24
SEMALAM adalah hari
terakhir aku bergelar minah kilang. Rasa sedih sangat. Wajah-wajah keruh yang
aku sayang, aku buat-buat pandang tanpa perasaan. Terutamanya Kak Zah dan Kak
Ina serta Kak Iyna T. Mereka tu dah lama dengan aku. Dari mula-mula aku masuk,
merekalah tempat aku mengadu dan minta tolong jika aku ada masalah dengan
kerja. Aku tak tahu apa jadi pada aku kalau mereka tak ada. Banyak jasa mereka
yang perlu aku kenang selama tujuh tahun aku disini. Namun dah menjadi adat
kehidupan. Bertemu dan berpisah adalah lumrah hidup. Sebab tulah kita harus
utamakan cinta pada Allah dan bukan pada manusia yang hanya menjadi peneman
sementara di dunia.
“Jangan lupa hantar kad kawin! Jangan harap kami nak datang
kalau kad wangi kau tu tak sampai ke tangan kita orang..!”
Itulah pesanan
terakhir dari mereka. Hee..dia orang
ni nak kad yang mahal je!. Alih-alih
esok, masuk dalam tong sampah jugak kad kawin aku tu.! Aku cakap dari pengalaman. Hm..maknanya pengalaman yang aku buat
la..! Aku selalu dapat kad kawin cantik-cantik dari kawan sekilang yang nak
kawin. Tapi bila aku rasa menyemak, aku buang saja kad- kad tu tanpa rasa
bersalah. Jadi tak mustahil kalau ada kawan-kawan aku yang akan buat benda yang
sama seperti yang aku buat. Ada baiknya kalau aku bagi yang salinan potostate je. Jimat duit aku. Mereka
bukan tak tahu perangai aku yang seangkatan dengan Hji Bakhil.
Seawal pagi lagi
aku dah bersiap-siap untuk pulang ke rumah mertua aku. Semua kotak pakaianku
sudah aku masukkan dalam bonet kereta. Begitu juga dengan novel-novel aku.
Mula-mula aku cadang nak terus balik ke kampung aku, tapi bila kenangkan yang
aku belum beritahu pada umi dan abi tentang majlis kenduri doa selamat untuk
emak dan ayah aku yang akan bertolak ke tanah suci, aku terus matikan niat aku
tu. Walaupun majlisnya sebulan lagi, aku
harus segera beritahu sebab aku takut lupa. Bukan aku tak boleh beritahu saja
melalui telefon cuma aku rasa cara tu kurang manis. Aku tak mahu nanti mertua
aku fikir aku dah tak mahu belik ke rumah mereka.
“Ingat tau. Jangan lupakan aku..!” Ucap Fiza merayu. Aku
sebak bila pipi dia dah basah dan secara automatik aku turut basah.
“Aku takkan lupakan kau sampai bila-bila. Aku janji..! Kan
kau ada cakap yang kau nak berbesan dengan aku. Aku yakin anak kau nanti cantik
dan kacak sama macam anak-anak aku. Dah tentu anak-anak aku terpikat pada
anak-anak kau..!” Aku cuba berseloroh untuk mengembalikan keceriaan Fiza. Fiza
ketawa kecil dalam esakan halus. Wajah Hafiz yang turut tersenyum lucu aku
pandang sepi. Aku yakin Hafiz lelaki yang bertanggungjawab yang boleh menjaga
Fiza dan aku yakin Hafiz benar-benar menyangi Fiza. Kalau tidak, masakan Hafiz
sanggup mengikut kehendak Fiza yang sering menangguhkan tarikh perkahwinan
mereka hingga menjangkau tiga tahun.
“Jaga bini kau baik-baik.
Jangan sakiti dia. Jangan kecewakan dia. Aku doakan korang bahagia hingga ke syurga.”
Ucap aku pada Hafiz. Hafiz tak bersuara tapi sekadar tersenyum dan mengangguk.
Aku tahu dia turut sebak.
“Okeylah. Aku cau
dulu. Lambat-lambat nanti panas pulak. Dahlah ini pertama kali aku balik bawak
kereta. Hari ni jumaat pulak. Aku takut sesak jalan nanti.”
“Hati-hati memandu. Apa-apa hal call kita orang!” Balas Hafiz ikhlas. Aku pandang lagi wajah Fiza
yang murung namun aku tahu dia cuba untuk senyum. Dengan pantas tubuh kecilnya
aku peluk erat. Makin kuat esakan Fiza. Bila aku rasa sedikit puas, tubuhnya
aku lepaskan lalu cepat-cepat aku masuk dalam kereta. Aku tak mahu lama-lama di
situ sebab aku dah habis idea untuk bagi Fiza ketawa. Aku yakin sangat, walau
seribu kata-kata lucu yang aku lemparkan masa tu, Fiza tetap akan menangis.
Jadi baik aku segera pergi. Tapi aku tahu, esakan Fiza tak lama sebab Hafiz ada. Awal-awal lagi aku dah pesan pada
Hafiz agar ada bersama ketika aku nak pergi. Aku tak mahu Fiza sedih sendiri.
Kalau ada Hafiz, tidaklah Fiza terasa sangat atas pemergian aku.
Sepanjang
perjalanan aku ditemani oleh suara Halim Osman dan Adiba Nor melalui Suria FM
dalam segmen ceria pagi. Rasa terhibur sangat dengar celoteh dia orang.
Tersenyum-senyum aku sendiri bila mendengar ulang siaran menganai salah seorang
pendengar yang dikejutkan dengan panggilan dalam segmen ‘Terkejut Tak’. Macam
aku pulak yang kena kejutan.
“Kejap lagi kita akan buat panggilan pada seorang lagi yang
akan jadi mangsa dalam segmen ‘terkejut tak’. Sebelum tu kita dengar lagu
dulu.” Celoteh Adiba Nor memang buat aku tersenyum sepanjang pemanduan. Hilang
rasa sebak sebab tinggalkan Fiza tadi. Sedang enak mendengar lagu ‘Sandiwara
Cinta’ siaran Suria FM tiba-tiba hilang. Frustnya..tak
dapat dengar cerita mangsa ‘Terkejut Tak’ dari Adiba Nor dan Halim Osman.
Nampaknya aku yang terkejut sebab suara DJ kesayangan aku tiba-tiba hilang.
Hanya bunyi angin saja yang keluar dari corong radio. Sebab sakit hati, aku
ubah siaran ke Radio Perak fm. Tiba-tiba aku perasan cik samsung aku berbunyi
tanda isyarat ada panggilan masuk. Cepat-cepat aku pakaikan earphone ke telinga aku.
“Hello.. Puan Atee Munirah ke tu?” Tanya si pemanggil.
Amboi.! Siapalah yang telefon aku ni. Siap dengan gelaran
puan pulak..!
“Ye saya..!” Aku jawab tergagap-gagap.
“Saya Adiba Nor dari Suria FM bersama dengan abang Halim
Osman ada nak sampaikan sesuatu dari seseorang. Awak adalah mangsa dalam segmen
'Terkejut Tak' pagi ni. Awak dah sedia, belum.?”
Hah..! Aku dah rasa
macam nak melompat. Nasib baik tengah drive
slow. Siapalah pulak yang nak kenakan aku pagi-pagi ni.?
“Ye. Saya sedia.” Jantung aku dah rasa bergoncang semacam.
“Okey..awak dengar
ye! Dia suruh saya nyanyikan lagu ni dekat awak.”
Aku yakan saja sambil
tersenyum dan berdebar-debar. Macam tak percaya pulak Adiba Nor telefon aku.
Risau jugak kalau-kalau ada orang sengaja nak kenakan aku.
Please please please....
Kamu
jangan nakal....
Ku pergi sebentar.
Bukan
untuk curang...
Oo...please please please..
Kamu
jangan nakal..
Nanti
aku datang...
Bawa
yang kau pesan..
Diriku..
Untuk
mu...
Diriku
........
Untukmu....
Aku
tersenyum-senyum sambil berfikir siapa gerangan yang rajin nak bagi aku sakit
jantung pagi-pagi ni. Tiba-tiba aku terfikirkan seseorang. Siapa lagi kalau
bukan Encik Hubby aku tu. Hanya dia saja yang yakin panggil aku dengan gelaran
Puan.
“Puan.! puan rasa-rasa siapa yang bagi lagu tu pada puan..?”
Adiba Nor tanya aku.
“Rasa-rasa saya tau kot..!” Aku jawab lambat-lambat sambil
ketawa kecil.
“Puan ni nakal sangat ke?” Soalan Adiba Nor buat aku ketawa
mengekek.
“Entah.! Rasanya saya ni biasa-biasa je..!”
“Dia kata awak tak romantik tapi nakal. Sebab kenakalan awak
tulah buat dia jatuh cinta pandang pertama dekat awak”
Makin kuat ledakan
tawa aku selepas Adiba Nor cakap macam tu.
“Apa? Dia kata saya tak romantik? Siap dia nanti..!” Aku
dengar Adiba Nor dan Halim Osman pulak yang ketawa besar.
“Panggilan ‘terkejut tak’ ni didaftarkan atas nama Encik
Hubby awak iaitu Ayie@ Selipar Jepun. Pelik betul nama suami puan ni..!” Aku ketawa besar bila dengar Adiba Nor sebut
nama nickname Arie.
“Tu nama glamor
dia!” Aku jawab ringkas. Tak berani jugak aku nak sebut nama sebenar Arie. Aku
takut kalau-kalau ada yang tak berkenaan sedang mendengar perbualan aku dengan
Adiba Nor ni.
“O..macam tu..! Sekarang awak nak cakap apa pada Encik Selipar
Jepun awak tu.? Silakan.!” Ujar Adiba Nor lagi. Aku tersenyum lalu nafas aku
tarik dalam-dalam sebelum teruskan bersuara.
“Assalamualaikum abang..! Terima kasih sebab kejutkan saya.
Nakal sangat ke saya ni...? Rasanya abang lagi nakal..!” Kedengaran suara Adiba
Nor dan Halim Osman semakin galak gelakkan aku. Aku berhenti sekejap sebelum
teruskan ucapan.
“Takpe..! balik
nanti saya akan tunjukkan romantik saya pada abang. Abang benar-benar buat saya
terkejut. Nasib baik tak terbabas. Saya dalam perjalanan nak balik rumah umi
ni.. Jangan lupa.. tiga bulan lagi..! I
love you so murch..!” Makin gamat aku mendengar soraka dua dejay Suria tu.
“Apa yang tiga bulan tu, puan..?” Suara Halim Osman
bertanya.
“Majlis persandingan kami. Nanti saya hantarkan kad pada Kak
Diba dan abang Halim.” Jelasku tanpa berselindung.
“O..maknanya puan dengan encik suami ni, baru kawin.?”
Sampuk Adiba Nor.
“Yup.!! Sebulan
lalu. Sehari selepas nikah dia dah kena balik sebab bertugas.”
“Alah..! Kesiannya pengantin kita ni..!” Suara manja Adiba
Nor kedengaran. Aku senyum lebar.
“Saya rasa saya tahu kenapa dia kata awak tak romantik.!” Kata
Halim Osman.
“Kenapa abang. ?” Adiba Nor tanya hairan pada Halim Osman.
Aku pun hairan dan nak tahu juga kenapa Halim Osman cakap macam tu.
“Biarlah rahsia..!”
Jawapan Halim Osman
buat aku sedikit geram. Tapi takpelah..sekurang-kurangnya
aku dapat berbual dengan idola aku Adiba Nor.
Hampir jam dua
belas tengahari, barulah aku sampai di depan rumah umi. Dalam takut-takut
memandu, aku bersyukur sebab selamat jugak aku sampai. Sepanjang pemanduan tadi
pun aku tak berani nak bawak pada tahap kelajuan lebih 140 km/j. Bawak pun
kereta orang, jadi sendiri mau ingatlah wei..!
“Ish-ish-ish..betuah
punya anak.! Kenapa balik tak bagi tau.?” Bebel umi ketika aku masuk di
perkarangan rumah. Kunci kereta aku serahkan pada Pak Wahid agar dia memakir
kereta aku di garaj. Bukan aku tak boleh buat sendiri, cuma aku tak yakin.
“Sorylah mi! Atee
tak mau susahkan umi.” Aku balas sambil berjalan laju ke arahnya. Pipinya aku
cium kiri dan kanan tanda aku rindu padanya.
“Atee nak Pak Wahid keluarkan ke barang-barang Atee tu.?”
Tiba-tiba Pak Wahid bersuara dari belakang selepas dia memakir kereta aku di
garaj.
“Eh, tak payahlah Pak Wahid. Nanti Atee buat sendiri.
Lagipun berat barang-barang Atee tu.. Tapi kalau Pak Wahid tak kisah, tolong
ambil laptop Atee dekat bangku belakang. Yang lain-lain tu nanti Atee
keluarkan.”
“Banyak sangat ke barang-barang Atee tu..?”
“Tak banyak pun mi.. Novel dengan pakaian je! Cadangnya nak bawak balik kampung.
Tapi bila fikir rak buku dalam bilik tu kosong saja, Atee letak dekat sini
sajalah!”
Perbualan aku dan
umi melarat hingga ke dapur. Rasanya baru dua minggu aku tinggalkan rumah ni,
bila aku datang kembali, banyak sungguh cerita umi. Macam-macam yang
dicelotehkan termasuklah cerita tentang pokok bunga yang baru dibeli petang
semalam. Namun dalam diam aku baru tersedar, umi langsung tak sentuh mengenai
atuk. Mula-mula aku nak tanya jugak. Tapi aku takut nanti terganggu pulak
perasaan umi yang tengah ceria dengan kehadiran aku.
Aku masuk bilik
Arie untuk bersihkan diri. Beg laptop aku letakkan atas meja tulis Arie lalu
suiznya aku hidupkan. Perkara pertama yang perlu aku buat ialah hantar laporan
pada Encik Azaharie.
- Assalamualaikum abang..
Atee baru selamat sampai. Skrg
ada dlm bilik abang.
Oklah. Mata ngantuk, nk tido.
Mlm nnt klu abg free kte sembang
k..
Aku terus tutup laptop. Bila tengok katil besar Arie, secara
spontan mata aku pun mula layu. Jadi aku ambil keputusan untuk tidur sekejap.
Dalam kereta tadi pun dah banyak kali aku tersengguk-sengguk. Nampaknya aku tak
boleh memandu jauh. Macam manalah orang yang memandu dari utara selatan tu..?
Apalah ubat yang dia orang pakai.?
Aku tersedar bila
terdengar suara umi dari luar bilik berselang dengan bunyi ketukan di pintu.
Terpisat-pisat aku bangun dan melangkah ke pintu. Bila buka pintu aku tengok
umi tersenyum-senyum.
“Kesiannya anak umi..! Penat ke.?”
Aku tersenyum malu.
“Atee mandi dulu, lepas solat turun bawah ye..! Umi dengan
abi tunggu dekat bawah, Atee mesti lapar.”
“Pukul berapa sekarang mi..?”
“Dah pukul lima setengah petang.” Jawab umi lembut. Aku
melopong mata dan mulut. Masyaallah..malunya aku..!
“Atee tak sedar betul.!”
“Takpelah. Atee
penatkan.? Cepat ye..nanti kita makan petang dekat laman.”
Bila ibu mertua aku beredar dari situ, cepat-cepat aku
melangkah laju ke bilik air. Solat asar perlu aku segerakan. Tak sampai lima
minit pun, aku dah keluar dari bilik air. Ni namanya spesis mandi koboy style. Kiranya lagi baik dari mandi Bujang
Lapok style.
Selepas solat aku
laju melangkah turun ke bawah dan terus mahu menuju ke laman. Dari pintu utama
aku nampak umi sedang berbual dengan abi. Di sebelah abi aku perasan ada
seorang lelaki yang agak sasa susuk tubuhnya. Cepat-cepat aku naik semula ke
bilik untuk memakai tudung dan kembali turun dan menuju ke halaman. Aku
perhatikan tetamu tadi dari pandangan belakang dan aku tak pasti berapa
umurnya, mungkin dalam lingkungan tiga puluh an. Aku segan sebenarnya nak
melangkah ke arah mereka, tapi bila nama aku dilaung umi, aku tebalkan juga
muka aku.
“Sorry umi..abi..
Atee lambat sikit.!” Aku cakap perlahan. Sambil tu mata aku gatal teralih pada
susuk tubuh tadi. Aku rasa macam nak senyum tapi tak jadi sebab orang tu dah
terlebih lebar senyum. Aku rasa aku tahu siapa dia cuma aku tak tahu dia yang
nombor berapa. Muka dia ada sikit-sikit iras macam Arie.
“Takpe..! Ni, umi
kenalkan anak umi yang sulung. Ni abang Azhar. Atee panggil Abang Az je..!”
Aku angguk kepala
sambil tersenyum nipis. Takkan nak salam kot..
“Atee apa khabar.? Sorry
sebab majlis nikah hari tu abang Az tak pergi sebab abang Az outstation kat pineng.”
“Takpe..! Atee tak
kisah pun..!” Aku jawab lalu aku duduk sebelah umi. Memang aku tak kisah pun.
Hari nikah aku hari tu pun aku rasa macam dah ramai sangat. Hari ni aku dapat
kenal dengan abang ipar aku yang sulung. Maknanya ada lagi enam orang aku tak
tengok. Hari nikah aku hari tu cuma yang nombor tujuh dengan nombor lapan iaitu
abang Azhan dan Abang Azmin saja yang
datang. Arie kata Abang Azhan dan Abang Azmin sepatutnya ada kelas tuision,
sebab dia orang tu guru sekolah menengah. Sebabkan tak sabar nak tengok aku,
dibatalkan kelas tuisyen mereka tu.
“Samalah mi..!” Kata Abang Az perlahan.
Aku angkat kening pada umi pinta penjelasan.
“Itulah..! Mula-mula umi dengan abi jumpa masa meminang,
kami pun terkejut..! Azhan dengan Azmin pun macam tak percaya masa hari nikah
tu.!” Kata umi teruja bercerita.
“Kalau yang lain-lain tengok, mesti dia orang pun cakap benda
yang sama!” Abi menyampuk sambil tersenyum.
“Ni kalau atuk tengok, apalah yang difikirkan.?” Kata-kata
Abang Az tu buat umi dan abi ketawa kecil.
“Atuk Az dah tengok.. Terpaku dia tak tahu nak kata apa..!”
Balas abi ceria sambil ketawa lucu.
Masa tu baru aku sedar, rupanya dia orang cakap fasal raut
wajah aku yang sama macam arwah Athirah.
“Ye ke..? Habis tu, apa yang jadi..?”
“Kalau Az nak tau, perangai Atee ni sikit tak ubah macam
arwah. Dia buat atuk Az tu macam kawan-kawan dia saja. Atuk pun kalah tak tau
nak lawan macam mana.!”
Aku perasan Abang Az seakan tergamam sambil merenung aku.
Seketika kemudian dia geleng kepala dan tersenyum. Aku hanya balas dengan
riaksi muka selamba sambil mennyungkitkan kening.
“Berapa umur Atee.?”
Abang Az tanya aku.
Rasa macam tak kena pulak duduk aku bila pandangan abang Az menikam ke mata
aku.
“Dua puluh lima.”
“Sama kan? Nama pun hampir-hampir sama. Nama arwah, Athirah
dan yang ni Artee Munirah.” Sampuk umi pula.
“Pandai Arie cari.!” Kata Abang Az sambil melepaskan nafas
lega.
“Mula-mula tu abi risau jugak kalau-kalau dia suka sebab
muka seiras dengan arwah adik, tapi bila dia dah macam beria-ria, abi dengan
umi ikut jelah.”
“Atee teringin jugak nak jumpa semua abang-abang ipar Atee.
Tapi Arie kata, abang- abang dia semua sibuk.” Aku cuba nak meriahkan lagi
suasana. Rasa macam patung cendana saja bila dengar hanya mereka saja yang
bercakap tentang aku dan Arie.
“Insyaallah..! kalau ada kelapangan, nanti abang Az ajak
semua adik-adik abang Az datang jumpa Atee. Masa tu Atee kena masakkan sesuatu
untuk kita orang sebab kita orang semua ni kuat makan.” Ujar Abang Az lalu
tersengeh malu-malu.
“Huh! Setakat nak
kena masak untuk sepuluh orang, Atee rasa tak ada masalah. Boleh je..!” Balasku selamba.
“Okey..! Nanti
abang Az cakap pada semua.”
Aku angguk sambil
tersenyum manis.
Petang tu banyak betul soalan yang aku kena jawab. Abang Az
ni memang tak letih berbual. Ada saja topik yang nak dibualkan. Padanlah dengan
jawatan yang dia pegang sebagai seorang loyar.
Aku yang sememangnya jenis banyak mulut, tak ada masalah nak melayan. Aku pun
apa kurang loyarnya..! Tapi boleh ke
aku melayan kalau semua abang-abang ipar aku datang jumpa aku nanti? Kalau semua jenis macam Abang Az, matilah aku
nak melayan..!
Selepas makan
malam, barulah abang Az pulang ke rumahnya. Tadi semasa abang Az nak keluar
rumah, dia sempat mengusap kepala aku. Jelas di matanya sedikit berkaca.
Tiba-tiba aku rindu pada along dan angah. Mereka pun selalu usap kepala aku
setiap kali aku bersalam dan mengucup tangan mereka. Tapi kalau dengan abang
ipar aku, takkanlah aku nak kena cium tangan dia orang kot..!
“Terima kasih Atee, sebab sudi terima Arie dan sudi jadi
adik Abang Az.” Ucap Abang Az sayu.
Aku tersenyum sambil mengangguk. Aku pun sebak tapi aku cuba
tahan. Tak sukalah nak emo-emo
sangat..!
“Abang Az akan cuba bawak abang-abang Atee yang lain. Kalau
tak dalam masa terdekat, mungkin lambat sikit..!”
“Ok..Atee tak
kisah. Lagipun Atee lama dekat sini.” Abang Az angguk kepala faham. Tadi aku
ada cakap pada dia tentang rancangan aku untuk menemani umi sehingga lepas
majlis. Tapi aku tak cerita pun tentang rancangan aku yang dah aku aturkan. Tak
tahu bagaimana penerimaan dia kalau aku terus terang.
- SALAM ..Sory lambat balas email Atee. Abang baru
balik kerja..
Balasan email yang aku terima selepas Abang Az pulang.
- xpe. jnji abg bls. Mcm mna kerja ari ni.?-
- Ok. Cuma penat sikit. Tmbh plk skrg musim sejuk. Asyik nmpk Atee je
tengah landing sakan atas katil abg.-
- Hahaha..padan muka. Klu rindu sgt, balik la..-
- Sengaja nk uji iman abg..!-
Aku dah bantai gelak guling-guling atas katil.
- Hari ni abang Az dtg. Hnsemlah abang Az tu..-
Aku sengaja nak mengusik Arie.
- Jangan buat fasal.! Ingt sama suami awak ni..! -
Makin kuat aku ketawa.
- Tu baru abg Az. Kalau yang lain2 mcm mna lah ye..?-
Aku makin galak mengusik.
- Jgn la..! -
Mengekek-ngekek aku ketawa sorang-sorang dalam bilik. Dah
terbayang-bayang rupa Arie sedang merayu.
- Abg Az kata nak dtg lagi. Dia nk bwa semua abg2 ipar Atee yang hnsem2
tu untk kenal dgn Atee.-
- xblh jd ni.! Abg kna blk jgk.! Bila Abg Az kata nk dtg lg.?-
- Xtau lg. Mgkin dlm masa terdekat dan klu xblh, mgkn lambat lagi.. dia
org kan slalu sibuk.-
- Abg x rsa lmbt lg. Mgkin mggu dpn dia org akn dtg. Abg Azhan dgn
azmin pun blh batalkan kelas semata2 nk tgk Atee, inikan pulak yg lain. Tmbh
plk esok lusa kan cuti..-
- Ok jgk tu. Atee dh jnji nk mskkn utk dia org..-
- Makin panas telinga abg ni.! -
Aku lepaskan keluhan berat. Bila baca balasan Arie,
kadang-kadang rasa takut pulak. Entah kenapa dalam diam aku kurang mempercayai
kejujuran dia. Yelah.. dia ada rupa dan kedudukan. Tak mustahil kalau ada yang menaruh
perasaan pada dia. Rasa menyesal pulak sebab tak ikut dia balik. Tapi kalau aku
tak buat macam yang aku buat sekarang, macam mana pula dengan hubungan atuk
dengan cucu-cucunya. Terlayar sejenak wajah umi yang mengharap. Aku harap Arie
jujur dalam hubungan ni.
- Abg syg Atee x.?-
Entah kenapa aku teringin nak dengar pengakuan jujur ikhlas
Arie sedangkan tiap kali berchating
aku akan dengar ucapan keramat tu.
- Mestilah abg syg.. Knpa ni.?
Rndukan abg ek.?-
Hm..rasa macam nak nangis pulak baca email dia.
- Hm.. Atee rndu sgt. nyesal sbb
x ikut abg blk.-
- Atee nk abg blk jmput Atee
ke.? Klu Atee serius, skrg jgk abg beli tiket balik.-
- Atee mmg nk abg blk ambik
Atee. Tp urusan Atee blm selesai. Kesian umi! -
- Lupakan jelah niat baik Atee
tu. Klu kte cite kt umi, mst dia fhm. Abg blk ambik Atee ek?-
- Majlis kita lmbt lg..-
- xpyh mjlislah.. Kte kn dh
nikah..! -
Senang sungguh jawapan dia bagi. Dia ingat aku ni takde mak bapak kot. Dia takpelah lelaki.
- Nnt ayah dgn mak kata apa pulak. Dia org teringin sgt tgk kte
bersanding.-
- Habis tu mcm mna skrg.? Abg
mmg rndukn Atee. xsggup dh nk duk jauh2 mcm ni. Ckuplah 2 thn dulu..-
Perlahan-lahan air mata aku mengalir. Aku tahu kini dia
memang jujur dan aku rasa tak patut aku
meragui kejujurannya.
- Oklah bang.! Atee nk tdo.-
Sebenarnya aku dah tak sanggup teruskan perbualan dengannya
lagi. Air mata aku pun dah macam tak mahu berhenti.
- Jgn nk lari.! Abg tau Atee tgh sedih. Jgn nangis k. abg cuba blk
hujung mggu nnt.-
Sayunya aku rasa baca ayat yang dia pas kat aku. Rasa
bersalah pulak sebab buat dia tak tentu arah. Rasa macam menyusahkan dia pulak.
- Atee ok. Abg jgn risau. Jgn sshkan diri. Lgpun majlis kita cuma
tinggal berapa bulan saja lg.. Atee akn tggu. Assalamualaikum..-
Aku terus offkan lap top.
Aku sembamkan muka aku atas tilam katil sambil teresak-esak. Masa ni aku hanya
tahu yang aku betul-betul rindukan dia. Namun aku sedar perasaan ni hanya
sementara saja. Mungkin sebab aku baru sampai sini tengahari tadi. Tambahan
pulak aku rasa sunyi bersendirian dalam bilik besar ni. Lama kelaman nanti
pasti aku boleh sesuaikan diri.
No comments:
Post a Comment