PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 40 TERTULIS KAU MILIKKU

40
     MASA berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar sudah hampir sembilan bulan Huda dan Faridz bergelar suami isteri. Hasrat untuk menyambung ke kota London masih dalam perkiraan sama ada mahu pergi atau tidak. Dengan layanan Faridz sebagai seorang suami yang penyayang, Huda semakin tertekan dan serba salah. Setiap hari layanan Faridz terhadapnya terbuai-buai hingga di fakulti. Yakin dalam diri dia tak mungkin dapat bertahan lama andai Faridz ditinggalkan sendiri.

     Namun sejak minggu lalu, Huda mula menyedari perubahan dalam diri suaminya. Faridz banyak membisu dan mengasingkan diri. Selepas majlis penerimaan anugerah, Faridz tiba-tiba berubah. Huda tahu sebenarnya, tapi sengaja tidak mahu menyesakkan fikiran suaminya dan akhirnya dia juga mengambil langkah agar terus berdiam. Tapi bila difikir-fikirkan balik, sampai bila harus berkeadaan begitu jika salah seorang tidak mulakan dahulu bicara. Akhirnya Huda mengalah disamping mahu dikhabarkan sesuatu.

“Abang ada masalah kerja ke..? “ Tegur Huda ketika suaminya itu sedang berada dalam bilik bacaan. Huda hanya mengeluh bila Faridz hanya diam sambil menggeleng lemah. Komputer riba yang terpasang dihadapannya hanya dipandang tanpa jiwa.

“Huda tengok abang macam ada masalah. Abang sakit ke..?” Tanya Huda lagi sambil menyentuh dahi suaminya. Hatinya sedikit terkilan kerana Faridz mengelak kepalanya disentuh.

“Huda ada buat salah ke..?” Huda berterusan bertanya kerana hatinya tersentuh dengan layanan hambar suaminya.

     Faridz melepaskan keluhan lemah kerana turut rasa bersalah membuat isterinya terasa hati. Badannya dipusingkan lalu mengadap Huda yang sedang berdiri rapat disisinya. Kedua-dua tangan Huda diraih lembut lalu dikucup lama. Kepalanya dipanggung lalu wajah Huda ditatap sayang. Pergerakan tangannya bertukar kearah pinggang Huda lalu ditarik hingga Huda bergerak rapat hingga terduduk atas ribanya. Huda tersenyum kerana Faridznya yang romantik sudah kembali ke alam sebenar.

“Sayang tak salah apa-apa.! abang yang rasa kurang sihat sikit. Sayang jangan risaulah. Sikit je ni..!” Bohongnya menyembunyikan sesuatu. “Mm.. sayang tak shopping lagikan barang-barang nak bawak pergi London nanti, malam ni kita pergi nak..?” Sambung Faridz memujuk sambil merenung wajah isterinya.

“Tak payah kot.!” Ujar Huda tersenyum simpul. “Mm..abang..! Dah hampir setengah tahun kita kawin, abang tak rancang nak bawak Huda second haneymoon ke..?” Tanya Huda cuba bermanja. Leher Baju Faridz dilurut-lurut lembut.

     Faridz memandang Huda dengan pandangan pelik.

“Sayang kan dah nak pergi? masih ada masa fikirkan tentang honeymoon.? Lagipun manalah layak abang nak berangan second honeymoon dengan sayang..! Abang sedar diri abang ni.! Tak sempurna..” Sindir Faridz sambil menarik lembut hidung Huda.

     Huda berdesit perlahan.

“Kenapa abang cakap macam ni..? Huda tak sukalah abang ungkit-ungkit hal tu. Abang dengar sini, Huda tak mahu fikir lagi fasal anak, buat masa ni Huda nak hidup berdua saja dengan abang. Selagi Huda tak puas berdua-duaan dengan abang, Huda takkan fikir hal anak.” Bentak Huda keras.

“Sayang kata nak berdua-duaan dengan abang sampai puas, maknanya sekarang sayang dah puaslah ye.? sebab tu sayang nak tinggakkan abang?”

“Kenapa abang ni..tiba-tiba emo sangat? Kan kita dah bincang hal ni.!”

     Faridz mula rasa serba salah kerana mengungkit kisah lama.

“Abang mintak maaf.!” Ujar Faridz menyedari ketelanjurannya berbicara. “Sayang tak penat ke nanti.. balik dari honeymoon, nak ke London pulak.!” Faridz cuba mengambil semula hati Huda.

     Huda tersenyum lebar.

“Kita honeymoon dekat-dekat sini cukuplah! bukan nak pergi jauh pon.!” Balas Huda sambil tersenyum-senyum.

“Sayang nak pergi mana..?” Tanya Faridz perlahan setelah hatinya kembali tenang.

“Kita pergi Pulau Pangkor nak?” Cadang Huda sambil menjungkitkan keningnya.

Okey, bila nak pergi.?” Tanya Faridz lagi setelah melihat isterinya beria-ria.

Now!” Jawab Huda tanpa rasa bersalah.

What!!? Now! cepatnya.! Mana boleh sayang..! kerja abang macam mana..? Takkan nak tinggal macam tu aje..!” Ulas Faridz sambil mengerutkan wajah.  Huda tersengeh-sengeh.

“Abang nak Huda pergi London malam ni atau bawak Huda pergi Pulau Pangkor sekarang..?” Ugut Huda sambil mengeluarkan sebuah sampul surat dari kocek bajunya lalu mengibas-ngibas di depan mata Faridz.

Faridz hairan lalu menarik perlahan sampul itu dari tangan Huda dan mengeluarkan isi kandungan sampul. Matanya membutang apabila melihat tiket kapal terbang ke London yang bertarikh malam itu. Wajah Huda yang sedang tersenyum  lantas ditatap sambil tersenyum lebar. Tahulah dia sekarang mengapa isterinya itu langsung tidak berat untuk membuat persiapan ke London. Rupa-rupanya rancangan untuk meninggalkannya sudah dibatalkan dan kini dia sedar dia takkan ditinggalkan sendirian.

 “Betul ke ni sayang..?” Tanya Faridz teruja seperti kurang percaya. Tubuh isterinya dipeluk erat.

“Nak pergi London lah..!” Usik Huda sambil menahan tawa. Wajahnya dibuat-buat seperti orang merajuk.

Okey-okey..! kita siap sekarang pergi Pangkor. Nanti abang call Firdaus suruh dia uruskan kerja abang..” Balas Faridz dalam keadaan tergesa-gesa.

Huda ketawa besar melihat suaminya dalam keadaan begitu yang kelam kabut.

“Abang..relax bang.! Huda gurau jelah..kita pergi esok ye..! Esok lepas abang balik sembahyang  jumaat, kita pergi.” Cadang Huda sambil belakang Faridz diusap lembut sambil memujuk

Faridz tersentak lalu tersenyum-senyum nakal.

“Esok jumaat ek..? Maknanya hari ni hari khamis. Macam mana abang boleh lupa malam ni malam jumaat?” Sindir Faridz sambil menjeling sinis pada isterinya.

Huda tercengang mendengar omelan suaminya. Dengan langkah perlahan diundur setapak demi setapak dan mula mengatur langkah seribu apabila Faridz sudah mula mengejarnya. Jeritan Huda yang kuat buat Mak Miah yang sedang menonton terkejut sambil tersenyum dan menggeleng kepala dengan telatah mereka berdua.

No comments: