PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 9 KU MOHON SECUBIT KASIHMU

9
AIDIL
Harapan jadi igauan. Penantian jadi pengharapan..
KELUAR dari bilik Mr. Lee, aku lepaskan keluhan lega. Masa dalam bilik tu tadi, aku tak henti-henti menguap. Tak boleh fokus langsung. Sampai meleleh air mata kerana menguap. Nasib baik Mr. Lee tak tegur aku. Kalau tak pasti ada yang gelakkan aku.

Meeting tadi berkisahkan tentang audit yang terpaksa aku buat di sebuah kilang yang sama macam kilang aku kerja sekarang ni. Sangkaku, aku kena pergi seorang. Tapi bila Mr. Lee menyatakan ada lagi dua orang enginier bakal ikut aku, aku tarik nafas lega. Takkanlah nak biarkan aku pergi sorang-sorang. Pasti aku tak tahu nak buat apa.. Akukan baru lagi! Masih banyak yang aku perlu belajar.

Menurut Mr. Lee, audit itu adalah bertujuan untuk memastikan hasil kerja kilang sana standart dengan kilang di sini. Memandangkan kilang di sana merupakan anak syarikat, mungkin tidak menjadi masalah kerana semua prosedurnya adalah sama.

Jika diikutkan aku tak layak lagi untuk sama-sama dengan Mail dan Mizi yang terang-terang sudah lama di sini. Namun Mr.Lee berkeras agar aku turut serta. Katanya peluang ini bagus untuk orang baru seperti aku kerana di sana nanti banyak yang akan aku pelajari.

Sejak aku kerja di kilang ini, ramai yang asyik tanya, benarkah aku ni adik Mr Lee. Agaknya sebab tulah Mr. Lee banyak bagi peluang pada aku. Risau jugak aku kalau-kalau ada mata-mata yang tak puas hati dengan layanan yang aku dapat. Kata mereka lagi, muka aku sebijik macam orang cina. Bila aku kata dady dan mummy aku melayu, mereka seperti kurang percaya.

Aku selalu perhatikan wajah aku lama-lama di cermin.  Mata aku yang sedikit sepet macam mata orang cina dan hidung aku yang tinggi buat ramai yang asyik bertanya tentang salasilah keturunan aku. Kadang-kadang aku malas nak menjawab sebab bila aku kata keturunan aku seratus peratus melayu, dia orang kata aku tipu. Apa ingat semua melayu tak ada yang putih macam cina ke? Ingat semua cina tu kulit putih? Ada juga orang cina yang kulit macam orang melayu. Nampak sangat mereka-mereka ni tak mengikuti perkembangan semasa.


LEPAS makan malam aku lepak-lepak di halaman. Rasa tenang dengan deruan air kolam buatan depan rumah. Selain taman zoo mini di belakang rumah, inilah tempat yang paling mendamaikan aku rasa. Sebab itu aku jarang keluar rumah. Bagi aku, kenapa harus penatkan badan mencari kawasan kedamaian di luar jika sudah ada tempat yang sesuai dan mendamaikan.

Sunyi? Memang aku rasa sunyi, sepi dan sendiri. Tapi aku tak kisah pun. Mungkin kerana aku dah biasa. Masa zaman sekolah rendah dulu pun aku memang tak banyak kawan. Kalau ada pun hanya sorang dua. Kawan dengan perempuan, lagilah aku tak ada. Masuk sekolah menengah aku tetap macam tu. Kawan-kawan aku hanya rakan sebilik dan rakan sekelas aku saja. Tapi aku dah boleh terima berkawan dengan kaum hawa. Itupun sekelas dan tak ramai. Adalah sorang dua yang nakal dan suka menyakat. Dalam taknak-taknak layan, aku layan juga. Tapi hanya sekadar kawan. Tak lebih dari tu. Bila masuk UM, baru aku kenal dengan Azie. Azie adalah teman wanita aku yang pertama. Itupun dia yang tackle aku. Harap aku yang mula dulu? Jangan haraplah..! Aku ni bukan pemalu, cuma aku tak pandai nak mulakan langkah. Penat juga aku mengelak dari dia pada mulanya. Namun Azie seperti tidak mengalah. Lantas aku mula siasat siapa dia yang sebenarnya. Bila dah yakin baru aku terima.

Bunyi derapan langkah membuat aku toleh ke belakang. Aku tersengeh melihat dady maju ke arah ku sambil memegang dua mug kopi. Alahai..! sporting betul dady aku ni!

“Bulan depan Dil kena pergi Perak, daddy!” Aku memulakan perbualan setelah daddy melabuhkan duduknya di sebelah aku. Sebiji mug, diserahkan pada aku. Aku sambut dengan senyuman tanda terima kasih.

“Ada apa dekat sana?” Daddy tanya pelik.

“Kilang hantar suruh buat audit.”

“Berapa lama?”

“Seminggu.”

“Mm..lama jugak tu! Sorang?”

“Taklah! Dil dengan dua orang lagi. Tak apa ke Dil tinggalkan daddy sorang-sorang ni?” Risau jugak aku nak tinggalkan daddy yang sedang dalam kesihatan yang tak menentu ni.

