sistem pulak. Hi..banyak sungguh kerja aku.! Tak taulah pukul berapa boleh balik. Jam pun dah pukul sembilan setengah malam. Kerja aku masih banyak yang tak siap.

“Saya keluar sekarang boleh tak?” Satu suara kedengaran di
tepi telinga aku. Aku dah berdebar semacam. Tanpa toleh kepala aku kaku
seketika sebelum jawab. Aku tahu suara siapa. Mak aii..! nak keluar rehat pun
kena cakap bisik-bisik ke? Bikin wa
penasaran betullah Encik Wahab ni.. Nasib baiklah sejak tadi aku dah bersedia.
Kalau tak, dah tentu hidung aku berlaga lagi dengan dia.
“Mm..pergilah.!
Pukul sepuluh nanti nak masuk balikkan..?” Jawab aku tanpa menoleh ke arah dia
yang berdiri di sebelah aku.
“Saya keluar dulu!” Katanya lalu melangkah keluar.
Aku teruskan kerja
aku yang tergendala tadi. Tak mau tengok dia orang tapi aku pandang juga dengan
ekor mata aku. Tak berani nak tengok, takut ada yang salah tafsir.
“Kau kenal ke dengan budak dua ekor tu? Semacam je aku tengok dia orang dengan kau.”
Tegur Kak Iyna T yang sudah berdiri di sebelah aku. Nak mengacaulah tu..
Mentang-mentanglah kerja dia dah siap. Bukan nak tolong. Iyna T ni leader jugak
macam aku tapi module yang dia jaga
tak banyak macam aku. Cuma dari module
satu hingga module tiga saja sebab package yang dia jaga tak sama dengan
package aku. Aku pulak kena jaga dari module empat hingga sepuluh. Jadi kerja
aku lebih teruk dari dia.
“Entah. Budak baru tu..Shift
c.!”
“Ingatkan dia orang nak ngorat
kamu..!” Balas Iyna T bersahaja. Agaknya dia perasan kot apa yang Arie buat pada aku tadi.
“Biarlah kalau dia orang nak mengorat. Orang pun solo
lagi..!” Jawapan malas aku buat Si Iyna T melopong. Mungkin dia rasa aku
terdesak sangat sampai sanggup terima lelaki macam Asri dan Arie tu.
Yelah..umur aku ni dah nak masuk 22 tahun tapi masih belum ada yang punya.
“Gatal!! Kalau operator
mesin saja baik tak payahlah, gaji tak seberapa pun..tak sesuai buat laki.!” Bentak
Iyna T keras dengan nada kurang puas hati.
Aku geleng kepala sambil tersenyum dengar dia cakap macam
tu. Memang betul pun apa yang dia cakap. Aku ni berangan nak macam dalam
novel-novel yang aku baca. Tapi boleh ke aku dapat kalau aku ni setakat kerja
kilang saja. Siang malam dekat kilang. Nak keluar dating pun tak ada masa. Tak apa lah Atee..kau muda lagi..buat apa
kecoh-kecoh fasal tu. Kalau ada jodoh tak kemana..
Eh, yang aku ni tiba-tiba fikir fasal jodoh, apa hal? Dah gatal sangat ke nak berlaki? Oh, tidak-tidak..! Aku kena fikirkan dulu fasal keluarga aku. Walaupun keluarga aku bukanlah keluarga yang miskin kronik. Sebagai anak perempuan tunggal, dah jadi tanggungjawab aku untuk memastikan keluarga aku dapat merasa semua keperluan. Ayah aku tu cuma penoreh getah saja. Walaupun menoreh di tanah sendiri, pendapatan taklah banyak mana. Tapi cukuplah untuk menampung seisi keluarga. Adik-adik aku yang dua orang lagi tu masih bersekolah, jadi aku wajiblah tolong keluarga aku untuk meringankan beban. Dah berkali-kali ayah aku pesan supaya tak perlu risau tentang perbelanjaan dia orang di kampung. Tapi aku tetap berkeras nak membantu. Aku tahu ayah aku tu teringin sangat nak ke mekkah. Dulu pernah juga aku dengar ayah bergurau dengan mak yang dia nak bawak mak aku pergi berbulan madu di Mekkah. Walaupun agak lucu dengar gurauan macam tu, jauh di sudut hatinya aku tahu ayah memang inginkan ianya jadi kenyataan. Nak harapkan abang-abang aku baik tak payahlah.. Dia orang tu semua dah kawin, dah tentu ada tanggungan. Aku ni kira anak yang baiklah sebab tak lupakan orang tua. Mana boleh lupa..namapun mak ayah, kalau orang lain tu lainlah ceritanya..

No comments:
Post a Comment