39(2)
ROMBONGAN Faridz pulang malam itu selepas menjamu selera. Huda yang sudah merasa letih, cepat –cepat melangkah ke bilik untuk membersihkan dirinya. Dia harus tidur awal malam itu memandangkan esok adalah hari yang bakal buat badannya terasa letih. Walaupun esok dia tidak perlu bersusah payah melakukan apa jua kerja, Huda yakin menjadi raja sehari lebih memenatkan.
ROMBONGAN Faridz pulang malam itu selepas menjamu selera. Huda yang sudah merasa letih, cepat –cepat melangkah ke bilik untuk membersihkan dirinya. Dia harus tidur awal malam itu memandangkan esok adalah hari yang bakal buat badannya terasa letih. Walaupun esok dia tidak perlu bersusah payah melakukan apa jua kerja, Huda yakin menjadi raja sehari lebih memenatkan.
Ketukan dipintu biliknya menyedarkan Huda
sejenak dari lamunannya. Bila wajah Encik Marzuki kelihatan dari balik pintu
biliknya, bibirnya terukir senyuman manis.
“Macam mana anak abah
sekarang..?” Tanya Encik Marzuki sambil melabuhkan duduknya di birai katil.
“Huda okey bah. Kenapa.? Abah nampak Huda macam tak okey ke..?” Tanya Huda sambil tersenyum.
“Kalau senyum lebar macam
ni, abah dah tak risaulah..! Abah yakin anak abah ni sedang bahagia. Abah harap
akan kekal sampai akhir hayat anak cucu cicit abah.” Usik Encik Marzuki sambil
mencuit pipi anak perempuannya yang kini sudah bergelar seorang isteri.
Huda terasa sayu dengan kata-kata Encik
Marzuki lalu menunduk lemah sambil meraih tangan Encik Marzuki lalu dipeluk
erat. Kepalanya dilentokkan ke bahu orang tuanya dengan lagak manja. “Kalau ada ibu mesti bestkan bah..?” Encik Marzuki mengangguk lemah.
“Ibu bahagia di sana bila
anak manja dia bahagia di sini. Huda tak perlu sedih sebab ibu tak suka
anak-anak dia bersedih di hari macam ni.” Kata Encik Marzuki sayu.
“Malam ni abah tepukkan Huda
tidur ek.?” Rengek Huda manja.
“Ish.! Tak malu betul anak
abah ni. Dah ada suami pun nak manja-manja dengan abah jugak ke.? Nanti dah ada
anak, takkan nak macam ni jugak?“ Usik
Encik Marzuki sambil mengusap rambut Huda yang panjang hingga paras pinggang.
Huda ketawa mengekek kerana
berjaya mengusik Encik Marzuki. Namun tiba-tiba Huda tersentak apabila orang
tuanya menyentuh soal anak.
“Abah..kalau Huda nak share something boleh tak..?” Tanya Huda
serius tanpa mengangkat wajahnya yang sedang dipandang oleh Encik Marzuki.
“Cakaplah, apa dia..?” Tanya
Encik Marzuki hairan.
“Zuriat tu penting ke bah?
Harus ada ke selepas kawin?” Tanya Huda sayu.
“Kenapa Huda tanya soalan tu?”
Tanya Encik Marzuki hairan. Jika difikirkan tentang anaknya yang berpelajaran
dan berkelulusan itu, sepatutnya soalan itu sudah ada jawapan tanpa menanti
jawapan darinya.
“Huda takut kalau isu anak
menjadi masalah dalam rumahtangga Huda.” Balas Huda lantas diceritakan masalah
yang menimpa diri Faridz. Encik Marzuki tenang mendengar setiap bait kata yang
Huda ucapkan sambil mengangguk faham.
“Kalau Huda tahu masalah ni bakal
timbul, kenapa terima..?”
“Huda sayangkan dia. Bila
masalah ni timbul, sayang Huda bertambah-tambah bersilih ganti dengan rasa
simpati. Tak mampu Huda nak menghalang, tak sanggup pulak Huda nak sisihkan
dia. Bila peristiwa malang itu yang terjadi pada abang Faridz, rasanya tak
patut Huda ambil kesempatan tinggalkan dia. Lagipun dia baik sangat. Tak pernah
ambil kesempatan atas kelemahan Huda. Kalau Huda lepaskan dia, belum tentu Huda
akan dapat yang terbaik macam tu walaupun dia ada kekurangan. Pernah dulu Huda
cuba bersikap pentingkan diri sendiri. Huda mula rapat dengan abang Is. Bila
rasa sayang dan cinta mula wujud untuk abang Is, Huda rasa berdosa dan
bersalah. Cinta Huda terlalu kuat untuk abang Faridz. Jadi Huda ambil keputusan
untuk terima abang Is sebagai abang sahaja.” Terang Huda sayu. Encik Marzuki
menarik nafas dalam sebelum memberi pendapat setelah berfikir sejenak.
“Macam nilah. Huda kena
yakin bahawa rezeki tu dah Allah tetapkan pada setiap hambanya. Kalau Allah nak
bagi zuriat, kita terima dan kita bersyukur, tapi kalau sebaliknya, kita kena
redha. Huda tahukan, setiap kejadian yang terjadi dalam hidup setiap orang,
pasti ada hikmahnya. Yang penting kita harus sentiasa berdoa dan berikhtiar.
Huda kan doktor, pasti tahu apa yang nak buat.. Cuma satu je abah nak pesan,
hati suami tu kena jaga, jangan biarkan dia terasa tersisih kalau tiba-tiba
soal ni terbit keluar. Hati lelaki ni lebih sensetif kalau Huda nak tau. Jadi
pandai-pandailah Huda mengatur kata setiap kali bersuara apa jua pendapat. Cuma
satu je yang abah risaukan, Abah takut kalau-kalau Huda yang terasa hati kalau
orang lain dah ada baby tapi Huda dan Faridz masih macam pengantin baru..
Sebenarnya abah dah tahu hal ni. Faridz dah ceritakan masa dia rancang nak
bertunang dengan Huda tiga tahun dulu. Mula-mula abah rasa terkilan jugak.
Yelah..silap-silap tak merasa abah nak bercucu cicit dari anak Huda. Tapi bila
memikirkan mungkin ada hikmah yang tersirat, abah terima seadanya. Melihatkan
kejujuran dan keikhlasan dia, buat abah terharu. Kalau dia tak ikhlas,
takkanlah dia datang ceritakan semua dan minta pendapat abah. Huda bertuah
dapat orang macam tu, rugi kalau Huda lepaskan dia, Faridz tu umpama satu yang
terbaik dalam sejuta.” Luah Encik Marzuki sambil cuba berseloroh. Huda
tersenyum-senyum malu.
“Cuma..abah nak dengar dari
mulut Huda sendiri. Rasa cinta pada Iskandar masih ada lagi ke?”
Huda tersentak.
“Huda tak patut buat macam
tu pada Faridz. Tambah-tambah lagi sekarang ni dia tu suami Huda. Faridz tahu
hal ni?”
Huda geleng kepala.
“Sebenarnya sekarang Huda
cuma rasa dia tak ubah seperti abang Haizat.”
“Hm..baguslah! Ingat Huda,
mengingati lelaki lain ketika sudah bersuami, hukumnya berdosa. Abah harap Huda
tahu semua tu. Faridz adalah segala-galanya pada Huda sekarang. Abah sayang
pada anak menantu abah tu.” Ulas Encik Marzuki sambil berlalu keluar.
Huda terasa bangga pulak
bila suaminya turut disayangi oleh orang tuanya. Senyumannya semakin lebar
apabila telefon bimbitnya tiba-tiba memberi isyarat tanda ada panggilan masuk.
Direnung wajah Faridz yang menjadi penghias di skrin penuh asyik tanpa menjawab
panggilan sambil tersenyum-senyum. Niatnya untuk mengusik suaminya supaya
suaminya terus menghubunginya kerana dia tahu suaminya itu takkan berhenti
mencuba selagi dia tidak menjawab. Panggilan diam seketika, tapi kemudian
berbunyi lagi. Huda mengekek ketawa sendiri dengan telatah suaminya. Hampir
sepuluh kali panggilan itu tiba dan tidak pula dijawabnya. Kasihan Faridz
mendapat isteri yang suka mengusik.
Lantas diutuskan mesej pada suaminya itu agar berhenti menghubunginya kerana
hari sudah lewat malam.
-Salam
bang..Sorry..Huda xnk ckp dgn abg mlm ni. Huda penat n nk tdo. Esok kte jmpa n kte
smbg pnjg2..-Sayang abang! Mmmuahh!!x1000-
FARIDZ
tersenyum simpul dan melepaskan keluhan lemah membaca mesej isterinya sambil
merebahkan diri atas katil empuknya. Niatnya untuk berbual dengan isterinya
sebelum tidur tidak terlaksana. Disabarkan hati kerana esok masih ada. Dapat
dirasakan esok adalah hari yang paling membahagiakan dirinya kerana sejak Huda
bergelar isterinya tadi, hatinya sudak dirasuk rasa bahagia. Dua tiket kapal
terbang ke tanah suci di capai dari meja kecil tepi katilnya dan ditatap sambil
tersenyum. Cincin yang disarungkan Huda tadi ditenung lama sambil tersenyum
bangga. Diharapkan agar isterinya menerima cadangannya esok untuk pergi
berbulan madu di Mekah di mana tempat orang tuanya dikebumikan.
No comments:
Post a Comment