PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 31 TERTULIS KAU MILIKKU

31
     FARIDZ menghenyakkan tubuhnya di atas katinya yang ditinggalkan sejak pagi semalam. Sambil termenung fikirannya jauh memikirkan Huda yang telah di sakiti tadi. Masih terngiang-ngiang perbualannya yang membuatkan air mata Huda mengalir. Walaupun kata-katanya dianggap seperti kata-kata biasa, tidak mungkin pada Huda yang mendengarnya. Faridz meraup wajahnya menghalau rasa kesal.

“Abang tak payahlah risau fasal hal tu..Huda tak kisahlah.!”

“Tapi abang kisah. Huda sendiri tahukan, kekurangan diri abang.”

“Habis, abang nak Huda buat apa.? Nak Huda lupakan abang dan cari orang lain buat pengganti. Macam tu.? Abang rela lepaskan Huda ke tangan orang lain? Rugi air liur je kalau asyik cakap sayang tapi dalam hati tak ikhlas!” Bentak Huda keras. Steren kereta digenggam kuat menahan geram dirasa seperti dah nak lunyai. Hatinya sakit bila Faridz asyik memperkatakan tentang perkara yang dah lepas.

“Kalau itu jalan terbaik.” Balas  Faridz bersahaja tanpa memandang wajah Huda. Huda tersentak hingga menekan brek mengejut lalu menghentikan keretanya di bahu jalan.

“Abang cakap apa ni..? Atau abang yang sengaja cari punca nak tinggalkan Huda..?” Tanya Huda separuh menjerit. Tidak disangka Faridz tergamak menjawab begitu.

“Abang cuma nak Huda bahagia..” Lemah saja jawapan yang keluar dari mulut Faridz.

“Bahagia apanya? Apa selama ni abang tak bahagia ke dengan Huda? Kenapa..? hidup dengan lelaki yang kurang sempurna tak boleh bahagia?”  Huda cuba menahan sebak di dada. Air mata yang sudah mula bertakung akhirnya mengalir dipipi gebunya. Dikalih perhatian di cermin tingkap kereta agar Faridz tidak perasan sendunya. Air mata diseka  pantas.

“Huda layak hidup bahagia, tapi bukan dengan abang.!”

     Huda semakin panas.

“Baru sekarang abang cakap macam ni!  Kenapa tak dari dulu.? Senang Huda buat pilihan sama ada nak terima abang atau orang lain!”

“Masa tu abang terlalu fikirkan diri sendiri. Sekarang abang perlu fikirkan kebahagian Huda, orang yang abang sayang..!”

“Kalau  saying  kenapa cakap macam ni? Abang  sengaja nak sakitkan hati  Hudakan? Abang tahu tak, Huda dah banyak habiskan masa menyayangi orang  macam abang. Tak semudah tu Huda boleh lupakan abang. Atau abang  memang dah tak perlukan Huda lagi? Atau abang ada hati   nak kembali  pada Lisa?”

      Faridz tersentak bila nama Lisa kedengaran di telinganya lalu menoleh memandang wajah Huda yang kebasahan. Dengan lemah Faridz menggeleng kepala. Tak mungkin dia kembali pada Lisa jika Huda terpaksa dilepaskan.

“Kenapa Huda boleh fikir sampai macam tu?”

“Habis, tiba-tiba berubah fikiran, ingat Huda ni apa.? Tunggul kayu? senang-senang abang nak campak sesuka hati abang. Kalau tak suka cakap tak suka, kalau dah tak sayang cakap terus terang, bukan berdolak dalik macam ni.!” Tempik Huda sambil menggerakkan kembali keretanya menghala ke rumah Faridz.

“Huda.!” Panggil Faridz lembut ingin memujuk, namun Huda pekakkan telinga sambil terus menekan pedal minyak. Radio dipasang kuat agar suara Faridz tidak lagi kedengaran di telinga. Sakit di hati tuhan saja yang tahu.

“Sayang..!” Panggil Faridz lagi dan semakin kuatlah Huda memulas volume radio keretanya. Panggilan itu dirasakan tidak penting lagi. Air mata semakin deras mengalir dibiarkan mengalir walaupun tahu Faridz sedang memerhatikannya.

   Ketukan pintu dari luar mengejutkan lamunan Faridz. Wajah Afini tersembul dari muka pintu memeranjatkan Faridz lantas cepat-cepat cuba diubah riak wajah yang mendung sejak tadi.

 “Boleh Fini masuk..?”

 “Masuklah.. Mm..nak apa ni.?”

 “Abang dengan Huda ada masalah ek..?” Tanya Afini setelah selesakan duduknya di birai katil Faridz.

 “Tak ada apa-apalah. Hal kecil je.” Balas Faridz ringkas. Bimbang kalau-kalau Afini terasa hati jika diceritakan masalahnya kerana masalah itu ada kaitan dengan  Afini. Faridz sedar, jika tidak diderma sumsum tulangnya pada Afini dulu, pasti masalah tadi tidak timbul. Namun itu adalah tanggungjawabnya dan dia harus redha dengan apa yang terjadi. Tapi bila memikirkan tentang Huda, dia rasa bersalah yang amat sangat. Gadis itu berhak mendapat bahagia, tapi bukan dengan dia yang serba kekurangan.

 “Nak Fini tolong..?” Ucap Afini ringkas.

 “Tak payahlah..nanti dia cakap apa plak!”

 “Okey.. tapi kalau sampai dua hari lagi kalau tak okey jugak, Fini yang akan tanya Huda sendiri.” Balas Afini sambil berlalu keluar dari bilik abangnya. Hatinya cukup risau kalau apa-apa perkara buruk terjadi pada hubungan abangnya dan Huda. Baginya hanya Huda yang layak dan terbaik untuk abangnya. Tiada yang layak kerana Huda adalah yang terbaik.

    
     HUDA termenung jauh memikirkan pertengkaran kecil dengan Faridz tadi. Sejak pulang petang tadi, hinggalah jam sembilan malam, Huda tidak keluar-keluar dari biliknya. Puas difikir-fikir untuk memujuk hatinya yang rawan. Panggilan Hajar mengajaknya turun makan ditolak dengan alasan masih kenyang selepas makan di rumah Faridz tadi sedangkan sebarang apa pun belum dijamah untuk melapik perutnya.

    Sudah berkali-kali telefon bimbitnya berbunyi sejak jam lapan malam tadi. Tidak terasa untuk menjawab kerana tahu siapa umat muhammad yang sedang menghubunginya ketika itu. Wajah Faridz terlayar di tabir matanya yang berkaca. Rindu untuk mendengar empunya suara terasa, namun ditahan kerana rajuk lebih menguasai.

 “Dik..! telefon..!” Jerit Haizat dari bawah.

     Huda tersentak lalu melepaskan keluhan lemah. Huda tahu Faridz takkan mengalah selagi apa yang diburu tidak tercapai. Lambat-lambat Huda mengatur langkah turun menuju ke satu sudut di mana menempatkan telefon rumah terletak.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikummussalam.! Huda marah abang lagi..?”

“Entah.” jawab Huda ringkas. Bahunya terangkat sekali.

“Janganlah macam ni..! Abang mengaku abang salah. Abang terlalu ikut perasaan” Huda membisu.

“Cakaplah sesuatu. Jangan membisu macam ni.. Huda buat abang serba salah.”

Huda masih mendiamkan diri.

“Huda! abang tahu abang dah buat silap. Abang sayangkan Huda, terus terang abang cakap, abang pun tak tahu kenapa abang boleh fikir sampai jauh macam tu. Abang cuba buat yang terbaik untuk bahagiakan Huda.”

Huda hanya mendengar tanpa apa-apa balasan.

“Huda dah tak mahu cakap dengan abang ek..?”

“Tak tahu.”

“Sayang..!” Faridz terus memujuk.

“Dahlah bang! Huda penat. Huda nak tidur. Selamat malam. Assalamualaikum.” Ucap Huda sambil terus meletakkan gagang telefon lalu melangkah semula mahu ke biliknya.

“Huda tak mahu makan ke?” Tanya Puan Rohayu setelah melihat wajah Huda sedikit mendung. Langkah Huda terhenti seketika.

“Dah kenyanglah mi. Petang tadi makan banyak sangat mi kari Mak Miah. Lagipun Huda dah ngantuk. Huda masuk tidur dulu ye.!” Balas Huda sambil menyembunyikan wajahnya yang mencuka.

“Yelah..!” Jawab Puan Rohayu sambil berlalu semula ke dapur.

“Dari pulang tadi saya perasan anak abang tu mendung je. Ada masalah ke dia dengan Faridz?” Puan Rohayu mula bersuara sambil melabuhkan punggungnya di bangku meja makan bersebelahan dengan Hajar.

“Manalah abang tahu! masa dia orang keluar tadi nampak okey je.” Balas Encik Marzuki hairan.

“Selalu ke dia orang tu bergaduh bah?” Tanya Hajar cuba mengambil tahu tentang hubungan adiknya.

“Setahu abah tak pernah. Bila masa dia orang nak bergaduh, jumpa pun susah!  Usahkan nak berjumpa, Faridz nak telefon pun tak dikasinya. Katanya tak mahu diganggu semasa dia belajar. Kasihan abah tengok Faridz tu, seminggu sekali mesti datang ke rumah tanyakan hal Huda. Dia tahu Huda ada hubungi Afini, tapi dia tahu Afini mesti tak akan bagitahu apa-apa sebab tahu Huda dan Afini dah berjanji. Huda dah tetapkan syarat pada Faridz supaya tak hubungi dia masa dia di fakulti” Terang Encik Marzuki sambil terangguk-angguk.

“Teruknya adik! Kenapa dia jadi macam tu bah..?” Sampuk Haizat.

“Mula-mula dulu adik kamu tu tak mahu dekat Faridz tu, sebab tak mahu terganggu semasa belajar. Tapi entah macam mana abah pun tak tahu bila masa dia boleh terima si Faridz tu. Faridz tu bagus orangnya, sebab tu abah tak membantah. Kebetulan pulak dia tu anak saudara umi, jadi abah taklah risau sangat. Afini adik si Faridz pulak kawan baik pada Huda, jadi abah rasa tak patut abah bantah memandangkan adik kamu tu pandai menjaga diri dan mengagihkan masa belajarnya.” Terang Encik Marzuki lagi.

“Faridz boleh terima pulak syarat Huda tu ye bah?”

“Dah suka! sanggup terima seadanya. Sebab tu abah yakin dengan Faridz. Kamu tengok sendirikan, dia sanggup ambil cuti semata-mata mahu jemput adik kamu tu, sampai demam-demam sebab penat.”

“Beruntung adik. Tapi hal hari ni apa kesnya..sampai tak lalu nak makan.?” Tanya Hajar pelik.

“Entahlah. Abah pun tak tahu. Cuba-cubalah kamu tanya adik kamu tu. Mana tahu dia nak bercerita.” Cadang Encik Marzuki lalu cuba bangun dari duduknya selepas selesai makan malam. Namun cepat saja Puan Rohayu mencelah hingga Encik Marzuki terduduk kembali.

“Saya rasa ada baiknya abang saja yang tanyakan. Selama ni pun dia bukan nak kongsi dengan orang lain..!”

“Biarlah kakak pulak yag ambil alih. Selama ni pun kakak tak tahu apa yang tersimpan dalam hati dia. Kalau kakak tak berjaya, nampaknya abahlah yang kena ambil alih.” Pantas Hajar mencelah. Encik Marzuki hanya mengangguk setuju.

     Ketukan di pintu membuatkan Huda tersedar dari lamunan. Wajah Hajar ditatap sayu sambil membetulkan ikatan rambutnya yang terurai setelah lama berbaring atas katil. Senyuman Hajar dibalas hambar. Melihatkan Hajar sudah mula menapak duduk di birai katil bersebelahan dengannya, Huda tidak sedap hati. Dia tahu pasti Hajar cuba mengorek rahsianya kerana sejak tadi dia banyak mendiamkan diri.

“Kenapa ni..? Akak tengok sejak Huda balik tadi, Huda banyak buang masa dalam bilik. Kenapa tak join kat bawah.? Boleh sembang-sembang dengan abah ngan umi. Huzir tak ada bertambah sunyilah rumah ni.” Hajar mula membuka bicara mengajak Huda berbual.

“Tak lama lagi Huzir baliklah kak..! Cuti sekolah pun tak lama lagi..” Balas Huda bersahaja tanpa menceritakan masalahnya.

“Yang adik akak ni kenapa pulak.?”

“Tak ada apa-apalah kak. Huda cuma penat sikit..” Huda cuba beralasan. Dirasakan alasannya itu logik. 
Wajah Hajar langsung tak dipandang kerana menyembunyi kekalutan di wajahnya yang suram.

“Ye ke..? Akak tengok macam orang putus cinta je.. Faridz ada buat benda-benda tak elok ke?” Hajar cuba serkap jarang.

“Eh.! Taklah kak.. Abang Faridz tu okey..dia baik sangat, tak pernah ambil kesempatan kat Huda.” Tersentak Huda seketika apabila Hajar beranggapan negetif terhadap kekasihnya.

“Habis tu, apa masalahnya?” Hajar terus bertanya.

“Tak ada apalah..! kakak jangan risau. Huda penat je..” Huda masih menyembunyikan masalahnya.
Hajar sudah hilang minat untuk bertanya setelah Huda masih berdalih mahu bercerita.

Okeylah. kalau macam tu akak keluar dulu, kalau ada apa-apa yang Huda nak, ceritakan je pada akak. Akak sudi tolong.” Ujar Hajar lalu bangun dan bergerak ke pintu dan terus melangkah keluar. Huda hanya menghantar Hajar keluar dengan pandangan mata sahaja. Huda mengeluh lemah setelah bayang Hajar sudah hilang dari pandangannya. Telefon bimbitnya dicapai. Melihat gambar Faridz di skrin telefon bimbitnya membuatkan dia tersenyum tapi hambar.

   -Kenapa abang tiba-tiba bersikap macam ni di saat-saat Huda benar-benar sayangkan abang..? Apa yang abang fikirkan tentang Huda..? Dimana salah silapnya hubungan ni..? Apa salah Huda..? Huda sedih sangat bila abang cakap macam tu.. Kalau betul abang inginkan perpisahan, berterus terang dari awal kerana Huda tak mahu lagi berharap pada yang tak sudi. Huda sedar Huda tak layak untuk abang. Berterus teranglah sebelum kita pergi lebih jauh. Huda belum sampaikan lagi hajat kita pada abah. Harap abang dapat memberi kata putus yang sebenar agar Huda tidak terus menanti..-

      Setiap bait kata ditaip kemas dalam telefon bimbitnya sebelum mesej itu dihantar terus kepada Faridz. Air mata yang bertakung mengalir lagi selepas beberapa jam kering selepas perbalahannya dengan Faridz petang tadi.

      Telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Melihatkan nama Faridz tertera, jantung Huda berdegup kencang. Hanya renungan biasa ke arah telefon bimbitnya tanpa menjawab panggilan itu. Huda tidak rasa menjawab panggilan itu sebagai langkah yang betul lantas diabaikan saja. Jiwanya belum cukup kuat untuk mendengar suara itu di corong telinganya. Rasa sakit dan terkilan masih bersisa. Hampir sepuluh kali panggilan itu berulang dan akhirnya senyap sepi. Huda mengeluh lemah,mengharapkan agar Faridz memahami apa yang dirasakan ketika itu.

     Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Kali ini isyarat mesej yang diterima. Huda mencapai telefon bimbitnya dan mula membaca apa yang disampaikan Faridz. Memang sejak tadi mesej dari Faridz dinanti. Untuk menjawab panggilan memang tidak.

   -Abang minta maaf atas ketelanjuran abang berbicara. Bukan niat untuk menyakiti atau memberi tekanan, cuma abang buntu bila memikirkan keadaan abang. Abang benar-benar tertekan saat ini.. Tolong jawab panggilan abang. PLEASE...!!!!-

     Dua minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi kembali menandakan panggilan masuk. Huda buntu, apakah perlu dijawab atau diabaikan saja. Akhirnya Huda mengambil keputusan untuk menjawab panggilan itu setelah hampir lima kali panggilan itu masuk.

“Abang mintak maaf.. Abang janji takkan sentuh lagi soal tu..” Kata Faridz sayu.

     Huda tidak membalas kerana rasa sebak lebih menguasai. Ditahan esakan agar Faridz tidak mendengar sambil menekup telefon bimbitnya..

Please sayang..cakap sesuatu dengan abang. Hati abang tak tenteram selagi tak dengar suara.”

     Huda menyeka air matanya yang mengalir. Ditarik nafas sedalam-dalamnya sebelum cuba bersuara.

“Jangan siksa Huda lagi.” Itu saja yang mampu diucapkan lantas terus mematikan panggilan. Air matanya mengalir kembali. Entah dia sendiri tak sedar bila matanya terlelap. Bila sedar didapati Hajar sedang berada di sisinya di birai katil sambil tersenyum dan bertelekung.

“Dah jam enam setengah, tak bangun solat ke..?”

“Huda cuti..” Jawab Huda lemah.

“Mm..patutlah badmood je..! Pergi cuci muka, bengkak sangat mata tu, nanti abah tanya pulak..” Pesan Hajar setelah menyedari mata Huda bengkak akibat terlalu banyak menangis. Tidak ingin membebankan perasaan adiknya, Hajar membantutkan keinginannya untuk bertanya. Hatinya kuat berkata bahawa masalah adiknya itu terlalu berat sehngga Huda berkeadaan begitu. Setahunya Huda seorang yang kuat menghadapi apa jua masalah. Dari kecil lagi Huda kurang menangis. Jari yang terhiris dengan pisau tajam langsung tidak ditunjukkan rasa sakit. Setitis pun air mata tidak kelihatan di mata. Tapi hari ini bila melihatkan mata Huda merah dan membengkak kerana menangis, Hajar tahu bahawa kesakitan itu tidak tertahan lagi. Langkah lemah Huda menuju ke bilik air di perhatikan saja dengan rasa simpati. Memandangkan Huda enggan bercerita masalah yang dihadapi, sukar baginya untuk menghulurkan bantuan ataupun sekadar nasihat. Nampaknya tugas itu terpaksa diserahkan pada bigboss.


     ENCIK MARZUKI menggeleng kepala melihat mata Huda yang membengkak. Wajah sayu Huda diperhatikan tanpa bertanyakan apa-apa pada anak gadisnya itu. Melihatkan Huda siap berbaju kurung, hati Encik Marzuki kuat berkata bahawa anak gadisnya itu mahu keluar.

 “Bah..Huda nak keluar sekejap pagi ni..”

“Huda nak kemana..?” Encik Marzuki lembut bertanya.

“Huda nak jumpa Kak Nur kejap. Dah lama tak jumpa dia.”

“Hmm.. yelah. Bawak kereta elok-elok. Pagi-pagi ni jalan sesak sikit walaupun hari minggu.”

“Umi..pinjam kereta ye..?”

“Kenapa tak bawak kereta Huda je.”

“Besar sangat. Dengan kereta umi senang sikit nak mencelah.” Huda cuba berseloroh sambil tersengeh.

“Yelah..umi pun tak keluar ke pasar hari ni..” Balas Puan Rohayu sambil tersenyum setelah lega melihat Huda sudah mula mahu berseloroh. Sejak tadi tiada siapa yang berani bersuara setelah melihat keadaannya yang mencuka.

“Nur tu siapa.?” Tanya Haizat tiba-tiba.

“Kakak angkat.” Jawab Huda lantas diceritakan serba sedikit tentang Nur pada Haizat dan Hajar.

“Cantik tak.? Boleh kenalkan dengan abang  tak..?” Usik Haizat cuba mengamatkan suasana kerana sejak tadi ruang meja makan itu nampak suram.

“Cantik sangat..! Lemah lembut orangnya, tinggi macam peragawati. Tapi sejarah hitamnya itu mungkin buat abang sukar nak terima dia. Rasanya baik tak payah. Takut abang yang tak dapat terima dia nanti..”

“Mmm..tak payahlah..! awek dari peneng tu awak nak letak mana..?” Tanya Hajar pada Haizat.

     Haizat seperti tertelan biji durian setelah mendengar sindiran Hajar. Wajah Azura gadis Pulau Mutiara yang dikenali sejak dari bangku sekolah terlayar di mata.

“Abang  gurau je..! ” Ujar Haizat setelah malu dengan kenakalannya sendiri.

     Huda melangkah keluar sambil mencapai kunci kereta milik ibu tirinya. Tanpa sedar Encik Marzuki mengekorinya dari belakang.

“Huda! Kejap. Ada sesuatu yang abah nak bincangkan.” Tegur Encik Marzuki sambil menarik tangan anaknya agar duduk di kerusi panjang tempat yang selalu digunakan ketika memakai kasut kerja.

“Ada apa bah?” Tanya Huda gugup.

“Huda bergaduh dengan abang Faridz ke?”

Huda diam membisu sambil tunduk memandang lantai.

“Abah tak suka anak abah terus macam ni. Bukan abah melarang Huda bercinta. Huda ada hak untuk merasa semua tu. Tapi kalau sampai kesihatan terjejas, abah tak boleh duduk diam. Huda anak abah. Sakit Huda, sakitlah abah.”

“Sebenarnya..!”Huda masih ragu-ragu berterus terang.

“Abah takkan memaksa Huda bercerita. Tapi abah nak Huda selesaikan masalah ni dengan cara berhemah. Jangan sampai abah masuk campur. Abah pun tak suka nak ambil tahu. Tapi kalau sampai bengkak-bengkak mata macam ni, abah tak boleh duduk diam.  Dahlah! Pergi cepat. Jangan sampai Nur tertunggu pulak. Sampaikan salam abah pada dia. Jemput dia datang ke rumah kalau dia senang. Teringin abah nak jumpa dia.”

     Huda melangkah lemah menuju ke kereta. Seketika kemudian dia kembali mendapatkan Encik Marzuki. Tangan dihulurkan dan tunduk hormat lalu tangan tua Encik Marzuki dicium.

“Abah janganlah risau. Huda tak apa-apa. Cuma Huda tertekan sikit dengan sikap dia. Huda cuba ikut nasihat abah.” Ujar Huda sambil tersenyum malu.


      PERTEMUAN dengan Nur dan Madam Vanny membuatkan Huda lupa akan masalah yang melanda. Terlalu banyak yang ingin dibualkan hingga mereka tidak menyedari masa berlalu begitu pantas. Kebetulan hari itu pelanggan tidak terlalu ramai, jadi Huda banyak menghabiskan harinya di situ. Sedar- sedar jam sudah menunjukkan ke angka empat petang. Sempat lagi Huda meminta pandangan mengenai gambar Faridz yang diterima. Huda bersyukur kerana menurut Nur gambar-gambar itu adalah gambar yang telah diedit.

“Kak Nur harap Huda bijak buat keputusan. Jangan cepat melatah.” Pesan Nur ketika Huda sudah pun berada dalam kereta sambil menghidupkan enjin kereta.

“Baiklah Kak Nur. Huda cuba buat yang terbaik. Harap Kak Nur akan sentiasa menyokong Huda.”

“Sampaikan salam pada keluarga Huda. Maaf sebab tak dapat penuhi hasrat abah Huda. Kak Nur memang sibuk hari ni. Insyaallah, esok kalau tak ada aral melintang, akak sampai dengan papa.|

      Kereta kancil milik Puan Rohayu dipandu cermat menghala ke rumahnya. Sampai di lorong masuk kawasan rumahnya, dari jauh kelihatan sebuah kereta yang amat dikenalinya. Jantungnya berdegup kencang. Dicuba berbuat selamba untuk menutup rasa gugupnya. Ketika mematikan enjin kereta di halaman rumah, kelihatan Faridz sedang berbual-bual dengan Encik Marzuki. Pandangan dua manusia itu ke arahnya buat Huda rasa serba salah.

“Hai anak dara..baru balik..?” Tegur Encik Marzuki dengan nada sindir.

     Huda hanya tersenyum malu dengan sindiran itu. Dia sedar kesalahannya yang terlalu lama keluar sejak pagi hingga petang baru menampakkan muka. Wajah tenang Faridz dipandang sekali imbas dan kemudian terus melangkah mahu masuk ke dalam rumah. Namun langkahnya terhenti seketika setelah mendengar panggilan Encik Marzuki.

“Huda..! sini.” Laung Encik Marzuki sambil melambaikan tangan ke arah Huda. “Abang Faridz nak jumpa ni.”  Sambung Encik Marzuki lagi.

     Huda serba salah mahu melangkah ke arah Faridz dan Encik Marzuki yang sedang selesa di bangku batu di taman mini. Langkah Encik Marzuki ke arahnya mendebarkan dadanya.

“Bincang elok-elok. Abah tak suka kalau masalah dipendamkan saja. Cara tu tak ada jalan penamat.” Bisik Encik Marzuki setelah berhadapan dengan Huda dan berlalu pergi meninggalkan Huda di situ.

 
    LANGKAH  Huda lemah menghala ke arah Faridz. Sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Faridz, Huda menunduk. Baginya tika itu tidak ada apa yang hendak disuarakan lagi. Sedar akan renungan Faridz tajam ke wajahnya, Huda sekadar membatu, menunduk dan mencuka.

“Hati abang tak senang selagi Huda tak maafkan abang.” Melihat Huda membisu Faridz merendahkan badannya lalu wajah murung Huda ditatap. “Please. Say something!”

“Huda dah maafkan abang.” Balas Huda tanpa mengangkat  wajahnya.

“Tapi abang tengok Huda macam tak suka je abang datang. Dah tak sudi tengok muka abang?” Faridz menyedari kerenah Huda yang hanya bersuara tanpa memandangnya. Hatinya cukup terasa dengan layanan dingin Huda.

     Huda membisu sambil menyeka air mata yang sudah mula mengalir ke pipi. Jiwanya cepat sebak bila mengingatkan apa yang disampaikan Faridz semalam.

“Janganlah macam ni. Abang janji abang tak buat lagi. Abang takkan ungkit lagi hal ni.” Ujar Faridz lembut.

“Dahlah bang..pergilah balik. Huda penat, nak rehat.”

Farida tersentak dengan jawapan Huda.

“Sampai bila Huda nak mengelak dari abang..?”

“Huda tak mengelak. Tapi Huda perlukan masa nak pulihkan perasaan Huda ni.”

“Perasaan abang macam mana pulak..? Huda dah tak sayang abang..?”

      Huda diam membisu. Namun Huda tersentak apabila Faridz bangun lalu memegang lengannya dan menariknya ke arah kereta yang dipakir diluar pagar. Huda akur setelah Faridz mengarahkan Huda masuk. Enjin kereta dihidupkan lalu bergerak pergi tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada orang tua Huda. Harapannya agar keluarga Huda faham dengan tindakannya.

 “Abang nak bawak Huda pergi mana ni..?” Tanya Huda hairan.

     Faridz membisu sambil meneruskan pemanduan. Pertanyaan Huda langsung tak dihiraukan. Akhirnya kereta yang dipandu berhenti betul-betul dihadapan villa Ariffah. Sambil membuka pintu kereta bahagian Huda, tangan Huda diraih dan ditarik kasar menghala ke dalam rumah. Affini dan Mak Miah yang sedang menonton tersentak dengan kehadiran Huda yang sedang mencuka. Wajah Faridz yang sedang menyinga sambil bercekak pinggang membuatkan Affini dan Mak Miah tidak mampu bertanya apa-apa. Apa yang mereka mampu hanya duduk diam dan sedia menjadi penonton.

“Sekarang Huda cakap, apa yang perlu abang buat untuk Huda terima abang dan maafkan abang?” Bentak Faridz perlahan.

“Kan Huda dah cakap, Huda dah maafkan abang..!” Jawab Huda tegas tanpa memperdulikan pandangan pelik Afini dan Mak Miah. Rasa malu kerana bertengkar dengan Faridz depan dua manusia itu terpaksa ditebalkan saja. Apatah lagi ketika berada dalam rumah Faridz. Huda sedar, Faridz kurang selesa berbincang di rumahnya, lantas sebab itulah dibawa Huda pulang ke rumah.

“Tapi abang tahu Huda tak ikhlas!” Bentak Faridz lagi.

“Nak ikhlas macam mana lagi..? Selama ni Huda tak cukup ikhlas ke.? Rasanya dah terlebih ikhlas. Tapi tetap tak dihargai.” Lantang Huda bersuara. Faridz tersentak. Wajah Huda yang basah, dipandang tajam..
“Habis tu, setiap kali abang tanya, Huda macam acuh tak acuh je jawab. Abang tertekan tau tak..?”

“Abang sorang je ke yang tahu tertekan? Huda tak tahu? Huda ni lebih tertekan tau tak.? Saat-saat kita dah mula merancang tentang masa depan baru sekarang abang nak ungkit kisah dulu. Kenapa tak cakap dari dulu lagi, senang Huda buat keputusan sama ada nak terima abang atau tak.! Abang senang-senang suruh Huda lupakan abang hanya kerana sebab yang tak munasabah. Apa sebab bang? Terus terang kalau abang dah ada yang lain. Huda sedia undur diri kalau itu boleh buat abang bahagia. Sekarang siapa yang lebih tertekan.? Tak payahlah abang nak jauh hati dengan apa yang jadi dalam hidup abang. Huda dah cakap terus terang dari dulukan, Huda terima abang seadanya. Kalau kaki abang dikerat kedua belah kaki pun Huda masih terima abang. Huda dah cakap dulukan! hal ni jangan diungkit lagi. Kalau abang ungkit juga kita putus.!” Tempik Huda lalu menghamburkan tangisannya. Kedua telapak tangannya ditekup ke wajah menahan tangisan.

Faridz tergamam dengan pengakuan Huda. Rasa bersalah tiba-tiba menyapa dalam diri.

      Affini tergamam mendengar dan melihat Huda yang terduduk sambil menangis di lantai. Segera dirapatkan dirinya sambil memeluk tubuh Huda yang lemah. Belakang Huda diusap lembut agar Huda segera bertenang.

“Along ni kenapa..dah gila agaknya?” Jerit Afini sambil menjeling tajam ke arah Faridz kerana kecewa dengan sikap abangnya yang medesak.

     Faridz bergerak lemah lalu melutut di hadapan Huda. Tangan Huda di wajah diraih perlahan. Pipi basah Huda disapu lembut.

“Maafkan abang. Abang terlalu cintakan Huda. Abang janji abang tak ungkit lagi hal ni.”  Ucap Faridz berulangkali sambil tangan Huda diramas lembut. Sesekali jemari Huda dikucup kerana kesal dengan sikap keterlaluannya.

“Jangan paksa Huda lagi bang..!” Rayu Huda perlahan.

     Faridz hilang kata-kata dan hanya mampu mengangguk tanda akur dengan kehendak Huda.


      JAM enam petang Faridz menghantar Huda pulang. Lega rasa hatinya setelah Huda dapat menerimanya kembali. Dengan pertolongan Affini, Huda dapat ditenangkan. Rasa bersalah masih terasa. Sepanjang perjalanan, isu yang menjadi beban selama ini langsung tidak disentuh. Faridz masih risau kalau-kalau Huda terasa hati. Tidak banyak topik yang menjadi bualan. Hampir lima belas minit perjalanan, akhirnya mereka sampai di perkarangan rumah Encik Marzuki.

“Saya balik dulu pakcik. Mintak maaflah sebab bawak Huda keluar tanpa izin tadi, saya terpaksa..” Kata Faridz lambat-lambat ketika Encik Marzuki mengiringinya ke kereta yang dipakir di luar pagar.

“Tak apalah..pakcik faham. Pakcik tengok, Huda tu dah nampak okey. Macam mana planing yang kamu rancangkan tadi tu, jadi ke..?”

“Insya Allah pakcik! rasa-rasanya tak jadi masalah. Nanti apa-apa hal, saya bagi tahu pakcik.” Ujar Faridz sambil meloloskan dirinya ke dalam kereta. 

No comments: