PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 7 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

7
NUR
Aku tak punya perasaan untuk mencintai sesiapa. Kejamkah???
SIAPA dia ek? Rasa macam kenal! Aku cuba ingat kembali wajah pemuda tadi. Tapi aku masih tak dapat jawapan pada soalan aku tadi. Beg sandang yang aku galas tadi, aku letakkan atas katil. Badan aku yang terasa penat, aku hempaskan perlahan atas katil bersaing king yang aku beli tiga bulan lepas. Hilang sedikit rasa lelah namun senggugut yang aku rasa sejak pagi tadi masih terasa. Kedua-dua tangan aku depakan lapang. Rasa rilax dalam keadaan begitu. Siling putih yang terukir bunga awan larat aku pandang dengan pandangan kosong. Namun fikiran aku masih pada wajah pemuda yang aku jumpa di Sunway tadi.
Bunyi isyarat mesej masuk kedengaran dari dalam beg sandang aku tadi. Rasa malas nak tengok kerana tumpuan aku sekarang ialah mencari jawapan pada soalan yang mula bermain sejak di Sunway tadi.

Hisy! Tak boleh-tak boleh! Bukan penting pun siapa dia!” Baru tersedar dari pemikiran yang berlebihan. Aku lantas bangun dari pembaringan lalu tuala berwarna kelabu di ampaian kecil di sebelah bilik air aku capai dan terus melangkah ke bilik air. Walaupun aku sedang bercuti solat aku kena mandi. Kalau tidak nanti aku tak boleh tidur. Di Sunway tadi aku hanya boleh cuci mata meliihat kawan-kawan aku bermain air. Geram sangat. Dahlah nak pergi ke tempat macam tu payah nak dapat peluang. Bila dapat pergi terhalang pulak program. 

Keluar dari bilik air aku dengar ada panggilan masuk. Cepat-cepat aku selongkar beg aku tadi. Bila jumpa teman rapat aku tu, butang answer aku tekan dan cepat-cepat aku jawab tanpa melihat siapa pemanggil di talian. Salam aku jawab setelah pasti si pemanggil memberi salam. Namun suara yang berada di hujung talian buat aku berkerut dahi memikir siapa di sana. Lelaki?

“Siapa ni ek?” Aku tanya dalam debar. Sebelum ni tiada lagi kaum adam yang bercakap dengan aku dalam telefon dan aku tak pernah beri nombor telefon aku pada mana-mana lelaki kecuali pada pihak-pihak tertentu seperti bank dan hospital..

Aitt! Kekasih sendiri pun tak ingat?”

Aku tarik nafas dalam lalu lepaskan perlahan. Suara romantik di hujung talian buat aku rimas. Ni tak ada yang lain, mesti budak-budak nakal nak menyakat.

“Minta maaf ye! Saya tak ada masa nak melayan kerenah orang macam awak” Talian aku matikan segera. Seketika kemudian berbunyi lagi. Senyap, bunyi semula. Senyap, bunyi semula berulang kali. Tak penat ke mamat ni menekan nombor? Aku pandang pada nombor telefon yang tertera pada skrin cik nokia aku. Memang aku yakin aku tak pernah lihat nombor ini. Nombor yang berpangkal 05 mengesahkan ianya bukan nombor telefon bimbit. Dalam rasa malas aku jawab juga kerana dah tak sanggup dengar cik nokia aku tu menjerit-jerit.

“Awak ni siapa ye? Jangan main-mainlah! Saya tengah penat ni, nak rehat, nak tidur!” Tempikku geram.

“Amboi..! garangnya Cik Nur saya ni. Janganlah marah. Saya belum habis bagi jawapan penuh Cik Nur dah letak.”

Eh, dia tau nama aku la..! Siapa dia ni.? Dari suara macam pernah dengar. Tapi aku tak boleh nak meneka.

Okey! Sekarang awak terus terang, awak ni siapa dan apa tujuan awak telefon saya. Saya bagi tempoh setengah minit. Kalau niat awak sekadar suka-suka dan saya rasa macam tak penting, saya akan terus matikan talian. Faham!” Rasa geram pulak bila dengar dia ketawa. Lucu sangat ke aku cakap ni. Rasanya aku cakap dah habis tegas dah ni..

“Terima kasih kerana sudi beri peluang. Saya cuma nak tahu Cik Nur dah balik dari Sunway atau belum. Sebelum Cik Nur pergi hari tu Cik Nur janji nak call saya. Sampai sekarang tak call. Jadi saya calllah Cik Nur.”

Aku dah terkedu tanpa suara. Aku janji nak call? Aku cuba ingat balik, siapa yang aku jumpa ceritakan tentang aku nak ke Sunway. Namun aku masih buntu.

“Saya cakap macam tu?” Aku tanya pelik. Nada suara aku pun dah menurun. Hilang rasa marah dan geram kini timbul rasa malu jika apa yang dia cakap benar sebenar benarnya.

“Mm..!”

“Awak ni siapa?” Aku tanya minta kepastian. Hairan betul aku, manalah dia dapat nombor aku ni?

“Saya Dokter Zikri. Dah lupa?”

Aku gigit bibir kuat-kuat. Berkerut-kerut wajah aku menahan malu. Masa tu aku rasa macam nak menyorok bawah katil. Rasa macam dia ada depan aku pulak. Kepala aku ketuk-ketuk menyesal kerana kealpaan aku pada janji yang aku dah buat. Beristigfar panjang aku…

“Masyaallah..! Mintak maaflah dokter, saya betul-betul tak ingat. Ni nombor telefon mana pula ni? Rasanya nombor hospital bukan nombor ni. Dokter tunggu saya call ke?”

“Mm..! Sorry..saya buat panggilan ni dari rumah. Bukan hospital.”

Alahai..rasa bersalah pula sebab tengking dia tadi. Tapi apa yang aku nak kesalkan? Bukan salah aku pun. Dia yang call aku guna nombor telefon rumah, siapa suruh! Aku dah rasa nak gelak besar tapi aku tahan. Nanti kalau aku gelak dia ingat aku main-main pulak. Aku ni kalau dapat gelak dah tak ingat dunia. Tambah-tambah lagi kalau melihat atau mendengar cerita lucu. Silap-silap kalau ada orang datang nak meminang kompem patah balik sebab tak jadi meminang.

“Saya mintak maaf sebab buat dokter tunggu. Terus terang saya cakap, saya memang lupa sangat.!”

“Yelah..orang tengah seronok, mana nak ingat pada saya ni!”

Suara menjauh dokter Zikri dah buat aku tersenyum-senyum. Apa keslah dokter ni. Aku cakap nak call sebab nak tahu perkembangan emak, dia pulak buat suara merajuk sebab tak call dia. Pelik betul dokter sakit jiwa ni. Jangan aku sakit jiwa macam dia sudahlah.

“Buruklah dokter, buat suara macam tu! Hilang macho” Usikan aku tu buat dia ketawa. Kalaulah dia tahu bagaimana perasaan aku di Sunway, mesti dia tak cakap macam tu. Hai dokter..! apa-apa jelah…!

Okeylah! Saya cuma nak bagitahu tentang emak awak saja. Hari ni emak awak mogok tak nak makan. Puas saya dan nurse pujuk, tapi dia tetap macam tu. Saya rasa sebab awak tak ada kot!”

Cerita dokter Zikri buat aku gelisah. Rasa menyesal pula kerana tinggalkan emak. Patutlah awal datang bulan aku bulan ni. Rupanya Allah tak restu aku ke sana.

“Sekarang macam mana?” Aku dah susah hati. Kalau emak tak makan, macam mana nak makan ubat. Sah-sah ubat pun tak makan.

“Saya suruh nurse tinggalkan roti di biliknya. Manalah tahu kalau-kalau dia lapar. Tapi sebelum saya balik tadi, saya lihat roti tu dah tak ada. Yang ada hanya plastik roti. Saya yakin dia dah makan. Sebelum dia tidur saya dah arahkan agar nurse bagi ubat.”

Aku mengeluh lega. Harap-harap tak ada apa yang jadi.

“Terima kasih ye dokter! Menyusahkan dokter pulak. Sedangkan saya berseronok dengan kawan-kawan.”

“Eh! Janganlah cakap macam tu. Tukan dah menjadi tanggungjawab saya.”

“Tapi saya anaknya. Sepatutnya tanggungjawab tu atas bahu saya.”

Okeylah! Awak rehatlah. Baru balikkan?”

“Mm..terima kasih dokter! Insyaallah, kalau tak ada halangan, esok saya ke sana.”

“Baiklah. Tapi esok saya tak ada. Saya kena temankan umi saya pergi kenduri kawin kenalannya di Perlis.”

Okey!”

Selepas talian tamat, aku duduk termenung. Rasa menyesal masih aku rasai. Rasa malu pada Dokter Zikri pun tak hilang lagi. Aku pandang jam di dinding. Sudah pukul lapan setengah malam rupanya. Tiba-tiba perut aku berbunyi tanda masa untuk makan. Lalu aku turun ke dapur. Buka saja peti ais samsung aku tu, aku senyum sinis. Tak ada apa yang boleh aku makan. Teringat biskut Hup Seng yang aku beli minggu lepas. Jadilah untuk malam ni..!

Sambil membawa secawan milo panas dan setin biskut Hup Seng ke ruang tamu, aku menyanyi kecil. Remort asrto aku capai dan mula memilih chanel. Hm..layan cerita melayu.

Kalau dulu aku jarang menonton cerita melayu. Bagi aku cerita melayu tak ada kisah lain selain cerita cinta. Bosan! Cepat mengantuk kalau aku tengok. Tapi sejak aku kenal dengan Nancy, citarasa aku berubah. Nancy banyak mengajar aku sebuah cinta dalam kehidupan. Kadang-kadang aku rasa segan dengan Nancy. Nancy suka menonton cerita melayu sedangkan aku yang melayu pun tak suka cerita macam tu. Selain filem melayu, Nancy menggalakkan aku membaca buku-buku yang mengisahkan tentang hubungan kasih sayang dalam kekeluargaan. Aku tahu maksud Nancy tu. Sejak aku ceritakan masalah keluarga yang melanda dalam keluarga aku pada dia, Nancy banyak memberi kata-kata nasihat agar aku bersabar. Walaupun aku boleh terima nasihat-nasihatnya, namun aku masih belum boleh terima apa yang telah terjadi pada aku dan emak. Bagi aku apa yang terjadi benar-benar sesuatu yang kejam.

Cinta? Pada aku definisi cinta beerti sayang pada orang yang kita sayang. Siapa yang aku sayang? Jawapannya ialah Allah yang paling utama dan selamanya. Kemudian emak, arwah Mak Da dan ibu angkat aku Dokter Aziyan. Tiada orang lain yang layak mendapat cinta dan sayang aku selain mereka di muka bumi ini.

Cinta pada lelaki? Ah! Sebut saja cinta lelaki aku dah rasa seram. Bila mengingatkan apa yang terjadi dan apa yang diceritakan oleh Mak Da pada aku dulu, hati aku cukup buat aku bertambah benci pada mereka. Di mana letakkan nilai-nilai kemanusiaan dalam jiwa lelaki? Sedih aku rasa jika melihat apa yang terjadi pada emak. Emak menaggung siksa hingga kini atas kekejaman yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah pada aku. Kerana emak tidak mengizinkan ayah berkahwin lain, ayah tinggalkan emak begitu saja tanpa ucapan cerai dan talak yang ketika itu emak sedang mengandungkan aku pada usia aku dua minggu.
Ah! Terlalu kejam aku rasa sikap ayah pada emak. Paling kejam bila kakak-kakak dan abang aku ayah bawa pergi. Akhirnya selepas empat bulan emak lahirkan aku, emak jadi murung. Mak Dalah yang jumpa aku sedang menangis kelaparan di sisi emak yang pengsan tak sedar diri. Selepas itu emak jadi murung. Dan kesannya emak jadi seperti tak siuman dan terpaksa diletakkan bawah jagaan Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Sejak itu Mak Dalah yang ambil alih menjaga aku. Tiap-tiap minggu Mak Da membawa aku melawat emak sehingga aku besar. Selepas tamat SPM, aku terpaksa berjauhan dari Mak Da dan emak kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke jepun.

Sejak aku tahu cerita dari Mak Da, aku jadi pendendam pada lelaki. Pernah juga satu hari dulu aku simpulkan hati untuk musnahkan semua yang bernama lelaki. Tapi apalah kudrat yang aku ada sebagai kaum hawa yang lemah. Mereka manusia dan bukan semua lelaki bersikap kejam seperti ayah. Namun hati aku ni tertutup rapat menerima sebuah cinta dari seseorang bernama lelaki. Bagi aku dunia aku sekarang hanyalah emak.

Kadang-kadang aku hairan dengan Nancy. Jika nak dibandingkan sejarah dia dengan aku, sejarah dia lebih memeritkan dan menyakitkan hati. Aku tak tahu bagaimana aku kalau berada di situasi dia. Menurut Nancy, Bapanya tinggalkan dia gara-gara mahu berkahwin dengan wanita melayu. Kerana emaknya tidak izinkan, bapanya naik hantu lalu membunuh emaknya. Paling memilukan seorang abang dan seorang kakaknya turut menerima nasib yang sama. Ketika itu dia berumur empat tahun. Kejadian itu terjadi betul-betul depan matanya ketika dia sedang bermain di dalam bilik. Mungkin tuhan memang nak umurnya panjang dan sejak itu Nancy dijaga di bawah lindungan kebajikan masyarakat.

Apa yang aku pelikkan, Nancy seakan-akan boleh menerima semua yang terjadi. Namun siapa yang tahu di sebalik hatinya pasti ada kelukaan. Kadang-kadang aku takut juga kalau-kalau Nancy punya niat tak baik berkawan dengan aku. Mungkin dalam diam dia masih ada menyimpan dendam pada orang melayu seperti aku. Tapi setelah lama aku berakan dengan dia, Nancy mempamirkan watak seorang sahabat yang mulia pekerti. Tidak pernah dia keluarkan kata-kata kesat pada kaum melayu. Apa yang aku hairankan, dia seolah-olah sudah jatuh hati pada islam. Pernah juga sekali disuarakan niatnya untuk cuba bersolat. Aku bagaikan hilang kata-kata tak tahu nak jawab apa. Bila dia seperti merayu, aku terpaksa terangkan satu persatu syarat-syarat jika dia nak bersolat.

“Kenapa ada syarat kalau saya nak solat? Susahlah! Tapi kalau saya nak cuba puasa, boleh?”

Aku tersenyum lucu melihat wajah kecewa Nancy. Jauh di sudut hati aku, moga hati Nancy masih dengan pendiriannya. Cuma dia perlulah mengikut syarat.

“Tak jadi masalah. Tapi awak tahan ke?”

“Saya belajarlah..!”

“Awak ni macam berminat tentang islam. Ada ura-ura nak tukar agama ke?”

Nancy tidak menjawab malah hanya tersenyum lebar.

Sejak itu aku perasan, Nancy tak henti-henti bertanyakan tentang islam. Aku pulak hanya beri jawapan yang aku mampu beri. Jika ada kemushkilan aku kenalah rujuk pada orang yang berhak dan lebih arif. Aku pun bukan pandai sangat. Macam sekarang ni laman sosial banyak. Taip saja pasti dapat jawapan. Seperti aku, aku lebih suka berinteraksi dengan Ustazah Nurbakyah, Ustaz Aqashah dan Uztaz Kazim Ilyas. Mudah dan jawapan yang aku dapat mudah untuk aku faham.

Perkenalan aku dengan Nancy benar-benar aku hargai. Susah nak dapat rakan seperti dia. Aku jumpa dia ketika aku sedang makan di Taman kanak-kanak. Ketika itu waktu malam aku bersendirian makan di situ. Almaklumlah..ketika itu aku baru pulang ke tanah air. Kawan-kawan pun tak ada. Ketika mahu keluar dari kawasan taman itu, aku ternampak Nancy sedang menangis teresak-esak di tepi jalan menuju masuk taman itu. Dengan rasa simpati aku mula menegurnya. Aku sangkakan masalahnya besarlah sangat, rupa-rupanya sebab gedung Kamdar yang terletak di sebelah Taman itu sudah ditutup. Paling mengecewakannya hari itu adalah hari terakhir jualan murah. Hmm..Nancy..Nancy..!

Sejak itu aku mula rapat dengan dia. Dia jugalah yang menawarkan aku berkerja tempat dia berkerja. Menurutnya kilang tempat dia berkerja memerlukan seoarang tenaga pengajar mahir lulusan luar negara. Dengan berkat doa, aku diterima. Memang aku ucapkan ribuan terima kasih pada Nancy. Tanpanya tak mungkin aku hidup selesa seperti sekarang.


AIDIL
 “MACAM MANA? Best tak jalan-jalan dengan Paksu?” Tanya Kak Zana pada anak-anaknya sejurus aku, Misya dan Marsya keluar dari kereta.

Best mama..! Rugi mama tak ikut. Kalau tak pasti mama boleh tengok paksu main mata dengan awek cun!”
Melopong mata dan mulut aku dengar Misya cakap macam tu. Tak sangka dalam diam peristiwa tadi jadi perhatian pada anak-anak saudara aku. Hish! Malu betul.

“Apalah Misya ni! Tak boleh simpan rahsia langsung. Tak genglah..!”Rungut ku sambil mencubit pipi lembut Misya.

“Mm..dapat ke?” Kak Zana tanya sambil tersenyum usik. Aku menyebik tanda hampa.

“Paksu tu slow sangat. Kalau tidak tadi dah dapat dah..!” Jawab Misya lagi. Mengekek-ngekek Kak Zana ketawakan aku.

“Paksu tu nak tunggu awek tu yang tegur dulu. Jangan haraplah..!” Tiba-tiba Marsya menyampuk. Lagi kuatlah suara Kak Zana ketawakan aku.

“Ish-ish-ish..! Budak-budak ni. Tak habis-habis salahkan paksu.” Rungutku lagi lalu tersengeh pada Kak Zana. Setelah bayang budak-budak tu hilang aku dan Kak Zana menapak masuk dalam rumah. Pasti Misya dan Marsya ke belakang melayan Bubu dan Mirang.

Dady mana long?”

“Ada kat atas. Badan tak sihat katanya. Sebab tu kaklong datang sini. Ingatkan Dil balik lambat. Sebab tu kaklong bagi mesej tadi.”

Aku angguk sekali tanda faham. Memang dalam perjalanan balik tadi aku terima mesej dari Kak Zana yang mengatakan dia tunggu budak-budak di rumah dady. Mula-mula aku cadang nak terus hantar bdak-budak ni ke rumah mereka sahaja. Tapi bila dah dapat mesej begitu dari Kak Zana, aku ikut saja. Senang sikit kerja aku.

Rasa kesal pulak sebab tinggalkan dady sendiri di rumah. Entahlah, aku pun tak tahu kenapa. Sejak minggu lepas aku perasan dady seakan murung. Suka bersendiri dan melamun. Kadang-kadang aku nampak dady tersenyum sendiri dan kadang-kadang berduka lara.

Dady tu ada masalah ke kaklong?”

“Entahlah Dil! Kaklong pun tak tahu. Tapi apa yang kaklong perasan, dady suka melamun sekarang ni. Pejabat pun jarang-jarang pergi. Nasib baiklah budak-budak dekat pejabat tu boleh diharap.” Kenyataan Kak Zana aku angguk kepala. Kadang-kadang aku tak faham dengan sikap dady. Dia lebih suka menyendiri jika ada masa terluang.

“Susah-susah sangat kaklong sajalah yang uruskan syarikat dady tu.” Aku cuba menyakat Kak Zana. Seawalnya aku memang tahu dia kurang berminat dalam kerja pemasaran.

“Ah! Kenapa kaklong pulak? Dil sajalah yang buat. Kaklong tak minat.” Bentak Kak Zana sambil menjeling. Aku ketawa mengekek. Sebelum ni dady pernah suarakan hajatnya mahu aku uruskan syarikatnya yang sudah hampir sepuluh tahun beroperasi selepas beberapa tahun dady pencen dalam ketenteraan. Tapi aku menolak. Lagipun memang aku tak minat kerja dalam pejabat. Aku cepat bosan kalau kerja yang membabitkan perbincangan dengan orang yang aku tak kenal.

“Tapikan long, Dil pun hairan dengan sikap dady tu. Bila tanya dia taknak cakap. Serba salah dibuatnya.”


SELEPAS Kak Zana dan anak-anaknya pulang aku naik ke bilik membersihkan diri. Usai solat aku turun menuju ke belakang. Cadang tadi nak tidur sebentar sebab tadi aku rasa letih sangat. Tapi mata dah segar bila lepas solat.

Dari pintu dapur aku lihat dady sedang berbual dengan Mirang. Manakala Bubu asyik bermain dengan bola kesayangannya di kaki dady. Sambil berdehem aku sengeh pandang muka dady yang sedikit terkejut dengan kehadiran aku di situ.

“Bila balik? Dady tak perasan pun!”

“Pukul lima tadi. Dady yang tak sedar sebab asyik melamun dalam bilik.” Ujar ku sambil berdesit-desit memanggil Bubu. Mengekek aku ketawa melihat Bubu terkedek-kedek datang ke arahku. Badannya yang pendek, bulunya yang panjang kelihatan lucu sangat. Misainya yang panjang berjela menampakkan Bubu segak dan kelakar.

Dady sunyi.”

“Ha..nanti Dil carikan calon terbaik untuk dady. Tak adalah dady sunyi lagi.” Aku cuba berseloroh. Dady tersengeh malu. Seketika kemudia dady beriaksi serius. Aku dah rasa serba salah. Agaknya lawak aku tadi agak melampau.

Dady masih ingatkan mummy ek?” Dady senyum hambar pada aku lepas aku tanya. Kemudian kedengaran dady mengeluh lemah. Seperti orang putus asa saja.

“Dil rasa mummy tak marah kalau dady nak kawin lagi. Dil yakin mummy pun harap dady kawin sebab tak sanggup tengok dady sunyi macam ni.”

“Dil tak faham perasaan dady!” Dady mula bersuara sayu. Aku pelik.

Dady ada masalah ke? Boleh Dil tahu? Manalah tahu, Dil boleh tolong.”

Dady hanya menggelang kepala sambil tersenyum kelat.

“Biarlah masa yang menentukan” Ujar dady lalu bangun meninggalkan aku sendiri di situ. Hairan betul aku dengan sikap dady. Agaknya apalah masalah yang besar sangat sampai dady berkeadan begitu.

Ketiadaan dady di situ buat aku terfikirkan gadis yang aku jumpa tadi. Terfikir-fikir aku sendiri siapa dia sebenarnya. Aku rasa macam pernah tengok redup mata tu. Wajah tanpa senyuman itu rasanya aku pernah lihat. Tapi bila pertama kali dia senyum, aku hilang kata-kata. Tapi aku rasa yakin sangat yang aku memang pernah jumpa dengan dia sebelum ini.

No comments: