PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Wednesday, 17 December 2014

BAB 29 TERTULIS KAU MILIKKU

29
     FARIDZ memicit-micit kepalanya yang berdenyut-denyut. Matanya yang dipaksa dari tadi untuk tidur masih berdegil agar terus berjaga. Jam di meja lampu tidurnya ditatap sejenak, sudah ke angka tiga pagi, namun tiada tanda-tanda mengantuk di matanya. Sampul surat yang diletakkan di tepi telefon bimbitnya dicapai. Dia sendiri kurang pasti siapa yang menghantar bungkusan itu di pejabatnya. Sambil mengeluarkan isi dalam sampul itu, Faridz mengeluh lemah. Gambar Huda dan seorang pemuda yang nampak mesra membuatkan dia kurang bermaya. Lama ditatap gambar-gambar itu membuatkan hatinya semakin sakit. Namun bila mengenangkan panggilan Huda dua minggu lalu, hatinya sedikit terubat. Pelik! Itulah yang dirasakan tika itu. Andai gadisnya sudah ada yang lain, kenapa kekasihnya itu menyuruhnya buktikan cintanya. Hatinya tertanya-tanya, apakah ini ada kaitan dengan apa yang akan disampaikan oleh Huda nanti. Rasa cuak tiba-tiba hadir dalam jiwanya. Walaupun yakin dengan cinta Huda, dia tetap risau andai apa yang difikirkan terjadi. Pesanan Huda agar terus mempercayai dirinya, terimbas kembali. Faridz terangguk-angguk sambil tersenyum. Hari jumaat yang dinanti pasti menjelma.


      HAMPIR tiga hari bayang Jimmy tidak kelihatan. Huda hairan namun jauh di sudut hatinya dia berasa sedikit lega tanpa kehadiran Jimmy. Tapi hari ini ketika  langkahnya diatur menuju ke padang untuk beriadah, Huda terpaku kerana Jimmy sedang menantinya di kawasan pakir. Huda tersentak namun diusahakan memaniskan muka agar lelaki itu tidak terasa dengan layanan hambarnya.

“Apa mimpi ni..?” Tegur Huda sambil tersenyum melihat Jimmy tersandar selesa di kereta.

“Tak ada apa-apa mimpi. Cuma datang nak berbual saja.”  Jawab Jimmy lemah sambil melangkah ke arah bangku batu yang tersedia di situ.

Huda hairan melihat Jimmy yang sedikit kurang bermaya. “Kenapa ni..awak tak sihat ye..?” Tanya Huda lembut.

     Pertanyaan Huda hanya dijawab dengan gelengan kepala sahaja. Bungkusan yang dipegang diletakkan di atas meja batu dan dikeluarkan satu persatu lalu dihidangkan di hadapan Huda yang sedang mengadapnya.

“Wah..! ada kek.. Hari jadi awak ek..?” Tanya Huda teruja. Dicuba menceriakan suasana apabila Jimmy masih mendiamkan diri.

“Ini bukan kek hari jadi, tapi kek sempena hari terakhir saya dekat malaysia ni. Lepas ni saya nak balik dah ke negara asal saya.” Kata Jimmy setelah melihat wajah Huda yang sudah dilanda kebosanan.

     Huda semakin hairan dengan nada sayu Jimmy. “Awak nak balik mana..?”

“Negara saya dekat india. Mak saya orang sana, ayah saya orang sini. Saya datang sini atas urusan kerja. Dah lima tahun saya kat sini sampaikan saya dah pandai berbahasa.” Terang Jimmy sambil ketawa kecil.

“Habis tu, kerja awak dekat sini macam mana pulak.?”

“Adik saya pulak yang akan ambil alih. Dekat sana kerja lain sedang menanti saya. Ayah saya nak adik saya pulak cari pengalaman dekat sini.” Jimmy terus bercerita mengenai keluarganya dan bisnes keluarganya yang beroperasi di Malaysia. Huda kagum dengan semangat Jimmy, walaupun masih muda, dia sudah dapat memikul tanggungjawab di sebuah syarikat yang agak besar. Perusahaan texstle dan ukiran kayu yang diusahakan oleh keluarganya dapat diteruskan dengan baik.

“Mm..kawan saya cakap, muka awak macam Arjun Rampal.” Seloroh Huda tersenyum-senyum.

“Arjun Rampal.? Siapa tu..?” Tanya Jimmy hairan.

“Arjun Rampal pun awak tak kenal.? Kata asal dari India..! Pelakun bollywood yang hendsome tu.” Bentak Huda lembut.

“Ohh..pelakun tu..! Saya tak ada masa nak ambil tahu fasal dunia artis ni. kerja saya pun kadang-kadang tertunda. Dekat malaysia ni pun saya cuma kenal Siti Nurhaliza je.” Tergelak kecil Jimmy melihat Huda hanya berkerut dahi.

“Bila awak nak datang ke sini lagi.?” Tanya Huda tanpa pedulikan jawapan Jimmy tadi. Baginya topik itu tidak ada pentingnya.

“Tak tahulah. Rasanya dah tak datang kot.!”

“Bunyi macam merajuk je!”

“Memang merajuk pun..! Bunga yang dipuja rupanya milik orang.” Sindir Jimmy sambil memasukkan straw ke dalam air kotak lalu dihulurkan kepada Huda di hadapannya.

Huda tersentak sambil merenung tajam ke wajah Jimmy yang kelat. “Janganlah cakap macam ni. Saya terasa tau..! Bunga lain kan banyak..!” Pujuk Huda sambil menyedut air jus oren ditangannya.

“Tak sama dengan bunga kat sini.!” Jimmy memberi jawapan bersahaja.

Huda hanya mengeluh lemah sambil menggeleng kepala. Bagi Huda saat itu tak perlu dikatakan apa lagi jika Jimmy tetap dengan pendiriannya. Sambil menjamah kek coklat di atas meja batu itu, Huda perasan Jimmy seperti mahu perkatakan sesuatu yang tak terluah dari bibirnya.  Sambil mengamati wajah anak kacukan itu, Huda tersenyum malu. Untuk mengurangkan rasa malu itu, Huda memberanikan bertanya.

“Awak ada sesuatu nak cakap dengan saya ke?”

“Mana awak tahu..?”

“Tengok muka awak pun saya dah tahu. Gelisah semacam, betulkan.?”

“Sebenarnya memang ada sesuatu yang nak saya bagitahu sebelum saya berangkat pulang. Walau 'macam mana pun, saya kena berterus terang, kalau tidak hidup saya sentiasa dibayangi rasa bersalah. Semua ni ada kaitan dengan awak , Faridz dan juga Lisa.” Ucap Jimmy lambat-lambat sambil menunduk. Tidak berani bertentang mata sambil menceritakan semua kepada gadis idamannya.  
 
     Huda sedikit panik bila mendengar nama-nama yang disebut oleh Jimmy tadi. Tertanya- tanya dia dalam hati, bagaimana Jimmy boleh mengenali Faridz dan Lisa. Mukanya berkerut memikirkan apa yang bakal disampaikan oleh Jimmy nanti.

“Sebenarnya saya kenal dengan Lisa lima tahun yang lalu ketika saya mula-mula sampai ke sini. Masa tu dia dah bertunang dengan Faridz. Entah apa yang menghasut saya waktu tu saya sendiri tidak tahu hinggakan sanggup menjadi punca keretakan hubungan mereka. Walaupun dah tahu Lisa dah bertunang, saya tetap berdamping dengan dia. Menurut Lisa, dia bosan dengan sikap Faridz yang ala-ala pak lebai. Macam- macam tak boleh hinggakan dia naik rimas. Mula-mula saya memang rasa senang dengan dia, dalam erti kata lain saya mula terpikat dengan kecantikannya. tapi makin lama saya sendiri naik bosan dengan sikap dia yang acuh tak acuh. Saya ni dia buat macam tak ada maruah diri. Masa dia nak, dia cari saya, bila dia bosan, dia cari yang lain. Saya sendiri tak faham apa yang dia nak sebenarnya. Kasihan Faridz, sebabkan saya, dia merana. Saya tahu apa yang terjadi padanya selepas kejadian itu..” Luah Jimmy perlahan. Wajah Huda ditatap sejenak kemudian mengalihkan pandangan ke arah padang yang menampakkan beberapa pelajar yang sedang menendang bola. Tak terluah rasanya andai matanya masih terarah pada wajah manis Huda yang sedikit terkejut dengan pengakuan yang dibuat tadi. Itu baru separuh. Pasti Huda akan lebih terkejut dengan berita yang bakal diterimanya nanti.

“Memang betul apa yang awak cakap hari tu. Orang yang baik pasti Allah akan sediakan pasangan yang baik juga. Saya bersyukur kerana Faridz dipertemukan dengan awak. Padan sangat.!  Taklah saya rasa bersalah sangat. Cuma saya sedikit terkilan sebab kenapa saya tak bertemu dulu dengan awak. Tapi saya yakin awak takkan terima diri saya yang jahat ni.” Jimmy merendah diri. Huda tersenyum malu.

“Ada satu lagi yang perlu awak tahu.” Kata Jimmy lambat-lambat sambil merenung wajah Huda. Nafasnya ditarik panjang sebelum melepaskan dengan kasar.

      Huda berdebar-debar menanti. Air jus oren di dalam kotak yang dipegang sejak tadi disedut berkali-kali agar rasa debar beransur pergi. Berderup-derup bunyi alunan jus yang disedut menandakan jus oren itu sudah habis.

“Mesti awak ada terima sesuatu sebelum nikan..?” Tanya Jimmy.

     Huda mengerutkan dahi kerana hairan. Badannya yang relax sejak tadi menegak kerana terkejut.

“Sebenarnya gambar yang awak terima hari tu adalah idea dari Lisa. Mula -mula dia nak saya bantu dia halang hubungan awak dengan Faridz. Tapi sebab saya sentiasa sibuk, jadi saya sentiasa tak ada masa nak bantu dia. Saya mengaku, gambar yang mula-mula awak terima tu, saya yang sampaikan. Tapi yang kali kedua tu memang dari Lisa . Saya sendiri tak tahu dia boleh bertindak macam tu. Tapi saya nak awak tahu, gambar-gambar tu adalah gambar palsu. Awak tak perlu sangsi dengan Faridz kerana dia betul-betul setia dengan awak.” Terang Jimmy sedikit gelabah bila Huda menjegikan mata.

“Sampai hati awak buat saya macam ni. Apa salah saya..? Awak tahu tak saya hampir-hampir putus asa.!” Luah Huda sayu yang menampakkan wajah kecewa.

“Saya benar-benar minta maaf. Saya rasa bersalah sangat. Bila Lisa menawarkan akan bantu saya mendapatkan awak, saya seakan terpedaya dengan hasutan dia, nasib baik saya sedar awal, kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi pada awak. Sekarang ni Lisa sedang merancang sesuatu untuk menjatuhkan awak. Saya rasa Faridz pun dah terima seperti apa yang awak terima. Saya harap awak lebih berhati-hati selepas ni. Saya rasa berdosa sangat sebab dulu saya pisahkan Faridz dengan Lisa, tapi kali ni saya nak pisahkan awak dengan Faridz pulak. Saya dah insaf, saya tak mahu malakukan dosa yang sama, memutuskan hubungan silaturrahim sesama islam hukumnya berdosa. Saya malu nak jumpa dengan Faridz. Tapi satu hari nanti saya akan jumpa juga dengan dia mohon ampun.”

      Huda cuba berlagak tenang walaupun agak berang mendengar pengakuan ikhlas Jimmy. Dilepaskan keluhan yang lemah sambil terangguk-angguk.

“Saya harap awak dapat maafkan saya sebelum saya pergi. Saya tak mahu diganggu dengan dosa yang telah saya buat. Terus terang saya katakan, pada mulanya memang saya bersetuju menolong Lisa untuk pisahkan awak berdua. Tapi bila pertama kali pandang wajah awak, hati saya kuat berkata bahawa saya sudah jatuh hati pandang pertama. Namun saya sedar, kadang-kadang bila ingat kembali apa yang awak cakap tentang orang yang baik pasti mendapat pasangan yang baik, saya sedikit cuak. Saya ni jahat, pasti pasangan hidup saya macam saya jugak.” Ujar Jimmy lambat-lambat.

“Awak tak boleh fikir macam tu. Kalau awak nak pasangan yang baik, awak kenalah ubah diri awak jadi yang terbaik. Allah tu maha mengetahui apa yang hambanya buat. Dia pasti akan beri ganjaran kalau awak melakukan sesuatu perkara yang baik. Macam sekarang ni, awak dah melakukan satu kebaikan dan saya yakin ada ganjaran di sebalik tu.” Huda terhenti seketika sambil melepakan keluhan. “Tak mengapalah.. saya sudi maafkan awak. Saya harap awak akan berterusan bersikap macam ni.” Sambung Huda lagi sambil menyuakan kamera telefon bimbitnya ke arah Jimmy yang sedang tersenyum.

“Eh, janganlah macam ni.. malu saya.!” Kata Jimmy malu-malu.

“Saja nak buat kenang-kenangan. Saya tak ada kawan yang datang dari luar negara, awak orang pertama. Lagipun awak ramai peminat dekat sini, semua  asyik tanya saya tentang awak.” Terang Huda sambil tersenyum sinis. Teringat dia tentang beberapa pelajar perempuan yang asyik bertanyakan tentang Arjun Rampal celup yang sering bersama dengannya hampir setiap petang.

“Ada-ada jelah awak ni.!” Balas Jimmy tersenyum malu.

“Awak lain sangat hari ni. Mula-mula dulu saya tengok awak macam orang tak larat nak hidup. Selekeh semacam! Tapi hari ni saya teruja tengok awak. Nasib baik saya dah ada Faridz, kalau tak, dah lama saya ngorat awak. Saya suka stile rambut awak, cara awak berpakaian.. lain sangat! Awak nampak lebih berkeyakinan.”  Huda cuba berseloroh sambil sekali lagi menyuakan telefon bimbitnya di hadapan Jimmy yang sedang meledakkan tawa.

“Ni kalau jual ni, laku ni..!” Ucap Huda sambil merenung gambar-gambar Jimmy yang diambil sebentar tadi. Bibirnya terukir senyuman lebar.

“Awak tak mahu ambil gambar saya.” Tanya Huda ceria. Walaupun malu dengan soalan itu, ditebalkan juga mukanya kerana niatnya hanya untuk suka-suka sahaja.

“Tak perlu.! Sebab wajah awak dah saya setkan dalam memori hati saya. Saya yakin wajah tu takkan hilang selagi saya tak berjumpa dengan yang sesuai dengan saya.” Jawab Jimmy bersahaja lalu bangun dari tempat duduknya. Huda hanya terdiam sambil tersenyum nipis. “Makan nasi minyak nanti jangan lupa jemput saya. Kalau rajin e-mail saya selalu.” Sambung Jimmy lagi sambil menyerahkan kad namanya lalu mula melangkah masuk kedalam keretanya. Huda hanya memerhatikan saja Jimmy menghidupkan enjin  dan menggerakkan keretanya hinggalah kelibat kereta Jimmy hilang dari pandangan matanya. Huda termanggu sendiri di situ. Bagai bermimpi di siang hari, dia seakan tidak percaya dengan apa yang Jimmy sampaikan tadi. Nampaknya seorang lagi teman yang dianggap baik pergi meninggalkannya selepas Iskandar. Selesai mengemas bekas kek dan kotak minuman yang terhidang tadi, Huda melangkah pulang ke bilik dengan perasaan lega. Bibirnya tersenyum puas. Rasanya tak perlu lagi dia berjumpa dan meminta bantuan Nur kerana jawapannya sudah ada. Namun hatinya sedikit terganggu dengan pesanan dari Jimmy tadi yang menyuruhnya berhati-hati kerana Lisa takkan berhenti dengan rancangan buruknya selagi apa yang dihasratkan tidak tercapai.


      LISA tersenyum puas memandang wajahnya di cermin. Dibelek dari atas hingga ke bawah, tubuhnya dilentok-lentokkan ke kiri dan ke kanan. Sesekali dia menyelak-nyelak rambut perangnya yang panjang hingga paras dada. Lisa cukup yakin dengan penampilannya yang masih anggun dan mampu lagi untuk meraih kasih Faridz.

      Tubuhnya dihempaskan ke atas katil tilam empuknya. Telefon bimbitnya dicapai dan mula mencari nama Jimmy. Lisa cukup panas dengan sikap Jimmy sejak akhir-akhir ini. Panggilannya tidak pernah disambut, begitu juga dengan sms yang tak pernah berbalas. Dicuba mencari hingga ke rumah, namun hampa. Lisa yakin Jimmy pasti akan datang mencarinya suatu hari nanti.


      JAM sudah menunjukkan ke angka sembilan malam. Jimmy bersendirian ke KLIA. Tidak ada seorang pun kawan-kawannya yang mengetahui tentang kepulangannya ke India. Cuma staf-staf di pejabat saja yang tahu , itu pun cuma beberapa kerat saja. Telefon bimbit ditangannya direnung tajam. Keinginannya untuk menghubungi Huda terpaksa dibatalkan kerana risau andai Huda memarahinya kerana mendapatkan nombor telefon gadis itu tanpa pengetahuan Huda sendiri. Akhirnya Jimmy mengambil keputusan untuk menghantar sms sahaja. Hampir lima minit menanti, namun masih tiada balasan. Jimmy terus menutup talian telefon kerana pengumuman akhir pelepasan penerbangannya baru saja kedengaran. Jimmy melangkah lemah.” Selamat tinggal KL! Selamat tinggal Malaysia! Selamat tinggal kasihku Farathul Huda!” Bisik Jimmy sayu lalu melangkah pantas tanpa menoleh ke belakang lagi.


“HA..Siap pun..!” Bisik Huda sambil menepuk-nepuk bagasinya yang siap dikemas. Bagasi yang siap dizip kemas, diturunkan dari kati lalu diheret dan disandarkan di tepi pintu biliknya. Diperhatikan sekeliling bilik untuk memastikan barang yang ingin di bawa pulang. Setelah pasti semua cukup tersedia, Huda melepaskan penat sambil duduk bersandar di birai katil. Dicapai telefon bimbitnya yang sejak tadi senyap. Wajahnya berkerut-kerut memikirkan siap punya gerangan yang menghantar sms kepadanya setengah jam yang lalu. Membaca sms itu membuatkan hatinya sayu.

   -SALAM HUDA..SEKARANG NI SAYA BERADA DI KLIA. SEBENTAR LAGI SAYA AKAN BERANGKAT PULANG. JAGA DIRI AWAK BAIK-BAIK. INGAT PESANAN SAYA..SAMPAIKAN SALAM SAYA PADA FARIDZ. SAYA DOAKAN KEBAHAGIAAN AWAK BERSAMANYA. SAYA YAKIN FARIDZ MAMPU MEMBAHAGIAKAN AWAK KERANA SAYA YAKIN DIA BENAR-BENAR CINTAKAN AWAK SEPERTI MANA YANG SAYA RASA. SAYA HARAP AWAK TERUS MAHU BERKAWAN DENGAN SAYA. SELAMAT TINGGAL FARATHUL HUDA..PANJANG UMUR KITA JUMPA LAGI.. JANGAN LUPA HANTAR KAD JEMPUTAN. SAYA PASTI DATANG..HU.HU.HU.. SAYA SEDANG SEDEYHHHH...

      Huda melepaskan keluhan lemah setelah selesai membaca sms Jimmy. Hatinya sedikit sebak. Bibirnya digigit lembut menahan sebak. Perlahan-lahan jemarinya menekan butang telefon bimbitnya membalas sms Jimmy. Dia yakin Jimmy akan terima smsnya cuma dia tidak yakin adakah Jimmy sudi membalasnya.

No comments: