PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 17 December 2014

BAB 27 TERTULIS KAU MILIKKU

27
     AKHIRNYA peperiksaan bakal berlalu pergi. Huda sudah merancang sesuatu untuk selesaikan masalahnya. Telefon bimbitnya dicapai lalu mencari nama Faridz. Melihat nama Faridz di layar skrin telefon bimbitnya sudah cukup buat mulutnya tersenyum tak cukup mulut. Jantungnya berdegup kencang ketika menanti talian disambungkan. Hatinya melonjak riang bila mendengar salam dari Faridz.

“Abang sihat..?” Tanya Huda selepas menjawab salam.

“Ye sayang..abang sihat..! Sayang abang ni sihat ke tak ni..tiba-tiba je call abang.”  Jawab Faridz hairan kerana setahunya Huda takkan menghubunginya kecuali ada masalah. Tapi bila mendengar suara ceria Huda, dia yakin Huda tidak mengalami apa -apa masalah.

 “Kenapa.? Tak boleh call ke..? Kalau macam tu, tak apalah.!” Balas Huda dengan nada seperti orang merajuk lalu terus mematikan talian. Niatnya yang sebenar ialah mahu melihat sejauh mana kesabaran Faridz terhadapnya.

      Faridz termanggu sendiri. Tidak disangka Huda bertindak begitu. Inilah padahnya kalau ada kekasih yang kuat merajuk. Faridz segera mendail nombor telefon Huda semula. Faridz semakin gelisah bila panggilannya langsung tidak diendahkan. Hampir lima kali mencuba barulah panggilannya terjawab. Paling membuatkan hatinya sedikit geram apabila mendengar suara tawa Huda.

“Huda sengaja nak kenakan abang ye?” Tanya Faridz dengan nada geram.

“Taklah..! Sebenarnya Huda nak suruh abang call Huda sebab kredit Huda dah nak habis.” Huda cuba beri alasan yang berasas. Takkanlah dia mahu beritahu yang niatnya hanya ingin menguji , pasti Faridz akan terasa hati.

 “Kenapa tak hantar sms je.. nanti abang call lah..”

 “Sms tak dengar suara. Huda rindu nak dengar suara abang..tak boleh ke?” Jawab Huda sambil tersenyum nakal.

     Faridz tersenyum riang bila mendengar kata-kata Huda. Mendengar ucapan yang jarang diucapkan oleh gadisnya, sudah buat jiwanya berbunga.

“Abang pun rindu, nanti abang datang kesana.. boleh.?”

“Memang nak suruh datang pun. Tapi Huda takut abang sibuk.” Jawab Huda ceria.

     Faridz tersentak. Bibirnya tersenyum lebar.

“Huda cakap saja bila. Nanti abang arrange cuti abang.”

“Amboi-amboi..senyum macam tak cukup mulut.” Sindir Huda sambil ketawa kecil. Faridz tergamam.

“Mana Huda tahu abang tengah senyum tak cukup mulut.?”

“Huda nampak.”

“Huda dekat mana ni.?” Tanya Faridz sambil mengintai-intai ke arah luar rumahnya. Manalah tahu kalau-kalau Huda sudah berada di hadapan rumahnya.

“Tak payahlah abang nak intai-intai kat luar tu.” Huda semakin galak mengusik. Faridz semakin pelik.

“Sayang abang ni kat mana ni..? Semua pergerakan abang, Huda tahu.”

     Huda meledakkan tawanya mendengar keluhan Faridz. Makin lama rasa geli dengan panggilan sayang tu. Dah banyak kali melarang, Faridz tetap degil nak panggil macam tu. Nasib baiklah panggilan tu tak pernah digunakan di hadapan keluarganya atau Afini.

“Kenapa.? Takut.? Entah-entah ada simpan perempuan dalam bilik abang tu.” Sindir Huda sambil ketawa kecil.

“Mana ada..bilik abang ni tak ada siapa yang boleh masuk. Sayang abang ni pun kalau nak masuk kena ada sijil baru boleh masuk.”

“Ye ke ni.. Boleh percaya ke..!”

“Buat masa ni, dalam hati abang cuma ada Huda. Tak ada yang lain. Kalau Huda nak bukti, Huda balik cuti semester nanti, abang suruh mama dengan papa abang datang hantar cincin, macam mana.?”

“Buktikan.!” Pantas saja Huda menjawab.

     Faridz sekali lagi tergamam mendengar balasan dari kata-kata Huda. Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarkan tadi.

Are u serius sayang..?” Tanya Faridz inginkan kepastian. Selama ini Huda sering memberitahu bahawa cita-citanya lebih penting dari segala-galanya, tapi bila Huda buat keputusan yang drastik begini, hatinya seperti tidak percaya.

Yes.!!  Im serius. Huda nak abang buktikan kata-kata abang tu.” Kata Huda yakin.

     Faridz tersenyum lebar, Hatinya berbunga riang. Ingin saja di hubungi keluarga angkatnya segera.

“Dua minggu lagi abang datang ambil Huda kat sini. Abang datang dengan bas atau flight. Huda tak mahu tinggalkan kereta Huda kat sini. Lepas tu bolehlah kita jenguk mama dengan papa sekali.” Terang Huda.

Okey..abang datang dengan flight. Dari airport abang terus ke tempat Huda dan jumpa Huda kat sana.” Faridz mula memberi cadangan.

“Jangan lupa pulak..!” Bentak Huda perlahan.

“Ye..abang ingat.. tapi, betul ke apa yang Huda cakapkan tadi. Huda tak berguraukan?Abang macam tak percaya je..! rasa macam mimpi pulak.”

“Abang.. Apa yang Huda nak abang tahu sekarang ialah, Huda betul-betul sayangkan abang. Terus terang Huda katakan yang Huda cintakan abang. Setiap saat Huda rindukan abang. Huda percayakan abang dan Huda nak abang pun percayakan Huda.”

“Abang percayakan Huda. Mm..Kalau abang ambil Huda sekarang, tak boleh ke? Dah tak sabar ni!” Faridz berseloroh.

“Datanglah! Tunggu sini sampai dua minggu sebab dua minggu lagi baru Huda balik. Sanggup tunggu sini dua minggu.? Kalau syarikat rugi, jangan salahkan Huda pulak” Faridz ketawa dengar jawapan Huda.

“Alahai..lambatnya..!”Jawab Faridz sayu.

 “Huda harap abang tak bagi tahu sesiapa fasal hal ni. Huda nak pastikan semua dalam keadaan terkawal sebelum Huda ceritakan hal ni pada abah.”

 “Ye..abang faham..”

      Tangan didepa luas sambil berbaring melentang. Sengaja dia berkeadaan begitu kerana cara itu dapat menenangkan Fikirannya. Faridz tersenyum lebar sambil matanya ralit merenung kipas yang sedang berpusing di siling. Pandangannya dikalih pula arah balkoni yang sengaja dibuka pintu cermin agar udara dari luar masuk ke biliknya sambil tersenyum. Masih tidak percaya apa yang didengari dari mulut Huda tadi. Masih terngiang-ngiang suara Huda di telinganya. Faridz masih terasa seperti mimpi di dalam mimpi. Ditepuk-tepuk pipinya untuk memastikan dia tidak bermimpi di siang hari. Namun jauh di sudut hatinya, Faridz masih rasa berdebar bila mengingatkan tentang hal yang ingin Huda nyatakan padanya nanti.


     HUDA melepaskan nafas lega selepas mengakhiri perbualan dengan Faridz tadi. Walaupun dirasakan terlalu cepat membuat keputusan, Huda yakin keputusan itu adalah jalan terbaik untuknya dan Faridz. Huda yakin yang Faridz bukanlah seperti yang digambarkan dalam gambar-gambar yang diterimanya. Hatinya kuat menyatakan ada yang ingin melakukan kianat kepadanya dan Faridz. Huda juga yakin yang orang itu adalah Lisa yang dari awal memang tidak menyukainya sejak awal pertemuan lagi. Sebab itulah juga Huda mempercepatkan agar hubungan cintanya dengan Faridz diikat dengan tali pertunangan agar angkara kianat dan fitnah akan segera dihentikan. Keputusan itu juga melambangkan kesetiaannya. Melalui suara teruja Faridz tadi, Huda yakin Faridz juga sepertinya.

“Kau yakin ke dengan keputusan kau ni, Fara.?” Tanya Rina.

“Aku yakin Rina. Walaupun keputusan gambar tu belum aku ketahui, aku yakin Faridz bukan seperti yang digambarkan.”

“Macam mana kalau Faridz mengaku.?”

“Aku pasrah dan aku terima andai sudah tertulis hubungan kami sampai setakat di situ saja.”

“Kau tak mahu baginya peluang.? Mungkin itu sejarah lamanya sebelum dia mengenali kau.”

“Aku tak akan jilat bekas orang, Rina. Aku geli. Sepanjang masa aku akan terbayangkan saat-saat dia bersama perempuan tu.”

“Aku harap gambar-gambar tu palsu..dan kau tak tersilap langkah.”

“Aku pun harap macam tu.. Insyaallah..aku yakin Allah sentiasa bersama orang-orang yang teraniaya macam aku.”

“Esok kita keluar nak.?” Kata Rina tiba-tiba selepas masing-masing membisu.

“Nak kemana..?” Tanya Huda pelik.

Shopping.!”

Boringlah..lagipun kan kita tengah exam ni..”

“Sekejap je..”

“Malaslah..!”

Okey. Kalau macam tu, hujung minggu ni kau ikut aku balik kampong kejap. Dua hari je..”

“Eh, mana boleh!” Yang sebenarnya Huda bercadang mahu menziarahi keluarga angkatnya Hj. Tahir dan Hjh. Normah.

“Bolehlah..! dua tiga hari je.. Lepas tu kau baliklah..!” Rina terus memujuk rayu.

“Sebenarnya aku nak melawat keluarga angkat aku. Dah lama aku tak lawat dia orang. Aku janji, cuti semester akan datang aku habiskan cuti aku di kampong kau. Macam mana?” Rina sudah tersenyum lebar.

 “Janji..?”

 “Ye..aku janji.” Ujar Huda sambil tersenyum yakin.

 “Okeylah. Aku pegang janji kau tu.” Ujar Rina pula. Huda tersenyum dan angguk.


         
     LISA sudah mula bosan menanti jawapan dari mulut Jimmy. Rasanya sudah hampir sepuluh minit soalan yang ditanya tiada jawapannya. Sejak tadi dia hanya memandang saja muka Jimmy member jawapan. Rasa bengang sangat melihat keletah Jimmy yang seperti tiada jiwa.

 “Kau nak ke tak..?” Tanya Lisa lagi setelah menyedari Jimmy masih belum memberi jawapan tentang tawarannya. Kali ini suaranya ditiggikan sedikit. “Kalau kau taknak, sudah.!” Bentak Lisa . Sakit hatinya melihat Jimmy seperti acuh tak acuh.

 “Okeylah..!aku setuju. Tapi janji kau takkan apa-apakan dia. faham.! Kalau kau apa-apakan dia, nahas kau..!” Ugut Jimmy sambil merenung tajam pada Lisa.

 “Ye..aku takkan apa-apakan budak tu.. kau jangan risaulah.” Lisa cuba meyakinkan Jimmy sambil tersenyum lebar kerana yakin yang usahanya pasti membuahkan hasil yamg memuaskan. Dalam pada itu hatinya sedikit geram dengan jawapan Jimmy tadi. Perihatin sungguh Jimmy terhadap Huda. Apakah Jimmy sudah mula jatuh kasih pada gadis itu? Perasaan cemburu semakin bercambah pada Huda. Apa yang menarik sangat pada gadis polos itu sehingga ramai yang mengaguminya? Usahkan yang muda, yang tua pun turut serta.


      LANGKAH Huda berhenti seketika apabila mendengar namanya dipanggil dari belakang. Rina di sisi turut tersentak lalu memalingkan muka ke belakang memandang pada wajah yang memanggil tadi. Berkerut-kerut wajah Huda dan Rina memandang pada wajah itu.

 “Kau kenal ke Fara.?” Bisik Rina hairan. Huda berfikir-fikir.

 “Entah. Aku tak pasti, tapi rasa macam pernah jumpa.” Balas Huda sambil menggaru-garu dagunya.

 “Awak tak kenal saya.? Sampainya hati..siang malam saya ingatkan awak.” Ujar Jimmy berterus terang. Huda dan Rina semakin binggung. “Kan awak yang langgar saya hari tu.. ingat tak.?”

 “Oohh..baru saya ingat. Apa nama awak..? Sorrylah..saya betul-betul tak ingat.” Kata Huda serba salah.

 “Takpe.. saya sedar siapa saya ni..nama saya Jimmy.”

 “Eh, janganlah cakap macam tu.” Pujuk Huda lalu memperkenalkan Rina pada Jimmy.

 “Sebenarnya saya datang ni nak jumpa awak sekejap. Boleh kita berbual.?”

 “Mm..takpelah Fara, aku naik bilik dulu.” Sampuk Rina setelah menyedari Jimmy hanya mahu berbincang sesuatu dengan sahabatnya itu tanpa ada yang mengganggu. Huda serba salah namun terpaksa rela setelah Rina mula menyusun langkah.

 “Awak nak cakap apa Jimmy.. macam penting je.” Sapa Huda bila Jimmy masih membisu ketika sampai di bangku batu di hadapan bangunan bilik Huda.

 “Kalau saya cakap, awak jangan marah ye.”

     Huda mengerutkan keningnya kerana hairan dengan pembuka kata Jimmy.
  “Saya hanya marah kalau bersebab.” Balas Huda lembut.

  “Sebenarnya semenjak kali pertama saya jumpa awak, saya selalu ingat pada awak. Tak mengapalah kalau awak tak ingatkan saya. Saya faham.” Kata Jimmy sayu.

     Huda tersentak sambil memandang tepat pada wajah Jimmy yang sedang menunduk. Huda cuba mengagak apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Jimmy tika itu. Rasanya semua jejaka yang mula ayat macam tu ketika berbicara dengannya, semua ada agenda yang melibatkan perasaan.

  “Yang sebenarnya, apa yang awak nak sampaikan ni..?” Tanya Huda pelik.

  “Awak ada yang istimewa.?” Tanya Jimmy walaupun sudah tahu akan kebenarannya.

  “Kenapa awak nak tahu.?” Huda menjawab dengan pertanyaan. Sudah diagak.. Tiba-tiba jiwanya rasa rimas.

  “Agar saya tak dianggap sebagai perampas.”

  “Perampas.?” Huda semakin pelik.

     Jimmy menarik nafas dalam-dalam sebelum meneruskan kata-kata untuk meyakinkan Huda. “Saya tak pandai nak berkata-kata, tapi terus terang saya katakan yang saya dah tersuka kat awak. Saya bukan nak paksa awak agar suka kat saya cuma saya harap awak sudi berkawan dengan saya. Kalau awak tak ada yang istimewa, tak salahkan kalau saya jadikan yang teristimewa..?” Ulas Jimmy ikhlas.

“Kenapa.? Sebelum ni awak tak ada yang istimewa ke.?”

 “Tak ada yang ikhlas.” Jawab Jimmy ringkas sambil tersengeh-sengeh memandang Huda.

“Awak yakin ke yang saya ni akan ikhlas kalau terima awak..?”

 “Awak cantik, bersopan, lemah lembut.. rasanya tak salah anggapan saya yang awak ni seorang yang ikhlas.”

 “Awak hanya nampak di luaran saja, dalaman awak tak tahu.”

 “Tapi kita boleh cubakan.?”

 “Ya Allah, jauhkanlah aku dari sebarang godaan. Cukuplah sekali aku alaminya. Tak ingin lagi menanggung rasa bebanan kerasa mainan perasaan. Tetapkanlah hanya seorang sahaja lelaki untukku. Aku tahu yang baik datang dariMu. Yang buruk datang dari ku.” Doa Huda dalam hati.

 “Beginilah Jimmy, Sebenarnya bukan niat saya nak lukakan atau malukan awak. Terus terang saya katakan yang sebenarnya hati saya sudah dimiliki seseorang. Bagi saya dalam dunia ni bukan saya seoarang yang cantik, baik, bersopan.. ramai kat luar sana, saya bersyukur dengan anugerah tuhan ni.. Cuba awak buka mata awak luas-luas, ramai kat sana tu yang menanti orang macam awak untuk dijadikan pasangan. Dengan rupa awak yang tak kurang kacaknya, saya rasa ramai yang nak. Terpulanglah macam mana awak nak dapatkannya. Janji awak ikhlas dan jujur.” Jelas Huda degan sopan dan lembut. “Macam nilah, apa kata kalau kita jadi kawan baik je. Saya tak ramai kawan lelaki . Ramai lelaki di fakulti ni takut nak kawan dengan saya, saya sendiri tak tahu kenapa.” Ulas Huda sambil ketawa kecil. Jimmy turut sama ketawa dengan akuan Huda.

“Masih ada ke yang macam awak kat luar sana.?”

“InsyaAllah.! Berdoa banyak-banyak agar Allah kabulkan doa awak, doa yang ikhlas pasti akan diberkati. Selepas solat, cuba banyakkan berzikir, berselawat, buat soalt hajat dan istikharah, pasti Allah akan kabulkan permintaan awak. Awak percayalah cakap saya, orang yang baik, Allah dah sediakan pasangan yang baik juga.”

 “Saya jahat, kotor.. memang tak layak untuk orang baik seperti awak.” Bentak Jimmy perlahan. Huda beristigfar panjang.

 “Jangan cakap macam tu Jimmy! tak baik. Apa hak kita sebagai hamba untuk menghukum. Kalau awak rasa awak jahat, segeralah perbetulkan, andai awak kata awak kotor, sucikanlah diri awak dengan berwuduk. Saya tak kata awak tak layak untuk saya, cuma awak kena fikir sesuatu, setiap pasangan sudah ditentukan, jodoh saya pun belum tentu dengan pasangan saya tu. Kita hanya merancang, yang tentukan ialah Allah. Awak ni baik Jimmy.. saya yakin Allah dah tetapkan gadis yang baik juga untuk awak. Buat masa ni, saya yakin bukan saya yang Allah tetapkan untuk awak, tapi mana tahu masa akan datang..”

     Jimmy tersenyum mendengar hujah Huda yang panjang lebar. Mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Huda membuatkan jiwanya tenang. Walaupun hajat di hati tidak kesampaian, Jimmy rasa terhibur dapat bersama Huda petang itu.-  

   Sambil berjalan pulang Huda berfikir-fikir tentang apa yang Jimmy sampaikan tadi. Hatinya sedikit cuak.
“Saya harap selepas ni awak tolong berhati-hati. Serba salah saya kalau saya tak bagi tahu awak. Ada orang cuba buat tak baik pada awak.” Huda tersentak mendengar amaran Jimmy.

“Boleh tahu siapa.?” Tanya Huda was-was. Sangkanya Jimmy hanya mahu bergurau. Melihat wajah serius Jimmy meyakinkan Huda yang pemuda itu tidak main-main.

      Jimmy hanya membisu tanpa memandang wajah Huda yang sedang merenungnya. Jimmy serba salah untuk memberitahu perkara sebenar. Di sudut hatinya masih ada rasa kasihan pada Lisa walaupun perasaannya sudah beralih kepada gadis di sebelahnya itu.

      Setelah lama menanti jawapan Jimmy, akhirnya Huda mengambil keputusan agar tidak terus mendesak. Huda yakin Jimmy ada sebab- sebab tertentu mengapa dia berdiam diri.

“Saya harap awak lebih berhati-hati, saya takut perkara buruk jadi kat awak.” Pesan Jimmy sebelum melangkah ke keretanya.  

“Awak jangan risaulah! Insya-Allah, saya tahu jaga diri saya.” Balas Huda lembut walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu betapa takutnya dia dengan amaran Jimmy tadi.

“Siapa tadi tu.?” Tanya Rina ketika Huda melangkah masuk ke biliknya.

“Peminat.” Jawab Huda ringkas sambil tersenyum.

“Aku tak pernah nampak pun selama ni. Budak baru ke.? Nampak macam dah berumur.” Balas Rina hairan.

“Budak luar! aku kenal masa seminar hari tu. Dia datang nak jumpa kawan dia, aku tak sengaja langgar dia masa nak keluar dari perkarangan dewan seminar. Hari ni dia datang semata-mata nak jumpa dengan aku sebab nak kenal dengan lebih rapat. Katun betullah..!” Terang Huda sambil ketawa kecil. Sambil membuka almari bajunya, Huda mencari pakaian untuk persalinannya.

“Kau tak cakap ke kau dah ada jantung hati.?”

“Aku dah cakap. Alhamdulillah dia boleh terima asalkan aku sudi berkawan dengan dia.” Kata Huda sambil menutup kembali almari pakaiannya setelah jumpa pakaian yang dicari. Tuala yang disidai di penyidai di sudut bilik dicapai lalu disangkut ke bahunya.

“Handsome kan..?” Kata Rina tiba-tiba sambil tersenyum malu.

“Kau nak.? Nanti aku rekemenkan.” Seloroh Huda sambil tersenyum sinis.

“Eh, tak payahlah! segan aku. Aku saja cakap je.!”

“Apa salahnya.? Dia pun tengah solo.”

“Bila aku tengok dia tadi, ada iras-iras Arjun Rampal, pelakun bollywood yang handsome tu.” Sampuk Rina sambil cuba mengelak dari berbual mengenai perasaannya.

“Betul-betul! aku pun agak macam tu tadi, tapi aku lupa nama pelakun tu.” Ujar Huda lalu mereka sama-sama ketawa.

“Muka handsome macam tu takkan takde awek..!” Bentak Rina hairan.

“Entah, aku pun tak tahu. Tapi itulah yang dia kata tadi.” Ujar Huda lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri dan berwuduk.  

    Rina termanggu sendiri. Melihat bayang Huda yang sudah hilang dari pandangannya membuatkan dia membatalkan saja niat untuk bertanya lagi mengenai pemuda yang iras-iras pelakun Bollywood itu. Rina mengeluh lemah. 



LISA tersenyum-senyum melihat gambar-gambar di kamera digitalnya. Walaupun belum berpuas hati namun hatinya dapat merasa rancangannya kali ini pesti berjaya. Lisa mengamati lagi gambar-gambar yang diambil tadi. Dia tersenyum lagi. Dia perasan Jimmy dan Huda begitu serius ketika berbicara, namun itu tidak menjadi hal kerana baginya itu bisa diatur. Lisa mengandaikan Jimmy adalah punca rancangannya berjalan lancar dan sebab itu jugalah dia berhasrat untuk merapatkan hubungan Jimmy dan Huda yang dianggap sebagai pengganggu dalam hidupnya.

No comments: