PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 22 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

22
 SEPERTI yang dirancang, habis kerja aku terus ikut Shidah balik kampung. Sebelum bertolak aku hubungi umi Arie dulu untuk maklumkan kedatanganku yang mungkin tiba lewat tengah malam. Memandangkan Fiza sudah pulang dari cuti petang tadi, aku amanahkan dia untuk menjaga kereta Arie aku tu. Terkejut juga dia setibanya dia depan rumah. Disangkanya dia salah rumah. Kalut minah tu bertanya itu ini. Memandangkan hanya dia saja yang tahu tentang pernikahan aku, jadi aku terus terang saja pada dia tentang kereta yang tersadai di luar rumah aku tu. Fiza siap bagi cadangan ajak aku ronda-ronda keliling bandar Ipoh. Aku nohal sebenarnya, cuma aku takut-takut nak drive memandangkan kereta tu milik orang walaupun atas nama suami aku sendiri. Sebabkan Arie pernah berpesan supaya rajin-rajin drive, jadi aku kena jugak beranikan diri.

   Kereta yang Rizal pandu akhirnya sampai ke destinasi hampir pukul dua belas tengah malam. Laju betul Rizal drive. Nasib baik tak banyak kereta malam ni. Kalau Arie tahu, mahu dibebelnya aku tiga hari tak habis. Mata aku yang mengantuk pun kembali segar sebab kelajuan pemanduan Rizal agak melampau. Nak ditegur, aku ni menumpang. Namun aku harus bersyukur kerana dia mahu tumpangkan aku. Aku perasan Rizal sedikit panas dengan teguran Shidah. Sebab tu aku tak berani nak bersuara. Dia orang ni krisis kot.. Aku tak mahu masuk campur. Masalah aku pun tak selesai lagi, jadi tak payahlah aku nak sibuk-sibuk hal orang.

 “Thank Shidah..Rizal..! Kalau nak balik, nanti telefon dulu tau.!” Pesan aku sejurus selepas beg aku dikeluarkan dari bonet kereta. Aku melangkah masuk dalam perkarangan rumah umi sambil menjijit beg pakaian aku yang agak besar. Tak banyak pun baju yang aku bawa. Cuma pakaian kecil saja dan tiga helai seluar track suit dan dua helai kain batik.. Hari tu aku tengok pakaian Arie banyak dalam almari biliknya. Bukan aku tak biasa pakai baju dia. Dulu pun masa kerja sekali banyak pakaian dia yang aku simpan sebab kena bawak balik basuh. Katanya dia tak pandai basuh baju. Ye sangatlah tu..! Last-last, aku yang jadi tukang dobi dia. Sebab sayangkan kawan ,aku buat jugak walaupun mulut aku tak henti-henti merungut. Nasib baik dia tak suruh aku basuh seluar kecik dia. Kalau tak, dah tentu aku lontar saja dalam longkang belakang rumah aku.

   Dalam beg aku ni yang buat jadi berat sebab aku isi novel. Dekat tiga puluh buah aku bawak sini. Sebenarnya aku memang sengaja nak tinggalkan di sini memandangkan aku akan tinggal lama di sini. Aku dah nekad untuk berhenti kerja sebelum raya haji. Hal ni aku tak maklumkan lagi pada Arie. Tapi aku yakin pasti dia juga akan setuju. Semalam aku ada suarakan niat aku ni dan rancangan aku pada emak dan ayah. Mereka tiada halangan. Cuma mereka risau kalau-kalau aku tak tahan dengan layanan buruk atuk Arie kerana mereka faham sangat dengan sikap aku yang cepat panas.

“Mak jangan risau. Orang cuba tahan.. Tapi orang nak kata apa kalau dia tanya fasal inai orang ni?” Aku tanya emak di hujung talian.

“Alah..takkan tu pun nak mak ajaq. Pandai-pandailah Atee kelentong orang tua tu..!” Tu..dia.! Dasyat tak mak aku.? Bakal Hajjah tu..! Memang mak aku ni sporting la..

  
“ATEE mandi, rehat, lepas tu tidur ye..! Dah lewat sangat ni. Esok kita sembang-sembang. Atee tentu penat. Atee nak makan ke? Kalau lapar, umi siapkan.!”

“Eh..takpe-takpe umi. Atee tak lapar. Lagipun sebelum sampai tadi Atee dengan Shidah berhenti rehat untuk makan. Umi jangan susahkan diri. Kalau Atee nak apa-apa, nanti Atee turun dapur.”

Hee.!.mertua aku ni terlebih manjakan aku pulak. Aku pulak naik rimas. Bukan aku tak suka dilayan macam tu, cuma aku tak selesa. Aku faham sebab dia terlalu rindukan arwah Athirah. Sebab tu aku layan saja.. Cuma bab makan ni, biarlah aku yang tentukan sendiri sebab perut aku ni sendirian berhad. Tak ada share-share dengan orang lain.

   Sebelum tidur aku hantar email pada Arie. Aku yakin dia belum tidur memandangkan waktu malaysia pukul satu tengah malam dan ini bermakna, di sana baru pukul sembilan malam.

   - Assalamualaikum abang..
Atee tengah landing atas katil abang sekarang. Sampai pukul 12 tadi.
Atee dah buat keputusan untuk berhenti kerja hujung bulan ni .
Harap-harap abang tak kisah. Ini bermakna rancangan Atee akan berjalan
awal.Umi cakap mungkin atuk datang esok. Jadi tolong doakan Atee..
Oklah bang. Atee dah mengantuk. Nanti Atee email abang lagi ye..
Love u..Mmm....muah.

   Aku terus tutup laptop. Mata aku semakin memberat. Aku harap Arie baca email yang aku kirimkan tadi. Selepas pemergian dia ke Abu Dhabi isnin lalu, hanya email saja jalan penghubung aku dengan dia. Mudah katanya. Kompem sampai dan dia pasti terima dan akan segera balas..


   BUNYI ketukan pintu bilik buat aku tersedar. Sedap betul tidur atas katil Arie ni. Macam tidur dalam bilik anak raja pulak. Susun atur perabot memang memenuhi citarasa aku. Semua perabot kayu berwarna putih. Aku tahu itu adalah warna kesukaan Arie. Kalau perhatikan betul-betul bilik ni seakan berbentuk bulat. Aku tak tahu macam mana tukang rumah ni buat. Agaknya semua bilik dalam rumah ni macam ni kot..!

“Atee dah bangun?” Laung umi dari luar.

“Ye mi..Atee dah bangun..!” Aku jawab lemah lalu bangun untuk menuju ke bilik air. Aku terus mandi sebab dalam bilik Arie ni ada pemanas air. Rasa segar sangat lepas solat. Mula-mula tadi lepas solat aku cadang nak sambung tidur tapi mata aku dah kembali segar, jadi ada baiknya kalau aku turun ke dapur tolong umi sediakan sarapan. Memandangkan hari ni hari minggu, aku yakin abi tak ke pejabatnya.

“Selamat pagi umi..abi..!” Sapa aku pada umi yang sedang tuangkan air kopi kedalam cawan untuk abi. Aku tersenyum lebar selepas salam aku dijawab oleh mereka berdua.

“Nyenyak tidur? Tak penat ke? Kan sampai lewat tengah malam semalam.” Tanya abi lalu surat kahabar ditangannya dilipat dan diletak disebelah cawan kopinya.

“Penatlah sikit. Tapi bila lepas mandi, mata dah tak boleh nak lelap.”

“Teruk ke kerja Atee dekat kilang tu.?” Abi tanya lagi.

“Tak teruk sangat. Kerja Atee cuma jaga mesin saja. Kalau ada leader cuti, Atee yang kena ambil alih sebab Atee penah tranning job tu.. Kalau buat kerja leader, baru Atee rasa susah. Terkejar-kejar sampai tak sedar masa berjalan cepat sangat. Sedar-sedar dah tiba waktu nak balik.. Lagi satu kalau ada budak tranning baru masuk. Atee ni instructor sebenarnya. Bila budak baru start tranning, kerja Atee jadi lagi sibuk. Tapi lepas enam bulan, Atee balik semula pada kerja-kerja mesin ni..!” Terang aku mengenai kerja aku panjang lebar.

“Dulu Arie ada cerita fasal ni dekat umi. Dia kesian tengok Atee kerja teruk, terkejar-kejar macam tak cukup kaki.” Aku tergelak mengekek dengar cerita umi. Sambil menggeleng kepala aku angkat cawan kopi lalu kuhirup perlahan.

“Ada-ada jelah abang Arie tu. Dia memang marah kalau Atee buat kerja leader. Tambah pulak kalau kena masuk shift dia. Katanya Atee sibuk sampai tak ada masa nak layan dia.” Ulasan ku buat abi dan umi turut ketawa.

“Tiap kali balik sini mulut tak henti-henti cerita tentang Atee. Sampai umi tak sabar-sabar nak jumpa Atee!”
Rasa kembang pulak hati aku ni. Apa yang istimewanya pada aku ni, aku sendiri tak tahu.

“Sebelum Atee kenal dengan Arie, Atee tak ada kawan dengan sesiapa?” Tanya abi dengan senyuman. Aku tak tunggu lama, terus jawab sebab tak mahu dia orang fikir yang bukan- bukan.

Takde..! Tapi sebelum kedatangan abang Arie, ada jugalah yang nak kawan dengan Atee. Macam-macam fesyen.! Ada yang bujang, duda dan laki orang pun ada. Tapi Atee layan macam kawan-kawan yang lain. Samalah bila Atee dah kenal dengan abang Arie, Atee tak ada perasaan pun pada dia. Cuma Atee senang kawan dengan dia sampai ada sesetengah orang salah tafsir hubungan kami. Hari terakhir dia kerja, dia luahkan perasaan dia pada Atee. Atee sedih sebab yang pertama, dia akan pergi tinggalkan Atee. Dan yang kedua ialah Atee hilang seorang sahabat dan teman yang paling memahami Atee. Atee paksa dan cuba terima dia tapi Atee masih belum sedia terima sebagai kekasih. Bulan pertama dia selalu call tapi bila masuk bulan ke tiga, dia terus menyepi. Atee tunggu setiap hari dan sejak itu Atee mula jatuh hati sebab rindukan dia. Bila Atee tahu dialah suami Atee, Atee rasa marah sebab dia macam main-mainkan Atee. Namun jauh di sudut hati, Atee bersyukur sebab Allah kembalikan Arie pada Atee semula.” Aku ceritakan semua apa yang ada dalam hati aku pada umi dan abi. Aku nak mereka tahu aku benar-benar ikhlas terima Arie.

“Dulu, masa dia masih belajar, dia ada bagi tau umi dia dah jatuh cinta pada seseorang. Tapi dia tak tahu siapa budak tu. Lama juga dia cari tapi tak jumpa. Tapi lepas dia dapat kerja dekat ipoh, dia call umi bagitahu yang dia dah jumpa budak perempuan tu. Katanya wajah perempuan tu sikit tak ubah macam arwah Athirah. Sebenarnya kami takut kalau-kalau dia suka pada budak tu hanya sebab wajah seiras Athirah. Tapi bila dia dah mengaku yang dia dah jatuh cinta, kami terpaksa terima pendapat dia. Mula-mula umi risau jugak sebab masa tu dia dah..” Umi teragak-agak mahu meneruskan kata.

“Bertunang?” Pantas aku menyampuk sambil tersenyum. Agaknya umi tak sanggup nak sebut sebab tak mahu aku terasa walaupun dia dah tahu aku tahu tentang tu.

“Abi dengan umi jangan risau. Atee dah tau semuanya. Abang Arie dah cerita semua.” Aku nampak umi lepaskan keluhan lega. Abi pula hanya angguk lega.

“Arie beria-ria suruh umi pergi meminang Atee, tapi umi dan abi suruh dia bersabar memandangkan dia pun baru kenal dengan Atee. Tambah pulak dia sendiri tak tahu tempat tinggal Atee, takkan kami nak pergi terjah saja rumah anak dara orang.”

 Aku tergamam. Tak aku sangka Arie ceritakan semua pada keluarganya. Yelah..diakan anak manja. Semua nak diceritakan. Aku tak terkejut dengan apa yang mertua aku ceritakan sebab dulu Arie pernah ceritakan pada aku Cuma aku tak sangka Arie begitu sikap terbuka dengan ahli keluarganya.

“Sampai merajuk-rajuk dia sebab kami tak mahu penuhi permintaan dia. Tapi bila dia dah start kerja di Abu Dhabi, baru kami setuju dengan permintaan dia walaupun kami was-was nak ikut apa yang dirancang. Kami serba salah sebenarnya. Hinggalah abi beranikan diri menelefon ayah Atee di kampung dan ceritakan semua rancangan Arie tu. Alhamdulillah ayah Atee setuju dan dia pun memang harap anak umi tu jadi suami Atee.”

Aku dah tersenyum lebar bila teringat ayah. Dia dengan Arie memang nampak rapat.

“Atee tentu dah taukan tentang atuk Arie.?” Aku angguk laju..

“Abi harap sangat lepas majlis, Atee terus ikut Arie balik ke sana. Abi tak mahu dia terus tersiksa sebab hukuman yang atuk kenakan. Dia tak salah dan dalam hal ni tiada siapa yang salah. Abi nak Atee tolong jaga Arie baik-baik. Abi dengan umi yakin Atee boleh bahagiakan dia”.

Aku terkedu dengan permintaan abi. Rasanya inilah masa sesuai untuk aku jelaskan pada kedua mertua aku.

“Sebenarnya Atee dah bincang dengan abang yang Atee nak tinggal sini lepas majlis. Memandangkan abang akan tukar ke jepun tahun depan, Atee cadang nak tinggal sini sebulan lebih awal dari tarikh majlis. Maknanya sebelum raya haji Atee akan berhenti kerja dan akan temankan abi dengan umi di sini untuk selesaikan masalah ni.” Aku perasan umi dengan abi seakan terkejut dengan keputusan aku. Dan akhirnya aku terus ceritakan tentang perancangan yang aku dah buat beberapa hari lalu.

“Umi tak tahu nak cakap macam mana. Umi tak sangka Allah berikan anak yang baik macam Atee pada umi. Umi berbesar hati sangat dengan usaha murni Atee tu. Tapi..” Umi seakan sukar teruskan kata-kata. Aku faham.

“Abi dengan umi jangan risau. Atee tahu nak buat apa. Sekarang ni Atee cuma nak tahu serba sikit tentang atuk yang keras hati tu.”  Umi dan ayah hanya tersengeh bila aku cakap macam tu.

“Insyaallah! Kita selesaikan sama-sama. Cuma abi harap Atee boleh bersabar dengan kerenah atuk.. Atuk tu dulu dia seorang tentera berpangkat jeneral. Mungkin sebab dia dah biasa mengarah, sebab tu dia nak semua ikut cakap dia.”

 Aku tersenyum lalu mengangguk faham. Aku pandang muka umi, jelas kelihatan umi juga bersetuju dengan pendapat abi. Bertuah sungguh abi dapat isteri macam umi yang penyayang dan penyabar. Rasanya Arie ikut sikap umi kot..tapi yang aku tak tahan sikap dia yang suka mengarah. Aku rasa yang tu dia ikut perangai atuk dia. Tapi aku mana boleh orang arah-arah aku buat itu ini. Namun aku akan ikut kalau aku rasa baik dan tak memudaratkan diri aku sendiri.


   PETANG tu aku dan umi sama-sama mancantikkan taman bunga umi. Umi kata kerja mencantikkan taman, biasanya Pak Wahid Tukang Kebun yang buat. Umi hanya sekadar beri cadangan saja. Umi lebih suka menanam di tepi-tepi dinding batu yang dijadikan sebagai pagar rumah. Bahagian tengah, umi biarkan lapang tanpa sebarang tanaman. Kata umi, nanti senang cucu-cucu dia nak bermain. Tinggi sungguh angan-angan umi tu. Aku hanya berdoa agar impian dia tercapai. Eh, bukan aku ke yang kena lahirkan cucu untuk dia..?

   Sedang aku bergelak ketawa dengan umi di taman, deruman kereta besar mematikan tawa kami. Aku pandang umi dengan seribu pertanyaan. Wajah umi kelihatan keruh tapi aku cuba beriak selamba.

“Itu lah atuk.” Bisik umi di sebelah aku.

Dari jauh aku perhatikan atuk mesra dijemput masuk oleh Pak Wahid manakala abi sedang menanti di muka pintu. Menurut pandangan mataku, atuk nampak garang. Mulutnya langsung tiada tanda-tanda nak senyum. Aku dan umi berjalan mendekati abi dan atuk manakala Pak Wahid pula sudah hilang dibalik pintu untuk membawa beg pakaian atuk ke bilik. Bila aku tiba hadapan atuk, aku beri senyuman manis. Aku perasan atuk seperti tak berkelip mata memandang aku. Mesti dia teringat cucu dia yang dah lama pergi.

“Atee, salam atuk.” Sergah umi dan aku cepat-cepat hulurkan tangan. Tangan tua tu aku cium hormat. Nasib baik dia sambut salam aku, kalau tak sah-sah aku berdosa sebab umpat dia dalam hati..

“Ni Atee, ayah. Anak angkat kami. Baru semalam sampai.” Terang abi teragak-agak.

Aku senyum pada atuk tapi dia langsung tak membalas. Sombong.! Bila perhatikan betul-betul aku baru perasan misai dia macam A galak. Tapi misai atuk ni versi Mr. Potato. Tebal sangat.! Badan dia pulak besar ragam dan masih jelas dari luar yang badan atuk ni masih tough dan gagah walaupun umur atuk sudah menjangkau 65 tahun. Pandai sungguh dia jaga badan. Tapi kenapa aku tengok Arie macam tak cukup vitamin saja..? Mungkin ikut umi kut..!

“Tulah..! Ada anak sendiri, dibunuh buang.! Sekarang buat muka tak malu ambil anak orang.!” Herdik atuk tiba-tiba.

Aku terkejut. Bahu umi aku peluk bila aku tengok umi dah menikus dan menunduk. Malu agaknya sebab kena herdik depan aku. Aku jadi panas tapi aku kena sabar.

“Sudahlah ayah.!” Kata abi lembut lalu muka aku dipandang isyaratkan sesuatu. Aku faham bahasa isyarat abi.

“Jom kita masuk kedapur mi. Umi mesti penat.” Ujarku sambil mengiringi umi masuk. Sebelum tu sempat aku pandang tepat pada atuk dan sempat juga aku bagi jelingan tajam. Lantaklah dia nak fikir apa-apa tentang aku. Perbuatan dia tadi memang buat aku panas. Kalau aku jadi umi, tak ingin aku bagi dia cucu. 

   Di dapur aku dan umi sibuk sediakan minuman untuk atuk dan abi yang sedang berbual di laman. Sesekali terdengar suara garau atuk bercakap sebijik macam ketua polis menyoal penjenayah.

“Atuk tu tak boleh minum manis-manis. Dia tu ada kencing manis, darah tinggi.. jantung pun tak berapa nak kuat.” Kata umi perlahan. Aku angguk faham.

“Dah macam-macam ada penyakit pun macam tak ingat nak mati. Masih nak suruh orang dengar cakap dia saja. Atee yakin umur atuk tu panjang lagi. Kalau kita bagi dia minum air gula pun belum tentu Allah nak ambil nyawa dia.” Balas ku selamba tanpa lapik.

“Kenapa Atee cakap macam tu.? Tak baik!” Tegur umi lembut. Hairan sebab aku cakap macam tu.

 “Yelah! betul apa Atee cakap. Umi cuba fikir, kenapa sampai sekarang umur atuk tu masih panjang walaupun ada macam-macam penyakit kronik..? Sebabnya ialah kerana Allah nak dia bertaubat dan berubah. Selagi dia tak berubah, selagi itulah dia akan berperang dengan penyakit dia tu. Macam orang bela hantu raya. Selagi dia tak buang hantu raya dia tu, selagi tulah dia susah nak mati..!” Mengekek-ngekek umi ketawakan aku sebab aku samakan sikap keras kepala atuk dengan hantu raya.

Ish.! Atee ni ada-ada jelah. Atuk tu tak macam tu, sampai nak bela hantu raya”

“Atee tak kata dia bela hantu raya, cuma sikap dia tu yang macam hantu raya. Umi tau tak sikap hantu raya macam mana.?” Umi menggeleng laju sambil tersenyum.

Ha..hantu raya ni degil. Keras kepala tapi dia akur dengan setiap perintah tuannya. Macam atuk tulah..!” Sekali lagi tawa umi berderai. Lucu agaknya sebab aku mengata mertuanya macam tu.

Aku berjalan perlahan sambil menatang dulang yang berisi seteko milo suam serta dua biji cawan yang siap berlapik. Sementara umi pulak bawa sepiring kuih karipap segera yang baru digoreng dengan semangkuk air basuh tangan.

“Jemput minum tuk!” Pelawaku sambil menghulurkan secawan milo pada atuk. Aku perasan dia sedang tajam pandang muka aku. Tapi aku buat-buat tak nampak. Aku berlalu pergi dari situ selepas umi juga turut beredar dari situ.

“Atuk tu kalau datang sini, berapa hari dia buat rumah ni macam rumah dia sendiri mi.?” Umi dah tersenyum tahan gelak dengar soalan aku.

“Tak lama. Dua tiga hari je..! Paling lama pun seminggu. Bilik bawah tepi tangga tu bilik atuk. Memang abi sediakan untuk atuk kalau bila-bila angin dia nak datang sini.”

Aku angguk faham. Maknanya operasi aku akan bermula petang ni hingga pagi esok kerana pukul sembilan pagi esok aku dah nak balik sebab petang aku dah masuk kerja. Harap-harap berjalan baik.


   SELESAI solat maghrib aku cadang turun ke dapur bantu umi siapkan hidangan makan malam. Dari anak tangga atas aku nampak atuk baru keluar bilik dan melangkah gagah menuju ke ruang tamu. Mesti dia nak menonton. Setelah aku pasti dia selesa di sofa, baru aku cepatkan melangkah menuju ke dapur. Di dapur aku nampak semuanya sudah tersedia.

“Atee tolong buatkan kopi. Atuk tu sebelum makan mesti pekena kopi secawan. Jangan pekat sangat, nanti dia tak boleh tidur.”

 Aku mengangguk selepas mendengar arahan umi. Dalam hati aku tak henti-henti mengumpat atuk. Dah macam-macam sakit pun masih ada hati nak minum kopi. Kalau ikut hati, nak saja aku bagi air suam saja. Kalau ada air Mussofar lagi bagus. Air yang dibaca oleh pelajar-pelajar tahfiz. Manalah tahu, moga lembut sikit hati yang keras tu.

“Atuk! kopi.” Sergahku lembut sambil meletakkan secawan kopi di hadapan atuk.

Hm. Letak situ, nanti aku minum.”

Amboi.. sombongnya..! Sebab malas nak menjawab, lantas aku segera beredar dari situ. Tapi langkah aku terhenti bila atuk suruh aku duduk depan dia. Aku akur walaupun dalam dada tersa debarannya.

“Kamu ni orang mana.?”

“Saya orang johor.” Aku terus jawab tanpa fikir.

“Sejak bila jadi anak angkat keluarga ni.? Aku tak tau pun..!”

“Dah lama dah..! adalah dalam dua tahun. Dulu masa belajar, saya terlibat dalam program anak-anak angkat usahawan. Kebetulan saya terpilih untuk menjadi anak angkat abi. Sejak itulah saya kenal dengan keluarga ni.”

“Johor belah mana..”

Aduh! Parah! Aku dah tergaru-garu nak menjawab. Macam mana aku nak jawab, kalau negeri tu langsung aku tak pernah jejak. Kenapalah aku tak cakap saja yang aku orang perak. Bengong..!

“Pasir Gudang.!” Aku jawab bila itu saja tempat yang terlintas dalam fikiran aku masa tu. Itu pun sebab aku teringat tempat kelahiran Hafiz, suami Fiza. Nampaknya balik nanti aku kena buat banyak homeworke fasal Pasir Gudang, johor dengan Fiza dan Hafiz.

“Dulu pun aku tinggal di sana.” Jawab atuk perlahan.

 Aku perhatikan wajahnya sedikit keruh. Mungkin dia teringat sesuatu di sana. Apa tu? Aku sendiri tak dapat nak tafsir. Tapi aku dapat rasa ada sesuatu yang disembunyikan. Aku rasa aku nak tahu. Mungkin dengan cara tu, aku dapat merapatkan diri dengan dia.

“Kamu ni yang beria-ria berinai dari tangan ke kaki ni kenapa.? Baru kawin ke pun?”

 Aku tersentak bila atuk tiba-tiba buka isu inai yang masih merah menyala di jari aku.

“Minggu lepas kawan saya kawin. Kebetulan saya jadi pengapit, dia suruh saya pakai sama, jadi saya pakailah.. Lagi pun tak salahkan?”

“Memanglah tak salah. Tapi aku tak pernah tengok pengapit berinai beria macam pengantin. Ni aku tengok, kamu yang beria-ria..!”

“Saja suka-suka je tuk. Pengapit zaman sekarang bukan pengapit zaman atuk.” Jawapan aku tu buat atuk merengus perlahan.

“Kamu bila pulak?”

“Tak ada yang ingin..! Lagipun siapalah yang nak pandang saya yang hodoh ni..orang kampung, miskin pulak tu.!” Niat aku sebenarnya nak lihat sejauh mana pandangan atuk tentang gadis-gadis kebanyakan seperti aku. Aku dapat tahu dari Arie, pilihan atuk semuanya yang berstatus tinggi dan berketurunan sama macam dia.

“Kamu yang memilih sangat kot..! Kamu bukan tak elok, cuma atuk tengok brutel sikit. Berjalan pun dah mengalahkan gangster je..! Cuba berlembut sikit..!”  Ujar Atuk lalu ketawa kecil.

Melopong mata aku dengar komen atuk Arie. Namun dalam diam ada macam undur-unsur lucu sikit. Bagi aku atuk Arie ni taklah teruk sangat. Rasanya dia boleh dibuat kawan. Namun aku harus lebih berhati-hati kerana nak buat lawan pun rasanya lagi boleh.

“Eh-eh! yang atuk beria-ria nak ubah diri saya ni apa kes? Atuk tu yang kena ubah sikit penampilan diri. Muka hendsome tapi cengeh ya rabbi..!” Bila aku cakap seiring dengan jelingan tajam, atuk meledakkan tawanya. Tergamam seketika bila dengar dia gelak macam tu. Umi dengan abi turut menjenguk diri dari jauh. Akhirnya aku turut ketawa.

“Dahlah atuk. Jomlah makan. Malas dah nak cakap dengan atuk ni. Tu baru puji handsome, kalau puji segak bergaya macam Datuk Jalaluddin Hassan, apa pulak yang jadi.! Entah-entah terabak kain yang atuk pakai tu.”

Sekali lagi atuk ketawa besar.

“Kamu ni bercakap ikut sedap mulut je.! Aku ni orang tua. Tak patut kamu cakap macam tu. Patutlah tak ada yang nak.!” Bebel atuk selepas tawanya reda namun masih ada sisa-sisa senyum nipis yang tetinggal di bibirnya.

“Atuk pun apa kurangnya..! Kalau bagi free dekat makcik-makcik janda, kompem dia orang pun taknak sebab atuk tu ce..ngeh.!” Aku cakap lalu terus melangkah ke dapur.

“Hee..budak ni.!”

Aku ketawa kecil dengar rungutan atuk. Dah terbayang-bayang projek aku akan berjalan lancar.
Tengahari tu buat kali ke dua aku makan tengahari bersama keluarga Arie. Bezanya cuma Arie tiada dan digantikan dengan kedatangan atuk @ Mr. Potato Galak. Ha..kan dah dapat nama baru..! Aku perasan umi hanya diam, cuma sesekali saja bersuara, itupun sekadar bertanya aku nak menambah nasi atau lauk. Nampaknya umi seperti fobia bila berdepan dengan atuk. Simpati betul aku dengan nasib umi. Biasanya menantu perempuan ni ada masalah dengan emak mertua, tapi umi pula terpaksa berdepan dengan masalah bapa mertua yang sombong. Sebenarnya atuk ni taklah sombong sangat cuma mungkin nasib umi tak menyebelahinya.

“Esok Atee balik pukul berapa.?” Tiba-tiba abi bertanya. Segera aku pandang muka abi.

“Pukul sembilan pagi abi.. Shidah cakap nak bertolak awal sikit, takut panas dekat jalan.”

“Hm..eloklah macam tu. Nanti taklah penat sangat nak masuk kerja.”

“Kamu kerja mana.?” Sampuk atuk bertanya tegas.

“Dekat ipoh.”

“Dia instructor kat kilang elektronik ayah.” Sampuk abi pantas. Pantas muka abi aku pandang. Abi mengenyitkan mata pada aku dan aku faham maksud abi.

“Dah lama?” Atuk tanya lagi.

Aku cuba kira-kira. Jika aku cakap aku kerja dah tujuh tahun, macam tak logik pulak sebab aku dah tipu dia tadi yang aku pernah terlibat dalam program anak angkat masa aku belajar. Sedangkan aku tak pernah pun masuk pusat pengajian tinggi. Jadi aku cuba congak. Habis SPM mungkin aku belajar selama empat tahun. Maknanya ada baki lagi tiga tahun. Hmm..aku dah ada jawapan.

“Lepas habis belajar..adalah dalam dua tahun lebih.” Aku jawab selamba.

“Orang perempuan tak payah kerja tinggi-tinggi. Lepas kawin dok ceruk dapur jugak..”

“Memanglah dok ceruk dapur jugak. Tapi zaman sekarang kalau nak harapkan gaji suami saja, memang tak cukup. Jadi isteri kenalah sama-sama membantu suami.. Saya nanti kalau dah kawin nak buat kerja dekat rumah saja. Saya yakin suami saya mampu sara hidup saya tapi saya tetap nak buat kerja sampingan dekat rumah.”

Huh.! Ada saja jawabnya.!” Atuk merengus kasar. Aku buat-buat pandang ke lain lalu meneruskan suapan.

“Atee nak buat apa.?” Abi bertanya.

“Atee nak menulis. Rasanya suami Atee tak kisah.”

Huh.! Kalau bercakap mengalahkan orang yang dah ada laki pulak. Kata tak ada boyfriend tapi dari cakap macam dah kawin..!” Bentak Atuk perlahan.

Aku tersengeh sambil pandang umi dan abi yang sedang tersenyum-senyum.
  

   SELEPAS solat isyak aku buka lap top untuk berdating dengan suami tercinta. Aku tau malam ni mesti dia sedang online. Aku terus buka facebook. Bila tengok nama Selipar Jepun sedang online, aku tersenyum lebar. Selepas tahu Selipar Jepun tu adalah Arie, aku berakan semula dengan dia.

- Abang nak tau, atuk tu klu diajk bergaduh, best jugak.-

- Atee buat apa dekat org tua tu.?-

- Tak buat apa2 pun.. cuma berbalah sikit.. abg jgn risaulah. Rasanya atuk tu xlah teruk sangat. Dengan Atee blh plk dia bergelak ketawa.-

- Ye ke.? Biar betul.! Mcm x prcya plk.! Knapa dgn anak cucu dia bengis semacam.? -

- Tu Atee xtau nk jwb. Tp nnt atee cba korek rahsia.-

Aku ceritakan semuanya pada dia. Memang aku dah janji akan melaporkan apa yang terjadi sepanjang aku berada jauh dengan dia. Aku tak mahu simpan apa-apa rahsia dari dia.

- Abg.. atuk tu ada sejarah ke dekat johor.?-

- Dulu atuk mmg tggl dan bertugas dijohor. Dkt sana dia jumpa arwah Nek Siah dan kawin dekat sana sedangkan masa tu dia dah ditunangkan dengan arwah Nek Miah. Arwah Nek Miah adalah pilihan keluarga atuk. Dgn Nek Miah atuk tak ada anak. Abi dengan paklong anak atuk dengan Nek Siah.-

- O..maknanya, atuk dulu pun kena kawin paksa.?-

- Mm..mcm tulah.-

-Kawin paksa ni dah jadi macam tradisi keluarga abang pulak-

-Sebab tu abang nak hapuskan tradisi tu. Mintak dijauhkan dari keluarga dan keturunan kita nanti. Abang tak sanggup anak-anak abang merasa apa yang abang dah rasa.-

Hm..nampaknya aku dah dapat sedikit maklumat tentang Mr. Potato Galak tu. Aku harus susun atur strategi dengan lebih padat lepas ni.

-Insyaallah bang..! Abg dah mkn..?-

Aku buka topik lain. Rasa penat menaip sebab mengadu dan mengumpat hal atuk.

-Dah.. Atee x rindu abg.? -

- Rindu.. Rindu sgt.! Entah2 abg yg x rindu Atee..-

- Giler x rindu..! Siang mlm laptop abg terpasang sbb muka Atee abag jdkan wallpaper skrin .-

Aku dah tersenyum lebar. Malu..!! Banggalah pulak..!

- Ye ke ni..? Entah2 gambar minah arab dekat sana..!-

-Minah arab dekat sini tak brutel mcm minah abang dekat perak tu..-

Malam tu agak panjang chating aku dengan Arie. Sampai rasa nak crame jari aku menaip. Tapi tak mengapalah demi suami tersayang. Hingga kewat jam dua pagi baru aku dan dia berhenti berchating. Agaknya macam ni lah gaya orang bercinta. Dulu aku rapat dengan dia tapi perasaan cinta tu tak ada. Walaupun jauh, aku cuma rasa rindu tapi cinta tetap tak ada. Namun aku tetap sayangkan dia seperti sayang sahabat-sahabat yang lain cuma dengan dia rasa sayang terlebih sikit.


  SELEPAS solat subuh aku kemas katil termasuklah seluruh bilik. Novel-novel yang aku bawak dari rumah sewaku, aku susun kemas dalam rak buku Arie yang kosong. Bila aku perhatikan novel-novel Arie yang bersusun, baru aku tahu dia suka baca buku berunsur mistik dan penyiasatan. Selama ni aku tak pernah nak ambil tahu tentang dia. Tapi hal aku semuanya dia tahu. Apa punya kawanlah aku ni..!

   Semalam sempat aku meninjau bilik bacaan abi. Memang aku respek habis pada Arie. Menurut abi, kesemua buku-buku dalam bilik yang dijadikan perpustakaan keluarga tu sudah habis dibaca oleh Arie. Aku tak tahu berapa jumlah buku dalam bilik tu. Tapi aku anggarkan satu rak tinggi mengandungi lima ratus buah buku. Bila didarap dengan lima buah rak, semua sekali berjumlah dua ribu lima ratus buah buku. Itu baru rak yang tinggi, belum lagi campur dengan rak yang rendah yang ada dua buah rak. Aku tak dapat nak agak berapa jumlah sebenarnya. Bila tanya abi, dia sendiri tak tahu nak jawab sebab dia tak pernah merekod buku-buku yang dibeli. Menurutnya lagi ada juga buku-buku di situ hadiah dan pemberian dari kawan-kawan dan saudara mara.

   Aku turun ke bawah setelah pasti semuanya dalam keadaan yang baik. Beg laptop aku galas kemas. Yang ni aku tak boleh tinggal. Kalau tak ada ni, teruklah aku rindukan Arie.

   Kesemua pakaian yang aku bawa tempoh hari, aku tinggalkan saja dalam almari baju Arie. Rasanya tak perlulah aku bawak balik kerumah sewa aku sebab lepas ni semua barang-barang aku akan aku pindahkan ke bilik Arie. Cuma gelpren aku saja yang aku akan bawak pulang ke rumah aku di kampung. Hujung minggu ni aku akan pulang ke kampung dengan gelpren aku. Bolehlah aku bantu emak dan ayah serba sikit sebelum dia orang berlepas ke mekkah. Menurut emak tarikh berlepas sudah diketahui dan aku yakin sangat emak pasti sedang sibuk. Walaupun emak dah bagitahu yang along dan angah telah sediakan semuanya, aku tetap tak mahu lepas tangan.

 “Dah siap Atee..?” Tegur umi lembut lalu mengarahkan aku duduk bersarapan.

“Dah umi. Atuk dengan abi mana?” Aku tanya sambil memandang ke arah jam besar berbentuk hati yang tergantung megah. Baru pukul lapan pagi rupanya. Jadi aku tak perlu tergesa-gesa sebab masih banyak waktu sebelum Shidah dan Rizal tiba menjemput aku.

“Abi dah pergi pejabat. Atuk pulak ada dekat depan tu. Katanya dia nak balik kejap lagi.”

“Cepat pulak orang tua tu blah.” Aku kata pada umi sambil berbisik. Umi tersenyum sinis.

“Entah.! Umi pun tak tahu. Biasanya lepas dua tiga hari baru dia balik.” Ujar umi juga dengan nada berbisik. Aku terangguk-angguk sambil mengunyah nasi goreng yang umi sediakan.

Selesai makan, aku beredar ke laman. Dari pintu aku nampak atuk sedang bersenam di taman bunga umi. Mm..patutlah badan masih tough.. rajin bersenam rupanya..!

“Rajin atuk bersenam?” Aku tegur atuk lalu melabuhkan punggung aku di wakaf kayu yang terletak lebih kurang satu meter dari tempat atuk berdiri.

“Kenalah rajin. Kalau tak nanti macam-macam penyakit yang datang.” Ujar atuk termengah-mengah.

Eleh.! Rajin-rajin pun atuk tetap ada penyakit jugak!” Bentakku perlahan. Namun aku tahu dia dengar. Aku perasan dia tengok aku tapi aku buat-buat pandang ke lain.

“Yang kamu ni beria-ria bersiap, nak kemana.?”

“Kan semalam saya cakap nak balik.. Petang nanti saya dah kena masuk kerja.”

“Sampai bila kamu nak kerja dekat kilang tu? Cubalah cari kerja yang elok sikit. Instructor tu memang lah bagus sebab kerjanya mengajar orang. Tapi kamu tu perempuan. Pergi kerja tak kira waktu. Bahaya.!”

“Dah lama saya kerja dekat situ tuk. Tak sanggup pulak nak cari kerja lain. Gaji pun ok.”

“Sampai bila..? Takkanlah bila kamu dah kawin, kamu nak kerja lagi dekat situ.?”

“Kalau suami saya izinkan, saya kerja.. Tapi saya dah merancang nak berhenti bila dah kawin.”

Hm..baguslah. Orang lelaki ni tak suka kalau isterinya asyik keluar rumah. Kamu kena ingat, syurga isteri ni dekat suami. Mudah isteri kalau nak masuk syurga. Patuh saja pada dia, insyaallah..syurgalah tempat kamu.” Aku tersenyum lebar.

“Amboi tuk..! Kalau bercakap dah macam Ustaz Kazim pulak. Atuk ada angan-angan nak jadi ustaz ke..?”

“Ish..kesitu pulak kamu ni. Aku cuma cakap benda yang betul je!”

“Yelah..saya tau..! Emak dengan ayah saya pun ada cakap macam tu..!
“Apa nama penuh kamu.?” Tiba-tiba atuk tanya lembut.

Aku tersentak lalu pandang muka dia. Perlukah aku bagi tau nama penuh aku.? Aku takut kalau aku berterus terang, dia akan syak sesuatu sebab Sarah tau nama sebenar aku.

“Ateerah.” Aku berbohong. Jelas wajah tua atuk berubah dan serta merta dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. Aku tergamam dengan riaksi atuk namun tak pulak aku bertanya. Lima minit kemudian atuk keluar dari rumah lalu menghidupkan enjin keretanya dan pergi tanpa meninggalkan apa-apa pesanan pada aku. Walaupun aku sedar nama yang aku sebut tadi adalah nama cucu kesayangannya, namun aku sedikit pelik dengan perangai atuk.  Dia marah ke.? Aku menggaru-garu kepala hairan.

“Atuk kemana mi.?” Aku tanya umi yang sedang berdiri di muka pintu yang juga terpinga-pnga kehairanan.
“Balik. Dia kata nak balik. Atee ada cakap apa-apa ke dekat dia..?” Tanya umi, dan aku terus terang apa yang aku bualkan dengan atuk hingga tercetuskan riaksi atuk sebegitu. Aku lihat wajah umi sedikt keruh.
“Atee salah ke mi.?”

“Tak. Atee tak salah. Mungkin atuk terkejut sebab Atee bagitahu nama Atee sama dengan arwah. Atee taukan macam mana atuk benar-benar sayangkan arwah?  Mungkin sebab tu dia terkejut sikit...!” Aku mengangguk faham.

No comments: