PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 4 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

4
   DIAM tak diam sudah setahun aku kenal dengan Arie. Dia adalah kawan lelaki aku yang paling rapat selepas Fairuz. Mula-mula dulu aku ingat Arie ni seorang yang pendiam. Tapi sejak peristiwa di kedai buku yang lalu, barulah aku tahu macam mana perangai dia yang sebenarnya. Orangnya kelakar. Setiap kali berbual perut aku sakit sebab terlebih gelak. Dia ramah tapi taklah seramah aku. Dia akan bercakap kalau penting saja. Satu yang aku suka ialah dia suka bagi aku ketawa. Lagipun dia kata menggembirakan orang ni satu amalan mulia. Ye lah tu..! sampai keras perut aku, mulia sangatlah tu..! Lagi satu dia kata sebab dia suka kalau aku selalu senyum dan ketawa. Hm..perli akulah tu.. Akukan jarang senyum dengan orang.. Takpelah. Nak buat macam mana, dah memang peel aku macam tu.

     Asri? Menurut Arie, Asri dah dapat kerja baru. Kerja sebagai engenier di tempat mereka praktikal dulu. Aku pulak bila dah mula rapat dengan Arie, aku terus lupa yang dulu aku minat tengok Asri. Bukan sebab aku beralih arah pada Arie, tapi mungkin sebab aku dah lama tak nampak Asri, jadi perasaan suka dan minat tu hilang dengan sendiri.

     Arie? aku suka berkawan dengan dia. Tapi tak pernah pun nak jatuh suka pada dia macam aku jatuh minat pada Asri. Satu yang aku suka tentang Arie ni ialah dia selalu tersenyum setiap kali berbual. Bibir merah dia buat mata aku gatai nak tengok mulut dia. Nak kata tak merokok, memang tak cayala...sebab duduk sebatu pun dah buat aku sesak nafas bau rokok. Tapi bila dah lama dengan dia, aku dah lali dengan bau tu, sampaikan kadang-kadang aku rasa bau tu macam sedap pulak. Kalau tak dapat bau sehari rasa macam kurang sesuatu.

   Kadang-kadang orang selalu salah tafsir tentang hubungan aku dengan Arie. Memanglah aku suka berkawan dengan dia tapi aku tak pernah berangan nak jadi speacial dia. Aku sedar.. Aku tak padan langsung dengan dia. Dengan kulit aku yang ala-ala Dayang Norfaizah ni, memang tak padan langsung dengan Arie yang berkulit cerah. Takdelah rupa macam taik cicak kalau digandingkan, cuma aku rasa tak padanlah.! Lagipun. sumpah aku cakap yang aku memang tak ada hati langsung dekat Arie. Aku pun tak tahu lelaki macam mana yang aku nak. Mungkin macam Asri kot..! Hm..berangan jelah..! Asri pun tak pernah bagi hint yang dia suka kawan dengan aku. Lainlah Arie yang terang-terang bagitahu nak kawan dengan aku.

   Ada yang kata Arie ni playboya, kuat merokok dan macam-macam lagilah yang negetif. Tapi..ada aku kesah? Dia bukan balak aku pun.! Dia nak buat apa tu dia punya fasal. Dah tentu tak ada kaitan dengan aku. Tapi kalau difikir-fikirkan balik tentang perkara-perkara negetif tu, ada betulnya.. Sebab aku pernah nampak dia bersembang-sembang mesra dengan beberapa orang pekerja perempuan. Tapi aku tak hairan pun. Lagi satu fasal merokok. Ha..yang tu memang tak boleh disangkal lagi. Itu bukan lagi khabar angin tapi memang kenyataan. Dia memang seorang perokok tegar. Tapi satu yang aku respek kat mamat tu, dia tak pernah merokok depan aku setiap kali jumpa aku. Baikkan dia? Pandai hormat orang. Mungkin sebab dia tak mau sakit telinga kot kena sound dengan aku.


   HABIS kerja aku tunggu Arie di loker area, tapi dia tak ada. Malam kelmarin Fiza datang ke department aku bagitahu yang line production dia ada buat rombongan ke Genting Highland. Aku cadang nak pergi, lalu aku terus tanya emak ayah aku di kampung. Alhamdulillah..dia orang izinkan. Janji aku pandai jaga diri. Aku ajak Shidah, tapi Shidah cakap dia nak balik kampung sebab ada majlis doa selamat dekat rumah dia. Aku tak kisah sebab Fiza ada temankan aku. Lagipun aku kenal dengan budak-budak group Fiza. Jadi aku tak segan dengan mereka.

   Dah jadi kebiasaan, setiap perkara akan aku ceritakan pada Arie. Bukan nak mengajak, cuma sekadar memberitahu. Dia pulak bukan boleh kalau aku pergi mana-mana. Mulalah call aku mencari, macam ibu kucing hilang anak. Kejap-kejap call, kejap-kejap call. Sampai aku naik rimas.! Dulu pernah sekali aku pergi rombongan ke sempadan Thailand ikut rombongan persatuan wanita kawasan taman perumahan rumah sewa aku ni. Bukan aku tak teringat dekat dia, cuma aku fikir yang pergi tu semua orang perempuan. Kalau aku ajak mesti dia tak mahu pergi. Jadi aku pun taklah rasa nak bagitahu tentang rombongan tu pada dia. Bila dia tahu aku dah sampai sempadan, mulalah membebel bagai tak cukup mulut. Naik menanah telinga aku dengar dia membebel dalam telefon bimbit. Kalau kawan dengan mak aku, memang padan sangat ni.! Bila dah balik, ingatkan senyaplah bebelannya tu. Hampeh.!! Makin berasap telinga aku adalah..! Nak tak nak aku dengar jugak. Tapi dia nampak lucu bila souvenir yang aku beli untuk dia diambil dengan rasa tak malu. Lawak betul Encik Harun ni..!

“Orang nak bagitau ni. Habis kerja malam orang nak pergi Genting. Ikut rombongan group IC department” Kataku ketika bergayut dengan Arie dalam telefon. Jam loceng aku pandang sekilas. Baru pukul tiga petang. Mesti dia baru balik kerja. Memang dalam sehari kalau tak bersembang tak sah. Biasanya setiap kali habis kerja dia akan tunggu aku di loker area. Lima minit pun jadilah, asalkan dapat berbual. Tapi pagi tadi lepas aku keluar dari line, aku tak nampak dia. Mungkin dia tak sampai lagi. Sahlah lambat bangun.

“Kenapa tak cakap awal-awal?” Dia tanya macam orang tak puas hati. Memang tak puas hati pun bila jelas kedengaran dengusan keras.

“Kalau cakap awal-awal dah sah-sah tak boleh pergi!” Aku jawab geram.

“Memang tak bagi pergi pun!” Suara Arie jelas tegas. Aku mengeluh kasar.

“Tak kira! Orang nak pergi jugak!

“Jangan degil, boleh?”

“Lantaklah! Lagipun duit dah bayar tau!” Aku cuba bagi alasan logik walaupun menipu.

“Saya bayar balik!”

Eh-eh.. suka hati dia saja!”

“Kalau saya cakap tak boleh, tak boleh la.! Tempat tu bahaya, tau!”

“Bukan orang pergi sorang. Ramai yang pergi..”

“Kenapa yang degil sangat ni? Awak tau tak tempat tu bahaya? Saya sendiri pun tak pernah pergi tempat macam tu. Kalau jadi apa –apa siapa yang susah? Lainlah kalau ada saya yang temankan!”

Aku terdiam dengar dia cakap macam tu. Apahal pulak Encik Awang Mat ni, tiba-tiba angin semacam.

“Dengar tak apa saya cakap ni..?” .

“Orang dengar lah..! Orang bukan pekak lagi. Tak payah lah nak tempik- tempik kat telinga orang!” Bentak aku geram.

“Ha..kalau dengar, tolong ikut!”

     Hii..geramnya aku. Rasa macam nak hempuk-hempuk je handset aku ni. Terus aku matikan talian. Dah tak mau dengar suara dia membebel. Melepas aku nak berpoya-poya. Dahlah aku ni jenis susah nak keluar berseronok, bila dah ada peluang, terhalang pulak. Kecewa sangat sebab dah lama aku teringin nak ke tanah tinggi tu. Selama ni aku hanya dengar cerita dari mulut member-member serumah tentang keseronokan di tanah Genting tu saja. Yang aku ni pun satu, yang gatai-gatai nak pi cerita kat dia tu pasai apa..? Arghh..tak kira, nak pergi jugak.! Nak jadi apa, jadilah..! Dia tu siapa..?

   Telefon bimbit aku menjerit-jerit minta aku jawab. Nama Arie jelas tertera di skrin. Aku jeling tajam. Malas nak jawab. Biar dia tahu aku tengah tak puas hati dengan sikap dia. Dia bukan boyfriend aku pun! suka-suka hati tokwan dia saja nak mengongkong hidup aku. Mak dengan ayah aku kat kampung pun dah iznkan, dia pulak yang beria-ria membangkang.


ATEE..!”
   Aku dengar nama ku disapa dari belakang. Aku kenal sangat dengan suara tu. Suara yang menjadi teman aku setiap hari walaupun kadang-kadang tak bersua muka. Tanpa menoleh aku terus melakukan kerja mengemas. Dalam hati aku nekad nak merajuk sebulan. Ishh..rasa macam mengada-ngadalah pulak.

   Tinggal lima minit saja lagi siren akan berbunyi menandakan tamat shift aku dan bermulalah shift Arie. Mata aku pun dah mengantuk giler. Mm..boleh pulak masuk awal. Selalu tu dah sepuluh minit start kerja baru nampak bayang.! Rungut aku dalam hati bila nampak bayang dia masuk module aku.

“Tengoklah sini..saya nak cakap ni..!” Ucapnya perlahan sambil memusingkan badan aku supaya mengadap dia. Aku akur cuma mata aku saja pandang ke atas tanda tunjuk perasaan. Malas nak tengok muka dia. Lagipun bukan nampak mulut dia pun sebab dia dah pakai facemask. Mata dia memang aku takmau tengok, takut nanti cair dengan pujuk rayu dia.

“Takkan sebab tu pun nak marah? Okey, macam ni. Apa kata hari tu kita pergi tempat lain? Bukit Merah ke..sunway ke..? Kita berdua saja.” Pujuk Arie lagi.

     Aku diam sambil menjeling. Apa dia ingat tempat-tempat yang dia sebut tu sama dengan Genting? Aku nak ke sana sebab aku nak main disamping nak lihat sendiri tempat yang menjadi kegilaan orang-orang yang suka permainan yang lasak dan mengerunkan. Kalau setakat dengar cerita orang, baik tak payah sebab aku susah nak percaya cakap orang. Bila dia kata nak pergi berdua saja, lagilah aku tak ingin. Selama ni pun aku asyik berkepit ke hulu ke hilir dengan dia. Dia cakap saja nak kemana, pasti aku yang jadi mangsa kena jadi peneman dia. Kalau menolak, dengan rasa tak malu ditarik paksa aku suruh masuk dalam kereta dia. Dah macam nak kipnep orang pulak. Jadi inilah masa yang aku nantikan untuk berenggang dengan dia sekejap.

“Janganlah marah..! nanti cepat berkedut kulit muka awak tu. Jatuh saham nanti. Sapa yang susah? Awak jugakkan? Nasib baik saya ada!” Tanya Arie sambil cuba berseloroh.

     Lawak sangat la tu? Lawak bodoh ada la.! Hati aku tengah panas, dia bagi panas lagi. Mata aku yang layu ni dia pandang tepat. Sesekali aku curi tengok dia dan lepas tu aku bagi jelingan yang paling tajam menikam. Biar dia tahu aku tengah membengkak.

“Cakaplah sesuatu..! Saya nak dengar suara awak. Saya rindu awak. Dah banyak hari saya call awak tak jawab. Nanti saya tak boleh buat kerja..!” Rungut Arie perlahan.

     Aku dah tak hairan ucapan macam tu sebab dah biasa dengar. Dulu masa mula-mula dia cakap macam tu, aku terkejut beruk jugak, tapi bila dah lama-lama aku dah biasa. Mungkin aku tak ada simpan apa-apa perasaan dekat dia. Dia pulak ucapkan kata rindu dan sayang nampak macam biasa-biasa saja. Jadi aku tak ambil pusing hal macam tu. Sebab kata-kata dia tulah kadang-kadang ada yang salah tafsir tentang hubungan kami.

   Tiba-tiba siren berbunyi menandakan jam sudah tepat ke pukul enam pagi. Cepat-cepat aku kemaskan barang-barang aku seperti twitser dan pen lalu aku selitkan ke poket uniform kerja aku lalu terus beredar dari situ. Namun langkah ku terhenti kerana tanganku sedah berada dalam genggaman Arie. Cepat-cepat aku menepis bila tersedar.

 “Atee..Atee..! Dengarlah dulu apa saya nak cakap ni..!”

     Tanpa bersuara dan berkalih aku terus melangkah tanpa berpaling lagi. Biar dia sedar sikit. Aku bukan girlfriend dia yang boleh dikongkong.


   AKHIRNYA tiba juga hari aku ke Genting. Dah tak sabar-sabar nak berpoya-poya. Awal-awal lagi aku nekad nak pergi maknanya aku mesti pergi ke tempat puncak tinggi tu.

    “Abang kau tak marah ke kau ikut aku ni?” Tanya Fiza sewaktu aku dan group IC berkumpul di hadapan kilang menanti bas yang akan membawa kami ke Genting. Dah dekat seminggu aku tak layan panggilan telefon dia. Hari ni pulak dia kerja pagi dan malam pulak dah tentu dia rajin nak overtime sebab minggu depan dia pulak yang start shift malam. Jadi dah tentu dia tak tahu aku jadi pergi ke tidak. Sebentar tadi semasa aku sampai depan kilang aku nampak kereta dia di tapak parking depan kilang. So aku tahulah dia tengah kerja sekarang ni..

    “Ah.! Lantak dialah.. Dia bukan boyfriend aku pun.! Mak ayah aku pun tak kata apa..” Bentak aku sambil menjeling pada Fiza.

    “Korang ni bergaduh ke? Dah lama aku nak tanya. Selalu tu aku tengok kau selalu bergayut dengan dia, tapi dalam minggu ni tak nampak pulak.!”

    “Kalau tak bercakap dengan dia setahun pun aku tak hairanlah.! Bukan dia sorang saja kawan aku dalam dunia ni.”  Aku cuba menafikan.

    “Kawan memang ramai tapi nak cari teman tapi mesra macam tu susah nak dapat walau sorang.”
     Aku tersentak. Memang betul apa yang Fiza cakap. Seminggu aku pertahankan ego aku agar tidak menjawab panggilan Arie, aku rasa jiwa aku kosong. Di kilang pun aku paksa mata aku agar jangan pandang dia. Dalam erti kata lain aku rindukan dia. Tapi jujur aku cakap yang aku memang tak ada perasaan pada dia. Dekat kilang ramai yang suka gosip-gosipkan aku dengan dia dan tak kurang pulak yang mengkritik tentang aku dan Arie. Aku malas nak komen sebab bagi aku Arie adalah sekadar rakan dan teman. Macam yang Fiza cakap, teman tapi mesra. Mm..mesralah sangat, rimas adalah..!

    “Tengah gaduh lah ni.?” Tanya Fiza menyindir. Aku diam saja. “Macam orang bercinta pulak korang ni. Bergaduh, merajuk, tunjuk perasaan, pendam perasaan.. Jangan menagis sudahlah..!” Perli Fiza.

    “Pleaselah Fiza..! takde masa aku nak merajuk atau menangis bagai dengan orang macam tu. Aku tak merajuklah. Aku cuma bengang. Sesedap rasa saja dia nak halang aku join korang. Dia siapa nak kongkong hidup aku? Mak bapak aku pun tak larang aku ikut group ni, dia pulak yang lebih-lebih. Rimaslah.!” Aku berterus terang pada Fiza.

    “Samalah tu dengan merajuk.!” Sindir Fiza lagi sambil tersenyum-senyum.

     Sakit pulak hati aku ni tengok senyuman Fiza macam tu. Tapi bila fikir-fikir balik memang aku merajuk pun. Awal-awal aku dah tetapkan yang aku nak merajuk sebulan.

    “Biasanya orang kalau merajuk dengan orang yang kita sayang je tau..!” Usik Fiza lagi.

    “Sayang?” Geli pulak lubang pusat aku dengar perkataan tu. Aku geleng kepala hairan dengan kenyataan Fiza.

    “Atee, aku ni lagi tua dari kau.”

    “Ala..setahun je..!” Pantas aku menjawab.

    “Aku lebih tau apa yang kau rasa sekarang. Kita dah dewasa Atee. Tak perlulah kau nak sembunyikan perasaan kau tu. Terus terang jelah yang kau tu memang sayangkan si Arie tu. Kalau tak, takkan kau boleh tunjuk perasaan macam ni.”

    “Takde kena mengenalah.! Aku marah sebab dia memandai-mandai nak atur cara hidup aku.!”

    “Dia cuba atur hidup kau sebab dia sayangkan kau. Dia risau kau pergi sebab tempat tu bahaya. Dia nak kau ikut cakap dia sebab dia nak kau selalu ada dekat dengan dia.”

     Fiza berhenti sejenak sambil melepaskan keluhan bila dia tengok aku macam acuh tak acuh dengar dia cakap.

“Kau faham-faham sajalah..tempat tukan bahaya. Aku rasa dia memang sayang dan menaruh perasaan pada kau. Cuma kau yang tak perasan. Kau yang tak mahu mengerti perasaan dia. Sesekali cuba kau salami hati dan perasaan dia. Aku yakin kau akan rasa apa yang dia rasa.”

    “Hii..dahlah cakap fasal dia. Panas telinga aku.! Satgi kalau meleleh taik telinga aku, kau jugak yang tak senang duduk.”

    “Apasal pulak aku yang tak senang duduk? Taik telinga kau yang meleleh, aku pulak yang tak senang?” Tanya Fiza hairan.

    “Yelah..dah sah-sah aku duduk sebelah kau. Kau lalu ke  tengok  taik telinga aku meleleh?”

   “Hii..kau ni pengotor lah.!” Bentak Fiza sambil menunjal-nunjal bahu aku. Mengekek-ngekek aku ketawa. Padan muka.! Sibuk-sibuk nak jadi Ustazah Nurbakyah. Tapi bila difikir-fikirkan balik, ada benarnya apa yang Fiza cakap tadi. Memang aku tak ada perasaan lebih dari seorang kawan pada Arie, tapi aku mengaku aku sayang dia.

     Lima belas minit menanti, akhirnya bas yang dinanti tiba dihadapan kilang. Cepat-cepat aku dan Fiza serta yang lain berebut-rebut untuk naik. Dah macam budak-budak pulak. Masa sekolah dulu cikgu selalu cakap, sebelum naik bas kena beratur. Tapi aku tak pernah merasa naik bas untuk pergi sekolah sebab aku cuma naik basikal. Yelah..rumah aku kan dalam kawasan kampung, mana ada bas sekolah. Lainlah kalau tinggal di kawasan taman. Jadi kalau aku berebut- rebut sebab nak naik bas, tak salah kot..!

“Atee, kita duduk sini..!” Kata Fiza sambil meletakkan beg sandangnya atas bangku. Aku angguk saja. Malas nak cari tempat lagi. Yang ada dalam kepala otak aku sekarang ialah tidur. Tempat aku dan Fiza ialah selang empat bangku dari tempat driver. Kira tengah-tengah la..

“Biar aku duduk tepi tingkap.” Rayu aku pada Fiza.

“Yelah.. Lagipun kau nak tidurkan? Aku nak baca novel kejap” Ujar Fiza sambil mengeluarkan sebuah novel dari beg sandangnya.

    Langsir tingkap aku tarik agar silau matahari tidak mengganggu tidur aku nanti. Bantal kecil yang aku bawa dari rumah, aku tepuk-tepuk lembut. Kasut aku tanggalkan sebab aku nak tidur selesa. Kaki aku sarungkan stokin panjang tiga lapis. Stokin ni aku rembat Arie punya. Kebetulan kasut bola dia tinggal kat rumah aku sebab suruh aku basuh. Masa tu tengah baik, suruh iron baju pun aku buat. Tapi sekarang kalau dia suruh, aku lempar balik ke muka dia. Selimut juga aku bawa dari rumah. Fiza sempat menggeleng kepala bila aku keluarkan semua khazanah dari rumah.

“Pinggan, sudu, periuk..kenapa tak bawak sekali.?” Sindir Fiza. Aku cuma tersengeh malu. Yelah, mana ada orang yang macam aku. Orang lain aku tengok pegang sweter je.

“Aku nak tidur dengan selesa. Lagipun aircond ni kuat sangat. Dah tutup pun masih lagi terasa. Nasib baik aku bawak selimut tebal, kalau tak dah tentu aku tak boleh tidur.” Fiza cuma menggeleng kepala.

   Rasa lega sangat bila dah letakkan kepala selepas bangku yang aku duduk dibaringkan. Tanpa memperdulikan sesiapa yang berada di sekeliling. aku terus pejamkan mata. Harap-harap dapatlah mimpi yang indah-indah. Jangan keluar muka Encik Awang Mat tu sudahlah.. Hii..time-time ni lah aku teringat dekat dia. Dah takde orang lain ke.?
  

   LAMA jugak aku rasa aku beradu. Dengan suhu aircond yang sejuk, aku tidur macam orang tak sedar diri. Bila pinggang aku terasa lenguh baru aku cuba berkalih. Perlahan-lahan mata aku terbuka. Aku pandang kiri dan kehadapan, semua tengah tidur nyenyak. Mata aku pun mengantuk lagi. Aku cuba menggerakkan Fiza yang berkelumbung dengan selimut aku. Tapi dia masih kaku terlena.

“Amboi-amboi Kak Bedah..tadi beria-ria perli aku. Pinganlah..sudu periuk belangalah..! Sekarang dia senang-senang je tumpang selimut aku. Bertuah sungguh!” Gumam aku sendiri sambil menggoyang-goyangkan tubuh Fiza.

“Fiza, bangunlah!” Telefon bimbit dalam poket jeans aku seluk ambil untuk tengok jam. Aku tak tahu sekarang pukul berapa sebab aku rasa macam dah lama aku tidur. Tapi mata aku masih mengantuk cuma aku tak boleh nak tidur sebab terlalu sejuk. Tapak tangan aku dah mula rasa kebas-kebas hingga rasa menyengat sampai ke bahu. Nasib baiklah aku pakai stokin tebal.

“Fiza, bangunlah..! aku sejuklah..sakit tangan aku ni.!” Bisik aku dekat kepala Fiza yang berbungkus. Perlahan-lahan selimut yang menyelubung keseluruhan tubuh Fiza aku tarik perlahan. Tiba-tiba aku rasa macam nak menjerit sebab terkejut. Aku ni mimpi ke? Aku cubit-cubit pipi aku yang sejuk. Sah aku tak mimpi. Macam mana boleh tertukar ni? Aku mencari-cari Fiza. Melilau mata kepala aku mencari kelibat Fiza. Geramnya aku bila tengok dia sedap-sedap terlentok lena sebelah Hafiz tunangnya. Dah lama hidup Kak Bedah ni..!

    Aku pandang wajah yang sedang lena disebelah aku. Aku rasa macam nak hempuk-hempuk je kepala dia. Aku perasan mata dia bergerak-gerak untuk dibuka  dan akhirnya terbuka luas. Mula-mula dia senyum sikit tapi makin lama makin lebar senyuman dia. Aku pandang tepat ke muka dia tanpa segaris senyuman di bibir. Grr..geramnya aku tengok muka dia.!

“Apa sengeh-sengeh?” Tanya aku sambil beriaksi serius.

“Orang tua-tua kata kalau senyum masa bangun tidur, rezeki masuk melimpah ruah.”

“Banyaklah rezeki awak!” Ujarku geram lalu pehanya aku cubit sekuat hati.

Ishh..sakitlah!” Sedaya upaya dia menahan agar suaranya tidak kedengaran kerana risau mengganggu tidur orang lain.

“Ha..rasakan.! Buat lagi!” Gerutuku sambil cuba mencubit pinggannya pulak. Tapi kali ni langkahku tak menjadi sebab tangan aku pantas dicapai oleh Arie.

“Awak sejuk ke..?” Tanya Arie berbisik. Rasa tenang dengar suara dia. Serta merta hilang rasa marah aku pada dia. Aku angguk sambil pandang wajah dia. Telapak tangan aku digosok-gosok untuk menghasilkan haba panas. Selimut ditarik lalu selimutkan aku. Badan aku dipusingkan dan arahkan aku agar bersandar selesa didadanya. Aku selesa bila pinggang aku dipeluk sambil jemari aku berada dalam genggaman Arie. Aku tak menyangka aku boleh berada dalam keadaan macam tu dengan Arie dalam satu selimut. Rasa berdosa sangat. Tapi aku tak mampu nak elak sebab aku betul-betul sejuk sampai menggigil. Saat-saat macam tu aku memang perlukan haba panas, kalau tidak seluruh tubuh aku akan crame. Kalau tau dekat mak ayah aku kat kampung, sah-sah digulainya aku hidup-hidup. Jangan jadi macam cerita hindustan ‘Ag La Lag Ja’ sudah…!

“Tidurlah!” Bisik Arie di telinga aku.


     LAMA di atas bas persiaran, akhirnya bas yang aku naik sampai juga di puncak Genting. Lega sangat dapat keluar dari perut bas. Dalam bas tu sejuknya  mengalahkan berada di puncak Genting. Memanglah dekat Genting tu sejuk tapi taklah sesejuk dalam bas tadi. Terujanya bila dapat melihat sendiri suasana atas bukit tu. Dalam kepala otak aku tak ada yang lain, melainkan game game game. Aku nak enjoy puas-puas.  Tak taulah bila nak berubah perangai kanak-kanak rabina ni..

   Berada di puncak, aku ingat bolehlah berpoya-poya dengan kawan-kawan aku. Hampeh!!. Mana taknya kalau asyik kena berkepit dengan Arie saja. Aku rimas betul dengan mamat sorang ni. Dia buat aku ni macam bini dia pulak. Ini tak boleh, itu tak boleh.! Sudahlah di tempat kerja orang asyik bercakap fasal aku dengan dia, dekat sini pun aku tak boleh nak lari.

“Orang nak main semua game dekat sini.” Kata ku ketika aku dan dia sedang melihat deruan roller coster berpusing. Dah tak sabar-sabar nak naik.

“Tak takut ke..?” Arie tanya dengan muka pelik.

“Awakkan ada.., orang nak takut fasal apa.?” Aku tanya balik.

“Saya tak beranilah..gayat.” Jawab Arie perlahan.

Malulah tu..takut orang dengar. Aku tahan ketawa.

Mm..kalau macam tu, awak tak payah main, awak duduk sini diam-diam dan tengok saja saya dengan kawan-kawan saya main. Okey.?” Aku dah senyum lebar dalam hati. Masa nilah aku nak lari dari dia. Bolehlah aku bernafas sikit.

Arie pandang muka aku tanpa berkelip. Aku menyungkitkan kening minta jawapan. Dan akhirnya, dia mengangguk kepala lepas aku buat muka minta simpati. Takut aku merajuk lagi kot..

“Jangan suka sangat.! Baca doa sebelum menjerit.” Pesan Arie sebelum melepaskan genggaman tangannya di jemari aku. Saat tu baru aku perasan yang tangan aku tak lepas dari genggaman dia sejak dari dalam bas lagi. Patutlah dari turun bas tadi aku tengok Fiza asyik tersengeh-sengeh kat aku.. Rupunya sebab ini.. Mm..patutlah jugak aku rasa selesa, rupanya ada tukang pemanas. Tapi lepas Arie lepaskan tangan aku, sejuk menggila dah sapa ke tubuh aku.

 “Cik abang awak tu taknak join ke Atee..?” Tanya Kak Mas shift leader Fiza.

“Dia tak nak. Lagipun dia kata badan dia kurang sihat.”  Jawabku bersahaja. Takkan aku nk cakap hal sebenar kot..malulah dia nanti.

“Ye lah tu..! Entah-entah dia takut. Eloklah kawan dengan Encik aku tu.” Kata Fiza sambil memuncungkan mulutnya pada tunangnya Hafiz. Aku ketawa lucu.

“Kalau dah tau tak sehat, kenapa datang jugak?” Tanya  Abang Man sambil tangannya erat memeluk bahu isterinya Kak Mas.

“Dia takut buah hati dia berpoya-poya dengan orang lain!”

    Aku tersengeh dengar Fiza cakap macam tu. Rasa seronok pulak kena usik. Tak taulah, aku sendiri tak tau kenapa. Selepas Arie lepaskan tangan aku tadi, aku rasa sayu sangat tengok muka dia. Kalau boleh aku nak dia terus pegang tangan aku. Rasa selamat.

   Aku menoleh ke arah Arie yang sedang duduk bersendirian tidak jauh dari tempat aku berdiri sambil berbual dengan Hafiz. Dia perasan aku pandang dia lalu automatik bibir merahnya tersenyum pada aku dan secara langsung, aku membalas ikhlas. Bahagia sangat dia senyum macam tu.. Tiba-tiba cik samsung aku berbunyi. Aku tengok ada satu mesej. Aitt! jarak lima meter pun nak mesej jugak ke.? Kalau jerit pun boleh dengar..

-saya rindukan awak.-

Aku tersenyum malu menahan tawa. Perlahan-lahan aku angkat kepala pandang Arie. Dia pandang aku tapi wajahnya serius. Lantas aku balas mesej dia.

-Awak demam  ke?-

Aku tunggu dia jawab sambil tersenyum ke arahnya. Sedetik kemudian cik samsung aku berbunyi. Aku baca dengan senyuman tak lekang di bibir.

-Hmm..saya demam rindukan awak.-

-Dalam beg saya tu ada panadol. Ambik la...-

-Bukan ke ubat tu ada pada awak.?-

Aku geleng kepala sambil ketawa kecil. Belum sempat aku nak balas, suara Fiza dah terlebih dulu kedengaran.

     “Cepat Atee.. turn kita pulak.!”  Sergah Fiza lalu menarik tangan aku. Sempat aku menoleh pada Arie. Wajah dia tenang sambil tersenyum. Tak tau kenapa, tiba-tiba aku berdebar. Dah lama aku tak rasa macam ni. Dulu aku pernah rasa macam ni ketika pertama kali dia kerja kat tempat aku setahun lalu. Bila dah lama dengan dia, perasaan tu hilang tapi sebentar tadi perasaan tu muncul kembali.


   TERHOYONG- hayang aku rasa bila turun dari permainan maut tadi. Sumpah! takkan aku naik dah benda alah tu. Habis suara merdu aku sebab menjerit. Suara aku bukan lagi seperti Ella atau Wohnen tapi dah jadi macam suara Ramli Sarip papa rock. Sakit tekak aku.! Kepala aku pening, tekak aku rasa loya, rasa macam nak muntah tapi isi perut aku tak terkeluar pun. Aku dapat rasa tangan aku disentuh seseorang dan dia menarik aku agar duduk agar selesa. Aku pandang muka dia dan aku tersengeh sembunyikan rasa menyesal sebab tak dengar cakap dia tadi. Tapi aku tahu pandangannya tu adalah pandangan menyindir yang aku dah kalah tapi tidak sesekali aku mengalah.

     “Puas? Nak main apa pulak lepas ni?” Arie tanya dengan nada menyindir. Aku duduk menegak sambil pandang keliling seperti mencari sesuatu.

     “Mm..saya nak main yang tu pulak.!” Jawabku angkuh sambil menunjukkan satu permainan yang sedang berpusing seperti kincir angin. Membulat mata Arie ketika matanya menerpa ke arah yang aku maksudkan. Pandangannya menghala kepada aku selepas itu sambil mencekak pinggang.

     “Tak serik-serik.! Dah jadi lembik macam ni pun masih nak tunjuk lagak.!” Bebel Arie lalu menarik lembut hidung aku yang kecik comel ni.

     “Hey, janganlah.! mahal tau hidung ni. Rejek nanti siapa yang susah? Orang jugak tau..! Dah kurang seribu. Siapa pun takmau kawin dengan orang..!” Rungut ku sambil menepuk tangannya.

     “Baguslah tak ada yang nak. Senang sikit kerja saya. Tak perlu ada saingan.” Arie jawab selamba.
 Saingan? Agh..malas nak layan. Buat sakit otak je. Kepala aku yang tengah berdenyut-denyut ni bertambah sakit jadinya.

     “Atee.! lekaslah..nak join tak nak?” Laung Fiza yang sedang menanti aku untuk terus bermain. Dia pulak nampak dah okey. Aku pun dah rasa okey sikit. Demi menutup rasa malu aku harus gagahkan jugak kaki aku melangkah.

     “Nak main jugak ke? Muka tu dah pucat semacam. Tak payahlah..rehat dulu.! Dah okey baru main pulak.” Nasihat Arie seperti merayu.
Namun aku buat pekak saja. Mana boleh datang sini tak merasa main semua tu. Rugilah..! Tapi jauh di sudut hati aku, aku dah mula rasa menyesal.

     “Orang dah okey. Jomlah main sekali. Tak best la takde awak..!” Bila aku cakap ala-ala manja dengan dia, Arie seperti berfikir sambil merenung muka aku.

     “Saya gayatlah..!” Ujar Arie lembut.

     “Sekejap je..! Orang janji, satu ni je, lepas ni orang tak main dah.!” Pujuk aku lagi sambil menarik-narik lengan baju tebalnya.. Harap-harap dia termakan pujuk. Yang sebenarnya memang aku dah tak mau main sebab kepala aku dah rasa sakit sangat sebab pening. Demi nak pertahankan ego, aku paksa jugak pujuk dia.

     “Okey. Saya join. Tapi janji dulu, ini yang last dan lepas ni temankan saya makan.”  Akhirnya Arie mengalah. Aku mengangguk dan tersenyum riang.

     “Yes.! Tak sabar-sabar nak tengok awak menjerit.”

     “Nakal.!” Kata Arie sambil mencuit pipi aku. Dengan selamba tanganku ditarik agar mengikut dia melangkah ke arah Fiza dan kawan-kawan yang lain.

     “Dah baik demam?” Aku tanya sambil beriringan dengan dia.

     “Mm..Dah dapat ubat, baik la..! Tapi, terus terang saya cakap, saya memang gayat dengan benda yang tinggi. Nanti kalau saya jerit, tolong peluk saya kuat-kuat tau.!” Ulas Arie sambil tersenyum tanpa tengok muka aku. Aku jegil mata.

     “Gatal jugak awak ni ye.!” Aku cakap sambil mengetil lengan dia. Berderai tawa Arie.
Hm..nampaknya lepas ni aku kena cari pakwe yang sekepala dengan akulah. Yang ni ‘sopan’ sangat. Tak sesuwayyy..! Tapi ada ke yang nak dekat aku? Abang aku pernah cakap, dengan perangai aku yang tak semenggah ni, kompem aku bujang sampai ke tua. Hmm..Ada aku kisah.? Jawapannya..TAK ADO...!


   HAMPIR jam dua belas malam barulah bas persiaran yang aku naik tiba hadapan kilang. Alhamdulillah kerana sepanjang perjalanan tiada kejadian buruk berlaku. Risau jugak dengan jalan yang mencuram, macam-macam boleh berlaku. Dah banyak cerita yang aku dengar jika membabitkan kemalangan bas rombongan yang membawa ramai penumpang. Bila sampai sana, rasa ngeri sangat bila lihat curaman di tepi jalan. Tak dapat bayangkan kalau aku yang mengalami musibah begitu. Mesti keluarga aku menangis berbulan-bulan. Akukan satu-satunya anak perempuan dia orang..

   “Saya hantar awak?” Arie seperti memohon.

   “Eh, tak payahlah. Orang datang dengan gelpren orang. Lagipun tak sampai lima minit pun jarak rumah orang tu.” Aku menolak niat baiknya.

   “Fiza kan ada. Suruh dia saja yang bawak balik gelpren awak tu..”

   “Tak bolehlah macam tu. Dia datang dengan orang, dengan oranglah dia balik..! Ha..baru orang ingat. Tadi Fiza kata dia balik dengan Hafiz.”  Nasib baik aku teringat pesanan Fiza tadi.

   “Mm..kalau macam tu, tinggalkan saja gelpren awak tu dekat sini, esok datang ambil.”

Amboi-amboi dan amboi...! senang sungguh dia cakap. Apa dia ingat harga gelpren aku tu satu seringgit dua kupang?

   “Atee, aku balik dengan kaulah. Tak jadi aku balik dengan Hafiz.” Aku dah melopong dengar ucapan Fiza. Sempat aku pandang sekilas ke wajah Arie yang dah  riang ceria.

   “Apasal pulak? Korang bergaduh ke pun? Tadi okey je aku tengok!” Aku dah rasa tak puas hati. Makin aku mengelak makin dekat jadinya.

   “Ishh kau ni, ke situ pulak! Aku yang cencelkan sebab dah lewatlah. Lagipun esok aku kerja. Kalau dia yang hantar, aku tak tau sampai rumah pukul berapa. Faham-faham jelah dengan Hafiz tu, kalau dengan dia mana mahu seminit dua.. Kalau kau tanya Arie pun, kompem dia pun sama macam Hafiz. Macamlah aku tak tahu korang tu macam mana!” Kata Fiza perlahan.

 Membutang mata aku dengar hujah Fiza. Tak sayang mulut Bedah ni.! Hmm..nampaknya aku tak boleh lari jugaklah dari Encik Harun sebelah aku ni.. Kunci gelpren aku serahkan ke tangan Fiza lambat-lambat.

   “Hii..kau ni..! Sebab kau tak jadi balik dengan Hafiz, terpaksalah aku ikut Encik Awang tu!” Bisik aku geram pada Fiza. Fiza melopong dan kemudian dia mengekek ketawa melihat Arie sedang tersenyum maraikan kemenangan.

   “Aku rasa apa yang aku cakap pagi tadi memang betul. Aku yakin, dalam masa terdekat, dia pasti akan luahkan perasaan dia pada kau.” Bisik Fiza pula pada aku sebelum beredar. Huh! Tak habis-habis Cik Senah ni..!

   “Esok kerja petangkan?” Tiba-tiba Arie tanya setelah sama-sama masuk ke dalam kereta.

   “Orang ambik cuti esok dan lusa. Penatlah! Kenapa?”  Aku tanya balik.

   “Keluar nak?”

   “Kemana?” Aku tanya dia balik tapi Arie hanya menyungkit bahu tanda tidak tahu. pelik.!

   “Awak yang ajak, awak sendiri tak tau.!  Baik jangan ajak!” Bentak aku perlahan lalu menjeling padanya. Tak puas hati betul dengan dia ni..

   “Saya cuma nak tahu awak sudi ke tidak keluar dengan saya.” Ulas Arie.

   “Eh, selama ni, pernah ke orang menolak setiap kali awak mengajak? Tak pernahkan?” Dah setahun aku kenal dia, cakap saja ke mana dia pergi, semua aku ikut. Cuma jamban, rumah sewa dia dan rumah mak bapak dia saja yang aku tak ikut lagi.

   “Esok saya datang jemput awak ek?”

   “Okey, tapi nak ke mana? Lewat sikit boleh? Orang nak rehat dululah..penat! Awak tak penat ke?” Aku tanya lagi sambil pandang muka dia tapi Arie tak menjawab, cuma keluhan yang lemah saja keluar dari deruan nafasnya.

   “Kenapa ni? Awak macam ada masalah je! Cakaplah, kalau boleh tolong, orang tolong.”  Rayu ku lembut sambil menyapa lengan kirinya yang sedang kemas memegang stereng kereta. Tiba-tiba tangan kirinya dijatuhkan ke atas peha kirinya dan secara automatik, tangan aku turut meleret jatuh. Tangan aku dicapai dan diramas perlahan. Aku tersentak. Kalau di Genting aku tak rasa terkejut sangat. Bagi aku niatnya sekadar untuk memanaskan tangan aku yang kesejukan. Tapi bila dia pegang tangan aku sekarang, aku rasa berdebar-debar. Ape ke hey nye pulak Dol ni..?

   “Esok awak tunggu jelah!” Arie berkata perlahan sambil mengelus lembut tangan aku. Aku tak tahu nak buat apa. Nak menepis, nanti dia kecik hati pulak. Aku tersentak bila tiba-tiba tangan aku diangkat lalu diletakkan ke pipinya dan seketika kemudian dikucup lembut. Makin melopong mata dan mulut aku. Gila Encik Awang ni.! Sawan tapir ke pun.! Aku semakin pelik dengan perangai dia.

   “Betul awak akan ikut saya kemana saja saya bawa awak?” Tanya Arie lemah.
Aku semakin hairan. Dalam sedar tak sedar aku mengangguk kepala. Dia tersenyum hambar.

“Janji awak akan ikut saya!” Arie merayu perlahan.

 Aku hilang kata-kata. Sakit kot budak ni..! Tiba-tiba aku dengar dia mengeluh lemah. Demi menjaga hati aku angguk saja.

   “Saya tak tahu nak kemana. Apa yang saya tahu, esok saya nak bersama dengan awak je, tanpa gangguan sesiapa. Awak cakap saja mana awak nak pergi, saya akan bawak.”

   Semakin pelik aku rasa perangai dia ni.

No comments: