4
NUR
Usaha tangga
kejayaan. Caiyok! Caiyok..!
LANGKAHKU aku cepatkan menuju ke
bilikku yang berada di tingkat dua. Dari jauh tadi aku dah nampak beberapa
pelajarku sedang menanti di anak tangga.
“Ni
apa yang tercegat dekat sini lagi ni? Kenapa tak masuk kelas?” Aku tanya lembut
selepas sampai di hadapan mereka.
“Sengaja
mahu masuk dengan cikgu” Balas Karina malu-malu. Aku geleng kepala sambil
senyum nipis.
“Cikgu
cantik sekali hari ni!” Tegur Fitri teruja. Aku tersenyum malu.
“Dah-dah!
Jangan nak bodek saya. Cepat masuk
kelas. Siapa lambat kena denda kemaskan bilik saya.”
“Boleh
aja cikgu. Kami sudi kalau cikgu yang mengarahkan.”
Amboi..!
pelajar aku ni kalau berbahasa memang serah pada dia orang. Semalam buat
pertama kali aku terima pekerja baru yang harus aku trainingkan setelah lima bulan aku berkerja di sini. Sebelum ni aku
hanya perhatikan pekerja baru yang sudah mula mahir buat kerja yang ditrainingkan oleh Nancy.
Alhamdulillah..walaupun masih ada yang kurang mengerti, aku yakin tidak lama
lagi mereka pasti mahir.
Semalam
juga aku dapat gelaran cikgu ketika sesi suaikenal dengan pelajar-pelajar baru
tu. Pada mulanya aku hanya gelarkan diri sebagai Kak Nur. Tapi tiba-tiba ada
seorang yang tersasul panggil aku cikgu.
“Eh!
Jangan panggil saya cikgu. Panggil saya Kak Nur dah cukup. Ni kilang, bukan
sekolah.”
“Ah!
Enggak apa-apakan kalau aku panggil cikgu?”
“Malulah
saya!”
“Usah
malu-malu cikgu, aku pun suka kalau panggil begitu. Barulah kami semua ni
nampak macam baru belajar.” Sampuk Sulastri.
Aku
tersenyum malu. Nak tak nak, aku terpaksa terima. Tapi aku kurang rasa senang
dengan kata ganti diri mereka tu. Kedengaran seperti kasar sangat 'Aku?'
“Okey! Saya izinkan kamu semua panggil
saya cikgu. Tapi dengan syarat!. Saya tak mahu dengar awak bahasakan diri ‘AKU’
tiap kali bercakap dengan saya. Ingat ye..sekarang kamu semua di Malaysia,
bukan Indonesia. Kamu kena ingat saya ni cikgu awak. Bila awak mengaku
diri’AKU’ kedengaran seperti kasar sangat. Di sini bila pelajar mengaku diri
‘AKU’ dengan seorang guru, itu dianggap kurang ajar. Kalau dengan kawan-kawan
tu, tak apalah..” Tersenyum-senyum aku bila melihat riaksi pelajar-pelajar aku
seperti serba salah.
“Minta
maaf cikgu! Kami enggak tahu.”
“Bukan
enggak tahu, tapi tidak tahu!” Cepat-cepat aku betulkan tatabahasa Sastri. Aku
tersenyum bila mereka semua tersengeh-sengeh malu.
“Tak
apa..saya faham. Awak semua pun baru lagi dekat Malaysia ni kan? Kalau tak
tahu, tanya! Lagi satu tolong jangan sebut perkataan yang pelik-pelik depan
saya. Saya tak suka. Kamu semua tentu tahukan sesetengah perkataan dari sana
maksudnya lain bila diucap di sini. Nanti saya akan jelaskan perkataan yang
perlu dan tak perlu kamu sebut bila dah tinggal di Malaysia ni. Saya akan
jelaskan sekali dengan maknanya. Faham?”
Aku senyum pada mereka bila mereka angguk kepala. Aku tak pasti mereka faham atau tidak apa yang aku cakapkan. Mungkin ada yang faham, tapi ada sesetengahnya masih seperti bingung bila dengar aku cakap. Mungkin yang tak faham tu berasal dari kawasan-kawasan yang agak terpencil dari bandar.
Aku senyum pada mereka bila mereka angguk kepala. Aku tak pasti mereka faham atau tidak apa yang aku cakapkan. Mungkin ada yang faham, tapi ada sesetengahnya masih seperti bingung bila dengar aku cakap. Mungkin yang tak faham tu berasal dari kawasan-kawasan yang agak terpencil dari bandar.
“Wah..!
Dah macam bonus pulak belajar dengan cikgu. Selain dapat belajar mesin, kami
dapat belajar berbahasa dengan cikgu. Ini sudah bagus! Kalau lama saya di sini,
saya yakin boleh jadi orang sini.” Rianti menyampuk lalu tersengeh-sengeh. Kedengaran
juga suara-suara ketawa.
Aku
geleng kepala dengan telatah mereka. Kadang-kadang aku kasihan dengan nasib
mereka. Aku pun pernah jadi rakyat asing. Aku tahu bagaimana perasaan dan apa
yang mereka harapkan. Bukan aku nak menyokong rakyat asing yang datang ke sini
cuma bila fikir-fikirkan keadaan mereka, aku rasa tak salah kalau diberi mereka
peluang merasa hidup senang dan bahagia di sini. Memang ada sesetengah rakyat
asing yang berperangai tak elok di sini, tapi bukan semua. Jika nak
dibandingkan dengan rakyat tempatan, rasanya tak jauh beza. Rakyat tempatan pun
ada yang bersikap kurang elok. Cuma mungkin pandangan sesetengah pihak agak
terkebelakang sikit mengenai hal ini. Itu yang menyebabkan ramai yang tak gemar
memandang pada rakyat asing. Pada aku tak salah kalau beri mereka peluang.
AIDIL
BERSEMANGAT aku bangun pagi ni.
Harap-harap semuanya berjalan lancar. Almaklumlah..first time aku bersiap
nak pergi interview kerja. Tak
tahulah aku boleh atau tidak. Semalam Sebelum Kak Zana pulang, sempat lagi dia
mencairkan tahi telinga aku dengan kat-kata pujukan dan nasihat. Apa lagi kalau
bukan teguran kerana sikap aku ni.. Panjang lebar kata nasihat yang dia bagi
sampai aku rasa nak lena.
“Tolong
ubah sikit perangai tu! Jangan memilih kawan. Jangan nak tunjuk sombong.
Kaklong bukan tak tahu perangai Aidil tu. Nak berkawan dengan yang sekufu saja.
Jaga tingkahlaku dan kata-kata. Jangan sampai orang keliling bosan nak berkawan
dengan Dil. Kaklong takut, nanti siapa pun
tak mahu kawan dengan Dil.”
“Aidil
nak buat macam mana..? Memang sejak awal lagi Dil memang macam ni.”
“Belajar
terima kekurangan orang! Cuba rendahkan sikit diri tu. Kaklong tahu Aidil susah
nak terima. Tapi sekarang Dil dah dewasa dan tak lama lagi pasti nak pimpin
keluarga sendiri. Kalau Dil tak cuba ubah, sampai bila Dil nak berperangai
macam ni?”
“Kaklong
ada cadangan?” Aku tanya seperti tiada rasa bersalah. Tersengeh-sengeh aku lepas tu bila tengok Kak Zana menjegilkan matanya. Marahlah tu sebab aku tanya macam tu..
“Nak
ubah diri pun kena orang ajar ke?” Tempelak Kak Zana garang.
Pertanyaan Kak Zana buat aku tergelak. Rasa macam budak-budak tadika baru nak pergi sekolah pulak. Dulu bukan tak pernah mummy pesan begitu tiap kali nak ke sekolah, tapi aku yang sengaja endah tak endah. Dady pula menetapkan agar aku jangan berkawan dengan sebarang orang. Mungkin aku yang salah tafsir, kesannya aku jadi begini.
Pertanyaan Kak Zana buat aku tergelak. Rasa macam budak-budak tadika baru nak pergi sekolah pulak. Dulu bukan tak pernah mummy pesan begitu tiap kali nak ke sekolah, tapi aku yang sengaja endah tak endah. Dady pula menetapkan agar aku jangan berkawan dengan sebarang orang. Mungkin aku yang salah tafsir, kesannya aku jadi begini.
“Dah
ready?” Tanya dady sewaktu aku menuju ke meja makan.
“Aidil
rasa gugup pulak”
“First time. Biasalah..! Nanti kalau
dah lama-lama okeylah..” Kata dady sambil menyapu kaya di roti bakar
yang dipegang.
“Insyaallah
dady..”
“Ingat
Dil! Jangan terlalu pilih kawan. Tempat tu masih baru pada Dil. Masa baru nilah
Dil perlukan ramai kawan untuk sesuaikan diri.”
“Ala
dady..! Semalam kaklong bagi ceramah
hal ni, pagi ni pulak, dady ambil
alih. Lecehlah kalau tiap-tiap hari dengar benda yang sama.”
“Dady takut Dil tak pandai sesuaikan diri
saja. Masa belajar dulu bolehlah pilih-pilih kawan. Tapi sekarang Dil kena
tukar cara Dil berkawan. Dady takut
nanti orang anggap Dil ni sombong tak bertempat.”
“Baiklah
dady..! Dil akan ikut apa yang dady dan kaklong pesan. Dil tahu, kalau
selama-lamanya Dil bersikap macam ni, sampai bila-bila pun Dil ni macam katak
bawah tempurung.” Aku cuba redakan perasaan risau dady. Namun yang sebenarnya aku sendiri tak yakin dengan apa yang
aku cakap.
“Hm..baguslah
kalau Dil sedar.”
Jam
lapan pagi kereta myvy Kak Zana tiba depan rumah untuk menjemputku.
Tersengeh-sengeh aku menyambutnya. Yang sebenarnya aku nak menutup rasa debar
yang bertandang sejak aku mula bersiap tadi. Rasa nak ambil exam masa belajar dulu pun tak macam ni.
Agak-agaknya masa aku nikah nanti macam manalah pulak rasanya.
Sampai
di pejabat Kak Zana, aku dikenalkan dengan Encik Kamal. Melalui perbualan aku
dengan Kak Zana dalam kereta tadi, Encik Kamal ni merupakan seorang bekas
enginier. Dah banyak pengalaman sepanjang bekerja di situ. Sekarang dia
merupakan seorang ketua enginier di kilang itu. Demi memartabatkan orang
melayu, Encik Kamal memang berharap agar ramai orang melayu mengambil bidang
itu kerana melalui pemerhatiannya, kaum cina paling ramai menjawat jawatan itu.
Bila aku dengar cerita dari mulut Kak Zana, aku sedikit lega kerana aku yakin
aku akan diterima. Akukan orang melayu..!
Hampir
setengah jam aku berada dalam bilik Encik Kamal. Macam-macam yang ditanya
sampaikan aku rasa bosan nak menjawab. Mana aku tak boring, semua yang dia tanya, boleh saja dia dapat jawapan dari resume yang aku dah serahkan pada dia
tadi. Mm..mungkin prosedurnya memang macam tu kot! Aku cuba juga beri jawapan
terbaik. Mungkin Encik Kamal mahu membezakan jawapan aku dan jawapan yang ada
dalam resume aku tu.
Apa-apa
pun aku harap sangat aku dapat kerja ni. Dah tak sanggup rasanya duduk rumah
sambil tanam anggur yang tak mendatangkan hasil. Dady pulak dah pandang semacam pada aku. Aku tak mahu dia fikir aku
malas berusaha cari kerja. Duit poket pun dah semakin kurang. Segan nak minta
pada dady lagi. Jika dulu masa
belajar, bolehlah buat muka kasihan minta duit, tapi sekarang rasanya tak patut
aku bebankan dady lagi walaupun aku
tahu dady mampu menyara hidup aku.
“Mm..rasanya
dah tak ada apa lagi yang saya nak tanya. Lepas ni awak pergi jumpa kakak awak
dan nanti dia akan beritahu apa yang perlu awak buat.”
Aku
dah tak boleh nak betulkan mulut aku bila Encik Kamal bercakap begitu. Namun
aku masih belum percaya.
“Maksudnya
saya diterima?” Aku tanya walaupun aku dah dapat agak apa jawapan yang bakal
Encik Kamal suarakan nanti.
“Selamat
datang dan selamat menjalankan tugas sebagai enginier di syarikat ini.” Ucap
Encik Kamal sambil tersenyum lebar.
“Terima
kasih!” Aku balas. Dalam hati tak tahu berapa kali aku mengucap syukur
alhamdulillah.
Dari
jauh aku nampak Kak Zana tersenyum-senyum pada aku ketika aku melangkah
mendekatinya.
“Kena
belanjalah lepas ni!” Usik Kak Zana ceria sambil memeluk bahuku.
“Apa
saja, cakap je!” Aku balas angkuh sambil tersenyum sinis.
“Lets me think about it.”
“Okey! Tunggu gaji” Aku jawab lalu ketawa
kecil. Kalau setakat belanja makan KFC, Mcdonals atau Pizza Hut, bila-bila pun
boleh. Tapi aku kenal sangat selera kakak aku yang sorang ni. Kalau makan
memang dia tak layan sangat. Tapi kalau belanja shopping kain sutera di Jakel, itu sudah cukup buat dia tersenyum
sampai ke telinga.
“Ceh!
Cakap tadi macam boleh belanja terus” Bentak Kak Zana sambil mencubit lenganku.
Mulutnya sedikit memuncung. Jelingan tajamnya tu dah buat aku ketawa mengekek.
No comments:
Post a Comment