PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 5 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

5
NUR
Siapa aku di mata mereka, itu semua tak penting.. Yang pasti, aku adalah aku..
AKU rasa macam nak lena sekejap. Bila dah tak ada kerja, mata ni mulalah nak bertaik. Namun aku kena tahan jugak. Sebentar tadi supervisor intractor iaitu Kak Wati masuk ke dalam bilik aku dengan muka serius. Katanya mahu melihat laporan tentang pekerja-pekerja baru yang dah aku traning selama dua bulan yang kini sudah mula aku masukkan dalam line production. Aku harap budak-budak tu boleh buat kerja seperti yang aku dah ajarkan. Walaupun laporan tu aku dah serahkan padanya, aku tak boleh tarik nafas lega. Bila-bila masa saja bayang Kak Wati akan tersembul depan pintu bilik aku ni. Sebelum jadi apa-apa, baik aku berjaga-jaga. Siapa tak kenal dengan Supervisor yang serius dua puluh empat jam tu. 

Menurut Nancy dia pernah menangis gara-gara tak siapkan laporan yang diminta. Garang betul Kak Wati ni. Menurut Nancy, ramai intructor yang kurang berpuas hati dengan pimpinan Kak Wati. Apa-apa pun aku harap, hasil kerja aku akan mendapat kepuasan pada Kak Wati. Bagi aku ketegasan Kak Wati bersebab.

Nescafe segera yang aku simpan dalam laci meja, aku capai bersama dengan sebiji mug seramik bergambar kartun Upin Ipin. Tak boleh jadi! Mata aku ni aku kena segarkan juga dengan secawan kopi. Kalau tidak, aku tak boleh buat kerja.

Jika dulu aku memang tidak sukakan kopi. Tapi semenjak mula berkerja di Jepun, aku rasa terpikat pula dengan aroma kopi. Semuanya gara-gara kerana ajaran kawan aku di sana iaitu Tanaka. Katanya aroma kopi boleh dijadikan sebagai terapi minda. Mula-mula aku tak percaya. Tapi bila dah mula menghirup kopi, aku dapat rasa kelainan.

Di sana aku diperkenalkan dengan sejenis kopi yang harum bau seperi bunga. Menurut Tanaka, kopi itu diberi nama Anggerik. Hm..patutlah wangi seperi bunga. Tapi bila pulang ke sini, aku tak merasa lagi kopi anggerik itu. Cuma kadang-kadang jika sahabat-sahabat aku dari jepun mengutus poskad, pasti mereka sertakan dengan kopi Anggerik. Ah! Rindu pula saat-saat bersama teman-teman di sana. Teringin juga sesekali nak terbang ke sana. Tapi apakan daya, tugasku di sini lebih memerlukan aku. Disamping itu juga, aku tak sanggup lagi tinggalkan emak. Namun aku rasa aku masih tidak kuat lagi untuk memijak bumi mata hari terbit itu. Aduhai My Lion King@Mr.Tanaka Kenapa saat-saat macam ni wajah kamu yang bermain di mata? Rindu…sangat!

Sebentar lagi aku nak masuk dalam production. Murid-murid aku tu aku kena tengok-tengok jugak. Tak boleh harap sangat pada pekerja senior. Dia orang yang senior tu, bila dah pandai, mulalah tunjuk lagak pandai. Sedangkan dulu, mereka juga pernah bergelar junior.


SAMBIL mengepit fail, aku melangkah masuk dalam line production. Tersengeh-sengeh pelajar aku bila nampak aku masuk. Tiba-tiba aku ditegur oleh Kak Lah, salah seorang leader dalam shift itu.

“Nur, Madam Maly nak jumpa!”

“Kenapa Kak Lah? Budak-budak saya buat hal ke?” Aku dah rasa tak sedap hati.

“Tak tahulah Nur. Rasanya tak ada apa-apa masalah dari operator baru. Masalah lain kot..!” Ujar Kak Lah serius. Aku tarik nafas lega.

Aku melangkah laju menuju ke meja Madam Maly. Bila tengok dia tersenyum lebar, aku urut dada tanda lega. Risau juga kalau-kalau budak-budak aku buat salah.

“Kenapa Maly? Ha..! ni mesti ada apa-apa ni.!” Aku terus tanya bila berdiri depan dia.

“Eh, janganlah cakap kuat-kuat. Macam ni…!” Bisik Madam Maly lalu menarik sebuah kerusi lalu mengarahkan agar aku duduk di hadapannya. Aku akur dan terus duduk sambil meletakkan fail aku atas mejanya.

I nak minta tolong sikit. Anak I yang umur lima tahun tu dah nak masuk tadika. Jadi I cadang nak suruh dia belajar bahasa jepun. Boleh tak kalau you jadi gurunya? I tak kisah berapa bayaran yang you kenakan, I sanggup bayar.”

Aku dah melopong mata dan mulut mendengar cadangan Maly. Buka aku tak mahu terima tawaran Maly tu, cuma aku rasa masa aku benar-benar suntuk. Hanya hari sabtu sahaja untuk aku beristirehat. Hari Ahad pula memang aku luangkan masa untuk emak yang tak pernah mengundang aku berjumpa dengannya.

Sorrylah Maly! I tak bolehlah..! You fahamkan keadaan I sepanjang minggu. Terus terang I cakap yang I memang tak ada masa. Balik kerja dah pukul enam petang, malam baru I boleh rehat sikit. Hari cuti masa I dah tentu untuk emak I di hospital.” Aku cuba menolak dengan cara terbaik. Aku faham situasi Maly yang mahukan terbaik untuk anak angkatnya itu. Hampir sepuluh tahun dia berkahwin, namun masih belum dikurniakan seorang zuriat. Akhirnya dia mengambil anak angkat.

“Ala Nur..! Bolehlah..!” Maly tak putus asa memujukku.

“Tak bolehlah Maly. I takut I tak boleh fokus kalau badan tengah penat. Bila badan penat, I cepat marah. You tak takut ke kalau-kalau tengah-tengah I marah, I pukul anak you? I tak jamin tau kalau tiba-tiba taufan I datang.” Harap-harap cara aku tu berkesan.

“Ayo-yo..! Betul ka? Tak sangka you ni, nampak saja lembut!” Ujar Madam Maly hingga tersembul biji mata. Aku tersengeh dengar Maly cakap macam tu. Nampaknya kelentong aku berjaya.

“Tulah..! Angin I ni tak tentu. Tambah pulak kalau masa datang bulan. Silap-silap, boleh bunuh orang!” Aku semakin galak mereka cerita. Dalam hati aku bagai nak meletup menahan tawa.

Okeylah kalau macam tu. Dahlah I ni susah dapat anak. Silap-silap anak I jadi mangsa you pulak nanti.”

“Ha..! tau takpe. I cadangkan you hantar anak you ke kelas berdaftar. You cari saja dalam intenet. Mesti ada..! Bayaran pun I think tak mahal sangat. I tau, kalau setakat empat ke lima ratus, tak jadi hal lah bagi you..”

Aku pandang wajah sayu Maly. Sedang berfikir kot! Bila tengok dia senyum sambil mengangguk perlahan aku lega. Tidaklah aku rasa bersalah sangat kerana menolak tawarannya tu.

“Eh, mak you apa macam?” Tiba-tiba Maly tukar topik perbualan. Aku tersentak dan kemudian mengeluh lemah.

“Hm..entahlah Maly! Dia masih macam tu. Tak ada perubahan pun. Dah dua puluh tujuh tahun dia macam tu. I rasa macam dah tak ada peluang untuk I tengok emak I macam orang normal.”

“Sabarlah Nur. You tak cuba cara kampung?”

“Tak pernahlah Maly. I tak ada masa. Habis sekolah I terus ke jepun selama enam tahun. Bila balik sini I sambung belajar di UM selama tiga tahun. Baru beberapa bulan nilah I dapat bersama emak I semula. Lagipun emak I dijaga di hospital. Mana I ada peluang nak bawak dia keluar.”

“Kenapa you tak bawak emak you tiggal dengan you saja? Youkan dah beli rumah. Kereta pun dah ada.”

“Cadang-cadangnya macam tulah! Tapi kalau time I pergi kerja, siapa nak jaga emak I? Emak I tu dahlah tak sihat lagi. Lagipun I tak yakin ada orang nak jaga mak I tu.”

“Betul jugak! Eh, I ada kenal dengan sorang ustaz ni. Dua bulan lepas, kakak I tiba-tiba sakit. Kawan emak I suruh bawa jumpa ustaz ni. Sekarang kakak I dah sembuh.”

Aku seakan tergamam dengar cerita Maly. Tak sangka Maly yang beragama hindu percaya pada perubatan islam.

“Kakak you sakit apa?” Aku tanya Maly. Macam berminat pula.

“Entah. I pun tak ingat apa yang ustaz tu cakap. Tapi apa yang I perasan, dia sakit selepas lahirkan anak. Tiba-tiba dia jadi murung.”

“Meroyan?”

“Ha..yang tu kot..!”

Aku angguk-angguk perlahan. Rasanya tak salah kalau aku cuba. Lantas nombor telefon ustaz yang Maly maksudkan aku ambil dari Maly. Harap-harap emak boleh sembuh.

“Jangan risaulah..! Kita usaha saja apa yang termampu. Kalau tak berjaya, kita guna cara lain. Apa yang penting, usaha kita tu mesti ikhlas.” Pujuk Maly bila melihat wajah aku berarak mendung.


AIDIL
SEDAR tak sedar sudah dua bulan aku kerja di syarikat Jerman ni. Dengan jawatan sebagai engineer, aku yakin aku mampu membuat kerja dengan baik. Kadang-kadang aku boring juga bila kerja macam ni. Tiap-tiap hari aku ni dah macam doktor dengan uniform kerja berwarna putih seperti baju doktor serta facemask yang menutup hidung dan mulutku. Itu yang buat aku lemas. Nasib baiklah kerja aku banyak masa dalam makmal sahaja. Sekali sekala saja aku diwajibkan masuk dalam production untuk memantau kualiti barang.

Semalam aku dapat email dari Razif. Tak sangka dia bakal bergelar ayah. Subur rupanya janda aku tu. Baru sebulan lebih kawin dah ada isi. Bunting pelamin orang tua-tua kata. Makin cemburu aku pada Razif. Kalau sebelum ini dia berjaya mendapat kerja sebelum aku, kemudian berita tentang perkahwinannya dengan Azie, dan semalam berita tentang kehamilan Azie pulak.

Aku? Hm..aku macam nilah juga. Rasanya untuk mengecapi kebahagiaan seperti Razif, aku rasa lambat lagi kot! Dengan keadaan ekonomi aku yang masih belum stabil, aku yakin sangat jodoh aku lambat lagi. Aku pulak jenis yang terlalu memilih. Jika aku tak bendung masalah aku ni, aku yakin sangat, sampai ke tua aku tak berbini.

Aku termenung panjang sambil mengelus bulu Bubu. Dia pun dah terlena kerana keasyikan belaian yang aku beri. Bila tangan aku berhenti membelai, telinganya bergerak-gerak. Matanya pula seperti mahu terbuka. Marah agaknya sebab berhenti membelai. Aku tersenyum sendiri melihat telatah Bubu. Patutlah dady sayang sangat pada binatang peliharaannya. Penghibur kala hati lara rupanya..

“Asyik kau saja yang kena belai. Aku macam mana? Tak ada siapa yang nak belai aku.” Aku merungut sambil pandang Bubu. Bila tengok Bubu buka mata luas-luas aku ketawa kecil. Marah agaknya sebab ganggu dia tidur. Mungkin juga faham dengan apa yang aku cakapkan. Bubu bangun dari pembaringannya lalu duduk atas ribaku. Kepalanya digesel-gesel ke arah dadaku. Aku tersenyum sambil menggeleng kepala. Dia faham rupa-rupanya apa yang aku cakap.

“Kau tak teringin cari pasangan ke Bubu?” Aku tanya sambil merenung ke mata Bubu. Bubu mengiau sekali walaupun perlahan. Aku senyum lagi dengan telatah Bubu.

“Aku tengok kau asyik berkepit dengan Mirang. Kau tak jemu ke? Mirang tu sama je macam kau. Bukan boleh buat bini!” Aku hampir ketawa besar mendengar Bubu sekali lagi mengiau membalas kata-kataku. Kali ini agak panjang jawapannya. Marah kot sebab aku kata kawan dia.

“Awal balik hari ni?” Suara dady tiba-tiba kedengaran di pintu dapur. Langkah diatur menuju ke arahku lalu duduk disebelah aku yang sedang meriba Bubu. Sempat lagi dady menggosok kepala Bubu.

“Kerja tak banyak hari ni. Lagipun duduk lama-lama dekat kilang tu, boringlah!”

“Ait! Baru kerja dah boring?”

Aku tersenyum malu. Risau juga kalau dady salah tafsir tentang aku dan kerja aku di kilang. Maksud boring tu bukan sebab aku tak suka kerja tu, cuma aku cepat bosan jika asyik buat kerja yang sama.

“Tak keluar?” Dady tanya lagi. Hairan agaknya tengok anak bujangnya tak seperti anak-anak bujang orang lain. Asyik melepak saja di rumah.

“Malaslah dady! Penat balik kerja tadi pun tak hilang lagi.”

“Sekali sekala apa salahnya! Kalau asyik kerja, lepas tu lepak di rumah, bila jiwa nak tenang..? Hm.. nampaknya sampai matilah dady tak merasa menantu perempuan dalam rumah ni..”

Aku tersentak dan tersenyum nipis. Ada makna tersirat rupanya..

“Sabarlah dady..! Dil pun muda lagi.”

“Muda apanya? Lagi berapa tahun nak masuk tiga puluh, muda lagi ke?”

“Eh, ye ke? Dil rasa baru tujuh belas.” Usikkanku buat dady menjeling geram.

“Kalau ada mummy, mesti dia tak henti membebel sebab anak bujangnya tak kawin-kawin.”

“Nak kawin dengan siapa dady? tak ada yang nak..!” Aku tersenyum lihat dady hanya geleng kepala.

“Bukan tak ada yang nak, kamu tu saja yang kuat memilih. Nak yang cantik saja, berstatus macam kamu, kerja-kerja koman kamu tak pandang. Zaman sekarang kalau tak cari mana nak dapat.”

“Dil memilih bersebab dady. Bukan saja-saja Dil bersikap macam ni. Lagipun zaman sekarang, perempuan-perempuan bukan macam zaman dulu. Gadis-gadis kampung pun bukan boleh percaya sangat. Perangai dia orang tak ubah macam gadis-gadis kota. Sebab tu Dil tak mahu silap pilih. Dil nak yang berpelajaran sebab senang untuk dia jadi guru pada anak-anak Dil nanti. Dil nak yang berkerjaya sebab Dil tak mahu dia bergantung hidup pada Dil sorang saja. Jodoh maut semua ditangan tuhan. Kalau umur Dil tak panjang atau jodoh kami hanya sekerat jalan, dia masih teruskan hidup dia tanpa Dil. Dil nak yang berkerjaya bukan untuk kepentingan Dil tapi untuk masa depan isteri dan anak-anak Dil nanti.”

“Kenapa tak bagi peluang pada yang serba kekurangan. Dady tengok yang tak berkerjaya atau yang tak berpelajaran pun masih mampu hidup sempurna. Cuba Dil tengok orang depan rumah kita tu, Makcik Zaitun. Walaupun anak-anaknya hanya berkerja kilang, dia mampu hidup senang. Setahu dady, anak-anak dia bukan berpelajaran macam Dil. Setakat SPM je. Tu pun tak lulus.”

Cerita dady aku buat-buat tak dengar. Aku tetap dengan pendirianku. Gadis kilang? Huh! Baik tak payah.

“Dil pun kerja kilang dady..!” Aku jawab lemah. “Dil tak kisah kalau kerja kilang, janji dia ada pendidikan yang tinggi. Tapi kalau boleh Dil nak isteri Dil nanti seorang guru. Guru tadika pun tak apa. Dil tak mahu orang pandang rendah pada keluarga kita. Dady orang ternama. Takkan dady nak orang kata-kata dady dari belakang!”

“Itu takbur namanya Dil..sombong. Jangan terlalu memandang darjat dan keturunan. Dady tak kisah siapa bakal menantu dady nanti. Yang dady titiberatkan ialah, gadis itu mestilah yang baik, bersopan, lemah lembut, cukup adap dan imannya. Dil kena sedar, asal usul kita pun, kita tak pasti dari mana. Entah-entah dady ni asal dari keturunan yang tak baik.”

“Apa maksud dady?” Pelik sangat bunyinya. Aku pandang dady dah mula gelisah sebelum menjawab soalan aku.

“Err..mm..maksud dady..nenek moyang kita dulu pun mungkin berasal dari bukan orang ternama.. Dady berjaya dan senang macam sekarang ni pun adalah hasil dari titik peluh dady sendiri. Dady pun tak tahu asal usul dady. Dady sebatang kara. Jangan Dil anggap keturunan yang baik akan melahirkan generasi yang baik juga. Tak semestinya! Golongan yang tak baik pun tak pasti lagi akan melahirkan generasi yang tak baik. Sekarang banyak cerita yang kita dengar, kalahiran orang-orang ternama berasal dari golongan susah. Ada sesetengahnya pula mereka ni lahir dari keluarga pengemis, penagih dadah, pelacur.”

“Jadi dady tak kisahlah kalau Dil memilih isteri dari golongan yang dady cakapkan tadi?”

“Golongan yang mana? Penagih dadah dan pelacur tu?” Dady tanya aku balik sambil tersenyum sinis. Hairan betul aku dengan sikap dady.

“Kan dady cakap tadi, dady tak kisah asalkan dia baik, beriman, sopan dan ada adab.”

Dady tak rasa rugi ke kalau harta kita habis pada golongan macam tu?”

“Harta bukan boleh dibawa sampai kemati, Dil. Iman dan amalan kita yang penting. Itu yang kita akan bawa nanti.”

Mummy dulu macam mana? Adakah mummy berasal dari golongan yang tak baik juga?” Aku kena tahu hal ni. Kalau dady jawab ya, alangkah kecewanya aku. Tapi apa yang aku tahu, mummy berasal dari golongan korporat. Mustahil dady sanggup berbohong dalam hal yang bersangkut paut dengan sejarah hidup mummy yang dah lama pergi.

Mummy tu lain..! Dahlah. Usahlah kita ungkit lagi kisah dulu. Mummy pun dah lama pergi. Tak tenang dia nanti kalau kita asyik sebut nama dia. Dari kita bercakap hal dia, baik kita sedekahkan ayat-ayat suci semoga rohnya tenang di sana.”

Begitulah dady tiap kali aku buka topik mummy. Ada saja alasan yang dia bagi untuk mengelak menjawab pertayaan aku. Seperti ada sesuatu yang sengaja disembunyikan dari aku. Langkah dady aku perhatikan hingga bayang dady hilang dari pandangan mata aku.

Khayalan ku terhenti bila Bubu melompat turun dari ribaku lalu melangkah ke arah Mirang yang sedang barjalan ke arahku. Aku terhibur melihat mereka berdua bergesel-gesel kepala bila bertemu. Rapat sungguh berdua. Agaknya kalau maereka berlainan jantina, pasti sudah banyak keturunan yang terhasil.

Menurut dady, Bubu dan Mirang dihadiahkan oleh seorang kenalan dady dari Australia. Ketika itu dady bercuti di Gerik Perak dimana tempat dia pernah bertugas. Di sana dady bertemu dengan rakan lamanya. Ketika itulah  Koko, Bubu dan Mirang dihadiahkan kepada dady. Namun umur Koko tak panjang. Dua bulan selepas itu Koko mati. Nasib baiklah mummy pun sukakan kucing. Tambah pulak mummy selalu merungut bosan jika dady keluar beroperasi. Kak Zana dan Kak Ida pula ketika itu sudah berumah tangga. Aku pula ketika itu masih belajar dalam tingkatan lima dan tinggal di asrama. Tiga tahun selepas itu mummy pergi mengadap ilahi. Pemergian mummy turut dirasa oleh mereka berdua.  Namun sejak anak sulung Kak Zana sudah pandai bermain dengan mereka, Bubu dan Mirang seakan lupa pada mummy.

No comments: