Bab 5(2)
AKU memusingkan badan aku ke kiri. Jam bulat yang tergantung di dinding bilik aku pantang sekilas. Dah pukul satu setengah tengahari rupanya. Rasa lega sangat dapat tidur. Hilang sakit kepala. Ditambah pulak dengan suasana sejuk kampung buat aku tidur nyenyak. Tuala yang tersidai di tingkap kayu, aku tarik lalu aku sangkut di bahu dan terus keluar dari bilik. Sambil mata liar mencari penghuni rumah aku melangkah turun ke dapur untuk ke bilik air.
AKU memusingkan badan aku ke kiri. Jam bulat yang tergantung di dinding bilik aku pantang sekilas. Dah pukul satu setengah tengahari rupanya. Rasa lega sangat dapat tidur. Hilang sakit kepala. Ditambah pulak dengan suasana sejuk kampung buat aku tidur nyenyak. Tuala yang tersidai di tingkap kayu, aku tarik lalu aku sangkut di bahu dan terus keluar dari bilik. Sambil mata liar mencari penghuni rumah aku melangkah turun ke dapur untuk ke bilik air.
Ketika sampai di
pintu dapur aku dengar suara riuh rendah di situ. Tergamam aku seketika melihat
Arie sedang membantu emak aku memasak. Paling buat aku terkejut beruk ialah
bila tengok dia sedang panggang ikan keli. Wah.!
dah macam chef Wan pulak aku tengok Encik Wahab ni. Nak pikat mak mertua ke pun?
“Baru bangun anak
dara bertuah..?” Tanya emak aku dengan nada menyindir. Arie yang terdengar
teguran maut emak, pantas menoleh ke arah aku yang sedang melangkah lemah untuk
ke bilik air. Pandangannya tajam tak berkelip. Agaknya dia terkejut sebab ini
adalah kali pertama dia tengok aku tak bertudung kepala. Dah tu pulak dalam
keadaan yang serabut baru bangun tidur. Tiba-tiba dia senyum dan senyuman di
bibirnya aku balas dengan senyuman buat-buat. Senyum terpaksalah maksudnya..
“Ngantuk sangatlah
mak..tapi sekarang dah okey.
Biasalah, orangkan baru habis kerja malam.” Balasku sambil menguap.
“Ada saja jawapan dia.!
Dah pergi mandi cepat, lepas tu terus solat, kejap lagi boleh makan.” Gesa emak
tegas. Tanpa menoleh lagi pada Arie, aku terus melangkah ke bilik air.
“Mak.! Takde air panas ke? sejuk la..!” Jerit aku dari dalam bilik air. Saja nak mengusik emak aku tu. Dah lama tak kena
air kampung, sekali kena rasa menggigil sampai ke tulang hitam.
Air di kampung aku ni
adalah air yang disalurkan dari bukit. Maknanya
air yang orang kampung aku guna sekarang ni bukan seperti air kerajaan.
Harganya pun tak mahal seperti air kerajaan. Sebulan hanya perlu bayar tiga
ringgit sahaja. Jimat habis kalau tinggal di kampung.
Kalau di rumah sewa aku di ipoh, tak perlu pasang pemanas
air sebab dah tersedia panas. Kadang-kadang mandi waktu tengahari pun tak
terasa macam mandi, tak puas langsung. Tulah bezanya kalau tinggal di kampung
dengan tinggal di bandar. Di kampung semuanya masih terjaga keasliannya
walaupun banyak yang sudah mula beralih kepada kemodenan.
“Apa? Nak air panas? Meh sini nak jiruskan.!”
Terkekek-kekek aku ketawa dalam bilik air dengar suara emak
macam tu. Geramlah tu sebab aku tiba-tiba jadi mengada-ngada nak mandi air
panas. Buang tebiat ke apa.? Malu
pulak tiba-tiba bila terdengar suara Arie turut ketawakan aku.
Dari dalam bilik aku dah bau sedap aroma ikan keli bakar.
Tak khusyuk solat aku tadi dengan godaan yang Arie persembahkan. Bergegas aku
melangkah turun ke dapur. Makin menyengat aroma ikan keli bakar bila aku dah
sampai depan meja makan. Semua dah siap sedia. Tunggu nak makan saja. Terus aku
tarik kerusi sebelah Arie yang dah siap sedia untuk menjamu selera. Aku tak
tunggu lama, terus saja menceduk nasi ke dalam pinggan. Bila masuk saja ikan
keli bakar dalam mulut, aku senyum lebar pada Arie.
“Pandai awak panggang
ikan. Mana awak belajar? Sedap pulak tu!” Puji aku pada Arie ketika berada di
meja makan. Ikhlas aku puji ni, memang sedap. Arie dah mula tersipu -sipu malu.
“Kelebihan semulajadi.
Takde belajar mana-mana pun. Lagipun
masakkan mudah macam ni, sesiapa pun boleh buat. Kan makcik, pakcik.?”
“Ceh.! Kebolehan semulajadi konon! sukalah tu, orang puji!” Makin galak Arie ketawa melihat aku seakan
tak berpuas hati dengan jawapan dia.
“Beruntung tau kalau
awak kawin dengan saya. Satu dalam seribu. Pandai memasak, pandai mengemas,
baik, penyabar..”
“Pandai mengayat..!”
Sambungku sambil menjeling. Arie tersengeh lucu.
“Mengayat pun dekat
awak saja..!”
“Yelah tu! Jangan nak beranganlah. Tak ingin orang kawin dengan
awak. Kerja pun setakat operator,
cukup ke nak bagi anak orang makan?”
Tersengeh-sengeh Arie sambil mengunyah nasi.
“Awak jangan cabar saya. Kalau saya berpangkat, awak sudi
kawin dengan saya? Bulan depan saya tukar kerja lain. Kalau saya dapat jawatan
tinggi, dua bulan lepas tu saya datang pinang awak. Setuju?”
Terbatuk-batuk aku dengar soalan Arie. Baru aku teringat dia
bakal menjadi seorang engenier. Parah aku kalau apa yang diucapkan tadi menjadi
kenyataan.
Nasib baik aku sempat
tutup mulut. Kalau tidak, sah-sah nasi dalam mulut aku tersembur kena muka emak
dan ayah yang ada depan aku. Cepat-cepat Arie suakan segelas air sejuk ke mulut
ku. Aku pulak dah biasa keadaan itu, hanya menghirup air dari gelas yang
dipegang oleh Arie. Masa tu baru aku perasan sejak tadi kelakuan aku dan Arie
menjadi tontonan emak dan ayah. Dengan rasa tebal di muka, aku sambung semula
menyuap nasi ke mulut.
“Dah lama Arie kawan dengan Tirah?” Ayah tiba-tiba tanya. Aku
telan air liur. Harap-harap ayah tak salah tafsir.
“Setahun. Saya suka dia, tapi dia jual mahal.”
Keluasan mata aku dah jadi tiga kali ganda besar dari saiz
sebenar. Nasib baik depan mak ayah aku. Kalau tak dah tentu aku sumbat-sumbat
pinggan nasi aku ni dalam mulut Arie. Takde
insuran betul mulut dia. Aku pandang muka ayah dan emak yang sedang
tersengeh-sengeh. Sakit hati aku dengan Arie.!
“Pakcik dengan Makcik
pernah sampai ke Tanjung Malim? Kalau ke sana, singgah-singgahlah ke rumah
saya. Umi saya teringin sangat jumpa Atee. Bila saya ajak, dia tak nak.
Malulah, seganlah.. Macamlah pergi tak pakai baju.! Kalau makcik dengan pakcik
ke rumah saya, bolehlah saya masak sesuatu yang speacial untuk makcik dan pakcik.”
Ramah Arie berbual. Kan aku dah cakap..mulut dia memang
manis bila bercakap. Tengok mak dan ayah tersenyum-senyum pun aku dah tahu,
orang tua aku dah terpaut suka.
“Insyaallah..! Beruntung umi Arie dapat anak sebaik Arie.
Mau menolong kat dapoq. Jangan jadi
macam anak dara dalam rumah ni, pinggan sebijik
pun liat nak basuh.!” Aduan emak pada Arie tu memang buat muka aku dah bertukar
warna. Panas membahang aku rasa.
“Apa mak ni..! cakap lagu
tu pasai apa.? Malu orang tau.! Orang bukan tak mau buat, cuma sekali
sekali nak bermanja dengan mak, apa salahnya.!”
“Banyaklah dia punya alasan!” Tambah ayah memperkukuhkan
kenyataan emak tadi. Geram betul bila aku tengok Arie tersenyum nakal seakan
mengusik.
“Umi takde anak
perempuan. Dalam adik beradik saya semua lelaki, jadi sebabkan saya yang paling
bongsu, tak salah kalau saya ringankan tulang menolong umi di dapur.”
“Berapa adik beradik Arie?” Tanya ayah sejurus selepas
meneguk air sejuk. Aku turut mendengar
perbualan itu, secara tak langsung aku teringin jugak nak tahu. Kalau sebelum
ni, aku tak pernah nak ambil tahu tentang dirinya.
“Sembilan Pakcik,
semua lelaki.” Jawab Arie tersenyum lebar.
Cemerlang mata aku
dengar jawapan Arie.
“Kenapa tak cukup sepuluh je.? Orang yakin, yang ke sepuluh tu mesti perempuan.” Sampuk aku
tiba-tiba cuba berseloroh. Namun aku tersentak selepas menerima deheman dari
emak. Wajah Arie turut beriak keruh. Alamak.! silap cakap ke? Aku terkedu lalu
meneruskan suapan.
“Abang-abang Arie semua dah kawin?” Tanya emak pulak.
Wajah Arie ku pandang menanti jawapan. Paling mengejutkan
bila Arie hanya menggeleng. Biar betul.! Kalau sekarang umur si Arie ni dua
puluh empat tahun tak mustahil kalau abang nya yang sulung berumur
hampir-hampir mencecah ke umur empat puluh tahun. Takkan takde nafsu nak kawin kot..?
“Kenapa tak kawin? Sekurang-kurangnya umi Arie tu dapat
jugak anak perempuan, menantu pun anak jugak” Balas emas bersahaja. Arie tidak
menjawab malah hanya tersenyum kelat.
Aku pandang wajah Arie. Aku kenal sangat kalau dia buat muka
macam tu, sah dia ada sembunyikan sesuatu. Aku angkat kening sambil menatap
wajahnya, tapi Arie hanya menggeleng kepala. Nak mengelak lah tu..! Jauh mana
dia nak lari? Nanti aku mesti tahu juga.
DARI tingkap bilik aku nampak Arie sedang berangan sambil
berbaring atas pangkin yang ayah dirikan entah berapa tahun, aku pun tak tau.
Aku tersenyum lalu melangkah perlahan ke arah dia. Aku perasan, selepas makan
tengahari tadi, Arie banyak membisu. Risau jugak aku kalau-kalau dia tak selesa
dengan keluarga aku. Jadi aku kena pastikan, manalah tau, kalau-kalau dia nak
balik petang ni jugak. Tapi aku tengok beg pakaian yang dia bawak, macam nak
duduk seminggu.
“Haa..!” Aku kejutkan dia. Tapi hampeh..sebab dia tak terkejut pun.
Agaknya dia dah sedar. Dia senyum kelat tengok aku.
“Kenapa ni? Orang tengok awak macam moody je..! Tak seronok datang
kampung orang?” Aku tanya perlahan. Arie tersenyum sambil menggeleng kepala
lalu bangun dari pembaringan lantas duduk di sebelah aku.
“Saya suka kampung awak. Sejuk, aman.. tenang..! Buat saya
nak tidur je..!” Ujar Arie lalu
ketawa mengekek. Aku turut tersenyum. Lega rasanya bila dia cakap macam tu.
Ingatkan tak suka tadi.
“Orang ingat awak tak suka. Manalah tahu, tiba-tiba nak ajak
orang balik sebab boring.” Wajah Arie
aku kerling sekilas. Bibir merahnya masih terbias senyuman meleret.
“Kita tambah cuti, nak?”
Tiba-tiba aku dengar Arie buat cadangan merapu. Tersentak
aku dibuatnya dengar cadangan Arie. Biar betul Encik Harun ni..
“Apa awak ingat tu
syarikat tokwan ayah orang? Senang-senang nak ambil cuti.! Lagipun rugilah..tak dapatlah orang elaun shift bulan ni.”
“Alah..berapa sangat je elaun shift tu. Nanti sayar bayar balik dekat awak, ye.? Saya bayar triple. Boleh la..! saya dah rasa
seronok dekat sini..sehari pun jadilah.”
Arie dah mula
merengek-rengek sambil menarik-narik lengan baju aku. Naik rimas pulak aku
dengan gaya manja nya tu. Ditambah pulak dengan mata menggodanya tu, memang
buat aku tak senang duduk.
“Yelah-yelah..! sehari saja tau.!” Tegas ku dengan gaya
seperti seorang ibu memarahi anaknya.
“Horey..tak jadi
balik esok, kita balik lusa ye?” Kata
Arie ceria. Aku dah tersenyum penuh tersirat.
“Mm.. Jangan lupa call supervisor awak untuk apply cuti.” Aku cuba mengingatkan dia.
Arie tersenyum sambil mengangguk laju.
“Awak pun jangan
lupa.”
“Orang tak payah apply.”
“Kenapa pulak.!”
“Sebab hari ni dengan esok orang memang cuti. Lusa orang
kerja petang. Kalau lusa kita balik pagi, sempatlah orang pergi kerja. Awak tu
yang kena apply cuti sebab awak sepatutnya
start kerja malam esok.. Ada
paham..!” Meledak tawa aku melihat Arie terpinga-pinga. Sedetik kemudian dia
tersenyum lebar.
“Bagus jugak tu, jimat duit saya sebab tak payah bayar kat
awak.” Terkekeh-kekeh Arie ketawakan
aku.
Hmm..ada aku kisah?
Kalau aku tak dapat alaun shift pun, takde aku nak terima duit dia tu..
“Sedapnya mempelam ni. Kalau menyicah mesti best.!” Tiba-tiba Arie bersuara memecah
kesunyian. Aku menoleh ke belakang. Terlopong seketika melihat dia sudah berada
atas dahan pokok mempelam yang kira-kira aku, sudah berusia dua puluh tahun.
Pokok mempelam ni rendah saja, jadi senang nak panjat. Tapi kalau tak panjat
pun tak mengapa sebab buahnya yang melanjut sampai ke tanah, mudah nak ambil.
“Awak pergilah
buatkan sambal kicap. Jangan lupa cili dua puluh biji, tumbuk dengan sedikit
belacan. Lepas tu taruh gula pagi pekat. Mm..
sedapnya! Dah kecur air liur saya ni. cepatlah..!” Gesa Arie tidak sabar.
Aku yang terlopong mendengar penerangan Arie, bagai tersedar
dari mimpi bila disergah begitu. Rasa lucu sangat tengok gelagat Arie yang
seperti cacing kepanasan. Rasa terliur pulak bila tengok dia menggigit dan
mengunyah mempelam muda yang baru dipetik.
“Awak tunggu kejap tau! orang buatkan sambal kicap untuk
awak. Specialist untuk awak!” Aku
cakap sambil tersenyum.
“Kalau tak special,
saya denda awak!” Jawab Arie sambil tersenyum nakal.
Sambil menggeleng, aku melangkah laju menuju ke dapur. Namun
sikap Arie yang sedikit pelik buat aku tertanya-tanya. Sebenarnya sejak
beberapa hari lalu aku dah perasan perubahan pada diri dia, cuma aku tak berani
bertanya. Dengan layanan yang luar biasa pada aku, menguatkan lagi firasat aku
yang mengatakan ada sesuatu yang disembunyikan dari aku.
“Hah! pasai apa pulak ni.? Kelam kabut
semacam.! Tegur emak yang turut berada di dapur.
“Arie nak menyicah pelam.
Nak buat sambai kicap kat dia.” Jawab
aku tanpa tengok muka emak. Mata aku sedang mencari cili api dalam peti sejuk.
“ Pi kutip cabai
burung kat tepi telaga tu. Cabai dalam rumah ni dah habis buat masak lemak
cili api tadi.” Laju kaki aku melangkah keluar menuju ke tepi telaga yang
jaraknya cuma lima meter dari pintu dapur. Hampir lima belas minit, barulah
siap sambal kicap yang Arie idamkan. Aku nampak dia seperti tak sabar nak
makan.
“Nanti dulu.!” Tiba-tiba aku bersuara agak kuat. Arie
tersentak pantas wajahku dipandang kehairanan.
“Kenapa pulak? Saya dah tak sabar ni..!” Ujarnya pula sambil
mengeluarkan beberapa biji mempelam muda dari baldi kecil yang berisi air. Aku
pandang ke dalam baldi. Mm..banyak yang dipetik. Boleh habis ke?
“Sebelum makan orang nak tanya sesuatu.” Aku nampak wajahnya
seakan berubah keruh. keningnya terangkat minta penjelasan.
“Awak ada sembunyikan sesuatu dari orangkan.?” Wajahku
beriak serius. Wajahnya ku pandang tepat.
“Mana ada..!”
“Jangan nak tipu.!”
“Betul.!”
“Habis tu, kenapa orang nampak awak lain saja sejak
akhir-akhir ni.?” Sempat aku menjeling tajam. Memang tak puas hati. Selama ni
dia tak macam ni.
“Lain macam mana?”
Sakit pulak hati aku ni bila aku balik yang disoal.
“Selama ni awak tak macam ni. Tapi sejak semalam, orang
nampak awak lain sangat. Banyak termenung, murung, bercakap pun dah kurang. Cara
layanan awak pun nampak lain sangat. Awak sakit? Awak ada masalah ke? Kalau ada
masalah, kenapa tak cerita kat orang. Insyaallah orang cuba tolong.” Biasanya
aku jadikan dia sebagai tempat aku melepaskan rasa ketidakpuasan hati, tapi
kini apa salahnya aku pula ambil alih tempatnya.
“Siapa cakap saya ada masalah.? Saya okeylah..dan saya sihat.”
Aku pandang lagi muka
dia. Arie pantas melarikan pandangan.
“Dah lebih setahun kita kenal, awak tak pernah macam ni.
Tapi bila tiba-tiba awak berubah, orang boleh tahu awak ada masalah. Awakkan
kawan orang, apa salahnya kalau share
prob awak tu. Jangan jadikan orang macam orang asing pulak..sedih tau..!”
Rasa macam nak menangis pulak kalau betul dia anggap aku macam orang asing.
Selama ni aku dengan dia dah macam belangkas walaupun aku memang tak ada
apa-apa perasaan pada dia. Cuma jujur aku cakap yang aku sayang dia. Sayang
dalam erti sebenar ialah sebagai seorang teman yang memahami.
“Awak rasa-rasa apa masalah saya sekarang?”
Aitt! Aku pulak yang dia tanya.?
“Manalah orang tahu..! Kalau orang tahu tak payahlah orang
sibuk bertanya!.” Tajam jelingan yang aku bagi pada dia. Bertambah geram bila
dengar dia mengekek ketawakan aku.
“Sebenarnya..! sebenarnya..saya memang ada masalah." Arie menghela nafas lembut sambil merenung tepat ke mata
aku. Rasa cuak giler bila dia pandang
macam tu. Tapi terus terang aku cakap, debaran yang aku rasa bukan sebab
renungan dia, tapi berdebar sebab cara penyampaiannya tu macam cerita seram
pulak. Besar sangat ke masalah dia sampai sukar nak jelaskan secara diret.
“Cakaplah.” Balasku lemah merayu. Sekali lagi Arie mengeluh
panjang.
“Berat masalah saya ni!”
“Apa dia? Cakaplah sajalah!”
“Segan saya nak cakap. Nanti awak marah!”
“Kenapa orang nak marah pulak?” Aku hairan.
“Sebenarnya.. Sebenarnya..!”
“Sebenarnya..sebenarnya! Apa yang sebenarnya? Cuba cakap
terus terang!” Aku dah mula rasa panas dengar dia masih berteka teki.
“Masalah saya sekarang ialah, mm...saya dah tak tahan tengok sambal kicap awak ni. Dah
terasa-rasa hujung lidah saya. Please..izinkan
saya menjamu selera.!”
Membutang mata aku seketika. Masa tu aku rasa macam nak
hempuk-hempuk saja kepala dia dengan baldi yang berisi buah mempelam ni. Besar
tak besar, kecik tak kecik aku nampak
dia. Grrr..geramnya.!!!
Berdekah-dekah dia ketawakan aku.
“Awak saja nak kenakan orang kan?” Tempik aku lalu
melemparkan sebiji mempelam telur ke arahnya. Nasib baik dia sempat sambut,
kalau tak dah tentu benjul kepala dia.
Hampir ke senja aku
dan Arie berada bawah pokok mempelam telur sambil menyicah. Gigi aku pun dah
terasa nyilu. Aku tengok mempelam dalam baldi dah hampir habis. Terkejut jugak
aku tengok dia makan. Aku yang makan baru lima biji pun dah rasa macam tak
sanggup nak gigit lagi. Rosak gigi aku. Silap-silap seminggu aku tak boleh
kunyah nasi. Ditambah pulak dengan sambal kicap yang menyengat sampai ke
telinga, buat aku rasa macam lidah aku terbakar. Bukan aku tak makan pedas,
cuma aku rasa sambal yang aku buat ni, terover
pedas. Tapi aku tengok Arie makan macam makan aiskrim saja. Siap jilat jari
lagi..
“Awak sakit perut malam ni, tanggung sendiri.!”
“Pandai awak buat, esok petang buat lagi ye? Rasanya yang ni
lagi sedap dari yang hari tu.”
Balasnya tanpa memperdulikan ugutan aku tadi. Dulu aku
pernah sekali buatkan sambal macam ni untuk dia. Masa tu aku shift malam. Kebetulan pulak dia kena
masuk OT dalam shift aku. Sebelum ke
tempat kerja, dia call suruh aku
buatkan sambal kicap untuk menyicah. Aku yang tak banyak kisah terus buat dan
bawak ke kilang. Jam tiga pagi aku keluar rehat dengan dia, sibuk dia keluarkan
sesuatu dari loker. Aku ingatkan buah mempelam atau seangkatan dengannya,
rupa-rupanya epal merah. Ceh! Hampeh
betul mamat sorang ni. Epal merah pun jadi untuk dia menyicah!
“Memanglah yang ni lagi sedap sebab yang ni saya guna cili
kampung. Belacan pulak belacan bakar. Yang hari tu saya guna cili biasa yang
jual dekat supermarket je..belacan
pun saya tak bakar. Kan orang dah cakap tadi, nak buat yang speacial untuk awak”
“Tak sama ke cili kampung dengan cili bandar.?”
Hii..dia ni nama
saja orang kampung. Kata selalu tolong umi memasak. Cili kampung dengan cili
bandar pun tak kenal..
“Tak sama. Nanti orang tunjuk cili yang orang guna untuk
buat sambal ni.” Arie terangguk-angguk faham. Ketika aku mengemas Arie
tiba-tiba menyoal aku.
“Awak sayang saya tak?”
Aku dah terkedu.
Terhenti seketika apa yang aku buat masa tu. Soalan apa tu? Dalam tergamam aku
jawab jugak selepas mula tersedar.
“Mestilah orang sayang. Awakkan kawan orang.!” Memang aku
sayang dia. Setahun aku kenal dia, macam-macam yang aku kongsikan dengan dia.
Cuma rumah, bantal dan pakaian kecik saja yang aku tak kongsi.
“Sayang lebih dari kawan?”
Aku gugup kembali dengan soalan dia. Muka dia aku tatap
dengan berkerut di dahi. Aku rasa aku dah dapat agak apa masalah yang
sebenarnya.
“Awak ni demam ke sawan?” Aku tanya sambil menutup rasa
gugup. Kemudian dia ketawa kecil.
“Saya sayang awak. Saya sukakan awak. Setahun kita berkawan,
takkan awak tak rasa apa yang saya rasa?”
Aku mengeluh lemah.
Masalah perasaan rupanya..
“Arie..orang pun sayang awak. Orang pun sukakan awak. Orang
selesa berkawan dengan awak. Kalau boleh orang tak mau hubungan ni terputus.
Tapi terus terang orang cakap pada awak, orang sayang awak seperti kawan-kawan
yang lain. Cuma bezanya awak ni orang sayang lebih sikit. Maksud orang, awak
seperti teman rapat tapi bukan lebih dari teman. Orang harap awak faham maksud
orang.” Aku cuba berterus terang.
“Saya tak faham.” Ujarnya sambil menggeleng kepala.
“Orang tak pandai nak guna bahasa apa bagi awak faham. Tapi
sebelum tu, boleh awak terangkan apa maksud awak tentang apa yang awak rasa
pada orang macam yang awak cakapkan tadi? Orang keliru.” Aku pandang wajahnya sambil menanti jawapan
dari bibirnya.
“Saya cintakan awak Artee Munirah. Takkanlah awak tak pernah
rasa apa yang saya rasa?” Jawabnya perlahan.
Mulut aku terbuka sedikit tapi cepat-cepat aku tutup agar
tak nampak sangat aku terkejut dengan statment
Arie.
“Kan lebih baik macam ni saja” Balasku perlahan.
“Awak tak sudi beri saya peluang? Kita boleh cubakan?” Desak Arie lagi.
“Ini bukan benda main-main. Dalam hal ni bukan boleh
cuba-cuba, awak. Ni melibatkan perasaan.!" Bentakku perlahan. Arie dah seperti mengalah.
Lama aku dan dia membisu akhirnya aku bersuara semula.
“Dahlah. Jangan fikir sangat. Jomlah masuk. Dan nak masuk
maghrib ni. Nanti mak dengan ayah fikir yang bukan-bukan pulak.” Aku lega bila
Arie tersenyum sambil mengangguk setuju.
“Apa-apa pun saya nak berterima kasih kat awak sebab awak
sayangkan saya.” Aku tersenyum malu dengar Arie cakap macam tu.
“Memang orang sayang pun. Sayang sangat-sangat.! Orang tak
mahu hubungan ni terputus.” Balas ku lalu terus beredar dari situ. Tiba-tiba
aku rasa malu pulak cakap macam tu, tapi nak buat macam mana..telajak perahu
boleh diundur, telajak kata..lu
sendiri pikir la...!
SEMENTARA menunggu ayah dan Arie serta adik-adik aku pulang
dari masjid, aku tolong emak di dapur siapkan makan malam. Dah menjadi
kebiasaan begitu jika tiap kali aku balik kampung. Emak pulak pantang kalau
dengar berita kata aku nak balik. Macam-macamlah resepi yang dia nak aku cuba
rasa. Emak aku ni memang suka mencuba sesuatu yang baru.
Selain memasak dia suka mengubah. Ramai jugak orang dalam
kampung yang menggunakan khidmat emak untuk mengubah barang-barang hantaran.
Emak aku memang rajin. Bukan sahaja barang hantaran, malah barang-barang dalam
rumah ni pun dia rajin mengubah. Dalam tahun ni saja aku rasa kedudukan perabot
dalam rumah ni dah lima kali bertukar tempat. Walaupun barang-barang dalam
rumah ni adalah perabot yang sama, namun dengan sentuhan emak semua nampak
seperti baru ditukar. Emak aku kata dia cepat bosan jika tidak mengubah. Ayah
pulak dah malas nak bising sebab emak tetap macam tu. Cuma kali ni aku tak
nampak sebarang perubahan dalam rumah. Ayah kata emak dah mula merungut sakit
lutut. Hm..patutlah..! dah tak mampu
mengubah rupanya..!
“Betul ke Tirah tak
ada apa-apa dengan Arie tu?” Emak aku
tanya sambil menyusun ulam pegaga dan pucuk gajus dalam piring. Aku pulak
sedikit tersentak sambil meletakkan ayam goreng yang baru aku selesai goreng
sebentar tadi.
“Betullah mak. Arie tu cuma kawan saja..! Orang tak pernah
ada apa-apa perasaan pun dekat dia. Kalau orang suka kat dia pun, sekadar suka
berkawan. Dia tak macam kawan-kawan orang lain. Walaupun dia lelaki, tak pernah
sekali pun dia ambil kesempatan. Orang terus terang yang orang memang suka kat
dia, sayangkan dia. Kalau boleh orang nak dengan dia saja.. Tapi orang tak
terfikir pun nak serius dengan dia. Dia terlalu baik untuk orang.”
“Pelik betullah! Kata tak ada apa-apa perasaan, tapi boleh rasa
pulak ada rasa sayang!” Tempelak emak hairan. Aku berdesit.
“Mak tak faham. Maksud sayang orang tu ialah sayang pada
sahabat karib. Orang ni tak sesuai untuk dia. Orang rasa ada yang lebih baik
dan sesuai dengan dia, cuma dia saja tak tau. Mak nak tau, orang dengar cerita
yang Arie tu anak orang kaya kat tempat dia tu. Betul ke tidak, tu orang tak
tau..! Sebenarnya orang segan nak kawan dengan dia. Kat kilang ada yang cakap,
orang kawan dengan dia sebab nakkan duit dia. Sedih sangat..!” Emak aku seakan
terpempan sejenak.
“Betul ke dia anak orang kaya? Tirah tak tanya dia sendiri?”
“Entah.! Malas orang nak ambil tahu. Nanti dia fikir orang
ni gilakan duit dia pulak. Selama ni pun, pernah ke kita harapkan harta dan
duit orang untuk kita teruskan hidup? Tak pernahkan? Jadi ada baiknya kalau
kita tak payah sibuk-sibuk nak ambil tahu.” Emak mengangguk setuju.
“Tapi kalau satu hari dia bagitau yang dia suka kat Tirah,
macam mana.?” Emak aku tanya selepas sejenak membisu.
Aku tersentak. Teringat kembali saat-saat Arie luahkan
perasaan dia pada aku tadi.
“Mak rasa, apa yang perlu orang buat? Terima atau menolak? Emak
sendiri taukan macam mana perasaan orang yang sebenar pada dia. Mak rasa, patut
tak orang terima walaupun bukan dengan hati yang rela? Kalau orang terima, tak
ke tu namanya terima dengan hati yang tak ikhlas? Itukan dah mendera perasaan
dia?”
“Perasaan cinta tu bila-bila boleh datang. Ke..Tirah dah ada
yang lain?” Aku menggeleng kepala. Faham sangat dengan perangai emak yang suka
serkap jarang.
“Kalau orang dah ada yang
speacial, orang tak bawak Arie tu balik..!” Bentak aku perlahan. Emak
tersenyum nakal.
“Maknanya Arie tu speacial
Tirah lah ek?”
“Ish.! mak ni..! Kan
orang dah cakap tadi. Arie tu memang speacial,
tapi speacial sebagai teman rapat saja..!”
“Tapi mak tengok Arie tu macam nak dekat Tirah. Tirah ja yang tak perasan kot..! Emak suka
dengan Arie tu. Nampak baik budaknya. Kalau satu hari nanti dia kata dia suka
Tirah, mak harap sangat Tirah sudi terima dia.”
Melopong mata aku tengok mak seperti beri-ria. Hm..mak aku ni ada-ada saja. Kalaulah
dia tahu aku awal-awal dah menolak hati Arie, mesti muncung sedepa mulut dia
tu. Nampaknya emak dah mula sukakan Arie. Aku pun suka Arie. Tapi mampukah aku
tukarkan dari sahabat kepada kekasih?
“Mak berdoalah mudah-mudahan hati orang ni terbuka untuk
calon kesayangan mak tu..! Tapi terus terang orang cakap, oang memang tak mau
kat dia. Sebab apa? Tu orang tak tau nak
cakap. Yang orang rasa sekarang ni orang sayang dia macam orang sayang kat mak,
ayah dan adik beradik orang.”
“Maksudnya, Tirah anggap dia macam abang-abang Tirah? Macam
tu?” Mak aku tanya seperti tak puas
hati.
“Hm..lebih kurang
la..!”
“Janji dengan mak ye Tirah yang Tirah akan terima dia satu
hari nanti kalau dia kata yang dia nakkan Tirah!”
“Ish! Tak naklah.
Tak ikhlas namanya tu…!” Jawapan aku berserta dengan jelingan buat emak aku
hanya mengetap bibir. Marahlah tu..! Aku senyum sambil geleng kepala melihat
telatah emak. Agaknya mak aku ni yakin sangat dengan si Arie tu.
Suara riuh rendah dari pintu hadapan buat aku dan emak
berhenti berbual. Bila aku menoleh, aku nampak keempat-empat kaum adam tu
sedang melangkah turun tangga menuju ke dapur. Agaknya masing-masing dah tak
sabar mengisi perut. Sekilas aku terpandangkan Arie yang sedang menarik kerusi
lalu duduk di sebelah aku. Dia tersenyum manis dan aku balas ikhlas. Hati aku
kuat berkata dan mengaku yang dia nampak lebih kacak dengan hanya berkain
pelikat dan baju teluk belanga. Songkok di kepala yang masih berada di
kepalanya, ditanggalkan lalu diletakkan atas kepala aku. Aku berdesit sambil
menjeling geram dengan usikannya lalu menampar kuat bahunya. Terkekeh-kekeh
Arie ketawakan aku. Emak dengan ayah pulak saling berpandangan dan tersenyum
nakal. Mengingatkan kembali perbualan aku dengan emak tadi, buat aku rasa
bersalah sebab menolak cintanya. Dalam hati aku berkata, SORRY...!!! YOU NOT MY TASTE..
SEAWAL pagi selepas keluar dari bilik air, aku menyambung semula
mimpi aku yang terbantut. Memandangkan aku baru bercuti solat sejak malam
semalam, aku terus menyenyakkan mimpi aku hingga terang. Ditambah pula dengan
hujan lebat malam semalam, makin menyedapkan lena aku dalam selimut tebal.
Panjang bebelan emak aku bila aku sesedap rasa membungkuskan diri atas katil
empuk. Tapi nak buat macam mana, anak dara dia ni memang degil sikit. Sorrylah ye Puan Jamaliah. Peluang macam
ni memang susah nak dapat.
Aku sedar jam dah pukul sepuluh pagi. Bila keluar bilik, aku
rasa lengang saja suasana rumah. Aku mula-mula mencari kelibat semua orang. Di
ruang tamu tak ada. Aku ke dapur. Pun tak ada. Aku jenguk ke bilik Arie, sah
dia pun tak ada. Kemana semua orang? Tertanya-tanya aku dalam hati. Tiba-tiba
aku dengar suara emak sedang berbual dengan seseorang di laman rumah. Bila aku
jenguk keluar, aku nampak emak sedang berbual dengan Maklang Tipah. Lebar
senyuman Maklang Tipah bila nampak aku.
“Cuti berapa hari Tirah?”
“Dua hari je
Maklang. Ana tak balik?” Aku cuba beramah mesra.
“Tak baliklah Tirah. Tambah pulak dia dah nak menambah
sekarang ni. Asyik badan tak sihat ja.
Keja pun sat pi sat dak”
Melopong mata aku
sekejap. Tak sangka sepupu aku tu dah nak menambah anak. Rasanya baru tahun
lepas dia balik beranak. Hai..aktifast betul sepupu aku tu.
“Tirah bila pulak?” Maklang Tipah dah mula bertanya.
“Belum ada yang nak, Maklang..” Aku jawab sambil tersenyum.
“Sabaq la Tirah.
Kalau ada jodoh tak pi mana!” Ujar
Maklang Tipah.
Seketika kemudian,
kereta Arie masuk ke halaman. Aku tengok mak dengan Maklang Tipah dah mula
tersenyum-senyum. Aku dah faham sangat peel
adik beradik tu. Bila Arie keluar dari kereta, secara automatik, senyuman
diberi pada aku dulu sebelum emak dan Maklang Tipah. Ayah turut keluar dari
kereta. Aku senyum lihat Arie melangkah ke arah Maklang Tipah dan bersalam.
“Ni Maklang Tipah. Adik mak” Mak sibuk perkenalkan Maklang
Tipah pada Arie.
“Boipren Tirah ka?” Maklang Tipah dah mula bersoal
siasat. Aku nampak Arie senyum lebar.
“Mana ada Maklang. Kawan Tirah je tu..!” Cepat-cepat aku menyampuk. Risau jugak kalau Arie jawab
ya. Encik Mat Harun tu bukan boleh harap sangat.
“Sibuk! Macamlah orang tanya dia!” Tempelak Maklang Tipah
sambil tersenyum.
Malu pulak aku rasa bila tengok Mak saudara aku senyum macam
tu. Bila aku tengok Arie dah mula melangkah ke arah aku, barulah aku rasa lega.
“Amboi Tirah! Tadi kata
takdak yang nak? Kelentong
Maklang ek.!”
“Mana ada Maklang. Arie ni kawan ja.!” Ujar ku lalu terus masuk dalam rumah beriringan dengan Arie.
“Awak pergi mana?
Puas orang cari!” Rungutku perlahan.
“Kenapa? Rindu?” Tanya Arie sambil tersenyum simpul.
“Haah! Rindu.
Kenapa? Tak boleh?” Aku tanya dengan nada geram. Mengekek-ngekek Arie ketawakan
aku.
“Saya teman ayah pergi tengok anak pokok sawit tadi. Ayah
kata nak tanam sawit kat tanah getah dia tu.” Aku angguk faham. Memang aku tahu
akan hal tu.
“Dah sarapan?” Aku tanya Arie. Cadang nak ajak dia ke dapur
sarapan sama.
“Sudah. Makan dengan ayah dekat pekan tadi. Awak?”
“Belum.” Aku jawab dengan nada kecewa.
“Kenapa tak makan lagi. Dah pukul berapa ni? Cepat makan!”
“Orang tu makan bukan nak ingat kat orang!” Aku cakap tanpa
lihat muka dia.
“Sorrylah..!
Memang saya nak sarapan dengan awak. Tapi tadi ayah ajak sarapan lepas keluar
dari pejabat tu. Takkan saya nak
menolak.”
“Ye lah tu..!” Aku terus melangkah nak masuk bilik. Entah kenapa
aku teringin nak mengada-ngada dengan dia. Rasa seronok pulak dapat usik dia.
Biar dia tak senang duduk. Panggilan dia langsung aku tak peduli.
“Hey! Kenapa ni?
Awak marah saya sebab saya tinggalkan awak?” Tanya Arie sejurus selepas tangan
aku ditarik.
“Siapa marah awak?”
“Habis, tiba-tiba emo
sangat. Saya sedih tau! Apa salah saya?”
“Siapa cakap awak salah?”
“Boleh tak jangan macam ni.?”
Bila tengok muka dia sedih, aku gelak kuat. Lagi kuat aku
gelak bila riaksi muka dia yang tengah tergamam.
“Sayang betul awak dekat orang ek?” Aku tanya sambil senyum lebar. “Orang pun sayang awak!” Aku
sambung lagi bila dia mengangguk sambil tersenyum malu.
“Petang ni bawak saya pusing-pusing keliling kampung awak!”
Pinta Arie sambil tersenyum.
“Awak nak pergi mana?” Aku tanya lemah.
“Ayah cakap dekat saya tadi, kampung ni ada tempat berkelah.
Saya nak mandi air terjun hari ni.” Terang Arie.
Aku tersenyum sambil mengangguk. Sebenarnya aku pun dah lama
tak ke tempat perkelahan tu. Tak tahu bagaimana suasana sekarang. Kalau dulu
tempat tu hanya jalan sahaja yang diperbaharui serta tempat persalinan yang
bersih. Tiba-tiba aku baru teringat sesuatu.
“Okey! Tapi orang
tak nak mandi”
“Kenapa pulak?”
“Sejuklah!” Aku bagi alasan yang logik. Harap-harap dia tak
perasan aku sedang layarkan bendera jepun. Tiba-tiba aku perasan dia mula
tersenyum-senyum nakal.
“Awak okey ke? Nak
pergi klinik?”
Hmm..nampaknya aku
memang tak boleh nak selindung apa-apa dari dia.
“Tak payahlah! Orang okey.!
Ubat ada lagi yang bulan lepas punya..”
“Mm..kalau macam
tu tak payah pergilah! Kita pergi lain kali saja.”
Aku tersenyum sambil mengangguk. Dalam hati aku bersyukur
sebab dikurniakan sahabat yang memahami seperti dia. Bukan dia tak tahu aku
memang suka berendam dalam sungai. Demi menjaga hati aku, dia sanggup korbankan
keinginannya untuk mandi di air terjun.
No comments:
Post a Comment