22
SEPERTI yang telah dirancang, Datin Normy dan Dato Basri tiba di hadapan
pintu pejabat Faridz jam sepuluh pagi. Memandangkan hari itu hari sabtu semua
kakitangan syarikat Bumi Indah hanya berpakaian santai. Faridz juga hanya
mengenakan kemeja T kuning air berlengan pendek dan berseluar slack hitam
sahaja. Kedatangan mengejut bos besar mengejutkan beberapa orang pekerja di
situ. Walaupun begitu mereka masih bersikap tenang memandangkan hari itu hari
sabtu, waktu kerja pun hingga pukul satu petang sahaja.
“Amboi Riz! berseri-seri mama
tengok, ada apa-apa ke..?” Usik Datin Normy ketika menerima salam hormat dari
Faridz.
“Mana ada apa-apa ma..!
biasa-biasa je..!” Ujar Faridz
malu-malu.
“Pukul berapa kita nak ke
rumah Huda.?” Tanya Datin Normy pada Faridz.
“Eh awak ni..! Sabar-sabarlah.. perbincangan saya dengan Riz pun tak
mula lagi.” Sampuk Dato Basri pula.
“Sabarlah ma.! lepas solat
zohor kita pergi. Lagipun Pakcik Marzuki ada hal sikit dekat pejabat. Dia pesan
tadi, pukul satu baru dia balik.” Balas Faridz lembut sambil memujuk.
Datin
Normy menanti perbincangan antara suaminya dan anak angkatnya. Malas mahu
mendengar apa yang dibincangkan kerana sudah maklum dengan apa yang bakal lahir
dalam perbincangan itu. Dalam fikirannya ketika itu ialah tidak sabar-sabar
bertemu dengan keluarga Marzuki yang juga kawan baiknya semasa belajar dulu.
AWAL-awal pagi lagi Huda sudah ke pasar untuk
mendapatkan barang-barang dapur. Sebelum tidur semalam dia sudah merancang apa
resepi yang akan disediakan untuk keluarga angkat Faridz nanti. Ikan pari bakar
dicicah dengan air asam dan sambal kicap rasanya sudah buat dia kecur air liur,
ditambahkan pula dengan pajeri terung, sayur campur, sambal belacan dan ulaman.
Huda yakin keluarga angkat Faridz tidak kisah dengan hidangan kampung kerana
semasa kedatangannya ke rumah Dato Basri, dia dihidangkan dengan masakan
kampung.
Kerja-kerja
di dapur Puan Rohayu serahkan seratus peratus kepada Huda. Sekali sekala sahaja
dia datang menjengah untuk memastikan kerja dapur berjalan lancar. Hatinya
senang bila melihat Huda membuat kerja dengan begitu sempurna. Terasa bangga
pula kerana apa yang diajar selama ini tidak sia-sia. Huda merupakan anak
asuhannya yang mudah mendengar kata, dan apa yang diajar mudah diikut. Hampir
jam dua belas tengah hari semuanya sudah siap di masak cuma belum dihidangkan
sahaja memandangkan tetamu yang dinanti belum nampak bayang.
Huda
melangkah naik ke bilik untuk membersihkan dirinya yang sudah berpeluh kerana
terlalu lama di dapur. Sebelum itu mesej dari Faridz baru diterima yang
mengatakan bahawa mereka akan sampai selepas zohor menyenangkan hatinya. Masa
yang masih panjang digunakan untuk lama dalam bilik air dan kemudian terus
bersolat.
“Abah dah balik mi.?” Tanya
Huda ketika menuruni anak tangga selepas siap membersihkan diri dan bersolat.
“Dah.. ada kat luar tu. Nak
tunggu tetamu katanya.”
“Amboi! Tak sabar-sabar
pulak abah ni..”
“Entah, katanya sejak tadi
dia rasa berdebar-debar.”
Huda melangkah keluar mendapatkan Encik Marzuki
yang sedang gelisah di buaian besi sambil termenung.
“Kenapa ni bah.?”
“Entahlah Da! Dari malam
semalam abah rasa tak tenteram. Macam ada yang tak kena je.!”
“Abah risau fasal tetamu yang
nak datang kejap lagi ke.?”
“Tak tahu lah.!”
“Abah janganlah risau. Dia orang datang cuma nak
kenal-kenal dengan abah je.! Bukan
nak meminang anak abah ni.!” Usik Huda.
“Ye lah.! agaknya sebab yang
datang ni bakal besan kot..! pertama
kalilah katakan..!” Seloroh Encik Marzuki. Huda hanya menjeling sinis dengan
gurauan orang tuanya. Niatnya mahu mengusik, alih-alih dia balik yang terkena.
Kereta
Honda sivik putih milik Faridz berhenti betul-betul di depan pintu pagar rumah
Encik Marzuki. Huda berlari anak keluar ke arah pintu pagar sementara Encik
Marzuki hanya berdiri memandang dari taman kecil di hadapan rumahnya. Dicuba
memaniskan mukanya sambil menutup rasa debar di dada yang melanda sejak awal
tadi. Berkerut-kerut wajahnya memandang tetamu yang keluar dari kereta milik
Faridz itu. Seperti pernah dilihat tetapi dia sendiri tidak pasti.
“Mama, nilah orangnya yang
dah berjaya menambat hati bujang mama tu. Huda namanya.” Kata Affini kepada Datin Normy.
“Aku dah kenal lah..!” Celah
Huda tiba-tiba sambil tersenyum pada Datin Normy sambil bersalaman. Pipi Huda
dicium mesra.
“Macam mana kau kenal? Mama
aku baru sampai je..!” Tanya Affini
hairan.
“Huda ke rumah kita beberapa
bulan lepas. Along yang bawak.” Jelas
Datin Normy pula.
“Tak aci.! Along tak cerita pun dia ada jumpa Huda.!” Rungut Affini
sambil menjeling ke arah Faridz.
“Jom masuk dalam. Lebih
banyak cerita yang kau akan tahu nanti. Kau jangan terkejut..!” Ujar Huda
sambil tersenyum.
Datin Normy dan Dato Basri serta Faridz hanya
melangkah perlahan mengekori Huda dan Affini dari belakang. Melihatkan wajah Encik
Marzuki yang sedang menanti kedatangan mereka, hati mereka dilanda sebak, namun
dicuba berlagak tenang.
“Kau tak kenal aku Juki.?”
Sapa Dato Basri apabila berhadapan sambil bersalaman dengan Encik Marzuki yang
tercegat berdiri di hadapan pintu utama.
“Aku pun kau tak kenal.?”
Datin Normy pula cuba mengingatkan Encik Marzuki yang sedang dalam kebingungan.
Puas Encik Marzuki cuba mengingat namun
entah kenapa wajah tua di hadapannya itu benar-benar menutup fikirannya untuk
terus berfikir.
“Tulah..! terlampau banyak
sangat makan tempoyak, aku dengan Normy pun kau tak ingat.?” Sergah Dato Basri
lagi.
“Normy?” Bisik Encik Marzuki
perlahan. Namun gerak bibirnya dapat dibaca oleh dua insan yang sedang menantinya.
Dato Basri dan Datin Normy lantas
tersenyum sambil mengangguk laju.
“Normy sepupu Jimah ke?”
Tanya Encik Marzuki lambat-lambat sambil berfikir.
“Kau ada kawan lain nama
Normy.?” Tanya Datin Normy malu-malu.
Melihatkan wajah Datin Normy yang tersenyum
disamping mata yang mula berkaca, tahulah dia yang tekaannya betul. Dialihkan
pula pandangannya pada wajah Dato Basri sambil menundingkan jari telunjuknya
pada arah Dato Basri.
“Maknanya kau ni Basri.?”
“Akulah.. siapa lagi..!”
Jawab Dato Basri terketar-ketar sambil menarik tubuh Encik Marzuki lalu dipeluk
erat sambil menitiskan air mata. Suasana menjadi sebak pada yang memerhatikan
adengan yang sayu itu.
“Jemputlah masuk, takkan nak
berbual kat luar je..! Huda, jemput
tetamu masuk..!” Sergah Puan Rohayu dari
dalam.
“Ya Allah..! aku tak sangka
dapat jumpa lagi dengan korang berdua. Masuk- masuk..!” Pelawa Encik Marzuki
kepada dua sahabatnya itu.
