PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 34 TERTULIS KAU MILIKKU

34
      LISA termenung sendiri di atas kerusi rodanya sambil menghadap jendela biliknya yang menghala ke taman. Jiwanya tenang disitu sambil merenung setiap tumbuhan yang melata. Dua tahun berlalu, di situlah tempat dia melayan perasaan. Berita tentang pertunangan Faridz dan Huda yang terpaksa dibatalkan sudah diketahui. Walaupun bibirnya tersenyum riang, namun jauh di sudut hati sebenarnya dia tidak tenteram. Hampa dengan sikap Faridz yang langsung tidak pedulikannya. Pada hari pertama saja Faridz menjengukkan wajah dihadapannya, namun selepas itu bayang lelaki itu terus menghilang tanpa apa-apa berita. Walaupun sudah diterangkan kedudukan sebenar, sukar baginya untuk menerima sebarang pejelasan yang dikatakan oleh orang tuanya.  Namun akhirnya setelah lama berfikir, Lisa terpaksa akur dan terima bahawa Faridz memang ditakdirkan untuk Huda. Mengenangkan keadaannya yang sudah tidak sempurna, Lisa pasrah terima seadanya.

     Terfikir-fikir juga untuk memohon maaf pada Huda di atas apa yang berlaku, namun perasaan malu dan segan untuk bertemu dengan gadis itu semakin menebal. Bertambah tebal malunya bila mengenangkan keadaan dirinya yang tidak lagi sempurna. Berita tentang rajuk Huda yang berpanjangan hingga kini juga sudah diketahui. Berkali-kali dia berdoa agar Huda kembali pada Faridz. Tiada apa yang mampu dilakukan lagi selain berdoa. Begitu juga perasaan malunya pada Jimmy. Lelaki itu langsung tak menampakkan bayang dan langsung tak menghantar khabar berita. Mungkin benarlah apa yang difikirkan selama ini, Jimmy tak pernah serius dengannya. Bagi Lisa hidupnya sudah berakhir. Padanya, tak guna lagi dia teruskan hidup andainya sudah tertulis dia akan begitu selama-lamanya. Namun dia sedar, di sebalik kejadian itu, ada hikmahnya. Hubungannya dengan keluarganya kembali pulih. Lisa bersyukur kerana ahli keluarganya masih mahu menerimanya setelah apa yang terjadi.

     Minggu hadapan dia akan bertolak ke Beijing untuk rawatan kakinya. Berkali-kali mama dan papanya memujuk agar menerima rawatan itu. Sebenarnya Lisa sudah berputus asa setelah lima negara dijelajahi tidak menampakkan hasil yang positif pada kakinya. Pada pandangannya, ini adalah balasan padanya setelah apa yang dilakukan selama ini. Lisa reda dan pasrah.


      SUDAH hampir dua tahun Faridz seperti manusia tak berjiwa. Afini sudah hilang akal bagaimana mahu menyembuhkan penyakit abangnya itu. Walaupun sering berbalas email dengan Huda dalam alam maya, tidak pernah sekali pun disuarakan apa yang terjadi pada Faridz. Afini tahu, Huda tidak mahu nama Faridz disebut dalam perbualan mereka. Jika tidak kerana soal pelajaran, Afini yakin sangat yang Huda tak akan melayannya.

    Kadang-kadang hatinya sakit dengan sikap Huda yang mementingkan diri sendiri. Bila melihatkan keadaan Faridz, mahu saja dia ke bangi dan mengheret Huda pulang agar penyakit abangnya segera sembuh. Tapi apakan daya, Huda tidak lagi tinggal di asrama tapi mengubah tempat kediamannya yang sedikit jauh dari fakulti.. Yang menjadi masalah Afini sekarang ialah dia tidak tahu alamat tetap rumah sewa Huda. Khabar tentang pemindahan Huda ke rumah sewa diketahui dari Faridz sendiri. Dua minggu selepas pemergian Huda, Faridz menebalkan muka berjumpa dengan Huda. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu oleh Rina yang Huda sudah berpindah. Hancur luhur hatinya dengan perkhabaran itu. Namun apakan daya, mungkin sudah tersurat nasibnya begitu. Faridz pasrah dan pulang dengan hati yang lara. Semenjak itu perangai Faridz semakin berubah. Melihatkan diri abangnya seperti ‘hidup segan mati tak mahu’ Afini semakin tertekan. Akhirnya dia terpaksa mengadu akan hal itu pada keluarga Huda. Sejak itu keluarga Encik Marzuki sering datang ke rumah. Tak terucap dengan kata-kata kerana terharu dengan sikap keperihatinan keluarga itu. Bukan niatnya untuk memalukan Faridz, cuma baginya hanya pada keluarga itu saja tempatnya mengadu. Memandangkan Puan Rohayu adalah ibu saudara mereka, rasanya tidak salah kalau mereka itu dijadikan tempat meluah perasaan.

     Hatinya semakin sakit bila Faridz pulang dari kerja petang semalam. Disangka Faridz pergi kerja rupanya ke Bangi mencari Huda. Bila sampai rumah, alangkah terkejutnya bila melihat muka Faridz bengkak lebam biru. Selepas disoal siasat, tahulah dia cerita sebenar. Nak taknak dia terpaksa ceritakan pada Encik Marzuki dan Puan Rohayu. Kedatangan Encik Marzuki sekeluarga memang diharapkan agar dapat ‘mencuci’ telinga dan hati abangnya yang degil.

“Masyaallah Riz, kenapa sampai lebam-lebam ni? Riz bergaduh dengan siapa?” Tanya Puan Rohayu sejurus masuk ke dalam rumah.

“Penyakit cari sendiri!” Balas Afini geram.

“Apa dah jadi sebenarnya ni? Fini? Cuba cerita!” Tegas Encik Marzuki bersuara.

“Kena belasah dengan abang angkat Huda, abah!”

“Siapa? Iskandar? Tapi kenapa? Walaupun abah tak kenal Iskandar tu, tapi abah pernah berbual dengan dia dalam telefon. Memang dia ada bagi tahu yang Huda tinggal dengan keluarganya, tapi budak Iskandar tu kan tinggal di Australia. Macam mana Riz boleh jumpa dengan Iskandar?”

“Iskandar baru balik dari Australia. Baru seminggu. Bila along pergi cari Huda dekat rumah dia semalam, baru dia tahu cerita sebenar. Selama ni dia ingat Huda dah bertunang dengan along. Iskandar naik angin, terus belasah along. Iskandar tuduh along tak pandai jaga Huda. Sekarang ni siapa pun tak tahu kemana Huda pergi. Iskandar kata sejak dia pulang, Huda memang tak ada dirumah. Tapi menurut emak Iskandar, dia kata Huda sekarang tengah praktikal. Tapi Huda tak cerita dekat mana.”

“Ya Allah..! Pening kepala umi dengar cerita kamu ni Fini! Sekarang ni mana Huda sebenarnya? Abang, saya tak boleh duduk diam macam ni. Kita cari anak kita bang.! Selama ni dia tak balik, ada jugak dia call. Tapi sekarang dah senyap terus. Saya risau bang. Anak kita tu perempuan.!” Puan Rohayu sudah seperti kucing hilang anak.

“Sabar dulu. Abang tahu Huda tu tak apa-apa. Awak ni, cuba fikir yang baik-baik! Abang tak fikir mereka tak tahu kemana Huda sebenarnya. Takkan senang-senang dia orang nak lepaskan Huda pergi macam tu saja!” Semua terus terdiam mendengar andaian Encik Marzuki. 

“Riz tak kerja ke hari ni?” Tanya Encik Marzuki mengubah topik perbualan, sayu bila melihatkan keadaan Faridz yang tak bermaya. Wajah Faridz yang semakin cengkung menampakkan jelas di mata tuanya yang Faridz semakin parah melayan perasaan.

“Kerja pakcik. Tadi saya pulang awal sebab tak sehat.” Jawab Faridz lemah.

“Riz..jangan ikutkan hati sangat..! merana badan tu nanti..! Dah  dua tahun Huda pergi, Pakcik tengok Riz makin kurus, dah macam Mat Pit..! Makan ke tidak ni..?”

“Makan..” Jawab Faridz lemah.

“Mm..makan angin.!” Balas Afini geram sambil menjeling tajam pada Faridz. Pandangan tajam Faridz langsung tak dipedulikan.

“Kalau adik aku tengok keadaan kau macam ni, kompem dia pandang orang lain.” Sindir Haizat tajam sambil menggeleng kepala. Faridz tersentak lalu hanya mampu tersenyum hambar.

     Selesai makan malam, Faridz memanjangkan lamunannya di taman rumahnya. Begitulah rutin hariannya sejak dua tahun yang lalu bila malam berlabuh. Bunyi air menderu mengalir dari corong pasu menuju ke kolam ikan miliknya benar-benar mendamaikan jiwanya. Dalam genggamannya yang kemas, telefon bimbitnya itu sesekali dipandang sayu dan sesekali jugalah dia mengeluh kesal. Harapan agar Farathul Huda membalas smsnya walau satu huruf hanya tinggal harapan. Seperti rakyat Malaysia menanti kembalinya MH370, begitulah sabarnya dia menanti kepulangan kekasihnya. Sudah dua tahun dia menanti jawapan dari Huda, tetapi tetap hampa. Namun dia tetap tak berubah dengan pendiriannya. Sudah dinekad dalam jiwanya untuk terus menanti kepulangan Huda.

     Hatinya sebak. Kebiasaannya, waktu-waktu begitu adalah masanya dan Huda bergayut jika Huda pulang bercuti. Huda pasti akan tanyakan tentang masalah kesihatannya, pemakanannya dan yang paling dia suka adalah Huda suka berkias-kias ketika mengungkapkan kata cinta, sayang dan rindu. Faham dengan sifat Huda yang malu untuk berterus terang, Faridz akan dahulu ungkapkan kata-kata azimat itu. Tapi sejak Huda pergi membawa hati yag rajuk, kata-kata azimat itu langsung tak kedengaran di corong telinganya lagi. Jiwanya rindu akan ungkapan seperti itu yang kebiasaannya lahir dari suara lembut Huda.

“Along..! dah lewat ni. Along tu tak sehat. Masuklah..! tak elok lama-lama duduk kat luar tu..sejuk.” Tegur Afini dari muka pintu utama.

   Faridz tersentak dari lamunan. Tidak ingin adiknya melihat wajahnya yang mendung dan mata yang berair, Faridz menjawab tanpa memalingkan wajahnya. “Yelah. Kejap lagi along masuk..!”

     Setelah pasti Afini beredar dari situ, Faridz mula mengangkat punggungnya ingin bangun. Isyarat getar telefon bimbitnya membuatkan dia terkejut. Tanpa melihat di layar skrin, Faridz terus menjawab. Pada firasatya Huda yang menelefonnya waktu itu seperti masa-masa lalu.

“Huda. Itu Huda kan.? Tolong jangan buat abang macam ni lagi.. abang mintak maaf.! Abang tak ada niat nak...” Rayu Faridz.

Hello bos!..ni saya Firdaus. Bos okey ke?” Suara Firdaus jelas di talian.

     Faridz tergamam dan termalu sendiri. “Eh kamu Fir, saya ingat siapa tadi..! Apa hal?”  Tanya Faridz sambil tersenyum malu.

“Saya cuma nak ingatkan bos, esok saya tak masuk pejabat, jadi saya tunggu bos dekat tapak projek jelah..sebab lepas tu saya nak ke Pulau Pinang. Bos nak ikut sekali tak.?”

“Saya rasa awak jelah yang pergi. Saya tak sehat lah.. Lepas balik dari tapak projek esok saya nak balik rumah terus. Apa-apa hal tentang projek kat pineng tu, awak emailkan saja pada saya. Lagipun minggu ni saya sibuk sikit.” Terang Faridz serius.

     Walaupun syarikatnya sudah dibantu oleh Afini, dia tidak boleh lepas pandang memandangkan Afini masih baru. Tambah pulak Afini hanya membantu jika dia tiada kelas. Tinggal enam bulan saja lagi untuk Afini memegang jawatan di syarikatnya. Lepas ini Faridz sudah boleh tarik nafas lega. Dia tidak perlu lagi bersusah payah ke hulu ke hilir menguruskan dua syarikat dalam masa yang sama. Syarikat Dato Basri yang diuruskan selama ini sudah diserahkan padanya seratus peratus. Faridz tahu, tujuan ayah angkatnya menyerahkan anak syarikat itu padanya adalah kerana rasa bersalah. Sudah berkali-kali diluahkan rasa tidak mahu menerima, kerana dia tidak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan keluarga angkatnya terutama nya Lisa. Akhirnya Dato Basri sebulat suara, mengeluarkan anak syarikatnya itu dari genggamannya dan menyerahkan pada Faridz. Faridz serba salah dan akhirnya dia terpaksa setuju dengan permintaan Dato Basri.

“Baiklah bos! Mm..bos ni okey ke?” Tanya Firdaus lambat-lambat.

“Kenapa? Awak rasa saya ni tak okey ke?”

“Yelah..! Jangan ikut sangat perasaan tu bos!”

“Pandai-pandai jelah awak ni. Okeylah, saya nak tidur dah ni. Ingat.! inform saya cepat kalau ada apa-apa yang tak kena masa di peneng nanti.”

“Baiklah bos. Bos janganlah risau. Cuma satu je saya nak pesan, kadang-kadang dalam dunia ni, kita rasa kita yang paling kurang bernasib baik bila sesuatu benda yang kita impikan tidak berada dalam genggaman kita. Tapi bila kita dapat sesuatu dengan mudah, kita rasa kitalah yang paling bertuah dalam dunia ni. Mungkin bos berada antara satu yang saya sebut kan tadi. Yang mana satu itu bos sendiri yang tahu. Bagi saya berjaya atau tidak setiap usaha yang kita cuba buat, itu bergantung pada kesungguhan seseorang. Kalau bos dah habis usaha, tapi masih gagal..itu bukan salah bos. Mungkin sudah tertulis bos takkan berjaya. Tapi satu bos kena ingat, usaha ni ada kat mana-mana. Cuba bos bayangkan setiap usaha yang bos lakukan tu macam mendaki tangga seribu. Setiap anak tangga yang bos jijak itu adalah peringkat usaha. Bila anak tangga yang ke seratus tiba, bos masih belum berjaya, bos cuba lagi mendaki anak tangga yang seterusnya. Saya yakin bos akan berjaya. Bos janganlah rasa tertekan sangat dengan apa yang menimpa bos. Perempuan ni walaupun nampak keras, hati dia orang sebenarnya selembut kapas. Bos hanya perlu bersabar je. Saya yakin dia akan kembali pada bos. Bos pernah cerita kat saya kan..awek bos tu seorang gadis dan anak yang baik. Biasanya cinta dari gadis yang baik ni adalah cinta yang jujur, ikhlas dan suci. Kalau dia tinggalkan bos walau selama mana pun, dia tetap akan kembali sebab cintanya luhur suci.”

     Faridz tenang mendengar setiap bait kata yang Firdaus suarakan tadi. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman. Dapat dirasa masih ada sinar dalam cintanya.

“Terima kasih Fir..! Saya hargai nasihat awak tu. Saya rasa saya tahu apa yang perlu saya buat lepas ni. Tak sangka awak ni ada bakat dalam merawat hati orang. Sepatutnya awak setaraf dengan Dato Fadzilah Kamsah, tau tak?”

“Sebenarnya kata-kata tu saya ciplak dalam buku pakar-pakar motivasi je bos..! saya suka baca buku-buku macam tu..”

“Bagus jugak kalau macam tu.! taklah masa awak tu habis dengan aktiviti yang tak berfaedah..” Sindir Faridz kerana mengingatkan sejarah hidup Firdaus yang dahulunya seorang Mat Rempit.

      Malam itu seusai solat isyak, Faridz memanjangkan doanya dan kemudian menenangkan fikirannya dengan membaca al-quran. Dia sedar, sejak ditinggalkan kekasih, sudah lama tidak dibuka kitab penyembuh jiwa itu. Rasa berdosa kerana lalai menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba di muka bumi Allah. Mengakui kesilapannya pada si pencipta, Faridz nekad untuk mengubah cara hidupnya.

      Seawal pagi selepas mandi dan bersolat Faridz mula bersiap untuk ke tempat kerja. Perubahan pada dirinya yang buat Afini tergamam adalah misai dan janggut yang selama ini dibiar melata di wajah sudah tiada. Afini tersenyum bangga. Hampir menitis air matanya dan Mak Miah dengan perubahan itu.

“Berseri-seri Fini tengok along pagi ni..ada apa-apa ke..?” Usik Afini ceria.

“Ye ke.? Bukan ke selama ni along memang macam ni..?” Balas Faridz bertanya sambil tersenyum.

“Perasan.! Ceria je Fini tengok..! Along dah jatuh cinta ek..?” Afini cuba serkap jarang.

“Hari-hari along bercinta.”

“Cakaplah betul-betul.” Afini sudah mula bosan dengan jawapan main-main Faridz.

“Betullah apa yang long cakap.. Long sedang dalam cinta.”

“Dengan siapa..?”

“Rasa-rasa Fini.?”

“Eh, manalah Fini tau..!” Bentak Afini geram sambil menjeling.

     Faridz terus tersenyum sambil mengunyap karipap sardin yang digoreng oleh Mak Miah tadi. Sambil menghirup nescafe panas, Faridz merenung wajah adiknya yang masih menanti.

“Cakaplah siapa..!” Bentak Afini merengek manja. Lengan bahu Faridz digoyang-goyang hingga buat Faridz galak ketawa.

“Bakal kakak ipar Fini lah..siapa lagi!”

“Itu Fini tahulah..tapi siapa.? Fini kenal ke..?Siapa nama..?anak siapa..?” Tanya Afini geram.

“Fini kenal. Kenal sangat-sangat.”

“Siapa? Takkan budak-budak kampus Fini kot..! Kalau tahu dekat abah, apalah katanya nanti.!” Afini mula buat andaian. Faridz tersenyum lebar. Seketika kemudian wajahnya kembali serius.

“Selama ni Fini tahukan bagaimana perasaan along pada dia. Bukan dulu dan bukan semalam saja kasih along pada dia. Dulu, sekarang, dan selama-lamanya along akan tetap menanti dia. Malah kasih along semakin hari semakin mendalam. Tak akan ada yang mampu merebut cinta along selain dia.”  Ujar Faridz lantas terus bangun dan mencapai beg kerjanya lalu digalas dan mula melangkah keluar. Afini ditinggalkan termanggu sendiri di situ. “Along balik lewat hari ni tau..! Ada kerja sikit kat pineng. Mungkin malam baru along sampai.” Pesan Faridz lantas terus berlalu.

“Kerja ke..jumpa awek..? ”Sindir Afini sambil menjerit dari meja makan.

     Faridz galak ketawa mendengar sindiran adiknya. Alangkah indah jika benar kata sindiran yang Afini lafazkan tadi. Wajah Farathul Huda bermain di ruangan mata tiba-tiba. Faridz mengetap bibir menahan malu, seolah-olah Huda sedang berada di hadapanya.

      Faridz tenang memandu ke tempat kerja. Sesekali bibirnya tersenyum bila mengingatkan kembali kata-kata Firdaus lewat malam semalam. Seperti penagih dadah baru mendapat suntikan, begitulah segarnya jiwa Faridz ketika itu. Sengaja tidak dipasang pendingin hawa dalam keretanya semata-mata mahu merasai angin luar. Pagi itu jalan tidaklah sesibuk mana, jadi pemanduannya menjadi mudah. Sebelum ketempat kerja tadi seperti biasa, perkara yang perlu dibuat setiap hari adalah mengirim email pada Huda. Semenjak Huda pergi, hanya itulah tempat dia meluahkan perasaan walaupun tahu Huda takkan membalas setiap rayuan yang diemailkan. Hanya itulah saja cara untuk menunjukkan betapa dia masih setia menanti walaupun memakan masa berabad lama.

“Fir, saya ni. Awak dah sampai belum kat tapak projek..?” Tanya Faridz di talian setelah mendail nombor telefon bimbit Firdaus.

“Belum lagi bos, saya kat rumah lagi ni. Sekejap lagi saya gerak. Bos kat mana..?”

“Saya dalam perjalanan ke pejabat. Macam ni, awak tak payah drive, tunggu sampai saya datang. Saya rasa saya nak join awak ke pineng.” Luah Faridz sambil tersenyum. Entah kenapa hatinya berkobar-kobar mahu ke pineng. Dirasakan seperti ada sesuatu yang sedang menantinya di sana.

“Oh..okey jugak tu. Saya tunggu sampai bos sampai.” Ujar Firdaus lalu menamatkan talian.

      Perjalanan ke Pulau Mutiara bersama Firdaus membuat dia lupa sejenak masalahnya. Sudah lama tidak dirasa setenang itu. Selepas beredar dari tapak projek Seri Iskandar tadi, mereka terus bertolak ke Pineng. Memandangkan rancangan untuk berada di Pineng sekejap sahaja, Faridz tidak terfikir untuk  membawa persalinan.

“Saya nampak bos ceria hari ni. Ada apa-apa ke..?” Tegur Firdaus bila menyedari perubahan Faridz sejak tadi.

     Faridz tersenyum lebar dengan teguran Firdaus. Tak sangka perubahannya pagi ini jelas nampak ketara hingga  menjadi tanda tanya pada orang sekeliling. Jika di rumah tadi Affini dan Mak Miah sibuk bertanya itu ini, tapi kini Firdaus pula seperti kalut mahu tahu sesuatu.

“Tak ada apa-apalah fir..saya okey je. Selepas saya dengar kata nasihat dari awak semalam, saya baru tersedar, saya ni dah banyak habiskan masa dari berusaha untuk dapatkan balik apa yang telah saya hilang dulu. Bodohkan saya ni?  Kalau selama ni saya yakin yang orang yang saya cintai itu tulus ikhlas dengan saya, buat apa saya nak risau. Sejauh mana dia pergi, kalau dah jodoh saya dengan dia, pasti tak kemana kan?”

“Tapi bos bukan tak usaha langsung..! Tu! Tang pipi dengan mulut bos tu. Itukan bukti bos berusaha..” Sindir Firdaus lantas tersengih-sengeih.

Faridz tersenyum malu. Pipi dan bibir yang lebam kerana dibelasah Iskandar kelmarin, diusap perlahan. Masih terasa sakit.

“Bos taknak cari lain? manalah tahu, entah-entah dia dah ada yang lain. Dah betahun  dia pergi, bos masih harapkan dia.?”

“Entahlah Fir. Tak tergerak pulak hati saya ni nak cari yang lain. Selagi tak ada bukti yang menunjukkan dia dah ada yang lain, saya akan tetap tunggu dia. Saya nak buktikan yang saya ikhlas dengan dia, sebab punca dia pergi adalah dari saya sendiri. Saya rasa bersalah sangat. Kalau dulu, cinta pertama saya hilang sebab saya dikecewakan. Tapi kali ni saya yang mengecewakan. Saya dapat rasa apa yang dia rasa sebab saya pernah merasa semua tu.”

     Firdaus mendengar sambil mengangguk. Rasa kembang setaman pulak bila bosnya mengambil positif tentang nasihat yang disampaikan semalam. Hingga ke saat ini dia masih rasa nak senyum lebar bila dia disamakan dengan Dato Fadzilah Kamsah.

“Awak pernah bercinta Fir?” Tanya Faridz pada Firdaus yang sedang selesa di sebelahnya yang sedang memandu setelah lama berdiam.

“Tak beranilah bos..! Bawak kereta bos ni pun saya takut-takut sebab kereta mahal.. macam tulah saya rasa takut nak bercinta.”

“Apa kena mengena kereta saya dengan cinta awak..?” Faridz bertanya hairan.

“Yelah..zaman sekarang kalau tak ada duit, sapa pun tak pandang. Buatnya saya dapat awek yang meterialistik, parah saya nanti..! Macam kereta bos ni, dibuatnya tengah saya drive, tiba-tiba terlanggar dengan bontot kereta depan, mana saya nak cekau duit bayar ganti kat bos..? Mahu tak luruh bulu-bulu saya nanti..!” Bentak Firdaus sambil tersenyum kelat.  Faridz ketawa mengekek.

“Bukan semua perempuan macam tu.”

“Saya tahu..! awek bos tak macam tu..dia baik, cantik, lemah lembut, bersopan.. kalau tak, bos taklah angau semacam je bertahun-tahun..!” Sindir Firdaus sambil menjeling sinis pada ketuanya itu.

      Faridz hanya terdiam kemudian tersenyum malu. Tidak disangka pembantunya itu masih ingat apa yang diluahkan dulu. Banyak yang diceritakan mengenai Huda pada Firdaus. Baginya Firdaus adalah seorang pembantu yang lurus tetapi rajin dan cekap berkerja. Walaupun dahulunya pembantunya itu seorang Mat Rempit, Faridz yakin suatu hari nanti Firdaus akan berubah. Dan sekarang, atas kepercayaannya, pembantunya itu benar-benar telah berubah. Hanya kerana teguran yang lembut diluahkan pada pemuda itu, akhirnya Firdaus mula insaf. Dan sejak itu Firdaus menjadi pembantunya. Dan atas kepercayaannya juga, Faridz sanggup menaja perbelanjaan Firdaus sepanjang dia belajar. Kini dengan kelulusan yang ada pada Firdaus, Faridz yakin  yang Firdaus mampu melangkah lebih jauh.

“Bos tak rasa bercinta ni menyusahkan..?” Tanya Firdaus tiba-tiba mematikan lamunannya.

“Kenapa awak cakap macam tu..?” Faridz kembali bersoal.

“Yelah..saya tengok bos macam hidup segan mati tak mahu lepas kecewa kerana cinta. Bos tak rasa  semua tu menyiksakan dan menyusahkan diri bos.?”

“Entah. Saya tak rasa macam menyusahkan. Mungkin sebab umur saya pun dah tiga puluh tahun. Pengalaman lalu banyak mengajar saya erti cinta. Yang sebenarnya saya rasa tenang bila bercinta. Cinta memberi saya ruang untuk berfikir dan belajar agar terus memahami terhadap pasangan saya. Bila saya kecewa saya rasa itu hanya dugaan ketika bercinta walaupun saya mengaku sakitnya teramat sangat.!.”

“Kadang-kadang saya tak faham dengan bos ni..! Dah tahu putus cinta tu sakit, tapi masih kata cinta tu sesuatu yang menenangkan.! Pelik betullah.!” Ucap Firdaus sambil mengeleng-geleng kepala melihat Faridz tersenyum-senyum sendiri lantas menajamkan perhatiannya menuju ke destinasi.


      HAMPIR dua jam setengah akhirnya perjalanan mereka berakhir. Pejabat Syarikat Indah Raya dituju dahulu sebelum ke tapak projek. Syarikat Indah Raya adalah anak syarikat Dato Basri yang diterajui oleh anak saudara Dato Basri iaitu Zafri yang kini sedang menunaikan umrah. Memandangkan tiada siapa yang menjadi kepercayaan Zafri, Faridz dipanggil untuk meninjau masalah di situ. Tambahan pulak jarak dari perak ke peneng tidaklah jauh mana. Bila dirasa hanya dua minggu sahaja pemergian Zafri, dia terus bersetuju.

“Nampaknya macam ada yang tak kena je dengan projek ni bos..?” Sapa Firdaus sambil memeriksa kertas kerja di tangannya. Faridz yang mula mensyaki sesuatu, hanya mengangguk setuju.

“Awak nampak tak kat sana tu..?” Tanya Faridz sambil menunjukkan sesuatu ke arah sekelompok pekerja yang sedang berehat. Di pejabat Zafri tadi pun, suasana amat lengang sekali. Teruk juga setiausaha  dan beberapa orang kuat Zafri ditanya dengan pelbagai soalan. Pengurus projek pun seperti hilang kata-kata bila ditanya.

“Mm..patutlah tak siap-siap projek ni..rupa-rupanya ini sebabnya.” Ujar Firdaus sambil mengangguk-angguk.

“Kalau ikut jadual, projek ni hanya makan masa dua tahun je. Tapi sekarang dah lebih lima bulan. Saya rasa tak sedaplah pulak. Jomlah kita try tanya pekerja-pekerja tu..”

“Bos tak takut ke dengan dia orang tu, saya tengok dah macam KL gangster je..!” Ujar Firdaus cemas.
“Kita tanyalah elok-elok..!”

     Langkah mereka berdua mula diatur menuju ke arah sekelompok pekerja-pekerja asing yang sedang enak berehat.

“Assalamualaikum.!” Tegur Faridz sambil memaniskan muka.

“Waalaikummussalam..! ya Pak, ada apa pak.? Boleh saya bantu.?” Tanya salah seorang pekerja di situ.

“Saya Faridz dan ini pembantu saya Firdaus. Saya diamanahkan oleh Tuan Zafri untuk meneraju projek ni sementara Tuan Zafri berada di tanah suci. Saya nak tahu kenapa projek ni macam tak jalan je..ada apa-apa masalah ke..?” 

“Sebenarnya sudah seminggu kami enggak ada kerja. Kami sendiri enggak tahu mengapa. Mau bilang barang enggak ada, barang-barang memang ada. Tapi yang menghairankan, kami enggak diarahkan supaya bekerja. Menurut mandor, kerja enggak ada, kami sendiri pun hairan.”

“Mana mandor yang awak maksudkan tu? Saya nak jumpa dia.” Tanya Faridz tegas. 

“Sebenarnya sejak Tuan Zafri pergi, bayang dia pun dah lama kami enggak nampak. Ada yang kata dia pergi bercuti.”

“Apa.? Bercuti? Melampau.! Siapa yang luluskan cuti dia kalau Zafri pun sedang bercuti..? Tadi pengurus projek tak cakap apa-apa pun pada saya.!” Tanya Faridz hairan.

“Saya enggak tau pak..! saya pun dengar khabar angin saja.” Jawab pekerja indonesia itu yang sudah fasih dengan loghat orang malaysia.

“Tak mengapalah, macam ni saja, saya nak semua kerja dimulakan segera. Memandangkan sekarang dah pukul satu tengah hari, saya nak awak semua pergi makan dulu. Lepas tu datang berkumpul dekat sini dan saya akan jelaskan apa yang harus kita buat selepas tu. Sebab saya baru dekat sini, hari ni saya belanja awak semua makan. Awak pesanlah apa yang awak nak makan, nanti saya bayarkan..” Balas Faridz sambil tersenyum mesra. Melihatkan wajah semua pekerja di situ beriaksi ceria, hati Faridz dan Firdaus lega. 

“Saya kagum dengan bos, cakap macam tu dah buat dia orang cair dan mahu ikut kata. Tambah pulak bos tu orang baru, mau pulak dia orang ikut..! Nasib baik bos ikut, kalau saya sorang je yang datang tadi, tak taulah apa jadi.” 

“Setiap perkara yang kita nak buat, harus dari hati yang ikhlas, baru akan diberkati. Sebenarnya saya pun takut jugak tadi, macam-macam ayat yang saya baca nak halau kejadian buruk. Alhamdulillah..mereka dapat terima..!”

“Bos, saya rasa kita kena stay kat sinilah bos.”

“Mm..saya pun rasa macam tu. Tapi saya tak bawak baju. Saya ingat datang sekejap je.. Tak sangka pulak nak jadi macam ni. Nampaknya kita kena shoping sikit.”

“Tu bos jangan risau, baju saya ada saya bawak. Tapi tak banyaklah..dalam lima enam helai adalah..!”

“Mmm..bolehlah tu..! nanti lepas kita chek in kat mana-mana hotel, kita shoping sikit. Takkanlah seluar kecik saya pun nak kena share dengan awak.?”

Firdaus tersengeh malu. “Eh, Tak payahlah sampai nak sewa hotel. Kita stay kat rumah adik saya jelah..! Rumah dia pun bukan jauh dari sini. Adik saya baru kawin lima bulan lepas. Suami dia kerja kat kilang skru dekat nibong tebal." Ulas Firdaus.

Faridz tergamam seketika dan kemudian tersenyum. “Awat hang tak habaq awai-awai..?” tak Faridz cuba bergurau dengan loghat peneng.

“Boih tak tanya..cam mana saya nak habaq..!” Balas Firdaus juga dalam loghat peneng. Akhirnya mereka sama-sama ketawa kerana rasa pelik pulak bila menggunakan loghat seperti itu.

No comments: