30
FARIDZ menyanyi riang sambil menuruni anak tangga. Wajahnya jelas
terpancar keriangan. Afini mengerutkan wajahnya kerana pelik dengan sikap
abangnya yang sorang tu. Sambil terangguk-angguk, Afini mula mengesyaki
sesuatu.
“Happy semacam je long.. ada apa-apa ke..?” Tanya Afini hairan.
“Tak ada apa-apalah.. biasa
je..!” Jawab Faridz cuba menyembunyikan sesuatu.
“Jangan nak tipulah long..
ni mesti ada apa-apa ni.. kalau tak, kenapa along happy semacam je..” Duga Afini lagi.
Faridz terus berlalu ke dapur tanpa menjawab
ulasan adiknya. Kelihatan Mak Miah sedang menyediakan sarapan.
“Along tak kerja ke hari
ni..?” Suara Afini dari belakang kedengaran.
“Along cuti hari ni.. ada
hal sikit.” Balas Faridz tanpa memperdulikan adiknya yang sedang rapat berdiri
di belakangnya.
“Along nak jemput jantung
hati dia..!” Sampuk Mak Miah pula.
Afini tergamam buat
seketika. Rupa-rupanya inilah sebabnya yang menceriakan hati abangnya pagi-pagi
begini. “Oh..patutlah ceria semacam.. Along nak ambil Huda ye..?” Usik Afini.
“Ee.. Mak Miah ni, tak boleh
simpan rahsia langsung..!” Bentak Faridz dengan nada gurauan. Sambil melabuhkan
punggung di meja makan, Afini terus menjamu selera sambil tersenyum-senyum.
“Ni yang macam kerang expire je..kenapa..?” Tanya Faridz pada
Afini.
“Nak senyum pun tak
boleh..?” Tempelak Afini sambil terus tersenyum sinis.
“Okeylah Mak miah, saya gerak dulu. Budak pejabat saya pun dah
sampai tu..” Ujar Faridz sambil menghirup kopi sehingga habis. Pandangannya
terhala ke arah luar yang menampakkan sebuah kereta perdana milik syarikat yang
dipandu oleh Firdaus salah seorang stafnya.
“Along naik flight ke..?” Tanya Afini hairan.
“Mm.. Huda tak mahu
tinggalkan keretanya. Lagipun along nak jenguk mama dengan papa sekali. Ada hal
sikit..”
“Macam penting je..?”
“Sibuklah.!” Tempelak Faridz
sambil menarik lembut telinga Afini. Jeritan Afini membuatkan Faridz
tersenyum lucu lalu segera beredar keluar.
HAMPIR
jam sebelas pagi kelihatan sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan
perkarangan bangunan asrama. Huda tersenyum yakin bahawa manusia yang menjadi
penumpang kenderaan berwarna merah itu adalah Faridz, satu-satunya umat
Muhammad yang dinanti sejak tadi. Bagasi yang sudah siap dikemas sejak semalam
ditarik perlahan lalu menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Senyuman di
bibir semakin melebar bila susuk tubuh Faridz semakin jelas dipandangan mata.
Senyuman manis Faridz mendebarkan jiwa Huda. Dicuba mengawal rasa malu yang
menebal apabila dirinya sudah hampir-hampir mendekati Faridz yang sedang
bersandar selesa di kereta di kawasan parkir.
“Abang sihat.?” Tanya Huda
sambil menghulurkan tangannya memberi salam hormat dan sedikit menunduk.
Faridz
menyambut lalu tersenyum dan mengangguk. Matanya tak lepas merenung wajah manis
gadis di hadapannya. Ingatannya masih kepada apa yang diucapkan Huda dua minggu
lalu. Jemari runcing Huda diusap lembut.
“Dah tak ada suara ke nak
jawab.?” Sindir Huda sambil tersenyum bila menyedari riaksi Faridz.
“Abang tak tahu nak kata
apa, teruja sangat bila dapat jumpa.. Macam mimpi pulak.” Jawab Faridz sambil
melepaskan tangan Huda bila menyedari tindakannya agak keterlaluan.
“Dahlah..! masuk beg dalam
bonet dulu, lepas ni kita sembang panjang okey.”
Cadang Huda lalu menyerahkan kunci keretanya pada Faridz. Laju saja tangannya
membuka pintu kereta bahagian penumpang lalu masuk dan duduk selesa. Seperti
tidak sabar-sabar untuk bergerak pulang.
“Kita balik apartment abang dulu ye? ada barang
abang nak ambil.” Ucap Faridz lalu meloloskan dirinya ke dalam kereta di tempat
pemandu apabila selesai meletakkan bagasi Huda ke dalam bonet kereta.
Huda sedikit tersentak
namun Huda hanya mengangguk setuju tanpa
bersuara.
“Abang nak ambil baju untuk
sembahyang jumaat nanti, takkan nak pakai baju ni.” Sambung Faridz lagi bila
Huda hanya membisu. Faridz faham gadis di sebelahnya itu sudah mula tidak
selesa. Enjin kereta dihidupkan lalu mula bergerak perlahan keluar dari kawasan
perkarangan asrama.
“Huda nak tunggu dalam kereta
atau ikut abang naik..?” Tanya Faridz ketika keretanya sampai di kawasan parkir
apartmentnya.
Huda mengetapkan bibirnya serba salah.
Melihatkan kawasan parkir yang agak sunyi, hatinya sedikit seram. Dijengukkan
kepala memandang arah apartment yang
entah berapa tingkat berada di depannya
dan kemudian memandang pula wajah Faridz dengan wajah berkerut.
“Tak apa ke Huda ikut abang
naik..?” Tanya Huda lambat-lambat.
Faridz mengerutkan wajahnya mendengar
soalan Huda. Bibirnya tersenyum lebar bila menyedari kekalutan jiwa Huda.
“Huda takut abang apa-apakan Huda ye..? Huda
tak percayakan abang.?” Tanya Faridz sambil tersengeh.
“Eh.! Bukan macam tu..Cuma Huda..” Cepat-cepat
Huda menjawab namun kata-katanya tersekat kerana rasa serba salah.
“Tak selesa? Takpe, abang faham, kita bukan muhrimkan..? Huda jangan risau,
abang takkan apa-apakan Huda. Cuma abang risau tinggalkan Huda sorang-sorang
kat bawah ni, kalau Huda berani, abang tak kisah..” Balas Faridz memujuk sambil
menanti kata putus dari mulut Huda.
Huda kembali liarkan mata
memandang sekeliling. Dia cuak. “Okeylah.
Huda ikut.” Balas Huda setelah
berfikir-fikir.
Faridz tersenyum lega lalu keluar dari
kereta. Huda turut serta dari belakang Faridz sambil matanya liar memandang
persekitaran yang agak sunyi.
“Dah lama abang duduk kat
sini.?” Tanya Huda sambil beriringan
dengan Faridz. Dicuba ajak berbual agar hilang rasa gugup dalam dirinya.
“Lama jugak. Lepas abang
putus tunang, abang beli apartment ni. Sebelum tu abang menyewa dengan
kawan-kawan abang. Tak lama lepas abang beli, papa tukarkan abang ke perak, jadi rumah abang ni abang terpaksa tinggalkan.
Sekali sekala bila abang datang KL, abang stay
kat sini je.” Jelas Faridz sambil membuka kunci rumahnya apabila sampai di
hadapan pintu rumah yang berada di tingkat tiga. Huda hanya mengangguk
mendengar penjelasan Faridz.
“Masuklah.!” Ucap Faridz
sambil meluaskan pintu.
Huda mengerutkan keningnya sambil
menggeleng kepala.
“Jangan risau..! abang
takkan apa-apakan Huda. Huda tunggu dekat ruang tamu, abang masuk bilik abang
kejap.” Kata Faridz sambil melangkah laju ke arah biliknya. Huda teragak-agak
lalu perlahan-lahan masuk setelah ditinggalkan Faridz dan melabuhkan
punggungnya di sofa empuk berwarna krim susu. Huda tersenyum sendiri melihat
susun atur perabot dalam rumah itu. Walaupun tidak terlalu mewah tapi dengan
kedudukan yang sesuai, ruang tamu itu nampak seperti sebuah tempat yang sesuai
dijadikan tempat menenangkan fikiran. Tiba-tiba matanya terpaku di meja kecil
di sudut dinding ruang tamu. Hatinya tertanya-tanya bagaimana benda alah tu
boleh berada di situ. Hatinya berbunga. Dicapai bingkai gambar yang terletak
elok di atas meja kecil itu lalu ditatap. Huda sendiri terfikir-fikir, bila
gambarnya diambil dalam posisi begitu. Bila direnung betul-betul, baru Huda
perasan gambar itu diambil semasa dia dan Faridz bersarapan di warung nasi
lemak Mak Yam. Tak disangka, masih sempat Faridz mengambil gambarnya ketika dia
asyik berbual dengan Mak Yam. Huda tersenyum lalu meletakkan kembali bingkai
gambarnya dan kembali duduk di sofa.
“Okey..siap. Jom..!” Tiba-tiba suara Faridz mengejutkan Huda yang
sedang membelek majalah yang berada di atas meja kopi.
“Abang! Huda nak guna bilik
air kejap.” Balas Huda sambil bangun dan bergerak ke arah Faridz.
“Bilik air dalam bilik
abang, masuklah. Abang tunggu dekat sini..” Ujar Faridz sambil melabuhkan
punggungnya di sofa sambil memerhatikan Huda melangkah ke arah biliknya.
Sekali lagi Huda terpaku sejenak dengan
persekitaran bilik tidur Faridz. Persekitaran yang tersusun kemas. Sejuk mata
memandang. “Macam bilik anak dara!” Bisik Huda sendiri sambil tersenyum.
Langkahnya diatur laju menuju ke bilik air untuk melepaskan hajadnya.
Keluar saja dari bilik air, sekali lagi
matanya terpaku pada sebuah bingkai gambar yang agak besar tergantung di
dinding kepala katil. Huda tersenyum sambil menggeleng kepala lalu melangkah
keluar menuju ke arah Faridz yang sedang menantinya.
“Abang tak kasihan ke
tinggalkan Huda sorang-sorang dalam rumah ni..?” Tanya Huda sambil melangkah ke
arah Faridz.
Faridz mengerutkan wajahnya apabila
mendengar soalan pelik Huda.
“Bila pulak abang tinggalkan
Huda dalam rumah ni..?” Tanya Faridz kurang mengerti.
“Tu..! Yang dalam bilik tu
lagi besar..! Sampai hati tinggal Huda sorang-sorang.. kena gantung pulak tu.!”
Ulas Huda sambil memuncungkan mulutnya ke arah bingkai gambar yang terletak di
atas meja kecil di sudut ruang tamu.
Faridz tersenyum malu setelah mengerti
dengan apa yang disampaikan oleh Huda tadi.
“Nantilah! bila dah berdua
nanti, barulah gantung gambar abang sekali..” Jawab Faridz sambil bersama-sama
melangkah keluar beriringan dengan Huda.
Kereta proton inspira milik Huda yang dipandu
oleh Faridz tiba di perkarangan banglo milik Dato Basri tepat jam dua belas
setengah tengah hari. Tersenyum lebar Datin Normy menyambut tetamu yang tak di
duga akan sampai tengah hari itu. Kecoh benar mulutnya bertanya itu ini kepada
Huda dan Faridz. Rumah besar yang mulanya dirasakan terlalu sunyi tiba-tiba
gamat dengan kehadiran dua tetamu itu. Dato Basri yang baru pulang dari pejabat
untuk makan tengah hari dan bersolat jumaat turut terkejut. Senyuman lebarnya
menyatakan dia senang dengan kehadiran mereka.
“Riz tak kerja ke hari
ni..?” Tanya Dato Basri kepada Faridz yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut.
“Hari ni Riz ambil cuti
sebab nak jemput Huda balik. Lagipun Huda kata nak datang melawat papa ngan mama
sekali.. jadi Riz ikut saja. Tambah pulak Riz dah lama tak ambil cuti..”
“Eloklah tu! Sekali sekala
bercuti apa salahnya. Asyik kerja je.. tak bosan ke..?” Sampuk Datin Normy
sambil menjeling sinis ke arah Dato Basri.
Huda dan Faridz hanya tersenyum menahan
tawa dengan sindiran Datin Normy pada Dato Basri.
“Awak ni..mulut bercakap tala pada anak-anak tapi mata menjeling
saya. Sindir sayalah tu..! Dah memang kerja saya macam tu, nak buat macam
mana.?” Tempelak Dato Basri perlahan. Datin Normy menjeling manja.
“Huda, nanti kalau dah kawin
dengan Riz ni, Huda tahu sendirilah macam mana mama rasa sekarang. Bosan tau.!
Mama nasihatkan Huda pun kena kerja juga bila dah kawin, taklah bosan macam
mama ni..” Rungut Datin Normy lagi.
“Betul ke bosan.? Saya
tengok awak pun asyik sibuk dengan persatuan awak. Sampai saya pulak yang rasa
bosan kena tinggal.”
“Alah..bukan selalu.! Kalau
nak dibandingkan dengan kekerapan awak tinggalkan saya, awak lebih lagi tau.!”
Rungut Datin Normy.
“Huda memang nak kerja mama,
duduk rumah pun mesti bosan..”
Perbualan di meja makan sedikit terganggu
dengan tiba-tiba sahaja Lisa muncul di situ. Huda menunduk diam manakala Faridz
terus meyuapkan nasi ke mulut seperti tiada apa yang berlaku di situ.
“Lisa tak mahu makan
sekali..?” Lembut saja suara Datin Normy bertanya pada anak bongsunya.
Lisa diam membisu tanpa menjawab pelawaan
orang tuanya. Namun sempat lagi dia menjeling ke arah Huda yang sedang menjamu
selera sambil melangkah pergi dari meja makan.
“Mengada-ngada.! Balik pun
nak berjemput, macam tak boleh balik sendiri.!” Bentak hati Lisa sendiri. Lisa
menghempaskan pintu biliknya sekuat hati. Hatinya menjadi panas membara melihat
Huda dan Faridz berada dalam rumahnya. “Tak guna.! Macam mana boleh jadi macam
ni.?” Bentak Lisa sendiri sambil menumbuk-numbuk bantal atas katilnya.
Difikirkan kembali rancangan yang disusun rapi yang disangka tak akan ada
apa-apa halangan yang mengakibatkan kegagalan. Namun apabila melihat dua
manusia yang kini sedang enak mesra berada dalam rumahnya, hatinya benar-benar
terbakar kerana pasti rancangannya sudah menemui kegagalan. Dicuba berfikir
untuk melakukan apa yang patut untuk meneruskan rancangan jahatnya, namun di
saat begitu, fikirannya buntu. Nombor telefon Jimmy didail berkali-kali namun
hampa sahaja kerana tiada tanda-tanda yang panggilannya akan bersambung.
Hatinya semakin panas dan sakit. Dicapai kunci kereta dan melangkah keluar.
Deruman keretanya yang kuat cukup menunjukkan betapa hatinya sedang
memberontak. Harapannya agar bila keluar dari rumah itu dia akan menemui
sedikit ketenangan, paling kurang pun akalnya akan berjalan sedikit untuk
mendapat jalan agar cita- citanya tercapai. Lisa mengharapkan ada seseorang
yang sudi membantunya, namun entah mengapa sukar untuk dia meluahkan rasa
terpendamnya pada sesiapa tika itu. Ramai rakan-rakan sosialnya beranggapan
Lisa seorang yang terlalu pentingkan diri hingga sanggup meninggalkan Faridz
semata-mata mahu mengikut Jimmy. Sejak dia mengenali Jimmy ramai rakan-rakannya
yang meminggirkannya. Bukan dia tidak sedar akan sikap hambar rakan-rakannya,
namun apakan daya, kerana ego dan bangga bila dapat berdamping dengan Jimmy,
Lisa sanggup lupakan juga rakan-rakannya.
PULANG
dari solat jumaat bersama Dato Basri, Faridz dan Huda mula bersiap-siap untuk
pulang. Memandangkan perjalanan mungkin mengambil masa dua atau tiga jam,
Faridz dan Huda mengambil keputusan untuk tidak melengahkan perjalanan. Jam
tiga petang kereta yang dipandu Faridz mula bergerak meninggalkan banglo mewah
Dato Basri dan Datin Normy.
Sepanjang perjalanan Huda dan Faridz tidak
lekang berbual. Ada-ada saja topik yang ingin dibualkan, seperti sudah tidak
ada masa lagi untuk luahkan semua. Ingin sekali Faridz bertanyakan tentang
gambar yang diterima beberapa hari yang lalu, tapi segera dimatikan niatnya
itu, bimbang kalau-kalau Huda terasa hati kerana tidak mempercayainya.
“Abang. Lupa Huda nak bagi
tau. Ada orang kirim salam kat abang.” Ujar Huda sambil tersenyum-senyum.
“Siapa.” Tanya Faridz pelik
sambil memandang Huda sekali imbas.
“Peminat Huda.” Jawab Huda
ringkas. Faridz semakin pelik.
“Peminat Huda kirim salam
kat abang.? Pelik.!” Balas Faridz sambil mengerutkan wajahnya.
Huda mengeluarkan telefon bimbitnya lalu
menunjukkan gambar Jimmy yang diambil tempoh hari. Huda turut menceritakan
serba sedikit menganai Jimmy dan bagaimana dia boleh mengenali Jimmy, namun
Huda tidak menyentuh langsung mengenai hubungan Jimmy dan Lisa.
Faridz berkali-kali merenung gambar Jimmy.
Barulah dia perasan, itulah lelaki bersama Huda di dalam gambar yang diterima.
Faridz menarik nafas lega selepas Huda selesai menerangkan perasaan Jimmy
padanya. Disebalik itu juga, Faridz hairan kenapa ada manusia yang sudi
membazirkan masa menghantar gambar-gambar Huda bersama Jimmy padanya. Apa
tujuan mereka, siapa dan macam-macam lagi persoalan yang keluar dari kotak
fikirannya. Faridz memicit-micit kepalanya menahan sakit di kepala secara
tiba-tiba.
“Huda tak mahu ada apa-apa
rahsia dengan abang. Sebab tu Huda cerita mengenai Jimmy pada abang. Huda nak
abang terus percayakan Huda bagaimana Huda percayakan abang.” Terang Huda sambil merenung tepat pada Faridz
yang sdang memandu. Sesekali Faridz akan menoleh pada Huda sambil tersenyum
lega.
“Abang percaya. Huda
janganlah risau. Abang tak pernah syak apa-apa pun pada Huda. Abang tahu Huda
jujur pada abang, dan sebab itulah jugak abang tak boleh lupakan Huda.” Ujar
Faridz sayu sambil memperlahankan kenderaan yang dipandu lalu berhenti di bahu
jalan. Huda tersentak dengan tindakan Faridz.
Faridz
mengeluarkan sesuatu dari jaket yag dipakai. Sebuah bungkusan diserahkan pada
Huda lalu dengan pelbagai persoalan, Huda menyambut dengan rasa pelik. Dikeluarkan satu persatu isi
kandungan yang terdapat dalam sampul surat lalu menatap tajam. Bibirnya
tersenyum sinis sambil menggeleng kepala.
“Tak sangka, ada jugak yang
sudi ambil gambar Huda dengan Jimmy. Kalau Huda tahu, tak payah susah-susah
Huda ambil gambar dia untuk tunjukkan pada abang. Tapi Huda pelik sikit dengan
gambar-gambar ni, masa Huda jumpa Jimmy kita orang duduk taklah dekat macam
ni.” Luah Huda pelik sambil membelek gambar-gambar di tangannya. “Bila abang
terima gambar ni.?” Huda sambung bertanya.
“Baru beberapa hari lepas.
Mula-mula tu rasa kecewa, was-waslah jugak.! Tapi bila teringat tentang
cadangan Huda suruh abang datang bawak cincin, abang terima ini sebagai satu
ujian untuk abang bahagia.” Ujar Faridz sambil tersenyum malu.
“Dah berapa kali abang
terima barang macam ni.?” Huda terus bertanya dengan nada serius.
“Sekali je.. kenapa.?”
Faridz kembali bertanya.
“Huda terima dua kali. Sedih
sangat! Mula-mula tu Huda boleh terima dengan bungkusan pertama. Tapi bila
dapat yang ke dua, Huda frust teramat
sangat. Bengkak mata Huda sebab nangis. Nasib baik ada Rina dan Jimmy. Kalau tak
entahlah apa jadi kat Huda. Agaknya sampai sekarang Huda susah nak terima abang.”
“Dua kali.? Apa yang Huda
terima dua kali.?” Faridz pelik.
Huda tersenyum lalu mengeluarkan sebuah
bungkusan sampul surat lalu menyerahkan pula pada Faridz. Faridz menyambut lalu
mengeluarkan beberapa keping gambar dan ditatap sejenak.
“Abang pun tak ingat bila
gambar ni diambil. Mungkin masa abang masih bersama Lisa dulu. Tapi terus
terang abang katakan yang abang tak pernah ambil gambar macam ni dengan dia.”
Jelas Faridz bersungguh-sungguh.
“Itu yang pertama dan yang
ini yang terbaru.” Kata Huda sambail sekali lagi menyerahkan sebuah lagi
bungkusan sampul pada Faridz.
“Astagfirullah!” Ucap
panjang Faridz sambil menggeleng kepala setelah isi kandungan sampul itu
dikeluarkan. Tangannya menggeletar memegang kepingan-kepingan gambar di
jarinya. “Demi Allah..! ni bukan abang..!” Bentak Faridz perlahan sambil
menggeleng kepala. Wajah tenang Huda ditatap sayu mengharapkan simpati.
“Huda tak tahu nak kata apa
bila terima gambar-gambar ni. Yang Huda harapkan ialah agar gambar-gambar ni
palsu.” Luah Huda sayu.
“Memang palsu.! Abang tak
pernah buat perkara terkutuk macam ni. Percayalah cakap abang.!” Tempelak
Faridz sambil terus merayu.
Huda cuba mencari ketulusan di wajah
Faridz. Rasa bersalah mula menerjah kerana buat Faridz rasa tertekan. Selepas
membuat analisis terhadap gambar-gambar itu tempoh hari, Huda mengetahui bahawa
gambar-gambar itu telah diedit menggunakan komputer. Namun masih ada rasa
was-was terhadap sejarah lampau hubungan Faridz dan Lisa dahulu. Tertanya-tanya
dia sendiri, apakah mereka pernah berkeadaan seperti di dalam gambar itu.
Andainya benar, hancur luluh hatinya tuhan saja yang tahu.
“Relaklah.! macam mana nak
jadi suami Huda kalau macam ni.? Baru terima dugaan macam ni, dah kelibut.!”
Huda cuba menceriakan suasana.
“Abang sedih sebab tak
sangka abang akan terima dugaan seteruk ni..”
Faridz kelihatan sebak.
“Abang pernah terlanjur
dengan Lisa ke..?” Tanya Huda tiba-tiba sambil tersenyum dan niatnya sekadar
ingin menguji disamping mahu mengetahui kisah cinta Faridz dan Lisa di masa
lampau.
Faridz tersentak dengan apa yang lahir
dari mulut Huda. “Huda tak percayakan abang.?”
“Bukan macam tu..! Huda cuma
nakkan kepastian. Sejarah lalu itu antara abang dan Lisa. Huda pun tak kenal
siapa abang masa tu, jadi Huda tak layak nak ambil tahu. Tapi sekarang abang
dengan Huda, jadi, Huda berhak tahu semua tu.! Huda tak mahu suatu hari nanti
ada yang datang bagitahu yang mereka tu anak abang atau tuduh Huda rampas hak
orang.”
“Astagfirullahalazim Huda..!
sampai jauh macam tu sekali Huda fikir. Abang ni bukanlah seburuk tu.. Abang
pun masih ada akal sebelum buat sesuatu perkara.” Luah Faridz sedikit kesal.
“Huda cuma nak kepastian
aje.. bukan Huda tuduh abang..!” Ujar Huda dengan nada sindiran. Bibirnya masih
terukir sebuah senyuman manis.
“Tapi cara Huda tanya abang
seolah-olah abang melakukan perkara tu..!” Bentak Faridz kesal.
Huda tersentak dengan Faridz yang
tiba-tiba beremosi. Hilang sudah senyuman manis lalu timbul riaksi yang kurang menyenangkan.
Faridz kelihatan sangat marah tika itu, maka perasaan Huda turut berubah.
yelah..berani kerana benar takut kerana salah. Huda sudah mula berperasangka.
“Okey, Huda mintak maaf. Huda mengaku Huda ragu-ragu dengan abang.
Bila tengok cara hidup Lisa, Huda was-was abang pun sama macam tu dulu. Menurut
Jimmy Lisa sering ke kelab malam sejak dulu lagi. Apa abang pun biasa ke tempat
macam tu.?” Tanya Huda tegas.
Faridz tersentak. “Apa kena
mengena Lisa dengan Jimmy? Macam mana Jimmy boleh kenal dengan Lisa? Mana dia
tahu semua ni.?” Soal Faridz bertubi-tubi sambil merenung tepat wajah Huda yang
juga sedang memandang tajam ke arahnya.
Huda melepaskan keluhan berat sebelum
meneruskan kata. “Jadi betullah abang pernah pergi tempat macam tu.?” Tanya
Huda keras.
“Dengan nama Allah, abang
bersumpah, abang tak pernah jejakkan kaki ke tempat macam tu. Puas hati.!”
Tempelak Faridz sedikit keras sambil menghentakkan telapak tangannya ke stereng
kereta. Hatinya benar-benar kecewa dengan Huda yang kurang mempercayainya.
Huda menggeleng kepala menyesali sikap panas
Faridz. Jika benar kenapa harus marah..? Tapi bila melihatkan Faridz banyak
kali mengeluh kesal, hatinya cepat rasa bersalah.
“Jimmylah punca keretakan
hubungan abang dengan Lisa. Jimmy dah cerita semuanya bagaimana dia boleh kenal
dengan Lisa. Dan kalau abang nak tahu, gambar-gambar ni semua angkara Lisa. Dia
yang rancang semuanya. Tujuannya ialah untuk dapatkan abang semula setelah syak
yang Jimmy hanya mempermainkan dia sedangkan Jimmy benar-benar sayangkan dia.
Dia paksa Jimmy rosakkan Huda dan suruh Jimmy bunuh Huda.”
Faridz tergamam mendengar cerita Huda.
Sukar mahu dipercaya. Tak sangka Lisa tergamak merancang perkara sekejam itu demi memenuhi kepuasan
diri sendiri. Dalam hatinya, dia bersyukur kerana Huda tidak diapa-apakan
walaupun yakin Lisa tidak akan berhenti berharap dia tidak sama sekali akan
kembali kepangkuan Lisa.
“Sebab tulah Huda ajak abang
ke rumah papa. Niat Huda nak Lisa lihat sendiri yang kita masih bersama
walaupun rancangan dia dah lama berjalan. Terus terang Huda katakan yang Huda
memang was-was dengan abang. Huda tak suka cakap selindung-selindung, nanti
buat Huda sakit kepala, sakit hati. Huda tahu abang ikhlas cintakan Huda,
samalah dengan Huda, ikhlas terima abang. Tapi sebelum kita pergi lebih jauh,
tak salahkan kalau Huda tahu semua tu.? Huda cuma nak abang jujur dengan Huda.
Huda tak mahu ada rahsia antara kita yang boleh menyebabkan hubungan kita musnah, itu saja..!” Terang
Huda tegas sambil menjeling tajam kerana sikap dingin Faridz.
Faridz mengeluh lemah. Wajahnya mencuka
sambil matanya tepat ke hadapan. Pandangan Huda ke arahnya tidak dihiraukan. Terasa
sungguh dengan apa yang kekasihnya sampaikan tadi.
“Janganlah marah Huda! Huda
sayang sangat kat abang. Huda cuma nak kepastian. Please bang..janganlah macam ni..!” Pujuk Huda sambil meraih jemari
Faridz lalu digenggam kemas. Wajah Faridz yang masih mencuka ditatap sayu.
“Abang tak marah, cuma abang
terkilan dengan cara Huda fikirkan tentang abang. Abang ni nampak jahat sangat
ke, hingga Huda boleh berfikir macam tu..?” Balas Faridz perlahan sambil
menunduk menahan sebak.
“Bukan macam tu..! Abang
kena faham, Huda ni perempuan. Hati Huda benar-benar sensetif dengan
benda-benda macam ni. Sebelum kita pergi lebih jauh, baik kita mengenali dengan
lebih dekat. Huda tak mahu menyesal di kemudian hari. Huda takut. Takut kalau
tak dapat nak terima kenyataan. Sejarah abang, abang saja yang tahu. Huda tak pernah bercinta bang.!
Bila Huda kenal dan menerima abang, Huda nak abang adalah orang yang pertama
dan terakhir yang wujud dalam hidup Huda. Sebab tu Huda nak tahu semua tu.
Kalau abang kata abang tak pernah buat benda-benda macam tu, tak apalah.! Huda
percaya..!” Ulas Huda sambil tersenyum manis mengharapkan agar perasaan Faridz
kembali tenang.
“Janji jangan syak wasangka
lagi pada kejujuran abang. Abang tak mahu kehilangan Huda. Tadi abang takut
sangat kalau-kalau Huda tak percayakan abang. Demi Allah, abang tak pernah buat
semua tu..!”
“Ya.. Huda percaya. Tapi
terus terang Huda cakap, Huda tak boleh terima kalau abang masih berhubung
dengan dia. Abang fahamkan maksud Huda.? Setiap masa Huda takut abang kembali
pada dia. Huda tak mahu kehilangan abang. Bila Huda sudah mula terima abang,
bermakna abang milik Huda. Huda mengaku Huda kuat cemburu. Tipu kalau Huda kata
Huda tak ada perasaan tu. Huda ni perempuan bang! Sifat tu memang dah sinonem
dalam jiwa perempuan.”
Faridz bagai terpaku mendengar luahan dari
bibir Huda. Dia faham apa yang Huda rasa. Setelah mengetahui rancangan jahat
Lisa, tak mungkin dia menerima Lisa dalam hidupnya walaupun dalam hubungan
keluarga angkat.
“Okeylah.. jomlah kita gerak cepat. Tak sabar-sabar Huda nak balik
ni..!” Balas Huda sambil melepaskan genggaman tangan Faridz.
“Bila Huda nak cakap dengan
abah..?”
“Sabarlah..banyak masa
lagi.”
“Abang dah tak boleh nak
sabar. Kalau boleh hari pihak abang hantar cincin nanti, abang nak nikah
terus.!” Faridz terus terang tanpa rasa malu.
Huda ketawa mengekek. “Kartun betullah abang ni.!”
Huda ketawa mengekek. “Kartun betullah abang ni.!”
Faridz dan Huda berbalas senyuman sambil
Faridz terus menggerakkan kereta. Di sepanjang perjalanan Huda sempat bercerita
perihal Jimmy pada Faridz. Walaupun tahu
Faridz kurang senang dengan cerita sebegitu, Huda terus bercerita. Niatnya cuma
satu, tidak mahu ada apa-apa rahsia yang disembunyikan dari Faridz. Walaupun
Faridz hanya membisu, Huda yakin Faridz dapat menerima apa yang telah
disampaikan. Memandangkan Jimmy sudah meninggalkan bumi malaysia, Huda
mengharapkan agar Faridz tidak menyimpan apa-apa perasaan buruk padanya.
Hampir jam
enam petang, barulah kereta yang dipandu Faridz tiba di hadapan rumah
Huda. Faridz yang kelihatan penat benar, diajak masuk supaya dapat berehat
seketika sementara menanti azan maghrib. Faridz lemah dengan pujuk rayu Huda
lantas mengikut sahaja lalu membatalkan niatnya untuk terus pulang sahaja
dengan memandu kereta Huda.
“Hah.! dah sampai pun adik
abang..!” Sergah Haizat dari muka pintu.
Huda terkejut sambil melopongkan mata dam
mulutnya. “Bila abang balik..? Bukan ke
ada satu sem lagi..?” Tanya Huda teruja sambil memeluk dan mengucup tangan
Haizat.
“Dah habis pun.!”
“Kakak.?”
“Samalah.! dia ada kat
atas.” Ujar Haizat teruja.
Huda pantas berlari ke atas untuk
mendapatkan Hajar yang sedang berada di bilik. Memandang wajah Hajar yang sudah
lama tidak ketemu buat Huda sedikit sebak. Tak dapat ditahan lagi air mata yang
bertakung akhirnya gugur juga disaat tubuhnya sudah berada dalam pelukan Hajar.
“Oh..balik tak bagi tahu.!”
Sindir Huda sambil menjeling sinis.
“Dia tu apa kurangnya..!
balik siap ada yang menjemput. Bertuahnya..! Ada apa-apa news ke..?” Usik Hajar sambil mencubit pipi gebu Huda.
“Jomlah turun kalau nak
kenal dengan bakal adik ipar..” Ujar Huda serius. Hajar terpana.
“kompem ke ni..?” Tanya Hajar teruja.
Huda hanya menjawab dengan
senyuman manis.
Hampir setengah jam Faridz disoal siasat
oleh Hajar dan Haizat. Walaupun badan terasa penat benar, dipaksa juga melayan
kerana tidak mahu dianggap sebagai kera sumbang. Encik Marzuki yang perasan
dengan keadaan Faridz cepat-cepat mencelah.
“Sudah-sudahlah tu jadi
penyiasat tak bergaji. Kesian kat Faridz tu, penat atas kapal terbang pagi tadi
pun belum habis lagi, sampai sini pun tak juga boleh berehat.” Tegur Encik
Marzuki pada anak kembarnya yang tak habis-habis bertanya itu ini pada Faridz
yang tenang di sebelah Huda.
“Kau rehat dalam bilik aku
jelah.! kalau kau nak salin baju, kau ambillah mana yang kau rasa sesuai.
Rasanya badan kau lebih kurang dengan aku je.! malam ni kalau kau dah puas
rehat, bolehlah kita keluar pergi kelab. Dah lama aku tak ke sana. Bila dah ada
kawan tak lah rasa kekok sangat."
“Kelab.?” Tanya Faridz
sambil tersenyum dan mengerutkan dahinya ke arah Huda.
“Kelab badminton..” Balas
Huda sambil tersenyum kerana faham dengan apa yang difikirkan Faridz.
Walaupun baru selesai membersihkan diri,
badannya masih terasa lemah. Usai solat asar, Faridz mengambil keputusan untuk
baring sekejap sementara menanti azan
maghrib. Kakinya yang terasa lemah digagahkan juga ke arah katil. Cadangnya
tadi mahu pulang terus ke rumah. Tapi nasib baiklah tidak
diteruskan . Kalau tidak, apalah yang jadi di pertengahan jalan. Kakinya benar-benar lemah. Entah bila matanya terlelap, dia sendiri tidak sedar.
diteruskan . Kalau tidak, apalah yang jadi di pertengahan jalan. Kakinya benar-benar lemah. Entah bila matanya terlelap, dia sendiri tidak sedar.
“Dah nak maghrib ni, Faridz
tak bangun lagi.?” Tanya Encik Marzuki pada Haizat yang asyik lagi menonton.
“Entahlah bah. Penat
sangatlah kot.! Ijat naik tengok dia kejap.” Ujar Haizat lalu terus menggerakkan
kakinya menghala ke arah biliknya.
Di biliknya Haizat memerhatikan Faridz masih
nyenyak tidur lalu segera memanggil Faridz sambil menutup tingkap yang masih
terbuka.
“Riz..bangunlah..! Dah nak masuk maghrib ni.!”
Seru Haizat berulang kali setelah Faridz langsung tiada memberi apa-apa
balasan.
Haizat sedikit hairan lalu bergerak
mendekati Faridz. Di goyangkan tubuh Faridz yang masih kaku di atas katil.
Sentuhan tangannya di bahu Faridz membuatkan Haizat tersentak. Dihalakan
tangannya ke dahi Faridz pula. Sah! Faridz demam. Lantas segera dia turun
mendapatkan Encik Marzuki di ruang tamu.
“Riz demam.?” Tanya Encik
Marzuki sambil menoleh ke arah Huda.
Huda tersentak. “Tadi okey je.!” Ucap Huda hairan lalu segera
bergerak bersama Encik Marzuki dan Haizat ke bilik.
“Kita bawak terus ke hospital
ye bah! Panas sangat ni!.” Cadang Haizat sambil menyentuh lengan Faridz. Faridz
kelihatan sedang meracau-racau.
“Yelah. Basahkan badan dia
dulu bagi dia cepat sedar. Lepas solat maghrib kita bawak dia ke hospital.”
Hampir
lima minit Haizat basahkan badan Faridz dengan tuala basah, barulah Faridz mula
menggerakkan badannya. Matanya yang sudah mula terbuka sedikit terkejut kerana
dikelilingi tiga manusia yang dikenalinya. Pandangannya pelik lalu tersenyum
malu.
“Kenapa abang tak cakap yang
abang demam.?” Tanya Huda kesal sambil merenung wajah Faridz yang kemerahan.
“Abang pun tak sedar yang
abang demam. Baru kena kot.!” Balas Faridz malu-malu lalu bangun dan selesakan
kedudukan sambil bersandar di kepala katil.
“Dah! lepas solat kita ke
hospital. Panas sangat ni, takut nanti jadi benda lain pulak.” Tegur Encik
Marzuki.
“Eh, tak payahlah pakcik, sikit je ni, lepas telan ubat okeylah..!”
“Tak boleh Riz! bahaya ni.
Kamukan pernah buat pembedahan, pakcik takut kalau-kalau ada kesan-kesan buruk
sebab pembedahan.” Balas Encik Marzuki
sambil menggeleng kepala. Huda turut menganggukkan kepala tanda setuju dengan
pendapat orang tuanya. Melihatkan wajah Huda penuh harapan, akhirnya Faridz
sekadar menganggukkan kepala tanda setuju.
HAMPIR dua jam mereka di hospital, akhirnya Faridz
dibenarkan pulang. Kerana demamnya tidak serius dan tiada kesan dari pembedahan
lalu, Faridz tidak perlu ditahan walaupun panas mencecah 40 darjah celcius.
Huda perasan perubahan wajah Faridz ketika dalam perjalanan pulang. Faridz
banyak mendiamkan diri. Perbualan antara Encik Marzuki dan Haizat di hadapan
tempat pemandu langsung tidak dipedulikan.
“Kenapa bang?” Bisik Huda di
sebelah Faridz sambil merenung wajah Faridz walaupun keadaan gelap dalam
kereta.
“Tak ada apa-apa, abang
penat sikit.”
“Huda tahu, abang sedang
fikirkan sesuatu. Kalau tak, kenapa abang macam susah hati je.? Sebab apa yang
Huda ceritakan petang tadi ke.?” Duga Huda. Faridz hanya menggeleng lemah. Keluhan yang lemah Faridz
membuatkan Huda terus menanti kata-kata Faridz.
“Abang takut!”
“Abang takut apa?” Huda
hairan.
“Abang takut tak mampu
bahagiakan Huda. Huda tahukan keadaan abang? Abang cacat!”
“Dahlah bang, jangan
fikirkan sangat. Abang tengah tak sihat ni. Insyaallah, tak ada apa-apa yang
buruk berlaku. Abang jujur dengan Huda dah cukup buat Huda bahagia.” Ucap Huda
sambil tersenyum manis.
HUDA menghantar Faridz pulang keesokan harinya. Walaupun badan Faridz
masih terasa lemah, Faridz masih bertegas mahu pulang mahupun dihalang oleh Encik
Marzuki dan puan Rohayu. Alasannya tidak selesa dan tidak mahu menyusahkan
keluarga Huda terpaksa diterima oleh Encik Marzuki dan Puan Rohayu.
Kedatangan
Huda ke rumah disambut ramah mesra oleh Afini dan Mak Miah. Rindu benar
setelah lama tidak bertemu. Walaupun Afini dan Huda sering bertemu di alam cyber, perasaan rindu tetap terasa
selagi tidak bertentang mata.
“Along macam mana hari ni.? okey dah..?” Tanya Mak Miah setelah
menyambut Faridz ketika pintu kereta dibuka. Selepas diberitahu tentang keadaan
Faridz semalam oleh Huda, hatinya sedikit risau kerana selama ini anak
asuhannya itu jarang sakit.
“Okey Mak Miah, demam sikit je!” Jawab Faridz sambil tersenyum. Huda
yang baru keluar dari tempat pemandu juga berbalas senyuman setelah disapa oleh
Mak Miah.
“Dijaga oleh bakalnya mestilah
cepat sembuh Mak Miah..!” Usik Afini dengan nada mengusik sambil menjeling
sinis pada Huda yang sedang datang mendekati Afini. Cubitan manja yang mengena
pinggang Afini membuatkan Afini menyeringai kesakitan.
“Ha..rasakan.!” Balas Huda
sambil mengetap gigi.
“Dah-dah, jom masuk, Mak Miah
dah siap untuk minum petang.” Ajak Mak Miah.
Hampir tiga jam Huda berada di rumah Faridz.
Bermacam-macam topik yang dibualkan hingga tidak ada peluang untuk Faridz
mencelah. Tambah pula dia tiada mood
untuk bersuara. Perbualan yang banyak mengisahkan hal-hal perempuan membuatkan
Faridz membuat keputusan untuk berdiam. Faridz tahu Huda terasa hati dengannya.
Kata-kata yang diluahkan tadi dirasakan terlalu berbisa. Rasa menyesal tak
sudah bersarang-sarang dalam jiwanya.
Huda terpaksa menolak ajakan Afini untuk
bermalam di situ memandangkan Faridz turut berada di situ. Rasa segan menebal
walaupun Mak Miah turut memujuk.
“Lain kalilah Fini. Lagipun
aku seganlah! Kalau along kau takde, aku on
je..!” Bisik Huda sambil berlalu keluar ke arah keretanya. Faridz yang hanya
berdiri di muka pintu hanya memerhatikan sahaja gelagat Huda dan adiknya
berbual.
“Kau ni macam tak biasa
pulak.!” Rungut Afini sambil memuncungkan mulutnya.
“Bukan macam tu. Sekarang aku
rasa dah lain sangat. Tambah pulak.. Eh! tak apalah, aku balik dulu, dah lewat
ni, nanti risau pulak abah aku kat rumah tu.” Cepat-cepat Huda mengelak dari
memberi alasan. Hatinya masih terasa dengan apa yang dikatakan oleh Faridz
ketika dalam perjalanan pulang tadi.
Afini yang merasa ada sesuatu yang
diselindungkan oleh Huda hanya menoleh hairan melihat Faridz yang masih
tercegat di pintu. Sejak tadi dia perasan Huda seakan-akan melarikan diri dari
Faridz. Wajah kelat Faridz meyakinkan dirinya yang dua manusia yang berada di
situ ada masalah.
“Kenapa ni..? Kau orang ada
masalah ek.?” Tanya Afini perlahan.
“Tak ada apalah! hal kecil
je..” Jawab Huda sambil menghidupkan enjin keretanya. Pandangannya menghala ke
arah Faridz yang sedang membisu.
“Abang.! Jangan lupa makan
ubat ye. Ubat abang Huda dah masukkan dalam jaket abang tadi..” Laung Huda lalu
terus menarik pintu kereta. Namun seketika kemudian dia bergegas keluar dari
perut kereta semula lalu mendapatkan Faridz. Tangannya yang dihulurkan disambut
baik oleh Faridz dan bersalaman.
“Huda mintak maaf bang.!
Huda balik dulu.” Ucap Huda sambil merenung sayu ke wajah Faridz.
“Malam nanti abang call.” Balas Faridz bersahaja.
Namun Huda tidak memberi
apa-apa balasan lantas tangan Faridz dilepaskan lalu bergerak ke arah keretanya
semula dan mula menggerakkan keretanya dan meninggalkan perkarangan villa
Ariffah.
“Along ni kenapa..? Apa
along dah buat pada Huda.?” Tanya Afini dengan nada sedikit meninggi.
“Tak ada apa-apalah, hal
kecik je.!”
Afini mengerutkan wajahnya selepas
mendengar jawapan Faridz yang sama dengan Huda berikan padanya tadi. Melihat
Faridz yang terus menghala ke tangga untuk naik ke bilik, membuatkan Afini
membantutkan niatnya untuk terus bertanya.
“Macam-macamlah dia orang
ni.!” Rungut Afini sendiri.
No comments:
Post a Comment