Dari ruang tamu, perbualan mereka dibawa
hingga ke meja makan. Banyak sungguh cerita yang terkeluar. Dari topik zaman
remaja mereka hinggalah ke zaman sekarang, semua dilambakkan di situ. Puan
Rohayu juga tidak lagi segan silu mengenali rakan-rakan suaminya.
“Huda, dia orang ni bukan
orang lain tau dengan Huda. Kalau ikut pangkat, Huda kena panggil dia orang ni
Pakngah dan Makngah. Makngah Normy ni adik sepupu dengan arwah ibu, mereka
sebaya dan pernah belajar bersama sejak dari sekolah rendah lagi.
“Eh, tak payahlah panggil
Makngah, panggil je mama. ” Ujar
Datin Normy sambil tersenyum simpul pada Faridz dan Huda. Huda menunduk malu,
namun bila menyedari senyuman usik dari Afini, cepat-cepat dijegilkan mata
kepada Affini tanda geram dengan usikan sahabatnya itu.
“Abah.. Huda minta maaf. Sebenarnya
Huda dah tahu hal ni. Hari tu abang Faridz datang melawat Huda kat sana. Abang
Faridz pun ada bawak Huda ke rumah keluarga angkat dia. Risik punya risik,
rupanya mama Normy ni sepupu arwah ibu. Sorrylah
bah, tak cerita kat abah. Mula-mula memang Huda nak cerita tapi bila mama Normy
kata nak buat surprise, Huda pun diam
ajelah..!” Ulas Huda lambat-lambat
seperti orang bersalah.
Encik Marzuki terpaku. Tidak disangka
anaknya terlebih dahulu mengetahui tentang akan hal itu. Sudah dapat dijangka
sejarah dan salasilah keluarganya dan arwah isterinya sudah dalam pengetahuan
Huda. Wajahnya sedikit keruh.
“Memang aku nak buat kejutan
pun Juki. Dah lama benar kami cari kau. Sebenarnya banyak yang kami nak
sampaikan.” Ulas Datin Normy dengan nada sayu.
“Kalau sebab sejarah lalu,
tak payahlah kau nak sampaikan pada aku. Aku pun dah lama lupakan hal tu. Jimah
pun dah tak ada.” Balas Encik Marzuki saya.
“Janganlah kau cakap macam
tu Juki..” Pujuk Datin Normy lantas menceritakan apa yang telah terjadi selepas
beberapa tahun mereka berkahwin dan penyesalan keluarga Azimah yang sanggup
membuang kasih terhadap anak sendiri gara-gara kerana tidak mengikut kata
mereka.
“Benda dah lepas, tak guna
dah nak ingat. Aku bahagia dengan keluarga yang aku bina. Dari awal perkahwinan
aku dengan Jimah, kami tak pernah tak bahagia hinggalah akhir hayat dia.”
“Mula-mula aku tengok anak
kau ni, aku macam kenal dengan seseorang, tapi aku tak ingat.” Sampuk Dato
Basri cuba mengembalikan keceriaan Encik Marzuki.
“Bila dah soal siasat,
rupa-rupanya anak saudara aku. Muka dan sifat yang ada dalam dekat dia jati
milik Jimah. Patutlah macam aku kenal.!” Sambung Datin Normy pula.
“Nilah permata hati aku yang
boleh mengingatkan aku pada arwah. Yang dua lagi tu tak ada langsung macam
arwah. Patutlah arwah tak mahu gugurkan kandungannya dulu. Rupa-rupanya dia nak
tinggalkan aku.!” Kata Encik Marzuki sayu sambil menceritakan tentang
penderitaan arwah isterinya.
Huda terkedu mendengar luahan hati Encik
Marzuki. Memang dia cukup sensetif jika kisah arwah ibunya diungkit. Matanya
mula berkaca namun cepat-cepat ditahan
agar jangan jatuh. Sebak sangat bila mendengar cerita orang tuanya itu mengenai
arwah ibunya yang sempat bersamanya walaupun hanya empat tahun. Isyarat Faridz
menggeleng kepala buat Huda tersenyum hambar sekaligus dapat tenteramkan
hatinya yang melodak sebak.
“Aku sangka aku dapat jumpa
lagi dengan Jimah. Tapi alhamdulillah, walaupun tak dapat jumpa dengan dia,
Allah temukan aku dengan kau dan anak- anak Jimah. Paling buat aku teruja bila
nanti Huda akan jadi menantu aku..” Balas Dato Basri pula.
Huda tergamam mendengar luahan hati Dato
Basri. Suapannya terhenti bila semua memandang ke arahnya. Wajah serius Encik
Marzuki dipandang sekilas lalu menuduk kembali. Dalam firasatnya pasti orang
tuanya itu kurang senang dengan luahan rasa hati Dato Marzuki. Tapi bila
melihat wajah orang tuanya itu kembali ceria, Huda melepaskan keluhan lega.
“Hmm..teringat kekasih lama lah tu.!” Usik Datin Normy pada
suaminya. Dato Basri hanya tersengeh malu. Encik Marzuki hanya tersenyum sinis
bila mengingatkan adengannya dengan Basri yang pernah bertumbuk gara-gara ingin
mendapat perhatian Azimah.
“Dahlah..! benda dah lepas.
Dia tetap pilih kau kerana kau tetap di hati dia. Aku ni syok sendiri je..!” Ucap Dato Basri sayu pada Encik Marzuki.
“Hmm..! mengaku jugak akhirnya..!” Balas Datin Normy sinis. Semua
yang berada di situ turut meledakkan tawa.
“Aku harap di pihak kau tak ada yang
menghalang hubungan baik mereka ni. Aku nak sangat kalau Huda betul-betul jadi
menantu aku. Mula-mula dia datang ke rumah aku dulu, aku dah berkenan. Tengok
dia mengingatkan aku pada Azimah. Aku akui, dulu aku memang gilakan dia. Dah
memang bukan jodoh aku dan aku redha kerana dia piih kau. Selepas tu baru aku
sedar, Allah sudah ciptakan seseorang untuk aku. Alhamdulillah, kami bahagia
sampai sekarang.” Ujar Dato Basri sambil tersenyum pada isterinya Datin Normy.
“Macam mana sekarang? Nak
kita teruskan sekarang atau nak tunggu sehingga Huda habis belajar?” Datin
Normy mula menukar tajuk perbualan kerana tidak tahan rasa malu dengan
kata-kata suaminya.
Huda tersentak mendengar kata-kata Datin
Normy lalu memanggung kepala memandang Faridz dihadapannya. Wajahnya berkerut-
kerut sambil menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan cadangan Datin Normy.
Walaupun tidak bersuara, Faridz sudah dapat mengagak apa yang dimaksudkan
dengan isyarat wajah Huda.
“Macam ni mama, papa. Dalam
hal ni biar Huda yang putuskan. Saya tak mahu jadikan masalah ni sebagai satu
halangan untuk dia terus buru cita-citanya. Lagipun kami masih muda, banyak
yang perlu belajar lagi.” Terang Faridz tenang.
“Huda memang muda lagi tapi
Riz tu dah tua. Dah nak masuk tiga puluh.” Tegas Datin Normy sambil bersuara.
Mengekek Affini ketawakan Faridz.
Encik Marzuki dan puan Rohayu tersenyum
berpandangan. Sambil menganggukkan kepala mereka turut bersetuju dengan apa
yang Faridz ucapkan tadi namun kurang selesa dengan pendapat Datin Normy.
“Saya lelaki ma. Lainlah
kalau Huda yang umur tiga puluh, bolehlah mama nak risau. Saya yakin dengan
dia” Ujar Faridz seruis.
“Baguslah kalau kamu fikir
macam tu. Lagipun kakak dan abangnya belum habis belajar lagi. Banyak lagi
masa. Kamu jangan risau, bila anak dara pakcik ni dah bagi kata putus, pakcik
sendiri yang akan pergi meminang kamu.” Encik Marzuki cuba berseloroh mengharap
agar pihak Faridz tidak membuat apa-apa andaian negetif.
Huda memuncungkan mulutnya tanda tidak
setuju dengan gurauan melampau orang tuanya. Huda semakin tidak selesa bila
semua yang berada di situ meledakkan tawa kepadanya. Faridz turut terasa
tempias malu kerana gurauan itu turut kena ke batang hidungnya.
“Macam nilah hari-hari!
abahnya suka sangat mengusik.” Sampuk Puan Rohayu. “Sudahlah bang..! kesian
dia. Lama-lama esok, anak dara kita tak pandai senyum.” Sambung Puan Rohayu
lagi.
“Berapa lama lagi anak kau
yang dua orang tu habis belajar.?” Tanya Datin Normy setelah tawa mereka mula
reda.
“Mm..rasanya tinggal dua
semester lagi, tak lama lagi baliklah tu. Sepatutnya dah habis, tapi
masing-masing nak sambung. Tak cukup kata mereka. Huda pulak aku tak tahu lama
mana dia nak belajar. Buatnya lepas habis dia nak sambung lagi, sampai
bongkoklah Riz kena tunggu.” Huda tercengang dengan ulasan Encik Marzuki.
Sekali lagi dia terkena.
“Macam mana Riz, nak tunggu
jugak?” Tanya Dato Basri sambil tersenyum.
“Saya tetap akan tunggu dia
papa! selagi hayat saya ada.” Jawab Faridz
tenang. Tiada rasa malu-malu meluahkan rasa hatinya kerana dia tahu
kekurangan dirinya. Wajah Huda ditatap sekilas kemudian meneruskan suapan.
“Ehem! Nampaknya tak merasalah aku nasi minyak dalam masa terdekat
ni..” Sampuk Affini tiba-tiba.
Huda melopong. “La..kau teringin nasi
minyak? Esok aku buat. Kau cakap je
lauk apa kau nak, nanti aku masakkan untuk kau. Special untuk sahabat aku yang
dah kempunan sangat ni..” Seloroh Huda sambil tersengeh-sengeh. Melihatkan
wajah Affini yang sudah mula kelat, pipi lembut di wajah Affini dicubit geram.
“Susah-susah sangat, Fini
lah yang kawin dulu.” Sampuk Puan Rohayu.
“Ha! Lebih baik jangan. Masak nasi pun tak tahu lagi, macam mana nak
kawin.!” Balas Faridz.
“Tak apa Ni! Nanti aku
ajarkan.” Ujar Huda sambil memujuk Affini yang sudah mencuka dengan usikan
Faridz.
“Anak aku ni memang pandai
masak Normy, Basri. Kau orang cakap je nak makan apa, nanti dia masakkan.” Kata
Encik Marzuki tiba-tiba. Bukan niatnya untuk memalukan atau memegahkan anak
perempuannya. Cuma sekadar untuk memberitahu agar tetamunya itu tidak
beranggapan yang anak-anak perempuan zaman sekarang bukan semua tidak pandai
menguruskan dapur walaupun berpelajaran tinggi.
“Abah ni..malu Huda tau! buatnya tetamu kita nak makan westen food, mana Huda nak cari. Huda
tak pandai..!” Balas Huda mengaku tentang kekurangan diriya yang tidak layak
terima pujian dari orang tuanya.
“Mama dengan papa tak
kisahlah Huda. Kami pun asal orang kampung jugak. Semua kami makan, tolak kayu
dengan batu je.! Macam yang mama
makan ni, mesti Huda yang masakkan.?” Puji Datin Normy sambil menatap wajah
Huda yang jati seperti sepupunya Azimah.
“Pandai Ayu mengajar anak.
Kalau nak dibandingkan dengan anak dara kami kat rumah tu.. hmm..entahlah! Apa pun tak tahu. Belajar
malas, yang dia tahu berpeleseran di tempat-tempat tak berfaedah.” Datin Normy
turut menceritakan mengenai pertunangan yang terputus antara anak gadisnya
dengan Faridz. Encik Marzuki dan Puan Rohayu benar- benar terkejut dengan
berita itu. Tidak mereka sangka, Faridz pernah kecewa ketika di usia muda
kerana seorang perempuan yang tidak bertanggungjawab. Barulah mereka tahu
mengapa Faridz sanggup menunggu Huda biarpun memakan masa yang lama.
“Tak mengapalah Faridz. Dah
tak ada jodoh..!” Pujuk Encik Marzuki sayu.
“Saya bersyukur sebab dengan
kejadian tu. Allah temukan saya dengan yang lebih baik lagi.” Ujar Faridz
sambil menatap sekilas wajah Huda yang sedang menunduk malu.
