PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 2(2) SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

Bab 2(2)
“LOT AB14 dan AB16 dah habis.” Bisik satu suara dari belakang ketika aku tengah sibuk buat chek pada lot-lot yang dah siap untuk dihantar kepada QA.

“Oh ,ye ke? saya tak perasan, nanti saya.. mak..!!” Aku menjerit bila toleh kebelakang.

“Optss.!! Sorry..” Katanya sambil menjarakkan dirinya dari aku.

Fuhh semangat! Aku usap dada aku yang baru sebentar tadi nyaris -nyaris dapat sakit jantung. Kalau aku dapat penyakit tu, tak fasal-fasal aku kena berpantang makan. Terkejutnya aku bila dapati wajah si suara berada betul-betul depan mata aku. Nyaris-nyaris hidung aku berlaga dengan hidungnya yang tinggi tu.

 “Okey-okey! Awak pergi balik kat tempat awak dulu. Nanti saya hantar lot awak.” Balas aku cemas sambil menarik nafas lega. Degupan jantung aku masih terasa. Laju sangat. Macam nak meletup pulak rasanya. Mata dia buat aku tak tentu arah. Rasa macam pernah tengok mata tu. Tapi aku tak pasti di mana. ARIE. tulah nama yang sempat aku baca di bajunya sebelah kiri. Malu aku wei..! tak pernah ada lagi ada orang yang berani bercakap macam tu dengan aku. Dalam line ni aku dianggap sombong oleh pekerja-pekerja baru yang belum mengenali aku. Ramai yang tak tahu, sebenarnya akulah umat muhammad yang paling mesra alam. Pada yang sudah mengenali aku, mereka cop aku minah murai tercabut ekor. Pot-pet-pot -pet tak henti-henti.

“Ni lotnya ye..!” Aku letakkan lot yang dia minta tadi. Tanpa pandang muka dia, aku terus berlalu keluar dari module tu. Tak mau tengok lama-lama, bukan boleh nampak muka pun. Tapi mata dia buat aku berdebar-debar. Cantik sangat. Eh, dia lelakilah.. Jadi perkataan cantik tu tak berapa sesuai untuk dia si teruna. Nak panggil apa ye? Ah, lantaklah aku nak kata apa pun..mulut aku.!  Bukan ada share-share dengan sapa-sapa pun.! yang betulnya, mata dia memang cantik. Muka? Aku tak tahu lagi sebab aku tak berpeluang lagi tatap muka dia.

   Aku tinggalkan dia dengan lot yang aku ambil dari curing tadi. Baki tiga lot lagi aku masukkan dalam kabinet agar senang dia nak ambil.  Tak payahlah lagi dia datang mintak pada aku kalau lot di mesin dia habis. Buat aku berdebar-debar je. Dibuatnya jadi lagi insiden laga hidung sekali lagi, tak ke naya aku nanti. .
   Jam dah pukul sembilan malam. Aku dah mula kelam kabut. Nak kira output lagi. Eventory lot yang belum siap aku tak kira lagi. Dan masa tulah jugak QA  nak lot. Tension betullah.! Aku bergerak ke module empat. Buka satu persatu buku output yang dah operator mesin kira. Aku catit saja dalam kertas output aku. Sampai ke module tujuh, aku dah  gabra semacam. Masa aku masuk module tu, aku tengok dia orang tengah sembang-sembang di meja mikroskop. Kerja dah siap ke tu? Aku teruskan dengan kerja aku. Buku output mesin aku capai dan aku buka laju untuk catit output yang dia orang dah kira.

“Dah kira belum ni?” Aku tanya sambil menyelak buku output tanpa tengok muka dia orang. Bila dia orang tak bersuara aku angkat kepala tengok dia orang. Sakitnya hati aku tengok dia orang buat muka bodoh. Siap angkat kening lagi sambil tengok aku.

“Kena kira ke?” Asri tanya aku sambil kedua-duanya bergerak dekat aku. Aku baru perasan antara mereka dua orang, Asri yang banyak bercakap. Yang sorang lagi tu bercakap ketika perlu saja. Ada batu belian agaknya dalam mulut dia? Takut sangat orang kutip kalau jatuh tergolek dari mulut dia.

Ha..! ni yang buat aku angin bila kerja dengan budak traning. Nak cepat jadi lambat. Nampak sangat traning tak habis tapi ada hati nak buat OT. Kena repot  kat tranner ni.!.

 “Kenalah kira. Kalau tak, macam mana saya nak rekod dalam buku output saya nanti.” Balas aku dengan nada yang paling lembut dalam versi geram.

“Saya ingat, leader yang kira..!” Balas Asri tanpa rasa bersalah.

Aku pandang muka dia. Serius. Aku nmpak muka dia halussss saja! Geram sangat.

“Memang saya kira tapi saya kira dekat buku saya saja. Kerja saya banyak. Nak kira output, nak kira eventory, nak susun lot dalam desicater, nak cek lot, nak hantar lot dekat QA, dan macam- macam yang saya nak buat. Kalau kerja operator pun saya kena buat, sampai bila kerja saya nak habis?”

Sorry la..!” Asri bersuara lemah bila sedar agaknya nada suara aku dah lain macam. Aku tarik nafas dalam lalu lepas geram.

“Tahu kira ke tak ni.?” Aku tanya dia orang yang tengah pandang memandang.

 “Tahu..!” Dia orang jawab serentak.

 “Cepat sikit, kejap lagi saya datang balik!” Ujarku lalu beredar dari situ dan bergerak ke module lapan sembilan dan sepuluh.

  Balik lambatlah aku jawabnya.. Bila aku sampai semula di module tujuh, aku tengok dia orang masih terhegeh-hegeh mengira. Nak tak nak terpaksalah aku kira sekali dengan dia orang.

  “Maaflah..lambat sikit kita orang ni.. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong maafkan!”  Asri cuba berseloroh sambil tersengeh-sengeh di balik face mask yang dia pakai. Arie turut ketawa kecil sambil merenung aku.

   Memang aku tengah marah pun. Tapi bila dengar gurauan Asri, aku terhibur sikit. Aku senyum sikit sambil tangan aku laju menekan culcalutor. Bukan dia orang nampak pun. Kalau lebih-lebih senyum, nanti dia orang naik lemak pulak. Bila dia orang tengok aku macam tak beriaksi, tawa mereka terus hilang.

No comments: