32
PERCUTIAN selama sebulan setengah akan diguna sebaik mungkin. Hampir setiap
pagi dia akan ke kubur arwah ibunya. Nasib baik sekarang ni dia dah boleh kawal
perasaan setiap kali berada di situ. Mungkin juga kerana sering ditemani oleh
Haizat dan Hajar setiap kali ke situ. Pernah juga Faridz menyuarakan untuk menemaninya, namun dia tak menggalakkan
kerana malu untuk dia meluahkan perasaan ketika di pusara arwah ibunya.
Di rumah macam-macam yang dilakukan
termasuklah belajar menjahit dari Puan Rohayu. Memandang kan hari raya puasa
bakal menjelma beberapa bulan lagi, Huda mengambil keputusan untuk menjahit
bajunya sendiri. Huda juga merancang untuk menjahit pakaian yang akan dipakai
semasa majlis pertunangannya nanti. Huda yakin, dia akan berasa lebih bangga
andai pakaian itu disediakan sendiri. Tiba-tiba Huda berasa gementar untuk
memberitahu kepada Encik Marzuki. Dikhuatiri orang tuanya kurang bersetuju
memandangkan sesi pembalajarannya masih panjang. Tempoh dua ke tiga tahun
dirasa terlalu lama untuk bergelar tunangan orang. Bukan dia tidak yakin cuma
risau akan pandangan orang tuanya yang terlalu mengharapkan kejayaannya dalam
pelajaran. Walaupun tahu zaman sekarang ramai pelajar-pelajar yang bergelar
siwazah sudah mendirikan rumahtangga, Huda dapat rasa leteran Encik Marzuki
pasti berkajang-kajang. Jadi Huda sudah
merancang untuk memberitahu rancangannya dan Faridz pada hari itu juga selepas
solat isyak. Huda yakin, waktu itu adalah waktu di mana keluarganya berkumpul,
dan waktu itu adalah waktu di mana Encik Marzuki akan mendengar segala masalah
anak-anak. Huda mengharapkan agar orang tuanya akan menerima dengan baik.
Kerana tidak mahu melengahkan masa, Huda nekad untuk memberitahu secepat
mungkin. Tak sanggup lagi menyimpan rahsia itu lama-lama kerana makin lama
disimpan makin buat dia tak senang duduk.
FARIDZ meletakkan barang-barang yang dibeli tadi di atas meja. Sambil
melepaskan lelah setelah seharian berjalan di shopping komplek bersama budak
pejabatnya, Faridz mencapai alat kawalan pendingin hawa lalu dihidupkan serta
merta. Rasa panas di luar masih terasa walaupun sepanjang dalam kereta tadi, aircornd sentiasa terpasang.
“Wah..banyaknya shopping.. Untuk Fini ek..?” Tanya Afini sambil memunggah
barang-barang yang berada di atas meja kopi.
Faridz tidak terus menjawab tetapi
tersenyum lebar sambil meletakkan dua kotak kecil berwarna biru di hadapan
Afini.
“Apa pendapat Fini.? Cantik
tak.? Rasa-rasa sesuai tak dengan jari dia.?” Tanya Faridz sambil terus
tersenyum.
Tingkah laku Afini mati serta merta
apabila melihat dua kotak kecil itu. Barang-barang yang dipunggah tadi
dibiarkan saja lalu mencapai dua kotak kecil itu lantas dibuka perlahan.
Matanya membutang apabila kilauan dari arah kotak itu menikam matanya.
“Amboi long..cantiknya..!
Along nak kawin yek..?” Tanya Afini
yakin setelah melihat ukiran senyuman di bibir Faridz sudah tidak boleh kembali
kepada keadaan asal lagi. Dia yakin abangnya itu sedang bahagia dengan rancangan yang dah diatur.
“Bertunang! Fini rasa-rasa muat tak dengan jari dia.?”
Tanya Faridz.
“Muat kot..! sebab Fini
tengok jari dia lebih kurang dengan je..” Balas Afini sambil menyarungkan
kedua-dua bentuk cincin di jarinya. “Eh, alongkan pernah bagi cincin kat Huda
dulu, takkan tak ingat kot.!” Sambung Afini lagi.
“Dulu along agak-agak je. Memang cincin tu sesuai dengan jari dia, tapi sekarang along tengok dia makin
kurus, macam tak cukup makan. Takut jugak kalau-kalau cincin ni besar.”
“Dia kurus sebab makan hati
dengan perangai long tu.! Tempelak Afini sambil menjeling sinis.
“Yelah..salah long jugak..!”
Ujar Faridz sambil mencapai cincin di tangan Afini lalu ditenung sayu. Faridz
sudah nekad untuk terus menjaga hati Huda dan tak mungkin diulang lagi
kesilapan lalu. Hati Huda terlalu suci untuk disakiti.
HAJAR menunduk sambil mengetap bibirnya
ketika berhadapan dengan Encik Marzuki dan Puan Rohayu serta Haizat selepas
solat isyak di ruang tamu. Lagaknya seperti menanti hukuman kerana baru lepas
membuat satu kesalahan besar. Siaran TV yang terpasang tadi sudah dimatikan.
Langkah Huda menjadi perlahan ketika memandang riak wajah Hajar yang menikus.
Terus sahaja Huda menerus langkah menuju ke arah Hajar lalu duduk di sebelah Hajar. Wajah Encik Marzuki yang serius dipandang dalam debar. Niatnya
untuk memberitahu tentang rancangannya dengan Faridz dirasa terpaksa ditangguh
dulu memandangkan mood orang tuanya
kurang baik malam itu. Tertanya-tanya dalam hati, apakah kesalahan yang telah
dilakukan oleh Hajar hingga wajah Encik Marzuki berubah rupa.
“Kakak yakin dengan
keputusan kakak ni..?” Tanya Encik Marzuki tegas. Wajah Hajar yang sedang
menunduk dipandang tanpa berkelip.
“Kakak yakin bah..! Lagipun
dia dah mula berkerja.” Jawab Hajar perlahan.
Huda cuba menangkap maksud yang diucapkan
oeh Hajar tadi, namun tiada satu pun yang difahami.
“Dia kerja apa sekarang..?”
Tanya Encik Marzuki lagi.
“Dia pengurus bank je bah..!”
Jawab Hajar takut-takut.
“Abah tak kisah dia kerja
apa, asal tetap dan halal, berpelajaran, mampu menyara kakak hidup, cukup
sembahyang lima waktu, itu dah cukup. Apa yang penting dia ikhlas dan jujur
terima kakak.”
“Dia ikhlas bah..” Ujar
Hajar lagi meyakinkan Encik Marzuki.
Huda tarik nafas dalam, sudah dapat meneka
apa yang berlaku tika itu. Huda pasti Hajar turut mengambil keputusan
sepertinya. Berkali-kali air liurnya ditelan menahan debar.
“Hmm..macam nilah, kamu
cakap dekat dia datang minggu ni jugak.”
“Minggu depan tak boleh ke
bah?” Hajar seperti merayu.
“Minggu depan tak boleh
sebab Huda dah cop tarikh tu.” Balas Encik Marzuki sambil mengalih pandangan
kepada Huda. Semua yang berada di situ tersentak sambil semua memandang tepat
ke arah Huda yeng sedang melopong.
“Kenapa semua pandang Huda
macam tu.?” Tanya Huda sambil memuncungkan mulutnya. Lengan Hajar dirangkul
erat.
“Oh..! buat-buat tanya
pulak! jangan nak ngelatlah dik.. abang tahu, Faridz nak hantar wakil minggu
depankan..?”
“Patutlah pun..! umi pun
hairan jugak, tiba-tiba anak umi ni nak belajar menjahit, siap belajar jahit
manik batu lagi! rupa-rupanya nak buat
baju bertunang sekali..” Usik Puan Rohayu sambil ketawa kecil.
“Ooo..buat rancangan tak
bagi tahu abah ye..?” Sindir Hajar sambil menepuk bahu Huda tanda geram.
“Bukan macam tu bah..! Huda memang
cadang nak bagitahu malam ni, tak sangka pulak, kakak dah terlebih dulu..”
“Dah lama abah tau..! Faridz
dah cerita semua kat abah. Mula-mula tu abah rasa berat juga nak terima, tapi
bila dia dah beria-ria, kasihan pulak abah tengok, jadi abah terimalah..”
“Kenapa tak buat sekali je
bah..?” Tanya Haizat teruja.
“Tak bolehlah macam tu..!
Dibuatnya wakil Faridz yang datang dulu, tak ke dah jadi langkah bendul. Almaklumlah, kakak punya dari pahang, jauh tu..! Huda pulak dekat-dekat sini
je..dah tentu Faridz yang sampai dulu. Nanti tak pasal-pasal Faridz kena sedia
barang tambahan pulak dekat kakak.” Jelas Encik Marzuki.
“Ha..bah! sekarang adik-adik
abang dua-dua dah langkah bendul, jadi bakal-bakal dia orang ni kena sediakan
sesuatulah dekat abang. Betul tak bah..?”
“Mmm..abah tak pernah pulak
dengar istilah kalau langkah bendul kena sediakan barang untuk si abang,
biasanya untuk perempuan je..!” Ulas Encik Marzuki sambil menggaru-garu dagunya
sambil berfikir.
Ledaklah tawa di ruang tamu itu bergema setelah melihat muka Haizat yang terkulat malu.
Ledaklah tawa di ruang tamu itu bergema setelah melihat muka Haizat yang terkulat malu.
“Tak sangka anak-anak dara
abah dah ada yang berkenan. Cantik sangat ke anak-anak dara kita ni yu..?” Usik
Encik Marzuki sambil menoleh pada isterinya yang berada di sebelahnya.
“Mestilah cantik..kalau tak,
tentu tak ada yang ingin..”
“Maknanya abang ni tak hendsome lah ye mi..? Tak ada sapa yang
nak.” Sampuk Haizat merendah diri.
“Hendsome..!cuma aura tu tak sampai lagi..!” Balas Puan Rohayu cuba
memujuk anak tirinya itu.
Encik Marzuki melepas keluhan lega. Sambil
memerhatikan kedua-dua anak perempuannya, hatinya merasa sayu. Tidak disangka
anak-anak gadisnya bakal bergelar milik orang tidak lama lagi. Ingatannya
terlayar kembali pada arwah isterinya Azimah. Dapat dirasa jika isterinya itu
masih ada, sudah tentu hari-harinya lebih bermakna dan sudah tentulah juga
isterinya itu sudah mula membuat persiapan. Tidak dapat digambarkan perasaannya
ketika itu jika apa yang dibayangkan benar-benar terjadi.
No comments:
Post a Comment