PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 21 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

21
LEPAS solat subuh aku rasa macam nak tidur balik sebab mata aku masih terasa mengantuk. Tapi aku masih was-was. Takut juga kalau-kalau Arie tiba awal. Semalam dia tak cakap pun nak datang pukul berapa. Aku agak-agak mungkin dalam pukul sembilan pagi dia sampai sebab aku yakin dia datang dengan teksi. Takkan dia nak drive kot..sapa nak bawak balik kereta dia..? Jadi aku lelap sekejap.

   Aku tersedar bila pintu bilik aku diketuk seseorang dan kemudian dibuka perlahan. Aku sempat toleh ke arah jam loceng atas meja katil aku. Baru pukul tujuh lima puluh pagi.

“Ada orang datang nak jumpa..!” Kata Ida housemate aku sambil berdiri di tepi pintu bilik aku.

“Siapa,?” Aku tanya lemah. Rasa malas nak bangun.

“Entah. Lelaki. Rasa macam kenal, tapi tak camlah..!” Balas Ida lagi.

Aku garu-garu kepala. Tiba-tiba aku baru teringat seseorang. Bergegas aku bangun lalu menjenguk ke jendela cermin. Dari atas aku nampak jelas Arie sedang berdiri sambil berdiri bersandar di pintu kereta. Ya Allah.. Macam mana aku boleh lupa laki aku ni..! Aku capai tuala dan bergegas turun ke bawah.

“Ida, kau cakap dekat dia, aku tengah bersiap. Sepuluh minit lagi aku keluar!” Pesan aku pada Ida yang tengah iron baju. Mungkin untuk persediaan sebelum pergi kerja petang nanti. Ida angguk kepala lalu melangkah keluar. Sementara aku pulak terus ke bilik air. Nasib baik awal pagi tadi aku dah siap mandi. Jadi aku tak perlu lama dalam bilik air, sekadar berus gigi dan cuci muka saja.. Dah semestinya teman sejati aku Fair and Lovely dan ubat gigi Fresh and White.

   Tak sampai sepuluh minit pun aku bersiap, aku dah siap dan laju turun ke bawah.

“Siapa tu Atee.?” Sempat lagi Ida tanya aku.

“Abang aku. Okeylah. Aku cau dulu.” Malas aku nak cakap lebih-lebih. Dengan dia ni bukan boleh harap sangat. Depan nampak baik, belakang macam-macam yang dikeji fasal aku.

Sorry bang..! Ingatkan abang datang lambat lagi..!” Tegurku pada Arie sambil tanganku hulurkan untuk bersalam. Tangannya aku cium hormat. Bila aku angkat kepala, sempat lagi dia kucup dahi aku. Rasa best sangat..! Muka aku yang dah bertukar warna buat dia tergelak kecil lalu pintu kereta dibuka untuk aku.

“Abang drive? Nanti kereta ni nak park dekat mana? Abangkan balik dengan flight ke KLIA?” Aku tanya pelik. Dia pulak hanya senyum meleret.

“Umi suruh tinggal dekat Atee. Umi risau Atee pergi kerja dengan gelpren Atee tu malam-malam. Lagipun umi kata senang Atee nak balik kampung. Tak payah tumpang orang.” Jelas Arie sambil tersenyum-senyum. Aku baru faham. Mungkin sebab semalam aku bagitahu tentang kedatangan aku ke rumah umi hujung minggu ni.

“Aduh..! Umi ni buat susah je. Ke..abang yang punya rancangan? Entah-entah umi tak cakap apa, abang yang beria-ria.!” Duga aku sambil menjeling sinis pada dia di sebelah. Bila dia tersenyum-senyum, aku tahulah semua ni dia punya angkara.

“Atee tak beranilah nak drive malam-malam. Hujung minggu ni memang Atee cakap nak balik kampung, tapi nak tumpang Shidah. Boleh rehat sikit kalau ada driver. Penatlah kalau kena drive sendiri..!” Aku merengek manja. Arie hanya senyum dengar rungukan aku.

Okey..Abang izinkan balik dengan Shidah. Tapi pastikan Rizal hati-hati memandu. Bukan abang tak kenal dengan Rizal tu. Kalau dapat bawak kereta macam jalan sendiri pulak. Siap buat gaya driff lagi. Taulah bapak dia ada syarikat kereta sendiri. Kereta ni Atee park je dekat rumah Atee. Rasanya housemate Atee tak ada yang berkeretakan? Jadi tak jadi masalah kalau tinggalkan saja dekat rumah Atee tu. Laman rumah tu pun abang tengok luas.”

Hee..dia ni pandai-pandai saja buat cadangan. Setakat nak parking di perkarangan rumah, aku tak kisah sangat. Yang jadi masalah ialah nak menjawab soalan-soalan dari mata yang memandang. Larat ke aku nak berbohong. Kalau setakat kancil atau kelisa aku tak hairan, tapi ni inspira. Mau banyak mata yang memandang dan mulut yang bertanya. Aku nak drive pun rasa takut-takut.

“Nanti senang bila abang balik, abang terus datang sini saja. Rumah Atee ni pulak dekat dengan airport. Jadi dari KLIA abang turun dekat sini je.” Sambung Arie lagi. Aku terangguk-angguk faham. Nampaknya kereta ni hanya jadi perhiasan sajalah..

“Cuba-cubalah Atee drive. Kereta abang ni kalau dibiar lama-lama, nanti dia merajuk.” Pesan Arie pula.
Aku dah mengeluh dalam hati. Dia ni memang pandai baca isi hati aku. Baru cadang-cadang nak beli plastik penutup kereta untuk bungkuskan kereta ni, dia dah suruh aku bawak pulak.! Kena pandu sendiri jugaklah nampaknya..

   Buat pertama kali aku bersarapan di hotel. Rasa macam membazir pulak. Makanannya takdelah sedap mana. Sedap lagi kalau aku yang masak. Cekodok pun tak rasa pisang. Ceh.! Kalau aku tau macam ni rasa masakan dekat hotel, awal-awal lagi aku mohon kerja jadi tukang masak hotel. Kompem aku terus jadi ketua chef. Tapi menurut Arie dia nak privacy ketika bersama aku. Jadi aku ikut saja memandangkan masa aku dengan dia terhad.

 Selepas sarapan di Casuarina Hotel, aku dan Arie habiskan masa bersama di Taman rekriasi Sultan Abdul Aziz. Kalau dulu kawasan ni tempat aku dan dia berjoging. Bila duduk berdua mesti duduk dengan jarak yang jauh. Takut kena tangkap JAIS. Tapi kali ni buat pertama kali aku dan dia duduk rapat sambil berpegangan tangan. Kalau kena tangkap pun, kami dah ada lesen. Tiba-tiba rasa macam tak mahu lepaskan dia pergi.

“Atee dah ada rancangan untuk selesaikan masalah abang dengan atuk abang tu” Aku cakap perlahan. Dia pandang aku tepat sambil mengangkat kening lebatnya. Aku rasa ini adalah masa yang sesuai untuk ceritakan semua rancangan yang aku dah susun sejak semalam. Sebelum dia pergi aku nak dia dengar dan setuju walaupun aku rasa agak berat untuk buat apa yang aku rancangkan.

“Apa rancangan Atee..? Kalau sesuai abang setuju tapi kalau abang rasa tak sesuai, memang abang takkan izinkan.”

Aku telan air liur bila dia cakap macam tu. Macam tak ada harapan saja.! tapi aku kena pujuk juga dia supaya setuju. Aku tarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata.

“Atee rasa lepas majlis, Atee nak tinggal dekat rumah abi dan umi untuk selesaikan masalah ni.”

What.??? Abang tak setuju.!”

Tersentak aku dengar bantahan dia. Aku belum habis cakap dia dah menyampuk keras.

“Dengarlah dulu..! Kalau perlu, Atee nak berhenti kerja lebih awal sebelum majlis. Atee nak cuba ambil perhatian atuk abang tu. Atee tau atuk abang tak tinggal sekali, tapi umi ada cerita yang sebulan sekali atuk pasti datang rumah. Jadi Atee rasa ni peluang untuk Atee kenal dia sementara abang tak ada. Atee nak atuk terima Atee dan Atee akan cuba tolong lindungi umi. Atee rasa orang tua jenis atuk tu harus diajar sikit..!”

“Abang tak setuju! Atee tak kenal lagi atuk abang tu macam mana.. Abang takut Atee tak tahan dengan sikap dia..!” Bentak Arie keras.

“Abang janganlah risau. Dia takkan tahu kita dah kawin. Atee akan cuba berpakat dengan umi dan abi. Atee rasa Atee boleh. Abang doakan saja agar Atee berjaya.” Aku mula memujuk bila tengok muka Arie dah mengeruh.

“Habis, lepas majlis abang kena balik soranglah ke Abu Dhabi? Bila pulak Atee nak balik temankan abang? Tergamak ke Atee biar abang hidup sendiri? Atee tak kesiankan abang? Tak sayang abang ke..?”

“Abang..! Kali ni saja. Atee minta tempoh empat bulan saja untuk setelkan masalah ni. Lepas empat bulan kalau rancangan Atee ni tak berjaya, abang balik ambil Atee. Atee janji akan ikut abang.” Aku harap kali ni dia akan bersetuju.

“Abang risaulah tinggalkan Atee berdepan dengan atuk tu. Atee tak kenal dia.”

“Sebab tak kenallah Atee nak kenal. Abang sendiri cakapkan rupa dan perangai Atee sama macam arwah Athirah. Jadi dengan kelebihan yang Atee ada ni, Atee nak cuba ambil perhatian Atuk.”

“Abang tak sedap hatilah.!” Arie masih merayu manja. Kalau ikut hati memang aku dah nak cair dengan rengekan dia. Tapi aku harus tegas demi kebahagiaan rumahtangga aku.

“Atee nak perkahwinan kita kekal sampai akhir hayat kita. Dia orang tua dan kita perlu dapat restu dari dia kalau kita nak perkahwinan kita mendapat keberkatan. Dia bukan orang lain dengan abang. Nama abang berketurunan dari dia. Abang kena ingat, anak-anak kita nanti pun akan bermula dengan pangkal nama keturunan dia. Tak senang hidup kita kalau kita terus belakangkan dia.” Kali ni aku yakin hujah aku ni akan mencairkan hatinya.

Arie terdiam lalu mengeluh lemah sambil memeluk erat bahu aku. Jemarinya aku genggam erat beri kekuatan. Akhirnya dia mengangguk lemah.

“Baiklah. Abang izinkan. Tapi lepas empat bulan kalau masih belum berjaya, abang akan terus balik heret Atee ikut abang balik rumah kita dekat sana.”

Aku tergelak dengar dia ugut aku macam tu. Dia ingat aku ni lembu atau kambing ke nak heret-heret?

Okey..Atee janji akan ikut apa kata abang.” Ujarku akur dengan pendapat dia lepas ketawa aku reda.

“Sebenarnya abang dekat Abu Dhabi cuma sampai hujung tahun ni saja. Lepas tu abang kena tukar pergi ke Jepun pulak.” Arie sambung berbicara.

Ala..tak merasalah Atee nak duduk dekat Abu Dhabi.!” Arie dah tergelak dengan perangai budak-budak aku.

“Tulah..kalau lepas majlis Atee ikut abang balik, boleh kita haneymoon dekat sana sementara abang belum start kerja.. Tapi Atee jangan risaulah..sebab tahun depan baru abang ke Jepun. Maknanya ada masa lagi untuk bawa Atee tinggal di sana.”

Aku dah kembali senyum suka. Sebelum ni aku tak hairan pun fasal negara pak arab tu. Tapi bila aku cuba google, aku rasa teringin pulak nak tengok tempat orang-orang kaya arab dekat sana. Patutlah dia boleh pakai kereta mahal, baru berapa bulan kerja dah tukar kereta..sebab gaji dekat sana tinggi rupanya.

   Hampir ke pukul sebelas pagi aku dan Arie berdating dekat taman rekriasi tu. Rasa tenang sangat tanpa sebarang gangguan. Sesekali tawa aku dan dia meledak bila ada topik yang melucukan. Perangai dia memang tak pernah berubah sejak dulu hingga sekarang. Rasa sedih yang akan aku alami sebentar lagi, aku buang jauh-jauh. Aku tak mahu dia tahu aku sedih sebab dia akan pergi. Kalau dia tahu, kompem dia akan paksa aku ikut dia.

   Aku dan dia tiba di Airport Sultan Azlan hampir pukul dua belas tengahari. Sementara menanti panggilan berlepas aku dan dia duduk di balai menanti. Tak banyak yang aku nak bualkan. Dia pun aku tengok banyak berdiam dan yang aku perasan tangan aku langsung tak dilepaskan sejak keluar dari kereta tadi. Sesekali tangan aku akan dibawa kebibir merahnya dan dikucup lembut. Aku biarkan saja walaupun aku rasa malu diperlakukan macam tu. Bukan aku tak perasan pandangan dari beberapa mata yang memandang, cuma aku tak mampu nak mengelak. Aku tak mahu dia terasa hati kalau aku menegur kelakuannya itu. Sehinggalah jam sudah hampir ke pukul dua belas setengah tengahari barulah dia bangun.

“Abang harap Atee jaga diri baik-baik sepanjang abang dekat sana. Tolong jaga diri untuk abang. Abang harap sangat Atee ikut abang, tapi abang tahu Atee akan menolak.”

Aku ketap bibir tahan sebak bila aku tengok mata dia dah mula berair. Aku alih pandangan ke arah lain. Tak sanggup tengok dia macam tu. Ini adalah kali kedua aku tengok dia beriaksi macam tu. Kali pertama dulu ialah semasa dia meluahkan perasaan dia pada aku.

“Abang janganlah cakap macam ni. Atee janji akan jaga diri Atee untuk abang. Atee akan tunggu abang balik. Abang jangan risau. Atee tak sukalah tengok abang macam ni.. Atee tak bagi abang balik, baru tau..!”

Arie gelak lepas aku ugut dia. Rambutnya yang berjuntai di dahi aku selak lembut. Wajahnya aku pandang lama tanpa berkelip. Kali ni aku cuba lawan pandangan matanya. Aku nak pandang dia puas-puas, walaupun aku tahu aku akan kalah dengan renungannya.

“Atee sayang abang?”  Tiba-tiba dia tanya sambil matanya tak lepas merenung aku.

“Dah semestinya..” Aku jawab tanpa berkalih pandangan.

“Atee cintakan abang.?”

“Selama-lamanya Atee akan rasa perasaan tu.”.

“Atee akan rindukan abang.?”

“Setiap detik Atee akan rindukan abang. Sekarang ni pun Atee sedang rindukan abang.”  Aku sebak. Air mata yang aku tahan tadi gugur juga akhirnya.

“Atee cintakan abang, sayangkan abang dan akan selalu rindukan abang. Atee akan tunggu abang sampai abang balik.” Ujarku sambil teresak-esak. Tanpa rasa malu pada sekeliling yang memandang, tubuhnya aku peluk erat. Aku sembamkan muka aku di dadanya menahan esakan. Diangkat muka aku memandangnya lalu kening aku dikucup lembut. Bila aku sedikit reda, pelukannya aku lepaskan. Panggilan terakhir untuk berlepas yang baru bersiar memahamkan aku yang dia harus pergi.

“Dah sampai nanti call Atee.” Ucapku perlahan dan dia hanya mengangguk lalu melepaskan pegangan tangannya dan aku pandang saja dia melangkah pergi. Sampai di pintu berlepas, dia menoleh lalu melambai tangan dan senyum. Aku balas juga dengan senyuman yang paling manis agar dia yakin aku dalam keadaan okey. Sebelum hilang dari pandangan sempat dia menjerit kepada aku.

“I love you..!!!!!”

Aku tergamam. Tapi aku ketawa akhirnya sebab malu dengan pandangan orang ramai.

I love you too..” Balas ku perlahan. Dan aku yakin dia faham apa yang aku ucapkan walaupun dengan gerakan bibir sahaja. Takkanlah aku nak jerit macam yang dia buat tadi. Buat malu saja..! Tak fasal-fasal orang kata aku over acting pulak. Orang lain pun ada laki jugak, tapi taklah teruk macam aku.

“Pengantin baru ke?” Sapa seorang makcik di sebelah aku. Aku tersenyum malu sambil mengangguk.

“Inai pun merah lagi, dah kena tinggal. Kenapa tak ikut sekali.?” Dia tanya lagi. Oh..rupanya dia perasan jari tangan dan kaki aku merah inai. Dalam diam aku berterima kasih pada emak. Sebabkan inai yang masih merah menyala ni orang tahu yang aku baru kawin, patutlah tak ada yang memandang sinis masa aku peluk Arie tadi.

“Kami baru nikah je. Majlisnya empat bulan lagi. Lepas majlis insyaallah saya ikut dia balik.”

“Suami nak balik ke mana tu.?”

“Dari sini dia ke KLIA, lepas tu berangkat ke Abu Dhabi.”

“Jauhnya!..tak takut ke.?” Soalan makcik ni buat aku berdebar-debar sajalah..

“Tawakal jelah makcik.. Saya percayakan dia.” Aku cuba bagi jawapan yang terbaik menutup rasa debar di dada.

“Baguslah macam tu. Faham memahami dan saling percaya satu sama lain, adalah pengerat rumahtangga. Makcik tengok suami kamu tu sayang sungguh pada kamu. Banyak-banyak berdoa semoga rumahtangga kamu kekal hingga ke syurga. Suka betul makcik tengok kamu berdua tadi. Padan sangat.! Sama cantik dan sama lawa.”

Aku rasa macam nak senyum sampai telinga. Makcik ni adalah orang ke enam kata aku cantik. Bestnya..! Sedih sebab kena tinggal tadi terus hilang. Nasib baik Arie dah pergi, kalau dia dengar kompem dia paksa aku ikut dia balik jugak. Semenjak bergelar suami, cemburu dia makin menjadi-jadi. Aku teringat tadi semasa makan di hotel, ada seorang Mat salih tegur aku. Yang sebenarnya Mat Salih tu cuma bertanya jalan ke tandas saja. Kebetulan pulak masa tu dia tinggalkan aku sekejap sebab ambil makanan. Bila dia tengok aku sibuk melayan Mat Salih tu bercakap, serta merta tangan aku di tarik tinggalkan Mat Salih tu terpinga-pinga hairan.

“Jangan layan orang yang kita tak kenal.. bahaya.!” Itulah yang dia pesan sambil menarik kerusi untuk aku selepas meletakkan pinggan berisi beberapa jenis kuih atas meja. Aku diam saja. Malas nak menjawab. Hari tu dia kata aku kuat cemburu dan aku memang mengaku, tapi dia lagi teruk cemburu tapi tak mahu mengaku.!


    SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah, aku masih terdengar-dengar nasihat makcik yang aku jumpa dekat airport tadi. Aku yakin Arie jujur dan aku nak terus percaya pada dia. Tipulah kalau aku kata aku tak ada apa-apa perasaan syak sangka buruk pada Arie sepanjang dia ada di sana. Dah menjadi kebiasaan pada setiap kaum Hawa yang memiliki sifat macam tu. Hanya orang yang tak ada perasaan saja tak memiliki sifat wasangka. Kalau tanya pada Ustazah Nurbakyah pun, dia akan setuju dengan pendapat aku. Dia sendiri pun tentu ada perasaan macam tu pada suami dia Ustaz Akasha. Tak ada yang sempurna dalam muka bumi ni kecuali Dia yang berkuasa dan Dia yang Maha Mengetahui. Cuma terpulang pada individu tu sendiri menangani dan mengatasi untuk mengawal perasaan itu.

   Kereta inspira Arie aku park hati-hati dalam laman rumah aku selepas pintu pagar aku buka lebar-lebar. Selama ni ruang depan ni lapang saja. Cuma gelpren aku saja yang menjadi penghuni di situ. Housemate aku yang lain hanya menumpang balak mereka untuk ketempat kerja. Cuma Fiza saja yang kadang-kadang tumpang gelpren aku kalau Hafiz tak boleh datang jemput dia. Bila aku letakkan kereta besar ni, rasa sempit pulak. Walaupun laman ni boleh muat dua biji kereta kancil, aku tetap rasa sempit sebab selama ni mana ada kereta terparkir dekat sini. Keluar saja dari kereta, aku nampak Ana dan Ida keluar dari rumah sebab nak ke tempat kerja. Dia orang ni memang rajin keluar awal. Bukan sebab nak kerja tapi sebab nak berdating dulu. Boipren satu line dan satu shift pun jumpa macam setahun tak jumpa. Orang lain pun ada balak, tapi tak angau macam dia orang tu..

“Wah..bila beli kereta?” Soalan pertama dari Ida bila dia dan Ana keluar dari pintu utama.

“Kereta abang aku. Dia oversea. Suruh aku jaga sekejap.” Aku jawab sambil menekan alam untuk pastikan semua pintu kereta berkunci.

“Aku tak tau pulak kau boleh drive? Ada lesen ke tak ni? Kalau takde lesen, baik jangan berangan nak kereta besar macam ni. Pakwe aku yang pakai satria pun kadang-kadang boleh terbabas tau.!”

 Sindiran Ana buat aku panas sikit. Tapi aku boleh lagi bersabar. Entah kenapa aku memang tak boleh nak join dengan dia orang ni. Cepat panas satu badan.

“Kalau takde lesen, aku tak bawaklah.! Ingat aku ni sengkek sangat ke tak mampu nak ambil lesen? Aku kalau nak sesuatu, aku usaha sampai dapat.!” Aku jawab geram. Sedap-sedap kata aku takde lesen. Apa dia ingat bapak aku kawan baik dengan semua polis trafik dalam malaysia ni?  Yang dia tu lebih-lebih sangat, kenapa entah.! Ada aku kisah fasal pakwe dia.? Mana  tak terbabas kalau sambil drive buat maksiat ! Macamlah aku tak pernah nampak apa dia orang buat kalau berdua dalam kereta!

   Aku melangkah geram masuk dalam rumah untuk bersiap ke tempat kerja. Rasanya sempat aku mandi sebab jam baru pukul satu tengah hari. Bunyi deruman kapal terbang buat aku teringat pada Arie tiba-tiba. Lapangan terbang yang terletak hanya satu kilometer dari kawasan perumahan rumah  aku memang buat aku dapat dengar dengan jelas kapal terbang berlepas. Tahulah aku yang kapal terbang yang dinaiki Arie baru berlepas. Tadi aku tak mahu tunggu hingga kapal terbang berlepas, aku tak mahu menangis.

   Aku segera melangkah ke bilik dan cepat-cepat aku capai tuala untuk mandi. Memang aku kena mandi pun sebab panas dengan sindiran dia orang tadi masih meruap-ruap. Lepas siap aku terus keluar dapatkan gelpren aku nak terus ke tempat kerja. Sebelum kunci pintu pagar, sempat aku pandang kereta Arie sambil tersenyum. Tak dapat tengok tuan, dapat tengok kereta dia pun jadilah.. Teruk dah aku ni. Angau dengan suami sendiri.

No comments: