39(3)
SEAWAL pagi jam enam pagi, Huda sudah menerima tetamu yang tak disangka. Hampir menjerit dia apabila wajah Hanom berada di hadapan matanya. Bila dikira-kira, selepas tamat SPM mereka berpisah kerana Hanom melanjutkan pelajarannya ke indonesia. Walaupun rasa berat untuk pergi kerana sudah merancang untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan sahaja bersama Huda, dia terpaksa. Desakan ayahnya yang merupakan seorang doktor terpaksa dituruti.
“Aku nak tumpang mandi
boleh.? Turun dari kapal terbang tadi aku terus datang sini. Rumah mak bapak
aku pun aku tak balik lagi.” Terang Hanom sambil mengeluarkan beberapa helai
pakaian dan tuala dari bagasinya.
“Patutlah aku tengok kau
macam baru balik dari oversea.”
“Aku terlalu teruja bila
dapat kad jemputan kau. Sanggup aku mintak cuti semata-mata nak balik tengok
kau kawin. Tak sangka ye..jodoh kau dengan mamat avanza tu.”
“Dah jodoh.!”
Sementara menanti Hanom mandi, Huda mula
siapkan dirinya kerana sebentar lagi rombongan dari persatuan wanita surau akan
tiba. Huda sudah merancang untuk mengadakan acara hatam quran pagi itu. Jubah
putih bersulam perak yang dihadiahkan oleh Jimmy segera dikenakan pada
tubuhnya. Rasa serba salah pulak kalau tak memakai jubah pemberian kawannya
itu. Bila difikir-fikir, bila lagi masanya untuk merasa memakai jubah, jadi
itulah masa yang sesuai. Huda cuba membuka email kalau-kalau Jimmy ada membalas
emailnya menjemput pemuda itu datang ke majlisnya. Huda hampa sejenak, dan
berfikir mungkin Jimmy sibuk.
“Cantiknya Da..! mana kau
beli..?” Tanya Hanom sejurus keluar dari bilik air.
“Hadiah dari kawan aku.”
Jawab Huda tanpa menjelaskan siapa yang dimaksudkan sambil membetulkan
selendang panjang yang sudah diletakkan atas kepalanya.
“Cantiknya kau Da..! bertambah-tambah
seri pengantin kau. Bertuah Faridz dapat orang cantik macam kau.” Puji Hanom
sambil tolong membetulkan tudung kepala Huda. Wajah Huda yang semulajadi cantik
tidak perlu disolek lebih-lebih lantas hanya dikenakan secalit lipstik untuk
tidak nampak wajah itu pucat.
“Jangan lebih-lebih pulak Nom. Aku tak biasa
pakai semua ni. Ni pun kakak aku yang bagi, sebab katanya kena pakai, kalau tak
nanti muka aku nampak pucat..”
“Betullah tu! kejap lagi mak
andam datang, lagi teruk muka kau dia modifide
tau..! Pengantin kenalah pakai semua ni..baru nampak macam pengantin.” Pujuk
Hanom sambil tersengeh-sengeh.
“Kau jadi pengapit aku
ye..?”
“Kalau bukan aku siapa lagi!
abah kau..?” Usik Hanom sambil menjeling sinis. Huda termalu sendiri.
Yelah..diakan anak abah..
Huda melangkah tenang sambil duduk bertimpuh
atas tempat khas yang disediakan untuk acara menghatam quran. Kelihatan
kumpulan marhaban yang dipanggil oleh
Puan Rohayu sudah berada di ruang tamu.Hanom turut menemaninya sambil
membetul-betulkan tudung Huda. Huda tersenyum-senyum apabila ditegur akan
kecantikannya oleh beberapa orang makcik dari kumpulan marhaban. Rasa panas
diwajahnya apabila Hanom turut menegur mukanya yang tiba-tiba menjadi merah.
“Lagi sekali kau tegur aku
macam tu, aku nak kau pun baca sama.” Bisik Huda geram.
“Aku cuti hari ni.” Balas
Hanom sambil tersengeh-sengeh..
Cubitan manja Huda
dipinggang Hanom buat Hanom menjerit kecil lalu mereka sama-sama ketawa kecil.
Hampir dua jam akhirnya
majlis hatam quran selesai. Bergegas Huda naik ke biliknya kerana wajah Mak
Andam yang ditempah khas sudah menampakkan diri. Siap membersihkan diri, Huda
sedia disolek.
“Bulan madu kat mana Da..?”
Tanya Hanom sambil memerhatikan kelembutan tangan Mak andam menyiapkan wajah
Huda.
“Perlu ke..? Aku rasa tak
payah lah kot..Tapi aku dengan Faridz dah rancang nak balik kampung.”
Terbayang-bayang di ruangan mata suasana rumah yang sudah lama siap dibina.
Hingga kini dia belum berkesempatan melihat rumah itu.
“Balik kampung je.. Pergilah
jauh-jauh sikit.”
“Ah..membazir je..!”
“Teruk bertullah kau ni..
perangai tak ubah-ubah..!”
“Tak ada masalah Nom.! Lepas ni aku nak
bertolak ke London pulak..sambung kat sana.”
Hanom tergamam.
“Habis tu, laki kau macam
mana.?”
“Terpaksalah tinggal
kejap..” Ujar Huda sambil mengeluh.
“Sanggup kau Da???” Tanya
Hanom pelik.
“Memang lah aku tak sanggup,
tapi cita-cita aku macam mana..?”
“Kau dah ada suami Da..! Tak
baik kau buat macam ni. Faridz izinkan kau pergi.?”
“Mula-mula tu berat jugak..sampai
merajuk-rajuk. Bila aku terima cadangan dia ajak aku kawin cepat, dia terpaksa
setuju.”
“Teruk betullah kau ni Da..!
dia terpaksa letakkan syarat tu maknanya dia tak ikhlas dan dia tak sanggup
berjauhan dari kau. Kalau aku, aku tak sanggup. Baru kawin dah kena tinggal.
Inai kat jari pun masih merah menyala. bau pun tak hilang lagi.. Nanti tak
fasal-fasal orang kata pengantin lari masa hari kawin.” Ulas Hanom sambil
menggeleng kepala kesal dengan sikap rakan baiknya itu.
Huda terdiam mendengar
bebelan Hanom sambil tersenyum tawar. Wajah serinya tiba-tiba berubah kerana
terasa dengan kata-kata Hanom. Hatinya turut dilanda risau apabila Maggy selaku
Mak Andam turut memberi komen.
“Orang lelaki ni jangan
dibuat main. Hati dia orang ni lagi sensetif dari perempuan tau.. Kalau
mak..mak tak sanggup. Silap-silap ari bulan dia cari lain. Gigit jari kita nak
oiii..! Orang lelaki ni kalau dah kawin
saham lagi naik.. banyak mata yang memandang. Tak takut ke..?” Komen Meggy
sambil teruskan kerjanya menghias wajah Huda.
Hanom mengekek-ngekek ketawa mendengar dan
melihat telatah Maggy yang bercakap sambil tangannya yang lembut melambai sana
sini. Huda turut tersenyum-senyum kerana tahu yang Maggy tu seorang Maknyah.
“Habis, kau nak aku buat
apa.? Tinggalkan cita-cita aku tu.?”
“Alasan kau tu dah tak boleh
pakai sekarang ni.. Dekat sini pun dah banyak tempat yang boleh kau jadikan
tempat kau sambung belajar. Kau kena ingat, sekarang ni kau dah jadi isteri
pada seorang lelaki. Apa-apa yang kau nak buat harus ada persetujuan dari suami
kau..kalau tak, apa yang kau buat tu tak berkat.” Huda mengeluh lemah mendengar
jawapan Hanom yang tak memberinya semangat langsung untuk meneruskan apa yang
diimpikan.
“Pengantin dah sampai..!!”
Jerit Huzir dari bawah.
Huda tersentak dari lamunan. Lama betul dia
melamun hingga tak sedar wajahnya sudah siap diubah suai. Macam tak percaya
pulak bila tengok wajahnya sendiri di cermin. Ada iras-iras Nora Danish pun
ada.. Perasan.!!. Huda tersenyum sendiri sambil menggeleng-geleng kepalanya kerana
terlebih perasan. Dipandang lagi wajahnya dan terus hingga seluruh tubuhnya
yang sudah siap dengan pakaian pengantin yang ditempah. Kain sutera cina yang
dijadikan kebaya labuh berwarna hijau pucuk pisang benar-benar sesuai dengan
tubuhnya. Tudung yang terlilit kemas berwarna sama adalah hasil tangannya
sendiri menjahit manik dan batu yang ditekap benar-benar memukau sesiapa yang
memandang. Berkali-kali Hanom memuji hingga mahukan sentuhan Huda jika satu
hari nanti jika dia berkahwin.
Upacara persandingan benar-benar buat Huda
seperti hilang arah. Diikutkan saja apa yang diarahkan ketika berada di depan
jurukamera. Malu yang teramat dirasa apabila berada dalam pelukan suaminya.
Hampir setengah jam mereka didera dan dipaksa beraksi depan kamera. Akhirnya
apabila Faridz menyuarakan rasa lapar, barulah mereka dibenarkan turun dari
pelamin. Huda tahu, suaminya itu memahami apa yang dirasa. Sebab itulah Faridz
memberi alasan begitu agar Huda tidak lagi dilanda rasa malu yang menebal.
Selesai majlis makan beradap, Huda dan
Faridz cuba beramah mesra dengan para-para tetamu yang hadir.
“Abang..sekejap bang.” Bisik
Huda ketika mendekati Faridz yang sedang berbual dengan tetamu yang datang ke
majlis mereka itu.
“Ada apa.?”
“Ikut jelah.!”
Huda terus menarik tangan Faridz lalu
diheret suaminya itu hingga sampai pada seseorang yang sedang berdiri di bawah
sebuah khemah.
“Abang rasa-rasa kenal
tak..?” Tanya Huda sambil tersenyum-senyum.
Faridz mengerutkan wajahnya sambil
berfikir, namun akhirnya dia hanya mengeleng tanda tidak tahu.
“Ni Huda kenalkan..Jimmy.”
Ujar Huda sambil tersenyum-senyum. Faridz tersentak dan akhirnya menyambut
salam Jimmy tanda hormat.
“Sebenarnya kedatangan saya
ni memang nak jumpa awak. Sebab sayalah awak dan Lisa..” Jimmy terhenti berkata
kerana Faridz cepat mencelah.
“Kalau sebab tu, tak
payahlah awak rasa bersalah, sebab saya dah jumpa yang terbaik dari tu.
Sebenarnya saya pun nak ucapkan terima kasih pada awak. Kalau tak disebabkan
awak, saya pun tak berpeluang jumpa dengan isteri saya ni.” Balas Faridz sambil
memeluk lembut bahu Huda sambil menjeling manja. Huda membalas senyuman sambil
menunduk malu.
Agak panjang perbualan mereka hinggalah
Jimmy meminta izin untuk beransur pulang.
“Faridz, kalau saya nak
minta izin untuk bercakap dengan isteri awak, boleh tak.?” Pinta Jimmy penuh
harapan. Faridz terdiam sejenak, dan kemudian mengangguk lemah.
“Jangan lama-lama, aku
cemburu”
Huda menggeleng kepala
sambil tersenyum melihat Faridz beredar pergi dari situ.
Faridz
mencuri-curi pandang ke arah Huda dan Jimmy yang sedang berbual rancak.
Disabarkan hati agar tidak terus bersikap curiga. Melihat riaksi wajah Jimmy
dan Huda, dia tahu perbualan itu berkisahkan sesuatu yang serius. Hampir lima
belas minit berbual, akhirnya Jimmy beredar pergi sambil mengangkat tangan
padanya. Faridz membalas sambil melangkah mendekati Huda yang sedang
melambaikan tangan pada Jimmy.
“Jimmy kata apa..?” Tanya
Faridz ingin tahu.
“Takde apa.. dia kirim salam kat abang.”
“Ai!..berbual punya lama, takkan tu saja yang dia cakap?” Tanya
Faridz hairan. Huda ketawa lucu dengan telatah Faridz.
“Jimmy cakap, kalau abang curang,
dia akan jadi pengganti.” Balas Huda sambil tersenyum mengejek.
Faridz melopongkan matanya sambil
mengepal-ngepal penumpuk beriaksi geram. Huda ketawa kecil kerana berjaya
mengusik.
“Taklah..! dia tanya fasal
Lisa.!” Jawab Huda lalu tangan Faridz diraih lembut dan diajak masuk ke dalam
rumah.
Huda melangkah ke bilik air untuk
membersihkan mukanya. Nasib baiklah wajahnya tidak disolek tebal, jadi tak
perlulah dia susah-susah untuk menyuci. Melihatkan Faridz yang sudah terlena
selepas solat zohor tadi, Huda segerakan solat secepat mungkin. Memandangkan
jam sudah menunjukkan ke angka empat petang, Huda rasa bersalah kerana
melambat-lambatkan mengerjakan suruhan Allah yang satu itu.
Sambil melipat telekung seusai bersolat,
Huda perlahan-lahan menghenyakkan punggungnya atas katil yang dihias indah
untuknya dan Faridz. Wajah Faridz direnung dalam-dalam penuh asyik. Bunyi
deruan nafas Faridz ketika tidur menyatakan bahawa Faridz sedang nyenyak tidur,
lalu dirapatkan wajahnya ke wajah Faridz sambil tersenyum. Pipi Faridz disentuh
lembut dan dibelai manja.
“Rasa nak kiss, kiss jelah..!” Kata Faridz tiba-tiba sambil tersenyum lalu
perlahan-lahan matanya dibuka.
Huda melopong lantas cepat-cepat
dijarakkan wajahnya lalu memusingkan tubuhnya dari mengadap Faridz yang sudah
duduk rapat disisinya.
“Tak berdosa pun..! Dapat
pahala tau..!” Bisik Faridz lagi sambil menarik tubuh Huda rapat dengannya.
“Takkanlah dah kawin pun nak malu-malu lagi..?” Tanya Faridz lemah sambil membelai lembut rambut panjang Huda yang sengaja dilepaskan.
“Takkanlah dah kawin pun nak malu-malu lagi..?” Tanya Faridz lemah sambil membelai lembut rambut panjang Huda yang sengaja dilepaskan.
“Pertama kali abang tengok
Huda tak bertudung, teringin sangat abang nak sentuh rambut Huda ni. Mesti
lembut macam orangnya. Dan akhirnya Allah tunaikan apa yang abang nak. Memang
lembut, macam tuannya. Wangi!” Ujar Faridz lalu merapatkan wajahnya ke kepala
Huda dan dikucup lembut.
“Sayang..pandang abang.”
Bisik Faridz sambil menyentuh dagu Huda lalu diangkat agar memandangnya. Huda
akur walaupun rasa malu tetap ada.
“Sayang jangan tinggalkan
abang ye?” Bisik Faridz lemah lalu mengucup dahi dan kemudian beralih ke pipi
dan akhirnya bibir Huda dikucup lembut. Huda semakin gelisah dan menunduk kembali.
“Abang macam tak izinkan
Huda pergi pulak.” Gumam Huda lalu memberi jelingan sinis.
“Bukan abang tak izinkan,
cuma abang tak sanggup berjauhan dengan sayang. Bayangkan kita baru je kawin,
sekarang sayang nak tinggalkan abang.”
Huda menahan sebak mendengar luahan hati
suaminya. Dicapai jemari Faridz lalu dibawa kepipinya dan dikucup lembut dan
dibelai penuh asyik.
“Relakan Huda pergi bang.!”
Bisik Huda perlahan, namun Faridz seakan-akan terpukau dengan belaian Huda dan
tak mampu berkata apa-apa.
“Jom turun, mesti dia orang
tengah tunggu kita.” Bisik Huda mematikan khayalan Faridz. Tudung kepala
dicapai lalu dipakai kemas. Selepas siap, tangan Faridz diraih lembut lalu
sama-sama beriringan keluar dan turun ke bawah.
“Amboi-amboi pengantin..pantang
diberi peluang..!” Sergah Afini yang sudah bersedia untuk pulang. Faridz dan
Huda hanya tersenyum malu sambil menggeleng.
“Ni kenapa yang tak balik
lagi ni.?” Tanya Faridz tegas pada adiknya. Namun Afini hanya tersengeh.
“Huda, aku nak tidur sini
boleh tak..?” Tanya Afini yang tiba-tiba timbul niat mahu mengusik Faridz.
Faridz tersentak mendengar
rayuan adiknya.
“Tak boleh! Bilik semua dah
penuh.!” Jawab Faridz tegas.
Afini buat-buat seperti
berfikir. Semakin galak hatinya mahu terus menyakat.
“Bilik Huda kan ada..! Sebelum ni pun Fini selalu tidur dalam bilik tu kalau Fini bermalam dekat sini.”
Balas Afini selamba.
“Ni nak!” Bentak Faridz
sambil menunjukkan penumbuknya dekat dengan hidung Afini. Huda ketawa mengekek
melihat telatah dua beradik itu.
“Bilik abang Haizat kosong.
Katil pun besar, kalau nak tumpang, boleh je.” Usik Haizat tersengeh-sengeh.
Afini mengetap bibir menahan malu.
“Dah-dah.! pergi balik,
bawak elok-elok kereta along tu.. Optss!
lagi satu along nak pesan. Lepas ni jangan nak panggil Huda saje ye.. Ingat
sikit, isteri along ni kakak ipar awak. Panggil kaklong!”
Huda dan Afini berpandangan sambil
tersenyum.
“Yess bos.!” Ucap Affini sambil mengangkat tabik hormat.
MALAM itu buat pertama kali Faridz mengimamkan Huda
setelah mereka bergelar suami isteri. Kucupan di dahi selepas selesai bersolat
buat Huda rasa terharu dan rasa seperti bayi yang dibelai manja. Tak pernah dibayangkan
begini rupanya layanan yang diperolehi setelah bergelar isteri pada Muhamad
Faridz Hazmi. Jiwanya semakin tertekan dan rasa serba salah untuk meninggalkan
suaminya itu. Fikirannya semakin buntu untuk terus berfikir. Huda memanjangkan
doanya agar diberi petunjuk supaya yang menjadi kekusutan di fikirannya ketika
itu terungkai dan kembali sempurna.
Majlis memotong kek dan membuka hadiah malam
itu berjalan lancar. Esok Huda akan mengikut Faridz pulang. Walaupun masa masih
panjang sebelum dia berangkat ke London, Huda sudah menanam azam untuk gunakan
masa yang ada sebaik mungkin melayan suaminya. Tidak dapat bayangkan saat-saat
dia meniggalkan Faridz nanti. Huda mula berfikir-fikir, apakah Fridz yang tidak
sanggup berpisah atau dia sendiri yang tidak sanggup berpisah. Huda pasti, dia
sendiri tidak sanggup berpisah lama, tapi bila mengenangkan cita-citanya, dia
terpaksa lupakan cintanya buat sementara waktu. Apakah berdosa jika melupakan
cinta pada suami. Huda mula rasa takut jika itu dikatakan sebagai dosa.
“Sayang jangan pergi ye!”
Rayu Faridz ketika mereka sama-sama sudah berada atas katil untuk beradu.
“Abang ni, sejak tadi asyik
merayu-rayu macam ni, Huda serba salah tau tak.” Rungut Huda sayu.
“Abang tak sanggup.”
“Kan abang dah janji nak jumpa
Huda dekat sana.”
Faridz terdiam mendengar
jawapan Huda.
“Abang..!” Rayu Huda sambil
mengelus jemari Faridz. “Abang tau tak, kita sekarang dah jadi satu. Ini
bermakna, Huda milik abang dan abang milik Huda. Huda percaya dengan abang dan
abang harus percaya dengan Huda. Kemana pun Huda pergi, kasih Huda pada abang
takkan luak sikit pun. Huda perlukan izin dari abang untuk pergi sebab Huda
tahu, tanpa izin abang, apa yang Huda usahakan tiada keberkatan. Sekarang Huda
nak abang terus terang, abang izinkan Huda pergi atau tidak..?”
Faridz terdiam mendengar luahan hati
isterinya. Lidahnya kelu tak tahu apa yang perlu disuarakan lagi. Rayuan dan
pujukkan isterinya yang lemah lembut buat Faridz terpaku seketika. Sambil
meramas lembut jemari isterinya, Faridz tersenyum kelat. Niatnya untuk
memberitahu tentang tiket penerbangan ke tanah suci, terpaksa dirahsiakan dulu.
Memandangkan isterinya itu sudah membuka topik yang agak sensetif, hatinya juga
sudah tawar untuk bercerita.
“Kita tidur ye..? Abang nak
peluk isteri abang malam ni. Bertahun abang tunggu, akhirnya dapat jugak
peneman masa tidur. Selama ni asyik tidur sorang je.!” Ujar Faridz cuba menukar
tajuk perbualan.
Huda mengeluh lemah sambil
tersenyum mendengar omelan suaminya. Walaupun tahu suaminya tidak berterus
terang, Huda sudah dapat mengagak apa jawapan yang sepatutnya lahir dari mulut
suaminya itu.
Malam itu nyenyak sekali tidur mereka.
Penghawa dingin yang terpasang tidak langsung terasa sejuk kerana malam itu
masing-masing dalam kehangatan asmara. Huda terjaga dari lena ketika jam baru
menunjukkan ke pukul lima pagi. Wajah suaminya yang keletihan dipandang sayu.
Tak sedar pipinya sudah kebasahan dengan lelehan air mata hangatnya. Tiba-tiba
rasa berdosa kerana membuat suaminya begitu.
“Ampunkan Huda bang! Huda
berdosa. Huda mengaku Huda tak mampu tinggalkan abang sendiri.” Bisik hati Huda
sendiri sambil merebahkan tubuhnya rapat di sisi Faridz. Tubuh Faridz dipeluk
erat seperti tidak mahu dilepaskan lagi. Keputusan segera harus dibuat agar hatinya
tidak kecewa dan hati suaminya tidak sengsara. Namun mampukah dia.?
FARIDZ termenung panjang di taman halam rumah. Sambil membuaikan buaian
yang diduduk, matanya tepat memandang pada sekuntum bunga mawar putih yang
sedang mekar. Teguran bapa mertuanya langsung tidak diendahkan. Apabila
sentuhan tangan tua itu berada pada bahunya barulah dia tersedar dan tersengeh
malu.
“Panjang kamu berkhayal, sampai
abah panggil pun kamu tak sedar.!”
“Maaflah bah.! Riz tak sedar
tadi.” Ujar Faridz lalu bangun dan memberi sedikit ruang untuk bapa mertuanya
duduk, namun Encik Marzuki hanya tersenyum dan menggeleng kerana mengambil
keputusan untuk berdiri sahaja.
“Orang tua-tua ada cakap, nak
membina rumah, kena tahu mana tapaknya. Nak menampi padi biar kena musimnya.
Samalah macam kita manusia yang ada masalah, kenalah tahu cara mengatasinya.
Abah faham apa yang Riz fikirkan. Bukan abah tak boleh tolong, tapi abah rasa
Riz lebih layak kerana dia dah jadi tanggungjawab Riz. Abah hanya boleh beri
nasihat dan pendapat, tapi untuk menghalang, abah rasa Riz yang patut buat.
Sebenarnya abah pun rasa bersalah dalam hal ni, sebabkan nak merialisasikan
impian abah, Riz jadi mangsa. Sebenarnya sejak Huda mengambil keputusan untuk
memilih Riz, impian abah tu, abah rasa dah tercapai. Dengan kelulusan yang dia
ada sekarang dah buat abah rasa bangga. Tapi bila dia suarakan niatnya untuk
sambung belajar, abah jadi serba salah.” Terang Encik Marzuki sayu lantas
menghela nafas panjang.
“Abah jangan terasa hati
pulak. Abah tak salah. Sebenarnya bukan saya tak nak izinkan dia pergi, cuma
saya rasa tak sanggup duduk jauh-jauh. Bertahun saya tunggu dia. Bila dah jadi
milik saya, saya rasa macam yang saya miliki tu bukan milik saya. Saya tahu dia
suka belajar, dan saya tak halang kalau dia nak belajar selama mana pun, cuma
jarak tu terlalu jauh, itu yang buat saya terasa sangat.!”
“Kamu yakin ke dia nak
pergi..?”
“Dari yang saya nampak, dia
memang beria-ria nak pergi.”
“Sanggup ke dia tinggalkan
kamu..?”
Faridz hanya membisu sambil tersenyum kelat.
“Abah tak berani nak komen
apa-apa. Dia isteri kamu, pandai-pandailah kamu tentukan sendiri. Silap kamu
jugak sebab menetapkan syarat. Syarat kamu dia dah ikut, sekarang kamu pulak
kena ikut syarat dia.” Seloroh Encik Marzuki sambil ketawa kecil. Faridz turut
ketawa mengakui kesilapannya. Tapi tidak sesekali dia rasa menyesal kerana
memang itu yang diharapkan sejak dulu lagi.
Langkah Encik Marzuki menuju masuk ke dalam
rumah, memberi Faridz berpeluang menyambung kembali lamunannya yang terbantut
tadi. Kalau tadi bunga mawar putih menjadi objek untuk pandangan matanya. Tapi
kini tidak lagi kerana pandangannya kini beralih pada seekor rama-rama yang
sedang menghisap madu di kelopak bunga raya merah. Hatinya tertanya-tanya, di manakah
pasangan rama-rama itu. Bagaimana hidup rama-rama itu tanpa pasangannya. Tiba-tiba
datang seekor lagi rama-rama buat bibirnya tersenyum sendiri. Dia yakin hidup
rama-rama itu sama sepertinya yang tak mampu hidup tanpa isterinya. Namun
apakan dayanya, kerana sayang, kehendak isterinya terpaksa diturutkan walaupun
hatinya tidak rela.
“KASIHAN pulak abah tengok menantu abah kat luar tu. Termenung je..! Orang
baru kawin mesti happy-happy. Ni abah
tengok dah macam kena kawin paksa pulak..!” Sindir Encik Marzuki sambil
menjeling pada
Huda yang sedang menuang
kopi ke dalam cawan untuknya. Huda diam sambil mengetap bibir merahnya.
Pandangan mata dari Puan Rohayu serta ahli keluarga yang lain buat Huda terus
rasa bersalah.
“Tak baik Huda buat Faridz
macam tu. Umi cakap ni bukan sebab dia anak saudara umi. Cuba Huda bayangkan,
betapa susahnya dia nak dapatkan Huda, bila dah dapat, jadi macam ni pulak.
Huda tak rasa apa-apa ke..?”
“Kalau Abang, abang tak
sanggup.!” Muiz cuba berseloroh sambil menjeling pada isterinya yang sedang
mencedukkan nasi goreng ke dalam pinggan.
“Habis tu, semua nak Huda
buat apa? Peluang ni bukan senang Huda nak dapat. Lagipun pertama kali Huda
dapat merasa nak ke sana.” Bentak Huda perlahan sambil melabuhkan duduknya di
sebelah Puan Rohayu.
“Hmm..kalau setakat kota
London tu, tak payahlah, tak ada apa yang menarik pun!” Sampuk Haizat lalu
disokong penuh oleh Hajar.
“Kakak dengan abang Haizat
bolehlah cakap macam tu, sebab dah pernah pergi, bertahun-tahun pulak tu..!Huda
ni?” Balas Huda sinis sambil menjeling tajam.
Encik Marzuki berdehem sambil menjeling
pada Hajar dan Haizat atas ketelanjuran mereka berbicara hingga hati Huda
terasa hati. Baginya tika itu tak sepatutnya pasangan kembar itu berkata begitu
di saat hati Huda dalam kekeliruan.
“Apa kata kalau Huda ajak
Faridz berbulan madu kat sana? Sekarang musim sejuk, mesti best kalau berbulan madu kat sana..!” Muiz cuba menyuarakan
pendapat apabila menyedari perubahan wajah adik iparnya.
“Haah la..! sekarang musim
sejuk! mesti best..!” Balas Hajar
membetulkan kesilapannya sambil menjeling pada Haizat.
Huda mengeluh lemah lantas bangun dari
tempat duduk.
“Tadi kata tak ada apa yang
menarik. Sekarang lain pulak bunyinya.” Sindir Huda sambil berlalu dari ruang
meja makan. Pandangan tajam ahli keluarganya langsung tak diperdulikan lagi
kerana di pandangan matanya kini hanyalah wajah suaminya yang terhidang.
Sambil melangkah Huda tersenyum melihat Faridz yang sedang melayan perasaan. Panggilan lembut dari sekali kepada berkali-kali buat Huda terpaksa meninggikan suaranya. Namun Faridz masih seperti manusia yang tiada berjiwa. Perlahan-lahan Huda melabuhkan punggungnya disisi Faridz hingga membuatkan Faridz tersentak lalu tersenyum hambar. Huda tersenyum lebar lalu meraih tangan suaminya. Telapak tangan Faridz dibawa kepipinya lalu dikucup lembut.
Sambil melangkah Huda tersenyum melihat Faridz yang sedang melayan perasaan. Panggilan lembut dari sekali kepada berkali-kali buat Huda terpaksa meninggikan suaranya. Namun Faridz masih seperti manusia yang tiada berjiwa. Perlahan-lahan Huda melabuhkan punggungnya disisi Faridz hingga membuatkan Faridz tersentak lalu tersenyum hambar. Huda tersenyum lebar lalu meraih tangan suaminya. Telapak tangan Faridz dibawa kepipinya lalu dikucup lembut.
“Abang tak lapar? Jom makan!”
Tegur Huda sambil tersenyum manja.
“Abang tak lapar. Kalau
sayang lapar, kenapa tak makan dulu?”
“Tak ada selera kalau abang
tak ada kat sebelah!”
“Habis tu, kalau dah
tinggalkan abang nanti, takkanlah nak tunggu abang pergi sana baru nak makan?”
Huda terdiam serba salah.
“Abang sayang Huda tak?”
“Sayang rasa?”
“Entah, tak sayang kot..!”
Balas Huda sambil ketawa kecil.
“Tak sayang mulut.! Gigit
karang baru tau!” Gumam Faridz sambil mencubit manja pipi Huda.
“Abang..! abang tak cadang nak
ke mana-mana ke..?”
“Maksud sayang, honeymoon..?” Tanya Faridz hairan.
Selama ini faham sangat dengan sikap Huda yang tidak gemarkan makan angin.
Huda mengangguk malu sambil tersenyum.
“Abang ingat sayang tak
mahu.! Yelah..nanti sayang merungut membazir lah..penat lah..buang masa lah..!”
Huda berdesit geram sambil
menjeling. Geram kerana disindir begitu.
“Kalau abang tak mahu, Huda
tak kisah. Huda cuma tanya saja..!” Balas Huda sedikit kecewa. Faridz ketawa
lucu melihat Huda sudah muncung sedepa.
“Kalau kita pergi honeymoon sambil buat umrah, sayang nak
tak?” Tanya Faridz sambil menjeling sekali imbas ke wajah isterinya.
Huda melopongkan mata sambil
tersenyum lebar.
“Betul ke bang?” Tanya Huda
teruja. Melihatkan suaminya tersenyum lebar sambil mengangguk, tangan Faridz
dikucup berkali-kali tanda terima kasih.
“Minggu depan kita balik
kampung haneymoon dekat sana dulu. Lepas
tu baru kita buat umrah.” Sambung Faridz
lagi sambil memeluk bahu isterinya erat yang sedang tersenyum teruja.
“Sekarang kita masuk makan,
pastu kita berkemas. Huda tak sabar nak jadi Mem besar dalam rumah abang tu.!” Seloroh Huda sambil ketawa besar.
KEPULANGAN Faridz dan Huda petang itu disambut mesra oleh Afini dan Mak
Miah serta Dato Basri dan Datin Normy. Manakala keluarga Iskandar sudah pulang
ke rumah mereka selepas majlis semalam. Menurut Hj.Tahir, dia mahu majlis
sambut menantu diadakan dirumahnya memandangkan Faridz dan Huda sudah menolak
untuk mengadakan majlis itu di rumah Dato Basri dan Datin Normy.. Namun
terpaksa ditolak juga oleh Huda kerana Huda tidak mahu membebankan keluarga
itu. Tambah pula dirasa kurang sesuai.
“Amboi..berseri-seri muka
pengantin kita ni..!” Usik Afini sambil tersengeh.
“Ada-ada jelah..!” Huda
mengelak cuba menyembunyikan kekalutan di wajahnya yang merona merah.
“Huda, hari ni aku masak
speacial untuk kau.”
“Apa dia..? Huda? aku?
kau.?” Sampuk Faridz dari belakang Huda sambil menjijit bagasi besar Huda.
“Eh, sorry.! terlupa lah long..!” Jawab Afini malu mengaku
ketelanjurannya membahasakan diri. “Sorry
ye kaklong..! adikmu ini tersyasyul..!”
Sambung Afini sambil memeluk lengan Huda.
“Kalau Huda penat, pergilah
naik berehat dulu. Lepas maghrib nanti kita dinner sama-sama..” Sampuk Datin
Normy mesra.
Dato Basri dan Datin Normy tersenyum riang
menerima kehadiran Huda dalam rumah itu. Terasa seperti anak mereka pula bila
melayan pengantin baru itu. Bila melihat wajah bahagia Faridz, kedua mereka
bersuyukur kerana Faridz sudah terubat luka dari peristiwa lalu. Niat mereka
untuk turut membuat majlis terima menantu di banglo mewah mereka terpaksa di
tolak oleh Faridz. Walaupun terasa ralat hati, mereka terpaksa terima . Selepas
mendengar alasan Afini semalam barulah mereka sedar, selama ini Lisa cuba
melakukan perkara buruk pada Huda dan Faridz.
Melangkah masuk ke dalam bilik Faridz buat
pertama kali buat Huda seperti rusa masuk kampung. Suasana bilik yang disinari
cahaya lampu romantik membuat Huda rasa berdebar-debar. Wangian dalam bilik itu
benar-benar menyegarkan mindanya. Susun atur perabut dan hiasan dalaman bilik
membuat Huda tergamam seketika. Melihatkan gambarnya semasa majlis menyarung
cincin yang besar tergantung kemas di kepala katil, hati Huda terusik malu.
“Abang buat sendiri semua
ni..?”
Faridz tersenyum tanpa menjawab soalan
isterinya. Dua bagasi besar milik Huda diletak elok di sebelah almari lalu
berdiri rapat belakang isterinya dan dipeluk erat. Kucupan mesra di pangkal
leher isterinya buat Huda menjerit manja.
“Sayang suka tak..?”
“Suka sangat, abang memang
pandai ambil hati Huda. Ni yang buat Huda rasa tak mahu pergi ni..!”
“Kalau macam tu tak payah
pergi..!” Kata Faridz bersahaja. Huda tersenyum meleret.
“Nantilah, Huda fikirkan. Sekarang
Huda nak mandi. Abang rehat dulu ye.!"
Faridz tersenyum mendengar jawapan Huda.
Walaupun belum pasti keputusan sebenar, itu sudah cukup buat hatinya riang
seketika. Tiba-tiba timbul niat untuk mengusik Huda yang baru dua hari bergelar
isterinya. Tualanya dicapai dan laju melangkah senyap mengekori Huda dari
belakang yang sedang melangkah masuk dalam bilk air.
“Aaa...! tak boleh..! tak
boleh..!” Jerit Huda sambil menolak Faridz agar keluar. Namun tenaga Faridz
lebih kuat jika nak dibandingkan dengan tenaga hawanya. Tanpa memperdulikan
jeritan Huda, Faridz makin galak ketawa lantas dijirus air ketubuh isterinya dan
akhirnya mereka sama-sama kebasahan.
No comments:
Post a Comment