PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 39 TERTULIS KAU MILIKKU

39 (1)
     HUDA berdebar-debar sambil duduk bertimpuh di atas pelamin kecil menanti diijab kabulkan. Baju kebaya labuh berwarna putih krim bersulam benang berwarna merah jambu serta selendang panjang terhias indah di tubuh langsing Huda. Seketika kemudian, kelihatan Faridz dan rombongan pihak lelaki tiba. Sambil berjalan melalui pelamin di mana Huda sedang menanti, sempat Faridz merenung wajah Huda sambil tersenyum  hingga Huda menunduk malu.

     Faridz cuba berlagak tenang sambil melabuhkan duduknya di tempat khas yang disediakan. Sambil menghadap beberapa orang di hadapannya Faridz menarik nafas dalam-dalam agar gugupnya pergi serta merta. Melihatkan wajah Encik Marzuki di sebelah Tok Kadi, gugup Faridz kembali bertandang.

“Bos, kalau bos rasa tak mampu, biar saya jadi gantinya.” Usik Firdaus selaku pengapit sambil berbisik.

“Kalau kau rasa nak kena buang kerja, kau cuba buat.” Bisik Faridz menjawab balik apa yang disuarakan Firdaus.

“Saya cadangkan je..!”

“Saya pun sedang  usulkan cadangan pada awak. Macam mana? Terima?” Jawab Faridz sambil  tersengeh  penuh  tersirat.  Firdaus tidak terus menjawab tapi sekadar ketawa kecil dengan gurauan kasar bosnya.

“Riz dah sedia?” Tanya Encik Marzuki sambil memandang wajah Faridz yang berlagak tenang.

“Bos  saya  ni  pakcik, dah  lama  dia bersedia! Sejak azali lagi!” Sampuk Firdaus tanpa segan. Melihatkan  jelingan  tajam  Faridz, Firdaus  tersengeh-sengeh  malu  atas ketelanjurannya.

“Insyaallah..! saya  dah  sedia.” Jawab  Faridz  yakin.

“Kita mulakan  sekarang.” Ujar  Encik Marzuki  sambil  terangguk-angguk  memandang  pada sekelian yang  sedang  mengililingi  Faridz  ketika  itu. Faridz  menyambut  salam Encik Marzuki  sambil  menarik  nafas  panjang.

“Sejuk tangan Riz. Takpe! cuba bawak bertenang.” Tegur Encik Marzuki yang mula menyedari  bakal  menantunya  itu  sedikit  gugup.

“Saya  okey, cuma  nerves  sikit.! Boleh  cepat  cikit  tak, abah?” Ujar Faridz sambil tersengeh  malu.

     Huda menunduk malu, tersenyum dan menahan tawa sambil menggeleng kepala dengan telatah Faridz. Microphone kecil yang dipasangkan di leher baju Faridz membolehkan sekelian yang ada mengekek ketawa mendengar suara Faridz.

     Seketika kemudian terdengar di telinganya mendengar ucapan keramat yang diucapkan oleh Encik Marzuki dan berselang kemudian suara Faridz kedengaran jelas. Jantungnya berdegup kencang ketika Faridz menyebut namanya. Hampir gugur air matanya ketika itu kerana kini dia sudah diserahkan secara sah oleh Encik Marzuki kepada Muhamad Faridz Hazmi Ariffin. Mendengar perkataan sah dari mulut Encik Marzuki buat Huda sebak dan serta merta air mata nya mengalir deras. Pelukan erat Affini yang selesa disebelahnya menyedarkan Huda bahawa dia bukan dalam mimpi seperti yang dirasa sebentar tadi.

      Saat-saat langkah Faridz menuju ke arahnya, Huda sudah tidak tertahan menahan malu. Tidak sanggup dia mengangkat wajahnya yang merah untuk menatap wajah lelaki yang baru bergelar suaminya itu walaupun tika itu Faridz sudah pun melabuhkan duduk mengadapnya. Selepas akad tadi Huda dapat bernafas sedikit ketika melihat Faridz menuju ke biliknya untuk menunaikan solat sunat. Apabila Faridz datang kembali, jantungnya kembali berdegup kencang.

“Huda, hulurkan tangan tu.!” Bisik Hajar di sebelahnya sambil mencuit Huda yang masih merenung ke bawah. Huda tersentak dan akur kemudiannya. Sentuhan tangan Faridz ketika memakaikan rantai tangan di tangannya buat Huda tersenyum.

“Terima abang seadanya.!” Bisik Faridz sambil mengucup kedua-dua kening Huda selepas menerima kucupan Huda di tangannya. Huda hanya mengangguk dan tersenyum malu.

     Kemudian huluran sebentuk cincin perak oleh Puan Rohayu disambut oleh Huda dan perlahan-lahan dipakaikan ke jari Faridz. Melihat wajah Faridz sedikit terkejut, Huda ketawa kecil. “Tak patutlah kalau abang saja yang bagi. Huda pun teringin juga nak bagi something kat abang.” Bisik Huda sambil tersenyum bangga.

Thank..!” Bisik Faridz lalu tangan Huda yang masih berada dalam genggamannya dikucup sambil matanya tak lepas menatap wajah Huda.

“Tahniah  dan  selamat  pengantin baru” Ujar  satu  suara  dari  belakang  Huda  dan  Faridz ketika  mereka  berdua sedang beriringan keluar menuju keluar untuk makan. Faridz dan Huda tersentak lalu serentak menoleh. Huda paling terkejut sebab di hadapannya kini adalah insan yang pernah menapak dalam hatinya satu ketika dulu.

“Abang..abang Is?” Huda gugup.

“Kenapa? Terkejut?”

“Abang minta maaf. Sebenarnya abang memang nak bagitahu hal ni semalam, tapI Is tak izinkan. Dia kata nak buat surprise.” Faridz menyampuk sambil tersenyum. Huda makin melopong.

Surprise apa?” Huda bertanya hairan. Faridz dan Iskandar tersenyum sambil berpandangan.

“Boleh aku cakap dengan adik aku  sekejap?” Iskandar mohon izin pada Faridz.

“Jangan lama-lama. Aku jelouse nanti..” Balas Faridz sambil tersenyum lalu melepas genggaman jemari Huda dan berlalu pergi.

“Mulai sekarang, tiada lagi istilah angkat-angkat sebab Huda memang adik abang. Memang abang terkejut sangat semalam masa sampai di rumah Riz. Risik punya risik baru abang tahu Huda ni anak arwah makcik Azimah iaitu bekas tunang ayah abang dulu. Kalau Huda nak tahu, ayah abang adalah abang sulung pada mama Normy yang dulu pernah nak dijodohkan dengan arwah ibu Huda. Kadang-kadang cerita ni buat abang pening. Bila mama Normy bagi tahu yang sebenarnya arwah ibu Huda adalah sepupu dia, baru abang faham. Hajat ayah nak memperisterikan arwah ibu Huda tak kesampaian, dan nampaknya ikatan kekeluargaan kita hanya boleh diteruskan dengan pangkat pupu sajalah nampaknya..” Berkerut-kerut muka Huda seperti tidak percaya apa yang Iskandar sampaikan tadi.

“Macam mana abang boleh tahu arwah ibu Huda tu, ibu Huda?”

“Afini yang tunjukkan gambar keluarga Huda pada ayah dan emak abang semalam. Masa tulah mama Normy buka cerita tentang arwah ibu Huda yang tak jadi kawin dengan ayah. Rupanya ayah sendiri tak pernah tengok wajah arwah makcik Azimah.”

“Huda..! mari mama kenalkan dengan abang sulung mama yang pernah mama ceritakan dulu. Paklong Udin.” Perbualan Huda dan Iskandar terganggu dek suara Datin Normy. Huda tersentak namun dipaksa melangkah laju mendapatkan Datin Normy dan beredar keluar. Iskandar dibiarkan sendiri di situ. Pada mulanya banyak persoalan yang ingin ditanya pada abang pupunya itu. Tapi bila wajah Datin Normy seperti tidak sabar, Huda akur dengan permintaan Datin Normy.

“Ha..kalau abang Udin nak tahu, muka arwah sebijik macam Huda.” Kata Datin Normy pada Haji Tahir.

“Ayah tak sangka Huda ni anak saudara ayah.”  Balas Hj. Tahir sambil menyambut salam Huda. Wajah Huda ditatap lama. “Kalau ayah tahu muka arwah Azimah macam ni, ayah takkan duduk diam.!” Haji Tahir cuba berseloroh sambil menjeling manja pada Hjh. Normah hingga menerbitkan derai tawa Huda dan Datin Normy. Niatnya sekadar mahu untuk mengusik isterinya itu. Jika tak kerana Hjh. Normah, mungkin hingga sekarang dia tak kawin.

“Ayah, mak..Huda minta maaf. Bukan niat Huda nak menolak abang Is.” Kata Huda perlahan pada ibu bapa Iskandar. Sejak pertemuan pertama dulu, Huda sudah faham dengan niat Haji Tahir dan Hjh Normah yang ingin bermenantukan dirinya.

“Dahlah..! Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana. Harapan kami agar Huda bahagia dengan perkahwinan ni. Fasal abang Is tu, Huda janganlah rasa bersalah. Lama-lama nanti pasti dia akan jumpa dengan seseorang..” Huda tersenyum nipis mendengar kata-kata Hjh Normah.

“Huda janganlah rasa bersalah sangat ye! Jangan fikir-fikirkan sangat. Sekarang Huda tumpukan betul-betul pada rumahtangga Huda ni. Ingat Huda, syurga tu bawah tapak kaki suami Huda. Patuh pada dia. Suka betul ayah tengok Riz tu..baik, sopan..pandai Huda pilih.” Huda tersenyum malu. Tak dapat nak disangkal lagi Faridz memang baik sejak mula-mula dia mengenali lelaki itu.

No comments: