PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 6 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

6
NUR
Kemungkinan minda akan mengalami gegaran dan urat-urat senyum secara automatic akan segera bertindak balas. Rajin sungguh mereka berkerja sama sehingga aku tetunduk malu..
“DOKTER..! Mm..apa pendapat dokter kalau minggu depan saya tak datang melawat emak saya. Dokter rasa-rasa mak saya tu terasa hati tak?” Aku tanya pada Dokter Zikri. Risau juga kalau keputusan aku ni buat emak terasa hati. Walaupun emak aku tu seperti tiada perasaan, jauh disudut hati aku tetap was-was.

“Kenapa? Cik Nur ada hal lain ke?”

Aku dah rasa serba salah nak berterus terang. Ni semua Nancy punya fasal. Serba salah aku nak menolak pelawaannya untuk pergi ke Sunway Lagoon. Padahal di dalam negeri perak ni pun ada sunway.

“Kalau Cik Nur ada hal lebih penting, apa boleh buat. Saya tak ada hak nak menghalang. Lagipun kesihatan emak Cik Nur setakat ni terkawal.”

Aku semakin rasa bersalah. Macamlah Sunway Lagoon tu penting sangat sedangkan emak lebih penting dalam hidup aku. Namun kerana ajakan Nancy, aku terpaksa mengalah.

“Sebenarnya taklah penting, Dokter. Semenjak saya balik sini dan mula berkerja, saya tak pernah lagi ambil cuti beristirehat. Kebetulan kawan saya beria-ria ajak saya pergi Sunway Lagoon. Serba salah saya nak menolak. Tapi saya janji saya akan call dokter untuk mengetahui keadaan emak saya.”

Ohh..! Cik Nur nak pergi Sunway rupanya..! Pergilah Cik Nur. Sekali sekala, fikiran kita ni perlu juga ruang untuk berseronok. Kalau asyik kerja saja boleh jadi stress.”

Aku tersenyum lega denga Dokter Zikri cakap macam tu.

“Tak nak ajak saya ke?” Tanya Dokter Zikri tersenyum simpul.

Aku tersentak. Selama ni tak pernah Dokter Zikri cuba berseloroh tiap kali bercakap dengan aku. Kalau bercakap pun hanya berkisahkan tentang kesihatan emak. Malu aku Dokter Zikri tanya aku macam tu. Tergugat sekejap keimanan bila tengok dokter muda tu senyum.

“Saya pergi dengan kawan-kawan perempuan semuanya. Kalau saya ajak Dokter Zikri, nanti dokter juga yang malu. Lagipun kereta tak muat. Dah cukup lima orang.” Aku cuba berseloroh agar Dokter Zikri tidak terasa hati. Mengekek-ngekek Dokter Zikri ketawa bila aku jawab macam tu.

“Saya main-main jelah!”


BANGUN  pagi aku rasa nyilu di bahagian ari-ari dan seluruh pinggang. Rupa-rupanya aku datang bulan. Aduhai..!awal pulaklah dia datang bulan ni..! baru cadang-cadang nak bersuka ria dekat Sunway, dah jadi macam ni pulak. Nak batalkan tak sampai hati pulak. Nanti Nancy pasti merajuk.
Nak tak nak aku pergi juga. Nasib baik senggugut aku ni tak teruk sangat. Memandangkan aku rasa tak selesa, aku suruh Nancy yang pandu kereta aku. Mila, Nisa dan Syasya duduk di belakang.

Sepanjang perjalanan aku banyak diam dari berbual dengan mereka. Mereka pun sudah maklum yang aku sedang bulan mengambang.

“Kalau aku tahu kau senggugut, aku kompem cancel planing ni!” Kata Nancy serba salah.

“Alah..sikit je ni. Petang nanti okeylah..!”

“Kalau kau tak tahan, aku ada ubat tahan sakit. Kau nak?” Tiba-tiba Syasya bersuara dari belakang.

“Terima kasih. Aku okey. Jangan risaulah! Lagipun aku tak mahu biasakan dengan ubat tahan sakit, takut nanti lain pulak jadinya” Aku jawab lemah. Bila tengok Syasya angguk aku senyum lega.

Syasya, Mila dan Nisa merupakan kenalan aku di Jepun. Tak sangka aku jumpa semula dengan mereka selepas pulang ke tanah air. Paling buat aku terkejut mereka berkerja sebagai Facilitator di tempat aku berkerja sekarang. Cuma Nisa saja yang berjawatan sebagai enginier bahagian mesin. Mula-mula dulu aku pun ditawarkan jawatan sebagai enginier tapi aku menolak. Aku lebih suka mengajar. Namun jika ada teknisyen, budak praktikal dari institusi tinggi atau proses tech baru yang masuk, akulah yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar mereka hingga mahir. Bermakna tugas aku bukan saja tertumpu pada operator sahaja.

“Tak bestlah kalau kau macam ni. Ingat nak seronok-seronok..!” Rungut Mila kesal.

“Nak buat macam mana. Terima jelah. Aku pun tak sangka dia nak datang awal. Kalau aku tahu dah lama aku menolak cadangan Nancy ni.”

Emm..lepas ni kalau nak kemana-mana, kena pastikan dulu semua tu. Taklah macam menganggu kita nak berseronok. Hish! Geram betul aku kadang-kadang dengan masalah orang perempuan ni!” Ujar Nancy tegas.

Tergelak aku dengan riaksi Nancy. Apa dia ingat semua orang dalam kereta ni datang bulan serentak dengan dia ke? Kalau macam tu senanglah nak buat planning..hahaha..


AIDIL
“Kaklong kerja tak hari ni?”

“Kerja, tapi sekerat hari. Kenapa?”

“Dil tengah boring ni. Abang Amer outstation kan? Jom pergi Sunway!”

“Kaklong kerja lah..!”

Mm..kalau Dil ajak budak-budak boleh tak?”

“Nanti kaklong tanya.”

Seketika kemudian aku dengar riuh redah jerit pekik suara Misya dan Marsya. Awal-awal lagi aku dah dapat rasa mereka pasti setuju.

Okey Dil. Jadi! Nanti kaklong hantar dia orang kat rumah.”

Okey, Dil tunggu!”

Sementara aku menanti kedatangan Marsya dan Misya, aku mengemas beg baju aku. Rasa lapang dada bila budak berdua tu sudi temankan aku masa aku boring. Lepas subuh tadi aku langsung tak boleh nak lelap balik. Sudahnya aku jadi bosan tak tahu nak buat apa. Akhirnya aku buat keputusan untuk keluar bersuka ria. Tapi aku tak tahu nak ajak siapa. Nak ajak kawan-kawan, semuanya sibuk dengan kerja. Ada juga  yang sudah berkeluarga. Kalau yang tu memanglah aku takmau ganggu. Nanti dikata pengganggu rumahtangga orang pulak.


MENJERIT-jerit Misya dan Marsya bila sampai di Sunway. Naik segan aku dengan telatah mereka berdua. Tapi aku buat-buat tak tahu saja. Biasalah budak-budak bila ke tempat macam tu. Tau nak seronok saja. Tambah-tambah lagi bila sampai di tepi kolam renang. Dah macam sakai pun ada. Sedangkan boleh dikatakan tiap-tiap bulan Kak Zana dan abang Amer bawa dia orang ke situ. Tapi lepas ni aku yakin sangat mak bapak dia orang mesti dah tak mahu bawa budak-budak tu datang ke sini. Puncanya ialah kerana Kak Zana sekarang sedang berbadan dua. Menurut Kak Zana baru tiga minggu. Harap-harap yang nombor tga ni biarlah lelaki. Adalah geng dengan aku nanti.

Bila ingat keadaan Kak Zana ketika hamil, aku rasa nak tergelak. Geram, marah dan sakit hati  semua aku rasa. Aku faham sangat kalau keadaan dia ketika hamil.  Kalau tiba angin tak betul dia datang, habis semua dihamuknya. Termasuklah abang Amer turut jadi mangsa. Silap-silap orang yang tak bersalah pun terbabit sama. Kak Zana tak suka marah-marah tapi bila time dia mengandung, automatik sifat pemarah tu datang. Tapi aku agak pelik kali ini. Kak Zana langsung tiada perasaan marah walaupun dalam keadaan tertekan. Aku yakin Kak Zana akan lahirkan baby boy.

Hampir  tiga jam aku dan anak saudara aku berkubang dalam kolam renang tu. Dalam taknak-taknak main tadi aku terpaksa terjun sama demi keselamatan budak berdua tu. Walaupun kolam kanak-kanak ni cetek, aku harus juga mengawasi mereka. Kadang kala aku rasa malu bila perasan ramai yang perhatikan aku mengawasi anak-anak saudara aku ni. Mungkin mereka syak aku ni bapa tunggal kot. Sebab tu asyik senyum-senyum pada aku. Sebelum turun ke dalam kolam renang ni pun dah ada yang menegur.

“Mana dia orang punya mama?” Tanya seorang perempuan cina. Aku agak mungkin dalam usia lima puluhan.

“Kerja.” Aku jawab juga tanpa memikirkan maksud pertanyaan tu.

“Untung la dia orang dapat papa baik macam you.”

Aku hanya tersenyum dan angguk sekali. Tiba-tiba aku baru perasan dengan jawapan perempuan cina tu. Belum aku jelaskan kedudukan sebenar, dia sudah beredar dari situ. Aku hanya menghela nafas lemah. Tolong sikit ek! Im still barchelor.

Sedang aku ralit memerhatikan perempuan cina tadi melangkah pergi, tiba-tiba aku terperasankan seseorang. Dalam banyak-banyak yang memandang pada aku, pandangan mata seseorang ni yang buat aku nak pandang terus pada dia. Bila aku balas pandang, dia masih memandang aku dengan pandangan yang sukar aku ungkapkan. Aku cuba senyum tapi dia tetap dengan pandangan bersahaja. Aku pelik. Lantas aku cuba angkat kening tanda menegur dari jauh. Dan akhirnya teguran penuh makna aku tu dibalas dengan senyuman manis. Manis! Memang manis senyumannya sampai aku sendiri rasa terpegun. Sesekali aku mengalih pandangan pada anak-anak saudara aku yang sedang galak bermain air.

“Paksu, Misya lapar!” Tiba-tiba Misya bersuara. Hish..kacau daun betul!

Okey! Misya nak makan apa?”

“Apa-apalah! Misya tak kisah.”

“Marsya tak nak makan, Marsya nak minum saja” Sampuk Marsya manja.

Okey-okey! Kita siap dulu. Lepas ni kita pergi makan” Kataku pada mereka berdua. Pandanganku dikalih semula pada si manis tadi. Aduh!! Hilang pulak minah tadi. Kemana pulaklah  agaknya ek? Ni semua fasal dua budak gedik ni. Kalau tak kerana mereka, dah lama aku dapat tackle minah tadi. Aku kecewa sangat bila gadis tadi tiada di situ.

Jam dah hampir ke pukul tiga petang. Mata aku pun dah rasa mengantuk bila perut dah kenyang. Marsya dan Misya pun aku tengok dah mula letih. Dalam aku sibuk memasukkan barang-barang dalam bonet kereta untuk pulang, aku terpandang wajah manis tadi sedang duduk di hadapan bahagian penumpang dengan wajah yang seakan sedang menahan sakit. Kasihan pulak aku tengok muka dia yang berkerut-kerut. Di sebelahnya seorang gadis cina dan terdapat juga tiga orang lagi di bahagian belakang. Dengan jarak tiga meter, aku yakin dia akan nampak aku. Aku pandang tanpa berkelip. Harap-harap dia pandang aku. Takkan aku nak jerit kot.

Aku tersenyum lebar bila dia berkalih memandang aku. Aku angkat tangan, tak sangka dia balas dengan lambaian lembut serta dengan senyuman manis. Aku mengeluh bila bayang kereta yang dia naiki hilang dari pandangan mata.

“Cepatlah Paksu..!” Terkocoh-kocoh aku melangkah masuk ke dalam kereta bila dengan Misya dan Marsya menjerit. Dah penat sangat kot!

Sepanjang perjalanan pulang, aku terbayang-bayang wajah manis tadi. Aku rasa macam pernah jumpa dengan gadis tadi. Tapi aku tak ingat. Harap-harap lepas ni aku diberi peluang untuk berjumpa lagi dengannya.

Kali ni kalau aku jumpa lagi dengan kau, aku takkan sia-siakan peluang! Aku yakin sangat dia masih solo macam aku. Kalau tak, takkanlah dia berani usya aku dan balas lambaian dan senyuman aku tadi.

No comments: