PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 8 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

8
NUR
Lupa diri sejenak apa kemampuanku.. Namun aku sedar siapa diri ini yang sebenarnya..
AWAL-awal lagi aku dah mula bersiap nak ke tempat kerja. Sebentar lagi Nancy pasti sampai untuk menjemputku. Keretaku terpaksa aku pinjamkan padanya kerana menghantar Nisa, Mila dan Syasya pulang dari Sunway kelmarin. Semalam pun aku terpaksa ambil teksi untuk melawat emak. Untuk menyuruh Nancy menghantar keretaku, rasanya tak gamak pulak. Mesti dia masih penat memandu jauh kerana pergi balik Nancy yang drive. Nasib baiklah Nancy seorang rakan yang memahami tentang aku yang sering senggugut tiap kali datang bulan. 

Masalah aku ni mula aku terima sejak umur empat belas tahun. Entah kenapa tiap kali datang bulan pada hari pertama, badan aku cepat letih dan lemah tak bermaya. Dah bermacam-macam vitamin aku telan, namun masih tiada perubahan. Nasib baiklah kesakitan yang aku rasa tak lama. Mungkin kerana faktor badan kot buat aku rasa cepat letih. Dengan berat badan hanya empat puluh lapan kilogram, aku rasa macam nak melayang bila berjalan. Nancy kata aku dah macam tengkorak bila berjalan. Lawak betul kawan aku tu. Ada ke patut dia kata aku macam tengkorak.! Aku tak ambil hati pun sebab dulu masa di jepun pun Tanaka ada cakap macam tu pada aku.

Faktor keturunan? Jika dilihat bentuk badan emak, taklah kurus sangat. Cuma emak tinggi seperti model. Aku pulak nak kata tinggi sangat pun tidak. Sekadar 162 cm sahaja. Kira sesuailah tu dengan berat badan empat puluh lapan kilogram. Badan ayah? Entah! Aku pun tak tahu kerana sejak dilahir ke dunia aku tak pernah lihat sekali pun raut wajah dan bentuk tubuh ayah. Yang aku tahu ayah seorang tentera perisik. Dah terbayang-bayang tubuh sasa ayah yang berjawatan sebagai tentera perisik. Mesti segak dan bergaya.
Pernah juga aku terfikir nak tanya mengenai ayah pada emak. Namun bila memikirkan keadaan emak yang seperti mayat hidup, aku pendamkan sahaja. Hanya cerita Mak Da saja yang aku dengar. Itupun menurut Mak Da dia tak yakin sangat sama ada ceritanya itu benar atau salah. Dia hanya sampaikan apa yang dia tahu saja. Nak cerita lebih-lebih dia tak berani. Takut dikata fitnah pulak.

Sorry..! aku lambat sikit” Laung Nancy setibanya di hadapan rumah yang sudah menjadi milik mutlak aku sebulan yang lepas.

“No hal lah! Sarap dulu nak?” Pagi-pagi macam ni aku cepat lapar. Sudahlah malam semalam sebiji nasi pun tak masuk dalam perut. Rasa menggigil kaki aku menahan lapar.

Okey! Tapi kat mana?” Tanya Nancy sambil menggerakkan kereta.

“Mana-manalah. Janji perut aku terisi benda makan” Ujar ku sambil tersenyum.

“Dah sihat ke belum ni?” Nancy bertanya tentang aku yang sejak semalam asyik murung kerana senggugut. Aku tersenyum lebar. Dia memang kawan yang perihatin.

Okey dah!”

“Lain kali kalau nak pergi lagi kena plan jadual betul-betul. Kalau jadi macam semalam, dah tak seronok nak happy-happy.”

“Tulah..! Dahlah nak pergi susah. Bila dah dapat pergi jadi macam ni pulak!” Aku mengeluh kesal. Kecewa sangat sebab tak dapat main macam empat kawan aku yang lain.

“Tapi berbaloilah jugak sebab dapat main mata dengan abang encem!” Usik Nancy tersenyum-senyum. 

Aku menjeling tajam. Serta merta ketam batu aku naik ke peha Nancy yang terdedah. Skirt paras lututnya yang dia pakai sedikit terangkat hingga ke peha bila dia duduk semasa drive memudahkan aku melangsaikan tugas mengetil pehanya.

“Bukan dapat pun..!”

“Hai..! Dah jatuh hati ke..?” Nancy bertanya sambil menggabus pehanya yang pedih. Tergelak kecil aku melihat mukanya yang berkerut-kerut. Hmm..rasakan..!!

“Tak ada maknanya! Aku takkan terpikat dengan mana-mana lelaki.”

“Habis tu, yang sibuk-sibuk melayan kenapa? Senyum-senyum, lepas tu siap lambai tangan. Bukan bagi harapan ke namanya tu?” Nancy seakan kurang puas hati dengan jawapan selamba aku.

“Sebenarnya aku teringatkan seseorang. Aku rasa macam aku kenal mamat tu. Tapi aku tak ingat.”

“Kawan sekolah kau kot! Mm..tak pun bekas boipren kau. Duda kau? Tak pun  mm..madu kau! Ha..! tak pun kawan fakulti?”

Aku geleng-geleng  kepala dengar tekaan melampau Nancy. Terkekeh-kekeh Nancy ketawakan aku. Tapi tiba-tiba aku terfikirkan jawapan terakhir Nancy tadi. Kawan fakulti?

“Ha..aku dah ingat..! Mamat tu bekas pakwe kawan baik aku Azie. Masyaallah..! patutlah aku rasa macam pernah tengok.!” Dalam hati aku dah nak tergelak bila ingat pada Azie.

“Bekas? Mm..adalah peluang.” Nancy tak henti-henti menyakat aku.

“Peluang apa?”

“Peluang nak memikat!”

“Ah! Tak ingin aku budak kerek sombong tak kena tempat tu! Ego tak kena gaya. Budak tu kalau nak berkawan, dia tak pandanglah orang macam kita-kita ni.! Dia nak berkawan yang setaraf dengan dia saja. Kasihan kawan aku kerana sikap sombongnya tu.” Merungut-rungut aku dengan sikap lelaki yang pernah kecewakan kawan baik aku. Dalam hati aku tersenyum bila teringatkan Azie yang sekarang sedang bahagia dengan Razif. Dengar khabar baru-baru ni, Azie sedang berbadan dua. Alhamdulillah..harap-harap mereka kekal hingga ke syurga.

“Tapi semalam aku tengok dia macam syok je dekat kau”

“Dia baru tengok aku tapi dia tak kenal aku. Aku yakin dia memang tak cam aku. Lagipun masa belajar dulu pun dia mana pernah tegur atau berbual dengan aku. Dengan Azie tu pun sebab Azie tu anak orang korporat.”

“Alah..! tak salah kalau berkawan kan..?”

“Tak naklah aku! Lagipun dia dah ada anak. Kau tak nampak semalam? Agaknya dia yang curang, sengaja jadikan alasan kawan aku curang sebab nak tutup salah.”

“Tapi semalam aku nampak anak-anak dia tu semua dah besar-besar. Mustahil anak dia. Entah-entah anak saudara dia. Rupa pun tak sama. Mamat tu aku tengok macam orang cina. Tapi anak-anak dia sejati muka melayu. Ikut muka mak kot..! Tapi semalam aku tak nampak pun muka isteri dia!”

Aku terdiam tak tahu nak balas apa. Agaknya betullah kot apa yang Nancy cakapkan tu. Tiba-tiba aku terlintas nak mengusik Nancy.

“Tapi mamat tu ada iras-iras kaulah! Orang melayu ada cakap, kalau muka sama, maknanya ada jodoh!” Mengekek-ngekek aku ketawa melihat Nancy sudah buat muka muncung empat belas. Padan muka! Sibuk sangat menyakat aku. Bila kena balik dekat dia, tahu pulak nak buat muka.


PERBUALANKU dengan Nancy berakhir setelah Nancy menghentikan keretanya di petak parking kawasan kilang. Disebabkan gerai makan Mak Tun berada di seberang jalan, aku dan Nancy terpaksa menyeberangi jalan raya.

“Nak makan apa?” Tanya Nancy sebaik tiba di gerai Mak Tun. Mata aku melilau melihat juadah. Tengah-tengah aku lapar ni kalau letak nasi kosong pun aku bedal sampai licin. Tapi pagi-pagi macam ni mana ada gerai yang jual nasi. Nasi lemak adalah..! Tapi pagi-pagi aku memang tak ambil nasi lemak. Aku takut mengantuk.

“Roti canai tiga keping!” Membutang mata dan mulut Nancy dengar aku sebut menu yang aku baru pilih.

“Boleh habis ke? Banyak tu..!” Tanya Nancy terkejut.

“Tengok oranglah..!” Aku jawab angkuh.

“Sebab dah tengok orang tulah aku yakin sangat roti canai tiga keping tu takkan habis!”

“Cakap jangan sebarang cakap! Nampak je badan kecil tapi berjiwa besar ni!” Aku jawab angkuh sambil tersenyum lebar. Nancy hanya meggeleng kepala melihat telatah aku. Nak taknak dia terpaksa juga oderkan menu pilihan aku itu.

Setelah setengah jam berada di gerai Mak Tun, aku tersandar kekenyangan. Rasa sesak pulak nafas ni setelah tiga keping roti canai selamat masuk dalam perut aku yang kosong sejak pagi tadi. Begitu juga dua gelas air suam yang aku pesan tadi. Mata pun aku rasa dah macam nak layu.

“Jomlah! Dah dekat lapan setengah dah ni. Kalau lambat-lambat nanti lewat pulak.” Gesa Nancy lalu bangun menuju ke arah Mak Tun untuk membuat bayaran. Aku paksa bangun ikut Nancy dari belakang. Namun sempat aku geleng kepala tengok pinggan bihun Nancy yang tak habis. Membazir sajalah nyonya ni!

“Tulah..! Makan macam orang kebulur setahun tak makan. Masa makan tadi tak ingat diri!” Bebel Nancy bila sedar aku berjalan lambat seperti orang mabuk. Lemah sangat. Lengan aku dirangkul erat dan ditarik agar cepat melangkah. Aku ikut saja rentak Nancy. Nak tergelak pun ada lihat sikap Nancy yang tak ubah seperti seorang kakak yang sedang mengawal keselamatan adiknya sedang melintas jalan sambil pandang kiri dan kanan. Beruntung betul aku ada kawan sebaik Nancy. Bukan senang nak dapat kawan yang perihatin seperti Nancy. Tambah-tambah pula dia dari kaum lain.


AKU tarik nafas dalam-dalam. Sejak balik dari sarapan di gerai makan Mak Tun tadi, aku rasa macam sesak nafas. Dada aku tiba-tiba rasa sakit. Rasa seperti dicucuk-cucuk jarum. Sudah! Aku sakit jantung ke pun..? Mintak-mintak dijauhkanlah. Banyak lagi urusan aku yang belum selesai. Kalau boleh sebelum aku tutup mata aku nak lihat emak sembuh. Nak lihat emak senyum pada aku dan aku teringin nak dengar suara emak. Dah hampir dua puluh lapan tahun aku nantikan saat-saat itu. Hingga kini aku masih sabar menanti. Walaupun kadang-kadang aku rasa penantian ni sesuatu yang tiada kesudahan, jauh disudut hati aku, aku masih terus mengharap.

Aku tarik nafas lagi lalu aku hembus perlahan. Namun sakit makin terasa. Akhirnya aku ambil keputusan untuk ke klinik yang berada di sebelah pejabat HR.

“Kenapa Nur?” Tanya Dokter Ling selaku dokter panel yang dilantik bertugas di dalam kilang itu.

“Dada I sakitlah dokter! Rasa macam menyucuk-nyucuk.”

You makan apa pagi tadi?”

“Roti canai tiga keping dengan dua gelas air suam”

Aku rasa nak tergelak bila Dokter Ling seakan tergamam mendengar jawapan aku. Agaknya terkejut fasal tiga keping roti canai tu kot..!

“Wah! Kuat juga you ni makan. Tak padan dengan badan kecil. Habis ke roti canai yang you makan tadi?” Aku angguk laju. Makin besar mata Dokter Ling.

“Malam semalam makan apa?”

“Biskut mayat dengan air milo je”

“Biskut mayat? Biskut apa tu?” Tanya Dokter Ling terkejut.

“Biskut petak empat segi tu.. Biskut Hup Seng! Kalau dekat kampung I, dia orang panggil biskut mayat sebab kalau ada orang meninggal, pihak keluarga si mati akan sedekahkan biskut tu saja pada orang.” Aku jawab sambil tersenyum sinis.

“Ooo..itu macam ka? Mm..You tak makan nasi langsung ke semalam?” Dokter Ling kembali ke topik asal.

“Semalam I senggugut. Tak ada selera nak makan. Sebab tu I makan biskut saja dengan air milo. Pagi tadi I rasa lapar sangat. Nak makan nasi takut mengantuk pula pagi-pagi ni, jadi I makanlah roti canai” Selesai bersuara aku lihat dokter Ling mengeluh panjang. Memang aku makan biskut dengan air milo saja. Cadangnya lepas melawat emak aku nak beli barang dapur untuk masak. Tapi bila memandangkan segugut aku masih terasa, aku batalkan saja niat aku tu dan terus balik rumah untuk berehat.

You tahu tak kandungan dalam roti canai? Makanan tu memang sedap kalau makan pagi-pagi. Tapi kuantiti yang you ambil tu terlalu berlebihan. I tahu you lapar. Masalah you ni berpunca sebab you makan berlebihan dalam keadaan perut you yang kosong. Tambah-tambah lagi badan you tak mampu nak menampung makanan yang terlalu banyak. Lain kali kalau makan tolong beringat. I takut you dapat penyakit jantung nanti. You ada masalah jantung ke?” Tanya Dokter Ling sambil menekan-nekan dada aku dengan stetoskop. Aku geleng kepala sambil menarik nafas perlahan.

“Family you?”

“Emak I, tapi ayah, I tak tahu.”

Mm..tolong hati-hati ye! Bila salah seorang dalam family ada masalah ni, berkemungkinan yang lain turut akan kena. Tekanan darah you pun tinggi tapi masih okey. Lagi satu jangan banyak berfikir. Nanti buat you stress dan boleh buat darah you naik lagi tinggi” Terang Dokter Ling selepas memeriksa tekanan darah ku.

Aku angguk kepala tanda faham. Sebelum keluar dari klinik, Dokter Ling beri aku ubat tahan sakit dan ubat demam kerana katanya badan aku sedikit panas dan ada tanda-tanda nak demam. Aku harap selepas telan ubat ni, aku boleh buat kerja seperti biasa. Tapi kalau masih sama, aku cadang nak minta cuti kecemasan untuk ke hospital. Takut juga kalau-kalau aku ada penyakit yang Dokter Ling cakapkan tadi.


TEPAT jam enam petang aku sampai di rumah. Rasa lega bila dapat pijak lantai rumah. Dada aku yang sakit tadi dah tak terasa lagi. Selepas hantar Nancy pulang ke rumahnya tadi, aku cadang nak ke pasaraya Giant sekejap untuk cari barang-barang dapur. Semalam aku tengok banyak barang-barang dapur aku yang dah habis. Bawang pun tinggal dua biji sahaja. Tapi entah kenapa tiba-tiba badan aku rasa macam nak demam, jadi aku bantutkan rancangan aku tu.

Nasib baiklah Nancy tak perasan perubahan muka aku. Kalau tidak, dah tentu menanah telinga aku dengar dia membebel. Dah macam adik beradik aku pula. Kan seronok kalau ada ramai adik beradik. Dulu masa sekolah, aku selalu rasa terasing bila melihat kawan-kawan yang mempunyai adik beradik ramai. Mereka nampak behagia sangat. Macam-macam yang boleh dikongsi bersama. Bila ada adik-adik mereka mengadu, pasti kakak dan abang mereka datang membela.

Aku termenung panjang atas katil sambil berbaring melentang. Tangan kananku aku letak atas dahi sambil memejamkan mata. Tiba-tiba aku teringat tentang perbualanku dengan Madam Maly minggu lalu. Serta merta aku bangun lalu aku ambil telefon bimbitku yang berada dalam beg kerjaku. Nombor telefon Ustaz Sufi aku cari. Bila kelihatan di skrin, aku tekan butang answer. Aku mahu berbual dan bertanyakan tentang penyakit emak.

Hampir lima belas minit aku berbual dengan Ustaz Sufi. Alhamdulillah..! Ustaz Sufi berjanji untuk mencuba bantu aku setakat dayanya yang termampu. Aku tarik nafas lega. Menurut Ustaz Sufi, aku tidak perlu bawa emak ke rumahnya. Cukuplah sekadar membawa air. Paling baik kalau air yang ditiupkan dengan bacaan Yassin. Dan aku berjanji untuk ke rumahnya petang esok selepas waktu kerja.

Wajah sayu emak bermain-main di mata. Semasa aku melawatnya semalam, emak masih seperti hari-hari yang dulu. Langsung tiada perubahan. Cuma menurut jururawat yang bertugas, hari yang aku tak datang tu, emak menangis teresak-esak ketika mahu tidur. Bila ditanya emak hanya diam. Aduh! Sebak aku rasa bila dengar jururawat itu bercerita. Adakah kerana aku yang tidak datang melawatnya sabtu lalu? Rasa bersalah bertimba-tiba aku rasa. Tak dapat aku bayangkan keadaan emak ketika menangis. Akhirnya aku ambil keputusan untuk tunggu emak di hospital hingga emak tidur. Jiwa aku tenang melihat emak lena. Hampir jam sepuluh malam baru aku pulang ke rumah. Nasib baiklah aku diizinkan menunggu emak.

Di hospital tu, siapa yang tak kenal aku. Daripada staf-staf atas hinggalah kepada makcik dan pakcik cleaner, semua aku kenal. Manakan tidak, sejak umur aku enam bulan arwah Mak Da dah mula bawa aku ke situ melawat emak tiap-tiap hujung minggu. Hospital tu dah jadi seperti rumah kedua aku pulak. Dari Dokter Aziyan yang merawat, hinggalah Dokter Zikri, emak masih menjadi penghuni setia. Bayangkanlah betapa lamanya emak tinggal di situ. Hinggakan Dokter Aziyan isytiharkan pada semua staf di situ bahawa aku ni anak angkatnya. Sejak itu aku jadi rapat dengan Dokter Aziyan. Kemudian aku sambung belajar. Sembilan tahun aku terpaksa tinggalkan emak di situ. Bila aku balik, aku dapat lihat kelainan di wajah emak. Aku tahu dia tidak mengenali aku, namun aku berusaha juga agar dia dapat menerima aku sebagai anaknya.


SELEPAS bersihkan diri, aku turun ke dapur. Perut rasa lapar tiba-tiba. Aku kena makan nasi. Takut juga bila ingat balik apa yang Dokter Ling bagitahu aku di klinik kilang tadi. Di kilang tadi aku tak makan nasi sebab aku malas nak keluar. Nak masak, barang dapur pulak banyak yang habis. Lantas aku capai kunci kereta. Tudung aku kemaskan di kepala lalu melangkah keluar. Walaupun badan aku rasa kurang sihat dan ada tanda-tanda nak demam, aku kena dapatkan juga nasi. Kalau tidak aku tak boleh makan ubat yang Dokter Ling serahkan pada aku tadi.

Kereta perdana hitam milikku aku parking di seberang jalan betul-betul di hadapan kedai makan Pak Hamid. Nasib baiklah kawasan perumahan aku ni banyak kedai makan. Bolehlah aku jadikan tempat mengisi perut kalau tiba hari malas aku nak masak. Tapi dalam banyak-banyak kedai makan yang aku suka ialah kedai makan Pak Hamid kerana kedai makannya banyak menyediakan masakan kampung.
Masuk saja ke dalam kedai, hidung aku dan dijamah dengan bau harum masakan Pak Hamid. Aku tak tahu nak makan apa sebab terlalu banyak lauk yang ada di situ. Kalau ikut selera perut aku yang tengah berdondang sayang ni, semua aku nak makan. Tapi aku kena sabar. Nasihat dokter Ling masih utuh di ingatan. Tak berani aku nak makan banyak-banyak sangat. Aku sedarlah perut aku ni kecil.

Oder-oder! Saya belanja!” Satu suara kedengaran di tepi telinga kananku. Lantas aku menoleh pandang. Lama aku perhatikan wajah itu. Aku rasa macam kenal tapi aku tak pasti.

“Pelik sangat ke rupa saya ni?” Katanya sayu. Suaranya itu buat aku tergamam seketika. Masyaallah! Terkejut aku melihat wajah yang sedang tersenyum manis sambil memandangku.

“Eh! Dokter Zikri? Astagfirullahalazim..! Terkejut saya. Hampir-hampir tak kenal saya tadi. Dokter nampak lain sangat!” Kataku penuh teruja. Memang aku tak sangka berdepan dengan seorang dokter yang selama ni aku kenal dia sebagai pemuda yang agak kasual.

“Lain macam mana?” Tanyanya hairan.

“Mm..susah nak cakap. Nampak macam bukan dokter.” Berkerut wajah dokter Zikri dengar aku komen tentang dirinya.

“Maksud saya penampilan dokter ni. Dah macam mat rempit pun ada.” Aku tergelak kecil melihat Dokter Zikri sibuk memerhatikan penampilannya. Mana aku tak cakap macam Mat Rempit, dia siap dengan jeans dan T-shirt serta jaket kulit  berwarna hitam. Kepalanya ditutup pula dengan cap nike yang ditebalikkan. Cute sangat! Siap peluk helmet pulak tu! Hahaha..rasa beruntung pulak dapat lihat penampilan Dokter Zikri di luar hospital. Jika di Hospital, dia nampak begitu kasual dan eksklusif.

“Cik Nur ketawakan saya ek?”

“Eh! Tak adalah. Dokter marah ke? Janganlah marah, hilang macho! Dokter buat apa kat sini?” Teruja aku mengubah topik lain. Tak mahu dianggap aku sengaja ketawakan dia. Tapi yang sebenarnya aku memang nak gelak. Bila melihat penampilan dokter yang merawat emak, aku rasa lain sangat. Dia nampak begitu menarik pada pandangan mataku. Teringat aku pada Mr.Tanaka. Memang sebijik!

“Saya baru lepas masak kat dalam tu tadi.” Balas Dokter Zikri bersahaja.

Aku berkerut wajah kehairanan. Bila dengar dia ketawa aku tersenyum sinis sambil menjeling. Tahulah aku dia sedang loyar buruk. Aku pun satu, dah ada dalam kedai makan, tentulah nak makan!

“Saya baru jumpa kawan saya tadi dekat sini. Dia baru saja balik. Rumah dia dekat-dekat erea sini. Tak sangka saya boleh jumpa Cik Nur di sini.”

“Kekasih ek?” Aku sengaja mengusik tanya. Dia tersenyum sambil menggeleng kepala.

“Mm..kalau senyum macam tu, betullah tu..!”

“Tak baik tau serkap jarang macam tu! Kawan saya tu lelaki.”

Aku sengeh tayang gigi. Jarang aku dapat berbual dengannya seperti ini. Biasanya hanya topik emak menjadi bualan.

“Selalu ke dokter datang makan dekat sini?” Cepat-cepat aku ubah topik.

“Taklah selalu. Tapi saya rasa dah lima kali kot saya datang sini.”

“Mm..banyak kalilah jugak ek.”

“Cik Nur?”

“Jarang! Selalunya saya masak. Tapi hari ni barang dapur semua dah habis. Nak ke pasaraya tadi rasa tak larat pulak.”

“Kenapa? Cik Nur tak sihat ke?”

“Eh! Taklah..! Bukan tak sihat, cuma malas sikit” Ujarku lantas tersengeh. Kalau dia tahu aku tak sihat, sah-sah aku kena dengar ceramah free tentang kesihatan. Cukuplah ceramah yang diberi oleh Dokter Ling di kilang tadi.

“Dokter dah makan?”

“Belum. Tadi saya minum saja dengan kawan saya tadi. Kenapa? Cik Nur nak belanja ke?”

“Eh! Apa salahnya? Saya cadang nak bungkus makan di rumah saja. Tapi kalau dokter nak makan sekali, saya tak kisah. Baru terbuka selera. Kalau di rumah makan sorang-sorang, rasa tak seronok pulak”

“Kalau saya yang balanja macam mana?” Cadang Dokter Zikri sambil mencapai pinggan dan mula mencedok nasi putih. Seketika kemudian dia mula memilih lauk kegemarannya. Aku pandang pinggannya yang terisi sebijik sama macam lauk yang aku pilih. Selepas itu aku dan Dokter Zikri sama-sama berjalan ke arah meja kosong dan mula menjamu selera.

“Macam mana? Setuju?” Tiba-tiba dia bersuara. Air teh limau disedut perlahan. Entah kenapa setiap perilakunya menjadi minat pada tontonan mataku.

“Alah..! tak bestlah kalau macam tu. Saya yang cadangkan dulu. Tiba-tiba dokter potong line pulak” Cepat-cepat aku jawab. Malu kalau dia perasan aku asyik perhatikannya. Dokter Zikri tergelak kecil dengar aku merungut.

Okey! Saya terima. Tapi esok turn saya pulak.”

“Esok? Esok tak boleh lah..! Saya kerja esok”

“Saya jemput di tempat kerja Cik Nur”

“Hah! Jangan-jangan..! Malu saya nanti. Tak pernah orang lelaki datang jemput saya dekat tempat kerja. Banyak mata yang memandang. Nanti kecoh. Saya tak suka.”

“Kalau macam tu saya jemput di rumah!”

What? Ha..itu lagi tak boleh. Lelaki dilarang datang ke rumah saya.”

“Habis, bila yang boleh?”

“Ahad ni boleh!”

“Kenapa lambat sangat?”

“Kenapa?” Aku tanya hairan. Bila lihat Dokter Zikri tersenyum malu aku geleng kepala.

“Mm..baiklah. Saya terima. Tapi Cik Nur nak makan di mana?”

“Mana lagi? Hospitallah!”

Okey! Saya tunggu. Tapi kalau hujung minggu ni Cik Nur tak datang, saya datang waktu malam jemput Cik Nur  di rumah.”

Ugutan Dokter Zikri tu buat aku tersenyum sinis. Alah..! apa nak ditakutkan? Sah-sah memang aku kena pergi hospital melawat emak pun..!

“Tak payah mahal-mahallah! Yang saya belanja ni pun tak sampai sepuluh ringgit.” Balasku sambil menunjukkan lauk yang aku pilih. Dokter Zikri tersenyum malu.

“Kelakar juga Cik Nur ni ye?”

“Dokter lagi kelakar. Saya ingat dokter ni pendiam. Rupa-rupanya peramah mesra alam maya rupanya.!” Makin galak tawa Dokter Zikri.

“Dalam hidup kita sehari-hari, kadang-kadang gelak tawa, gurau senda, otak giler-giler, perlu ada. Dan adakalanya sifat serius juga penting. Bukan untuk diri sendiri, malah untuk orang sekeliling juga. Di tempat kerja, adakalanya saya serius dan adakalanya saya giler-giler macam sekarang. Tapi kalau di luar, saya macam sekarang nilah. Cik Nur sendiri tengokkan macam mana saya sekarang. Apa yang Cik Nur fikirkan tentang saya sekarang, itulah saya yang sebenar. Saya juga seperti manusia lain. Ada minat pada sesuatu. Macam saya, saya minat pada motosikal besar. Motosikal saya ada saya parking dekat sana. Tapi saya bukan merempit.” Terang Dokter Zikri sambil tersenyum sinis. 

Aku tersengeh. Malu pulak aku sebab dia cakap macam tu. Teringat mula-mula tadi aku kata dia macam mat rempit.

“Cik Nur tinggal sorang-sorang kat rumah tu tak takut ke?”

“Mana Dokter tahu saya tinggal sorang? Ha..Dokter intip saya ek?” Tersengeh-sengeh Dokter Zikri malu dengan usikan aku tu.

“Tadi awak cakap makan sorang-sorang dekat rumah tak sedap. Sebab tu saya syak awak tinggal sorang.” Ujarnya tersenyum senyum. Aku termalu sendiri.

Haah! Saya tinggal sorang. Saya tak ada ramai kawan dekat sini. Kalau ada pun semua dah ada rumah sendiri. Masa saya balik dari Jepun dulu, saya terus dapat rumah yang saya tinggal sekarang ni sebab ada iklan dalam suratkhabar. Tak lama lepas tu, tuan rumah nak jual. Saya belilah sebab malas nak pindah randah. Masa sewa ada sorang tinggal dengan saya. Tapi lepas saya beli dia keluar sebab nak kawin. Sekarang tinggallah saya sorang.. Harap-harap bila mak dah sembuh, bolehlah saya tinggal dengan dia.”

“Tak takut tinggal sorang?” Soalan tadi dia ualang tanya.

“Mula-mula tu takut jugak. Tapi sekarang saya dah boleh dapat biasakan diri. Tambah pulak jiran-jiran semua okey. Dulu dekat Jepun saya tinggal sorang jugak..lagi jauh!” Ulasku lalu ketawa kecil.

“Seronok tinggal dekat Jepun?” Tanyanya lagi. Hati aku dah mula rasa selesa berbual dengan dia. Selalunya aku hanya dapat berbual macam ni dengan Nancy saja.

“Mm..seronok jugak..! Banyak pengalaman yang saya dapat. Alhamdulillah..Orang-orang dekat sana semua baik-baik.”

Boyfriend?” Pertanyaan ringkas Dokter Zikri buat aku tergamam.

“Kenapa?” Aku tanya dia balik sebab tak faham. Tiba-tiba je tanya soalan macam tu..

“Ada dapat ke?” Dia tanya serius. Terangkat kening aku.

“Oh..mm..banyak!” Aku jawab juga soalan tu. Sambil-sambil tu aku makan tanpa hiraukan dia yang masih lagi tak menjamah makanannya.

“Serius?” Pertanyaan Dokter Zikri dah buat aku terhenti kunyah makan sebab nak tergelak.

“Dokter tengok saya ni macam ada boyfriend ke? Butalah orang yang nak kat saya tu..” Ujarku sambil ketawa mengekek. Dia pula hanya tersenyum sambil geleng kepala.

“Maknanya awak masih solo la sekarang ni.?” Tanya Dokter Zikri sambil tersenyum.

“Dahlah Dokter. Asyik tanya fasal saya je. Ceritalah sikit fasal Dokter pulak.” Yang sebenarnya aku malu dengan soalan tu. Renungan tajam Dokter Zikri buat aku tak tertelan nasi depan aku ni.

“Apa yang awak nak tahu? Tanyalah! Tapi sebelum tu saya nak terus terang, saya tak ada girlfriend. Jangan tanya fasal girlfriend saya.”

Aku dah tergelak kecil dengar dia warning. Ceh! Macamlah aku nak tahu fasal girlfriend dia! Tiba-tiba aku rasa macam nak menyakat dia.

“Kenapa tak cari?”

“Sebab saya sejak dulu memang tengah tunggu seseorang.” Jawabnya serius lalu lepaskan keluhan lemah.

“Dia tahu tak?” Pertanyaanku dia jawab dengan menyungkitkan bahu.

“Kenapa tak terus terang? Baik Dokter cepat sebelum kena sambar dengan orang lain.”

“Sebab saya yakin dia pun sedang tunggu saya.”

Aku gelak dalam hati. Kuat perasan Dokter sakit jiwa ni..

“Buatlah lambat-lambat..! Dapat dekat orang lain, putih mata Dokter nanti..!” Usikku lalu ketawa mengekek.

“Ermm..kalau macam tu, hujung minggu ni saya nak terus terang dekat dia. Tapi kalau dia tak terima saya, macam mana?”

“Usaha tangga kejayaan. Caiyok-caiyok..! Dokterkan yakin dia pun tengah tunggu Dokter, apa nak takutkan..?” Kataku lagi memberi semangat. Bila tengok dia hanya mengengguk-angguk lemah, aku geleng kepala sambil tersenyum. Dia tengah berfikir kot..

“Dokter tak takut ke bawak moto besar macam tu? Kalau jatuh macam mana?” Aku tukar topik perbualan. Tak selesa sebenarnya dengan pandangan mata Dokter Zikri. Nasi di hadapanku sudah separuh aku makan. Nak habiskan aku rasa tak mampu. Tekak aku tiba-tiba rasa loyar. Namun aku cuba tahan.

“Kenapa? Cik Nur takut kalau saya jatuh? Takut saya mati?” Tanya Dokter Zikri sambil merenung ke mataku. Tepat dan tajam hingga aku rasa tembus ke hati. Aku diam sambil senyum hambar. Tak tahu nak jawab apa. Lalu aku tunduk pandang nasi aku yang bersisa. Tiba-tiba aku rasa sayu.

“Saya bawak motor tu untuk suka-suka, bukan berlumba. Dengan kereta pun kalau dah ajal, kita tak boleh elak. Betul tak?”

Aku senyum hambar dan mengangguk sekali. Sebenarnya aku teringatkan sahabat aku Tanaka@Beast yang meninggal dunia kerana berlumba. Kata-kata yang Dokter Zikri ucapkan tadi sama seperti yang Tanaka ucapkan pada aku dulu ketika aku melarangnya berlumba. Kejadian itu berlaku pada  tiga hari sebelum  aku mahu berlepas pulang. Katanya selepas berlumba dia mahu membeli hadiah untuk aku sebelum aku pulang. Namun siapa menyangka, dia pergi dulu sebelum aku tinggalkan dia.

“Cik Nur ada masalah ke?”

Suara Dokter Zikri tiba-tiba kedengaran. Apalah aku ni! Sempat lagi berkhayal. Aku geleng kepala lalu melepaskan nafas berat. Namun apakan daya ku, rinduku pada Tanaka buat mataku dah berkaca. Namun cepat-cepat aku seka.

“Terus teranglah! Lepaskan apa yang bersarang dalam fikiran. Saya sudi jadi pendengar.”

Aku tersenyum lalu menunduk malu.

“Kalau saya minta Dokter jangan bawak lagi motor tu, dokter nak ikut tak cakap saya?” Aku tanya dengan nada sebak. Dokter Zikri bagai terpaku tak tahu nak jawab apa.

“Cik Nur ada kenangan tentang motosikal macam motor saya tu ke?”

Aku mengeluh lagi. Tak tahu sama ada aku harus jawab atau tidak soalan Dokter Zikri tu.

“Dah lewatlah. Kita balik yuk!” Ujarku lantas bangun menuju ke kaunter pembayaran. Selepas buat bayaran aku melangkah ke arah Dokter Zikri yang masih diam di meja makan.

“Nak balik mana? Rumah saya ke rumah Cik Nur?”

What?” Aku rasa ada mata yang memandang bila suara aku sedikit meninggi. Cepat-cepat aku tutup mulut. Geram pulak tengok Dokter Zikri hanya tersenyum mengejek.

“Tadi Cik Nur ajak saya balik. Sebab tu saya tanya, nak balik mana. Rumah saya atau rumah Cik Nur.”

Aku mengetap bibir kerana malu dengan usikan Dokter Zikri. Nasib baik aku baru kenal dia. Kalau dah lama berkawan, siaplah kepala dia aku ketuk-ketuk. Bila Dokter Zikri ketawa besar, aku terus melangkah tinggalkan dia sendiri di situ. Hampeh punya dokter! Buat malu aku je..

“Nur!” Laung Dokter Zikri ketika aku sedang membuka pintu kereta. Aku berpaling dan lihat dia sedang berjalan ke arahku. Aku angkat kening. Rasa seronok pulak bila dia sebut nama aku tanpa Cik.

“Awak demamkan? Muka awak pucat sangat! Sejak tadi saya perhatikan awak. Makan pun tak habis. Awak tunggu saya sekejap ek.” Ujarnya lalu melangkah pergi.

Aku hanya perhatikan dia melangkah ke arah motosikalnya. Dari jauh aku nampak dia ambil beg galas yang ditinggalkan disitu dan kembali pada aku semula yang sedang duduk di bahagian pemandu.

“Buka mulut!” Arahnya sambil memasukkan termometer ke dalam mulutku. Aku akur arahannya. Seketika kemudian sebatang kaca halus yang diletakkan dimulut aku dikeluarkan dan mula melihat bacaan.

“Mm..baru nak demam! Awak ambil ubat ni. Kalau tak okey jugak, awak call saya. Tak pun awak terus ke klinik.”

“Sikit je ni!” Aku jawab perlahan.

“Mula-mula memang sikit. Kalau tak dirawat nanti melarat. Saya yang kempunan nanti tak dapat makan dengan awak hujung minggu ni.”

Aku dah tergelak kecil dengar dia cakap macam tu. Alahai Tuan Dokter! Diakan dokter. Dengar sajalah. Malas nak jawab. Kalau jawab takut nanti diri sendiri yang termalu.

“Jangan lupa hari minggu ni!” Pesan Dokter Zikri sambil merendahkan mukanya di tingkap kereta aku. Naik malu aku bila rasa wajah Dokter Zikri rapat sebelah aku.

“Kalau saya lupa, sorrylah ek!” Aku cuba mengusik.

“Tak hairan..!Malam saya tunggu awak depan rumah awak. Jangan lupa, alamat rumah awak dalam simpanan saya.” Balas Dokter Zikri sambil tersenyum sinis. Grrr..geramnya aku! Nampaknya aku tak boleh nak lari dari dia. Nak cipta alasan pun aku rasa dan buntu. Dalam diam aku rasa senang berbual dengannya. Sepanjang aku mengenalinya, aku perhatikan Dokter Zikri memang pemurah dengan senyuman. Bibirnya yang merah memang buat aku suka pandang tiap kali berbual. Namun bila mengenangkan nasib, siapalah aku untuk dia pandang. Aku hanya anak seorang pesakitnya. Lagi memeritkan emak aku tu sakit jiwa.

No comments: