3
MASUK minggu ke dua shift
petang aku dan Fiza bercadang nak ke Jusco. Barang-barang keperluan dapur pun
banyak yang habis. Walaupun aku jarang masak, barang-barang tu penting kena
beli. Kadang-kadang tiba masa angin aku rajin nak masak, aku kena masak. Kalau
tak, perut aku tak berisi. Tapi aku masak untuk aku sorang jelah..yang lain tu kalau nak makan, pandai-pandai sendirilah ye..!
Barang-barang dapur pun aku beli tak share-share pun dengan duit dia orang. Bukan
nak berkira. Cuma aku kena beringat, kalau dalam rumah ni cuma aku sorang saja
yang kena berangkut barang dapur, sedangkan yang lain tahu nak bedal je..matilah aku.! Lainlah kalau aku
pegang jawatan manager atau engenier.
“Aku dah
penatlah..jom balik.! Petang nanti nak masuk kerja pulak.” Rungutku pada Fiza. Rasa
penat sangat sebab banyak sangat barang yang aku beli. Mintak-mintak balik
nanti aku sempat nak lelap sekejap.
“Kejaplah..nak pilih
ni..!” Jawab Fiza sambil tangannya sibuk
menyelak-nyelak helaian muka surat majalah keluarga.Yelah..orang dah ada
rancang masa depan. Mestilah sedang sibuk buat persiapan. Bukan macam aku ni..boipren pun takdak.
Aku sabar menanti kerenah Fiza. Aku faham dengan minat dia.
Dia sama dengan aku. Kalau dapat mengadap buku macam dapat berlian batu
permata. Sejak Fiza mula pinjam novel kat aku, dia dah mula rapat dengan aku.
Rupa-rupanya dia memang minat membaca macam aku. Sebelum ni dia takut nak
beramah mesra dengan aku sebab aku sentiasa serius. Tapi sekarang tak lagi.
Betullah orang tua-tua kata, tak kenal maka tak cinta. Aku ni nampak je sombong, tapi aku ni baik hati
tau..bila orang dah kenal, kompem
jatuh sayang kat aku..
“Banyak shoping..!”
Teguran satu suara
dari sebelah kiri aku, buat aku tersentak sejenak. Bila terpandang wajah tu,
aku sedikit gelabah. Kisah empat tahun lalu cepat-cepat aku singkirkan. Malu
nak ingat balik.
“Eh, awak. Sorang je? Sorang lagi mana? Datang dari mana ni? Tak mengantuk ke? Kerja
malam kan?” Bertubi-tubi soalan aku
sembur pada dia sampai dia tergaru-garu kepala sebab tak tahu nak jawab soalan
yang mana satu dulu. Akhirnya aku gelak sebab termalu sendiri.
“Mm..ye..saya sorang je! Sorang lagi dekat rumah, tidur. Ye..saya kerja malam sekarang
ni. Tadi ada hal sikit dekat pejabat pendaftaran. Mykad saya tiba-tiba patah.”
“Ingatkan dating tadi.!” Aku cuba mengusik. Dia
tersengeh malu. Niat asal nak serkap jarang sebenarnya..
“Saya mana ada
awek.”
“Boleh percaya ke
ni?”
“Betul. Saya tak ada
awek.”Arie bersungguh-sungguh dengan jawapannya sambil merenung
tepat pada aku. Aku buat-buat tak perasan sambil sekali-sekala menoleh pada
Fiza yang tak sudah-sudah memilih majalah kegemarannya.
“Yelah tu..!” Aku
dah malas nak berbalas kata dengan dia. Bukan ada kena mengena dengan aku pun.
“Dah nak balik ke?” Tanya Arie pada aku yang setia menanti Fiza.
“Ha..nak balik dah! Petang nanti nak
masuk kerja. Tapi kawan saya tu tak habis memilih lagi tu.” Seketika kemudian Fiza keluar dari kedai
buku.
“Saya hantar balik.”
Tiba-tiba Arie bersuara selepas aku perkenalkan Fiza pada dia.
“Eh.! Tak payahlah. Kita orang boleh
ambil teksi.” Cepat-cepat aku bangkang. Rasa malu pulak nak tumpang orang yang
baru aku kenal.
“Jomlah..lagipun
saya sorang ni. Ada kawan berbual, taklah saya mengantuk sangat.!”
“Awak naik apa.?”
Arie dah ketawa kecil lepas aku tanya macam tu. Lucu sangat ke..pelik? Bila aku pandang dia, cepat-cepat dia matikan
ketawa.
“Awak ni kelakarlah.
Kalau saya ajak awak dengan kawan awak, maknanya saya bawa keretalah.” Kata
Arie dengan sisa ketawanya.
“Manalah tau..! entah-entah
awak bawa jetsky, terpaksalah saya tinggalkan kawan baik saya ni.” Balasku
lemah. Bila aku tengok muka Fiza, jelas dia suruh aku terima pelawaan tu. Ngeee..minah ni.. nak tidurlah tu!.
“Jomlah..! kereta
saya letak dekat sana.” Ujar Arie sambil mengarahkan jarinya ke arah keretanya
yang dipakir di kawasan pakir JUSCO. Nak taknak, aku terpaksalah ikut. Tak ikut
nanti dikata sombong pulak.
Pertama kali aku naik kereta dengan orang lelaki selepas ayah dan abang-abang aku.. mm..tak tau nak cakap apa. Paling mengejutkan bila Arie bukakan pintu untuk aku. Rasa macam speacial dia pulak. Dalam hati nak bantai gelak kuat-kuat. Tak pernah jadi lagi dalam sejarah hidup aku. Hati aku dah kembang setaman.
Pertama kali aku naik kereta dengan orang lelaki selepas ayah dan abang-abang aku.. mm..tak tau nak cakap apa. Paling mengejutkan bila Arie bukakan pintu untuk aku. Rasa macam speacial dia pulak. Dalam hati nak bantai gelak kuat-kuat. Tak pernah jadi lagi dalam sejarah hidup aku. Hati aku dah kembang setaman.
“Dah lama tak nampak
awak dekat tempat kerja. Rasanya lepas saya dengan Asri masuk shift awak. Awak pergi mana? Awak dah
tak kerja dekat situ ke? Ke..awak dah dapat kerja tempat lain? Boleh saya tahu
awak kerja apa dan di mana?”
Aku senyum nipis bila dengar dia bertanya bertubi-tubi. Nak
balas dendam kot.. Bila dia sebut nama Asri, lagi buat aku senyum malu. Nak
kata terpikat pada Asri pun tak juga, cuma aku suka tengok muka encem Asri tu. Macam Akim AF pun ada.
“Saya ada. Hari-hari
saya kerja. Awak yang tak nampak. Awak cari saya?” Bangga pula rasanya. Tapi,
kalau betul, apa motifnya?
“Dah lama tak
nampak, sebab tu saya cari.”
Terangkat kening aku dengar dia cakap macam tu. Lain macam
bunyinya!
“Kenapa? Ada hal
penting?” Aku tanya dia. Dia senyum. Dibalik kaca mata hitam dia, aku tahu dia
jeling kat aku.
“Tak ada apa..cuma..”
Sekai lagi aku pandang dia sambil angkat kening. Cuma apa ek? Sebab lama tunggu dia bagi jawapan,
jadi aku teruskan bercakap. Tak bestlah
tunggu lama-lama. Bosan!
“Saya ni operator mesin saja. Hari yang awak
masuk shift saya tu, sebenarnya saya
cuma gantikan tempat leader sebab Kak
Zah mc. Dulu saya pernah traning leader, sebab tu saya tahu buat
kerja tu. Tapi yang sebenarnya saya tak suka tugas tu. Saya lebih suka buat
kerja-kerja mesin. Sebab tu awak dah tak pernah nampak saya. Awak pulak time semua orang dah start kerja baru nak nampak bayang. Start kerja enam pagi, pukul enam suku baru nak masuk line.” Aku berterus terang sambil
membebel dengan sebilangan sikap pekerja lelaki. Mengekek-ngekek Arie ketawa
lepas dengar aku perli tentang sikapnya. Betullah tu..!
“Mana awak tau.?” Arie tanya dengan muka pelik. Hujung
bibirnya terukir senyuman nipis.
“Saya kerja sini dah lima tahun. Banyak gelagat pekerja yang
saya tahu. Tambah-tambah pulak pekerja lelaki. Nak tegur nanti tersentap pulak.
Saya bukan ketua.”
“Maknanya selama ni awak perhatikan saya?” Tanya Arie sambil
senyum pada aku.
“Eh! taklah! Saya
bercakap melalui pengalaman sepanjang saya berkerja di sini.” Aduh.! malunya..
Cepat-cepat aku palingkan muka aku ke luar. Tiba -tiba aku teringat kembali
kisah empat tahun lalu. Aku tak pasti dia ingat atau tidak peristiwa tu. Untuk
kepastian, aku kena tanya. Betulkah dia orangnya?
“Awak..! Mm.. Boleh saya tanya?” Berkerut-kerut
wajah Arie ketika memalingkan muka ke arah aku dan kemudian pandangannya
menghala ke hadapan semula.
“Awak nak tanya apa?
Tanyalah.! Saya pun ada banyak benda nak tanya awak.”
Aku dah macam cicak telan kalkatu bila dia cakap macam tu. Banyak?
Macam ada yang tak kena saja dalam ayat dia tu.
“Empat tahun lalu
awak dekat mana?” Bila tengok dia tersenyum lebar, aku gugup. Sah! Memang dia
dan aku pasti dia ingat. Tapi seketika kemudian, dia kembali serius.
“Kenapa? Awak pernah
jumpa saya?”
Aku diam sambil tunduk memandang jari jemari ku. Sesekali
aku menoleh ke belakang tengok Fiza yang sudah mimpi entah ke mana. Kalau boleh
aku tak mahu Fiza tahu apa yang aku bualkan dengan Arie. Aku senyum dalam hati
bila tegok Fiza bagai tak sedar diri. Macamlah jauh sangat bandar ipoh ni ke
rumah. Sempat lagi dia megheloh.. Tak
boleh bawa majlis minah ni.
“Empat tahun lalu
saya masih belajar di Kuantan. Kenapa?”
“Awak belajar? Awak
belajar apa?” Aku tanya sebab pelik. Kalau dia belajar, kenapa sekarang dia
hanya kerja kilang?
“Yup! empat tahun lalu saya belajar di
sana. Saya ambil jurusan engeniering.”
“What.! Awak belajar tinggi-tinggi tapi
sekarang awak kerja kilang? Operator
saja? Tak rugi ke?” Suara aku dah naik. Peliklah Encik Wahab ni. Melopong mata
dan mulut aku dengar cerita dia. Lupa sejenak kisah empat tahun lalu. Tiba-tiba rasa pelik sikit sebab tadi aku cakap omputeh. hehehe...
“Sementara je..! Sebenarnya saya tengah tunggu
panggilan kerja. Baru dua bulan lepas habis belajar.”
Ooo... fahamlah aku sekarang.
“Berbalik fasal empat tahun tadi. Ada apa-apa perlu saya
tahu?” Arie dah kembali pada tajuk asal.
Aduh! Aku nak cakap macam mana ni ek?
“Awak orang mana?
Maksud saya tempat kelahiran awak.” Cepat-cepat
aku fahamkan soalan aku tadi. Manalah tahu, nanti dia jawab dia orang malaysia!
Kalau dia jawab macam tu aku piat-piat telinga dia. Aku masih was-was sama ada
dia adalah orang yang sama.
“Saya orang Perak
jugak. Tempat kelahiran saya Tanjung Malim.” Ujarnya senyum lebar.
Sah! Dialah orangnya. Aku rasa macam nak terjun dari kereta
dia.
“Kenapa? Awak pernah
ke sana?” Sambungnya lagi sambil tersenyum. Senyuman penuh makna tetap terukir.
Makin lama makin lebar. Sesekali aku nampak dia ketap bibir menahan tawa.
“Err.. pe..pe..pernah.!” Tergagap-gagap aku jawab. Seketika kemudian
aku dengar dia ketawa besar sampai menggeleng-geleng kepala.
“Kelakarlah awak ni..!
Nyaris-nyaris kita kena nikah malam tu kan sebab selipar jepun awak tu!” Balas
Arie terus terang.
Ngee..dia
ingatlah..! Aku dah rasa macam nak sorok muka dalam dashboard kereta. Akhirnya kita orang sama-sama ketawa.
“Malunya saya..!”
Ujarku sambil menutup muka.
“Nak malu apa? Benda
dah jadi. Sebenarnya masa tu saya rasa nak gelak kuat-kuat. Tapi memikirkan keadaan
di masjid, saya tahan saja.”
“Jahat awak tau..!”
“Awak lagi jahat,
sebab tuduh saya yang bukan-bukan. Sedap-sedap je panggil saya mamat poyo.”
Sekali lagi aku ketawa mengekek.
“Awak, saya minta
maaf ye? Sebenarnya saya cadang nak jumpa awak lepas tu sebab nak minta maaf,
tapi saya tak tahu nama awak. Kebetulan kawan saya tu pun tak kenal awak.. Puas
saya tunggu di luar pintu pagar, tapi awak tak ada.”
“Ye ke??? Ala..kesiannya
awak sebab kena tunggu saya. Kalau saya tahu, awal-awal lagi saya dah tunggu
dekat pintu pagar tu. Sebenarnya malam tu saya balik awal sebab malam tu jugak
saya nak bertolak balik ke Kuantan. Sebenarnya saya tak kisah pun. Bagi saya
semua tu salah faham saja. Tapi saya tak sangka awak masih cam muka saya
walaupun peristiwa tu dah lama berlalu..”
“Saya cam sebab mata
awak tu. Cantik sangat.!” Ha? Apa aku
ni, tershashul pulak.. Macam mana
boleh puji depan-depan ni..! Sengal betullah kau ni Artee..!
“Apa? Mata saya
cantik?” Senyuman dekat bibir dia dah tukar macam beruang kutub tayang gigi
buat iklan ubat gigi fresh and white.
“Eh, bukan-bukan..!
suara awak tu..! Ha.. suara awak tu yang buat saya cam awak..!” Masa tu aku rasa muka aku dah tukar kaler pink
nak dekat-dekat merah saga. Panas membahang. Nasib baik aku pandai cover line. Apalah aku ni..!
“Ooo...!” Jawabnya
sambil terangguk-angguk tanda faham.
“Tapi awak pun cam saya.” Kataku pula.
“Muka awak tu
mengingatkan saya pada seseorang. Tambah pulak suara dan cara awak bercakap,
sampai sekarang saya terdengar-dengar apa yang awak cakapkan pada saya empat
tahun lalu. Sikap awak yang kelam kabut dan cara awak berjalan makin buat saya
teringat-ingat pada awak. Dah lama saya cari awak. Saya memang berdoa agar
dapat jumpa lagi dengan awak. Tak sangka saya dapat jumpa awak dekat sini.
Kecilkan dunia ni?”
Tergamam aku mendengar kata-katanya. terharu pun ada.
Tapi..dia cari aku.?
“Awak cari saya?
Kenapa?” Aku terus tanya.
“Saya nak bagi
selipar.”
Bila dia tengok aku memuncung dia ketawa besar. Seronok
sangatlah tu sebab kenakan aku.
“Sorry..saya gurau saja! Sebenarnya saya nak kenal dengan awak. Awak
ni kelakar. Setiap kali saya ingat kisah tu, saya senyum sendiri.”
Aku terdiam tak tau nak balas apa. Apa dia ingat aku ni adik
beradik Mr. Bean kot!
“Kalau saya nak
nombor phone awak, boleh tak?” Arie
tanya aku bila keretanya tiba depan rumah sewa aku. Fiza pulak dah masuk dalam
rumah.
“Hah.! Awak nak buat apa dengan nombor phone saya.?” Bodohkan aku tanya soalan tu. Dah tentulah dia nak call atau sms aku. Apa ke bengap
kau ni Atee..!
“Nak buat pekasam. Peram
lama-lama, manalah tau, kalau-kalau boleh tukar jadi emas atau batu permata.”
Aku tersenyum malu
dengar loyar buruk dia.
“Okey. Kalau macam tu, bila dah dapat hasil emas batu permata awak
tu, kita bahagi dua. Boleh? Kalau tak boleh, saya tak mau kasilah nombor saya
kat awak.!” Aku pulak cuba loyar buruk dengan dia. Ambik kau!
“Nakal awak nikan.?”
Ujar Arie lalu ketawa mengekek. Aku turut tersenyum lebar.
“Okey. Saya sebut awak taip dekat
phone awak.” Aku cakap macam tu tanda aku setuju nak beri dia nombor phone aku. Aku tersenyum lucu bila
tengok dia tergesa-gesa keluarkan telefon bimbit dia dari kocek seluarnya.
Nampak macam tak sabar-sabar. Ada ong kot
nombor aku ni.. Bila dia dah sedia nak menaip aku terus sebut nombor aku.
“Kosong satu dua..tekan-tekan
nombor pakwe saya.!” Berderai tawa
aku sebab kenakan dia. Sambil mengetap bibir menahan geram dia tersenyum. Aku
seakan terpegun dengan senyuman dia. Manisnya...! Lupa kejap pada Asri.
“Nakallah awak ni..
Janganlah main-main..!” Bentak Arie geram.
“Okey-okey.! Sory..!
Alah..nak main-main sikit pun tak
boleh.!” Rungutku sambil tersenyum dan
menjeling tajam. Akhirnya aku bagi jugak nombor telefon bimbit aku. Dalam diam
aku harap dia call aku sebab aku dah
mula rasa senang berbual dan berkawan dengan dia.
“Betul ke ni nombor
awak.?” Arie tanya macam tak puas hati dan masih rasa was-was. Agaknya sebab
takut tertekan nombor pakwe aku kot. Hikhikhik..
“Try call.” Cadang aku pada dia dan dia akur. Bila terdengar bunyi
deringan di tefon bimbit di tangan aku, dia tersenyum lega. Aku pun tersenyum
sebab secara automatinya, nombor dia sudah berada dalam telefon bimbit aku. Tak
payahlah aku buat muka tak malu nak mintak nombor dia pulak.
“Saya takut
kalau-kalau pakwe awak yang angkat
nanti.”
“Pakwe? Cuba awak pandang saya betul-betu.! Muka saya ni macam ada pakwe ke?” Aku tanya dia sambil ketawa.
Butalah orang yang nak buat aku makwe
dia orang.
“Sebab saya dah
tengok betul-betullah, saya fikir awak ada pakwe..!”
“Mengarutlah.! Saya
tak ada pakwe dan pintu hati saya
belum lagi terbuka untuk mana-mana lelaki. Awak tak perlu risau kalau berkawan
dengan saya sebab kompem takkan ada
yang nak tumbuk awak. Tapi saya pulak yang takut kalau-kalau ada gegirl yang datang tarik-tarik tudung
dan rambut saya.” Ulasku lalu tersenyum lebar. Dia pulak dah tergelak besar
sambil menggeleng.
“Jangan risau. Im still solo.” Kata Arie sambil memasukkan
telefon bimbitnya dalam poket jeansnya.
“Yelah tu..!”
“Betullah!”
“Okey..! Tapi
kalau satu hari nanti, ada yang datang menyerang saya, siap awak!” Arie ketawa
kecil dengar ugutan aku.
“Lepas ni boleh saya call
awak selalu?”
“Saya dah bagi nombor dekat awak tadikan? Maknanya
bolehlah…! Tapi dengan syarat. Pastikan sebarang urusan betul-betul penting.
Kalau tak penting, saya tak mau layan.”
“Okey! Hamba
menurut perintah!” Seloroh Arie sambil tersenyum.
No comments:
Post a Comment