23
SEAWAL pagi aku dah
bersiap nak balik kampung. Gelpren
aku pun tentu tak sabar nak ikut balik. Dulu pernah sekali aku balik dengan
dia. Membebel tak cukup mulut mak aku bila tengok aku sampai depan laman rumah.
Katanya dia tak percaya kalau aku kata aku pandu cara berhemah. Kali ni aku
pasti emak tak boleh kata apa sebab aku memang nak hantar terus gelpren aku ni dok kampung. Dah jemu agaknya duduk bandar. Asyik sedut asap tiap
kali aku bawak dia keluar. Memandangkan aku dah ada kereta sekarang, aku kena
biasakan dengan berkereta. Umi pun ada pesan benda yang sama seperti yang Arie
pesan, jadi aku tak ada alasan untuk menolak. Lagipun aku akan drive sendiri balik rumah umi bila aku
dah berhenti kerja.
Sebut fasal
berhenti kerja, aku teringat riaksi supervisor
kesayangan aku masa aku serahkan surat perletakan jawatan aku tadi. Semahu-mahu
dia memujuk aku agar terus berkerja. Aku dah tak boleh nak kata apa selain kata
tak boleh pada dia. Bukan aku tak sayang pada kerja aku yang dah jadi darah
daging aku. Cuma aku sekarang perlu memikirkan masa depan rumahtangga aku. Bila
aku cakap sebab mahu tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga, Syukur..dia
terima.! Tapi aku mahu dia rahsiakan hal ini hingga hari terakhir aku nanti.
Aku tak mahu kusutkan fikiran aku dengan menjawab soalan yang menyebakkan
perasaan aku. Aku tak mahu ada yang menangis kerana aku. Jadi biarlah ia
terjadi pada hari terakhir aku di sini.
Paling mengejutkan aku ialah Fiza. Bila dia tahu aku dah
serahkan surat berhenti kerja, serta merta dia buat keputusan untuk keluar dari
rumah ni. Katanya dia nak pindah ke rumah yang dia dan Hafiz belikan setahun
lalu walaupun rumah itu masih belum diduduki lagi. Katanya dia sanggup tinggal
sendiri dari tinggal dengan Ana dan Ida. Memandangkan majlis dia dan Hafiz
lambat lagi macam aku, dia ambil keputusan untuk tinggal sendiri dulu. Boleh
percaya ke minah tu? Bila dah sah takkanlah Hafiz nak biarkan bini dia duduk
sendiri. Tak boleh pakai langsung statment
minah tu. Balik dari kampung nanti aku cadang nak tolong dia cuci rumah dan
tolong kemas rumah baru dia.
Semalam aku
bagitahu pada Arie tentang aku nak balik kampung dengan gelpren aku. Mula-mula dia terkejut jugak. Siap bagi tazkirah lagi.
Tapi bila aku dah terangkan kedudukan sebenar, dia kena terima. Lagipun salah
dia jugak. Siapa suruh tinggalkan kereta dia di rumah aku? Takkan aku nak
tinggalkan gelpren aku bila aku dah
berhenti nanti sebab dah sah-sah aku kena bawak balik kereta dia.
Aku sampai di
kampung jam lapan pagi. Aku tengok emak sedang sidai kain di ampaian. Sesudah
enjin dimatikan aku segera dapatkan emak. Tangan dia aku cium serta pipinya aku
kucup lembut. Walaupun baru dua minggu lepas aku balik kampung sebab majlis
nikah, rindu aku pada emak seperti dah dua bulan tak jumpa.
“Amboi..! berseri-seri mak tengok Tirah. Macam ada apa-apa ja..? Ka..memang dah ada isi.?” Usik emak tersengeh-sengeh. Mata aku
membutang.
“Ish mak ni..
Kalau ye pun nak cucu, sabo-sabo la..!
Orang kosong lagi la. Orang tengah ‘cuti’ sekarang ni” Balas aku perlahan.
Aku tengok muka emak dah hilang seri. Sepatutnya tarikh period aku seminggu lepas. Risau jugak aku mula-mula kalau tak
datang. Bukan aku tak mahu mengandung cuma aku rasa masih awal. Lagipun aku tak
mahu program yang aku aturkan terbantut. Bila period aku datang semalam, aku lega sangat.
“Yelah..mak faham.!” Balas mak seakan menjauh.
Aku tersenyum melihat telatah emak. Merajuklah pulak..!
“Orang laparlah mak..! Dari rumah orang tak makan apa lagi.!”
Aku mula merengek manja minta perhatian.
“Pandai-pandailah cari makan sendiri.!”
Mengekek aku ketawa melihat telatah emak.
“Mak ni kalau kerap-kerap buat muka macam ni, kalah Sarimah
Ahmad dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok.” Bila aku cakap macam tu serta merta
muka mak berseri semula. Walaupun dia cuba menahan tawa, akhirnya terburai
jugak. Terkekeh-kekeh aku ketawakan dia.
“Dahlah. Pergi naik salin baju. Rehat. Petang nanti dah nak
balikkan? Bukan esok kamu kena kerja pagi.?” Tanya emak yang dah arif dengan
jadual kerja aku.
“Memang orang kerja pagi esok. Tapi orang ambil cuti sehari.
Petang esok baru balik. Penatlah.”
“Eloklah macam tu.. Kebetulan pulak tengahari ni along
sampai. Bolehlah dia hantar kamu balik esok.”
“Along ambil cuti ke mak.?” Aku tanya teruja.
“Hm..Nak shoping katanya.” Jawab emak ringkas.
Aku terus melangkah ikut emak masuk rumah melalui pintu dapur.
“Amboi.! Dekat KL tu dah tak ada tempat shoping ke mak..?”
“Katanya nak shoping
barang-barang emak dan ayah pergi nanti.. Tak taulah apa yang nak dibeli lagi.
Rasanya semua dah cukup..! Lagipun emak yang suruh dia balik sebab nak ubatkan
dia dan angah sekali. Tapi angah tak dapat balik sebab tengah outstation.”
“Mak dah cerita pada dia orang?”
“Belum. Nanti Tirah cakaplah. Sebab Tirah yang tahu hal ni.
Aku terangguk-angguk
faham tanda setuju. Harap-harap along terima apa yang aku nak pesan pada dia
nanti. Cuak jugak aku kalau-kalau dia tak dapat terima. Almaklumlah..orang
sayang bini!!
Masih
terdengar-dengar perbualan antara Kak Dira isteri along dan Kak Seri isteri
Angah di malam raya lepas.
“Hey! kau kata
bomoh tu pandai sangat.! Ni apa kes.? Sepatutnya abang Arif setuju ikut aku
beraya dekat rumah mak bapak aku.!” Bentak Kak Dira perlahan. Aku yang berada
di dalam bilik duduk diam-diam tanpa berkutik sambil pasang telinga
seluas-luasnya. Aku rasa dia orang yang tengah berdiri bawah rumah tepi bilik
aku, tak perasan aku sedang hendap mereka. Aku harap masa operasi menghendap tu
janganlah aku nak bersin atau terkentut. Kalau tak, dah tentu operasi menemui
kegagalan.
“Kau jangan nak salahkan aku pulak. Aku ada juga usaha
mencari jalan, kau ada? Kau tengok aku ni. Sekarang aku dekat mana? Aku dekat
rumah mak bapak aku ke? Hey! aku pun
tak inginlah duduk dalam rumah ulu macam ni. Dah macam tempat jin tendang je.! Sepatutnya laki aku si Alif lembab
tu ikut aku pergi bercuti dekat London. Tup-tup
dia bawak aku balik sini. Tak ada kelas langsung. Pelik betullah.! Kau tak
pelik ke. Entah-entah laki-laki kita tahu fasal ni?”
“Agh..tak mungkinlah.!
Kalau dia orang tahu, mesti dia orang tanya kita. Abang Ariff kata dia balik
sini sebab mak bapak dia nak pergi haji tahun ni. Takkan kau tak dengar apa
yang bapak dia cakap tadi?” Bisik Kak Dira lagi.
“Tu aku tahulah..! Yang aku tak faham, selama ni jampi
serapah yang bomoh tu bagi, ok je..! Kenapa kali ni macam lembap je pulak? Tambah pulak kalau duduk dalam
rumah ni macam mana kita nak suapkan nasi yang kita masak sebab dalam rumah ni
dah tentu emak dia yang masakkan.” Bentak Kak Seri.
“Manalah aku tau.! Balik nanti kita jumpa balik bomoh tu.
Aku akan pastikan projek kita berjalan seperti biasa. Aku tak tahanlah duduk
lama-lama dalam rumah ni. Lepas tu adik dia orang yang tak sedar diri tu pulak
dah gatal nak menikah pulak. Lagi lamalah aku rasa kita kena stay dalam neraka ni..! Aku panaslah
duduk lama-lama dalam rumah ni. Aircond
takde. Air mandi pun sejuk macam ais batu. Mati aku kalau lama-lama dekat
sini.!”