“Pergilah! Daddy okey. Kaklong dengan kakngah kan ada. Dia orang pun bukan jauh. Bila-bila masa boleh datang sini.”

“Dil takut daddy sunyi.”

“Bubu dan Mirangkan ada temankan daddy!” Jawab daddy sambil tersenyum.

Aku tarik nafas lega. Harap-harap kakak aku yang dua orang tu ada masa temankan daddy. Dengan keadaan daddy yang seperti air pasang surut, aku tak yakin tinggalkan dia bersendiri. Sebelum ni, memang aku pernah tinggalkan dia kerana sambung belajar di UM. Tapi tiap-tiap bulan aku balik jenguk daddy.

Semenjak mummy pergi aku lihat daddy kurang ceria. Walaupun dia dulu sering tinggalkan mummy sendiri kerana bertugas, daddy tidak pernah sekali pun abaikan tanggungjawabnya pada keluarga. Sebulan sekali daddy akan balik. Mummy pulak macam tak kisah jika ditinggalkan. Walaupun aku tahu mummy bosan, mummy sering sibuk dengan persatuan. Ketika itu, gelaran Tan Sri masih belum menjadi milik daddy, namun mummy sudah seperti isteri orang korporat.

“Ingat Dil! Pergi sana jangan ikut kepala sendiri saja. Dah pergi tempat orang, ikut cara orang!”

“Yelah daddy! Dil faham. Sekarang ni pun Dil dah boleh terima semua orang jadi kawan Dil.”

“Baguslah kalau macam tu. Daddy bukannya apa, daddy risau kalau-kalau Dil tu tak ada kawan. Dalam hidup kita ni, jangan terlalu bergantung pada keluarga. Kawan pun penting. Kawan juga boleh jadi tempat kita mengadu masalah. Dengan syarat, kena pandai cari kawan. Kawan yang berstatus dan sekufu pun tak boleh menjanjikan apa-apa jaminan. Kadang-kadang kawan macam tulah yang nak menikam kita dari belakang.”

Aku angguk-angguk sambil tersenyum.

“Tengah daddy ada lagi ni, bolehlah daddy jadi kawan dan pelindung Dil. Tapi bila daddy dah tak ada nanti, macam mana? Kaklong dan kakngah dah tentu sibuk dngan keluarga masing-masing. Masa tu daddy yakin hanya kawan sejati yang mampu menenangkan Dil.”

“Kaklong dan kakngah tukan kakak Dil. Susah macam mana pun dia orang akan tolong Dil”

“Memanglah dia orang tu kakak Dil. Tapi..” 

“Tapi apa daddy?”

“Tapi dia orang tu kan perempuan. Tanggungjawab pada keluarga lebih diutamakan. Tambah pulak Dil tu lelaki. Takkan masih nak bergantung hidup pada dia orang! Cubalah bina hidup sendiri.”

“Dil tak pandailah daddy!”

“Belajar! Daddy harap Dil kawin sebelum daddy tak ada. Bila dah ada isteri, hidup lebih terjamin. Dah tentu ada yang menjaga makan minum pakai hari-hari.”

“Tak ada calonlah daddy..!”Aku cemerut bila daddy ketawa besar.

Handsome macam ni, takkanlah tak ada yang nak?” Terkekeh-kekeh daddy ketawakan aku.

Handsome saja tapi tak laku, buat apa..!” Rungukanku buat daddy makin galak ketawa.

“Salah Dil jugak sebab terlalu memilih.”

Aku senyum hambar. Agaknya betullah kata daddy aku ni terlalu memilih. Ya, aku sedar aku terlalu memilih. Salahkah aku memilih? Bukankah memilih tu penting demi jaminan hidup dan masa depan?

“Tak salah memilih. Tapi biar kena tempatnya.” Sindir daddy seolah-olah mengerti apa yang bersoal dalam hati aku sekarang.

Fikiran aku terimbas pada raut wajah gadis yang aku jumpa di Sunway tempoh hari. Masih segar dalam ingatan. Senyuman manis si gadis masih kini bermain di mata. Sukar sekali untuk aku singkirkan wajah itu dari kotak fikiranku. Agak-agaknya, dia jenis yang macam mana? Adakah dia gadis kampung? Adakah dia orang miskin? Ada pendidikan tinggi? Asal keturunannya bagaimana pula? Ahh! Aku dah tak mahu fikir semua tu. Yang ada dalam kotak fikiran aku sekarang ialah, aku dah jatuh hati pada dia. Aku nekad, kalau aku jumpa dia sekali lagi, aku takkan lepaskan dia.

Prinsip aku? Semua tu dah tak penting. Mungkin betul kata daddy. Harta dan kedudukan tak menjaminkan apa-apa. Yang penting kasih sayang sesama insan. Jika ditakdirkan aku jatuh hati pada gadis kampung yang susah tanpa pendidikan tinggi, aku yakin aku dah tak boleh nak elak. Aduhai..! kuat sungguh kuasa cinta.

No comments: