23
“AKAK! kak tau tak, rumah kampung ni kalau ditinggal lama-lama mesti
ada penghuni tak diundang datang bertamu. Dia buat macam rumah dia sendiri saja..!”
Kata Huzir cuba mengusik Huda yang sedang menanti Encik Marzuki dan Puan Rohayu
keluar dari bilik.
Sejak
semalam lagi tidurnya tak lelap. Tak sabar-sabar dia mahu menjejakkan kaki ke
tanah kampung. Dari dulu lagi Huda memang inginkan berada dalam suasana desa.
Sejak dari alam persekolahan, hatinya cukup berasa cemburu pada kawan-kawannya
yang sering menghabiskan cuti sekolah di kampung masing-masing. Sedangkan dia
hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja. Mungkin sebab itulah dia kurang
berminat bercuti jika orang tuanya mencadangkan untuk bercuti di tempat-tempat
peranginan. Dan kini akhirnya hasratnya tercapai walaupun kampung itu tempat
kelahiran ibu tirinya.
“Ye ke.? Alah..akak tau
Huzir saja nak takut-takutkan akak kan..? Huzir cakaplah apa pun..akak tak
hairan..!”
“Malam ni akak mesti tidur
dalam ketakutan. Huzir lelaki, berani!.!”
“Eleh.! Berani konon.!. Akak yakin sangat malam ni Huzir yang
dalam ketakutan. Silap-silap Huzir lari masuk bilik akak. Tak pun
merengek-rengek nak tidur celah umi dengan abah.” Mengekek-ngekek Huda ketawa
kerana berpuas hati mengenakan balik adiknya.
“Huzir tak takutlah! Abang
Faridz ada. Kak Fini pun join sama. Huzir yakin sangat malam ni mesti akak
dengan kak Fini tidur tak lena. Akak pulak mesti datang merayu-rayu suruh abang
Faridz temankan. Abang..!ayang takut..!” Ujar Huzir sambil merengek-rengek
berlakon seperti seorang perempuan manja. Merah padam muka Huda menahan geram.
Huda melopong mendengar keterangan Huzir.
Seperti tak percaya yang Faridz turut serta dalam percutian itu. Setahunya dia
tidak pernah ceritakan tentang hal itu pada Faridz atau Affini. Huda mengeluh
lemah. Namun hatinya sedikit lega. Sekurang-kurangnya dia ada Fini sebagai
peneman dalam rumah usang itu.
Sedetik
kemudian, Encik Marzuki dan Puan Rohayu turun sambil menjijit beg pakaian yang
agak besar.
“Amboi mi. abah..! Macam nak
menetap terus je kat kampung tu.!” Usik Huzir sambil tersengeh-sengeh.
“Seminggu je..! Lepas tu
abah cadang nak pergi cameron. Umi kata nak beli bunga.” Balas Encik Marzuki
sambil mengheret bagasinya ke tepi pintu. Di situ terdapat juga beg pakaian
Huda dan Huzir.
“Yes.! Dapat jugak Huzir
merasa petik strawberi. Akak tahu tak
strawberry baik untuk apa? Kalau akak nak tahu, secawan jus strawberry boleh kurangkan garis kedut
dekat muka. Dalam strawberry
mengandungi seratus peratus vitamin c untuk tingkatkan pengeluaran serat
kalogen yang mampu menegangkan kulit.
Akak dah tak perlu nak ambil botox atau kalogen yang jual dekat kedai.
Rasanya sesuai sangat dengan akak yang selalu muncung itik tu.”
Huda
tersenyum-senyum mendengar penerangan Huzir. Walaupun geram dengan sindiran
tajam adiknya, Huda cuba terima.
“Kenapa abah tak cakap Abang
Faridz dengan Afini join sekali..?” Tanya
Huda tiba-tiba.
“Itukan kampung dia orang
jugak..apa salahnya..!”
Huda baru tersedar yang Faridz dan Afini
adalah anak saudara Puan Rohayu. Rasa termalu sendiri pula kerana pada asalnya
dia pun sekadar menumpang kampung orang. Akhirnya Huda tersenyum sendiri. Dia
tiada hak untuk menghalang. Sekurang-kurangnya Faridz dan Afini turut merasa
suasana kampung. Dia tahu sejak kecil Afini dan Faridz tidak pernah mengenali
kampung halaman arwah papa mereka.
“Huda seganlah.!”
“Eleh..segan konon.! Dalam hati melonjak-lonjak seronok, taknak
mengaku.!” Huzir tak habis-habis dengan usikan pada Huda. Melihatkan wajah Huda
sudah bertukar warna, tawanya meledak. Encik Marzuki dan Puan Rohayu tidak mahu
ketinggalan.
“Assalamualaikum.!” Suara
Afini kedengaran dari luar. Serta merta Huzir menerpa ke pintu sambil menjawab
salam.
“Masuklah kak.. Semua tengah
tak sabar ni..! Kakak lagilah! Sejak tadi terjenguk-jenguk tunggu buah hati dia
yang tak kunjung tiba. Abang Faridz mana.?” Mengekek-ngekek Huzir ketawa
melihat Huda sedang mengetap bibir menahan geram. Encik Marzuki dan Puan Rohayu
hanya mengeleng kepala melihat telatah
anak-anak mereka.
“Ada kat luar.” Jawab Afini
sambil menoleh pada Huda yang sudah memuncung. Bibirnya terukir senyuman manis.
“Sudahlah tu Huzir..tak baik
usik kakak macam tu. Nanti dia merajuk taknak ikut pulak..” Bebel Puan Rohayu.
“Boleh percaya ke kakak
taknak ikut.? Rugi tau..tambah-tambah pulak abang Faridz pun join sama tu..!”
Ujar Huzir sambil menjungkitkan keningnya. Huda semakin membara.
“Siapa yang taknak ikut..?”
Tanya Faridz yang tiba-tiba muncul di depan pintu.
“Buah hati abang Faridz ni..
Dia nak abang Faridz dukung dia kalau nak suruh dia join.”
“Sudah-sudah..! Jangan
dilayan Huzir ni. Dari semalam tak henti-henti menyakat kakaknya.” Puan Rohayu
berkata bila Huzir sudah melebih-lebih mengusik.
Faridz tersenyum lebar melihat wajah Huda
merona merah dan mencuka. Beg pakaian yang tersusun di tepi pintu dicapai lalu
dibawa ke keretanya. Dari awal perbincangannya dengan Encik Marzuki, dia
menawarkan agar membawa satu kereta sahaja. Jimat minyak katanya. Jadi dia
mencadangkan agar avanzanya digunakan kerana perdana milik Encik Marzuki hanya
muat untuk lima orang sahaja.
PERJALANAN
yang memakan masa hampir dua jam akhirnya berakhir. Hampir menitis air mata Puan
Rohayu melihat keadaan rumahnya yang dipagar batu berwarna putih. Tidak
disangka suaminya membuat kejutan pada hari ulangtahun perkahwinan mereka.
Rumah yang ditinggalkan dulu benar-benar seperti menanti hari untuk rebah.Tapi
kini tidak lagi. Dinding yang berlubang dan reput dahulunya sudah diganti
dengan yang baru. Tiada lagi lantai yang longgar dek kerana paku yang
tertanggal. Semuanya sudah menjadi seperti mula-mula rumah itu didirikan oleh
arwah ayahnya. Cuma diubah suai sedikit agar nampak lebih moden. Tangga yang
dulunya dibuat dari kayu sudah bertukar kepada tangga batu. Beranda yang dulu
dijadikan tempat untuk melepak juga sudah kembali teguh. Di situlah tempat dia
menjahit manik dan sulaman. Halaman rumah penuh dikelilingi oleh pokok-pokok
bunga. Di bucu pagar pula kelihatan pokok mempelam epal yang sudah berbuah.
Puan Rohayu tersenyum bangga. Dia masih ingat pokok itu arwah abangnya yang
tanam. Ketika itu dia masih berumur tujuh tahun.
“Kalau Riz dan Fini nak tau,
pokok mempelam tu arwah papa yang tanam. Sejuk tangan dia. Tanam apa pun
menjadi. Dekat belakang ada pokok rambutan gading dengan pulasan, arwah juga
yang tanam. Cik Ayu tak tau pokok-pokok tu ada lagi atau tak.”
“Ada..semua masih ada.” Ujar
Encik Marzuki sayu. Puan Rohayu tersenyum bangga.
“Teringin pulak nak minum air kelapa.” Huzir
bersuara tiba-tiba sambil melangut keatas memandang sebatang pokok kelapa di
luar pagar.
“Nanti kita panggil orang
tolong panjatkan.” Pujuk Puan Rohayu.
“Rendah je pokok ni mi..
Huzir pun boleh panjat..”
“Janganlah. Bahaya.! Awak tu
bukannya pernah buat kerja-kerja macam tu.” Bangkang Huda tiba-tiba muncul
selepas meninjau-ninjau persekitaran rumah bersama Affini.
“Biar abang yang panjat.
Abang pun teringin nak minum air kelapa. Lagipun pokok ni bukan tinggi sangat.
Dulu abang pernah cuba panjat di kampung
kawan abang dekat terengganu. Rasanya pokok tu lagi tinggi dari pokok ni..”
Menjejak ke dalam rumah, rasa macam tinggal
dalam rumah jepun pulak. Pintu bilik macam pintu rumah orang jepun. Menurut umi
arwah ayahnya membuat rumah ini bersama
seorang kenalan yang berasal dari jepun. Jadi tak hairanlah kalau rumah
ni ada unsur-unsur seperti rumah dari negara matahari terbenam. Menurut umi
lagi, setiap petang boleh lihat matahari terbenam jika berdiri di tengah-tengah
beranda. Hmm..sangat rapi dan tersusun. Pandai sungguh tukang rumah ni.
“Faridz dan Huzir guna bilik
tu..! Tu dulu bilik arwah papa Riz dan Fini.” Berlari-lari Afini mahu melihat
suasana bilik arwah papanya selepas Puan Rohayu menunjukkan sebuah bilik yang
terletak bersebelahan dengan beranda.
“Fini nak bilik ni lah Cik
Ayu.. bilik ni besar..!” Rayu Affini manja.
“Fini dengan Huda guna bilik
Cik Ayu. Bilik Cik Ayu lagi besar..!” Ujar Puan Rohayu sambil menunjukkan
sebuah bilik yang dulunya adalah kepunyaannya. Bilik itu betul-betul
bersebelahan dengan bilik arwah abangnya. Wajah Affini terserlah ceria
mendengar penerangan ibu saudaranya.
“Nak yang besar je..! Badan
kecik je..!” Bentak Faridz perlahan sambil menggeleng kepala melihat telatah
adiknya. Affini menjeling tajam pada Faridz sambil menjelirkan lidah.
Mengekek-ngekek Faridz dan Huzir ketawa.
Malam
itu mereka berjemaah bersama. Selepas makan malam, Huda melepak di beranda.
Tadi Affini sibuk menghadap laptop , namun beberapa minit kemudian Affini terus
terlelap. Letih sangat agaknya. Manakala orang tuanya dan Huzir asyik menonton.
Nasib baiklah semua peralatan rumah siap disediakan oleh Encik Marzuki.
Barang-barang dapur pun siap dibawa agar senang untuk digunakan sepanjang
percutian mereka di situ. Rasa tenang sangat berada di kampung. Huda tidak
menyangka akan merasa saat-saat begitu. Sesekali tertanam juga dalam niatnya
untuk memiliki rumah kampung seperti itu. Huda melepaskan nafas lega selepas
manarik nafas.dalam. Menghirup nafas dalam suasana kampung benar-benar
menenangkan jiwa. Matanya dipejamkan seketika. Bila dibuka, wajah Faridz
terhidang di depan mata. Senyuman manis Huda hadiahkan. Faridz membalas ikhlas.
“Buat apa..?”
“Saja..ambil angin.” Ujar
Huda lalu memalingkan tubuhnya menghadap halaman. Malu apabila kalakuannya tadi
dipandang Faridz.
“Seronok tak.?” Tanya Faridz
sambil bergerak ke arah Huda. Beranda kayu paras pinggangnya dijadikan sebagai
tempat dia bersandar. Wajah Huda di sebelahnya dikerling manja. Sejak tadi dia
tiada peluang untuk menatap wajah itu lama-lama. Bimbang kalau-kalau tingkahnya
disedari orang lain. Terutamanya Huzir. Sudah tentu dia dan Huda akan menjadi
bahan usikan.
“Hm.. Rasa tenang sangat.
Aman.. sejuk je..! Tak perlu ada aircond,
sejuk semulajadi. Tapi yang tak tahannya, masa mandi, menggigil satu badan.
Tengok sungai kat belakang tu tadi rasa macam nak berendam je sebab panas. Bila
dah kena, Ya Allah..! nikmatnya dunia.. Mesti bestkan kalau dapat berkelah
dekat situ...” Huda ketawa sendiri selepas bersuara. Faridz turut ketawa kecil.
“Teringin tak rumah macam
ni.?” Faridz bertanya. Huda tersenyum manis. Baru tadi dia berangan-angan, tak
sangka Faridz bertanyakan hal itu. Huda mengangguk laju.
“Kalau kita dah kawin nanti,
kita buat rumah dekat sini, nak tak.?” Tanya Faridz lambat-lambat. Suaranya
seakan-akan keluar dengan tidak. Malu tapi ditebalkan juga bertanya soalan
macam tu.
Huda tersipu malu bila perkataan kawin
keluar dari bibir Faridz. Tak disangka Faridz sudah mengatur rancangan masa
depan.
“Abang nak menetap sini
terus ke.?”
“Taklah.. Kita buat untuk
panginapan sementara. Bila-bila kita cuti, kita datang sini. Tapi bila dah
pencen kita menetap di sini terus.. Mesti best..!”
Huda menarik nafas sebelum menjawab.
“Boleh ke.?” Huda menjawab
dengan soalan.
“Kenapa tak boleh pulak.!”
“Yelah..! inikan tanah umi..
Takkan senang-senang kita nak buat rumah kita pulak.” Faridz semakin teruja
berbual dengan Huda tentang perancangan masa depan. Tak sangka Huda seperti
memberi jawapan positif.
“Nanti kita bincang dengan
umi. Abang yakin umi mesti tak halang. Huda suka rumah macam ni.?”
“Huda suka rumah tinggi. Ada
beranda macam ni. Tapi Huda tak suka tangga batu. Tak perlu besar-besar macam
rumah umi ni, sederhana je.”
“Kenapa tak mahu besar.?
Sesekali berkumpul adik beradik nanti tak muat pulak.!” Huda tersenyum lagi
dengar komen Faridz.
“Ye tak ye jugak kan..! Tu
belum campur lagi dengan anak-anak kita. Hmm..abang buatlah apa yang…” Namun
tiba-tiba kata-kata Huda terhenti bila melihat wajah Faridz sedikit keruh.
“Kenapa bang.. Tiba-tiba je
mendung..? Abang tak suka ke cadangan Huda.?”
Faridz menelan liur sebelum bersuara.
“Anak-anak kita.?”
Huda melepaskan keluhan lemah. Rasa kesal
pulak bila isu anak dikeluarkan.
“Abang..kita dah bincangkan,
hal ni.? Rezeki tu dari Allah. Kita usaha saja. Nak bagi atau tidak, semua tu
urusan Dia. Tapi Huda macam tak percayalah kata-kata dokter Khusyairi hari tu.
Abang cuma penderma, bukan penerima. Lainlah kalau abang di tempat Fini. Hati
Huda kuat berkata tak ada apa yang buruk berlaku. Kalau betul pun kita redha
je..!” Huda terus memujuk.
“Tapi abang takut Huda tak
bahagia..”
“Huda bahagia kalau dapat
bersama abang. Huda tak bahagia kalau abang tinggalkan Huda. Itu saja yang Huda
nak, jangan tinggalkan Huda kalau abang benar-benar nak Huda bahagia.”
“Takkan Huda tak teringin
macam pasangan-pasangan lain yang berkahwin. Huda perempuan. Sifat keibuan
sudah memang lahir dalam jiwa seorang perempuan. Mustahil Huda tak merasa semua
tu.”
“Stop it bang.! Huda tak mahu dengar semua tu. Sekali lagi kalau
abang ungkit lagi soal ni, kita putus.! Tu yang abang nakkan.?” Tegas Huda
bersuara walaupun perlahan. Matanya sudah mula berkaca namun dicuba tahan agar
tidak pecah berderai. Nafas ditarik dalam menahan sebak.
“Okey-okey..Sorry sorry sorry.. abang janji abang tak ungkit lagi
hal ni..” Balas Faridz selepas tergamam dengan ugutan Huda. Menyesal pulak bila
lihat mata kekasihnya mula berair. Cuak juga rasanya kalau apa yang diucapkan
oleh Huda tadi benar-benar menjadi kenyataan.
No comments:
Post a Comment