25
LISA termenung sendiri dalam bilik gelapnya. Hatinya sakit bila
mengenangkan layanan Faridz terhadapnya. Sudah banyak kali dia cuba hubungi
Faridz. Namun satu pun tak dijawab. Lisa yakin cinta Faridz terhadap Huda
memang kuat. Namun, dia sudah nekad untuk pisahkan dua hati yang sedang bahagia
itu. Dia tidak ingin melihat kebahagiaan itu berpanjangan.
“Macam mana kerja yang aku
suruh kau uruskan tu.? Dah settle..?”
Tanya Lisa ketika panggilannya bersambung ke telefon bimbit Jimmy.
“Kau jangan risaulah..aku
dah uruskan..kacang je tu.!”
“Kau jangan main -main Jimmy..!”
“Betul..! Semua aku dah
bereskan..'” Tegas Jimmy.
“Dah tiga bulan aku tunggu,
tak ada apa-apa respon pun aku
terima. Baru-baru ni aku dengar cerita dari mama aku yang dia orang semakin
rapat.” Bentak Lisa. Teringat dia tentang perbualan antara kedua orang tuanya
mengenai hubungan Huda dan Faridz dua hari lalu.
“Majlis Faridz nanti kita buat
dekat rumah kita ye bang.” Ujar Datin Normy pada Dato Basri.
“Yelah.! Riz tu pun anak
kita jugak. Tak sabar pulak saya nak adakan majlis untuk Riz.”
“Semalam Riz ada telefon
saya, katanya lepas Huda balik cuti semester akhir nanti, dia nak kita pergi
merisik dan meminang.”
“Baguslah tu! lagi cepatlah
kita terima menantu.” Balas Dato Basri tersengeh-sengeh.
“Yelah..nak harapkan
anak-anak kita tak tahulah bang..! Lokman tu dah dua puluh tujuh tahun, tak
pernah pun dengar kata nak kahwin, cerita fasal girlfriend pun tak pernah saya dengar. Bila tanya, katanya sibuk
kerja, tak ada masa. Apa yang dikejar pun saya tak tahu. Rumah dah ada. Kereta
dua tiga buah. Nak tunggu apa lagi? Si Sya pun sama. Umur dah dua puluh enam,
tapi tak pernah pun dengar nak rancang berumah tangga. Kalau Lokman saya tak
kisah lagi. Tapi kalau anak dara kita tu dah bergelar andartu, siapalah yang
nak pandang. Tambah pulak dah berjawatan, lagilah orang takut nak dekat!”
Rungut Datin Normy sayu bila mengenangkan anak-anaknya.
“Yang sorang tu lagilah tak
boleh harap..! Tapi kalau tiba-tiba dia kata nak kahwin, saya memang bangkang
habis. Diri sendiri pun tak terurus, macam mana nak uruskan rumahtangga.'”
Bentak Dato Basri merujuk pada anak bongsunya Lisa.
“Saya pun tak tahulah bang, kenapa
Lisa boleh jadi macam tu. Yang lain okey je saya tengok. Cara layanan dan didikan
saya rasa sama je..!”
Dato Basri hanya menggeleng dan membisu
mendengar keluhan isterinya yang berwajah hampa.
Lisa
merengus kasar bila mengenangkan kembali detik itu. Panas dalam dirinya semakin
terasa berapi dengan pendapat Dato Basri terhadapnya. Berita mengenai rancangan
Faridz harus disekat segera. Tak sanggup rasanya jika Faridz betul-betul
terlepas ke tangan Huda, gadis polos yang dirasakan tidak layak untuk
berganding dengan Faridz.
“Kau janganlah risau!
tahulah apa aku nak buat” Balas Jimmy lembut sekaligus mematikan lamunannya
sebentar tadi.
“Okey. Aku tunggu sampai
minggu depan, kalau sama jugak keadaannya, kita tukar plan.” Cadang Lisa.
“Okey sayang..” Jawab Jimmy.
PANGGILAN dari Encik Marzuki disambut
ceria. Hati Huda semakin riang bila orang tuanya itu memberitahu tentang
seminar yang akan diadakan di UKM Bangi. Seminar mengenai pelajar-pelajar yang
mengambil jurusan perguruan akan disampaikan oleh Prof. Dato Marzuki Hamdan.
“Berapa lama abah dekat
sini.?” Tanya Huda ceria. Tidak sabar rasanya untuk bertemu dengan abahnya.
“Seminar tu dua hari je..! Lepas
habis seminar tu, abah balik lah.”
“Umi datang sekali ke?”
“Tak..! Umi takut boring.
Nak tumpang bilik Huda, nanti dia kena tinggal pulak kalau Huda ke kelas”
“Alah..tak best la..!”
“Huda tak terbabit samakan program ni?”
“Tak..! Program tu untuk pelajar-pelajar baru
tapi yang mengelolakan program tu pelajar senior.”
Walaupun tahu tentang seminar itu, Huda
tidak menyangka bahawa tetamu khas yang dijemput adalah bapanya. Rasa menyesal
pulak bila tidak melibatkan diri dalam program-program seperti itu. Bukan dia
tidak berminat cuma dia risau kalau-kalau tidak dapat mengagihkan masa antara
belajar dan kegiatan luar. Huda tahu Rina terlibat selaku pengerusi dalam
seminar itu, dan sebab itulah juga bila melihat kesibukan Rina menjalani
tanggungjawab selaku pengerusi majlis, Huda jadi semakin tidak yakin andai
dirinya seperti Rina. Namun begitu Huda cukup kagum dengan Rina kerana berjaya
mengagihkan masa antara berlajar dan program luar. Tiba-tiba ingatannya kembali
pada Iskandar. Jika Iskandar ada, pasti lelaki itu sibuk seperti Rina. Huda
faham sangat Iskandar yang suka dengan aktiviti begitu. Namun semenjak Iskandar
tamat belajar, bayang atau berita tentang lelaki itu tidak lagi kedengaran.
Sesekali ingin juga dia menghubungi lelaki itu, tapi takut disalah ertikan
pulak. Huda sudah bercadang mahu berjumpa dengan keluarga angkatnya bila ada
masa lapang.
Huda tersenyum riang selepas menamatkan
perbualan. Lupa sejenak tentang gambar yang diterima beberapa hari yang lalu.
Huda mengeluh kesal bila teringat kembali gambar-gambar yang memaparkan Faridz
bersama dengan seorang gadis yang cantik. Bila difikir-fikirkan kembali,
barulah Huda perasan gadis itu adalah Lisa. Dan Huda mula membuat andaian bahawa
gambar-gambar itu adalah dari Lisa yang ingin melihat hubungannya dengan Faridz
musnah.
JIMMY tersenyum lebar memandang ke arah
Lisa yang sedang bergerak kearahnya. Dengan cuaca yang agak panas, Jimmy hanya
menanti kehadiran Lisa di dalam kereta yang dipakir di bahu jalan. Tanpa di
semawa, Lisa terus meloloskan dirinya dalam kereta Gen-2 milik Jimmy.
“Apa cerita.?” Tanya Jimmy
sambil tersenyum-senyum. Disangkakan Lisa akan menghubunginya seminggu lagi
untuk meneruskan rancangan yang tergendala. Tapi bila mendengarkan Lisa
beria-ria mahu berjumpa dengannya segera,fahamlah Jimmy yang Lisa sudah
merangka rancangan baru.
“Aku dah tak boleh tahan. Semalam
papa aku ada bagitahu pada mama aku yang orang tua budak tu nak datang jumpa
family aku. Aku tak tahu apa sebab, tapi naluri aku kuat mengatakan yang ini
ada kena mengena dengan budak kolot tu..” Kata Lisa sedikit kasar kemudian dia
merengus perlahan.
“Kau dah tanya ke papa dan
mama kau.? Entah-entah sebab urusan kerja..” Jimmy cuba menenteramkan fikiran
Lisa yang sedang serabut.
Lisa hanya membisu sambil memasamkan
wajahnya. Sambil memeluk tubuhnya matanya tepat merenung ke hadapan. Pandangan
Jimmy yang tajam ke arahnya langsung tidak diperdulikan.
“Okey-okey.! Sekarang ni kau
bagi tahu, apa job yang kau nak aku
buat.” Pujuk Jimmy setelah Lisa diam membisu.
“Aku nak kau culik budak tu
lepas tu kau rosakkan dia.” Jawab Lisa pantas tanpa menoleh ke arah Jimmy.
Jimmy tersentak sambil mata dan mulutnya terlopong.
“Kau gila Lisa.! Seumur
hidup aku, belum pernah aku buat kerja terkutuk tu.!” Tempik Jimmy sambil
menjeling tajam kearah Lisa yang masih tepat memandang ke hadapan tanpa rasa
apa-apa kesalahan.
“Kau jangan nak tunjuk alim
lah Jimmy..! Macamlah aku tak kenal kau, bukan ke aku rosak sebab kau.?” Bentak
Lisa.
“Pembetulan okey..! kau rosak sebab kau rela
dirosakkan, aku tak paksa kau.! jangan kau nak tuduh aku yang bukan-bukan
pulak..!” Tempelak Jimmy sambil tersenyum kerana perdebatan dengan Lisa
menampakkan kemenangan berpihak padanya.
“Yelah-yelah..! aku
mengaku.. tapi aku nak kau hapuskan budak tu.. Kau buatlah macam mana pun.
Bunuh ke.. Apa-apalah! Asalkan dia jauh dari Faridz.”
Jimmy semakin galak membulatkan matanya.
Tidak disangka Lisa sudah jauh berfikir.
“Aku rasa kau dah tak
siuman. Hey! kau nak aku jadi pembunuh ke.? Kalau polis dapat kesan, aku macam
mana.? Ke tali gantung jawabnya, tau tak.!
Aku tak pernah bunuh orang. Sejahat-jahat aku, tak pernah aku buat kerja
macam tu. Aku ni sementara saja tau dekat sini. Rekod aku masih bersih
sepanjang aku di Malaysia ni. Aku tak mahu bila aku tinggalkan negara ni, rekod
aku buruk! Dah tentu dady aku tunggu
dengan pedang samurai untuk pancung kepala aku bila aku sampai sana nanti.”
Tempik Jimmy kuat. Lisa sedikit panas dengan riaksi Jimmy.
“Kau ni tak boleh harap
langsunglah, lembik! macam sotong. Ini tak boleh, itu tak boleh!” Bentak Lisa
geram.
“Sotong-sotong aku pun, masa
kau nak guna, kau cari aku jugak.” Sindiran tajam Jimmy membuatkan Lisa
merengus kasar.
“Kalau macam tu, kaulah yang
fikir macam mana nak jalankan rancangan ni.” Balas Lisa setelah buntu mencari
jalan .
“Mmm..aku rasa aku ada cara.
Kau pasti suka.” Tiba-tiba Jimmy bersuara sambil tersenyum nakal. Lisa
memalingkan wajahnya mengadap Jimmy yang sedang terangguk-angguk.
“Aku tak kisahlah! kau
buatlah apa-apa, janji mereka putus dan hasrat aku tercapai.” Kata Lisa sambil
membuka pintu kereta Jimmy dan berlalu keluar. Jimmy hanya menghantar Lisa
berlalu dengan pandangan sahaja sambil menggeleng-gelengkan kepala. Jimmy
benar-benar hairan dengan sikap Lisa yang kadang-ladang ada pasang surutnya.
Dulu diakuinya memang perasaannya cukup menyayangi gadis itu, tapi entah kenapa
semakin hari rasa sayang itu semakin berkurangan. Mungkin kerana sikap Lisa
yang tidak pernah mengambil dan menjaga hatinya.
No comments:
Post a Comment