20
AKU tersedar bila terasa
ada sesuatu menguis-nguis hidung aku. Dalam mamai aku paksa mata aku agar
terbuka. Bila terpandang wajah yang sedang kaya dengan senyuman tu, aku balas
juga dengan senyuman manis. Aku tarik selimut menutup muka aku kerana aku dah tak
tahan dengan renungan mata dia yang tajam. Peristiwa malam semalam yang mahu
aku elakkan terbias sejenak. Tak sangka aku cair dengan pujuk rayunya. Pun
begitu aku tak mahu dikata isteri yang derhaka. Dia suami aku kini dan dia
berhak ke atas aku. Aku harapkan bahagia akan terus menyusul dalam rumahtangga
kami.
“Kenapa? Malu?” Arie tanya aku sambil ketawa kecil.
Apa punya soalanlah Encik Azahari aku ni bagi. Aku diam kaku
dalam selimut tebal aku. Lagi ditarik, lagi kuatlah genggaman tangan aku pada
selimut yang aku pegang.
“Bangunlah..! Dah dekat pukul enam pagi. Kejap lagi dah nak
azan. Pergi mandi, kita solat ye..!” Pujuk Arie lembut.
Aku renggangkan genggaman tangan aku pada selimut yang aku
pegang bila dia sebut tentang solat subuh. Kalau sebalum ni, tak mandi pun tak
apa. Cuma cuci muka, berus gigi dan berwuduk saja. Tapi selepas peristiwa malam
semalam, aku kena bangun mandi. Kena tahan sejuklah nampaknya! Perlahan-lahan
selimut aku tolak ke bawah. Bila terpandang wajah dia yang sedang tersenyum,
cepat-cepat aku bangun dari pembaringan. Selimut tebal tu aku selubungkan atas
kepalanya. Berdekah-dekah dia ketawakan aku. Segera aku capai tuala di ampaian
tepi katil aku dan terus melangkah keluar dari bilik.
Sampai di dapur aku
lihat emak sedang masak air dan sediakan barang memasak untuk sarapan pagi.
“Pukul berapa mak sampai semalam.? Orang tak sedar pun..!”
“Pukul tiga setengah pagi. Puas emak ketuk pintu, nasib baik
Arie sedar dan tolong bukakan. Nak harapkan kamu, alamatnya mak dengan ayah
kena tidur dalam keretalah nampaknya..!” Balas emak lalu tersenyum sinis.
“Maklong sakit apa mak..?” Aku beralih tanya mengenai arwah.
“Sakit macam-macam. Ada yang kata buatan orang..! Tak tahu
yang mana satu. Tapi maklong tu memang sakit dah lama. Entahlah! Mak pun tak
tahu cerita sebenar. Tak berani nak cakap. Kalau cakap lebih-lebih nanti dikata
fitnah pulak.”
Aku terangguk-angguk faham. Seram pulak rasanya. Teringat
pada along dan angah aku.
“Yang kamu tercegat lagi ni kenapa. Cepat mandi. Mak rasa
laki kamu awal-awal lagi dah siap mandi.!”
Aku tak tunggu lama, terus saja aku melangkah masuk dalam
bilik air. Dari pandangan mata dan senyuman nakal emak tadi, aku pasti emak
seakan mengerti sesuatu. Bila aku keluar dari bilik air, aku dengar emak
berdehem. Paling aku rasa gelisah bila ayah turut tersenyum-senyum.
“Pagi-pagi lagi dah basah rambut, tak selsema ke nanti?” Tanya
ayah penuh tersirat.
“Abang ni..! nak solat, kenalah mandi dulu..!” Jawab emak
lalu ketawa mengekek dengan ayah.
Ayah dengan emak aku ni memang sengaja nak kenakan akulah.
Tak tahulah bila dia orang ni nak serius.
“Tak lama lagi tambah cuculah kita bang oii..!” Kata emak pada ayah. Aku tersenyum malu. Dah tahu sangat
perangai emak aku yang kepingin cucu. Bukan dia tak ada cucu, cuma cucu yang dia
ada tak seperti cucu dia. Aku menggeleng-geleng kepala. Tak pernah terlintas
pun dalam kepala aku hal tu. Bukan aku nak menolak rezeki, cuma aku rasa belum
bersedia. Tambahan pulak majlis aku lagi empat bulan.
“Sory bang..lambat
sikit..!” Sergah aku perlahan bila melihat Arie sedang duduk di atas kerusi
meja solek aku.
“Takpe..! Lagipun
azan baru saja lagi. Atee tunggu ye, abang ambil wuduk kejap, wuduk abang dah
batal masa kejutkan Atee bangun tadi.”
Aku pandang dia dari
belakang sedang melangkah keluar dari bilik aku. Aku tersenyum bila tengok
rambutnya masih basah selepas mandi sebelum kejutkan aku bangun tadi. Agaknya
pukul berapalah dia bangun mandi. Lepas peristiwa semalam aku langsung tak
sedar apa. Teruk betul aku ni.. Tidur ke pengsan..?
Selepas solat aku
turun ke dapur untuk tolong emak sediakan sarapan. Sampai di dapur aku tak
nampak emak. Mungkin emak sedang bersolat dengan ayah. Terus aku buat sarapan.
Tadi aku nampak mak keluarkan mi kuning dari peti sejuk. Mungkin emak nak buat
mi goreng. Kalau setakat nak buat mi goreng, aku pun boleh buat. Tanpa tunggu
emak, aku teruskan kerja memotong bawang dan sayur. Dua biji telur ayam aku
keluarkan dari sarang telur. Bila semua sudah tersedia, aku mula menumis.
“Assalamualaikum..!” Aku dengar suara Arie bagi salam. Aku
jawab perlahan sambil tersenyum. Agaknya dia takut jadi macam semalam kut.
Sebab tu dia bagi salam.
“Nak abang tolong..?”
“Pandai ke..?” Aku tanya balik .
“Sarapan pagi ni biar abang yang buat. Abang tahu Atee penat
sebab kerja teruk semalam. Jadi abang nak Atee rasa dan abang yakin lepas ni
Atee akan selalu ingat pada abang.”
Aku jegilkan mata sambil mencubit lengannya. Tak malu
betul.! Kalau dengar dekat emak ayah aku sah-sah aku kena menyorok bawah meja
makan. Mengekek-ngekek Arie ketawakan aku.
“O..abang pakai jampi ye.! Abang jangan risau, kalau abang
tak jampi pun Atee tetap ingatkan abang.” Aku cakap sambil senyum. Dahi aku
dikucup mesra. Sempat lagi hidung aku ditarik lembut. Bahagianya aku rasa.
Harap-harap kekal. Amin..
SELEPAS sarapan pagi, aku
mula bersiap-siap untuk pulang sebab petang nanti aku akan masuk kerja. Entah
kenapa aku rasa malas nak balik. Tambahan pulak kena kerja shift petang. Namun aku gagahkan jugak.
“Kenapa ni..?” Tanya Arie selepas tengok aku seperti kurang
bermaya.
“Entahlah. Atee rasa macam malas nak balik.”
“Kenapa.? Takut rindukan abang.?” Aku tersenyum dengan
andaian Arie. Dia memang pandai baca fikiran aku.
“Nanti abang call.
Twitter ke..chating ke.. fb or wassap ke..!” Sambungnya lembut
memujuk.
Aku senyum malu. Pasti aku akan rindukan dia. Empat bulan tu
jangka masa yang lama. Macam-macam boleh jadi..
“Atee mesti ada ramai rakan fb kan.?”
Tiba-tiba lamunanku
diganggu oleh ayat tanya Arie. Dia tanya sambil tersenyum.
“Ada.” Aku jawab ringkas. Tiba-tiba aku teringatkan Ayie@
Selipar Jepun. Aku tersenyum lebar dalam diam.
“Kenapa? Teringat Selipar Jepun?” Tiba-tiba Arie tanya aku.
Aku tersentak. Muka dia aku pandang tepat serius.
“Mana abang tahu fasal Selipar Jepun? Abang buka fb Atee ye..?”
“Mana ada..!” Dia
jawab lalu ketawa kecil. Aku tak puas hati. “Masih merajuk dengan Selipar
Jepun?” Arie tanya lagi. Makin buat aku tak senang duduk.
“Mana abang tau semua ni?
Abang jangan salah sangka pulak. Dia tu cuma rakan cyber saja. Atee pun
tak kenal dia.!”
“Kenapa tak cuba kenal.?”
“Tak penting pun! Masa tu Atee betul-betul rindukan abang.
Kebetulan pulak dia ada membantu Atee yang tangah kebosanan. Bila dia marah
Atee sebab abang, Atee terasa sangat. Sebab tu Atee dah malas nak berakan
dengan dia lagi. Kalau dia tahu tunang Atee adalah abang, mesti dia terkejut.”
“Tapi abang rasa dia tak terkejutlah.”
“Mana abang tau.? Abang bukan kenal dia pun!”
“Abang kenallah siapa Ayie @ Selipar Jepun tu..!” Katanya
perlahan dengan yakin. Aku hairan.
“Macam mana abang kenal dia.? Abang pun berakan dengan dia ek?” Aku semakin pelik sebab tu aku
beria tanya pada dia yang tak lekang tersenyum lebar..
“Abang kenal sebab....Ayie @ Selipar Jepun tu ialah Syed
Hassan Azzaharie @ Arie.” Ulas Arie lambat-lambat. Aku melopong mata dan mulut.
“Abang? Selipar Jepun? Ayie?” Aku gagap bertanya seakan tak
percaya. Dia angguk perlahan-lahan.
“Buktinya ada pada cincin tunang dan cincin nikah kita. Atee
cakap nak cincin batu merah sebagai cincin tunang dan cincin batu biru sebagai
cincin nikah kita. Abang dah tunaikan dan itulah yang boleh membuktikan yang
selama ni abang sentiasa dekat dengan Atee. Rantai tangan tu memang sengaja
abang hadiahkan pada Atee.”
Aku rasa macam nak nangis bila dengar dia cakap macam tu.
Senyuman aku pun dah rasa nak terbelah sampai ke telinga. Aku tak sangka dia
setia dan sentiasa dekat dengan aku. Tubuhnya aku peluk erat. Rasa macam dah
tak mau lepas. Kini aku yakin sangat-sangat yang Selipar Jepun tu aku punya..!
SELEPAS Arie hantar aku pulang ke rumah sewa, aku terus pergi
kerja dengan gelpren aku. Rindu betul
aku dekat gelpren aku ni. Seminggu
aku tinggalkan dia, nasib baik dia tak merajuk buat hal. Tadi Arie nak hantar
aku terus ke tempat kerja, tapi aku takmau sebab nanti aku kena balik jalan kaki.
Dia cakap nak ambil aku lepas habis kerja tapi aku halang. Aku takut dia lewat
sampai rumah. Kalau rumah dia dekat, aku tak kisah. Tanjung Malim dengan ipoh,
jaraknya ambil masa lebih kurang dua jam perjalanan. Kalau aku keluar kilang
pun dah pukul sepuluh malam, pukul berapa pulak dia nak sampai rumah? Tu belum
lagi campur dengan masa aku berkasih-kasih dengan dia.
“Amboi-amboi..pengantin baru masuk kerja..! Berseri-seri
nampak.!”
Laung Kak Ina dari
jauh bila terpandangkan aku sedang melangkah masuk dalam line production. Aku
hairan. Macam manalah dia orang tahu. Sedangkan hal ni yang tahu cuma Fiza
seorang saja. Takkanlah Fiza rajin sangat datang ke line aku untuk ceritakan hal aku ni. Ah! Mustahil Fiza sebab Fiza
belum balik dari kampung. Tiba-tiba aku terfikirkan seseorang. Shidah.! Aku
pasti sangat dia yang merepotkan hal ni. Masa hari pernikahan aku hari tu aku
terkejut bila emak Shidah turut serta dalam rombongan tu. Berpeluk sakan aku
dengan emak Shidah sebab dah lama tak jumpa. Dan kini aku yakin sangat berita
ni Shidah yang ringan mulut edarkan cerita. Aku tak marah cuma aku terkilan
sikit. Tak apalah..tak guna aku marah. Sekurang-kurangnya tak payahlah aku
saja-saja nak buka cerita yang aku dah kawin. Kalau tak kerana Shidah, tak
mungkin aku kenal dengan ‘Selipar Jepun’ aku tu..
“Tak jemput pon..!”
Sergah Lida si budak Indon kepada aku. Aku tersengeh malu.
“Sorylah..! Siapa
pun saya tak jemput. Cuma saudara mara terdekat saja. Lagipun saya tak rancang
apa-apa pun.. Semuanya keluarga yang rancang dan aturkan. Saya ikut je.
Nantilah..empat bulan lagi. Saya kasi kad, awak datang tau!”
“Janji.?”
“Ye..saya janji. Satu kilang saya jemput. Awak pun kena
janji yang awak akan datang.”
“Sudah semestinya.! Teringin saya mahu melihat siapa si
ganteng yang berjaya mencuri hati kamu tu.”
Aku tersenyum malu. Di mata aku terlayar sudah wajah suami
aku. Hai..hati…! Baru berpisah, aku dah mula rindu. Mampukah aku bertahan
selama empat bulan ni? Rasa macam baru jatuh cinta pulak. Memang pun.. Dulu
masa baru-baru nak bercinta, dia pergi menghilang. Sekarang, lagi hebat
rasanya..
“Orang mana Atee..?” Kak Zah tanya aku pula. Aku tersenyum
sebab dah tahu apa yang bakal ditanya mereka jika tahu aku dah kawin.
“Orang perak jugak!” Aku jawab selamba.
“Kerja apa?” Kak Ina
T pulak tanya.
“Kerja kilang je!”
Aku jawab jugak. Memang aku dah agak soalan-soalan macam nilah yang akan keluar
bila orang tahu aku dah kawin. Dah macam soal jawab bersama media pulak.
Almaklumlah..orang famouslah
katakan.. Kamera takde ke? Autograf taknak sekali?
“Kilang apa.?”
“Entah. Lupa nak tanya!” Aku dah malas nak menjawab. Kalau
jawab lebih-lebih, lagi banyaklah soalan yang akan keluar nanti.
“Hai..nampaknya ada yang frust
tertonggeng-tonggenglah bila dengar kamu kawin Atee..!”
Sindiran Kak Ina tu aku buat-buat tak dengar. Bukan aku tak
faham. Aku faham sangat-sangat. Dalam line
tempat aku kerja ni, aku tahu ada beberapa hati yang syok kat aku. Bukan aku sombong cuma aku betul-betul tak boleh
terima mereka. Bagi aku mereka hanya sekadar kawan sekerja yang aku dah anggap
macam adik beradik aku. Tambah pulak bila dah kerja sama-sama dalam shift yang sama.
“Bad tu dah lama simpan perasaan pada kamu. Tu, si Tajul tu,
demam bila dapat tahu kamu dah bernikah, sampai hari ni belum masuk kerja
lagi.. Amin pulak dah jadi macam hidup segan mati tak mau sebab frust” Jelas Kak Zah beria-ria.
Aku mengeluh kasar bila dengar berita tu. Ketiga-tiga anak
Adam bergelar teknisyen tu bukan tak hendsome
dan bukan juga tak baik, cuma hati aku betul-betul tak boleh terima dia orang.
“Orang tak minatlah dekat dia orang tu..!”
“Hai..hendsome
sangat ke abang kamu tu..sampai yang hendsome
dalam ni pun kamu tak layan..?” Sindir Kak Ina.
“Ada hendsome
macam abang Arie kamu?”
Aku dah rasa macam nak gelak guling-guling dengar soalan
dari Kak Iyna T lalu aku terus berjalan masuk ke dalam module aku dan tinggalkan mereka yang tak habis-habis bersoal.
Apalah riaksi dia orang kalau tahu Arielah suami aku yang sebenarnya? Bila
sampai ke dalam module, aku nampak
Shidah sedang sibuk merekod check list.
Segera aku dapatkan dia.
“Oit Kak
Besah..! Siapa bagi kebenaran jadi
wartawan bergerak ni?” Aku buat-buat geram sambil cekak pinggang.
“La..Kak tee. Sorylah..!
Shidah ingat semua dah tau.! Tapi Shidah tak cerita pun siapa suami Kak Tee..!”
“Betul ni?” Aku tanya minta kepastian. Bila Shidah siap
bersumpah, aku tersenyum lega.
“Tapi betul ke apa mak Shidah cerita tu? Macam tak percaya
pulak!”
“Apa yang tak betulnya. Betullah tu!” Aku mengaku depan
Shidah.
“Tak sangkakan, Kak Atee dapat orang kampung Shidah. Shidah
yang dah lama bertunang pun tak kawin-kawin lagi.”
Aku senyum dengar
Shidah cakap macam tu. Tiba-tiba aku teringatkan umi.
“Kalau Shidah nak balik kampung, Shidah cakap dekat Kak Tee
ye.! Kak Atee janji dengan mertua Kak Tee nak balik jenguk dia kalau Shidah
balik kampung.”
“Beruntung Kak Tee dapat jadi menantu keluarga Syed tu. Mak
Shidah cakap, mertua Kak Tee tu orang baik-baik. Suka tolong orang. Tak
sombong..”
Aku terangguk-angguk dengar cerita Shidah. Kalau Shidah tak
cerita pun aku dah tahu..memang aku beruntung.
“BETUL ke awak cuti seminggu sebab awak kawin?”
Aku pandang wajah Bad yang tengah merepair mesin aku. Tadi Amin sibuk bertanya, sekarang dia pulak.
Lepas ni tak mustahil Si Tajul akan tanya pulak. Berani betul dia tanya soalan
tu pada aku. Selama ni mana pernah dia berani berbual dengan aku. Selalunya dia
hanya berani pandang aku dari jauh saja. Aku pulak selalu buat-buat tak nampak
dia. Bukan aku tak sedar. Semakin galak mereka asyik perhatikan aku semenjak
Arie berhenti kerja.
“Haah..! Nanti
saya bagi kad jemputan, awak datang ye?” Ujar ku lalu berlalu dari situ tanpa
rasa bersalah. Malas sebenarnya nak panjangkan cerita dengan dia. Entahlah, aku
sendiri tak tahu kenapa aku susah nak terima dia. Bukan aku tak suka dia, cuma
cara dia memikat aku rasa rimas. Dia asyik luahkan perasaan dia melalui orang
lain. Tak gentelman langsung. Susah
nak ramal sama ada dia betul-betul serius atau tidak. Buatnya aku melayan, dia
kata aku yang terhegeh-hegeh dekat dia, buat malu saja..!
Si Tajul tu pulak memang kacak dan nampak beria-ria nakkan
aku. Tapi aku tak suka sebab dia suka meninggi diri. Aku belum kata apa-apa,
dia dah isytiharkan pada orang ramai yang aku ni awek dia. Nasib baik masa tu
Arie tak kisah walaupun masa tu dia sering dapat surat ugut dari Tajul. Pernah
juga aku tengok Tajul terang-terang memberi amaran pada Arie agar jauhkan diri
dari aku. Sejak itu aku dah jarang melayan teknisyen melayu tu.
Si Amin pulak tak
sombong dan tak tak suka meninggi diri. Dia bersikap terbuka macam Arie. Aku
senang berbual dengan dia. Masalah aku tak dapat terima dia sebab dia terlalu
muda untuk aku. Kalau setahun dua tu, okey
la.. masalahnya aku lebih tua empat tahun dari dia. Rupa dia memang nampak
budak sangat. Tak sesuai dengan aku yang nampak dah matang ni.. Jadi baik tak
payah.! Hati kalau dah tak suka, buatlah macam mana pun..tetap jadi tak suka..!
Sebelum start
kerja tadi Lencai datang jumpa aku. Sambil tersenyum dia ucap selamat pengantin
baru pada aku. Aku tahu dia frust
sebab selama ni dia pun ada hati pada aku. Namun aku bersyukur sebab dia boleh
terima kerana perbezaan agama. Pernah juga aku tanya dia tentang pertukaran
agama jika dia benar-benar ikhlas nak berkawan dengan aku. Katanya..
“Saya suka awak sebab awak baik, ramah dan cantik. Tapi saya
tak boleh tinggalkan agama saya kerana saya sayangkan keluarga saya. Pasti
keluarga saya rasa sedih jika saya memilih untuk menukar agama demi cinta saya
pada awak. Saya nak awak tahu, saya ikhlas sukakan awak, tapi saya akan terima
jika awak terima orang lain.”
Aku tersenyum lega bila dia cakap macam tu. Aku tahu niatnya
ikhlas. Tapi jika kerana aku cantik dia sanggup menukar agama, baik aku suruh
dia lupakan saja niatnya tu. Kecantikan bukan bertahan lama. Dah tua nanti pasti
aku berubah. Tapi jika dia tukar agama kerana jatuh hati pada islam, aku takkan
teragak-agak terima dia.
“Kak Zah, macam mana kita nak bagi orang suka pada kita.?”
Aku minta pendapat dari Kak Zah yang sejak dulu aku jadikan sebagai Puan
Penasihat aku di kala aku dilanda masalah. Selepas Arie hantar aku balik tadi,
puas aku berfikir cari jalan untuk tolong selesaikan masalah yang diceritakan
malam tadi. Otak aku pun dah rasa serabut. Dalam fikiran aku sekarang hanyalah
untuk membantu umi agar dia tidak lagi tertekan dengan hinaan bapa mertua yang
tak punya perasaan seperti atuk Arie tu. Aku benar-benar simpati dengan umi.
Entahlah, aku sendiri tak pasti kenapa. Bila aku pandang wajah dia, aku tahu
dia hadapi masalah tekanan perasaan walaupun memiliki suami yang benar-benar
menyayanginya seperti abi. Aku rasa bersyukur sangat sebab emak dan ayah tidak
ada masalah macam tu. Walaupun kadang-kadang aku terdengar juga rungukan emak
mengenai sikap-sikap menantu yang tak menyenangkan, namun aku tahu emak pandai
mengatasinya. Sebab tulah emak sentiasa nampak muda. Hidupnya dengan ayah tak
lekang dengan senyuman dan gurauan serta usikan. Dengan anak-anak pun dia buat
macam best friend. Siap bertepuk
tampar lagi..
Disamping mahu
menyelamatkan rumahtangga aku yang baru berapa hari, aku nekad untuk teruskan
usaha membantu Arie. Aku yakin sangat atuk Arie akan berusaha agar apa yang dia
angankan akan menjadi kenyataan. Tak mustahil juga dia akan berusaha memisahkan
aku dengan Arie. Dah tak sanggup berpisah dengan dia lagi. Kalau dulu aku boleh
terima sebab dia hanya kawan dan teman. Tapi sekarang dia dah jadi suami aku,
dan aku berhak membantu dia walau apa cara sekalipun.
“Siapa pulak yang tak suka pada kamu ni Atee? Orang tu buta
kot!”
Kak Zah tanya aku balik. Terhenti suapan di mulutnya lepas
aku tanya macam tu. Aku rasa mesti dia syak aku ada masalah dengan suami aku.
Tak pun dengan keluarga suami aku.
“Bukan tak suka, cuma dia belum kenal dengan Atee.”
“Siapa? Suami kamu? Atau..mertua kamu.?”
Kak Zah dah kalut meneka. Aku dah agak, mesti dia fikir
macam tu. Walaupun dia tak pernah berkahwin, aku tahu pengalaman sekelilingnya
menjadikan dia bijak bersuara. Dah banyak cerita yang aku dengar dari dia
tentang si polan dan si polan yang mengalami masalah rumahtangga. Aku memang
tabik spring dengan Kak Zah ni. Dia banyak bercerita tentang hal orang tapi dia
tak pernah membocorkan siapa gerangan yang bermasalah tu. Katanya pengalaman
macam tu hanya boleh dijadikan sebagai pengajaran dalam hidup serta perlu
diambil contoh jika baik. Tapi andainya apa yang diceritakan mendatangkan
keburukan, ada baiknya dijadikan sebagai pengetahuan dan pengajaran sahaja.
“Ish.! Kak Zah
ni.. Kesitu pulak. Suami dengan mertua Atee sayang giler dekat Atee tau.! Tak baik akak sangka buruk macam tu.”
“Akak tanya je..! Kamu kan baru kawin. Masalah-masalah macam
tu kan dah jadi lumrah hidup. Cuma terpulang pada diri masing-masing macam mana
nak mengatasinya.”
“Sebenarnya kedua mertua Atee ok. Yang jadi masalahnya sekarang ialah tokwan suami atee tu. Dia
dah ada calon untuk suami Atee tapi tup-tup suami Atee pilih Atee. Sekarang ni
atuk dia tak tahu kami dah kawin.” Aku hairan tiba-tiba Kak Zah ketawa mengekek
lepas aku terangkan masalah aku.
“Biasanya orang ada masalah dengan mak mertua. Tapi kamu
bermasalah dengan tokwan mertua.. Kelakar betulllah kamu ni, Atee!”
Aku berkerut kening dengar sindir gurauan Kak Zah tu. Aku
tak terasa hati pun malah aku sendiri rasa macam nak ketawa.
“Berapa umur tokwan laki kamu tu.?”
“Emm..dalam enam puluh”
“Hm..lagi senang.!”
“Apa yang senang.?” Aku tanya.
“Apa yang senang? Kamu doa je banyak-banyak suruh Allah
tarik nyawa orang tua tu cepat-cepat. Habis cerita..!” Kak Zah terus
menghamburkan tawa melampaunya.
Aku geleng kepala dengar cadangan melampau Kak Zah. Kalau
cepat Allah tarik nyawa orang tua tu, aku tak kisah sangat. Macam mana kalau
nyawa aku yang dia tarik dulu.? Aku takmau laki aku kawin lain..!
“Okey-okey..sory..
Kak Zah gurau jelah.!” Cepat-cepat dia beristigfar panjang. Siap sekali dengan
mengucap panjang bila tengok muka aku dah muncung panjang.
“Apa kata kamu cuba ambil hati dia. Buat dia kenal hati budi
kamu. Dia belum kenal kamu. Dan akak yakin bila dia dah kenal, dia akan terus
sayang pada kamu. Malah sayang dia melebihi anak cucunya sendiri. Sebelum tu
cuba kamu kenal dulu hati budi dia. Sikap dia kamu harus tahu dia ni bagaimana orangnya.
Nak buat sesuatu, harus dengan nawaitu
yang jujur dan ikhlas. Baru Allah akan bantu dan berkati setiap usaha yang kita
buat. Kak Zah ni bukan pandai sangat dalam ambil hati orang ni. Tapi dari
pengalaman akak tahu macam mana nak buat orang sayang pada kita. Pada diri Atee
pun akak boleh nampak yang Atee mampu menundukkan orang yang agak keras kepala
macam tokwan mertua Atee tu..” Kak Zah mengekek ketawa lepas habis berhujah.
Aku pun turut ketawa. Pelik sangat bunyinya bila dia sebut gelaran Tok wan
mertua.
“Akak ada cadangan?” Aku tanya sambil berbisik. Kak Zah
tersenyum.
“Akak tak ada cadangan sebab akak tak berada dekat dengan
kamu 24 jam. Tapi akak boleh bagi tip macam mana nak tundukkan orang tua keras
hati dan kepala degil tu.!” Ujar Kak Zah juga dengan cara berbisik. Dah macam
perbincangan sulit nak buat rompakan bank pulak.
PULANG dari kerja aku terus hubungi Arie. Aku rasa dia ada di
rumah orang tuanya sekarang. Kali kedua aku hubunginya langsung tak berjawab.
Akhirnya aku buat panggilan ke nombor telefon rumah mertua aku.
“Assalamualaikum abi.. Atee ni.” Aku bagi salam sejurus
selepas dengar suara lelaki. Dari pendengaran telinga, aku tahu suara Arie tak
macam tu. Dalam rumah tu pun bukan ada kaum Adam lain kecuali Abi dan Arie
saja. Takkan umi kot suara sedap macam Datuk Jalalludin Hassan tu.
“Waalaikummuassalam..! O.. Atee. Ada apa?” Abi tanya lembut.
“Abang Arie ada, abi?
“Ada dalam bilik. Try call
handphone dia.”
“Dah banyak kali Atee cuba. Tak berjawab pun.!”
“Nanti abi tengokkan dia di atas. Atee tunggu ye..?”
“Okey..tapi sebelum tu boleh Atee cakap dengan umi kejap.”
“Boleh..! Ni umi ada dekat sini. Atee cakap dengan umi, abi
panggil Arie ye!”
Tak sampai dua saat pun suara umi aku dengar di hujung
talian.
“Menantu umi apa khabar?” Ceria sungguh suara mertua aku ni.
“Sihat umi. Umi?” Aku tanya umi semula.
“Sihat. Atee baru balik kerja ke.? Kesian menantu umi, baru
balik dah kena kerja. Mesti penat.!”
Aduhai..mertua aku ni cakap macam nak dodoikan aku tidur
pulak aku rasa.
“Dah biasa mi. Hari ni umi masak lauk apa.? Mesti sedap.!
Atee dah cakap pada Shidah nak ikut dia balik kampung. Insyaallah hujung minggu
ni Atee balik sebab kemungkinan takde
OT. Plan shut down. Atee sampai lewat
sikit, takpe ke umi? Mungkin dalam
pukul satu atau dua pagi.”
“Kenapa lewat sangat?” Umi aku tu dah mula risau.
“Atee balik kerja pukul sepuluh malam. Balik kerja terus
bertolak dengan Shidah. Paling cepat pun mungkin pukul 12 tengah malam.”
“Takpe ke memandu
malam-malam macam tu?”
“Tunang Shidah yang drive..
Umi jangan risau ok”
“Yelah.. umi tunggu. Okeylah
Atee. Ada yang mengganggu pulak kita tengah bergayut. Sibuk senggol-senggol umi
suruh cepat. Jeles lah tu.!” Rungut
umi seperti menjauh. Aku ketawa dan aku tahu siapa yang umi maksudkan.
Tiba-tiba suara Arie kedengaran.
“Sayang off phone
dulu. Abang call balik.”
Aku tersentak. Tapi aku ikut jugak arahan dia.
Bersayang-sayang pulak.! Kadang-kadang bunyi macam best dengar dia panggil macam tu. Tapi kalau kerap-kerap sangat
rasa geli geleman pulak.
“Mengumpat apa dengan umi?” Soalan pertama dia dah buat aku
ketawa.
“Sebut nama abang pun langsung tak, macam mana nak umpat
abang? Buat apa tadi.?” Aku tanya dia pulak. Malas layan syak sangka buruk dia
tu.
“Tengah save
gambar kita dalam laptop abang.
Taklah abang rindu sangat bila dah balik sana nanti..”
“Atee tak tengok pun lagi gambar kita tu. Nanti abang sent dekat email Atee ye.?”
“Ok. Abang cadang
nak jumpa Atee sebelum balik esok. Flight
abang pukul enam petang. Abang cadang nak ke KLIA dari lapangan terbang ipoh.
Rasanya sempat jumpa pagi esok sebab tiket ke KLIA pukul satu petang.”
“Ye ke? Okey..Atee
tunggu.!” Aku jawab teruja. Tak sabar nak tunggu esok. Senyum aku pun dah macam
tak cukup mulut.
Malam tu aku tak berbual panjang dengan dia. Sebab esok aku
nak jumpa dia. Jadi malam ni aku kena tidur awal. Kalau tak nanti muka aku
nampak sembab masa jumpa dia esok. Aku nak dalam keadaan yang sentiasa cantik
dan bersedia. Jadi sekarang aku nak bersihkan badan, lepas tu solat dan
kemudian tidur. Harap-harap dapat mimpi yang best-best..
No comments:
Post a Comment