“Yang tu aku tak hairan sangat. Yang aku geram tu sebab
anak-anak aku dah mula rasa seronok dekat sini. Tadi si Fasya, siap mintak kat
aku nak tidur dengan anak dara gedik tu. Menyampah betul aku. Bertambah geram aku
bila si Alif izinkan pulak.”
“Ingatkan anak aku je
kena macam tu. Rupanya anak kau pun sama dah terkena guna-guna anak dara gedik
tu..!”
Astagfirullah...panjang aku beristigfar dalam diam. Tak
sangka begitu sekali pandangan mereka pada aku dan keluarga aku. Kalau emak dan
ayah tahu, dah tentu mereka kecik hati. Walau apa pun aku harus berbincang
dengan emak dan ayah. Aku yakin emak dan ayah dapat terima walaupun sedikit
terasa hati. Dalam kepala aku hanya satu, nak sembuhkan abang-abang aku yang
dah teraniaya dengan isteri-isteri sendiri.
“Mak rasa along dengan angah tu nak terima ka? Soalku pada emak selepas sedar dari
melamun.
“Tak tahulah. Kita usaha saja.. Tapi mak rasa lepas kita
jumpa Zakrul hari tu, mak nampak along sedikit berubah. Air yang Zakrul bagi tu
habis dia minum. Tapi angah, mak tak tahulah dia minum atau tidak. Harap-harap
dia minum.”
“Insyaallah.. Harap-harap macam tulah. Tak sangka ye mak,
sebijak-bijak dia orang tu, tergamak buat benda-benda macam ni dekat suami
sendiri.” Luah aku pada emak. Aku nampak emak sedih sangat sebab anak-anak dia
menjadi mangsa.
“Lepas makan tengah hari nanti, kita ajak along pergi. Orang
nak along dengar sendiri apa yang Zakrul akan cakap dekat dia nanti. Kalau kita
cakap terang-terang, mesti dia tak percaya.”
“Mudah-mudahan dia boleh terima.” Ujar emak aku perlahan.
“SUAMI Tirah tak balik sama.?” Along tanya aku sewaktu sampai jam
dua belas tengahari tadi. Sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku yang
sedang enak melangut atas tangga.
“Dia jauh long..! Mana boleh balik sesuka hati. Kalau orang
dah ikut dia nanti, tak taulah bila boleh balik jumpa mak ayah..!” Balasku
lemah. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan aku di saat berjauhan dengan
mereka nanti.
“Susah-susah sangat, suruh saja dia tukar kerja dekat
sini..!” Kata along selamba. Kalau tak sebab fikirkan hal atuk dia, dah lama
aku ikut cadangan along tu dan bila aku dah ikut Arie, entah bila aku boleh
balik Malaysia sebab Arie kata dia tak
akan balik selagi atuk dia bernyawa.
“Rezeki dia di sana long.. Orang ikut je..!”
“Lepas ni susahlah along nak jumpa dengan Tirah lagi.
Entah-entah bila dah tinggal malaysia, cakap melayu pun dah tak tahu..!” Usik
along aku. Aku menjeling geram.
“Ish. along ni..!
Kesitu pulak. Orang bukan pandai cakap arab. Setakat ahlalwassalan tu, orang taulah..!”
“Alah..dah lama-lama nanti, pandailah..! Tapi sekarang orang
sana banyak yang guna bahasa orang putih sebab ramai rakyat asing. Tirahkan
pandai speaking.”
Aku tersenyum sinis.
“Cukup tahun ni Arie kena tukar ke jepun pulak..!” Aku kata
perlahan.
“Ye ke.? Untunglah Tirah, boleh merasa merata tempat orang.”
Kata along aku teruja.
“Orang ikut saja long, mana yang dia rasa baik.”
“Baguslah kalau Tirah fikir macam tu. Along bangga dengan
Tirah. Jangan jadi macam isteri along. Semua kata dia saja yang nak kena
dengar. Along ni nama saja suami, tapi tak ada kekuatan jadi pemimpin.” Ujar
along sayu.
Aku tersentak. Buat pertama kali along meluahkan rasa tak
puas hatinya pada aku mengenai rumahtangganya. Aku tak berani nak komen
lebih-lebih sebab aku pun masih baru dalam berumahtangga.
“Sabarlah long.! Doa banyak-banyak.. Manalah tau suatu hari
terbuka pintu hati dia nak jadi isteri solehah.” Aku cuba memujuk along yang
kelihatan agak kecewa. Kalau dia tahu perkara sebenar, pasti akan
berganda-ganda kecewanya.
“Kalau ikut hati, nak je
along cari lain. Tapi bila fikirkan anak-anak, along sedar benda tu tak
mungkin. Bagaimana along nak cari yang lain kalau isteri yang sorang tu pun
along tak tahu nak pimpin.. Bagaimanalah agaknya sikap anak-anak along nanti
kalau ayah dia orang ni seorang lelaki yang lemah..!”
Aku tersenyum dengar
along cakap macam tu. Alhamdulillah..along cepat sedar. Kalau ikut rasa hati
marah aku, dah lama aku api-apikan agar along teruskan niatnya tu. Tapi aku
bukanlah kejam sangat. Otak aku masih berfungsi waras.
“Tak boleh ke along bersikap tegas sikit? Bukan niat orang
nak mengajar. Cuma orang rasa along ni terlalu berlembut. Along yang orang
kenal dulu bukan yang macam sekarang. Angah pun sama.! orang rasa macam along
dengan angah ni dah jadi orang asing dalam rumah ni. Along kena sedar,
tanggungjawab sebenar terletak atas bahu along dengan angah kalau ayah dah tak
ada nanti. Tanggungjawab along pada orang mungkin dah tak ada sebab sekarang
orang dah ada suami. Tapi macam mana dengan Aqil dan Aqif. Mereka masih muda.
Kalau dengan isteri pun along tak boleh nak tegas. macam mana nak kawal adik
kita yang dua orang tu. Tambah pulak mereka tu lelaki. Cepat memberontak kalau
ditegur.”
“Along faham maksud Tirah tu. Sebenarnya along sendiri tak
tahu nak buat apa setiap kali berdepan dengan masalah rumahtangga Along. Along
cepat lemah tiap kali bertegang urat dengan kaklong kamu tu. Along tahu emak,
ayah dan termasuklah dengan Tirah terasa hati dengan sikap along yang lebih
mementingkan isteri along. Bukan niat along nak membelakangkan keluarga,
tapi..”
“Dahlah along. Kami faham. Tambah-tambah pulak emak. Memang
mak ada merungut tapi dia faham keadaan along. Dia tak terasa hati pun dengan
sikap along dan sikap angah kerana dia faham keadaan isteri along dan angah
cuma dia pelik, mana sikap tegas along dan angah yang dulu. Kami faham kalau isteri
along dan isteri angah tak mahu balik kampung ni sebab dia orang dah biasa
duduk di bandar..tapi yang kami tak faham, kenapa along dan angah jadi lemah
begini.! Kenapa along dan angah tak cuba nak berubah..”
“Entahlah. Along pun tak tahu. Setiap arahan dia, along
jadi lemah sangat.!” Aku rasa dah tiba masa aku luahkan semuanya.
“Orang bukan nak menuduh atau nak jadi batu api. Tapi orang
cuma cakap ni sebab berpandukan pada apa yang orang tahu dan apa yang orang
pernah baca.” Aku perasan along seakan hairan dengan apa yang aku sampaikan.
“Tirah nak cakap apa sebenarnya ni.? Along tak faham.”
“Along pernah dengar istilah ‘Nasi Kangkang’?” Aku tanya
sambil merenung tepat ke muka along.
“Astagfirullahalazim.. Tirah cakap apa ni?” Tanya along
tegas. Jelas di wajahnya seperti kurang puas hati. Marah sangat kot bila kata
bini dia.
“Along jangan cepat melatah. Tirah bukan nak porak
perandakan rumah tangga Along, tapi Tirah nak pulihkan rumahtangga along dan
Angah. Lepas makan tengahari nanti, Along ikut Tirah pergi rumah Haji Borhan
jumpa dengan anak dia Doktor Zakrul. Dekat sana nanti along akan tahu semuanya.”
“Susah along nak percaya.!”
“Memang susah nak percaya. Tapi kami lagi susah nak percaya
bila along dan angah benar-benar berubah. Dan paling Tirah tak percaya bila
telinga ni dengar sendiri sesuatu yang tak diduga dari mulut isteri angah dan
along. Dia orang tak tahu Tirah dengar perbualan mereka. Sebab tu Tirah rancang
dengan mak nak ubatkan along dengan angah dekat Doktor Zakrul.” Aku perasan
along terkejut tapi aku tahu dia masih belum mahu percaya.
“Along tak tahu nak buat apa sebenarnya.” Ujar along sambil
meraup wajahnya.
“Kita pergi jumpa Zakrul dulu.”
“Along menyesal sebab tak dengar nasihat mak ayah dulu.”
“Dahlah long. Benda dah lepas. Tak guna nak kenang-kenang
lagi. Sekarang apa yang perlu along buat ialah berubat dulu. Bila-bila ada
masa, ajak angah balik kampung berubat sama. Sekarang ni bini along dan angah
tu tengah tak senang duduk sebab Zakrul dah mula operasi melemahkan sihir dia
orang. Kalau along dah balik nanti, along cuba buat biasa. Jangan menghukum
sendiri. Along ingat sama pada anak-anak along.” Pujukan aku buat along
tersenyum dan terangguk-angguk setuju.
“Semenjak jadi bini orang ni, Tirah dah pandai bercakap
sekarang ni ye.? Apa Arie dah bagi kat Tirah.? Cemburu pulak along.!”
“Bagi apanya long..! Tak ada apa-apa pun..!” Ujarku
tersenyum malu.
“Along harap Tirah bahagia dengan Arie. Along nampak Arie tu
benar-benar jujur dengan Tirah. Rugi tau kalau lepaskan orang macam tu.”
Aku dah rasa sesak
nafas bila along puji Arie. Macam aku pulak yang kena puji.
“Orang nak jadi isteri yang baik pada abang Arie.”
“Baguslah macam tu. Jangan jadi macam kakak-kakak ipar
Tirah. Mereka lebih pentingkan mak bapak dia orang dari kami. Along tak boleh
terima bila dia orang hasut anak-anak agar membenci keluarga kita. Buruk sangat
ke kita orang kampung ni.?”
Aku tersentak. Tak sangka along mengalami masalah yang berat
begitu. Aku hanya diam mendengar luahan hati along. Rasa takut pulak
kalau-kalau masalah macam tu terkena pada batang hidung aku. Nauzubillah..! Tak
sanggup aku..!
. MALAM ni aku nak tidur lambat sikit sebab nak
bersembang-sembang dengan keluarga aku. Lepas pulang dari rumah Zakrul aku
temankan emak dan along pergi shoping.
Dah macam orang dapat bonus tiga bulan gaji pulak.. Nasib baik ayah tak ikut,
kalau tidak tak fasal-fasal along kena jadi tukang urut kaki ayah yang
sememangnya mudah rasa sengal-sengal kalau lama berjalan. Kejap tadi kaki emak
aku urut sebab mak cakap kaki dia sakit. Tula..masa berjalan tak ingat dunia.
Bila dah sampai rumah baru rasa sakit tu sakit ni. Sampai ayah pun menggeleng
kepala lihat emak menjijit beg dengan kedua tangannya.
Masa sampai rumah tadi ayah baru balik dari kebun sawitnya.
Kebun sawit ayah yang baru membesar sekarang ni pun ayah upah saja pada orang
untuk menjaga. Sekali sekala saja ayah pergi tengok-tengok. Katanya sebelum
pergi ke tanah suci, dia nak rehat-rehatkan fikiran. Aku setuju sangat. Tadi
emak bagi tahu nak buat kenduri kesyukuran sikit sempena dia nak ke tanah suci.
Katanya nak buat seminggu sebelum bertolak. Aku tak kisah sebenarnya sebab masa
tu aku dah berhenti kerja. Jadi bolehlah aku bawak umi dengan abi hadir sekali
masa kenduri tu nanti.
“Riff.. Jangan lupa bagi tahu pada Aliff pasai tadi tu.” Pesan emak pada along.
“Baik mak. Riff akan pastikan Aliff minum air tu sampai
habis. Mak jangan risau.” Pujuk along
bila tengok muka emak seperti susah hati.
“Ingat! Balik nanti jangan tanya apa-apa kat bini kamu tu! Pesan sama pada Angah.”
Pesan emak lagi. Aku hanya menjadi pendengar dan pemerhati saja.
“Insyaallah mak.!” Jawab along sambil terangguk-angguk.
Bila ingat balik apa yang Zakrul cakap tadi, naik tegak
berdiri bulu roma aku. Tak sangka along dan angah terkena sihir dari isteri sendiri.
Hanya kerana mahu suami patuh pada mereka, mereka sanggup menjamu makanan yang
kotor pada suami mereka. Ya Allah..apalah sebenarnya yang mereka inginkan.?
Mintak-mintak aku dijauhkan..
MASA aku sampai dari kampung tadi, aku tengok Fiza sedang
menonton. Rasanya dia penat sangat kot sebab baju kurung yang dipakai ke tempat kerja pun masih terlekat di
badan lagi. Biasanya Fiza akan terus mandi selepas balik kerja.
“Oitt! Makcik.
Baru balik kerja ke..?” Teguran aku buat Fiza sedikit terkejut.
“Hah.! Haah.. baru
balik.. Awal kau sampai..?” Fiza tegur aku yang tengah melabuhkan punggung di
sofa sebelahnya.
“Hm..aku balik
dengan along aku. Tak sangka dia pun balik kampung, jadi jimatlah duit tambang
aku.”
“Tak rindu ke dekat gelpren
kau tu..?” Tanya Fiza tentang moto kriss yang aku tinggalkan di kampung.
“Rindu jugak..! Sedih pulak sebab terpaksa tinggalkan dia
dekat kampung. Tapi aku rasa dia lebih suka duduk kampung sebab suasana kampung
ni lain. Kalau dekat sini asyik kena sedut asap je dekat jalan. Pagi tadi, awal-awal lagi ayah aku dah bawak dia
pusing-pusing. Lepas tu siap dimandikan pulak. Kalau duduk dengan aku alamatnya
mandi seminggu sekali je lah..!” Fiza
terkekeh-kekeh ketawa dengar cerita aku.
“Maknanya dalam dua minggu ni kau pergi kerja dengan boipren kau pulak lah ye..?”
“Mm..macam tulah
nampaknya.. Eh, kau naik dengan aku jelah
ek? Seganlah aku nak bawak kereta tu
sorang-sorang. Kau jangan risaulah, aku tak kenakan bayaran pun..!”
“Okey..!” Jawab
Fiza ringkas sambil tersenyum lebar.
“Petang ni kita pergi cuci rumah baru kau nak? Bolehlah kita
bawak barang kau setengah dulu. Boring
pulak petang-petang ni tak tau nak buat apa..!”
“Mm..cantik jugak
tu! Aku pun dah tak ada hati nak duduk rumah ni.”
“Eh! Apa kata dalam minggu ni kita angkut barang ke rumah
baru kau tu. Aku cadang nak letak katil, almari sekalilah dengan perabot aku ni
dekat rumah kau. Anggap saja aku hadiah kat kau. Kalau aku bawak balik pun, aku
nak letak kat mana? Lagipun rumah kau tu kosong lagikan..?”
“Betul ni.? Kau jangan nak tuntut balik pulak.!” Fiza
bertanya sambil mempamirkan wajah ceria.
“Tak ada maknanya aku nak ambik balik barang yang aku dah
bagi dekat kau.”
“Kenapa kau tak terlintas difikiran nak letak gelpren kau tu dekat rumah aku je..? Kalau dapat gelpren kau tu, kan bagus..!”
“Amboi-amboi Kak Senah..! Aku dah bagi katil, almari, TV,
peti ais sekali dengan perabot dalam rumah ni pun dah cukup baik tau. Ni sampai
gelpren aku pun kau nak angkut,
melampaulah tu..!” Mengekek-ngekek Fiza ketawakan aku.
“Sebenarnya sebelum aku berhenti aku nak hadiahkan sesuatu
dekat kau.” Aku cakap lepas masing-masing membisu.
“Hadiah apa pulak ni..?
Katil dengan almari tu pun dah cukup bermakna bagi aku.
Sekurang-kurangnya aku ingatkan kau bila aku tengok katil dengan almari kau ni.
Tulah katil tempat kita tidur bersama. Bantal kau tu aku nak ek.?
Boleh buat pelepas rindu..!” Aku senyum sambil mengangguk.
“Lepas cuci rumah, aku akan tunjukkan pada kau.”
“Berahsia-rahsia pulak..!” Bentak Fiza seperti tak sabar.
“Tunggu.....!!!!”
ESOK hari
minggu sengaja aku tak ambil OT. Muncung panjang jugaklah leader aku sebab masuk ni dah tiga kali ahad aku tak ambil OT. Bila
dah hampir sangat hari terakhir aku bekerja, rasa malas pulak aku nak pergi
kerja. Yang sebenarnya aku dah janji dengan Fiza untuk angkut barang ke rumah
baru dia petang ni. Jadi lepas balik kerja tadi aku dan Fiza sudah bersiap
sedia menanti lori yang aku sewa. Paling buat aku nak gelak saat-saat tengok
muka Ana dan Ida lepas aku kata nak letak semua barang aku dekat rumah Fiza.
Mereka tak boleh nak cakap apa sebab mereka pun tahu hampir sembilan puluh
sembilan peratus barang-barang dalam rumah ni ialah milik aku. Jadi dia orang
tak ada hak nak membantah keputusan aku.
“Atee. Jadi ke lori tu nak datang.? Aku risaulah..! Buatnya
dia tak datang, penat kita packing
barang. Duit deposit pun dah bayar.!”
“Kau jangan risaulah.. Aku yakin sangat dengan abang Lan
gemuk tu.. Dia pun cakap dia kenal sangat dengan driver lori tu..”
Dekat sepuluh minit menunggu, akhirnya datang juga lori yang
disewa untuk angkut barang-barang aku tu. Hampir sejam baru barang-barang aku
dengan Fiza selamat masuk dalam lori. Rasa lapang sangat bila tengok keadaan
rumah sewa aku kosong tanpa apa-apa perabot di bahagian ruang tamu. Sama
jugalah dengan dapur. Yang tinggal hanyalah sebuah almari kayu lama milik tuan
rumah. Dapur satu tungku milik aku sengaja aku tinggalkan sebab aku cadang nak
beli yang baru untuk Fiza.
“Aku rasa kesian pulak dekat Ana dan Ida. Mesti dia orang boring giler bila balik nanti.”
“Kenapa pulak.?” Aku tanya Fiza.
“Kau tengoklah sendiri apa yang tinggal dekat dia orang. Tv
dengan sofa tempat dia orang lepaskan boring
pun kau angkut.!”
“Balak dia orangkan ada..! Lepaskanlah boring dia orang dekat balak dia orang tu.! Biar dia orang tahu,
aku pun ada perasaan tiap kali dia orang keluarkan kata-kata kesat pada aku.
Ikutkan hati aku tak ingin aku bagi dia orang sentuh barang-barang aku ni. Tapi
sebab benda dah ada, aku pulak masih ada perasaan belas kasihan, aku biar
jelah...!”
“Yelah.! Aku pun kadang-kadang sakit hati dengan dia orang
tu. Guna barang-barang dalam rumah ni macam milik sendiri pulak.! Macam orang
tak ada perasaan.!” Aku senyum saja dengar Fiza mengomel.
AKU dan Fiza berkereta menuju ke rumah baru Fiza yang terletak
tidak jauh dari kawasan perumahan rumah sewa lama aku. Aku dan Fiza cadang nak
tinggal di situ minggu ni hingga aku berhenti kerja. Bila sampai di situ aku
lihat Hafiz sudah menanti bersama beberapa orang kawannya untuk membantu
keluarkan barang dari lori. Aku perasan Bad
dan Tajul turut berada di situ. Baru aku tahu mereka adalah kenalan
Hafiz. Aku cuba maniskan muka tapi aku tak bertegur pun dengan dia orang..
Malaslah.! Nanti dia orang fikir lain pulak.!
Hampir setengah jam
barulah barang dalam lori tadi selamat berada dalam rumah. Cuma tinggal nak
susun saja. Biarlah dulu, sebab aku dan Fiza akan uruskan sepanjang minggu ni
sampai siap. Abang Lan Gemuk dan tuan punya lori tadi pun dah balik sejurus
selepas aku dan Fiza hidangkan sedikit makanan sebagai tanda terima kasih.
Begitu juga dengan kawan-kawan Hafiz. Yang tinggal kini cumalah aku, Fiza dan
Hafiz.
“Terima kasihlah sebab letakkan barang-barang kau dekat
sini. Kalau tak dah tentu nampak kosong macam rumah bujang je..! Mula-mula aku memang cadang nak beli tapi sebab aku rasa
lambat lagi nak tinggal sini, jadi aku tangguhkan dulu. Tapi kelmarin bini aku
cakap kau nak hadiahkan barang-barang kau. Segan pulak aku.! Tapi bila aku
tengok Fiza beria-ria nakkan jugak barang-barang ni, aku ikut jelah.” Jelas Hafiz malu-malu.
“Apa nak disegankan..! Sepatutnya aku yang patut berterima
kasih sebab kau orang sudi terima. Kalau tak, pening jugak kepala aku fikir kat
mana aku nak letakkan barang-barang aku ni. Nak jual, aku tak gamak. Sebab aku
beli ni pun dengan titik peluh aku berkerja. Sebab tu aku ambil keputusan ni.
Kebetulan pulak, Fiza ni satu-satunya kawan aku yang boleh dibawa berbincang,
bergaduh dan yang paling memahami aku.”
Aku tengok Fiza dah macam nak nangis. Sebenarnya aku pun rasa sebak. Tapi aku cuba tahan. Bahu Fiza aku peluk erat.
Aku tengok Fiza dah macam nak nangis. Sebenarnya aku pun rasa sebak. Tapi aku cuba tahan. Bahu Fiza aku peluk erat.
Sedang kami berbual
tiba-tiba sebuah lori satu tan tiba di depan rumah Fiza. Aku dah tersenyum
lebar.
“Siapa pulak tu.?” Tanya Hafiz.hairan sambil memandang aku
dan Fiza.
“Entah.! Ada orang baru pindah jugak kot.. tak pun orang
beli perabot baru.” Jawab Fiza sambil menangkat bahu. Aku senyum lagi lalu
melangkah ke arah pemandu lori tadi.
“Bawak masuk terus dalam bilik depan dan pasang terus ye.!”
Pesan aku pada salah seorang yang sedang mengeluarkan barang dari atas lori
tadi.
“Apa semua ni Atee.?” Tanya Fiza hairan bila lihat beberapa
orang sedang keluarkan set tempat tidur berwarna pink serta almari baju empat
pintu. Turut dikeluarkan meja solek berwarna sama serta beberapa buah kotak besar. Aku senyum
lalu bahu Fiza aku peluk mesra.
“Ni hadiah kawin korang. Aku mintak maaf sebab mungkin aku
tak dapat datang masa majlis korang nanti. Kemungkinan besar tarikh majlis kita
jatuh pada hari yang sama. Jadi aku bagi hadiah siap-siap. Nanti tak payahlah
korang susah-susah nak berangkut.” Aku berterus terang. Tiba-tiba Fiza meluru
peluk aku.
“Masyaallah Atee.. Kau ni memang tau.! Sengaja buat aku
menangis..! Habis, barang-barang kau tu aku nak buat apa kalau kau siap
hadiahkan set tempat tidur.? Ni, apa ni? Mesin basuh? Dapur? Ya Allah Atee..
kau ni membazir jelah..! Malu aku tau!” Bentak Fiza sambil merungut. Aku dah
tergelak tengok perangai Fiza. Hafiz juga sekan hilang kata-kata sambil
membelek kotak berisi mesin basuh dan set dapur.
“Katil dengan almari aku tu kau masukkan sajalah dalam bilik
lain.. Apa yang susahnya? Manalah tau, tiba-tiba aku merajuk dengan laki aku,
bolehlah aku tumpang kejap kat rumah korang untuk menyorok..!” Aku cuba
berseloroh. Serta merta ketam batu Fiza hinggap di pipi aku.
“Tak sayang mulut.!”
“Aku bergurau jelah..! Barang-barang tu memang aku hadiahkan
dekat korang. Aku sendiri tak tahu nak buat apa dengan barang-barang aku tu.
Bila dah ada tempat nak letak aku bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya ada yang
menjaga dan dah tentu kau takkan lupakan aku. Tapi kalau barang-barang aku tu
dah rosak atau reput, aku redha kalau korang nak buang atau nak jual sebab
barang-barang tu dah memang jadi milik korang.” Jelasku lagi sambil tersenyum.
Malam tu aku dan
Fiza bertukus lumus mengemas rumah. Hampir pukul tiga pagi baru semuanya siap.
Rasa lega sangat. Bila tengok keadaan rumah baru siap selesa, barulah kami
terasa penat dan baru perasan sebiji nasi pun belum masuk lagi ke dalam perut
kami. Dasyat betullah kami ni. Excited
sangat nak duduk dalam rumah baru, sanggup belapar. Memandangkan Hafiz akan
berkerja esok pagi, kami benarkan dia pulang ke rumah sewanya.
Sebahagian
novel-novel aku yang belum aku bawa pulang ke rumah Arie, aku susun kemas di
dalam kotak besar. Begitu juga kain baju aku susun kemas dalam kotak. Yang
tinggal cumalah pakaian yang akan aku gunakan dalam seminggu di rumah Fiza dan
pakaian untuk ke tempat kerja saja.
“Rak buku ni kau susunlah novel kau pulak. Majalah-majalah
kau pun aku tengok banyak dalam kotak tu.” Usulku pada Fiza sambil memuncungkan
mulut pada rak kayu yang dia letakkan di tepi kabinet TV.
“Sebab novellah kita boleh rapat. Aku bercadang nak tulis
novel tentang persahabatan kita. Harap-harap lepas ni kita akan terus
berhubung. Aku rasa sedih sangat kita akan berpisah. Lepas ni dah tentu kita
susah nak jumpa. Tambah pulak lepas majlis dah tentu kau akan ikut Arie ke Abu
Dhabi. Aku harap kau takkan lupakan aku.” Kata Fiza sayu. Aku senyum kelat.
Sememangnya apa yang Fiza kata dan rasa samalah apa yang aku rasa.
No comments:
Post a Comment