36
SEJAK seawal pagi jantung Huda berdegup kencang. Dia sendiri tidak tahu
kenapa. Apa yang pasti hatinya memang tak senang sejak malam semalam. Huda
memperlahankan pemanduannya hingga sampai di tempat pakir hospital. Sambil
menarik nafas dalam-dalam Huda mengatur langkah menuju masuk ke dalam bangunan.
Mulai minggu ini dia ditukarkan ke wad dewasa. Rasa sedih pula bila tidak dapat
merawat lagi di wad kanak-kanak. Tapi apa boleh buat, sudah memang prosedurnya
begitu.
“Huda..hari ni awak try ambil kes yang baru tiba semalam.
Semua maklumat ada dalam fail atas meja. Kalau ada apa-apa awak datang jumpa
saya.”
“Kenapa ni Kak Ani..?”
Tanya Huda sambil memerhatikan saja fail di atas meja.
“Excident kereta dengan lori. Pukul sepuluh pagi semalam masuk. Penumpang kereta ni parah tapi
dah stabil. Masih dalam wad ICU. Kalau tengokkan laporan macam dah tak ada
harapan, tapi mungkin Allah tak mahukan dia lagi, dan mungkin ada benda yag tak
tertunai lagi, jadi Allah panjangkan umur dia. Seorang lagi kawan dia cuma
cedera ringan dan sekarang dalam wad
biasa. Kes kawan dia ni saya dah serahkan pada Munif dan kes yang satu ni saya
serahkan dekat awak. Tapi nanti Munif pun akan sertai awak merawat pesakit ni.”
“Yelah, saya pergi
sekarang.” Ujar Huda sambil mencapai fail tersebut lalu membuka dan membaca laporan
sambil melangkah. Melihatkan nama pesakit, dirasa bagai nak tercabut jantungnya
dari badan.
“Ya Allah! Abang!” Mata Huda
membutang lalu berkaca dan mengalirlah air jernih dan membasahi pipinya. Huda
hampir jatuh terduduk namun sempat disambut oleh jururawat yang sedang lalu di
situ.
“Kenapa ni Doktor Huda..?
Doktor tak sihat ke..?” Tanya jururawat itu cemas.
“Takpe-takpe..saya okey.
Terima kasih.” Ucap Huda sambil terus berlari menuju ke bilik wad ICU.
Huda
menekupkan mulut dengan telapak tangannya menahan sebak ketika sampai di
hadapan katil di mana Faridz terbaring kaku. Wayar berselerat di tangan dan
badan Faridz yang tidak berbaju. Kepala Faridz berbalut tebal tanda luka parah
di bahagian itu. Namun kakinya tidak ada tanda-tanda cedera. Huda baru
tersedar, patutlah sejak semalam hatinya tidak enak, rupa-rupanya inilah
sebabnya. Perlahan-lahan Huda melangkah ke sebelah Faridz dan merapatkan
dirinya ke katil. Jemari Faridz dicapai lembut lalu diramas perlahan.
“Abang! Buka mata bang..
Huda datang ni..!” Ucap Huda perlahan sambil teresak-esak.
“Please bang...! Huda minta maaf. Ampunkan Huda. Bangunlah..! Huda
maafkan abang. Huda akan terima abang..!” Rayu Huda sayu. Namun Faridz masih
membisu dan matanya masih belum ada tanda-tanda akan terbuka.
“Huda? Kenapa ni.?” Satu
suara kedengaran dari belakangnya. Huda menoleh dan didapati Doktor Rohani
sedang melangkah ke arahnya. “Kenapa Huda?” Tanya Doktor Rohani lagi dalam nada
hairan. “Awak kenal ke.?” Sambung Doktor Rohani lagi apabila melihat air mata
Huda mengalir deras.
“Tunang saya Kak.!” Ujar
Huda sebak. Hilang sudah rasa malu mengaku tubuh yang terbaring itu adalah
tunangnya.
“Ya Allah.! Sabar Huda.
Mengucap, ingat tuhan. Huda tak boleh macam ni. Huda kena kuat. Huda kena
buktikan yang Huda mampu merawat dia hingga sembuh. Huda seorang doktor.
Seorang doktor tak boleh bersikap lemah macam ni. Kalau doktor tak kuat macam
mana nak bagi semangat pada pesakit.?” Terang Doktor Rohani sambil menggenggam
erat jemari Huda memberi semangat.
Huda
cepat-cepat menyeka air matanya dari terus mengalir dan mengangguk. Bila
difikir-fikirkan ada benarnya apa yang disampaikan oleh Doktor Rohani itu.
“Saya akan rawat dia sampai
dia pulih. Saya yakin saya boleh buat, cuma satu bantuan yang saya perlukan
dari akak..”
“Apa dia.? Cakap je. Akak akan usahakan.”
“Akak tolong bagitahu pada
orang-orang ni tentang kemalangan ni. Tapi jangan beritahu saya yang suruh.
Tunang saya ni tak ada keluarga. Dia anak yatim piatu. Dia cuma ada seorang
adik je dan pada keluarga saya tempat dia mengadu kasih. Lepas dia sedar,
jangan beritahu saya yang rawat dia.” Ujar Huda sambil menyerahkan sekeping
kertas yang tertera nombor telefon Afini dan Encik Marzuki.
“Tapi kenapa..?” Tanya
Doktor Rohani hairan.
“Nantilah, saya ceritakan.
Buat masa ni saya cuma nak tahu tentang keadaannya dulu.”
Doktor Rohani mengangguk faham lalu perlahan-lahan
Doktor Rohani mula menerangkan sesuatu. Huda terangguk-angguk tanda memahami
apa yang disampaikan oleh Doktor Rohani.
KEDATANGAN Encik Marzuki dan Puan Rohayu
serta Affini petang itu disambut baik oleh Doktor Rohani. Huda yang sedar akan
kehadiran itu hanya memerhatikan dari jauh. Melihatkan wajah ahli keluarganya
nampak lega, tahulah dia bahawa mereka dapat menerima keadaan Faridz yang
stabil walaupun masih belum sedar. Perlahan-lahan Huda bergerak rapat ke arah
pintu bilik Faridz ditempatkan. Dipasang telinga mendengar setiap butir bicara
Doktor Rohani dan ahli keluarganya.
“Memandangkan dekat sini tak
ada yang nak menunggu, boleh tak kalau saya tukarkan ke Hospital Ipoh saja?”
Cadang Encik Marzuki.
Huda tersentak dari luar. Terfikir-fikir
olehnya apa yang akan jadi jika Faridz ditukarkan. Sudah tentulah dia tidak
dapat merawat Faridz lagi.
“Dekat sini dia tak ada
saudara-mara?” Tanya Doktor Rohani pura-pura tidak tahu.
“Dia datang sini sebab
kerja. Dekat dua minggu dah dia dekat sini. Sepatunya semalam dia dah sampai ke
rumah. Lagipun saudara maranya cuma saya dan pakcik dan makcik saya ni je.” Terang Afini sayu.
“Kemarin dia telefon saya
bagitahu tentang pertemuannya dengan tunang dia, bukan main cerianya dia. Saya
tak sangka ini yang jadi. Katanya nak tunggu lagi sehari dua dekat sini sebab
nak selesaikan masalahnya dengan tunangnya tu. Tapi saya tak izinkan sebab
mengganggu tunangnya nak belajar. Jadi saya suruh dia balik terus. Agaknya dia
kemalangan masa nak balik perak kot.!”
Huda
semakin tergamam mendengar penerangan Encik Marzuki dan Affini. Tahulah dia
mengapa Faridz berada di negeri itu. Mungkin Allah sengaja mahu pertemukan dia
dan Faridz dalam keadaan begitu. Rasa bersalah pula sebab salah sangka pada
Iskandar kerana menuduh Iskandar yang memberitahu Faridz tentang kewujudannya
di situ.
“Mm..saya rasa tak perlu kot! Memandangkan dia masih belum sedar,
ada baiknya dia stay kat sini dulu.
Dalam keadaan dia sekarang tak ada yang membimbangkan sangat. Dia dah stabil
cuma tak sedar..”
“Saya takut jadi apa-apa,
kami jauh dekat perak, susah nak berulang alik..” Rayu Puan Rohayu pula. Encik
Marzuki hanya mengangguk setuju.
Doktor Rohani serba salah sambil
berfikir-fikir. “Mm..sekejap ye, saya keluar kejap.” Ujar Doktor Rohani lalu
beredar. Langkahnya terhenti apabila melihat Huda sedang berdiri di depan pintu
bilik.
“Macam mana ni..? Keluarga
awak beria-ria nak bawak abang awak tu balik. Saya serba salah..” Rungut Doktor
Rohani. Huda gelisah sambil berfikir-fikir.
“Takpelah kak, saya akan
merayu pada dia orang.” Doktor Rohani tersentak mendengar jawapan Huda.
“Huda dah sedia?”
“Saya akan buat apa saja
asalkan abang saya ni bawah jagaan saya.”
Doktor
Rohani tersenyum simpul mendengar jawapan Huda. Setelah mendengar cerita Huda
tengah hari tadi, jiwanya benar-benar terusik dengan apa yang terjadi pada anak
didiknya itu.
“Kalau macam tu akak masuk
dulu, nanti Huda masuk ye..!” Pesan Doktor Rohani sambil mengusap lembut bahu
Huda memberi semangat. Huda menarik nafas dalam-dalam setelah Doktor Rohani
berlalu masuk menemui keluarganya.
“Macam ni Encik. Saya rasa
tak payah kot sebab dah ada yang sudi nak menjaganya. Saya rasa pesakit kita ni
pun mesti cepat sembuh kalau orang ni yang menjaga.” Ujar Doktor Rohani
tersenyum simpul.
Encik Marzuki, Puan Rohayu serta Afini
tergamam mendengar alasan Doktor Rohani.
“Saya tak faham, apa maksud
doktor..?” Tanya Encik Marzuki hairan. Serentak dengan itu pintu bilik dibuka
perlahan. Masing-masing memalingkan pandangan kearah pintu yang terbuka.
“Huda yang akan jaga abang
Faridz bah.!” Sampuk Huda dari belakang dari muka pintu bilik.
“Ya Allah.! Anak Umi.” Laung
Puan Rohayu lalu meluru mendapatkan Huda yang sedang kaku berdiri. Encik
Marzuki dan Affini turut serta mendapatkan Huda lalu dipeluk tubuh kecil itu
untuk melepaskan rindu.
“Huda mintak ampun
mi..abah..! Ampunkan Huda.. Huda berdosa!”
“Anak abah tak salah. Abah
tak pernah terasa hati pun..!” Jelas Encik Marzuki sebak. Erat tubuh kecil anak
gadisnya itu dipeluk.
“Terima kasih Da, sebab sudi
jaga along aku.”
“Dah memang tanggungjawab
aku.” Ujar Huda lalu memeluk tubuh Afini erat. “Kau jangan risau, aku akan
rawat dia sampai dia sembuh.” Ucap Huda sambil mengesat air matanya. Senyuman
Doktor Rohani padanya meyakinkan dirinya yang langkahnya adalah betul.
“Sekarang Huda nak mintak
tolong abah uruskan tentang kereta abang Faridz. Kereta abang Faridz pun lambat
lagi nak siap. Mungkin kena ambik masa lama sikit.”
“Mm..yelah, hal tu Huda
jangan risau. Sekarang ni Huda tumpukan pada pelajaran dan kerja Huda ni. Apa-apa pun, abah tetap sokong Huda.”
Hampir
jam enam petang barulah Encik Marzuki dan keluarga beredar. Firdaus juga sudah
keluar selepas dijemput oleh adik dan adik iparnya tadi. Rasa bersalah pula
kerana tidak dapat membantu Firdaus. Kata -kata Firdaus tadi sebelum berangkat
pergi membuatkan Huda yakin Faridz tidak pernah berubah cintakannya. Bukan dia
tidak tahu, dengan kehadiran email dari Faridz setiap hari, itu sudah cukup
buat pengubat rindu dikala rindu datang menyapa. Dia yakin Faridz masih sepeti
dulu tapi adakalanya hatinya masih was-was bila teringat apa yang terjadi dulu.
“Kasihan saya tengok bos
saya tu. Awak maafkanlah dia. Saya yakin dalam hal ni dia tak salah. Bos saya
tu terlalu baik sebab telalu menjaga hati orang, sampai dirinya yang merana.
Saya tengok sendiri penderitaannya dan saya dapat rasa dia hanya cintakan awak.
Tak baik tau awak buat macam ni. Saya tengok dia dah macam mayat hidup sejak
awak pergi. Baru dua minggu lepas dia ceria balik. Beria-ria dia nak ikut saya
datang sini. Ikutkan saya je datang. Tak sangka dia dapat jumpa awak dekat
sini. Mungkin dia dapat rasa yang awak ada kat sini, itu maknanya jodoh awak
dah tetulis dengan dia. Saya harap awak dapat terima dia semula..”
