26
SEPERTI yang dijadualkan, Encik Marzuki hadir pada masa yang dijanjikan. Huda
tersenyum riang melihat kelibat bapanya lalu segera mendapatkan Encik Marzuki
yang sedang menantinya di luar dewan di mana tempat seminar yang bakal
berlangsung. Kucupan di dahi sudah cukup menyebakkan Huda .
“Petang nanti ikut abah,
boleh.?”
“Kemana.?”
“Nantilah abah cerita.”
“Bila abah sampai.?”
“Semalam. Umi pun ada
sama.!”
“Eh! Ye ke..? Kenapa tak
ajak datang ke sini.?”
“Umi kata nak rehat sebab lama
sangat duduk dalam kereta.” Ujar Encik Marzuki sambil tersenyum. Senang hatinya
melihat keadaan anak gadisnya yang sudah beberapa bulan tidak ketemu.
“Assalamualaikum prof.!
silakan, seminar dah hampir nak mula ni.” Ujar satu suara dari belakang Huda.
Huda memalingkan wajahnya dan dia sedikit tersentak kerana Rina yang berada menghampirinya.
Huda memalingkan wajahnya dan dia sedikit tersentak kerana Rina yang berada menghampirinya.
“Eh Fara? Kau buat apa kat
sini.? Setahu aku kau tak terlibatkan dengan program ni.” Tanya Rina hairan.
“Huda is my sweetheart..!” Balas Encik Marzuki tiba-tiba sambil
tersenyum. Rina tergamam sambil melopongkan mulutnya. Dalam fikirannya sudah
menyangka sahabatnya itu menjalinkan hubungan sulit dengan orang tua bergelar
Dato. Matanya semakin membulat bila Huda merangkul lengan Encik Marzuki sambil
melentokkan kepala di bahu Encik Marzuki.
“Prof ni nama apa ye..?”
Tanya Huda sambil tersenyum-senyum pada Rina setelah menyedari kekalutan di
fikiran sahabatnya itu. Huda sudah dapat menangkap apa yang tersirat dalam hati
Rina.
“Profesor Dato Marzuki Hamdan.”
Ujar Rina lambat-lambat sambil matanya membelek kertas yang tercatit nama Encik
Marzuki di tangannya.
“Nama aku.?” Tanya Huda
lagi.
“Farathul Huda.” Rina
semakin pelik namun dijawab juga soalan Huda dengan kerutan wajah yang semakin
ketara.
“Binti.?.” Galak Huda
tersenyum.
Rina semakin mengerutkan wajahnya kerana
pelik dengan soalan Huda. Namun seketika kemudian mata dan mulutnya terlopong.
Baru disedari bahawa manusia di hadapannya itu adalah bapa kepada sahabatnya.
Huda ketawa mengekek setelah pinggangnya dicuit oleh Rina.
Huda ketawa mengekek setelah pinggangnya dicuit oleh Rina.
“Pandai kau simpan rahsia
ye? Hari tu aku tanya, kau kata bapak kau pensyarah.!”
“Eh,betullah apa yang aku
cakap. Tak percaya tanya sendiri kat abah aku ni.!” Ujar Huda tersengeh-sengeh.
“Uncle memang pensyarah pun.!” Balas Encik Marzuki bersahaja.
“Abah. Rina ni rakan sebilik
dengan Huda.”
“Oh, ye ke..?” Balas Encik Marzuki teruja
sambil terangguk-angguk faham.
Rina mengiringi Encik Marzuki masuk ke
dewan untuk merasmikan program yang bakal bermula. Manakala Huda pula mula
mengatur langkah untuk ke perpustakaan.
Tengah
hari itu Huda makan tengah hari bersama Encik Marzuki di cafeteria sahaja. Seminar dihentikan buat sementara sehingga jam
dua petang. Walaupun pelbagai hidangan sudah disediakan untuk peserta-peserta
seminar, Encik Marzuki hanya mengambil minuman ringan sahaja kerana sudah
berjanji dengan anak kesayangannya untuk makan tengah hari bersama.
“Huda marah lagi ke dengan
abang Faridz.?” Encik Marzuki memulakan perbualan sambil meletakkan makanan
atas meja. Huda menarik perlahan sepinggan nasi ayam yang berada di hadapannya
dan menyuakan sepinggan lagi kepada Encik Marzuki. Jus oren untuknya dan kopi
panas di suakan ke arah Encik Marzuki.
“Huda tak marahlah bah! Huda
saja nak bergurau..” Terang Huda sambil tersengeh-sengeh. Encik Marzuki
melepaskan keluhan lega sambil menggeleng.
“Selalu ke abang Faridz datang
melawat Huda kat sini..?” Tanya Encik Marzuki lagi. Cuti yang lalu dia tiada
kesempatan mahu bertanya.
“Mana ada selalu..! Hari tu
dia datang kebetulan je. Huda ada masalah sikit. Huda pun tak sangka dia ada
kat sini.”
“Masalah apa.? Macam berat
je bunyinya sampai terpaksa gunakan khidmat abang Faridz.” Tanya Encik Marzuki
serius.
“Tak ada apa yang berat
pun.” Jawab Huda sambil menyembunyikan rasa gugupnya. “Mm..abah kata nak ajak
Huda keluar. Kemana bah.?” Tanya Huda sambil menukar topik perbualan
“Pukul lima nanti Huda
tunggu jelah..! Esok pagi ada kelas.?”
“Ada.”
“Mm..kalau macam tu sebelum
pukul sepuluh abah hantar Huda balik hostel.”
Huda senang dengan kehadiran Encik
Marzuki. Huda juga perasan akan mata-mata yang memandang ke arahnya dan orang
tuanya. Pasti ramai yang tidak menyangka bahawa dia adalah anak kepada seorang
profesor. Huda mula rasa risau kerana selepas ini pasti ada yang cerita-cerita
yang kurang menyenangkan mengenainya. Namun begitu Huda sudah bersedia andai
hal itu terjadi.
SELEPAS
mengiringi Encik Marzuki ke dewan seminar, Huda segera mahu melangkah pulang ke
hostel. Mungkin kerana teruja dapat
bersama Encik Marzuki, tiba-tiba Huda terlanggar sesusuk tubuh sasa di
hadapannya. Pandangan mereka berlaga. Huda sedikit tergamam dengan wajah kacak
di hadapannya. Huda mengerutkan wajah kerana tidak pernah dilihat wajah itu
sepanjang dia bergelar pelajar di situ.
“Opts..! Sorry, saya tak sengaja.” Kata Huda sambil menggosok-gosokkan bahunya
yang sakit kerana rempuhan yang agak kuat.
“Okey..saya
tak kisah.. saya pun salah jugak. Tengah hari macam ni, pakai cermin mata
hitam” Balas Jimmy sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.
“Awak pelajar baru ke.? Tak pernah nampak
pun.!” Tanya Huda sambil menyembunyikan rasa bersalahnya.
“Eh, taklah! saya datang nak
jumpa kawan..” Jawab Jimmy sambil menunjukkan pas pelawat.
“Ohh..! Mm..kalau macam tu
saya gerak dululah ye.? Assalamualaikum..!” Huda mula melangkah, tetapi
terhenti bila dia dipanggil semula.
“Saya Jimmy. Apa nama awak?”
Tanya Jimmy ingin mengenali Huda dengan lebih dekat. Hatinya bagai dicuit-cuit
untuk mengenali gadis di hadapannya itu. Wajah Huda membuatkan hatinya sedikit
berdebar-debar.
Huda teragak-agak untuk menjawab. Kerana
tidak mahu digelar sombong, Huda akhirnya mengalah.
“Nama saya Farathul Huda
Marzuki. Panggil saja Huda.” Jawab Huda sambil tersenyum mesra.
Jimmy terentak mendengar nama yang
disebutkan oleh Huda tadi. 'Farathul Huda.? Apakah dia yang dimaksudkan oleh
Lisa.?' Tanya hati Jimmy sendiri. Terlalu banyak persoalan yang tiba-tiba hadir
dalam kotak fikirannya. Jimmy melepaskan keluhan lalu beredar dari situ bila
bayangan Huda hilang dari pandangan. Sahabatnya Kamal harus ditemui segera agar
persoalan yang berada dalam fikirannya terjawab. Jimmy yakin gadis yang
dimaksudkan oleh Lisa ialah gadis yang ditemui tadi. Jika benar, Jimmy sudah
berada dalam keadaan serba salah kerana hatinya sudah terpaut pada wajah manis
Huda.
JIMMY termenung panjang dalam biliknya.
Fikirannya jauh memikirkan apa yang harus dilakukan untuk merialisasikan impian
Lisa. Bila mengingatkan kembali perbualannya dengan Kamal, Jimmy berkali-kali
mengeluh. Jimmy buntu, dia sudah hilang akal untuk meneruskan rancangan
membantu Lisa.
“Oh.. Farathul Huda budak medik tu ke..?
Orangnya nak kata tinggi sangat pun tak, nak kata rendah sangar pun tak. Dekat
hujung kening kanan dia ada dua tahi lalatkan.? Orang perak kan.? Bapak dia pensyarah kat UiTM. Kenapa.? Kau
nak takle ke.? Aku cadang tak
payahlah..! Budak tu sombong sikit. Dengan orang lelaki susah sikit nak ajak
berbual. Tambah pulak macam kita ni, lagilah dia tak pandang.!” Terang Kamal
serius.
“Kau biasa ke berbual dengan dia.?” Jimmy cuba
mengorek rahsia Farathul Huda.
“Nak kata biasa tu, taklah..! Kalau nak berbual
dengan dia hanya berkisahkan pelajaran saja. Kebetulan aku sama jurusan dengan
dia. Soal peribadi dia tak layan. Satu je aku respek dengan minah ni, dia tak kedekut ilmu.Tanyalah apa pun yang
kita tak tahu, dia tak lokek nak kongsi apa yang dia tahu.” Ulas Kamal lagi. “Yang
kau asyik tanya ni, ada apa-apa ke..?” Tanya Kamal hairan.
“Taklah..! tadi kebetulan
masa aku datang sini aku terlanggar dia. Aku nampak nama dia dekat badge dia. Cun giler..! Terpikatlah jugak. Aku tanya nama dia, mula-mula dia
macam tak mahu bagitahu walaupaun aku dah tahu nama dia. Mungkin rasa bersalah
sebab perlanggaran tu, dia bagi tahu jugak nama dia. Aku rasa dia tak sombong,
tapi malu.”
“Agaknya lah kot..! Kalau
sombong takkan dia nak kongsi ilmu dengan orang lain. Betul tak.?” Balas kamal
sedikit rasa bersalah kerana andaian negetif terhadap Farathul Huda selama ini.
“Kau rasa-rasa dia dah ada balak tak.?”
“Tak pastilah. Sebab aku tak
pernah nampak pulak dia berkepit dengan mana-mana budak lelaki kat fakulti ni.
Tapi, tadi aku dengar orang asyik bercerita tentang dia yang dah ada sugardady. Berkepit sakan dekat cafe.” Cerita Kamal serius.
“Kau biar betul Mal..! Budak
bertudung litup, lemah lembut, bersopan macam tu, takkanlah ada sugardady pulak.. Entah-entah bapak
dia..!” Bentak Jimmy perlahan.
“Entah, aku pun tak tahu. Zaman
sekarang macam-macam ragam orang. Aku dengar dia orang cerita je.. betul ke
tidak, tu aku tak tahu..! Tapi aku rasa dia mesti dah ada balak, orang cun
macam tu, mustahil tak ada yang istimewa. Ada jugak desas desus kata, dia dah
bertunang. Aku perasan jugak cincin kat jari manis dia.” Balas Kamal bersahaja.
Lamunan Jimmy terganggu bila telefon bimbitnya
berbunyi riang menandakan ada mesej masuk. Dicapai pantas lalu menekan-nekan
untuk memastikan siapa punya gerangan yang menghantar sms kepadanya waktu itu.
“Agh..perempuan ni lagi.!” Bentak Jimmy kasar
bila nama Lisa tertera di skrin telefon bimbitnya. Jimmy sudah mula naik rimas
dengan Lisa yang suka mendesak.
-MCM
MANA DGN JOB TU.? BILA BOLEH SIAP.?-
Jimmy termanggu sendiri lalu melemparkan
sahaja telefon bimbitnya ke atas katil tanpa membuat apa-apa balasan. Di layar
matanya kini hanya wajah Farathul Huda yang menghiasi. Pertama kali memandang
seraut wajah itu, sudah cukup buat Jimmy demam rindu. Jantungnya berdegup
kencang bila nama Huda terucap di bibirnya. Jimmy senyum sendiri bila sedar dia
sudah jauh melamun.
“Takkanlah aku dah jatuh
cinta dengan dia..?” Bisik hati Jimmy
sendiri.
LISA mundar-mandir dalam biliknya.
Mesej yang dihantar kepada Jimmy tadi langsung tiada balasan. Hatinya sudah
terasa membara.
“Tak boleh harap jantan ni!”
Bentak Lisa geram sambil menghempas telefon bimbitnya yang dipegang di atas
katil. Telefon bimbitnya terpelanting jatuh ke lantai, namun Lisa hanya
memerhatikan sahaja. “Biar aku yang uruskan sendiri!” Bisik Lisa sendiri sambil
tersenyum sinis.
Lisa keluar dari biliknya bila dirasakan bosan
berada didalam bilik. Hatinya semakin sakit bila dikhabarkan mengenai
kedatangan keluarga Huda sejak semalam. Barulah dia tahu siapa Huda yang
sebenar, anak seorang pofesor yang bergelar Dato. Lisa termalu sendiri bila
selama ini dia sering berfikian sempit mengenai latar belakang Huda. Semakin
panaslah hatinya bila mengetahui Huda bukan seperti yang disangka.
“Lisa nak kemana.?” Tanya Datin Normy setelah
melihat Lisa mencapai anak kunci keretanya.
“Lisa nak keluar. Boringlah
duduk rumah.” Balas Lisa bersahaja.
“Kitakan ada tetamu ni..!”
“Itu tetamu mama, bukan
tetamu Lisa.!” Jawab Lisa kasar lalu segera melangkah keluar menghidupkan enjin
keretanya lalu bergerak pergi.
Datin Normy hanya memerhatikan saja
langkah anak gadisnya berlalu dengan rasa sebak. Puan Rohayu yang turut
menyaksikan peritiwa itu hanya membisu dan menundukkan kepala. Rasa simpati
pada sahabat yang baru dikenalinya itu menebal.
“Saya minta maaflah Ayu. Lisa tu, saya tak
tahulah kenapa.” Keluh Datin Normy yang agak malu dengan sikap Lisa di hadapan
Puan Rohayu.
“Tak mengapalah Normy. Saya faham, budak-budak.!”
Balas Puan Rohayu yang bersimpati dengan nasib Datin Normy.
“Tu bukan budak-budak Yu.. dah boleh jadi mak
orang, tapi akal masih lagi macam orang tak berakal. Ayu beruntung sebab
anak-anak semua dengar kata.” Kata Datin Normy dengan nada sayu. Puan Rohayu
hanya tersenyum bangga dengan pujian itu sambil mengharapkan apa yang dikatakan
oleh Datin Nomy itu berkekalan.
HUDA menanti penuh sabar kehadiran Encik
Marzuki dan Puan Rohayu di hadapan bangunan biliknya. Baju kurung batik
berwarna mroon dipadankan dengan
tudung krim susu selesa ditubuhnya. Tiba-tiba pandangannya beralih ke arah
sebuah kereta yang amat dikenalinya. Huda tersenyum lebar walaupun pemandu
kereta itu belum menampakkan wajah. Sambil mengetap bibir menahan malu, Huda
mula mengatur langkah ke arah kereta yang sudah mula berhenti beberapa meter
dari tempatnya berdiri.
“Assalamualaikum..!apa mimpi ni.?” Tanya Huda
bila Faridz membuka pintu lalu keluar.
“Waalaikummussalam..! mimpi
nak jumpa tuan puteri.” Balas Faridz tersenyum simpul.
“Sejak bila buat kerja ni.?
Siap berpakat dengan abah dan umi ye..?” Bentak Huda lembut sambil menjeling
manja.
“Dahlah. Jom! nanti abah dengan
umi ternanti- nanti pulak..” Balas Faridz sambil tersengeh-sengeh lalu
membukakan pintu kereta untuk Huda.
“Huda marah abang lagi
ke..?” Tanya Faridz setelah kereta yang dipandu mula bergerak meninggalkan
bangunan bilik Huda.
“Mestilah Huda marah. Pandai
buat janji tapi tak pandai nak tepati. Lain kali jangan nak berjanji..” Bentak
Huda perlahan.
“Abang mintak maaf. Abang janji..”
“Tengok, janji lagi..!” Pantas Huda menyampuk
kata-kata Faridz sebelum Faridz menghabiskan ucapannya. Faridz terus terdiam
lalu meneruskan pemanduan. Tidak berani bertentang mata dengan gadis di
sebelahnya.
“Huda gurau jelah..!” Ujar Huda menurunkan
nada suaranya yang sedikit meninggi setelah melihat Faridz berubah air muka.
Rasa kasihan melihat buah hatinya berwajah kelat.
“Lain kali jangan buat lagi..”
“Ye..abang takkan buat lagi..”
“Janji..?”
“Tadi tak kasi abang janji.!” Bentak Faridz
perlahan tanpa memalingkan wajahnya pada Huda.
Huda termalu sendiri sambil tersenyum malu
lalu tangannya laju mencubit pinggang Faridz kerana mengenakannya.
“Okey-okey..abang
janji..! abang tak buat lagi..” Balas Faridz pantas sambil menjerit kesakitan.
Setelah dua puluh minit berada dalam
kereta, akhirnya kereta yang dipandu oleh Faridz berhenti di hadapan
perkarangan banglo milik Dato Basri.
“Kata nak jumpa abah dengan umi.?”
“Betullah tu.. abah dengan umi ada kat
dalam..” Ujar Faridz. Huda tergamam.
“Abah kata dia duduk hotel..”
“Tak jadi, sebab papa dengan mama suruh stay kat rumah dia orang.. Kebetulan
abang ada kerja kat pejabat papa, jadi abang datang sekali dengan abah Huda
semalam. Kejap lagi abang nak balik apartment abang, Huda nak ikut?” Tanya Faridz sambil tersenyum nakal mengusik.
“Isy..
merepek je abang ni..!” Balas Huda sambil menjeling tajam kerana kurang selesa
dengan gurauan seperti itu.
Meledak tawa Faridz dengan riaksi Huda
selepas diusik. Suka benar dia menatap wajah Huda yang kemerahan kerana menahan
malu.
SEBULAN
selepas kepulangan kedua orang tuanya ke perak, Huda menerima sekali lagi
sebuah bungkusan dari seseorang.
“Siapa yang kasi ni.?” Tanya Huda pada
seorang pelajar perempuan yang menyerahkan bungkusan itu.
“Entah, saya pun tak tahu. Dia kata suruh
serahkan pada kak Farathul Huda Marzuki. Rasa saya tak ada pelajar lain yang
nama macam tu.”
“Okey,
terima kasih ye.”
Huda membelek-belek bungkusan yang diterima.
Tanpa ada namanya atau nama si pengirim. Huda sudah dapat meneka isi kandungan
bungkusan itu. Huda mengeluh kesal. Entah apa lagilah yang ingin ditunjukkan
padanya. Huda yakin sudah tentu ini kerja Lisa yang ingin memecah belahkan
hubungannya dengan Faridz.
“Astagfirullah..” Huda beristigfar panjang
setelah beberapa keping gambar sudah berada ditangannya. Huda kecewa lantas
matanya mula berkaca dan mengalirlah air mata laranya. Mahu saja dikoyak-koyak
dan diramas hancur kesemua gambar-gambar tersebut. Hatinya sakit teramat
sangat. Tidak disangka orang yang benar-benar sudah bertapak di hatinya
tergamak melakukan perkara keji sebegitu. Segera disimpan gambar-gambar yang
tidak sepatutnya menjadi tatapannya di saat hatinya terluka.
Malam itu selepas solat Huda memenjangkan doa
dan berzikir. Dia mengharapkan ketenangan hadir dalam jiwanya agar bayangan
gambar-gambar tadi tidak terus menghantui dirinya. Selesai berzikir Huda
meneruskan dengan membaca al quran. Rina merasa pelik dengan tingkah laku Huda
malam itu. Biasanya sahabatnya itu tidaklah terlalu lama bertafakur atas
sejadah. Rina sengaja menunggu sehingga Huda selesai solat Isyak.
“Kenapa ni Fara..?” Tanya Rina terkejut
dengan wajah Huda yang mendung di samping mata yang bengkak kerana menangis.
Huda hanya membisu lalu melabuhkan
punggungnya di atas kerusi belajarnya.
“Cuba
kau cerita kat aku, mana tahu aku boleh tolong. Siapa yang buat kau macam
ni..?” Desak Rina lagi.
Huda terus membisu sambil menggelengkan kepala.
Yang sebenarnya dia tidak tahu apakah harus diceritakan masalahnya itu pada
Rina kerana ini akan memalukan dirinya
sendiri. Selama ini dia sering menyatakan rasa kepercayaannya pada Faridz. Tapi
bila terjadi perkara seperti itu, dia malu.Takut kalau diketawakan oleh
sahabatnya itu. Air matanya mengalir kembali.
“Ceritalah
Fara..mana tahu, aku boleh tolong..” Rayu Rina lagi kerana risau keadaan Huda
yang semakin galak mengalirkan air mata.
.
.
“Jangan menagis macam ni Fara.. tak elok
untuk kesihatan kau.. Nanti kau sakit kepala, susah nak belajar nanti.” Pujuk
Rina lagi sambil mengusap lembut bahu Huda.
Huda mengeluarkan sampul surat yang
diterima tadi lalu menghulurkan pada Rina yang setia di sisinya.
“Hati aku sakit sangat.” Ujar Huda sayu
sambil teresak-esak.
Mata Rina membutang bila menatap gambar
ditangannya dan kemudian berkerut-kerut wajahnya membelek satu persatu
gambar-gambar itu. Dimasukkan kembali gambar-gambar itu dalam sampul lalu
diserahkan kembali kepada Huda yang sedang tersedu-sedu.
“Siapa yang bagi ni..?” Tanya Rina perlahan.
“Ada
pelajar perempuan mana entah yang bagi kat aku tadi. Dia kata ada perempuan
mintak tolong dia kasi kat aku. Aku rasa aku tahu siapa yang punya angkara ni.”
“Siapa.?”
“Perempuan
dalam gambar nilah.. Dia ni bekas tunang Faridz.” Ujar Huda lalu menceritakan serba sedikit tentang Lisa dan
hubungannya dengan Lisa.
“Maknanya
dia nak hancurkan hubungan kau orang berdua..begitu...?” Tanya Rina inginkan
kepastian.
“Agaknya
lah kot.. Kalau tak kenapa dia hantar gambar-gambar ni. Sebelum ni pun dia ada
hantar gambar, tapi taklah teruk macam ni.”
“Kau percaya
dengan gambar-gambar ni.” Rina masih lagi seperti penyiasat yang kaya dengan
soalan-soalan.
“Aku tak tahu Rina, fikiran
aku buntu, aku tak dapat nak berfikir sekarang ni.” Kata Huda sambil
memicit-micit kepalanya yang sakit kerana terlalu banyak menangis.
“Aku cadangkan baik kau siasat baik-baik.
Jangan buat andaian yang melulu. Aku percaya, kau kuat menghadapi semua ni.
Jangan cepat melatah.” Nasihat Rina sambil menatap wajah Huda penuh simpati.
Kasihan benar dengan sahabatnya itu. Habis satu masalah, masalah lain yang datang. Cerita tentang sahabatnya yang dikatakan mempunyai sugardady benar-benar membuatkan hatinya turut terasa sakit. Nasib baiklah dia tahu cerita sebenar tentang hubungan Huda dengan Profesor Dato Marzuki, kalau tidak sudah pasti sahabatnya itu terpaksa menyelesaikan masalah itu sendiri.
Kasihan benar dengan sahabatnya itu. Habis satu masalah, masalah lain yang datang. Cerita tentang sahabatnya yang dikatakan mempunyai sugardady benar-benar membuatkan hatinya turut terasa sakit. Nasib baiklah dia tahu cerita sebenar tentang hubungan Huda dengan Profesor Dato Marzuki, kalau tidak sudah pasti sahabatnya itu terpaksa menyelesaikan masalah itu sendiri.
“Aku tak tahu nak buat apa.” Balas Huda sayu.
“Fara.. zaman sekarang ni banyak orang boleh
menipu dengan guna cara macam ni. Gambar yang tak cantik boleh jadi cantik,
muka hodoh boleh bertukar jadi macam siti Nurhaliza..yang tak hendsome pun boleh bertukar jadi Dude
Harlino atau Fahrin Ahmad. Terus terang aku kata, aku tak hairanlah
gambar-gambar macam ni.” Bentak Rina cuba memujuk.
Huda kembali tenang selepas mendengar
penerangan Rina. Dicuba untuk menerima apa yang disampaikan oleh sahabatnya
itu.
“Apa aku nak buat sekarang..?”
“Aku cadangkan kau buat dono je fasal hal ni.
Sekarang kau lupakan dulu masalah ni, tumpukan sepenuh perhatian kau pada
pelajaran, exam pun dah dekat, tak
eloklah kalau kau beratkan kepala otak kau dengan masalah yang tak berfaedah
ni. Aku tahu, Faridz penting buat kau, tapi kau kena pentingkan dulu masa depan
kau. Lepas habis semester ni kau balik rumah, kau cuba siasat. Aku cadangkan
kau carilah siapa-siapa yang pandai dalam edit-edit gambar ni. Aku yakin sangat
gambar-gambar ni semua palsu. Kalau kau nak aku tolong pun boleh. Aku ada kenal
dengan sorang kawan ni, tapi lelaki la..aku takut kau tak selesa pulak.” Terang
Rina panjang lebar sambil menenteramkan jiwa dan fikiran Huda.
“Tak apalah.. Aku rasa aku tahu siapa yang
harus aku minta tolong. Aku pun ada kenal dengan seseorang tapi kat perak. Tak
tahulah dia ada lagi ke tidak kat situ sebab masa aku balik cuti hari tu dia oversea sebab bercuti. Dulu dia
pernah ajar aku fasal edit-edit gambar
ni.” Jelas Huda mengenai Nur yang sudah lama tidak didengari berita.
“Baguslah kalau macam tu.. Sekarang ni, kau
buat biasa je. Jangan tanya apa-apa pada abang kau tu. Relax, buat macam biasa. Cuti nanti kau cuba atur strategi macam
mana nak selesaikan masalah ni. Apa yang penting sekarang, kau tumpukan dulu
perhatian kau pada pelajaran. Jangan risau aku akan sentiasa sokong kau. Aku
yakin kau boleh..!” Pujuk Rina lagi sambil melebarkan senyuman apabila melihat
wajah Huda sudah kembali ceria.
“Terima kasih Rina sebab tolong aku. Kalau kau
tak ada, tak tahulah apa yang jadi kat aku. Dah banyak kau tolong aku.” Sayu
Huda meluahkan rasa hatinya pada Rina. Rasa menyesal pulak kerana mensyaki yang
bukan-bukan tentang Faridz. Buat dosa kering je andai apa yang difikirkan tadi
tidak benar. Tapi bagaimana pula kalau benar, sudah pasti hatinya terluka yang
amat sangat.
“Tak ada hal lah.. kita kan kawan.. !” Balas
Rina sambil tersenyum manis.
Malam itu sebelum tidur, Huda menghubungi
Nur. Banyak yang dibualkan termasuk meminta bantuan Nur menyelesaikan
masalahnya. Huda lega apabila Nur sudi membantunya dan akan menunggunya pulang
cuti semester nanti.
KEDATANGAN Lisa kerumahnya lewat petang tadi benar-benar buat Jimmy
termenung panjang. Lisa menceritakan tentang rancangan yang telah dilakukan
sendiri tanpa bantuan Jimmy. Jimmy kurang senang dengan tindakan Lisa. ‘Pasti
dia sedang berduka.’ Bisik hati kecil Jimmy sendiri. Jimmy tidak pasti, selepas
pertemuannya dengan Huda yang lalu, jiwanya tak tenteram. Wajah Huda sering
datang ke ruang matanya. Kadang -kadang dia tersenyum sendiri, seperti Huda
sedang tersenyum memandangnya. ‘Kau dah angau Jimmy..!’ Kata suara hatinya. Ya.
Aku memang dah angau. Angau pada cinta Farathul Huda. Gadis yang sudah memiliki
sebuah cinta sejati dari seorang yang bernama lelaki. Lelaki itu adalah Faridz.
Manusia yang pernah dilukakan dulu gara-gara kerana ingin berdamping dengan
Lisa. Aku harus terima kerana Farathul Huda hanya layak untuk orang yang baik
seperti Faridz. Bukan macam aku. Aku kotor.! Bentak hati Jimmy sendiri. Jimmy
berhenti berkhayal. Tiba-tiba dia teringat kata-kata hasutan Lisa selepas dia
meluahkan rasa hatinya terhadap Huda pada Lisa.
“Apa kata kau cuba dekatkan diri dengan budak
tu.. Aku dapat Faridz dan kau dapat Farathul Huda.” Cadang Lisa sambil
tersenyum nakal.
“Nak ke dia pandang rupa aku ni..?” Jimmy mengeluh
kasar.
“Cubalah dulu.. mana tahu dia cepat cair
dengan pujuk rayu kau tu.. Dengan rupa kau macam ni, takkan dia tak pandang
kot.” Pujuk Lisa.
“Dia dah tengok rupa aku, tak ada respon pun.
Biasa aje aku tengok riaksi dia, tak pulak dia terkejut beruk bila tengok muka
aku yang macho ni.!” Bentak Jimmy sambil menjeling tajam pada Lisa di
sebelahnya.
“Nanti aku tolong, macam mana nak dapatkan
budak tu.” Ujar Lisa lagi sambil bangun lalu meninggalkan Jimmy termanggu
sendiri di situ.
Jimmy
mengeleng-geleng kepalanya berulang kali menghalau agar hasutan Lisa tadi
beredar pergi. Dia sendiri buntu, apakah harus diterima cadangan Lisa itu atau
melupakan saja. Jiwanya cukup tersiksa kerana bayang Huda sering datang
mengganggunya. Disebalik itu juga, dia rasa simpati pada Huda. ‘Apa salah gadis
itu.? Salahkah dia mencintai orang yang menyintainya.? Tapi aku pun cintakan
dia, tapi layakkah aku untuknya..?’
Jimmy cuba melupakan wajah Huda, namun
semakin kerap pula bayang Huda datang bertandang di ruangan mata. ‘Apa aku nak buat ni..?’ Tanya hatinya pula.
Bila mengingatkan kembali apa yang dilakukan dulu pada Faridz, Jimmy rasa serba
salah untuk mengikut cadangan karut Lisa itu. Dulu yang sebenarnya tak pernah
terlintas difikirannya untuk melukakan hari Faridz. Kerana Lisa sendiri yang
datang, dia akur bahawa jodoh Lisa bukan dengan Faridz. Kerana itulah juga dia
sanggup terima Lisa walaupun hakikatnya dia tahu yang Lisa hanya ingin
bersamanya dikala hatinya kesunyian.
LISA
tersenyum puas sambil melangkah masuk ke rumahnya. Walaupun belum dipastikan
berjaya atau tidak, hatinya puas. “Rasakan kau perempuan. Ada hati nak ambil
tempat aku.!” Bentak Lisa sendiri. Wajah Datin Normy dipandang sekilas ketika
melalui ruang tamu. Tanpa bertegur sapa, Lisa melangkah terus mahu ke biliknya
namun terhenti seketika kerana teguran dari Datin Normy.
“Lisa dari mana ni..?” Tanya
Datin Normy lembut. Namun soalan itu langsung tidak diperdulikan. Datin Normy
cuba bersabar dengan kerenah anak bongsunya. Dia tidak mahu ada sesi debat
dengan anak gadisnya itu.
“Lisa ke mana tadi.?” Sekali lagi Datin Normy
bertanya dengan lembut sambil melangkah ke arah Lisa yang sedang berdiri di
anak tangga sambil jarinya ligat bermain-main dengan anak kunci keretanya.
“Lisa kemana, apa Lisa buat,apa mama kisah.?
Selama ni pun tak pernah mama tanya pun.!” Jawab Lisa kasar.
Datin Normy terkejut dengan jawapan yang
keluar dari mulut Lisa. Dicuba untuk bertahan.
“Mama risau. Anak dara mama keluar siang balik
malam, keluar malam balik siang, tak lekat kat rumah langsung, berkawan pun
entah dengan siapa.!” Ulas Datin Normy perlahan.
“Tak payahlah mama nak
risau.. Sekarangkan Lisa dah ada depan mata mama. Mama tengoklah sendiri, ada
apa-apa perubahan ke.? Mata Lisa cukup dua, kaki tangan semua cukup, tak ada
cacat celanya pun..!” Jawab Lisa kasar sambil tangannya terawang-awang ke atas
dan ke bawah.
Datin Normy tergamam mendengar jawapan
Lisa. Tidak disangka anaknya itu sudah jauh benar berubah. Jika masih kecil,
bolehlah dibentuk. Tapi untuk Lisa rasanya sudah terlewat benar untuk mengajar.
Datin Normy mengeluh lemah.
“Lepas ni kalau ada salah satu anggota badan
kau yang kurang, jangan datang mengadu pada kami.” Tiba-tiba suara Dato Basri
kedengaran dari bilik bacaan. Seketika kemudian wajah Dato Basri jelas
kelihatan di muka pintu bilik bacaan.
Lisa tergamam. Tidak disangka Dato Basri
turut berada di situ mendengar kata-kata kesat yang dilemparkan pada Datin
Normy. Tanpa rasa bersalah Lisa melangkah laju naik ke biliknya. Hatinya panas
bila terkenangkan kembali kata-kata sinis Dato Basri tadi.
No comments:
Post a Comment