38
AKHIRNYA malam itu Hajar selamat bergelar isteri kepada Abdul Muiz bin
Hj.Abu Bakar, anak seoarang imam kampung dari kuantan Pahang. Encik Marzuki
berasa bangga, walaupun Muiz hanya orang kampung, dia yakin Muiz mampu memimpin
dan menjadi khalifah pada anaknya Hajar. Pangkat dan darjat tidak pernah
difikirkan, apa yang penting adalah kebahagian dunia dan akhirat anaknya.
Impiannya juga sama pada anak-anaknya yang lain agar hidup mereka bahagia. Ibu
bapa mana yang tak mahu lihat anak-anak mereka bahagia, begitulah yang
diharapkan oleh Encik Marzuki ketika itu. Dia juga yakin, dengan sifat pekerti
Muiz, pemuda itu mampu membawa anaknya ke jalan yang diredhai. Tiba-tiba
pandangannya menghala kepada Huda yang sedang tersenyum manis disebelah Hajar.
Mungkin ada saja yang diusikkan pada kakaknya hingga sesekali terdengar Huda
menjerit kecil sebab dicubit oleh Hajar. Encik Marzuki menggeleng kepala
berkali-kali melihat telatah anak-anaknya. Huzir yang sibuk dengan kamera
ditangan tak habis-habis memberi arahan agar Hajar memberi tumpuan pada kamera
yang dipegang. Dia tercari-cari pula wajah anak sulungnya Haizat. Dia pasti
tentu Haizat sedang sibuk melayan tetamu di luar menjamu selera. Walaupun malam
itu tidak ramai tetamu yang hadir, itu sudah cukup buat hatinya berbangga. Dia
pasti esok adalah hari yang memenatkan namun dia seronok dan bahagia. Bila
mengingatkan arwah isterinya, hatinya jadi sayu. Dia tahu, arwah isterinya itu
turut bahagia dengan suasana majlis ketika itu. Sekali lagi pandangannya
terhala pada wajah Huda. Rasa sayu menyelubungi dirinya bila memikirkan yang
dia akan berpisah lagi dengan anaknya itu. Sejak diberitahu oleh Faridz tentang
keputusannya memberi izin untuk Huda pergi, hatinya sayu dan yakin bahawa
pemuda itu tidak bersungguh-sungguh menghalang. Jauh di sudut hatinya dia turut
rasa berat hati membiarkan anaknya pergi jauh. Namun apakan daya, kerana
sayangkan anaknya itu, diturutkan saja. Risau juga dalam hatinya kalau-kalau
anak gadisnya merajuk lagi dan memendam rasa jika niat anaknya itu tak
ditunaikan.
Sebentar lagi selepas majlis Hajar, majlis
menyarung cincin dijari manis Huda akan berlangsung. Khabaran gembira yang
disampaikan oleh isterinya tadi benar-benar buat dia menarik nafas lega. Tidak
disangka akhirnya Huda terima cincin dari Faridz sebelum dia bertolak ke Kota
London beberapa bulan dari sekarang. Huda yang cantik berbaju kurung putih
berbunga sulam sedang selesa duduk diatas pelamin Hajar menanti Puan Rohayu
menyarung cincin di jarinya. Wajah manisnya yang disaratkan dengan senyuman
lebar menyatakan yang anaknya itu sedang bahagia.
Faridz melangkah masuk lalu duduk selesa
di sebelah Huda. Malam itu Faridz hanya mengenakan dengan baju melayu putih dan
berseluar slack hitam. Namun begitu
dia tetap nampak segak.
“Anak asuhan Mak Miah ni
nakal sikit. Sudilah Huda terima dia.” Bisik Mak Miah sambil menyarungkan
cincin ke jari manis Huda. Sebentar tadi Mak Miah agak terkejut dengan
permintaan Faridz agar menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Huda.
Hampir gugur air matanya kerana Faridz menganggapnya seperti ibu.
“Huda sudi Mak Miah!” Jawab
Huda sambil bersalam. Lirikan matanya ke arah Faridz disebelahnya buat
jantungnya berdegup kencang. Jelas kelihatan ceria diwajah itu sejak petang
tadi yang mendung saja. Huda menarik nafas lega kerana fikir tentu Faridz tidak
lagi terasa hati dengannya.
“Thanks.!” Ucap Faridz perlahan di telinganya.
Huda hanya mengangguk dan menunduk malu
sambil membelek.-belek dua bentuk cincin di jarinya.
“Kenapa dua?” Tanya Huda
perlahan sambil mendekatkan wajahnya ke bahu Faridz. Namun tidak sekali ingin
dipandang wajah itu kerana malu dengan mata-mata yang tak lekang memerhatikan
mereka ketika itu. Dengan lagak Huzir seperti seorang jurukamera bertauliah,
semakin malu dibuatnya apabila adiknya itu tak habis-habis mengusik.
“Kenapa? tak cukup? Takpe..esok kita cari lagi.” Usik Faridz
sambil tersenyum. Dalam diam Faridz mengeluarkan sebentuk lagi cincin lalu
disarungkan pula ke jari manis kiri Huda. Huda bagai terpaku melihat kelakuan
Faridz.
“Tolong jangan sesekali
tanggalkan lagi cincin ni. Kalau nak bagi balik, jangan bagi pada abang.” Bisik
Faridz perlahan. Baru Huda teringat cincin itu adalah cincin yang dikembalikan
tiga tahun lalu.
“Hey..! Huda maksudkan cincin tunang. Bukan cincin batu putih ni! Biasanya
orang bertunang dapat cincin satu je.”
“Hari tu..cadangnya nak
serah cincin merisik sekali, tapi orang tu dah lari. Simpan jugaklah sampai
orang tu balik. Lagipun abang memang nak bagi dua cincin. yang satu ni maknanya
perkenalan dan persahabatan kita, dan yang kedua ni bermaksud cinta dan kasih sayang kita. Harap-harap
kekal sampai akhir hayat kta.” Terang Faridz jujur.
“Insyaallah..sampai akhir
hayat kita.!” Balas Huda sambil menjeling manja pada bakal suaminya itu.
MALAM
itu Huda dan Affini tidur agak lewat kerana inai yang dipakai masih belum
kering di jari. Keinginan untuk berinai adalah selepas malihat Hajar berinai
hingga ke kaki. Memandangkan inai yang dipakai agak lambat kering, Affini
mencadangkan agar mereka menunggu di ruang dapur sambil berfacebook. Namun Disebabkan Huda
memakai kedua-dua belah tangan terpaksalah dilupakan hajadnya untuk berfacebook seperti Affini yang hanya
memakai sebelah tangan sahaja.
“Tulah..orang nak berinai, korang pun nak..!” Bebel Puan Rohayu
sambil menggeleng kepala.
“Bukan selalu mi..! Tengok
Kak Hajar punya jari cantik bila pakai inai, kita orang pun nak merasa
jugak..lagipun Fini pakai sebelah je..lainlah
Huda tu, sampai dua belah dia pakai. Nasib baik inai dah habis, kalau
tidak..dah tentu dia pakai sampai kaki.” Rungut Afini manja.
“Aku pun teringin jugak nak
merasa..”
“Alah! Kau jangan risau, lepas ni kau pulak naik pelamin!” Tempalak
Afini.
“Tengok sekarang, dah pukul
berapa? Orang lain semua dah masuk tidur, tinggal korang je lagi.” Bentak Puan Rohayu geram.
“Kalau umi penat, umi
pergilah masuk tidur, lagi setengah jam kami masuk tidur. Lagipun inai ni pun
dah nak kering ni.” Ujar Huda sambil tersenyum. Affini turut mengangguk
menyokong pendapat bakal kakak iparnya itu.
“Mm..kalau macam tu umi masuk dulu. Jangan sampai tertidur dekat
dapur ni sudahlah.” Sindir Puan Rohayu lalu berlalu naik ke biliknya.
“Aku baring kejaplah dekat
sini. Kalau kau nak tanggalkan inai kau, kau kejutkan aku ek.” Kata Huda pada
Afini sambil merebahkan badannya di atas tikar yang dihamparkan tadi sebelum memakai inai.
Afini sambil merebahkan badannya di atas tikar yang dihamparkan tadi sebelum memakai inai.
“Yelah..! kau tidur dulu,
nanti aku kejutkan..” Balas Afini sambil matanya asyik memandang ke arah skrin
laptopnya kerana sibuk melayan facebook
walaupun mulutnya sudah berkali-kali menguap. Sesekali kepalanya dilentokkan di
atas kerusi kecil di sebelahnya kerana terasa lengoh di lehernya yang asyik
menunduk.
“ASTAGFIRULLAHALAZIM..! budak bertuah sungguh..!” Tempelak Mak Miah
ketika menjijakkan kakinya ke lantai dapur. Hampir-hampir tersungkur orang tua
itu ketika masuk ke dalam ruang itu. Melihatkan Huda dan Affini yang
terbongkang di lantai dapur, dia mengucap panjang. Namun jeritan Mak Miah
langsung tidak mengejutkan mereka berdua.
“Apa halnya kak..?” Tanya
Puan Rohayu hairan sambil mendekati Mak Miah.
“Kamu tengoklah anak-anak
dara betuah ni. Langsung tak dipedulikan kat suara akak yang kuat ni..” Rungut
Mak Miah.
“Apa halnya ni umi..?” Tanya
Haizat sambil mendekati ibu tirinya di pintu dapur. Faridz yang turut berada di
sisi Haizat turut sama ingin tahu apa yang dikecohkan. Apabila melihat keadaan
Huda dan Affini yang sedang enak tidur, dicuba menahan tawa namun kerana Haizat terlebih dahulu meledakkan tawa, dia
turut sama ketawa besar.
“Masyaallah..! dia orang
buat apa malam tadi..?” Tanya Haizat apabila melihat Huda dan Affini masih
terbaring di kaki meja kabinet dapur.
“Dia orang kata nak tunggu
sampai inai kering. Tengok! habis inai berterabur atas lantai. Nasib baik tak
melekat di muka, kalau tak hari ni kompem
dia orang berkurung dalam bilik..” Kata Puan Rohayu sambil mengejutkan mereka
berdua, namun tiada tanda-tanda mereka mahu terjaga.
“Riz, kamera semalam mana?”
Bisik Haizat sambil tersengeh-sengeh. Bisikan itu walaupun perlahan, Puan
Rohayu masih boleh mendengar dan tahu tujuan anak tirinya itu. Dia menggeleng kepala.
Faridz yang masih lagi ketawa terus saja mendapatkan kamera dan menyerahkan
pada Haizat.
“Kesian kat dia orang,
jangan abang, tak baik. Mengamuk sakan adik nanti.” Tegas Puan Rohayu sambil terus menggerakkan dua
tubuh yang masih kaku di lantai dapur. Namun Haizat masih berdegil. Ingin
dirakamkan saat-saat itu.
“Huda..Fini..bangun..! Dah
pukul enam setengah pagi ni..tak solat subuh ke.?” Puan Rohayu cuba menaikkan
suaranya. Melihat kedua-dua mula bergerak perlahan, barulah bibirnya terukir
senyuman. Rasa lucu melihat anak-anaknya yang sedang tergaru-garu.
“Kita orang cutilah mi.!”
Jawab Huda lemah sambil menggaru-garu kepalanya yang sudah tertanggal tudung. Rambutnya
yang panjang hingga ke pinggang sudah kelihatan seperti hantu Kak Limah. Dan
sekali lagi Faridz dan Haizat ketawa mengekek. Kali ni mereka tidak lagi
menahan dari tawa terburai. Tawa yang begitu kuat buat Huda tersedar dari
mamai.
“Habis tu, kenapa tak tidur
dalam bilik..? Tak sejuk ke tidur kat dapur ni..?”
Huda berhenti menggaru dan membuka
matanya. Melihatkan ramai yang sedang memerhatikannya, dia mengetap bibir
sambil tersenyum malu. Ditambah pulak apabila Faridz sedang tersenyum mengejek,
semakin teballah mukanya. Tudungnya yang berada di tepinya di capai pantas
sambil menutup kepala dan terus bangun keluar dari ruang dapur dan berlari
pantas menuju naik ke biliknya. Affini yang masih terbaring tidak dipedulikan
lagi. Dirinya harus diselamatkan terlebih dahulu, lagi-lagi pula bila
keadaannya yang memalukan diperhatikan oleh orang seperti Faridz. Nasib baik
dia memakai track suit. Kalau dia
pakai kain batik, sah-sah kainnya terselak semasa tidur.
“Malu dekat kau lah tu.”
Ujar Haizat pada Faridz sambil menjuehkan mulutnya. Faridz hanya tersenyum
malu.
MAJLIS
persandingan Hajar dan Muiz disambut meriah. Walaupun Encik Marzuki dan Puan
Rohayu tidak punya saudara yang ramai, majlis tetap dihadiri hampir sepuluh
ribu tetamu. Almaklumlah, siapa tak
kenal dengan Profesor Dato marzuki Hamdan. Hampir jam enam petang tetamu masih lagi berduyun-duyun
datang. Encik Marzuki menarik nafas lega apabila makanan yang disediakan oleh
pihak katering yang dipilih masih banyak dan dia yakin cukup jika tetamu masih
hadir hingga jam lima petang.
Huda sedikit terkilan kerana keluarga Iskandar
tidak dapat datang kerana Iskandar membawa kedua orang tuanya mengerjakan
umrah. Niatnya yang sebenar ialah mahu memperkenalkan keluarga Iskandar pada
ahli keluarganya. Namun bila Iskandar buat keputusan mahu pergi umrah, Huda
reda. Bagi Huda mungkin bukan masanya dia memperkenalkan keluarga angkatnya itu
walaupun sering kali disuarakan oleh Encik Marzuki dan Puan Rohayu. Huda tahu,
orang tuanya mahu berjumpa dengan keluarga Iskandar kerana mahu mengucapkan
jutaan terima kasih pada keluarga itu atas keperihatinan menjaga anak mereka.
Mula-mula niat di hati Iskandar mahu
membawa Huda sekali. Tapi bila Huda menolak kerana sibuk menguruskan majlis
perkahwinan Hajar, Iskandar terpaksa mengalah. Huda faham niat murni Iskandar.
Disamping itu juga perasaan Faridz harus dititik beratkan. Alangkah kecewanya
Faridz andai dia mengikut Iskandar.
“Sayang dah makan belum?”
Tanya satu suara dari belakang. Huda berpaling dan tersenyum bila melihat
Faridz berdiri dekat dengan belakangnya. Hari itu mereka memang sedondon. Huda
mengenakan kebaya laboh berwarna ungu lembut manakala Faridz turut mengenakan
kemeja lengan pendek yang berwarna ungu muda disertakan dengan seluar slack
biru tua.
“Belum. Abang dah?” Huda
kembali bertanya. Faridz menggeleng lemah.
“Kita makan sekarang ek? Huda laparlah, sejak pagi tadi tak
masuk apa-apa lagi ni.” Huda merengek manja.
“Makan kat dapur sajalah.
Khemah tengah full lagi tu.” Cadang
Faridz perlahan sambil memuncungkan mulutnya kearah luar laman. Huda hanya
menjawab dengan anggukan sahaja sambil mengekori Faridz dari belakang.
“Ni! tolong pegangkan kamera ni. Along nak
makan kejap.” Kata Faridz pada Afini yang sedang menyusun kotak-kotak yang mengandungi bunga telur untuk diserahkan
pada tetamu.
Afini tersenyum melihat Huda di sebelah abangnya sambil
menyambut pemberian Faridz. Tiba-tiba
timbul idea nakal dalam kepala otaknya. Senyumannya semakin lebar apabila
Faridz dan Huda hilang dari pandangan matanya di balik pintu dapur. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu dapur
dan memasang video kamera untuk merakam gelagat Huda dan Faridz di dapur.
Tawanya hampir-hampir terburai apabila Faridz menyuapkan nasi ke mulut Huda.
Nasib baik tak terlepas kamera di tangan, kalau tidak dah tentu rancangannya
terpaksa dibatalkan.
“Apa kata kalau kita langsungkan terus sebelum
sayang pergi.?” Cadang Faridz sambil menyuapkan nasi kemulut.
“Abang tak percayakan Huda ek?” Tanya Huda setelah tersentak dengan
cadangan Faridz. Hampir tersembur nasi dalam mulutnya mendengar cadangan itu.
“Bukan abang tak percaya,
cuma..” Faridz melepas keluhan kerana tidak dapat meluahkan rasa hatinya.
“Cuma apa? Abang janganlah
risau. Huda kat sana bukan sorang, ramai kawan-kawan Huda turut serta.” Pujuk
Huda seakan mengerti apa yang dimaksudkan oleh Faridz setelah jelas kelihatan
kerisauan diwajah itu.
“Sayang tak sayang abang
ke..?” Faridz mula mendesak.
“Sayang sangat-sangat.!
Kalau tak sayang cincin ni tak duduk kat jari ni tau.!” Bentak Huda perlahan
sambil menunjukkan jarinya yang tersemat dengan dua bentuk cincin yang telah
disarungkan oleh ibu tirinya semalam. “Abang cubalah faham apa yang ada dalam
perasaan Huda sekarang ni. Huda sayangkan abah. Huda tahu abah teringin sangat
nak tengok Huda jadi macam dia dulu. Huda tahu arwah ibu pun sama macam tu. Tak
boleh ke abang bagi sedikit sokongan pada apa yang Huda cita-citakan.
Sepatutnya abang jadi penyokong kuat pada Huda, tapi abang..” Huda terhenti
kata-kata lalu berdesit menyesali sikap Faridz yang tidak mahu memahaminya.
Faridz terus terdiam dan serta merta
suapannya turut terhenti. Sambil menunduk nasi dipinggan hanya dikuis-kuis
tanda protes.
“Abang! pandang Huda bang!”
Rayu Huda sambil meraih lengan Faridz memaksa Faridz berpaling padanya. “Huda
lakukan semua ni untuk kita bersama. Huda tak mahu bergantung hidup pada
keluarga atau pada sesiapa saja termasuk abang walaupun ketika tu kita dah
bersama. Bukan niat Huda nak membelakangkan abang atau tak percayakan pada
abang, cuma Huda mahu bersedia dari apa saja keberangkalian. Tolonglah faham. Huda
pergi untuk ilmu dan bukan untuk berseronok.” Terang Huda sambil merenung wajah
Faridz yang kelat.
“Entahlah, abang tak tau nak
cakap apa lagi. Terpulanglah pada sayang nak buat apa.” Ujar Faridz seperti
orang hilang semangat.
“Abang tak sayang Huda ke..?”
Tanya Huda sayu. Hatinya sedih melihat perilaku Faridz yang tidak mahu memahami
perasaannya. Sudah tidak tahu bagaimana lagi mahu dipujuk hati itu agar
menerima semua alasannya. “Tolong percayakan Huda bang.!” Rayu Huda.
“Abang percaya. Cuma abang
dah tak sanggup jauh-jauh macam ni. Bertahun sayang tinggalkan abang, abang hampir jadi gila.
Sayang nak sangat ke tengok abang jadi gila? Kalau nak tengok abang jadi gila,
pergilah! Lepas habis belajar terus jumpa abang kat Tanjung Rambutan. Itu pun
kalau sudi nak jumpa.” Bentak Faridz sambil memasamkan wajahnya.
Huda ketawa mengekek
mendengar bebelan Faridz. Namun tawanya mati seketika.
“Apa abang cakap tadi? Huda
tinggalkan abang? Pembetulan ye cik abang sayang..! bakal isterimu ini tak
pernah tinggalkan dirimu wahai bakal
suamiku! Abang yang tinggalkan Huda!” Tempelak Huda geram sambil menjeling.
Faridz ketawa lucu melihat wajah Huda yang semakin beremosi.
“Kan abang dah cakap abang
pergi sekejap, lepas selesai abang balik.!”
“Hati Huda sakit, abang
pergi untuk perempuan tu. Abang sendiri taukan apa yang cuba dia buat pada
Huda. Dia upah Jimmy suruh rosakkan Huda. Lepas tu suruh bunuh Huda. Itu pun
abang masih rasa kasihan pada perempuan tu. Nasib baiklah Jimmy tu masih ada
akal sebelum ikut kata perempuan tu.!”
“Abang kasihan pada mama dengan
papa. Abang serba salah. Takkan abang nak buat tak endah pada dia orang yang
dah banyak berjasa pada abang. Lagipun kan abang dah janji nak balik. Huda yang
tak tunggu abang, terus balik Bangi. Abang kecewa sangat..! Bila abang dapat
tahu Huda pergi rumah Iskandar, lagilah abang terasa.
“Eleh..! tu pun sebab Fini
yang bagi tahukan? Kalau tak, sampai sekarang abang masih berkampung kat rumah
perempuan tu. Entah-entah dah kawin pun dengan perempuan tu. Agaknya sampai sekarang
tak habis lagi musim bulan madu!” Bentak Huda kasar. Jelingan tajamnya buat
Faridz makin galak ketawa.
“O..dah pandai cemburu
sekarang ni.” Balas Faridz sambil mencuit hidung Huda.
“Apa? ingat Huda tak ada
perasaan? Oh..kalau Huda cemburu, nampak aje. Tapi kalau abang cemburu, tak apa pulak ek? Dengan abang Is pun nak cemburu buta!”
“Abang cemburu sebab abang
tahu dia ada hati pada sayang. Dia siap ugut abang nak ambil sayang jadi isteri
dia kalau abang tak berjaya pujuk sayang kembali pada abang.”
“Padan dengan muka abang tu.
Lepas ni jangan nak buat perangai lagi. Abang Is dah pesan pada Huda, kalau
abang kecewakan Huda, bila- bila masa saja dia sudi jadi pengganti.”
“Melampaulah tu!”
Huda tersengih bila berjaya
mengenakan Faridz.
“Yelah..abang mengaku salah
abang. Tapi terus terang abang katakan yang abang tak ada niat langsung nak
sakitkan hati sayang.” Faridz cuba mengalah kerana tidak mahu lagi berdebat
panjang.
“Mengaku pun..! Sekarang ni abang nak Huda buat apa, supaya
abang yakin dengan Huda?”
“Kita kawin sebelum sayang
berangkat.”
“Kalau kita kawin pun, Huda
tetap pergi jugak..!”
“Kalau kita kawin, abang tak
risau sangat. Dua tiga bulan sekali abang boleh pergi sana jumpa sayang. Setuju?”
Ujar Faridz sambil tersenyum nakal, yakin yang rancangannya pasti berjaya.
Huda tergamam. Sudah tidak
tahu apa yang harus dikatakan lagi.
“Suka hati abanglah! Kalau
berani, pergi bincang sendiri dengan abah, Huda tak mahu masuk campur. Kalau abah setuju Huda
ikut je!” Ulas Huda sambil menjeling geram.
Faridz tersenyum lebar sambil mendekatkan
wajahnya ke sisi Huda. Yakin sangat bakal mertuanya pasti bersetuju.
“I love u...!” Ucap Faridz sambil ketawa.
“Makanlah cepat..! Lambat,
basuh pinggan sendiri.!” Bentak Huda geram. Semakin galak tawa Faridz apabila
melihat wajah Huda yang kemerahan kerana geram.
HINGGA
jam sebelas malam barulah selesai majlis memotong kek dan membuka hadiah.
Walaupun masih banyak hadiah yang belum dibuka, Hajar dan Muiz mengambil
keputusan untuk membuka jika masa terluang. Di saat-saat begitu, tiba-tiba
Afini bersuara.
“Fini ada satu video
eklusive. Siapa nak tengok?” Tanya Afini sambil tersenyum-senyum kambing pada
Huda dan Faridz yang sedang selesa di atas sofa sambil mesra berbual.
“Pasang jelah! Sekali sekala
berkumpul macam ni mesti seronok menonton sambil makan kek..” Ujar Haizat.
“Kak Fini, kalau cerita
orang baru bangun dari tidur dekat dapur, tak payahlah sebab cerita tu kita
orang dah tengok.. dah siap masukkan dalam you
tube pun..!” Jerit Huzir yang sedang enak berbaring sambil kepalanya
dilentokkan atas peha Puan Rohayu.
“Cerita tu tak best..! ni ada lagi best..kejap ye..” Ujar Afini menyembunyikan rasa geram lalu mula
memasang video yang dirakam tadi. Tadi, bila melihat rakaman yang dirakam oleh
Haizat, hatinya betul-betul rasa geram dan malu. Melihat keadaannya yang tak
terurus buat dia tanpa rasa malu mencubit pinggang Haizat dan Faridz hingga
lebam biru.
Bermula
dengan majlis persandingan Hajar sehinggalah majlis makan beradap tiba-tiba
rakaman bertukar kepada suasana di dapur. Melopong mata Faridz dan Huda
menyaksikan apa yang tersiar di depan mata mereka. Apabila tiba masa Faridz
menyuapkan nasi ke mulut Huda, suasana dalam rumah menjadi semakin gamat dengan
sorakan Haizat dan Huzir. Muiz yang baru menjadi ahli keluarga itu turut
tumpang sekaki mengusik. Panggilan sayang yang digunakan oleh Faridz pada Huda
lebih meriuhkan suasana. Seketika kedengaran suara usikan Haizat.
“Sayang..! abang tak
dengarlah. Boleh syang tolong kuatkan suara tv tu?” Suara nakal Haizat pada
Afini buat semua riuh ketawa sambil memandang Huda dan Faridz yang sudah
kemerahan wajah bagai disalai.
Faridz hanya tersenyum malu
tanpa memberi apa-apa alasan sambil menongkat kepala menutup wajahnya.
Huda gelisah di sebelah
Faridz. Apabila melihat wajah orang tuanya yang sedang menggeleng kepala sambil
tersenyum sinis, Huda mengetap bibir. Rasa malu kerana dalam keadaan begitu.
Perbualannya dengan Faridz semua sudah diketahui umum dan dia tidak mampu
memberi apa -apa alasan lagi. Rasa panas di wajahnya dirasa seperti mahu lari
saja dari situ dan bersembunyi. Wajah Afini di cari, apabila Afini membalas
renungannya, Huda menunjukkan jari telunjuknya sambil mengoyang-goyangkan tanda
agar Afini bersiap sedia dengan hukuman yang bakal dikenakan.
“Macam mana bah? Abah ada
nak komen apa-apa tak? Ada orang tak sabar-sabar menanti keputusan abah tu.” Usik
Haizat sambil menjeling pada Faridz. Faridz tersenyum sambil menarik nafas
dalam.
Encik Marzuki bangun sambil berjalan
mundar mandir di situ sambil kedua belah tangannya bersilang ke belakang.
Wajahnya yang serius dipandang sepi oleh Faridz. Encik Marzuki tahu, Faridz
benar-benar harapkan persetujuan darinya. Bila memandang wajah anak gadisnya,
dia serba salah kerana tahu anaknya itu berbelah bagi. Setelah hampir seminit
berfikir, akhirnya Encik Marzuki memberi kata putus.
“Abah no hal punye.. !” Ujar Encik Marzuki sambil menyungkitkan bahunya.
Jawapan ringkas itu sudah cukup untuk menggamatkan suasana. Huda menunduk dan
melepaskan keluhan lemah. Manakala Faridz sudah tidak boleh betulkan mulutnya
kembali ke asal semula kerana terlalu lebar tersenyum apabila menerima ucapan
tahniah dan pelukan dari Haizat, Huzir dan Muiz. Huda tersenyum jua akhirnya. Huda
berasa bangga apabila melihat Faridz mendapatkan Encik Marzuki lalu bersalam
dan memeluk tubuh tua abahnya. Faham dengan sifat Faridz yang suka menghormati
orang tua, Huda melebarkan senyuman. Terpaksa mengalah jua akhirnya.
“Hey Kak Senah.! kurang ajar kau..!” Tempelak Huda sambil mencubit
geram pipi Afini sambil tersenyum malu.
“Terima kasih Da..! Kau merialisasikan
impian aku akhirnya. Aku happy sangat
malam ni. Tak pernah aku rasa happy
macam ni.” Sekali lagi tubuh kecil Huda dipeluk erat sambil menghadiahkan
ciuman di pipi Huda.
“Tu tandanya aku sayangkan
kau.”
“Lepas ni aku tak risau lagi
tentang along aku tu, sebab aku lepaskan
dia pada orang yang dia sayang dan pada orang yang betul-betul sayangkan dia.”
“Aku terlalu sayangkan dia,
Fini. Walaupun lepas ni aku terpaksa tinggalkan dia buat sementara.”
“Aku akan sentiasa sokong
kau Da.. Tapi aku tak sangka Lisa sanggup buat macam tu pada kau. Kalau mama dengan
papa tahu, mesti dia orang malu dekat kau.”
“Tak perlulah perbesarkan
hal tu. Dia orang tak perlu tahu dan aku harap jangan sesekali kau cuba
ceritakan hal ni pada dia orang. Lagipun Lisa dah terima balasan. Aku pun tak
mahu tahu tentang diri dia lagi.” Ulas Huda sayu dan Afini hanya mengangguk
setuju dengan penjelasan Huda.
“Tapi..aku nak tahu juga.
Betul ke abang angkat kau tu syok kat kau?” Huda tersenyum sambil mengangguk.
“Kau macam mana?” Afini masih mahu menyiasat.
“Kau macam mana?” Afini masih mahu menyiasat.
“Aku sayang dia sebab dia salah seorang
keluarga angkat aku. Demi Allah aku mengaku aku pernah terjatuh suka pada dia
dulu. Tapi kau jangan risau, cinta aku pada along kau lebih kuat. Sekarang ni
abang Is dah boleh terima aku seperti adiknya. Itu yang tersurat dia kata pada
aku. Yang tersirat, aku tak tahu.”
“Kau yakin?”
Huda menyungkit bahu
menjawab soalan Afini.
“Handsome tak?” Huda mula tersenyum mengusik.
“Kau nak?” Tanya Huda.
“Mm..tak payahlah..! Aku
masih serik dengan lelaki”
Huda mengangguk tanda
menerima pendapat ringkas Afini. Semenjak berita tentang perpisahan Afini dan
teman lelakinya sampai pada pengetahuannya, Afini sudah berhenti bercerita
mengenai hal itu. Pada pendapat Huda, mungkin Afini rasa malu padanya kerana
selama ini Afini sering menceritakan kisah yang baik sahaja tentang lelaki
itu. Bila perpisahan terjadi, Afini sudah tidak mahu lagi bercerita.
No comments:
Post a Comment