28
HUDA semakin pelik dengan Jimmy yang kerap datang bertandang bertemu
dengannya tak ubah seperti Iskandar dulu. Jika dengan Iskandar, Huda berani
menegur tetapi dengan Jimmy Huda cepat rasa simpati, entah kenapa Huda sendiri
tidak tahu. Mungkin Jimmy banyak meminta nasihat darinya yang dianggap sebagai
sahabat yang boleh membawanya ke jalan yang benar. Huda sudah mula naik rimas,
namun bila memikirkan rasa simpati dan rasa perikemanusiaan sesama islam, tidak
salah rasanya kalau sekadar berbual. Walaupun rasa kurang senang dengan layanan
Jimmy, Huda sedar, Jimmy banyak mengakui tentang dirinya yang sudah jauh hanyut
terpesong dari akidah yang sebenar.
“Saya ni nama je islam, tapi
saya rasa saya semakin jauh dari islam. Tapi semenjak saya kenal dengan awak, saya
mula rasa insaf. Saya senang berkawan dengan awak. Awak banyak mengajar saya ke
arah kebaikan.” Keluh Jimmy perlahan sambil menunduk.
“Jangan cakap macam tu
Jimmy. Kalau awak rasa nak berubah, jangan jadikan saya sebagai alasan, tapi
sebab awak memang benar-benar nak berubah. Saya yakin awak boleh buat andai tak
berjumpa dengan saya pun.. Cuba awak tanya diri awak sendiri, kenapa perlu awak
berubah. Takkan sebab saya kot..? Sedangkan awak tahukan keadaan saya sekarang,
siapa dalam hati saya dan saya tak mahu awak berubah kerana saya.” Terang Huda
sopan.
“Saya tahu awak serba salah
berkawan dengan saya. Sepatutnya saya yang lebih dewasa dari awak yang
sepatutnya menjadi mentor kepada awak ke arah kebaikan, tapi sekarang ni dah
terbalik, saya yang tua ni pulak yang mengharapkan ajaran dari awak.” Ujar
Jimmy termalu-malu.
Huda tersenyum dengan
sindiran berbau gurauan itu. “Saya pun bukan pandai sangat dalam menasihatkan
orang, saya ni pun banyak kekurangannya. Mana yang saya tahu, tak salah kalau
saya kongsikan dengan orang yang memerlukan.” Kata Huda lagi.
“AKU perasan Jimmy tu kerap datang jumpa kau. Kenapa.?” Tanya Rina
satu hari ketika mereka sama-sama sudah mula membaringkan badan di atas katil
untuk beradu. Kertas peperiksaan yang akhir selesai tengah hari tadi
benar-benar buat mereka menarik nafas lega. Walaupun masih ada dua semester
untuk bergelar pelajar, Huda dan Rina yakin keputusan peperiksaan semester kali
ini takkan mengecewakan mereka.
“Entahlah Rina, aku sendiri
naik rimas. Sedangkan Faridz sendiri pun aku tak kasi datang jumpa aku, inikan
pulak dia. Bila aku tanya alasan dia sebab nak belajar jadi orang yang ada
pegangan agama yang tetap. Pelik betullah! Macamlah aku ni ustazah..!” Bentak
Huda lembut.
Rina ketawa mengekek melihat
wajah Huda berkerut-kerut. “Alasan je kot dia nak jumpa kau.” Balas Rina sambil
tersenyum mengusik.
Huda menggeleng lemah. “Aku
tak sabar nak balik. Minggu depan Faridz datang jemput aku.. Kau tak nak datang
rumah aku ke?” Tanya Huda ingin mengubah topik perbualan.
“Teringin sangat. Tapi kau
faham-faham jelah.. Kalau aku tak balik rumah aku, siapa nak tolong mak aku.
Abang aku pun sejak kahwin, mana ada masa balik jenguk mak aku. Adik-adik aku
pun masih ramai yang bersekolah. Tak menang tangan mak aku nak uruskan semua.
Kalau aku balik, sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan beban mak aku.”
Terang Rina sayu.
Huda simpati dengan Rina yang baru
kehilangan ayahnya setahun yang lalu. Huda faham sangat perasaan yang baru
merasa kehilangan orang yang disayang. Dia sendiri sudah merasa walaupun
peristiwa itu sudah berlalu bertahun-tahun yang lalu. Rasa sebak tetap dirasa
hingga kini. Namun dia bersyukur kerana keluarganya tidak susah seperti
keluarga Rina. Dia masih ada abah yang masih kuat untuk memimpin keluarga dan
masih ada umi untuk menumpang kasih walaupun uminya itu hanyalah seorang ibu
tiri. Dengan mempunyai keluarga yang penuh kasih sayang dan mampu hidup mewah
membuatkan Huda sentiasa rasa bersyukur.
“Biasanya kalau kau balik
kampung, apa yang kau buat?”
“Aku tolong mak aku jual
kuih dan nasi lemak.”
“Hm..seronok tu! Aku
teringin nak tengok cara hidup kau. Kau faham-fahamlah, aku bukan ada kampung
macam kau. Keluarga belah arwah ibu atau abah aku pun aku tak pernah kenal.
Baru- baru ni aje aku tahu, tu pun tak berpeluang nak jumpa. Dia orang pun dah
tak ada. Abah aku pun anak yatim piatu, lagilah aku tak berpeluang nak kenal.
Belah arwah ibu aku pun seorang je aku kenal. Keluarga umi aku pun tak ramai.”
Balas Huda sayu bercerita tentang salasilah keluarganya yang kurang mengenali
ahli keluarga.
“Keluarga aku ramai. Belah mak
aku pun hampir suku kampong. Arwah ayah aku jangan cakaplah, lagi ramai..! Ada
setengah tu, aku sendiri tak kenal. Tu baru kira satu kampong. Belum campur
lagi dengan kampung-kampung yang lain. Dulu aku hampir-hampir bercouple dengan sorang mamat dekat
kampung aku. Risik punya risik, tak sangka rupanya mamat tu pangkat toknek aku.
Mahu terkejut beruk aku dibuatnya!.” Cerita Rina.
Huda melopongkan mata dan
mulutnya mendengar cerita Rina. Hampir meleleh air matanya kerana ketawa kuat
dengan cerita lucu Rina. “Habis tu, apa cerita cinta kau dengan toknek kau
tu..?”
“Nak kata apa.. lupa jelah..!
Ikut-ikutkan boleh saja kalau nak kawin sebab saudara jauh belah mak aku, tapi
aku takmau lah. Kalau dia dah pangkat toknek, aku pun secara automatik akan
dapat pangkat macam tu.”
Huda semakin galak ketawa.
“Kau jangan risaulah Fara..!
Bila kau kawin dengan Faridz nanti, kau ajak dia buat anak banyak-banyak. Nanti
aku suruh emak aku bagi petua macam mana nak dapat anak ramai. Orang kata kalau
kawin dengan orang yang kurang adik beradik, kita akan dapat yang sebaliknya.
Aku yakin kau mesti dapat anak ramai. Paling kurang pun tujuh orang.” Seloroh
Rina sambil ketawa kecil. Tujuh jarinya disua betul-betul ke muka Huda hingga
Huda melopong terkejut. Huda turut ketawa sambil geleng kepala. Malu rasanya
bila bercakap mengenai hal-hal sulit macam tu.
“Aminn..! Semoga apa yang kau
cakapkan ni jadi kenyataan.” Balas Huda sambil meraup wajahnya dengan kedua-dua
tapak tangannya. Jauh di sudut hatinya, dia sedar sukar untuk merialisasikan
apa yang dikatakan oleh Rina tadi. Dengan keadaan Faridz, tak mustahil kalau
dia hanya mampu bergelar seorang isteri sahaja. Huda mengeluh lemah.
AWAL pagi selepas sarapan Huda sudah mula
bersiap. Semalam sudah dikhabarkan pada keluarga angkatnya tentang kehadirannya
pagi itu. Berita itu juga turut diberitahu pada Faridz. Pada mulanya Faridz
seperti kurang bersetuju. Tapi bila Huda kata niatnya untuk menziarah, Faridz
terpaksa mengalah.
Tepat jam lapan pagi, Huda tiba di hadapan
rumah Hj. Tahir. Beria-ria Hjh Normah menyambut kedatangan Huda. Malu pula rasa
bila emak angkatnya memeluk dan menciumnya.
“Emak dengan ayah sihat?”
Tanya Huda mesra.
“Sihat..!” Balas kedua-duanya
sambil menjemput Huda masuk.
“Berapa hari Huda cuti?
Tidur sini ye? Rindu betul mak pada Huda.” Huda tersenyum malu. Rasa serba
salah jika menolak.
“Tak menyusahkan mak ke?
Huda seganlah mak..”
“Nak susah dan segan
apanya..? Abang kamu bukan ada sini. Sebulan sekali baru balik. Sejak dia dapat
kerja, dia memang jarang balik. Sibuk katanya..!” Ulas Hjh Normah lagi.
“Abang kerja apa mak, ayah?”
“Dia kerja di UKM. Sebagai
apa bang?” Tanya Hjh Normah sambil menggaru-garu kepala kerana lupa. Huda tersenyum
lucu.
“Tutor.” Jawab Hj Tahir.
“Eh! Ye ke? Huda tak pernah
jumpa pun!” Huda hairan.
“Sengaja dia tak mahu Huda
tahu. Dia tak mahu ganggu Huda belajar.” Huda tersenyum mendengar ulasan Hj.
Tahir.
“Mm..kalau macam tu, baiklah.
Huda ikut cakap mak. Lagipun Huda cuti hari ni dengan esok. Exam dah nak habis minggu depan. Hujung
minggu depan Huda dah nak balik perak.”
“Wah..nampaknya hari ni ayah
tak ada kawan bersembanglah nampaknya.” Sampuk Hj Tahir tiba-tiba.
“Kenapa ayah?” Tanya Huda
hairan.
“Emak Huda ni dah ada Huda.
Tinggallah ayah sorang-sorang..!” Balas Hj Tahir menjauh. Huda tersenyum geli
hati. Merajuk pulak ayah angkatnya.
“Sekali sekala anak
perempuan saya balik, apa salahnya.. Abang ni tak kasi canlah!”
“Mm..yelah..! anak awak
sorang..”
“Ayah merajuk ke?” Usik Huda
pada Hj. Tahir. Seronok pula melihat ayah angkatnya beriaksi begitu.
“Ah! Buruk sangatlah kalau orang tua merajuk.!”
Pangkah Hjh Normah. Huda ketawa mengekek.
“Apa kata kalau hari ni Huda masak makanan
kegemaran ayah. Ayah cakap saja apa yang ayah nak. Huda akan masakkan.” Pujuk
Huda pada Hj. Tahir.
“Baru pujuk sikit dah senyum macam nak
terkoyak mulut!.” Usik Hjh Normah pula pada suaminya bila melihat Hj Tahir
sudah tersenyum lebar.
“Untung ayah ada anak perempuan macam Huda.
Selama ni asyik makan masakan emak kamu je. Huda pandai masak?”
“Bolehlah..! tapi tak boleh lawan masakan
mak..”
Hjh Normah tersenyum malu. Dalam hatinya
memang berkenan sangat jika Huda jadi anak menantunya. Ingin disuarakan niatnya
itu pada Huda. Tapi dia harus bersabar. Risau kalau Huda terkejut. Dia tahu
perasaan sebenar anak terunanya pada gadis itu kerana Iskandar pernah
menyuarakan hasrat untuk melamar Huda. Namun setelah tahu hati gadis itu sudah
terisi dengan seseorang, dia pasrah. Namun kalau dah jodoh pasti takkan kemana.
Mana tahu mungkin jodoh anak terunanya dengan gadis di hadapan matanya
sekarang.
Huda
tidur di rumah keluarga angkat Huda malam ni. Abg jgn risau, dia tak ada.
Huda tersenyum selepas menghantar mesej
pada Faridz.
Ok.
Abang percayakan Huda. Jaga diri baik-baik. Love u..
Makin lebar senyuman Huda
bila membaca balasan Faridz.
Love u
2 3 4 5 6 78 9 ten-ten-ten....Mmmmuah.!
Mengekek-ngekek Huda ketawa.
Niatnya sekadar mahu mengusik.
-Huda sengaja mendera perasaan abang..
-Hahaha..sorry.
Seminggu lagi kita jumpa k.. Tak sabar dah ni, nak jadi tunangan Encik Faridz.
-Lagi
sekali Huda cakap macam ni, sekarang jugak abang datang ambil Huda bawak
balik.!
Makin galak Huda ketawa.
ISKANDAR
melangkah laju masuk kedalam perkarangan rumahnya. Dari luar tadi dia rasa
pelik dan tertanya-tanya siapa tetamu yang datang kerumahnya awal pagi begitu
hingga menghalang keretanya untuk masuk. Biasanya jika hari cuti, memang ada
saja tetamu yang datang tapi waktu petang dan malam dan itupun semua
pelajar-pelajar universiti yang datang untuk belajar dengan Hj.Tahir dalam
jurusan perubatan. Kereta yang terpakir elok ditempat kereta buat dia tertanya-tanya.
Setahunya tiada lagi sahabat atau saudara mara yang memiliki kereta jenis itu.
“Siapa datang ayah?” Tanya
Iskandar pada Hj Tahir selepas bersalaman.
“Pergilah tengok sendiri.
Emak kamu tu macam dah lupa pada ayah bila dah ada kawan baru.” Ulas Hj Tahir
menjauh. Iskandar tersenyum melihat gelagat ayahnya. Lalu dia segera ke dapur.
Langkah diatur agak senyap agar tetamu yang sedang riuh berbual itu tidak
perasan akan kehadirannya. Dari ruang tamu dia cuba mengamati suara itu.
Hatinya kuat berkata dia kenal sangat siapa empunya suara. Sambil mengetap
bibir menahan senyum lebar, Iskandar hanya memerhati dari jauh wajah yang amat
dirinduinya itu. Tak sangka Huda sudi datang lagi ke rumahnya. Jika di tempat
kerja, Iskandar hanya mampu memandang Huda dari jauh. Cukuplah sekadar melepas
rindu. Sebab kerana rasa sayang dan tak tahan menanggung rindulah, Iskandar mengambil
keputusan untuk berkerja di UKM. Kadang-kadang dia pelik dengan perasaannya
sendiri. Walaupun tahu gadis itu sudah ada yang menanti, dia tetap mengharapkan
kasih milik orang.
“Kalau dah rindu sangat,
pergi jumpa terus. Kalau intai-intai macam ni bukan dapat apa..!” Bisik Hj
Tahir dari belakang. Iskandar tersentak sambil menahan malu. Lalu kakinya mula melangkah ke
ruang dapur.
“Assalamualaikum..!” Ucap
Iskandar lembut. Huda dan Hjh Normah tersentak lalu masing-masing menoleh. Bila
melihat wajah terkejut Huda, Iskandar ketawa lucu.
“Abang! Bila abang balik?”
Jerit Huda teruja. Bibirnya diketap menahan malu. Merah mukanya bila Iskandar
merenungnya begitu. Melihat penampilan Iskandar buat jantungnya berdegup
kencang. Selalunya penampilan Iskandar hanya T-shirt dan jeans sahaja. Tapi
bila melihat Iskandar berpakaian formal begitu, buat matanya tak kelip
memandang.
“Bertuah punya anak! Balik
tak bagi tau.. Buat orang terkejut saja!” Gerutu Hjh Normah.
“Sorry..buat semua terkejut. Abang baru sampai je. Ingatkan siapalah
yang punya kereta cantik kat luar tu! Bila sampai?”
“Pukul lapan tadi. Huda cuti
jadi datang sini nak jumpa mak dengan ayah.”
“Mak dengan ayah saja?
Abang?” Tanya Iskandar dengan senyuman nakal.
“Mak kata abang kerja. Tak
ada masa nak balik. Sibuk! Yelah..! Orang tukan dah berjawatan sekarang ni.
Mestilah sibuk memanjang..! Kalau Huda datang nak jumpa dia pun, orang tu bukan
nak jumpa Huda..” Ulas Huda pura-pura merajuk.
“Amboi..! Sedapnya mulut
bercakap. Ada insuran ke takde ni? Pandai kata orang, dia yang tak sudi..!”
Balas Iskandar geram.
“Abang yang tak sudi jumpa
Huda. Kalau abang sayang Huda kenapa abang tak datang jumpa Huda. Nama saja
tempat kerja dekat dengan tempat Huda. Tapi tak sudi pun nak bagitahu. Sedih
tau..! Abang apa macam ni? Baik tak payah ada abang!” Balas Huda sambil menjeling
manja.
“Mana cili ni? Nak kena
tenyeh mulut budak ni!” Iskandar kalut mencari cili. Bila dapat saja cili merah
yang berada atas meja, terus saja disuakan ke mulut Huda. Huda menjerit minta
tolong pada Hjh. Normah sambil ketawa.
“Abang jahat..! Mak tengok
abang ni. Nasib baik cili ni tak pedas..!” Rengak Huda manja.
“Padan muka! Buat lagi.!”
Balas Iskandar geram lalu dia turut ketawa.
Hjh Normah yang tersenyum simpul melihat
anak teruna dan anak angkatnya berdebat. Baru terasa riuh rendah rumahnya.
Selama ini rumah itu sunyi sepi. Untuk tidak mahu mengganggu anak-anaknya
berbual, Hjh Normah senyap-senyap mahu keluar meninggalkan mereka berdua. Namun
langkahnya terhenti bila Huda menyergahnya.
“Mak nak pergi mana tu?”
Jerit Huda pada Hjh. Normah yang sudah berada dipintu dapur.
“Mak nak ambil angin di
luar. Huda masaklah ye!”
“Hari ni biar Is temankan
Huda masak. Mak pergilah duduk luar dengan ayah. Ayah tu dah merajuk sebab mak
langsung tak bersembang dengan dia hari ni.” Kata Iskandar pada Hjh Normah.
Huda ketawa kecil.
“Huda nak masak apa ni?”
Tanya Iskandar bila melihat ikan pari yang siap dipotong berada atas meja
dapur.
“Ayah kata nak makan ikan
pari masak asam pedas.” Jawab Huda gugup bila Iskandar mendekatinya.
“Mm..favourite abang ni.!”
“Oh! Ye ke? Mm..Huda baru
tahu.”
“Dah tak tanya mana nak
tahu..!” Sebatang serai diketuk lalu masukkan ke dalam periuk yang mengandungi
minyak untuk menumis. Kemudian, cili yang siap dikisar bersama bawang dan
belacan segera Iskandar masukkan dalam periuk yang sudah panas minyak. Huda
mengangkat kening sambil tersenyum. Pada firasatnya Iskandar seperti sudah
biasa buat kerja dapur. Cara Iskandar mengacau bahan tumisan dalam periuk pun
buat Huda mengagumi lelaki itu.
“Kena tanya ke? Takut kalau
tanya nanti kata busy body pulak!”
“Tanyalah apa saja, abang
akan bagi tahu jawapannya.”
“Betul?” Tanya Huda ceria sambil memotong timun.
“Betul..! Tanyalah.” Balas
Iskandar sambil tersenyum. Air dimasukkan dan dikacau lagi hungga mendidih.
Ikan pari dimasukkan pula bersama asam keeping, daun kesom dan bunga kantan. Sambil mengacau, disuakan hidungnya menghidu aroma masakan. Sesekali Iskandar tersenyum sendiri. Huda semakin asyik melihat telatah Iskandar. Bila Iskandar menoleh pandang wajahnya, Huda kalut menyambung kerjanya.
Ikan pari dimasukkan pula bersama asam keeping, daun kesom dan bunga kantan. Sambil mengacau, disuakan hidungnya menghidu aroma masakan. Sesekali Iskandar tersenyum sendiri. Huda semakin asyik melihat telatah Iskandar. Bila Iskandar menoleh pandang wajahnya, Huda kalut menyambung kerjanya.
“Bila nak kawin?”
“Selagi Huda tak kawin,
abang tetap akan tunggu Huda.”
Huda tersentak bila jarinya
terhiris dengan pisau yang dipegang. Iskandar melopong melihat jari Huda yang
sedang berdarah.
“Ya Allah!” Bisik Iskandar
perlahan lalu menerpa jemari Huda dan ditarik tangan Huda agar ikut langkahnya
ke sink. Selepas basuh luka, darah
tetap mengalir, lalu dengan tindakan spontan, Iskandar memasukkan jari Huda ke
dalam mulutnya lalu dihisap luka itu hingga tiada lagi darah yang keluar. Huda
makin tergamam.
“Tangan kiri ni
bang..kotor!” Kata Huda perlahan. Namun Iskandar tidak endahkan kata Huda.
Kotak ubat dibuka untuk mengambil plaster luka.
“Sakit lagi? Abang minta maaf sebab buat Huda
terkejut.” Ucap Iskandar lembut sambil membalut jari Huda menggunakan plaster
luka. Huda menahan sebak. Tak sanggup terima layanan begitu dari lelaki yang
pernah menghulurkan cinta padanya. Paling menyakitkan bila cinta itu ditolak.
“Tak sakit pun..! Sikit saja
ni.. Abang jangan risau okey. Huda
tak apa-apa.” Kata Huda lalu meneruskan kerjanya.
“Biar abang buat. Huda pergi
ke depan.”
“Ish! Abang ni..! Ingat Huda
ni cengeng sangat ke macam yang abang
kata pada Huda dulu. Bukannya patah, luka sikit je.!” Bentak Huda perlahan.
Iskandar tersenyum malu bila Huda mengungkit kisah pertama kali dia membuli
Huda semasa orientasi.
Akhirnya siap juga hidangan untuk makan
tengahari. Tersenyum lebar Hj. Tahir melihat makanan kegemarannya. Begitu juga
dengan Iskandar.
“Anak bapak sama saja!”
Gerutu Hjh Normah sambil menjeling pada suami dan anaknya yang kelihatan tidak
sabar mahu makan. Huda mengekek ketawa.
“Kenapa baunya lain sikit
dari yang Mah buat?” Tanya Hj. Tahir hairan sambil menghidu kuah asam pedas
yang siap diceduk ke dalam pinggan nasinya. “Hmm..sedap! Rasanya pun lain
sikit” Ujar Hj Marzuki lagi selepas menghirup kuah itu. Iskandar tidak menunggu
lama lantas terus menceduk kuah tersebut lalu menghirup rakus. Sambil
mengangguk wajah Huda dipandang lalu senyuman terukir di bibir. Huda balas
dengan menyungkit kening. Bila melihat Iskandar mengangkat ibu jarinya, Huda
tersenyum lebar.
“Asam pedas ni rasa lain
sebab Huda masukkan sedikit tempoyak. Resepi ni Huda belajar dari umi. Asam
pedas yang biasa kita makan dekat kedai, tu adalah resepi dari negeri johor.
Rasa memang sedap. Tapi kalau mahu resepi dari perak, macam yang Huda buat
nilah..!” Terang Huda panjang lebar. Iskandar pandang muka Huda dengan
kehairanan. Dia sendiri kurang pasti bila masa Huda masukkan tempoyak itu.
Rasanya asam pedas tu, dia yang masak hingga mendidih.
“Emak tak pernah masak guna
tempoyak. Tak pandai pun.! Tempoyak tu sebenarnya adik ayah yang bagi. Katanya
kawan baiknya dari perak yang kasi. Sebab mak tak mahu dia berkecil hati, mak
ambil juga. Tambah pulak, tempoyak ni boleh disimpan lama. Nasib baik Huda
datang. Ada gunanya juga tempoyak tu. Nampaknya mak kena belajar masaklah dari
Huda.”
“Apa salahnya. Huda sudi
mengajar. Huda pun teringin jugak nak belajar masakan orang cina.” Balas Huda mesra.
“Huda kena rajin datang
sinilah nampaknya..!” Hj. Tahir menyampuk.