Huda tersenyum sendiri bila teringat
kembali kata-kata Firdaus. Perlahan-lahan kakinya diayun menuju ke bilik di
mana Faridz ditempatkan.
“Abang..! Dah petang ni.
Huda nak balik. Malam nanti Huda datang
tengokkan abang lagi. Jangan nakal-nakal tau..!” Bisik Huda ke telinga Faridz
yang masih terbaring kaku sambil matanya tertutup rapat. Tangan Faridz dicapai
dan diusap perlahan. Sambil tersenyum manis Huda melangkah meninggalkan Faridz sendiri di situ.
Malam itu Huda bersiap ringkas selepas solat
isyak. Sejak tadi rakan-rakan sebiliknya
asyik memerhatikan Huda beria-ria bersiap. Kebiasaannya rakan mereka itu
jarang mahu keluar malam kecuali ada kes yang tiba-tiba datang menyuruh agar ke
hospital segera.
“Kau nak kemana ni Huda..? Beria-ria
bersiap..dating ek.?” Usik Shima cuba
serkap jarang.
“Kau ada kes? Kita orang tak
tau pun?” Sampuk Emma hairan. Huda tersenyum malu.
“Ha ah..aku ada kes malam
ni.. Sekarang pesakit aku tu tengah koma lagi, dia tengah tunggu aku.”
“Ha..! baru aku teringat.. Mamat yang exciden dengan lori tukan? Kau pegang kes tu sekarang? Kenapa kita
orang tak terlibat? Sepatutnya kita orang pun terbabit sama kan? Macam tulah dulu yang Kak Ani cakap masa mula-mula
masuk dulu.” Emma mula meluah rasa
kurang puas hati.
“Janganlah marah kawan. Sebenarnya tu tunang aku..!” Terang Huda sayu. Serta
merta Shima dan Emma melopong. Huda tidak mahu ada rakan-rakan memandangnya
dari sudut negetif jadi dia ambil keputuan untuk berterus terang sahaja dan
tidak mahu berselindung lagi.
“Betul ke ni Huda? Sorry lah kita orang tak tahu.!” Suara
Emma yang sayu kedengaran tanda mohon
maaf. Huda hanya tersenyum sinis.
“Okey..aku tak kisah.”
“Lagi satu aku nak tanya,
aku rasa macam kenal dengan orang tua lelaki yang kau salam tadi. Siapa tu?”
“Oh..tu abah aku. Yang
perempuan tu umi dan yang sorang lagi tu bakal adik ipar aku.” Hatinya berbunga
kembang bila bercakap begitu.
“Aku macam pernah tengok abah
kau tu, tapi aku tak ingat.”
“Kat mana kau tengok? Kat tempat kau belajar? Masa kem motivasi?”
“Ha ah.! Betullah tu. Mana
kau tahu?” Emma teruja mahu tahu.
“Profesor Dato Marzuki
Hamdan?” Huda menjawab tanpa selindung.
“Ha..betul lah tu.! Jadi Prof tu abah kau?”
Huda tidak menjawab tapi tersenyum manis
sambil terus keluar meninggalkan rakan-rakannya yang termanggu-manggu sendiri.
HUDA
ralit memerhati Faridz yang sedang terbaring kaku. Telapak tangan Faridz yang
digenggam elok terletak dipipinya yang basah. Dengan doa dan azam dalam
hati Huda sabar menanti mata Faridz
terbuka. Dia mahu menjadi orang yang pertama dipandang bila Faridz membuka
mata. Setiap hembusan nafas Faridz
diperhatikan penuh asyik apabila dada bidang Faridz turun naik menghembus
nafas. Sebak rasa melihat tubuh yang dulunya sasa kini kurus kering kerana
merana ditinggalkan. Dia sendiri merasai penderitaan itu. Walaupun tahu
Faridz sudah melepasi tahap kritikal,
jauh di sudut hatinya masih merasa kurang yakin selagi Faridz tidak memandang
wajahnya. Selepas selesai membaca yassin untuk kesejahteraan Faridz tadi, Huda
bercadang mahu terus pulang memandangkan sudah lewat malam. Tapi bila mengenangkan
keadaan Faridz yang entah bila boleh sedar, maka dibatalkan saja niatnya lalu
terus menemani Faridz di situ.
“Bangunlah bang..! Abang tak
kasihan ke pada Huda? Bila nak buka mata tu..? Abang tak penat ke asyik tidur
je..!Abang tau tak, orang yang asyik tidur ni orang yang malas tau..!
Bangunlah..mandi! Badan abang dah bau kambing. Jomlah kita makan, solat. Huda
lapar, tapi Huda tak ada selera nak makan kalau abang asyik tidur saja. Huda
nak abang suapkan Huda makan. Abang ingat tak pertama kali abang suapkan Huda
makan. Masa tu kita di Teluk Batik. Abang romantik sangat masa tu. Abang dah
tak mau tengok Huda? Abang suka tengok Huda menangis? Huda penat tunggu abang.
Dua tahun Huda tunggu abang datang pujuk Huda. Bila dah jumpa, jadi macam ni
pulak!” Rayu Huda sambil teresak-esak. Matanya
semakin memberat akhirnya Huda terlelap di situ sambil memeluk lengan Faridz
yang kedinginan.
“Huda! bangun.!” Bisik satu
suara di tepi telinga Huda. Huda tersentak lalu mengangkat kepalanya memerhati
sekeliling. Wajah Munif rakannya dipandang dalam keadaan mamai.
“Pukul berapa ni..?”
“Dah pukul enam pagi. Awak
tidur sini semalam?”
Huda hanya membisu dan
kemudian pelahan-lahan mengangguk.
“Dah! awak pergi bersihkan
diri dulu dan solat. Kejap lagi kita jumpa kat sini”
Huda mengangguk setuju sambil
menenyeh-nenyeh matanya. Tiba-tiba matanya membutang. Katil yang digunakan oleh
Faridz telah kosong
“Faridz mana?” Tanya Huda gelisah. Munif hanya membisu.
“Nif! aku tanya ni, mana
Faridz?” Namun Munif masih diam selamba.
“Kau dengar ke tak apa aku
tanya ni, mana Faridz?” Jerit Huda lantang. Matanya sudah mula berkaca. Munif tergamam mendengar
suara lantang Huda. Tidak pernah dia melihat sikap Huda begitu. Selama ini Huda
tidak pernah meninggi suara walaupun dalam keadaan yang boleh menaikkan
kemarahan.
“Sebenarnya..!”
“Sebenarnya apa?” Huda
semakin meninggikan suara dan panik.
“Huda! kenapa ni?” Tanya
satu suara dari arah pintu masuk.
Huda tergamam tanpa menoleh ke belakang. Entah kenapa dirasa mahu menjerit bila mendengar suara itu. Tubuhnya dipusing perlahan-lahan. Melihatkan Faridz yang sedang berdiri gagah di hadapannya, serta merta air matanya mengalir.
Huda tergamam tanpa menoleh ke belakang. Entah kenapa dirasa mahu menjerit bila mendengar suara itu. Tubuhnya dipusing perlahan-lahan. Melihatkan Faridz yang sedang berdiri gagah di hadapannya, serta merta air matanya mengalir.
“Abang!” Bisik Huda sayu
dibalik senyuman sayunya. Tergesa-gesa Huda meluru mendapatkan Faridz di muka
pintu. Dipeluk tubuh kurus itu tanpa rasa malu lagi. Tersedu-sedu tangisannya
di dada Faridz. Terasa disayangi bila Faridz membalas pelukannya. Sejuk dingin
sentuhan itu buat Huda berasa tenang.
“Abang pergi mana? Huda
risau!” Tanya Huda setelah tangisannya reda.
“Abang pergi bilik air.”
Ujar Faridz tersenyum nipis.
“Kenapa tak kejutkan Huda?
abang bukan kuat lagi.”
“Kalau abang tak kuat, abang
tak bangunlah..! Lagipun abang tengok Huda tidur nyenyak sangat, tak sampai
hati nak kejut.” Ujar Faridz sambil asyik membelek wajah Huda.
Huda perasan akan hal itu, namun
dibiarkan saja kerana dia suka diperlakukan begitu. Memang sejak awal lagi dia
mahu Faridz berbuat begitu.
“Abang buat Huda risau tahu
tak?”
“Dua tahun Huda tinggalkan
abang, lagi buat abang risau, tahu?”
Huda menunduk malu.
Kata-kata Faridz buat Huda rasa bersalah.
“Ehemmm.!” Tegur satu suara. Huda dan Faridz tersenyum apabila
disergah begitu oleh Munif.
“Nif..aku mintak maaf fasal
tadi, aku tak sengaja.” Rayu Huda malu-malu.
“Takpe! aku faham angin orang perempuan ni.”
“Salah abang jugak sebab
suruh doktor Munif diam tadi..saja nak buat kejutan.”
“Dan akhirnya Huda memang
terkejut.!” Kata Huda geram sambil menjeling manja.
SUDAH
seminggu Faridz menerima rawatan di hospital tempat Huda menghabiskan sesi
praktikalnya. Kesihatan Faridz pun sudah bertambah baik. Cuma balutan di
kepalanya saja yang masih belum dibuka. Dengan rawatan dan layanan Huda, makin
bersemangat Faridz untuk meneruskan rutin hariannya. Sudah mula dalam fikirannya
untuk melaksanakan apa yang tertangguh. Tidak sabar dia mahu pulang untuk
suarakan niat hatinya pada orang tua Huda.
“Abang ingat abang dah takde peluang jumpa Huda. Masa
kemalangan tu abang cuma ingat Huda je,
yang lain tak terlintas langsung. Mungkin ingatan abang pada Huda yang menguatkan
semangat abang. Lepas kejadian malam dekat Padang Kota tu, abang tak kecewa
langsung dengan apa yang Huda buat, tapi abang terus bersemangat untuk dapatkan
Huda semula. Kemalangan ni ada hikmahnya dan abang tak pernah kesal dengan apa
yang jadi pada abang sekarang. Rasa
sakit yang abang rasa sekarang adalah penawar pada sakit abang dulu.” Jelas
Faridz sambil meraih jemari Huda dan dikucup lembut.
Cepat-cepat Huda menarik
tangannya kerana kurang selesa dengan perbuatan Faridz. Faridz faham lalu
tersengeh malu atas ketelanjurannya. Selepas Faridz menjalani pemeriksaan akhir
di bilik rawatan tadi Huda membawa
Faridz ke kafeteria hospital untuk berbual. Keputusan pemeriksaan menunjukkan
bahawa tiada apa-apa yang membahayakan. Walaupun luka di kepala agak teruk, luka
itu tidak kena pada kawasan yang sensetif. Huda merenung tajam ke wajah Faridz
sambil tersenyum manis. Tiba-tiba laju saja tangannya hinggap ke tempat kepala
Faridz yang cedera lalu menekan-nekan.
“Auwchh..! sakitlah..!” Jerit Faridz sambil mengelak kepalanya dari
disentuh.
“Tadi kata sakit ni
penawar.” Sindir Huda cuba mengusik.
“Betullah..! maksud abang, kalau
abang tak dapat rasa sakit ni, mesti abang tak merasa jumpa Huda. Abang
beruntung sebab abang orang pertama yang menjadi pesakit Huda. Dapat kelas
pertama pulak tu..orang lain ado..?”
Terang Faridz sambil berseloroh.
“Tak ado..!” Balas Huda lalu ketawa mengekek.
“Petang ni abang dah nak
balik. Huda jaga diri baik-baik tau.! Dah habis praktikal, bagi tau abang,
Nanti abang datang ambil.”
“Eh, tak payahlah bang.. Pineng ke Perak bukan jauh sangat.”
“Huda marah abang lagi ek..?”
“Tak.. Huda tak marah.. cuma
terkilan je.”
“Abang mintak maaf
ye..!Abang serba salah sebenarnya.”
“Dahlah bang.! Huda tak mahu
lagi ingat benda tu. Nanti tak fasal-fasal Huda pergi langsung tak balik dah.”
“Janganlah macam ni..! abang
janji..”
“Stop bang.! Tolong jangan berjanji, Huda takut abang tak tepati.
Buat masa ni Huda tak mahu fikirkan apa-apa lagi. Tengok abang sihat macam ni dah buat Huda senang hati. Cuma Huda
nak abang janji lain kali tolong drive
hati-hati. Huda tak mampu nak harungi kalau benda macam ni jadi lagi.”
“Tapi hari tu bukan abang
yang drive, tapi Firdaus.. Abang kan
bos, takkan abang yang nak drive..”
Faridz cuba bergurau meninggi diri.
“Firdaus yang drive tapi abang yang teruk, dia?”
“Bersyukurlah..abang selamat
dan dia pun tak apa-apa. Kenapa, Huda tak puas hati sebab Firdaus cuma cedera
ringan je?”
“Bukan macam tu..!” Huda
berdesit pelan.
“Habis tu? Huda, dengar sini. Kalau tak ada Firdaus tu,
abang takkan bersemangat nak datang sini tau. Dia jugaklah yang bagi motivasi
pada abang supaya berubah. Kalau tak, abang ni dah macam..”
“Mayat hidup? Mati bini?
Hidup segan mati tak mau? Macam tu?” Sampuk Huda sambil tersenyum sebelum
Faridz menghabiskan kata-kata.
“Ha..tau pun!”
“Sebenarnya Firdaus dah
cerita semua pada Huda keadaan abang masa Huda tak ada. Tak sangka abang
sanggup binasakan hidup abang macam tu. Berbaloi ke bang? ” Tanya Huda sayu.
“Abang tahu..abang terlalu
ikutkan perasaan.” Ujar Faridz sayu
mengaku kesilapan diri hingga membinasakan diri sendiri.
“Huda ingat abang Is yang
bagitahu pada abang tentang Huda di
sini. Bila abang Is cerita tentang keadaan abang, Huda tak tahu nak kata apa.
Huda minta maaf apa yang abang Is buat pada abang.”
“Abang tak kisah. Lagipun
abang pun salah jugak. Abang tahu dia ada hati pada Huda, jadi tak mustahil
kalau dia sanggup buat macam tu. Abang cukup takut bila dia ugut abang akan dapatkan
Huda semula.”
“Abang Is terlalu sayangkan
Huda. Sebab tu dia jadi macam tu.”
“Huda sayang dia?”
“Sayang! Tanpa dia Huda tak
tahu apa jadi pada Huda. Huda berhutang budi dengan keluarga dia.”
“Sayang yang macam mana?”
Faridz sudah mula cuak jika perasaan Huda sama seperti Iskandar.
“Huda sayang dia macam mana
Huda sayangkan abang.” Ujar Huda lalu tersenyum nakal melihat Faridz sudah
berubah wajah. Usikannya dikira menjadi bila mendengar keluhan lemah dari nafas
yang Faridz lepaskan.
“Macam abang Haizat, abah,
umi, Kak Hajar, Huzir, Fini..” Sambung Huda lalu tersenyum. Akhirnya Faridz
kembali tersenyum lebar. Dia tahu Faridz pasti rasa terluka jika dia mengaku
tentang perasaannya pada Iskandar. Memang dulu rasa cinta masih ada pada abang
angkatnya itu, tapi sejak dia tinggal dengan keluarga Iskandar, perasaan itu
semakin pudar dan perlahan-lahan menjadi rasa kasih seperti keluarga kandung. Layanan
keluarga angkatnya itu membuatkan dia lupa seketika pada keluarganya di perak.
“Kita macam mana?” Tanya
Faridz serius sambil jemari Huda diusap lembut. Sesekali tangan lembut itu
diletakkan di pipinya dan dikucup mesra.
“Macam Huda cakap tadi, Huda
tengah sibuk sekarang ni. Bila semua dah selesai, kita fikirkan balik ye!”
Cadang Huda sambil tersenyum memberi semangat pada Faridz. Faridz melepaskan
keluhan lega walaupun hatinya sedikit terkilan.
KEPULANGAN
Faridz petang itu dijemput oleh Encik Marzuki dan Haizat. Faridz terpaksa akur
dengan keputusan Huda agar Encik Marzuki yang akan menjemputnya pulang.
“Huda tak percaya abang
boleh drive. Lagipun kereta abang
nanti, abang Haizat yang akan drive.”
Kata Huda tegas. Kereta Faridz yang siap beberapa hari lalu sudah sedia untuk
dibawa pulang. Faridz bernasib baik kerana keretanya tidak mengalami kerosakan
yang teruk. Dengan insuran yang ada, Faridz tidak perlu membayar apa-apa
gantirugi.
“Huda tak percayakan abang ek..?”
“Memang Huda tak percaya.!”
Jawab Huda semakin tegas. Faridz hanya menggeleng dan tersenyum dengan riaksi
Huda yang mencuka.
“Bukan salah dia pun..!”
Ujar Encik Marzuki menyokong Faridz.
“Takde-takde..!” Huda
tetap dengan pendiriannya sambil menggeleng kepala laju-laju.
No comments:
Post a Comment