PROLOG
AKU tersenyum nakal sambil
merenung manja pada Arie yang sedang melangkah ke arah aku. Sesekali biarlah aku
pulak yang mengusik dia. Rasa nak tergelak melihat Arie jadi gugup. Bukan aku
tak perasan bila halqumnya bergerak-gerak tanda dia menelan liur berdeguk-deguk.
“Kenapa tengok abang macam tu?”
“Kenapa? Tak boleh?” Aku tanya dia balik sambil tersenyum
nakal.
“Bukan tak boleh, cuma abang malu.”
“Pooodahh! Malu
konon..! Ajak orang kawin tak malu!” Tempelak aku geram sambil melemparkan
bantak kecil ke arahnya. Mengekek-ngekek Arie ketawa.
“Kawin tu satu ibadat. Nak buat ibadat tak boleh malu-malu.
Ada ganjarannya tau!” Arie beri alasan sambil tersenyum nakal. Aku beri
jelingan geram bila dengar pendapat Arie.
“Atee ada satu rahsia nak bagi tahu abang” Aku ubah tajuk
perbualan. Tak sanggup nak berbual hal yang satu tu. Malu wei..
“Apa dia?” Arie tanya seperti tidak sabar.
“Sebelum tu Atee nak abang terus terang. Betul tak masa
abang dan Asri mula masuk kerja dulu, abang dan dia ada buat satu pertaruhan?” Aku
tengok Arie dah terkejut beruk sambil menahan tawa. Sah, betullah tu!
“Abang minta maaf okey..!
Abang mengaku memang abang ada buat pertaruhan dengan Asri. Terus terang abang
cakap yang abang memang dah jatuh hati pada Atee sebelum tu.”
“Asri pun ada hati pada Atee jugak ke?” Aku senyum lebar
bila Arie mengangguk lemah. Maknanya aku tak bertepuk sebelah tangan.
Hahaha..!jangan risau suamiku. Awak tetap dalam hati!
“Abang yakin abang yang menang?” Aku tanya tanpa
memperdulikan riaksi sayu Arie. Bila ingat balik cerita Asri, aku yakin suami
aku memang betul-betul dah lama sayangkan aku. Cuma aku saja yang lembap tahu.
Yelah! Kalau dia sendiri tak cakap, sampai sudah aku tentu tak tahu.
Arie mengangguk laju tanda yakin.
“Macam mana kalau Atee kata Asri yang menang?” Aku hampir
meledakkan tawa bila melihat Arie seolah-olah seperti cicak tertelan kalkatu.
“Betul?” Arie tanya aku pinta kepastian. Jelas di wajahnya
penuh dengan kekesalan.
“Abang mungkin tak ingat, tapi Atee ingat. Masa tu Atee
suruh abang dan Asri kira output
mesin. Asri ada keluarkan sebuah pantun dua kerat hingga membuatkan atee
tersenyum. Ini bermakna abang kalah dan Asri menang!” Aku ketawa besar melihat
Arie buat muka merajuk. Kecewa sangat agaknya.
“Tapi Atee betul-betul respeklah
dekat Asri. Sayang betul dia dekat abang. Dia pesan suruh Atee bahagiakan
abang. Agak-agak abang, apa yang Asri akan buat kalau tahu dia yang menang?”
“Atee tak cuba tanya dia?”
“Ada. Tapi dia senyum aje.!” Aku jawab perlahan. Bila aku
lihat Arie tersenyum manis, aku rasa lega. Mesti Arie rasa malu dan kecewa
kalau tahu apa yang Asri dah cakapkan pada aku masa majlis hari tu.
“Asri adalah satu-satunya sepupu abang yang paling rapat
dengan abang. Dia sanggup ambil alih tempat abang sebagai tunang Sarah setelah
tak sanggup tengok abang tersiksa dengan perjanjian merapu atuk tu. Dia pernah
suarakan niatnya tu pada atuk tapi atuk membantah. Atuk kata dalam hal ni
keluarga Paklong Kadhir tak ada kena mengana. Nak tak nak, Asri terpaksa
mengalah. Atee nak tahu, Asri pernah merayu pada Sarah agar terima dia. Tapi
Sarah hanya buat endah tak endah.”
Aku bagai tergamam dengar cerita Arie. Tak sangka begitu
sekali kasihnya Asri pada Arie.
“Dia buat apa sekarang?” Aku cuba elak perbualan tentang
Sarah. Menyebut nama tu kadang-kadang buat aku geram. Kalau boleh aku tak mahu
nama tu keluar dari mulut suami aku. Bukan cemburu tapi…entah! Aku sendiri tak
tahu. Mungkin aku tak mahu suami aku ingat kembali pada perempuan tu. Hmm..bunyi macam sama dengan cemburu je! Apa-apalah…
“Siapa?” Arie tanya aku sambil menyungkit kening lebatnya.
“Asri”
“Kenapa tak tanya dia sendiri masa majlis hari tu?”
“Tak sempat!” Aku jawab lalu tersengih.
“Dia kerja sekali dengan abang. Lepas kerja tempat Atee enam
bulan, abang dengan dia dapat tawaran tu tapi abang minta tangguh. Asri pergi
ke Kuantan dulu sebelum abang. Nasib baik ada Asri. Dia merayu pada pihak sana
agar terima abang lewat sikit. Lepas tiga bulan abang ke sana baru kami dapat
tawaran ke Abu Dhabi. Kalau tak kerana Asri, dah tentu abang tak merasa kerja
di Abu Dhabi.”
“Asri tu tak ada yang istimewa?” Arie tersenyum-senyum bila
aku tanya macam tu. Lepas Arie mengeluh, baru dia cakap.
“Dia suka Atee. Dia kata dia dah jatuh hati bila pertama
kali dia lihat Atee masa mula-mula dia masuk tranning dalam line.
Abang ada masa tu, tapi abang tak perasan Atee sebab dalam tu semua dah macam
doktor nak bedah orang. Bila abang jumpa Atee, abang terus bagitahu pada dia
tentang perasaan abang yang dah lama abang simpan. Masa tulah dia cuba buat
pertaruhan dengan abang..”
Aku tergamam. Tak sangka ada lagi mamat kilang yang masih
harapkan aku. Bila ingat kembali wajah Asri, aku tersenyum sendiri. Kalau lihat
dari belakang, dia dan Arie, memang tak ada jauh beza. Tapi kalau berdepan,
orang yang melihat pasti akan tergoda pada Asri. Asri memiliki raut wajah
seperti orang pakistan manakala Arie lebih kepada melayu jati.
“Untung siapa yang dapat Asri.” Ulas Arie lagi sambil
melepaskan keluhan. Agaknya kecewa sebab aku senyum sendiri lepas dia
menjelaskan tentang perasaan Asri pada aku.
“Atee pun untung dapat abang!” Ucapku perlahan. Sesi
memujuk..
“Abang pun untung dapat Atee.!”
Aku angkat kening pinta penjelasan.
“Sebab Atee, abang dah dapat kehidupan abang semula. Tiada
lagi tekanan. Bila tengok semua ahli keluarga abang ceria, abang merasa bangga
kerana semua ni hasil usaha Atee. Terima kasih kerana hadir dalam hidup abang walaupun
hampir-hampir abang kehilangan Atee.”
“Sudahlah bang! Benda dah lepas jangan diingat-ingat lagi.
Dia pun dah terima balasan. Lepas ni kita sama-sama bina hidup keluarga kita
agar terus bahagia. Atee dah janji dengan atuk nak bagi Athirah baru untuk
dia.” Aku buat- buat suara manja.
“Amboi! Macam tak sabar-sabar pulak! Dah ready? Abang on je..” Balas Arie sambil tersenyum nakal.
“Atee dah ready
pun..!Tak ikut nanti kata derhaka pulak!” Aku jawab angkuh.
“Nakal!” Bisik Arie sambil menarik kuat hidung aku.
Pelukannya semakin kuat aku rasa. Kalau boleh sepanjang malam ni aku tak mahu
dia lepaskan pelukan itu.
Aku mengucapkan rasa syukur yang teramat sangat. Inilah
kebahagiaan sebenar yang aku miliki sekarang selepas bahagia dengan keluarga
aku di kampung serta mertua yang sporting giler.
Menurut Arie, minggu depan aku dan dia akan bertolak balik ke rumah kami di Abu
Dhabi. Tak sabar rasanya nak bina hidup berdua dengannya. Aku yakin hidup kami
lebih bermakna dengan kehadiran Athirah Junior nanti. Aku juga yakin atuk tak
kisah kalau aku tak dapat Athirah Junior kerana anak-anak abang ipar aku yang
lain semua perempuan.
TAMAT……
1 comment:
best nye cite ni..sweet
Post a Comment