“Duduk sini teruslah.! Jadi
anak mak terus. Mak lebih suka kalau Huda jadi menantu mak.”
Iskandar tersedak dan
terbatuk-batuk. Huda yang berada di sebelah Iskandar berasa lucu lalu belakang
Iskandar ditepuk-tepuk perlahan. Setelah Iskandar pulih, air kosong dihulurkan
pada Iskandar.
“Awak buat lawak masa makan.
Nasib baik tak tercekik budak tu!” Tempelak Hj Tahir pada Hjh Normah.
“Mak..! Kita dah bincangkan
hal ni? Jangan desak adik Is ni. Tak senang duduk dia nanti.” Iskandar berkata
perlahan.
Huda hanya tunduk memandang
nasi di hadapannya. Rasa bersalah kerana emak angkatnya juga berharap seperti
Iskandar.
“Sorry.! Mak terlalu mengharap..” Kata Hjh Normah perlahan.
“Janganlah mak cakap macam
tu. Mak tak salah apa-apa pun..! Hudakan anak mak..! Apa-apa yang jadi, Huda
tetap anak mak. Malam ni Huda nak tidur dengan mak. Boleh?” Pujuk Huda sayu.
“Hah! Sudah. Ayah macam
mana.?” Pangkah Hj Tahir terkejut. Huda sudah ketawa mengekek melihat telatah
ayah angkatnya. Akhirnya Iskandar dan Hjh Normah turut menghamburkan tawa.
Selepas makan tengahari, Huda tarsus
menghantar mesej pada Faridz.
-Sorry
bang. Huda nak bg tahu, dia ada di sini. Baru sampai.
-Ok.
Abang faham. Abang yakin dengan Huda. Take
care..
-terima
kasih bang..
Ucap Huda dalam mesejnya pada Faridz.
Ucap Huda dalam mesejnya pada Faridz.
Malam itu mereka berjemaah bersama. Usai solat Hj. Tahir turut
mengadakan sedikit tazkirah. Huda bangga mengenali keluarga itu. Patutlah
sepanjang perkenalannya dengan Iskandar, lelaki itu hebat bila perkatakan
tentang agama. Dalam diam Huda mengaku, ciri-ciri lelaki idamannya ada pada
Iskandar. Namun apakan daya. Dia insan lemah yang hanya mampu menyintai seorang
lelaki.
Selepas makan malam, Huda duduk sendirian
di halaman rumah sambil mengadap laptopnya. Memandangkan masih ada paper yang
belum selesai, Huda cuba buat ulangkaji sikit.
“Berchating dengan siapa?” Tiba-tiba suara Iskandar memecah
keheningan malam. Huda tersenyum malu sambil berdesit.
“Huda tak ada masa nak berchating. Abang ni tak baik tau buruk
sangka kat Huda. Huda tengah study
ni.. Minggu depan ada paper.”
“Nak abang tolong?”
“Tak payah. Terima kasih
sajalah.. Lagipun abang bukan tahu kos ni..! Dari Huda tanya abang, baik Huda
tanya ayah atau mak.!” Iskandar ketawa kecil sambil menggeleng kepala.
“Kenapa abang tak ambil
jurusan yang sama macam emak dan ayah? Kalau tak mesti Huda jadikan abang
sebagai mentor atau salah seorang study
group Huda. Abangkan satu-satunya
anak dia orang. Mesti dia orang bangga kalau abang mewarisi bidang mereka.”
“Entah. Abang tak tahu.
Mungkin sebab abang tak minat. Tapi abang yakin dia orang bangga sebab anak
perempuan dia orang dah ikut jejak dia orang.” Huda tersenyum malu.
“Huda! Abang nak tanya Huda
sesuatu. Abang tak kisah Huda nak jawab atau tidak. Tapi kalau Huda jawab,
abang nak jawapan jujur.
“Tanyalah!” Balas Huda
menopang dagu.
“Huda jujur dan ikhlas
terima Faridz.?”
Huda senyum dan mengangguk.
“Huda benar-benar cintakan
Faridz?”
Sekali lagi Huda mengangguk.
Senyuman tetap tak lekang dari bibir merahnya.
“Huda masih cintakan abang?”
Huda telan air liur. Tak
tahu nak jawab. Bimbang jika dijawab Iskandar akan terus mengharap. Baginya
cinta yang tersiap ada sejak dulu tidak akan hilang. Huda binggung bagaimana
mahu hilangkan perasaan itu. Sudah dicuba berkali-kali tapi tetap tidak boleh.
Rasa berdosa sangat dengan Faridz. Bila Huda terus membisu, Iskandar terus
dengan soalan lain.
“Andainya satu hari nanti,
Faridz melukakan hati Huda, adakah Huda akan kembali pada abang?”
Huda makin tergamam. Tak
sanggup dia nak menjawab soalan itu.
“Huda nak tahu! Cinta kalau bahasanya
hati..itulah cinta haqiqi. Kasih jika dasarnya rabbi..itulah kasih sejati. Cinta
kita pasti diuji, kerana itu sudah tradisi janji. Huda fahamkan maksud abang?”
Huda terkesima dengan
kata-kata Iskandar. Betul ke? Huda kurang pasti dengan firasatnya tentang apa
yang Iskandar sampaikan tadi.
“Abang! Terus terang Huda
kata, Huda memang sayangkan abang. Tapi cinta Huda dah serahkan sepenuhnya pada
abang Faridz. Huda mengaku, ciri-ciri lelaki idaman Huda, ada pada abang. Abang
sempurna. Tak macam abang Faridz yang ada kekurangan. Janganlah abang tanya apa
kekurangan pada diri Faridz kerana hanya Allah dan Huda saja yang tahu. Kalau
abang nak tahu, sebab kekurangannya itulah buat Huda terima dia. Abang terlalu
sempurna. Huda takut Huda riak atau takbur dengan kesempurnaan abang. Dan Huda
was-was kalau kesempurnaan abang tu hanya bersifat sementara. Abang pernah
dengar satu ungkapan? Cinta yang dicari adalah baik. Tetapi cinta yang didapati
tanpa dicari adalah lebih baik. Huda beruntung sebab cinta datang mencari Huda.
Kedua-dua cinta yang hadir bukanlah yang Huda cari. Abang pun boleh senasib
macam Huda. Jangan abang terlalu taksub dengan cinta yang abang cari, tapi
cubalah beri peluang pada mereka yang mahu memberi cinta pada abang. Abang
fahamkan maksud Huda? Huda tak ada kuasa nak memaksa abang lupakan Huda, tapi abang
patut sedar Huda ni ada kelemahan dan kekurangan?”
“Tapi abang tak nampak
kekurangan Huda”
“Abang buta kerana cinta. Pertama
kali Huda ucapkan kata cinta, sayang dan rindu pada abang, sepatutnya masa tu
abang dah nampak kelemahan dan kekurangan Huda. Huda curang pada Faridz. Tak
mustahil juga kalau satu hari nanti Huda buat macam tu pada abang. Abang nak
kalau Huda macam tu? Izinkan Huda tebus dosa Huda pada abang Faridz. Huda
mengharapkan kesetiaan dari dia, tapi di belakang dia Huda berani main cinta
dengan abang. Huda rasa bersalah sangat pada dia.”
Iskandar diam seribu bahasa. Pandangannya
yang dilemparkan ke wajah Huda, dialihkan pula di jari manis Huda. Baru dia
sedar dengan kehadiran cincin di jari manis itu. Iskandar lepaskan nafas lemah.
Dalam diam diam mula berfikir. Sambil mengangguk Iskandar tersenyum nipis.
“Adik abang dah pandai
berfalsafah sekarang ye?”
Huda tersenyum malu.
“Pagi esok temankan abang, boleh?”
Huda tersenyum malu.
“Pagi esok temankan abang, boleh?”
“Kemana?”
“Joging”
“Huda tak bawak baju.”
“Baju abang banyak. Nanti
abang cari yang sesuai dengan Huda.” Huda tersenyum lalu angguk tanda setuju.
No comments:
Post a Comment