24
CUTI selama sebulan setengah hampir ke
penghujungnya. Sudah sampai masanya Huda pulang ke kampus untuk meneruskan harinya
sebagai seorang pelajar. Semester baru bakal bermula dan dia harus sentiasa
bersedia. Walaupun berat rasa meninggalkan rumah, digagahkan jua. Kenangan
manis banyak tercipta di kampung dan di Cameron masih terlayar di ruangan mata.
Baru dia tahu betapa seronoknya jika bercuti bersama keluarga. Rasa menyesal
pulak kerana tidak mengikut rancangan orang tuanya dulu.
Rancangannya untuk bertemu dengan Nur
terpaksa dibatalkan. Menurut Madam Vanny, Nur sedang berada di Australia kerana
mengikut orang tuanya bercuti.
Seawal pagi Huda sudah bersiap sedia untuk
pulang. Bagasinya yang sederhana besar sudah siap diletakkan ke dalam bonet
kereta. Kereta proton inspira berwarna hitam metallic yang baru sampai seminggu lalu adalah hadiah dari Encik
Marzuki untuknya kerana cemerlang dalam peperiksaan. Walaupun pada mulanya
ditolak pemberian itu, Huda terpaksa menerima setelah dipujuk oleh Puan Rohayu.
Cadangan Encik Marzuki untuk mengikutnya dari belakang terpaksa juga ditolak
kerana dia yakin dia boleh memandu sendiri kerana sudah biasa dengan jalan di
sana. Walaupun baru setahun lebih di sana, sudah banyak tempat yang di jelajah
bersama Rina.
Huda
menoleh-noleh keluar rumah menanti kedatangan Faridz yang sudah berjanji untuk
bertemu sebelum dia berangkat pergi. Sudah setengah jam menanti, namun bayang
Honda sivik 1.6 Faridz belum kelihatan. Huda cuba bersabar sedikit masa lagi.
Nombor telefon bimbit Faridz didail berkali-kali namun hampa saja. Huda
mengeluh kesal. Lima belas minit berlalu, Huda semakin hampa menanti. Akhirnya
Huda sekadar menghantar meseg.
“Abah, Huda gerak dululah
ye.. takut nanti jamed pulak..!” Ujar
Huda sambil melindungi rasa hampanya kerana janji yang tak tertunai.
“Tak mahu tunggu abang
Faridz dulu ke.?” Tanya Puan Rohayu pula.
“Malas dah nak tunggu.
Tengah merajuk ni.!” Balas Huda sambil tersenyum kelat. Puan Rohayu hanya
tersenyum sinis sambil menggeleng.
“Tunggulah kejap lagi,
mungkin dia sibuk.”
“Malaslah.! Kalau tak dapat
datang bagitahulah awal-awal..sms ke.. ni tak, senyap je.” Bentak Huda
perlahan.
“Sudahlah. Nanti abah bagi
tahu dia yang Huda dah balik. Tak mahu pesan apa-apa ke ?”
“Abah cakap je jangan ganggu
Huda.” Pantas Huda bersuara sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan
orang tuanya.
“Hati-hati ye Da.!” Pesan Encik
Marzuki semasa menyambut huluran salam dari anak gadisnya itu. Dahi dan kepala
Huda dikucup lembut.
“Abah janganlah risau. Dah
dekat dua tahun Huda kat sana. Dah banyak tempat Huda jelajah.” Pujuk Huda bila
melihat wajah kerisauan Encik Marzuki jelas terpancar.
“Anak umi ni betul-betul
merajuk ke.?” Puan Rohayu cuba berseloroh ketika menyambut salam dari anak
tirinya itu. Huda hanya membisu lalu segera meloloskan dirinya ke dalam perut
kereta.
“Dah sampai nanti terus call
abah.” Pesan Encik Marzuki lagi.
“Huda nak ke kubur kejap.”
Jawab Huda sambil mengangguk laju.
Hampir
sejam Huda di pusara ibunya. Terlalu banyak yang diceritakan. Air mata pun dah
mula kering. Tiba masa untuk beredar, hati Huda kembali pilu. Rindu pada arwah
ibunya semakin membuak-buak. Dikuatkan juga langkahnya untuk teruskan
perjalanan.
“Nanti Huda datang lagi ye
bu..!”
Selepas
sejam Huda berangkat pergi, akhirnya bayang Faridz muncul jua di hadapan pintu
pagar rumah milik Encik Marzuki. Dengan langkah yang pantas dan berserta wajah
yang cemas, Faridz segera mendapatkan orang tua Huda yang sedang membaca surat
khabar di taman.
“Ha.. Riz, dari mana ni.?”
Tanya Encik Marzuki yang terkejut dengan kehadiran Faridz tiba-tiba. Wajah
cemas Faridz yang seperti kucing hilang anak ditatap tepat.
“Huda mana pakcik.?” Tanya
Faridz cemas sambil matanya liar keliling rumah.
“Huda dah balik. Dah sejam
dia keluar, katanya nak singgah kubur dulu. Kenapa lambat datang. Lama dia
tunggu, sampai merajuk-rajuk.” Tegur Encik Marzuki sambil meletakkan surat
khabar yang dibaca tadi di bangku batu sebelahnya.
“Saya ada hal tadi dekat
tapak projek. Lepas tu singgah dekat syarikat saya pulak. Ingatkan sekejap je,
tak sangka pulak kena ambil masa lama. Kebetulan telefon bimbit saya tertinggal
kat rumah, jadi tak dapat nak call dia. Mesti dia marahkan saya.” Ulas Faridz
kesal. Diraup wajahnya kesalnya sambil melabuhkan punggungnya di bangku sebelah
Encik Marzuki.
“Cubalah call dia.. cakap elok-elok.” Pujuk Encik
Marzuki setelah melihat kekesalan terpancar di wajah anak muda di sebelahnya
itu.
“Dia takkan jawab panggilan
saya. Saya tahu, dari dulu lagi dia dah kenakan syarat agar jangan ganggu dia
sepanjang dia kat sana dan saya pun dah janji takkan ganggu dia.” Balas Faridz
perlahan.
“Hantar je mesej..
sekurang-kurangnya dia tahu apa yang telah jadi hingga kamu bersikap begitu.
Taklah nanti dia fikir yang bukan-bukan. Tak kisahlah kalau dia tak balas,
janji dia dah tahu apa yang berlaku. Kamu jangan risaulah, Pakcik kenal dengan
anak Pakcik tu, sekejap je rajuknya tu, nanti okeylah..! Dia kata dah sampai
nanti dia nak call pakcik, nanti pakcik bagitahu dia.” Pujuk Encik Marzuki.
“Tak mengapalah pakcik.
Kalau dia ada call, sampaikan salam
saya pada dia dengan lafaz assalamualaikum. Saya balik dululah pakcik..” Balas
Faridz sambil menghulurkan salam dan kemudian mengatur langkah yang lemah
keluar menuju ke keretanya yang dipakir di luar pagar.
Telefon bimbit nokia yang ditinggalkan di atas
katil sejak pagi tadi dicapai pantas selepas melangkah masuk ke dalam bilik
tidurnya. Matanya membuntang bila terdapat sepuluh miss call dan satu sms. Sudah dapat diteka siapa yang punya diri
yang menghubunginya sejak tadi. Faridz mengeluh lemah membaca sms dari Huda.
Faridz pasti Huda berada dalam keadaan dingin.
-KALAU
RASA TAK BOLEH DATANG, LAIN KALI JANGAN BERJANJI!!!!!!.-
Faridz
terduduk lemah sambil berfikir- fikir apa yang harus dilakukan. Fikirannya
buntu. Andai gadis kesayangannya itu berada di depan mata, bolehlah dipujuk,
tapi kalau dah keadaannya begini, nak dengar suara pun susah, macam mana nak
memujuk.! Akhirnya Faridz sekadar menghantar sms. Luahan hatinya yang panjang
berjela membuatkan dia terpaksa menghantar lima sms kerana ruangan yang tidak
mencukupi. Risau jugak kalau-kalau some teks missing. Faridz tahu hanya cara
ini saja untuk dia meluahkan perasaan dan menceritakan kedudukan sebenar
walaupun tahu Huda takkan membalas dengan satu perkataan atau satu huruf pun..
Dia terpaksa bersabar hingga habis semester
barulah dia boleh menjalankan operasi memujuk.
“AHH..! leganya bila dah sampai. Syukur alhamdulillah..” Bisik Huda
sendiri ketika sampai di biliknya. Bagasinya yang tidak berat itu diheret
hingga ke almari bajunya. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg galasnya untuk
menghubungi keluarga yang sudah pasti sedang menanti berita tentang dirinya
yang sudah selamat tiba ke destinasi. Bibirnya tersenyum lebar kerana melihat
ada meseg yang masuk sejak beberapa jam yang lalu. Tak dapat digambarkan keadaan
Faridz yang serba salah kerana tidak menunaikan janji yang dibuat. Membaca
semua mesej Faridz membuatkan bibirnya tak lekang tersenyum. Hatinya puas walaupun rasa sedikit bersalah
kerana membuatkan Faridz rasa bersalah. Dia yakin dan percaya dengan apa yang
telah Faridz sampaikan dalam mesej yang seperti surat cinta itu. Kalau tidak
masakan mesej Faridz panjang berjela
hanya kerana inginkan keyakinan dan kepercayaan dari dirinya. Huda mengeluh
lega. Tanpa membalas apa-apa sms pada Faridz, Huda mula mendail nombor telefon
rumahnya.
Mendengar
suara Huda sudah buat jiwa Encik Marzuki tenang kembali. Sejak keberangkatan
Huda ke Bangi pagi tadi, hatinya tidak senang duduk. Risau kalau berlaku
apa-apa pada anak gadisnya itu. Memandangkan pertama kali Huda memandu jauh, Encik
Marzuki agak keberatan membenarkan anak perempuannya itu pulang sendirian. Rasa
menyesal menghadiahkan kereta pada Huda mula wujud, namun bila memikirkan anak
gadisnya itu sudah dewasa tak salah kalau memberikan sedikit kepercayaan dan
berharap agar Huda dapat berdikari. Walaupun tahu anak gadisnya itu pandai mengatur
hidup sendiri, jauh di sudut hatinya tetap merasa yang Huda masih
keanak-anakkan.
Huda
tersenyum selepas sepuluh minit berbual dengan Encik Marzuki. Berita tentang
kekalutan yang dialami Faridz sedikit sebanyak buat dirinya rasa bangga kerana
memiliki kekasih yang benar-benar sayang dan setia padanya. Huda tahu Faridz
benar-benar mengharapkan kesetiaannya kerana kekurangan diri yang ada pada diri
kekasihnya itu. Adakalanya Huda terfikir juga masa depannya jika menerima
lelaki seperti Faridz, namun bila memikirkan kuasa tuhan siapa yang tahu, Huda
yakin rezeki setiap insan pasti ada di mana-mana. Namun kadang kala hatinya
sedikit curiga kerana jika dinilai dengan apa yang dimiliki Faridz, tak
mustahil kalau ada insan lain yang cuba merampas kekasihnya itu. Huda mengeluh
sendiri bila memikirkan jika situasi begitu benar-benar terjadi dalam kisah
cintanya. Tak sanggup rasanya jika apa yang difikirkan menjadi kisah benar.
“Jauh melamun..” Tegur Rina
bila sedar yang Huda tidak menyedari akan kehadirannya.
“Eh, bila kau sampai.?”
Tanya Huda terkejut dengan kehadiran Rina tiba-tiba disebelahnya.
“Dah lama aku sampai. Aku
nampak kau kat tempat pakir tadi. Amboi! cantik giler boyfriend kau.
Lepas ni kau tak pandanglah boyfriend
aku tu..” Sindir Rina dalam nada bergurau mengenai kereta Huda.
“Janganlah cakap macam tu.. Boyfriend kau tu banyak jasanya pada aku
tau.! aku tak lupalah dekat boyfriend
kau tu. Boyfriend aku tu pun abah aku
yang hadiahkan. Ikutkan aku malas nak terima tapi bila kenang balik, sampai
bila aku nak tumpang kau, jadi aku terima jelah.” Balas Huda tersenyum malu.
“Aku ingatkan abang kau yang
beli.”
“Eh, mana ada..! dia pun ada
tanggungan, kalau dia beli pun, takkan aku terima.” Balas Huda sambil bangun
untuk mengemas pakaiannya.
“Bapak kau kerja apa Farah.?
Kereta tu mesti mahal, kereta baru pulak tu..” Tanya Rina tiba-tiba. Huda
tersentak tapi masih mengekalkan senyumannya.
“Pensyarah kat UiTM.
Kenapa.?”
“Tak ada apa. yelah..! aku
tengok kau ni biasa je, tapi mampu pakai kereta mahal macam tu. Kalau aku macam
kau kan best..! Nak harapkan keluarga aku belikan kereta, jangan haraplah.! Boyfriend aku kat luar tu pun ihsan dari
abang aku. Tu pun aku kena sambung bayar sebab ada lagi enam bulan tak habis
bayar. Kebetulan abang aku nak tukar kereta, kalau tak, tak merasalah aku
berkereta.” Ulas Rina. Huda hanya tersenyum mendengar luahan rasa hati Rina.
“Abah aku hadiahkan sebab
lulus semester lalu. Abah aku jarang nak hadiahkan barang pada anak-anak.
Hadiah hari jadi pun tak pernah. Dia tak mahu manjakan anak-anak dengan
kemewahan. Dia hanya beri kalau bersebab. Dulu dia hadiahkan aku skuter sebab
aku lulus cemerlang dalam PMR. Bila aku lulus cemerlang dalam SPM, dia tak
belikan apa-apa..”
“Maknanya hadiah kereta ni
sebab lulus SPM dengan exam semester
lalu lah ni..”
“Mm..lebih kurang macam
tulah..” Balas Huda sambil mengangguk.
“Beruntung kau. Teringin aku
nak kenal dengan keluarga kau.”
“Nantilah. bila-bila abah aku datang, aku kenalkan
kau pada dia.”
No comments:
Post a Comment