“HUH! malulah aku nak guna gelaran tu. Aku muda
lagi. Anak aku yang bongsu pun baru naik tingkatan satu.” Jawab Encik Marzuki
bila Dato Basri menanyakan tentang status Dato yang dianugerahkan padanya.
Faridz dan Dato Basri hanya ketawa kecil mendengar ulasan Encik Marzuki.
“Sebenarnya, bagi aku
gelaran tu hanya sekadar menghargai jasa yang pernah aku buat. Aku tak mahu anak-anak
aku takbur atau riak dengan gelaran yang ada pada aku. Dato ke, Tan Sri ke,
bagi aku sama je. Mati esok Marzuki saja yang disebut, tak juga tok imam sebut
Dato Marzuki masa bacakan talkin dekat kubur aku nanti. Kalau aku naik Haji
pun, tak ingin imam tu sebut perkataan haji tu..!” Encik Marzuki cuba
berseloroh walaupun diakui kebenaran kata-katanya.
“Aku mintak maaf! Bukan niat
aku nak bagi kau terasa. Apa yang aku cakapkan ni sekadar luahan rasa hati aku
dan aku mengingatkan diri aku sendiri. Terpulanglah pada kau untuk menilai.
Mungkin kau ada pendapat lain. Bagi aku, apa yang aku kata, itulah diri aku
yang sebenar. Aku tahu, serba sikit kau mesti terasa apa yang aku cakap. Bukan
aku tak tahu siapa kau sekarang.? Sebut saja Dato Basri Ar- Rasyid, semua orang
tahu. Usahawan terkenal. Namun aku tahu kau tak angkuh mengejar nama dan
kekayaan. Kita kenal dari zaman muda. Kita pernah bergaduh, bertumbuk tapi
gaduh kita tak berpanjangan. Sebab tu aku yakin kau tak seriak kebanyakan orang
yang berpangkat macam kita. Aku beruntung ada sahabat macam kau dan Normy. Korang berdua banyak membantu aku dulu.
Sampai mati pun aku takkan lupakan jasa korang menyatukan aku dengan arwah
Azimah.” Sambung Encik Marzuki tenang
bila melihatkan riaksi wajah sahabatnya sedikit keruh.
Dalam diam Dato Basri termalu sendiri.
Dipujuk hatinya untuk menerima apa yang telah disampaikan oleh sahabatnya tadi.
Diakui hidupnya terlalu jauh berbeza dengan Marzuki. Sahabatnya itu hanya
menjalani kehidupan seperti orang biasa dan mampu hidup bahagia di samping
anak-anak yang patuh pada ajaran. Sedangkan dia yang hidup mewah tetapi hatinya
tidak tenang dengan sikap anaknya yang sukar dibentuk. Disamping itu juga,
dengan penyakit lemah jantungnya yang macam pasang surut, menampakkan wajahnya
jauh lebih tua dari Marzuki sedangkan mereka sebaya.
“Kalau kau anggap aku dan
Normy sahabat kau, kenapa kau menyepikan diri dari kami.? Berpuluh tahun kami
cari. Bila aku dapat tahu tentang berita kau, aku utuskan undangan agar kau datang
ke rumah aku. Namun kau tak datang. Aku bercadang nak jumpa kau tapi Normy
menghalang. Dia benar-benar terluka dengan sikap kau yang sengaja melupakan dia
dan aku. Namun kerana wasiat dia hapuskan egonya dan datang berjumpa dengan kau dan Azimah. Namun siapa sangka
kehadiran kami kesini kira-kira sebelas tahun yang lalu rupa-rupanya tak
kesampaian untuk berjumpa dengan kau kerana bila aku dapat tahu dari mummy aku
tentang Faridz dan Fini. Faridz dan Fini ni anak Dato Ariffin. Aku tahu kau
mesti tak kenal siapa Dato Ariffin sebab aku pun tak kenal. Tapi bila arwah mummy
aku cerita tentang salasilah Dato Ariffin, baru aku tahu. Dato Ariffin adalah
saudara tiri aku selepas bapa tiri aku arwah Hj Sarifuddin berkahwin dengan arwah
mummy aku. Aku tak pernah kenal dengan dia sebab aku dari kecil tinggal dengan
nenek aku di Melaka. Kerana rasa keperihatinan dan tanggungjawab aku ambil
Faridz dan Fini tinggal dengan aku sekali gus mengangkat mereka jadi anak aku.
Tambah pulak menurut arwah mummy, Ariffin ni seorang anak yang baik. Bila aku
tengok Faridz aku yakin apa yang arwah mummy aku cakapkan benar belaka. Dan
kerana kejadian itulah aku tak dapat jumpa dengan kau. Akhirnya aku dan Normy
putuskan untuk menanti dan terus menanti sehingga kau sendiri datang jumpa
kami. Tapi nampaknya aku dan Normy jugalah yang terpaksa mengalah.”
Tergamam Faridz dan Encik Marzuki
mendengar cerita Dato Basri. Tak mereka sangka semua telah tertulis sejak azali
yang mereka memang telah ditakdirkan menjalin hubungan kekeluargaan sejak dulu
lagi.
“Aku minta maaf Basri. Bukan
niat aku mahu membelakangkan kau dan Normy. Kau sendiri tahu bagaimana
tersiksanya aku bila diherdik, dicaci, dihina bertubi-tubi dari orang tua
Azimah. Aku terpaksa bawa dia pergi jauh kerana aku tak sanggup lihat dia
tersiksa lagi. Beribu kata maaf dan rayuan yang kami suarakan, tak pernah
mereka hiraukan. Kerana rasa marah, Azimah dibuang keluarga. Cuba bayangkan keadaan
Azimah yang sakit disamping terpaksa menderita kerana tekanan perasaan kerana
terlalu rindukan keluarganya. Aku pernah tebalkan muka pergi merayu sendiri
agar mereka menerima Azimah kembali. Tapi apa yang aku dapat.? Bukan saja kata
hina malah kepala aku diacu senapang. Aku diugut supaya jangan tunjukkan diri
depan mereka lagi. Kalau aku engkar, bukan saja aku, Azimah dan anak-anak aku
sekali akan mereka tembak.”
Riaksi terkejut dan tergamam beralih pula
pada Dato Basri. Faridz turut tersentak. Fahamlah Faridz sekarang dengan apa
yang pernah Huda ceritakan tentang keadaan Encik Marzuki yang menangis jika
ditanya tentang salsilah keluarganya.
“Aku tak sangka begitu rumit
sekali hidup kau dengan Azimah. Kenapa kau tak ceritakan pada aku.? Kau tahukan
aku dan Normy sentiasa ada untuk kau dan Azimah.!” Bentak Dato Basri tidak puas
hati.
“Aku malu Basri. Dah banyak
kau tolong aku dan arwah. Tak terbalas rasanya. Aku tak mahu kau terbabit sama
dalam masalah aku. Tapi bila kau kata yang keluarga Azimah dah memaafkan dia,
aku lega. Sekurang-kurangnya Azimah tenang di sana.”
“Ya..! Mereka dah maafkan
kau dan Azimah. Mereka pun dah insaf. Tapi mereka terkilan sebab tak dapat
jumpa kau, Azimah dan anak-anak kau hingga nafas terakhir mereka. Sebelum
mereka pergi, aku berusaha mencari kau tapi tak jumpa.”
“Mungkin masa tu gelaran
Dato yang aku dapat belum tersebar luas. Sebab tu ramai yang tak kenal aku.”
Encik Marzuki cuba berseloroh lalu ketawa kecil. Serentak dengaan itu Dato
Basri da Faridz turut ketawa.
“Kita atas duna ni sekejap je Basri.. Mungkin sebentar saja lagi kita akan di jemput pulang. Jadi aku rasa gelaran tu tak memberi apa-apa makna pun pada aku.” Sayu saja Encik Marzuki berucap. Faridz dan Dato Basri tenang mendengar.
“Kita atas duna ni sekejap je Basri.. Mungkin sebentar saja lagi kita akan di jemput pulang. Jadi aku rasa gelaran tu tak memberi apa-apa makna pun pada aku.” Sayu saja Encik Marzuki berucap. Faridz dan Dato Basri tenang mendengar.
No comments:
Post a Comment