PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 6(1) SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

 6(1)
   AKU mula perasan, sejak pulang dari kampung, Arie seolah-olah melarikan diri dari aku. Dah hampir dua bulan aku tak bertegur sapa dengan dia. Panggilan yang aku buat tak pernah dijawab. Sms pun tak pernah dibalas. Merajuk lagikah dia dengan aku? Aku rasa kosong. Tiba-tiba aku terlalu rindukan dia. Aghh..Kacau betul.! Dah lama aku tak berbual dengan dia. Aku rindukan suara dia, rindukan senyuman dia dan aku rindukan renungan mata dia.

   Macam yang Hasnol Rahmat cakap dalam filem KL Menjerit “sehari tak jumpa rasa setahun lamanya”. Aku mengaku, itulah yang aku rasa ketika ini. Adakah betul itu yang dinamakan cinta? Aghh! Tak mungkin aku cintakan dia. Aku keliru. Keliru kerana selama ini aku hanya menganggap dia sekadar teman dan tak lebih dari itu. Tapi bila dah dia seakan menjauh, lain pulak perasaan aku padanya. Teringat aku pada perbualan aku dengan dia waktu dalam perjalanan pulang dari kampung bulan lalu. Aku dapat rasa sebab itu Arie seperi menjauhkan diri dari aku.

“Kalau saya suruh umi dengan abi saya datang pinang awak, rasanya emak dengan ayah, terima tak?”

Terbatuk-batuk aku selepas Arie menyoal aku. Nasib baik dia tengah drive, kalau aku yang drive, sah-sah dua-dua pergi batu dua.

“Awak ni sedang bermimpi ke? Atau awak tengah mabuk?” Aku beriaksi serius. Perkara macam ni memang tak boleh dibuat main.

“Saya sedar dan saya tak bermimpi. Apa yang saya cakap adalah ikhlas dari hati saya. Saya benar-benar harapkan awak terima saya.”

Aku merengus kasar. Tiba-tiba rasa rimas. Sejak hari tu sampai sekarang, Arie tak sudah-sudah mendesak aku.

“Awak cari jelah orang lain. Orang ni tak layak!”

 “Apa kurangnya saya? Cuba awak cakap pada saya, bagaimana kreteria lelaki idaman awak. Saya akan cuba ubah agar awak terima saya.”

 Aku kaget seketika. Macam tak percaya Arie akan berkata macam tu, dah macam terdesak sangat.

“Awak tak ada kurang walau seinci pun. Awak sempurna. Awak terlalu baik. Hanya orang bodoh saja yang tak pandai menilai dan tak dapat menerima awak. Antara orang bodoh tu ialah orang sendiri. Terus terang orang cakap, orang sayang sangat-sangat dekat awak, tapi orang tak boleh terima cinta awak. Orang takut bila dah ada rasa cinta, nilai-nilai kemesraan dalam persahabatan kita hilang macam tu saja. Orang lebih senang macam ni.!”

“Kenapa perlu takut? Dari awal kita memang rapat dan mesra. Rasanya kalau awak terima saya pun, kemesraan kita tetap macam ni. Tak akan siapa dapat mengubahnya.”  Tempelak Arie perlahan.

“Tolong jangan desak orang. Orang rimaslah! Orang lebih senang kalau kita terus macam ni saja.”

“Kenapa awak nak lari dari kenyataan? Awak kata awak sayang saya. Kita boleh cuba sebab saya yakin rasa cinta pasti akan datang kalau kita terus usaha kukuhkan hubungan kita.” Arie masih dengan pendirian degilnya. Aku berdesit kuat.

“Bercakap dengan awak ni macam bercakap dengan dinding. Awak ingat orang ni macam stereng kereta awak yang boleh awak kawal dan arahkan sesuka hati awak? Orang pun ada pendirian dan pendapat sendiri dalam hubungan perasaan. Kalau awak terus mendesak agar orang boleh terima awak, orang akan semakin rasa rimas. Silap-silap hari bulan dari rasa sayang boleh bertukar kepada benci, awak tahu? Awak nak macam tu?” Tempelakku garang.

“Jelas awak tak sayang saya!” Kata Arie lemah.

   Apa-apalah Encik Awang Mad..! Aku hilang kata-kata. Dia terlalu pandai bermain kata. Akhirnya aku terus membisu sambil memandang keluar. Tak guna berbalah dengan orang yang pandai bercakap demi kepentingan diri sendiri. Bagaimana aku nak penuhi permintaan dia jika diri aku sendiri terang-terang tak boleh terima dia. Pening kepala aku memikirkan jalan cerita hidup aku dengan dia. Perlukah aku gunakan cara Lailana untuk mengelak dari Adham. Ahh.! Karut semua tu.
  
   Sejak itu aku perasan dengan sikap baru Arie. Pernah aku terserempak dia sedang berbual dengan seorang pekerja perempuan di tempat kerja. Mesra sangat. Jujur aku cakap aku cemburu tapi takkan aku nak tunjuk kot. Aku cuba berlagak biasa. Dah la aku rijek dia awal-awal. Jadi ada baiknya aku tak perlu lagi pedulikan dia. Aku rasa lebih baik macam tu saja. Dia dengan cara dia, dan aku dengan cara aku. Tapi sampai bila aku boleh bertahan? Bila aku tengok dia dengan perempuan tu, aku bengang, sakit hati. Kenapa dia buat-buat tak nampak aku yang ada depan dia? Kadang-kadang aku rasa macam nak menangis. Tapi berbaloikah aku menangis kerana sahabat yang tak perlukan aku lagi?

  
   OVERTIME hari ahad jatuh pada hari tahun baru. Aku terpaksa masuk shift pagi. Sepatutnya aku shift malam, disebabkan shift pagi tak ada leader, supervisor shift pagi  mintak aku gantikan leader dia orang. Nak tak nak aku ikut saja. Nasib baik shift pagi, kalau petang.. boleh jalan da...! Tapi malam nanti aku kena masuk balik kerja dalam shift aku. Tak kisahlah, janji jangan shift petang.

   Dari jauh aku nampak Arie sedang berdiri di atas tangga depan pintu masuk menuju ke loker erea. Aku berdebar-debar, namun aku cuba berlagak biasa. Orang dah tak mau kawan dengan kita, buat apa kita nak terhegeh-hegeh dekat orang. Aku tahu dia masih marahkan aku. Ada juga terlintas difikiran untuk memujuk, namun kalau dia sendiri tak melayan sebarang panggilan dan sms aku, macam mana aku nak memujuk. Kadang-kadang aku bercadang untuk mengalah. Tapi betul ke niat aku ni.? Aku takut aku yang kecewa nanti. Dari rumah tadi aku dah nekad takkan tegur dia. Aku cukup terasa hati dengan layanan dia selama dua bulan ni. Takkanlah disebabkan aku tolak cinta dia, aku patut dilayan begini?


     Aku terus melangkah hingga sampai di anak tangga pertama untuk naik. Sambil mendaki tangga, kepala aku tundukkan. Bukan sebab tak mahu tengok dia tapi sebab berjaga-jaga. Nanti tak fasa-fasal tergolek pulak aku atas tangga tu sampai ke bawah. Sakit dapat, malu pun dapat. Depan dia pulak tu.! Nanti dia kata hukum karma pulak sebab buat dia jatuh hati dekat aku. Sebelum aku jatuh tangga baik aku berhati-hati melangkah. Jatuh cinta aku rasa tak seteruk jatuh tangga. Jatuh cinta melibatkan hati saja, tapi kalau jatuh tangga habis semua terbabit. Dibuatnya kaki atau tangan aku patah, dah tentu jatuh saham aku. Paling kurang pun duit hantaran dah tentu kurang seribu.

“Masuk pagi ke?”

     Aku tersentak bila dengar suara dia bertanya. Aku nak senyum tapi tiba-tiba rasa tak pandai nak ukir senyuman untuk dia. Aku panggung kepala dan sekilas memandang dia lalu mengangguk sekali. Nak tunjuk perasaanlah konon! Biar dia tahu aku pun ada perasaan bila diri tak diendahkan. Langkah ku teruskan hingga sampai ke loker aku. Cepat-cepat uniform kerja aku yang ala-ala orang bulan tu aku keluarkan. Aku kena masuk awal untuk berjumpa dengan Kak Zah leader shift malam. Mesti ada sesuatu yang nak disampaikan sebelum dia balik.

“Atee..!”

 Aku tersentak bila nama aku diseru. Aku cuba bersahaja tanpa pandang muka dia. Tak tengok pun aku dah tahu siapa. Uniform kerja aku pakai cepat-cepat.

“Pandanglah sini..!” Bisiknya di belakang aku. Aku tak endah rayuannya.

“Kenapa ni..?” Dia tanya lagi.

 Berkerut dahi aku dengar soalan bodoh dia. Hampir dua bulan dia dera perasaan aku, sekarang dia tanya, kenapa? Bengong ke apa manusia ni?

“Orang nak cepat ni, lain kali kita cakap.!” Kataku sambil cepat-cepat kemaskan  uniform kerja yang dah siap di tubuhku.

“Sekejap la..awal lagi ni.!” Pujuk Arie sambil menarik tangan aku supaya mengadap dia.

Aku pandang ke lain. Takmau tengok muka dia. Hati aku sakit bila ingat layanan dia pada aku.

“Saya nak bagi awak something. Harap awak tak menolak”  

Berkerut wajah aku dengan penjelasan dia.

“Layak ke orang terima pemberian awak? Dahlah.! orang dah lambat ni.!” Ujar ku mahu melangkah. Namun cepat-cepat dia menghalang.

“Nantilah..!” Pujuknya tanpa kata maaf. Aku pandang ke arah lain.

“Jangan buang masa orang, boleh tak? Awak bagi je dekat sapa-sapa yang awak nak. Orang ni bukannya apa-apa pun pada awak!” Bentak aku perlahan namun agak kasar. Arie sedikit terkejut tapi bibirnya tersenyum nakal.

“Saya cuma nak bagi pada awak saja.. please.!”

Aku diam membisu. Tanpa jawapan aku bagi keluhan tanda mengalah. Dia tersenyum.

“Kejap ye.” Ujarnya lalu melangkah pergi. Seketika kemudian dia datang kembali pada aku.

“Untuk awak. Ambillah..!”

Melopong mata aku menerima bungkusan hadiah yang agak besar.

“Hadiah apa ni.? Tak biasa dibuat orang bagi hadiah pada hari Tahun Baru tau! Lainlah kalau hari Krismas.!” Aku tanya dengan muka pelik. Setahu aku hari jadi aku lambat lagi. Ke dia nak bagi untuk hari jadi emak aku.? Mm..rasanya tak payah kot..

“Entahlah. Saya sendiri tak tahu. Tiba-tiba rasa nak bagi hadiah pada awak.

“Hari jadi saya lambat lagi tau..!”

“Tau..!”

“Habis.! Beria-ria bagi hadiah. Macam bagi hadiah kawin pulak. Besar pulak tu..! malu orang nak terima.”  Bisik aku perlahan bila tersedar sudah ramai yang masuk. Sempat lagi aku menjeling ke kiri kanan. Nampak ada saja yang sibuk-sibuk memandang dan ada jugak yang cuba curi-curi pasang telinga.

“Saya cuma nak awak tahu yang saya betul-betul sayangkan awak.” Bisik Arie dekat telinga aku. Aku menggeleng hairan.

“Kan awak dah cakap hari tu.. Orang faham dan orang percaya awak sayang kat orang, dan terus terang orang cakap yang orang pun sayangkan awak.. Dahlah.! Saya nak masuk. Nanti kita bincang lain.” Bisik aku pula. Tak selesa bila banyak mata yang memandang. Hadiah yang berada di tangan aku masukkan ke dalam loker. Nasib baik muat.

“Bila awak senang?”  Langkah aku terhenti.

“Rasanya hari ni orang tak senang sebab orang mungkin akan sibuk sepanjang shift ni. Tengoklah lepas habis kerja nanti.”

“Saya tunggu.!”  Jawab Arie lalu terus beredar ke lokernya manakala aku terus masuk line production. Makin pelik aku dengan Arie.

   Masuk dalam line production aku nampak leader aku Kak Zah tengah duduk sambil menanti waktu tamat bekerja. Cayalah Kak Zah.! Nampak lembut tapi kerja macam belut. Bukan macam aku, nampak kasar tapi lembab terkemut-kemut buat kerja. Kelam kabut saja lebih.!

Ha..Tee, Akak nak pesan ni. Lot yang atas rak 3rd optical tu biar A shift yang seatelkan. Dia orang yang buat problem, kita tak payah nak sibuk-sibuk.”

“Masalah apa tu Kak Zah.?” Aku harus tahu. Takut nanti kalau-kalau ada yang bertanya, taulah apa yang aku nak jawab.

Wrong size gold wire. Sepatutnya guna saiz 1.5 mil tapi dia orang guna 1.0 mil. Mula-mula akak ingat abang kamu yag buat, lepas tu baru teringat abang kamu shift lain. Kebetulan nama operator sama.”  Aku terangguk-angguk faham. Tiba-tiba hati rasa berbunga bila perkataan “abang” keluar dari mulut Kak Zah. Rasa seronok sangat.

“Lot yang atas meja ni semua Kak Zah dah cek. Kamu hantar je terus ke QC. Tadi Kak zah nak hantar, tapi dia orang kata dah tak mau buat kerja, masing-masing dah tak sabar nak balik”  Sekali lagi aku mengangguk faham.

“Banyak lot tak hari ni Kak? Malaslah kalau nak ada yang change device. Pening kepala. Tambah pulak teknisyen dalam shit ni bukan macam shit kita.”

“Tu kamu tak payah risau, semua lot akak dah masuk dalam rak. Kamu follow je. Lagipun lot dekat curing pun banyak lagi. Rasanya sampai balik pun tak ada change device.”

     Aku dah rasa macam nak melompat seronok. Tak payahlah aku peningkan kepala tiap kali nak tukar device baru. Dah la teknisyen lambat, kalau dekat shift aku tak apalah, boleh rengek-rengek manja kat dia orang, kompem lepas tu dia orang buat kerja. Tapi sekarang aku dalam shift lain, takkanlah aku nak buat gaya manja dekat dia orang pulak. Lagipun dalam shift Arie ni ramai teknisyen melayu.

 “Hoyeeyy..!!! ni yang buat sayang lebih ni. Rasa macam nak peluk cium je Kak Zah.”

“Pandailah nak bodek.! Dah, start kerja, akak nak balik. Buat elok-elok. Jangan ada yang salah. Jangan lupa, kira eventory betul-betul.” Pesan Kak Zah lagi.

Tiba-tiba aku terpandang Arie sedang laju masuk ke arah module dia. Cepat-cepat aku alih pandangan. Kak Zah yang perasan situasi itu turut menegur.

 “Berperang ke?”

“Perang apanya Kak..?” Muka aku dah mula cemerut.

“Dah lama akak nak tanya. Selalu tu akak nampak mesra saja. Ni dah lain nampaknya. Sorang memandang, sorang lagi mengelak.! Berperanglah namanya tu..!”

 Muka aku dah rasa macam nak terbakar bila ditegur macam tu. Betul ke berperang.?

“Kalau berperang dah lama mati Kak Zah..! kurang-kurang pun cedera parah.!” Aku cuba loyar buruk.

“Hati yang cedera parah, manalah akak nampak..!”

Sindiran tu betul-betuk kena di batang hidung aku.

“Kak Zah pergilah balik.!” Gesa ku apabila Kak Zah makin giat mengusik. Mengekek-ngekek Kak Zah ketawa bila lihat muka aku dah lain macam.

“Tadi kata sayang Kak Zah. Sekarang halau Kak Zah pulak.! Sampai hati..!” Kata Kak Zah lagi pura-pura jauh hati.

 Aku tahu dia tengah senyum. Walaupun hidung dan mulutnya ditutup dengan facemask, dari matanya yang sedikit sepet aku tahu dia cuba menahan tawanya terburai.

“Sorrylah akak..orang tensyen ni. Entahlah. Orang pun tak tau kenapa, tiba-tiba dia buat perangai..!”

“Abang kamu tu nak perhatian lebih..kamu pulak buat tak layan.”

 Aku tersentak. Nampak sangat ke?

 “Kita orang tak ada apa-apalah kak..! Kan orang ada cakap kat akak dulu.” Memang aku banyak ceritakan masalah aku pada Kak Zah. Walaupun aku tahu yang Kak Zah tu belum berkahwin, walaupun umur sudah menjangkau lima puluh tahun, aku percaya pada dia. Dia banyak bagi nasihat. Aku senang dengan dia. Apa saja yang aku luahkan, dia sedia menjadi pendengar dan penasihat.

“Memanglah kamu kata tak ada apa-apa, tapi dia kata, ada apa-apa..!”

Aku diam tak tau nak jawab apa. Nampak sangat ke yang Arie tu ada hati kat aku.? Kalau orang lain boleh rasa, kenapa aku tak pernah perasan pun..? Nampak sangat aku tak pandai hargai orang.

Okeylah.! Akak balik dulu. Lambat-lambat nanti kena tinggal bas pulak. Rumah akak jauh. Lainlah kamu, rumah dekat. Tak larat jalan, abang ada boleh tolong hantarkan..!”

  Terjegil mata aku dengar sindiran macam tu. Kak Zah semakin galak ketawa.

“Tu, abang kamu asyik pandang sini. Adalah benda yang dia nak tu..!” Kata Kak Zah sambil memberi isyarat mata. Aku yang faham dengan gelagat Kak Zah turut menoleh pandang ke arah yang Kak Zah tunjukkan. Berdebar-debar aku rasa tika pandangan tajamnya tepat ke arah aku. Cepat-cepat aku mencapai pen lalu memulakan kerja. Sementara Kak Zah pula sudah hilang dari pandangan mata aku.


   MASUK ni, rasanya dah dua puluh kali aku menguap. Jam baru pukul sembilan pagi. Mata aku dah tak mampu nak buka. Lot pulak makin meninggi atas meja untuk aku periksa sebelum dihantar ke meja Qc. Cepat-cepat aku melangkah keluar untuk ke toilet.  Aku harus segarkan muka aku. Kalau tidak, mesti ada kesalahan yang akan aku buat. Cara untuk aku segarkan mata aku ialah bukan cuci muka tapi buang segala toksid dalam perut aku ni. Petua ni aku dapat dari salah seorang teknisyen india. Nama dia Paul. Mula-mula aku terkejut dan rasa kotor bila dengar dia cakap macam tu. Tapi satu hari aku try jugak sebab mata aku memang dah tak boleh tahan masa kerja malam. Keluar saja dari toilet, mata aku segar bugar. Tak sangka berhasil. Lepas tu aku cuba bagi petua ni pada sesiapa saja yang aku nampak macam mengantuk semasa buat kerja. Macam biasa, riaksi mereka sama macam riaksi aku mula-mula Paul bagitahu dulu. Terserahlah nak percaya atau tidak.

   Aku dengar ada bunyi derapan kaki orang melangkah sambil berbual ketika aku baru sedang membetulkan zip seluar. Aku cuba amati suara itu, dan aku rasa aku tahu siapa. Aku pasang telinga. Tapi kalau tak pasang telinga pun aku boleh dengar jelas. Tandas tu besar. Ada tiga pintu semuanya. Kalau berbisik pun boleh dengar walaupun tandas yang aku pilih berada dihujung sekali.

“Eh, engkau rasa Abang Arie tu ada apa-apa ke dengan leader B shift tu.?”

Aku ketap mulut sambil tersenyum. Hal aku dengan Arie rupanya. Perbualan macam ni bukan benda baru bagi aku. Sejak awal perkenalan aku dengan Arie lagi, aku dah hadapi semua tu. Aku tak hairan pun. Kadang-kadang tu ada yang terang-terang mengumpat fasal aku dan Arie secara berdepan. Tapi kami buat-buat pekak.

“Siapa? Kak Atee?”

Mm..”

“Entah. Ada kot! Kenapa?”

“Macam tak matching je. Abang Arie tu hendsome, Kak Atee pulak nampak lebih berumur. Kalau dengan aku padan lah.”

 Mm..itu kisahnya..! Aku tersenyum lagi. Rasa nak tergelak pulak.

“Ishh.! Pandai-pandai je. Aku tengok okey dia orang tu. Padan.! Kak Atee tu nampak berumur sebab dia jarang manjakan muka dia, tapi takdelah ketara sangat nampak berumur. Lagipun aku ada dengar, Kak Atee tu jauh lebih muda dari Abang Arie tau. Tak silap aku umur dia baru nak masuk dua puluh tiga kot.”
Aku tersengeh. Dua puluh tiga muda lagi ek? Mak aku kata baya-baya aku ni dah boleh beranak tiga orang.

“Dia orang tu ada masalah ke? Masa masuk tadi aku tengok lain macam je. Berbisik-bisik. Menyampah pulak aku tengok..!”

Aku tahan ketawa. Rasa macam nak terkentut pun ada.

“Yang kau sibuk-sibuk sangat kenapa? Lantak dia oranglah.! Aku suka tengok dia orang tu. Nampak sweet sangat.! Aku dengar cerita, abang Arie memang ada hati pada kak Atee tapi Kak Atee cuma anggap abang Arie kawan saja.”

“Aku tak percayalah!”

“Ha..ada pula yang cakap, dia orang bukan bercouple, tapi dia orang tu macam teman tapi mesra. Lagipun aku dengar Abang Arie tu playboy. Takkan Kak Atee nak pilih Abang Arie kot. Aku rasa betullah Abang Arie tu playboy, sebab tu Kak Atee tak terima Abang Arie. Lagipin banyak kali aku nampak abang Arie tu berdating dengan budak line bawah. Budak tu aku tengok pun gedik semacam.”

Aku tersenyum kelat. Kasihan Arie sebab dapat gelaran popular tu. Tapi aku rasa terkilan sikit fasal budak gedik yang dibualkan budak berdua tu. Betul ke awek Arie? Selama ni Arie tak pernah cerita pun mengenai mana-mana perempuan pada aku. Mungkin betullah budak perempuan tu awek dia. Aku pun pernah tengok dia berbual mesra dengan budak tu.

“Boleh percaya ke? Zaman sekarang, semua tu tak penting. Yang penting duit. Abang Arie tu anak usahawan kaya dekat Tanjung Malim tau. Mesti Kak Tee takmau lepas peluang. Lagi pun takkan dia tak tau apa-apa fasal Abang Arie! Aku tak percaya kalau kau kata Kak Atee tu tak tahu fasal ni.”

“Eh, kau tau tak berapa gaji sebulan Kak Atee tu.?”

 Hah sudah.! Topik gaji aku pun jadi bualan dalam tandas ni. Femous jugak aku ni ek?

“Manalah aku tau..!”

Ha..tu la.. kau tak tau..! Gaji Kak Atee tu lima kali ganda dari Abang Arie tu. Kak Atee tu nama saja operator tapi gaji dia sama taraf dengan instructor tau tak?”

Mulut aku dah ternganga luas. Mana dia orang dapat cerita ni?

“Kerja leader tu pun dia buat sebab terpaksa saja. Tengok situ pun dah tau yang Kak Atee tu tak ingin pandang duit ringgit Abang Arie tu. Tambah-tambah pulak abang Arie tu cuma operator je. Lelaki, kalau kerja setakat operator saja, siapa yang nak? Kalau bagi free kat aku pun, aku taknak.!”

Aku ketap bibir. Mana dia orang tahu fasal ni.? Siapa yang pandai-pandai bocorkan rahsia ni? Setahu aku hal ni hanya aku dan supervisor aku saja yang tahu. Lepas aku lulus traning job leader, supervisor aku syorkan aku mohon jawatan sebagai instruktor. Aku setuju dan tak sangka aku diterima. Selepas tiga bulan aku layak pegang jawatan tu dan sampai sekarang kalau tengok pay slip gaji aku tertera jawatan sebagai instruktor. Selepas muncul instruktor baru, aku mohon untuk kembali production sebab aku suka kerja tekan-tekan mesin.

Agh.! Aku tak percayalah.! aku tengok Kak Atee tu macam bodoh-bodoh tengin je.. mustahil jadi intruktor..! Mata duitan adalah..!”

Ish..kau ni memang tak sayang mulut.! Terpulang nak percaya atau tidak. Aku tengok sendiri pay slip gaji dia.”

   Aku dah rasa macam nak keluar saja dari toilet supaya aku boleh tenyeh-tenyeh mulut budak tu. Dia ingat aku ni apa? materialistik? Huh! silap oranglah! Aku nak hidup, tak pernah bergantung atas kudrat orang. Tapi, betul ke Arie tu anak usahawan kaya? Selama ni aku tak pernah ambil tahu pun fasal keluarga dia. Cuma fasal adik beradik dia yang sembilan orang tu saja. Itu pun kebetulan dengar dia cerita pada emak dan ayah aku.

   Aku keluar dari toilet selepas pasti budak-budak tu beredar dari situ. Semasa aku melalui laluan di loker untuk memakai uniform, aku berselisih dengan budak dua okor tu. Aku bagi senyuman yang paling manis. Sorang balas tapi yang sorang lagi mencuka. Aku tahulah siapa yang mulut longkang tadi.

“Hai Kak Tee..! Keluar makan ke?” Tanya Sakinah.

“Taklah. Awal lagi..! Kak Tee rehat pukul sepuluh.”

“Dari mana.?” Dia bertanya. Agaknya dia memang dah tahu sebab aku datang dari arah toilet.

Toilet. Dekat setengah jam akak dalam tu, sakit perut!” Jawabku dengan senyuman tersirat. Aku perasan dia orang berdua seperti terkejut.

“Kami nak pergi makan. Akak nak pesan apa-apa?” Sakinah cuba memulihkan keadaan tapi aku buat biasa saja.

Takpelah! Abang Arie ada. Nanti akak suruh dia belikan saja. Dia banyak duit, apa salahnya akak kikis duit dia sikit. Bukan luak pun. Bapak diakan usahawan kaya. Tambah-tambah pulak Kak Tee ni kan mata duitan. Dah memang menjadi kepakaran Kak Atee buat semua ni. Lagipun siapalah Kak Tee ni, operator je.. gaji pun tak bayak mana..! Dah macam bonus pula dapat balak macam Abang Arie yang kaya raya tu!”

     Sindiran aku tu rasanya mampu buat budak mulut longkang tu jatuh terduduk. Tambah pulak aku sengaja tekankan perkataan ‘bapak dan mata duitan’ tu bagi keras sikit bunyinya. Selesai beruniform aku cepat-cepat melangkah masuk semula untuk sambung kerja. Buang masa saja melayan budak-budak tu. Kerja aku kat dalam tu bertimbun-timbun. Hampir aku tergelak besar bila mendengar komen Sakinah pada sahabatnya.

“Tu la engkau..cakap tu tak reti nak berlapik. Rasakan.! Kalau Kak Atee cerita dekat Abang Arie, engkau jugak yang malu.!”

“Mana aku tau dia ada dalam toilet tu..!”

“Nasib baik Kak Atee tu bukan jenis serang orang. Kalau tak habislah mulut tu dia sental dengan berus jamban. Masa tu baru engkau ada akal.!”

No comments: