PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 2(4) SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

 MATA aku terancap pada jam besar yang tergantung di dinding. Alamak.! dah pukul sepuluh. Semua orang dah mula keluar dari line production  nak pulang. Aku pulak masih kelam kabut siapkan kerja yang tak siap-siap. Budak-budak shift malam pulak dah mula masuk start kerja. Relax.! Aku tarik nafas dalam-dalam sambil teruskan kerja. Dan akhirnya, siap juga kerja aku walaupun jam dah menunjukkan ke angka sepuluh lima belas minit malam. Kelam kabut aku keluar dari line. Aku takut sebenarnya nak balik. Jalan dah tentu lengang walaupun lampu jalan terang benderang.

   Sambil berjalan ke arah loker area, aku tanggalkan uniform kerja aku ala-ala orang bulan tu. Lega rasanya. Lepas satu beban. Aku siap cepat-cepat, tudung yang aku tanggalkan sebelum masuk kerja tadi aku capai dari dalam loker dan aku pakai cepat-cepat. Masa di dalam tadi aku tak pakai tudung sebab aku pakai cap. Takkanlah aku nak pakai tudung dengan cap sekali. Pelik pulak rasanya. Rasa dah macam kepala ultromen pulak.  Di dalam tu nama saja aircond tapi panas tahap giler-giler. Mana taknya..dalam tu ada hampir-hampir tiga ratus buah mesin yang beroperasi dua puluh empat jam. Jadi tak hairanlah kalau di dalam tu panas dan ada saja masalah pada mesin.

  Harap-harap masih adalah orang sepanjang perjalanan aku pulang nanti. Hati aku berdebar-debar bila ingat kes-kes ragut banyak terjadi dekat area kilang ni. Sampai yang ada mati pun ada. Seram pulak bila ingat-ingat balik kes-kes macam tu. Tak taulah zaman sekarang.. Dah tetapkan undang-undang pun masih ada kejadian macam tu. Orang zaman sekarang dah tak ada adap kot. Asyik fikirkan diri sendiri saja. Tak fikir ke dia orang kalau benda-benda macam tu jadi pada ahli keluarga dia orang. Hmm..entahlah..dunia-dunia..!

“Baru balik..?”

Tegur satu suara bila aku sedang bergerak ke pintu keluar dari loker area. Langkah aku terhenti di hadapan mereka. Oo..dia orang ni rupanya. Baru aku teringat pada dua orang Encik Wahab’s ni.

Ha ah..baru balik. Kerja baru siap.” Aku jawab juga soalan dia walaupun dalam kepala aku ingat nak balik saja. Tak jawab nanti kata sombong pula.

“Tak takut balik sorang-sorang?”

Tanya sorang lagi sambil memalingkan wajahnya lalu memandang tepat ke arah aku sambil tersenyum manis. Bila tengok wajah tu saja, mulut aku terbuka sedikit. Aku melopong. Berdeguk liur yang aku telan dan aku cuba melindungi rasa gugup.

“Nak takut apa? Lampu jalan terang. Lagi pun rumah saya dekat. Saya balik dulu ye..! Jumpa lagi.!” Ucapku sambil mengukir satu senyuman ikhlas sebelum berlalu. Yang sebenarnya masa tu aku dah rasa tak tentu arah.

“Jalan elok-elok..!” Laung Arie ketika aku membuka pintu untuk keluar. Aku tersenyum lalu memalingkan muka memandangnya.

“Ye..saya tahu..!  Jatuh, bangun sendirikan..?” Aku cuba berseloroh. Bila dengar dia orang ketawa kuat, aku tersenyum malu.

Hai Arie..kau senyum macam tu buat aku cairlah.! Aku geleng kepala sambil tersenyum. Hairan dengan perasaan aku ketika itu. Tak sangka jumpa lagi dengan dia..harap-harap dia tak ingat fasal sejarah dulu. Malu beb..


LAMBAT kau balik hari ni.. Kena buat kerja leader lagi?” Tanya Fiza ketika aku melangkah masuk dalam rumah. Kunci gelpren aku gantung dekat tempat kunci di dinding. Sambil mengangguk, aku melabuhkan punggung aku di sebelahnya. Kelihatan dia pun macam baru balik. Dia takpe lah.. ada tunang yang sanggup jemput dan hantar. Siap berkereta lagi..!

“Kerja tahap giler-giler aku hari ni..! Nasib baiklah ada budak shift malam masuk. Kalau tak, dah tentu aku terkangkang sorang-sorang. Kerja mesin kena buat, kerja leader pun aku kena buat jugak.!” Aku merungut-rungut pada Fiza yang tengah mencari-cari chanel di astro. Fiza tak menjawab malah hanya ketawa geli hati dengar rungutan aku.

“Aku naik dululah..! Panas ni.. nak mandi. Kau nak makan tak.?”  Aku tanya Fiza sebab aku tengah lapar.

“Taknaklah.! Aku nak masuk tidur dah ni. Lagipun pukul enam tadi aku dengan Hafiz dah makan dekat cafe. Kenyang lagi ni..!” Jawab Fiza.

Oklah. Aku masak maggi untuk aku sajalah. Petang tadi aku tak keluar makan pun.. Lapar ni..!” Ujarku lalu terus melangkah meninggalkan Fiza di ruang tamu sendirian. Kejap lagi tentu Ana dan Ida pulang. Jadi aku kena cop tempat depan tv cepat-cepat. Kalau tak, dah tentu dia orang yang cop dulu walaupun tahu harta dalam rumah ni aku yang punya. Memang dasar tak tahu malu.!

   Selesai mandi aku tengok Fiza tengah mengadap laptop atas katil. Facebook lah tu..! Aku tak tunggu lama, terus saja pakai baju dan turun semula ke bawah sebab nak masak maggi. Perut aku dah berdongdang sayang sakan sekarang ni. Rasa menyesal pulak sebab tak makan. Ni kalau aku lambat-lambatkan lagi masa makan, dah tentu malam ni aku tak boleh tidur sebab gastrik.

   Aku bawa mangkuk maggi ke ruang tamu dan letakkan atas meja kopi. Remort tv aku capai lalu mencari-cari siaran tv astro. Akhirnya aku pilih siaran 611 “untuk kita-kita aje..” Apa lagi kalau bukan siaran CERIA. Tengok saja muka Hagimaru dah buat aku ketawa sendiri. Sambil makan mata aku tak lepas pandang Hagimaru. Hampir-hampir tersedak aku sebab ketawa kuat. Tapi tiba-tiba aku baru teringat sesuatu. Bulu kening Hagimaru yang lebat tu mengaingatkan aku pada Arie. Ya betul.! Kening dan bulu mata Arie memang lebat. Sebab tulah mata dia nampak cantik sangat. Tapi dia taklah hendsome sangat. Handsome lagi Asri. Cukuplah sekadar aku kata sedap mata memandang. Tiba-tiba peristiwa empat tahun lalu berulang kembali..


   Lebih empat tahun yang lalu..

   Habis shift malam aku bersiap-siap nak ikut Shidah balik kampungnya di Tanjung Malim. Biasanya dua atau tiga bulan sekali, kalau habis shift malam, aku balik kampung aku.Tapi kali ni aku teringin nak jalan-jalan ke kampung orang. Kebetulan pulak hari ni dah masuk empat belas hari umat islam berpuasa. Nasib baik mak dengan ayah aku izinkan, kalau tak..tak merasalah aku jalan-jalan tengok kampung orang. Kebetulan pula OT dibatalkan di saat-saat akhir.

“Duduk rumah orang jangan buat perangai pulak..kamu tu anak dara, jangan gedik sangat.” Mm..mak aku dah mula buat kuliah malam masa aku bagitahu sebelum aku start kerja malam semalam.

Okey.!”

“Ingat sama.. kita ni orang kampung..tunjuk cara kampung. Jangan nak belagak eksyen macam orang pekan!”

“Ye..orang tau tu.!”

“Jangan liat bangkit subuh..nanti orang kata mak dengan ayah tak ajar pula.!”

Mm..!” Mak aku ni berpesan macam aku nak pergi rumah mertua pulak.

“Dengar tak ni.?” Sergah emak di talian. Rasa macam nak terkeluar najis mukhafafah aku ni.

“Ye..orang dengar.!” Balas aku sambil menutup mulut agar mak aku tak dengar aku tengah menguap. Mengantuk lagi ni sebab tidur siang tadi tak puas.


JAM sembilan setengah pagi kereta wira putih milik tunang Shidah tiba di depan rumah. Tersengeh-sengeh Shidah bila nampak aku tengah tunggu dia depan pintu pagar.

 “Sorry Kak Tee..lambat sikit. Rizal ni mai lambat. Jenuh Shidah tunggu, bila telefon baru tau dia tidur.”  Shidah beralasan sebab  lambat.

Okey..Kak Atee tak kisah pun.. Jangan tak datang langsung sudahlah.. Kempunan Kak Atee nanti nak tengok kampung Shidah. Nanti senanglah Kak Atee pergi masa kenduri Shidah” Aku cuba memaniskan muka. Tak mau nanti Shidah kata aku marah pula. Adatlah menumpang orang. Tak suka pun kena tunjuk suka.

   Janjinya mula-mula nak bertolak pukul lapan pagi, tapi sekarang dah dekat pukul sepuluh. Aku tak kisah sebenarnya. Kesian pada Rizal, dah la baru habis kerja malam, sekarang nak kena hantar kita orang balik kampung pulak. Nasib baiklah dia sekampung dengan Shidah. Taklah rasa teruk sangat sebab rumah Si Rizal ni cuma dua kilometer dari rumah Shidah.

   Jauh jugak perjalanan ke kampung Shidah tu. Kata Shidah hampir-hampir tiga jam baru sampai. Dalam tiga jam tu kalau tidur pun sodap!. Tapi takkan aku nak tidur pulak. Udahlah duduk belakang macam mem besar. Jadi aku cuba segarkan mata aku sepanjang perjalanan. Bila tengok Shidah tidur, mata aku automatik mengantuk sama. Tapi kesian pada Rizal.

“Kalau kau mengantuk tidur sajalah..!”

 Kata Rizal pada aku. Agaknya dia nampak aku tengah tersengguk-sengguk kat belakang melalui cermin pandang belakang.

“Takpelah..aku boleh tahan lagi ni.. Kesian kat kau. Tak fasal-fasal nanti kau pun tidur sama. Aku sayang nyawa aku wei..!” Rizal ketawa mengekek.

“Aku dah tidur tadi.. Semalam pun banyak mesin yang tak banyak problem. Jadi aku banyak tidur semalam”  Balas Rizal sambil menceritakan tentang kerjanya semalam. Diakan salah seorang teknisyen kat kilang tempat aku kerja, bila mesin tak ada problem, banyaklah masa dia orang nak tidur. Bukannya kerja macam aku dengan Shidah, mesin okey atau tidak, kerja tetap kena buat.

“Awat hang tak habaq awai-awai..? Kalau aku tau, dah lama aku mehgeloh kat belakang ni.. Hampeh betuilah hang ni..!” Sekali lagi aku dengar Rizal ketawa. Kali ni lebih kuat. Agaknya lucu sangat aku cakap macam tu. Namun ketawanya itu tidak pula mengejutkan Shidah di sebelahnya. Tidur ke pengsan minah tu? Nasib baiklah Rizal tu bagus. Dibuatnya si Rizal tu rambang mata, senang-senang Rizal ambil kesempatan. Si Minah tu pulak depan tunang boleh pulak pakai ketat-ketat. Memanglah dia pakai tudung, tapi kalau dah baju pun ikut badan, sampai nampak segala bentuk yang menonjol, tak mustahil kalau Rizal tiba-tiba hilang kewarasan diri.

Bila aku dengar dia ketawa, secara automatik mata aku dah tak mengantuk. Akhirnya aku buat keputusan nak bersembang saja dengan Rizal. Rasanya Shidah tak kisah kalau aku sembang dengan tunang dia ni. Aku kenal sangat dengan perangai dia.

Banyak yang aku bualkan dengan dia, termasuklah kisah-kisah perkenalan dia dengan Shidah. Sebelum ni ada juga Shidah ceritakan tentang tunang dia ni, tapi yang enak-enak jelah..tak pernah lagi dia suarakan rasa ketidakpuasan hatinya mengenai sikap Rizal. Boleh tahan juga Si Rizal ni, pandai bergurau. Tapi serius aku cakap, Rizal bukan jenis lelaki yang aku suka. Dari cara percakapannya, aku dapat rasa yang dia seorang yang suka mengongkong. Hmm..nasib baik aku bukan Shidah. Kalau tak, dah tentu aku mintak putus. Bosanlah dapat tunang macam tu. Agaknya esok-esok, aku dapat macam manalah..entah-entah lagi teruk dari Rizal. Aghh..mintak simpang!

   Hampir pukul satu tengah hari baru kami sampai ke rumah Shidah. Rasanya kampung Shidah ni jauh beza dengan kampung aku. Kampung dia ni nampak moden sikit. Rumah-rumah dekat sini pun besar-besar. Ala-ala banglo gitu.. Tak macam kampung aku yang masih mengekalkan rumah kampung walaupun ada sesetengah orang yang sudah menukar kepada rumah batu. Yang bestnya kampung Shidah ni ada tempat perkelahan sama macam kampung aku. Menurut Shidah tempat perkelahan di kampungnya ni siap disediakan chalet untuk pengunjung. Tak macam tempat perkelahan di tempat aku yang hanya menyediakan tempat persalinan sahaja. Tapi aku salah timing datang sini. Mana boleh mandi sungai pada bulan puasa, Makhruh! Hm..nampaknya kena datang lain kalilah nampaknya..tapi bila?

   Rumah Shidah ni besar walaupun ciri-ciri kekampungan tu tetap ada tapi suasana dalam rumah sunyi saja. Yelah..dia pun bukan ramai adik beradik. Bertiga saja dengan abang dan kakak dia yang dah berkahwin. Abang dan kakak dia pula tak tinggal sekali di sini sebab masing-masing sudah beli rumah di Kuala Lumpur dan Kuala Perlis.

“Pergilah rehat dulu.” Kata emak Shidah pada aku yang tengah tersandar lesu di ruang tamu. Ramah betul mak Shidah ni. Aku apa lagi, bila dah ada yang start menyembang, aku on je.. Bila mata aku dah terasa mengantuk sangat, aku segera minta ke bilik air untuk mandi dan solat zohor. Lepas tu aku dah tak sedar. Bila tersedar dari lena aku dengar riuh kat dapur. Mungkin Shidah dengan mak dia sedang menyiapkan makanan untuk berbuka puasa. Malu pulak rasanya sebab tidur sampai ke senja. Apa punya anak daralah aku ni. Kalau tahu dekat mak aku di kampung, mahu di bebelnya aku sampai pecah gegendang telinga aku ni.

“Malam ni kita pergi teraweh. Kak Atee nak ikut tak?” Tanya Shidah pada aku yang tengah buat-buat rajin mencuci pinggan. Dok rumah orang, kenalah buat. Setakat basuh pinggan, apalah sangat. Walaupun dekat rumah aku jarang buat semua tu tiap kali balik kampung, tapi kerja-kerja tu memang aku tahu. Nak kena ganyang dengan mak aku kalau cakap tak tahu. Kerja-kerja dapur memang mak aku dah asuh sejak umur aku lima tahun lagi. Almaklumlah.. aku kan anak perempuan sorang. Nak tak nak kena tahu juga buat semua tu..

“Cantik..! memang nak pergi pun. Dah lama tak buat.” Aku cakap sambil tersengeh pada Shidah.

“Kenapa tak buat.? Bukan senang nak jumpa bulan ramadhan ni.”
 Sampuk mak Shidah lemah dari belakang. Malunya aku bila mak Shidah cakap macam tu.

Takde peluang makcik.! Bila dah ada peluang, time uzur pulak.. Kerja petang memang takde peluang sebab kerja dari pukul dua petang sampai pukul sepuluh malam. Masa kerja malam pulak tak sempat sebab pukul sembilan malam dah mula bersiap nak ke tempat kerja yang mula pukul sepuluh malam. Shift pulak, dua minggu sekali baru tukar. Bulan puasa pulak sebulan saja. Kalau dua minggu kerja malam, lepas tu tukar petang dua minggu, tak merasalah nak buat.”  Aku berterus terang sambil tangan aku siapkan kerja mencuci pinggan.

Mm..nak buat macam mana..dah kerja macam tu..!”  Jawab Mak Shidah lepas aku terangkan padanya. Agaknya berpus hati dengan penjelasan aku tadi.

“Malam ni nak buat sampai habis dua puluh tiga rakaat.” Tegas aku.

“Nak balas dendamlah ni..!”  Emak Shidah cuba berseloroh.

Mm..Lebih kuranglah makcik..” Aku jawab sambil tersengeh.


   AGAK ramai jemaah yang hadir malam tu. Menurut mak Shidah, suasana macam ni memang dah jadi kebiasaan pada bulan puasa. Rasa teruja sangat bila  dengar mak Shidah cerita. Rasa macam duduk kampung aku pulak. Masa umur aku tujuh ke sepuluh tahun aku selalu ikut emak ke masjid di kampung. Kadang-kadang bukan sebab nak teraweh, tapi sebab nak makan moreh. Tambah-tambah pulak kalau moreh laksa. Laju saja kaki aku duduk di tempat orang mengidang. Konon-konon nak menolong menghidang. Tapi yang sebenarnya nak tolong melantak. Bila nak balik siap tapau lagi...

Ramainya malam ni mak? Biasanya macam ni ke?” Shidah kalut bertanya.

“Ye lah. Rasa lain sangat malam ni. Malam ni lagi ramai. Meriah sungguh. Macam nak raya pulak. Agaknya ramai yang balik kampung kot.!”  Balas emak Shidah ketika sampai di pintu masjid. Tersengeh-sengeh emak Shidah pada semua jemaah yang dah lama sampai.

Aku dan Shidah turut sama menghulurkan senyuman dan sengehan serta menghulurkan tangan salam pada semua jemaah perempuan..Waktu-waktu macam ni kena tunjukkan keayuan dan kelembutan. Manalah tahu kalau-kalau ada makcik-makcik yang berkenan nak jadikan aku menantu dia orang. Lagipun,.dah masuk kampung orang, kenalah tunjuk baik dan manis budi pekerti.

   Sementara menanti masuk waktu teraweh, tiba-tiba aku rasa perut aku memulas. Ni mesti sebab melantak sambal tempoyak yang aku makan tadi. Sedap sangat sampai lupa diri. Aku tengok jam. Masih ada masa lagi sebelum teraweh. Lepas bagitahu pada Shidah, aku terus bangun untuk keluar ke bilik air.

  “Eh, mana selipar aku ni?” Liar mata aku mencari selipar jepun berwarna biru. Mana ni? Perut aku ni dahlah rasa semacam je. “Agh..gasak la..! Pinjam dululah selipar orang.”

Keluar dari tandas, aku teruskan pencarian selipar aku yang aku tak jumpa tadi. Kalau aku tak jumpa, macam mana aku nak balik nanti. Takkanlah kena berkaki ayam kot. Siapalah yang kemaruk sangat selipar jepun aku tu. Bukan mahal sangat pun.. tiga ringgit je..!

Tanpa aku sedar, aku dah berjalan sampai ke pintu hadapan. Tiba-tiba aku ternampak seseorang. Melopong mata dan mulut aku bila terpandangkan seorang pemuda yang sedang tertunduk-tunduk di kolah. Ambil wuduk agaknya.. Laju kaki aku melangkah ke arah pemuda tu.

     “Assalamualaikum saudara. Kalau ye pun awak terdesak, mintak lah izin dulu..!” Geramnya aku..! Lagi geram bila aku tengok dia buat muka pelik sambil tengok aku. Siap bercekak pinggang lagi..

     “Eh, saudari ni kenapa? Saya ada buat salah ke?”

Panasnya hati dan telinga aku bila dengar dia cakap macam tu. Nak saja aku tenyeh-tenyeh mulut dia dengan selipar jepun aku tu.

     “Tanya pulak! Dah ambil barang orang buat-buat tak faham.” Sindiran aku tu aku rasa dah paling lembut aku bagi. Kalau tak faham lagi, memang sengaja dia cari nahas.

     “Barang apa yang saya dah ambil dari awak?” Dia tanya sambil buat muka poyo. Makin panas aku rasa.

     “Tu! Dekat kaki awak tu. Kasi balik.! Lain kali kalau nak guna barang orang, minta lah izin dulu.” Aku memuncungkan mulut aku ke arah kakinya. Bila tengok dia tersengeh-sengeh sahlah yang dia yang ambil selipar aku. Tapi seketika saja. Lepas tu wajah dia beriak serius pulak. Aku hairan.

     “Saya rasa awak ni mimpi ke apa? Agaknya masa orang sibuk berbuka tadi awak masih berdengkur kut.!” Katanya sinis.

     “Hello bro.! Bercakap tu cuba guna akai sikit. Tak banyak pun..secubit pun jadilah..!” Hati aku semakin sakit dengar ayat dia tadi.

     “Hello sis.! Akai saya ni memang dah terlebih okey, jadi tak payahlah nak nasihatkan saya. Yang awak tu tiba-tiba menuduh saya kenapa? Ingat saya ni kemaruk sangat ke selipar awak. Untuk pengetahuan awak, selipar yang saya pakai ni saya punya!”

Sinis betul ucapan dia ni. Buat aku bertambah meluat pulak.

  “Hey, orang kenallah selipar orang. Bagi balik.!” Aku dah rasa macam nak menjerit. Volume aku dah nak naik satu setengah. Dah nak tinggi dah tu. Geram sampai kata nama diri pun dah bertukar.

“Tau pun orang punya, yang awak lebih-lebih tu kenapa?”

“Maksud saya, selipar tu saya punya!” Aku betulkan kata nama aku. Dah biasa mengaku diri ‘orang’ bila bercakap dengan orang.

“Oh..! ‘orang’ tu awak..! Hai cik kak! ini selipar saya. Saya ni bukan teruk sangat sampai sanggup nak ambil barang orang.”

Ngee..dia masih tak mau mengaku. Grrhh..geramnya!

  “Syed, apa halnya ni? Sampai kat dalam dengar. Bertekak dengan perempuan pulak tu!”

Tegur satu suara dari belakang aku. Aku menoleh pantas. Kelihatan seorang yang berserban dan berjubah putih sedang berjalan ke arah kami berdua. Bila pandang muka mamat poyo tadi, dia tersimpul-simpul senyum pada orang yang berjubah tadi. Pak Imam agaknya.. Hmm..manis pulak tengok Mat Poyo ni senyum. Aghh..apasal pulak ni..? Ada aku kisah fasal senyuman dia tu.!

   “Eh, Pak imam. Tak ada apa-apalah..salah faham sikit.” Dia jawab sambil tersenyum.

   “Dia ambil selipar saya tapi taknak mengaku!” Aku jawab pantas sambil menjeling tajam pada dia. Senang je dia jawab. Takde apa-apa konon..!

   “Tapi selipar ni saya yang punya.!” Balasnya lembut tapi tegas..

    “Tipu! Saya kenal selipar saya.!” Aku bangkang cebat. Dia tak kenal lagi aku siapa. Pendebat yang tak pernah mengalah. Kemenangan pasti di pihak aku.

     “Anak dah cari betul-betul ke? Entah-entah tersorok dekat mana-mana!”

     “Dah puas saya cari, memang tak jumpa. Bila saya lalu sini saya tengok mamat poyo ni yang pakai.” Melopong mata dan mulut Encik Awang Mat tu bila aku panggil dia mamat poyo. Ah! lantaklah. Mulut aku..!

     “Cuba anak ingat balik, dekat mana anak  letak. Takkanlah selipar anak boleh terbang sampai ke sini. Ini kawasan jemaah lelaki. Anak tu dah tentu masuk dari pintu belakang. Mustahillah selipar anak boleh lepas ke sini.”

Aku sedikit tersentak. Berdeguk liur aku telan. Macam mana kalau apa yang Pak Imam cakap tu betul? Aghh! Lantak pi lah! Tiba-tiba  aku rasa tercabar.

     “Oitt! Kak Tee. Apa halnya ni.? Lama Shidah tunggu kat dalam. Cepatlah, teraweh dah nak mula tu.” Laung Shidah dari belakang sambil bergerak laju ke arah aku.

     “Ni! Muhammad poyo ni..curi selipar Kak Tee.” Aku jawab soalan Shidah sambil menjeling tajam pada mat poyo tu. Walaupun aku cakap perlahan, aku rasa suara aku tu dah buat dia dengar jelas.

     “Eh, awak dah lebih. Takkanlah saya nak buat kerja keji tu. Dalam masjid pulak tu..! saya pun boleh berfikir. Takkanlah saya nak mencuri semata-mata kerana selipar yang harga seringgit sembilan puluh sen ni. Tak berbaloi.! Dari saya curi selipar ni, baik saya curi awak, jual kat siam, dapat jugak duit.!” Dia senyum sinis.

Aku jeling geram bila    Pak Imam juga senyum meleret seperti sokong mamat poyo tu. Ewah-ewah..senangnya dia cakap. Apa dia ingat aku ni ada rupa macam GRO ke.? Ngee..aku nampak dia macam semut gatai je. Rasa macam nak tenyeh-tenyeh  dengan hujung kaki.

     “Dah mencuri tak mengaku pulak.! Hey.! tiga ringgit tau selipar saya tu, bukan seringgit sembilan puluh sen.!” Tempelak aku keras.

     “Sudah! Saya nikahkan awak malam ni baru tahu.!” Jerkah Pak Imam tegas sambil bergilir-gilir pandang ke arah aku dan mamat poyo tu.

     “Eh! Kak Atee, bukan ke selipar Kak Tee, Shidah simpan balik pasu bunga tepi  pintu tu.” Kata Shidah sambil memuncungkan mulut dia ke arah pintu belakang.

     “Hah.!” Rahang aku yang jatuh, aku cepat-cepat betulkan ke keadaan asal. Aku dah terkejut beruang panda sambil menjegilkan mata pada Shidah.

     “Ye..! Shidah yang simpan sebab takut hilang. Hari ni kan ramai orang.”

Bila aku pandang muka mamat poyo tu dengan Pak Imam tengah tersenyum-senyum aku jadi malu sendiri. Berdeguk-deguk liur yang aku telan.

     “Kenapa Shidah tak cakap awal-awal.”  Bisik aku pada Shidah sambil mengetap gigi.

     “Dah Kak Tee tak tanya.!”

     “Huuhh..!” Terus aku melangkah masuk ke arah pintu belakang tanpa menoleh kebelakang lagi. Malu wei...!  Depan Pak Imam pulak tu. Kalau Pak Imam tu ada anak teruna, sah-sah dia tak pandang aku buat menantu. Hampeh betullah.!

   Tamat teraweh, aku bercadang nak jumpa dengan mamat poyo tu nak mintak maaf. Tapi sampai sudah aku tak jumpa dia. Nak tanya jugak pada Pak Imam, tapi malu pada bakal pak mertua tak jadi.

No comments: