PENGHARGAAN

Assalamualaikum..
Salam sayang untuk semua kerana sudi2 mengintai di ruangan laman saya yg baru nak bernafas ni.
Sblm jemari sya terus menari,ribuan terima kasih pada adik sya iaitu bloger Senyum-Senyum Diana Rashid sbb tanpa dia, blog sya ni kompem x ujud. Thnk n lebiyu..
Almaklumlah..kakak dia ni slow sikit tentang IT-IT ni..hehehe..
Yg ke 2 plk adalah insan terchenta sya. Tak lain tak bukan dh tentulah Encik sya. Klu tak kerana dia, sampai sekarang karya sya ni dok dlm pendrive jelah..
Utk adik beradik sya yg sering beri semangat..kakyung, Ani, azam, ain, Rina, Ya n abg Jeri.. terima kasih byk2.
Khas untuk mak, terima kasih yg x terhingga. Wlupun bidang ni kurang digemari, sya anggap itu sebagai cabaran untuk berkarya.
Pada sahabat2 Ding Dong..thnk 4ever n ever. Kata2 semangat dan sokongan kalian amat sya hargai dan sanjungi. Kalian mmg best..edea korang adalah yg terbaik!!
Buat kwn2 yg lain, kata2 dan penghargaan korang mmg tersemat dalam hati. Kompem sya x lupa.
Dari itu..sudi2lah mengintai dan membaca krya sya ni. Jgn lupa mengkritik dan mengomen.
Klu nk memuji, sya mohon jgn tinggi2 sgt. Takut sya terperasan hebat. hehehehe...
Risau jgk..bila dah rasa hebat, kompem senang lupa diri dan jatuh ..
Okey...Selamat Membaca..


Thursday, 18 December 2014

BAB 19 SELIPAR JEPUN TU AKU PUNYA WEI!!

19
 ARIE tiba di rumah aku setelah jam menunjukkan ke pukul sepuluh pagi. Malam semalam sebelum tidur, dia call aku untuk memaklumkan tentang kedatangannya pagi ini. Aku ikut saja mana yang dirasakan baik. Aku tak mahu ayah dan emak terus rasa bersalah jika aku terus berdegil. Akukan dah jadi isteri orang. Jadi aku kena ikut cakap suami aku. Walaupun aku tahu Arie faham dengan sikap dan tingkahlaku aku, tak semestinya aku terus dengan sikap aku tu. Jika dulu aku bukan tanggungjawabnya tapi kini aku adalah amanahnya. Jadi aku harus ubah sikap aku yang kebudak-budakan kepada wanita yang dewasa yang bersesuaian dengan status aku sekarang. Kenalah ada cita-cita untuk jadi isteri yang mithali.

   Dua jam perjalanan akhirnya aku sampai di rumah Arie. Inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke rumah dia. Bila aku masuk saja ke dalam rumah dia, aku seakan rusa masuk kampung. Tapi aku taklah jakun sangat..cuma terkejut sikit. Rumah mertua aku ni besar giler dan nampak mewah sangat. Rasa macam tak layak pulak aku berada dalam keluarga ni. Kini terbuktilah apa yang dikatakan oleh mereka-mereka mengatakan bahawa Arie tu anak orang berada.

Dalam rumah ni aku rasa sejuk sangat. Bukan sebab pendingin hawa tapi sebab rasa gementar aku sejak tadi. Aku cuba berlagak biasa. Harap-harap tak ada benda buruk yang jadi. Aku tercari-cari bayang adik beradik Arie yang ramai tu. Aku tahu adik beradik dia ramai, dan sebab itulah rumah dia besar. Sepanjang perjalanan dalam kereta tadi, Arie sempat bercerita tentang adik beradiknya yang lapan orang tu. Amboi..ramainya! Agaknya aku nanti mampu ke beranak banyak-banyak macam tu. Dah ready ke aku nak timang anak.?  Rasanya belum lagi kot.. Ha..bab ni sebenarnya tak pernah ada dalam perancangan aku pun. Mungkin ada cuma bukan dalam masa terdekat ni. Malas nak fikir sebenarnya.. Buat serabut otak saja. Kalau ada terima, kalau tak ada pun kena terima jugalah.. Senangkan prinsip hidup aku. Perinsip akaun lagi susah tau.!

“Dah sampai rupanya menantu umi!” Sapa umi Arie lalu dapatkan aku yang tecegat depan pintu rumah. Dipeluk dan dicium macam yang selalu emak aku buat pada aku tiap kali aku pulang ke kampung. Mesra alam sungguh umi Arie ni melayan. Aku rasa macam mak aku pulak.

“Abi mana mi.?” Arie tanya pada uminya.

“Ada dalam bilik bacaan, kejap lagi dia keluar. Katanya ada kerja sikit.” Aku dengar saja umi berbual dengan Arie. Dalam hati aku dah tersenyum riang. Ada bilik bacaan rupanya. Tapi ada ke novel?  Biasanya bilik bacaan untuk orang sibuk macam abi tu hanya dipenuhi dengan buku-buku yang bersangkut paut dengan kerjanya saja.

“Atee suka membacakan.? Sama macam Arie. Kalau Atee nak membaca, masuk saja dalam bilik bacaan dekat sebelah tu.” Kata umi lalu tunjukkan arah bilik bacaan yang terletak bersebelahan dengan ruang tamu kedua. Aku tersenyum dan mengangguk.

     Umi Arie ni memang sportinglah. Melayan aku bagai anak sendiri. Teringat aku pada cerita Arie dulu tentang arwah Athirah. Kata Arie rupa aku macam arwah adik perempuan dia. Mungkin sebab tu umi Arie begitu teruja berjumpa dengan aku. Aku simpati. Jadi aku harus hargai setiap apa yang aku perolehi sekarang. Aku nekad untuk bahagiakan keluarga ini.

“Atee pandai memasak?” Aku tersenyum. Aku dah agak soalan tu pasti akan keluar dari mulut mertua aku. Ketika diajak aku ke dapur tadi aku dah dapat rasa soalan tu akan keluar.

“Nak kata pandai, taklah sangat.. tapi bolehlah..!” Aku jawab bersahaja.

“Atee tahu apa yang Arie suka makan?” Mertua aku tanya lagi. Ni namanya sesi mengenal menantu ya anak-anak..!

“Atee kenal dia dah dua tahun. Dia tak pernah bagi tahu apa yang dia suka makan. Atee pun tak pernah tanya. Tapi apa yang Atee perasan, setiap kali makan dengan dia, lauk ayam goreng mesti ada. Dah macam upin ipin pulak.” Aku dan umi ketawa mengekek selepas mengumpat sikit hal Arie.

“Lagi satu mesti ada masakan yang pedas-pedas. Paling penting sambal belacan.” Aku jawab tenang. Bila mertua aku senyum lebar sambil mengangguk aku rasa tekaan aku betul.

“Pandai sungguh menantu umi ni..!”

Puji mertua aku. Aku senyum je. Takkan nak tunjuk sangat kot sedangkan masa ni aku rasa macam dah nak terkoyak lubang hidung aku menahan kembang.

“Abang Arie ada makanan kegemaran ke?” Aku pulak tanya. Mata aku begitu asyik melihat kelincahan mertua aku menyediakan makanan untuk makan tengahari. Aku nak tolong dia tak kasi. Katanya hari pertama menantu masuk rumah ni, dia tak izinkan buat apa-apa kerja. Hm..maknanya lepas ni aku kena bersedia.

“Dalam banyak-banyak anak umi, Arie yang senang dibela. Dia tak banyak kerenah soal makan. Pendek kata semua dia bedal..!” Aku ketawa dengar umi cakap macam tu. Rasa lucu pulak. Tiba-tiba aku baru perasan suasana rumah ni sunyi sangat. Rasanya yang datang rombongan ke rumah aku semalam hampir sepuluh buah kereta.

“Mana yang lain mi..?” Aku tanya lagi minta kepastian. Umi diam lalu mengeluh lemah.

“Rumah umi ni besar saja Atee. Semua anak-anak umi dah ada rumah sendiri. Dia orang tak mahu tinggal sini. Samalah jugak dengan Arie. Kalau dia balik cuti barulah umi rasa riuh sikit. Tapi bila dia tak ada, tinggallah umi dengan Abi saja.”

Kesian pulak aku dengan nasib mertua aku ni. Nama saja anak ramai, tapi hidup tetap sunyi. Aku rasa pelik pulak. Rumah besar tapi anak- anak lebih suka hidup sendiri. Macam ada yang tak kena saja.

“Semalam umi ada jugak pesan dekat dia orang semua tentang Atee nak datang sini hari ni, tapi masing-masing sibuk. Dia orang kata, bila senang-senang dia orang akan datang sini jumpa Atee. Atee jangan terasa hati ye.”
Mertua aku memujuk. Aku tersenyum. Dalam diam aku lega. Sebenarnya aku belum bersedia nak jumpa abang-abang ipar aku yang lapan orang tu. Tak tahu nak sembang apa kalau aku bersua dengan dia orang. Boleh ke aku melayan jika aku sorang perempuan dan mereka semua lelaki.

“Atee tak kisah mi..Atee faham kalau orang sibuk bekerja ni, sebab Atee pun bekerja walaupun kerja kilang. Nasib baik pekan ipoh tu tak jauh sangat dengan kampung. Atee pun bukan rajin sangat balik kampung. Kadang-kadang dua tiga bulan sekali baru Atee balik jumpa mak ayah.”

“Baguslah macam tu. Anak-anak umi pun selalu balik cuma dia orang tak mahu duduk sini. Masing-masing dah mampu hidup sendiri.”

“Amboi-amboi..dah ada menantu, saya pun awak dah lupa. Lama saya tunggu kopi yang tak kunjung datang. Dah naik kering tekak saya ni..!” Tiba-tiba suara Abi kedengaran dari arah pintu dapur. Aku pusing ke belakang dan bangun dapatkan Abi.

“Masyaallah..saya mintak maaf bang.. terlupa.!” Jawab umi lalu terkocoh-kocoh menuang kopi untuk abi.

“Abi sihat?” Aku tanya Abi sambil bersalam dengan Abi.

“Alhamdulillah..” Jawab Abi sambil menggosok kepala aku. “Arie mana.?” Abi tanya aku.

“Dia keluar sekejap. Katanya ada hal sikit.”

“Elok sangatlah tu! dulu belum kawin macam dah tak menyempat, bila dah kawin dia tinggal-tinggalkan pulak.!” Abi mula membebel.

Takpelah abi. Atee tak kisah pun. Lagipun dia kata urusan dia tak lama.” Aku balas perlahan. Yang sebenarnya aku pun harap Arie tak ada semasa sesi perkenalan aku dengan mertua aku ni. Kalau dia ada aku tak tau nak sembang apa. Nak mengumpat dia pun tak boleh.

“Atee tidur sini ye malam ni.?”

Permintaan umi tu aku rasa sedikit berat. Kalau aku tidur sini dah tentu aku kena sebilik dengan Arie. Aduh..aku belum bersedialah..

“Bukan Atee tak mahu. Sebenarnya petang esok Atee dah kena masuk kerja. Maknanya Atee kena balik pagi esok.”

“Oh ye ke.! Kenapa tak ambil cuti panjang?”

“Sebenarnya start raya hari tu sampai sekarang Atee tak kerja lagi. Bukan Atee tak mahu ambil cuti panjang, tapi sengaja Atee simpan cuti untuk majlis sanding nanti. Kerap-kerap ambil cuti nanti kelam kabut pulak kilang tu.”

“Susah-susah sangat, berhenti saja kerja tu.” Sampuk abi.

“Memang nak berhenti pun seminggu sebelum majlis. Kesian Abang Arie. Takkan nak tinggalkan dia sorang-sorang kut!”

“Baguslah. Taklah angau semacam  dia nanti..” Balas abi lalu ketawa mengekek. Umi juga turut serta. Malu betul aku.

“Baiknya menantu umi ni.. Dahlah cantik, lemah lembut, berbudi bahasa, pandai pulak ambil hati. Patutlah Arie makan tak lalu tidur tak lena!”

Aku dah rasa macam nak tergelak. Kalau Arie dengar tentang pujian melangit umi dekat aku, sah-sah dia gelakkan aku.  Cantik ke aku? Cantik kot..tu pun lepas aku tengok muka aku lepas kena solek semalam. Tapi bab lemah lembut dengan bersopan tu aku rasa macam was-was sikit. Lemah lembutkah kalau hari pertama bergelar isteri kepala Arie aku dah sekeh-sekeh.!

“Janganlah puji Atee macam tu mi.. Atee ni biasa-biasa saja. Bukan baik sangat pun.” Aku cuba merendah diri. Umi tersenyum manis.

Sedang asyik berbual Arie datang lalu duduk di sebelah aku.

“Bual apa dengan umi dan abi?”

Takde apa.! sembang-sembang kosong je!”

 “Mengumpat abang ye..?”

Aku dah gelak. Umi pulak hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

“Kemana tadi.?” Abi tanya.

Sebenarnya aku pun nak tau. Tadi aku tanya tapi dia cuma diam. Sebab dah malas nak ambil tahu aku abaikan saja.

“Jumpa kawan kejap..!” Dia jawab ringkas. Aku pandang dia sambil angkat kening. Dalam fikiran aku tak ada yag lain kecuali Sarah.

“Siapa? Arie kena ingat status Arie sekarang. Abi tak mahu ada apa-apa masalah dalam rumahtangga Arie..”
Aku tunduk sambil mengadap meja makan. Tak berani nak menyampuk bila dengar suara abi seperti satu amaran dan arahan yang wajib dipatuhi. Aku pandang muka umi yag sedikit keruh.

“Abi dengan umi tahukan macam mana perasaan Arie pada Atee selama ni. Abi umi jangan risau okey. Keputusan ni Arie yang buat dan Arie akan tanggung semuanya. Atee sekarang dah sah jadi isteri Arie dan Arie takkan sia-siakan hidup dia.”

Jawapan Arie buat aku rasa sayu. Aku rasa macam nak peluk dia masa tu jugak.

“Ada apa-apa yang Atee perlu tau ke..?” Aku cuba beranikan diri bertanya. Mula-mula aku malas nak ambil tahu, tapi bila nama aku turut serta dalam perbincangan mereka anak beranak, aku rasa aku dah terbabit sama.

“Sayang jangan risau. Nanti abang akan jelaskan semuanya.. Sekarang abang nak Atee layan abang makan.”
Aku pandang wajah umi dan abi yang dah kembali ceria. Mengada-ngada betul laki aku ni..! Kejap sayang kejap Atee. Tak lama lagi mesti dia panggil aku mama pulak. Dalam pada tu, hati aku jadi tak sedap. Perkara apa yang Arie maksudkan tadi? Bunyi macam berat.

   Tengahari tu aku dan kedua mertua dan suami tercinta riuh rendah berbual sambil makan tengahari walaupun cuma berempat saja.. Aku pun dah rasa selesa dan mula hilang malu untuk bersuara. Layanan mertua aku memang top class. Aku pulak yang rasa macam segan bila dapat lebih layanan. Arie pulak dah mula tunjuk rasa tak puas hati. Dia kata umi dah lupakan dia sebab dah dapat aku. Kelakar betul suami aku tu. Itu pun nak cemburu. Paling buat dia geram bila umi tak menang mulut bercerita itu ini. Paling banyak yang dia cerita ialah tentang tingkah laku Arie semasa kecil. Padan muka dia. Dulu dia ketawakan aku masa ayah ceritakan tentang aku, sekarang aku nak gelak kuat-kuat. Biar dia tahu aku nak balas dendam.

   Selepas solat asar, aku mula bersiap untuk pulang. Rasa sedih pulak nak tinggalkan umi sendiri di sini. Arie cakap tadi dah lama dia tak tengok muka umi berseri-seri macam ni. Pada firasat aku umi benar-benar kesunyian. Tak apalah. Kalau ada masa terluang, aku akan cuba balik sini temankan umi dan abi. Aku yakin Arie mesti tak kisah walaupun dia tak ada di sini.

“Rajin-rajinlah Atee datang sini. Ada jugak orang nak buat kawan bersembang.” Pesan umi lemah. Aku tersenyum lalu mengangguk laju.

“Umi jangan risau. Kalau Atee tak ada OT Atee datang sini temankan umi. Rumah kawan Atee tak jauh dari sini. Kebetulan dia sama shift dengan Atee. Kalau dia balik, Atee tumpang dia balik sini jumpa umi.”

“Betul ni.?” Tanya umi teruja seperti tak percaya.

“Betul..! Atee janji. Tapi umi janganlah berharap sangat. Takut nanti tak jadi pulak..!”

Okey..! Tapi kalau Atee nak datang, call umi ye..?”

Sebelum pulang abi hadiahkan aku seutas jam tangan pada aku. Aku tergamam. Malu nak terima, tapi aku paksa buat muka tak malu. Rezeki jangan ditolak. Selepas kena paksa aku ambil jugak.

“Atee satu-satunya anak perempuan umi dan abi. Kami harap Atee ikhlas terima kami sebagai ibu bapa Atee. Sebenarnya dulu kami ada…”

“Ehem..”

Suara abi berdehem mematikan hasrat umi untuk terus bercakap. Aku pandang wajah keruh umi dan kemudian aku senyum pada abi.

“Atee dah tau abi..umi. Abang dah cerita sebelum dia ke kuantan dulu. Abi dengan umi jangan risau. Atee ikhlas terima abi dan umi macam ibu bapa kandung Atee, dan Atee juga harap mendapat restu dari abi dan umi untuk jadi seperti arwah Athirah. Atee tahu umi kecewa dengan pemergian dia, tapi umi kena tahu dia lebih kecewa kalau umi terus memendam rasa rindukan dia.”

   Aku tak sedar bila masa aku dah pun berada dalam pelukan umi dan abi yang tengah teresak-esak. Aduh..sentimentellah pulak.. Layan..!! Aku tengok Arie tengah tersengeh pada aku. Aku tersenyum malu sambil mengangguk . Sempat lagi aku angkat dua jari tanda peace dekat dia. Arie menggeleng kepala. Nak buat macam mana, perangai kanak-kanak rabina memang tak boleh hilang dalam diri aku nampaknya. Bila nak hilang, aku sendiri tak tau.


   BILA tersedar aku tengok Arie sedang merenung aku sambil tersenyum. Aku gosok-gosok mata sambil betulkan kedudukan aku. Muka dia aku tolak perlahan agar jangan terus tengok aku. Malu wei..!

“Dekat mana ni..?” Aku tanya untuk hilangkan rasa gugup.

“Dekat rumahlah..!” Dia jawab ringkas .

Aku pandang keliling yang gelap gelita. Memang halaman rumah aku pun.

“Dah lama ke sampai..?  Kenapa tak kejut..?” Aku tanya lagi.

“Baru saja.! Lagipun abang tengok Atee tidur nyenyak sangat..!”

“Mm..jom lah masuk.!” Sergah aku selepas rasa urat-urat aku yang liat kembali kendur.

“Nak masuk macam mana? Tak ada orang..!”

Aku terkejut sejenak lalu aku pandang ke arah rumah yang gelap gelita.

“Takpe..Atee ada kunci..!” Aku cakap lalu pintu kereta aku buka dan mula melangkah ke arah tangga rumah. Kemanalah pulak semua keluarga aku ni. Along dan angah aku tahulah dia orang dah balik lepas aku dan Arie keluar tadi. Dua adik kembar aku pulak dah tentu sudah balik ke fakulti. Mak ayah aku kemana pulak..?  Takkan pergi haneymoon? Ni siapa yang baru kawin ni?  Patutlah beria-ria suruh aku pergi rumah laki aku, rupanya nak berdua-duaan makan angin.

“Ayah dengan mak pergi Honeymoon kot!” Arie tiba-tiba bersuara. Aku ketawa kecil. Tak sangka apa yang aku fikirkan sama macam dia fikir.

Ke.. ayah dengan mak sengaja nak bagi peluang dekat kita haneymoon!”

Ketawa aku tadi mati. Aku buat-buat tak dengar lalu kunci pintu aku buka cepat-cepat. Encik Wahab ni bukan boleh dilayan sangat. Nanti melalut sampai kemana-mana. Masuk saja dalam rumah aku terus buka semua lampu rumah termasuk lampu luar. Aku cepat lemas kalau berada dalam gelap yang terlampau. Bila keadaan rumah dipancari cahaya lampu, aku rasa lega.

“Atee nak abang balik ke..?” Arie tanya aku lembut setelah melabuhkan duduknya atas sofa di ruang tamu untuk lepaskan penatnya. Kipas siling aku on kan ke tahap dua. Aku menghela nafas lemah sambil berfikir. Kalau boleh memang aku nak dia balik. Rasa kurang selesa bila duduk berdua macam ni walaupun aku sedar aku dan dia dah ada ikatah sah. Tapi kalau aku suruh dia balik nanti dikata menghalau pulak. Aku tak mahu dia terasa hati lalu aku cuba cari jalan terbaik agar dia tak terasa.

“Kita solat dulu. Maghrib dah nak habis ni.. Sementara abang ke bilik air, Atee call ayah dulu, tanya kat mana dia orang sekarang.” Terang aku pada dia. Arie angguk tanda akur dengan cadangan aku.

   Kali kelima aku cuba call ayah, baru panggilan aku berjawab. Lega rasanya. Menurut ayah, dia orang pergi Seri Manjung kerana Maklong Khadija iaitu kakak sepupu  ayah meninggal dunia pagi tadi. Patutlah masa majlis nikah aku semalam aku tak nampak Maklong aku tu. Rupanya dia sakit tenat. Walaupun aku tak berapa rapat dengan Maklong aku tu, sebagai umat islam aku sedekahkan ayat al-fatihah pada dia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik air setelah pasti Arie sudah masuk ke dalam bilik aku. Selepas mandi dan berwuduk, aku cepatkan melangkah masuk dalam bilik. Aku nampak Arie sedang menanti aku di sejadah sambil mengadap kiblat.

“Abang tak solat lagi ke?” Aku tanya sambil tengok dia sedang duduk di birai katil.

“Abang tunggu Atee”

 Aku tersenyum suka dengar dia cakap macam tu. Ini adalah solat jemaah kami yang pertama. Aku tersenyum malu. Yang sebenarnya aku tak sabar nak dapat kucupan dekat dahi selepas solat nanti. Masa majlis batal air sembahyang semalam aku macam sedar tak sedar. Sebab tu aku tak tahu apa yang aku rasa masa Arie kucup kening aku semalam. Harap-harap lepas solat ni aku dapat kucupan tu. Sambil pakai telekung, bibir aku masih tersenyum-senyum.

“Yang tersenyum-senyum ni kenapa.?”

Aku tersentak dia tanya macam tu. Aku tengok dia turut tersenyum manis. Aduh..manisnya.! Ni yang buat solat aku tak khusyuk ni..cepat-cepat aku bersitigfar.

“Takde apa-apa.” Aku jawab malu-malu. Bibir aku ketap kuat-kuat. Bila terasa sakit aku lepaskan perlahan-lahan.


  SEJUK aku rasa dahi aku bila kucupan Arie tersentuh di dahi aku selepas tangan dia aku kucup seusai solat. Muka aku rasa panas. Malunya..tapi aku suka. Gatal jugak aku ni..!! Tadi nak halau balik tapi sekarang rasa macam tak mau dia balik.

“Atee nak abang temankan Atee ke malam ni?” Arie ulang tanya soalan tadi.

“Tak menyusahkan abang?” Aku tanya dia balik. Tadi aku harap dia balik cepat. Tapi tiba-tiba aku rasa nak dia ada dekat dengan aku malam ni. Baru aku tau kawin ni rasa syok.

“Atee isteri abang. Apa yang susahnya? Abang lagi suka.” Arie jawab berserta dengan senyuman nakal. Aku gugup lalu telekung yang aku pakai, aku tanggalkan cepat-cepat. Aku nak cepat keluar dari situ. Lagi lama aku dalam bilik dengan dia, aku takut aku cepat cair.

“Atee nak ke dapur siap makan malam. Abang lapar tak?” Aku cepat-cepat ubah topik.

“Abang tak lapar..” Jawab Arie lalu tangan aku ditarik lembut dan arahkan aku mengadap dia. Malu betul bila dalam keadaan macam tu. Badan aku ditarik perlahan agar dekat dengannya. Aku pulak yang tengah macam dalam mimpi hanya akur menurut sahaja.

“Atee tau tak abang tengah bahagia sekarang?”

 Aku diam membisu. Aku bagai terpukau dengan belaian tangannya yang menyentuh muka aku.

“Dah lama Abang teringin nak sentuh Atee macam ni. Akhirnya tercapai jugak. Atee comel tanpa tudung di kepala, tapi abang nak comel Atee ni hanya untuk tatapan abang saja. Keluar rumah jangan lupa tutup kepala. Abang tak suka orang lain pandang isteri abang.”

“Atee pun tak suka orang lain pandang suami Atee. Atee ni kuat cemburu tau!” Aku jelaskan pada dia tentang sifat negetif aku yang dah lama ada dalam diri aku. Dia ketawa kecil.

“Abang tau..!” Dia jawab sambil menyungkit kening.

“Mana tau.?” Aku tanya dia.

“Tengok hidung pun tau!” Ulasnya lagi sambil mencuit hidung aku yang berpeluh. Cepat-cepat aku kesatkan hidung aku yang basah. Aku malu bila dia buat macam tu. Mahal tau hidung ni..! Eh, bukan ke dia dah bagi hampir dua puluh ribu dekat aku?

Okeylah! Atee nak keluar siapkan makan malam. Abang nak air tak? Nescafe panas?” Dia tersenyum lalu mengangguk. Agaknya dia tak sangka aku masih ingat minuman kegemarannya. Terus aku melangkah ke pintu untuk keluar dari bilik. Namun langkah aku terhenti bila dia berkata sesuatu.

“Ayah telefon abang tadi. Katanya mungkin dia lambat sikit dan mungkin bermalam di sana. Tapi dia kata dia cuba balik sebab esok Atee dah nak balikkan?  jadi dia suruh abang temankan Atee sampai dia balik. Atee tak kisahkan?”

 Aku tersenyum dan mengangguk. Kemudian aku bersuara.

“Kalau abang nak duduk terus dekat sini, Atee lagi suka.!” Aku jawab tanpa segan silu. Sebelum aku keluar aku perasan Arie dah tersenyum lebar. Aku tak mahu jadi isteri yang derhaka. Selama ni pun memang dia yang aku tunggu. Selepas ni aku takkan lepaskan dia lagi.


OPOCOT laki aku punya jatuh!” Hampir-hampir aku ketuk kepala dia dengan senduk sebab terkejut. Kalau tidak laki aku dah bertukar jadi beruk agaknya. Hee..bertuah punya suami.. Dekat dapur main peluk-peluk pulak. Nasib baik tak sebut benda yang pelik-pelik. Aku pandang muka dia yang semakin merah sebab kuat ketawa. Terbahak-bahak dia gelak sambil menekan-nekan perut lalu menarik kerusi meja makan lalu duduk agar bertenang. Aku rasa macam nak hempuk-hempuk kepala dia dengan senduk nasi. Nasib baik dia suami aku, kalau orang lain dah lama kena.

“Sukanya dia..!” Kataku dengan nada geram.

Sory-sory..abang tak tau Atee ni melatah. Selama kita berkawan, abang tak pernah tengok Atee terkejut macam ni.!” Ulasnya setelah tawanya reda.

Aku tak jawab malah meghadiahkan satu cubitan yang paling manja dan berbisa. Biar dia rasa.! Aku terus jarakkan kedudukan aku dengan dia.

“Atee marah abang ye?” Dia tanya lalu melangkah dekat ke arah aku yang tengah berdiri sambil menceduk nasi ke dalam pinggan. Pinggang aku dipeluk erat. Aku biarkan saja dan diam sambil meneruskan kerja. Tiba-tiba kerja aku terhenti sebab aku rasa geli pulak bila hidung dan bibir dia dah mula mendarat ke leher aku.

“Abang gelilah.!” Kataku perlahan lalu dadanya aku tolak perlahan. Aku arahkan dia duduk. Dia akur dan tersenyum.

“Malam lusa abang dah nak bertolak balik” Dia kata perlahan sambil menceduk lauk ayam masak kari dalam pinggan dia. Aku tersentak. Awal-awal lagi aku tahu dia dah nak balik tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa sayu walaupun aku sedar aku juga akan mula kerja esok. Selera makan aku tiba-tiba  hilang. Untuk menutup rasa sebak aku paksa jugak telan nasi yang ada dalam pinggan aku.

“Dah sampai sana nanti jangan menggatal pulak.!” Aku cuba berseloroh. Arie ketawa.

“Yang sorang ni pun payah nak dapat, macam mana nak menggatal dengan yang lain.?” Balasnya sambil ketawa.

“Abang jangan lupa, abang tu lelaki. Lelaki ni bukan macam perempuan. Lelaki bila dah kawin saham dia lagi naik tau.!”

“Ye ke..? Abang tak tau pun!”

Dia dah tersenyum simpul. Geram pulak tengok dia senyum macam tu.

“Maknanya lepas ni ada peluanglah kalau abang nak tekel mana-mana awek. Betul tak.?”

 “Cubalah! Kalau abang buat apa yang abang cakapkan tadi, sampai bila-bila abang takkan jumpa lagi dengan Atee.”

“Atee nak pergi mana?” Arie tanya dengan nada mengusik..

Eh, mana boleh bagi tau.!” Aku bentak perlahan. Aku terus bangun. Nasi dalam pinggan yang tak habis aku bawa ke sink dan tangan aku basuh hingga bersih. Arie tergamam melihat kerenah aku.

“Sikitnya atee makan.!”

“Tak ada selera. Abang makanlah sorang-sorang.!” Aku jawab geram.

“Janganlah macam ni.. abang gurau jelah..!” Katanya sambil menahan aku dari terus melangkah tinggalkan dia di situ.

“Atee pun tengah bergurau. Abang tak nampak ke Atee tengah bergurau ni?” Aku jawab sambil buat-buat tersengeh.

“Atee ikut abang balik ye..?” Rayu Arie perlahan. Muka aku berkerut. “Ikut abang balik Abu Dhabi.” Jelasnya lagi. Mulut aku sedikit terbuka.

“Majlis kita lambat lagilah..!” Aku jawab perlahan. Hilang sudah rajuk aku tadi. Aku lihat dia duduk semula teruskan suapan. Aku duduk sebelah dia.

“Kalau Atee ikut abang, baik kita tak payah rancang nak buat majlis bersanding.” Aku ulas perlahan. Nampaknya dah terbalik sekarang ni. Dia pulak yang merajuk. Aku bangun siapkan nescafe panas dia setelah aku nampak nasi dalam pinggan dia dah nak habis. Kepala aku garu-garu tanda aku tak tahu nak kata apa lagi.

   Selepas makan aku tengok dia terus melangkah naik ke atas dan menuju ke ruang tamu. Mula-mula tadi aku rasa macam nak tanya fasal Sarah. Tapi bila mood dia dah tak ok, aku rasa baik aku diamkan dulu. Kalau boleh, malam ni jugak aku nak tahu fasal perempuan tu.

   Aku bawa mug yang berisi nescafe panas ke ruang tamu selepas mengemas dapur. Aku letak perlahan di hadapannya. Dengan muka tak malu aku duduk sebelah dia lalu tangan kirinya aku rangkul erat.

“Abang marah ye? Sekarang siapa yang merajuk sebenarnya ni..?” Aku tanya sambil ketawa kecil. Akhirnya dia turut ketawa.

“Abang saja nak tengok perangai Atee. Mampu tak pujuk abang kalau abang pulak yang merajuk”

 Aku mengetap bibir geram dengan ulasan dia. Aku rasa memang sekarang masa yang terbaik aku tanyakan hal Sarah.

“Abang! Kalau Atee nak tanya sesuatu tentang.. mm..” Aku teragak-agak nak teruskan ayat tanya aku tu.

“Sarah?” Pantas Arie jawab sambil pandang muka aku. Aku angguk kepala.

“Apa yang Atee nak tau?” Dia tanya sambil pusing mengadap aku.

“Semua. Selepas Atee jumpa dia hari tu, Atee marah sangat dekat abang. Sampai hati abang rahsiakan hal ni. Kalau Atee tahu, Atee takkan terima abang sebagai kawan Atee. Atee tahu dia kecewa. Bukan perinsip hidup Atee rampas hak orang. Dulu nyaris-nyaris Atee bercinta dengan suami orang, tak sangka kini Atee dah rampas tunang orang.”

“Jangan salahkan diri sendiri dulu selagi Atee belum tahu cerita sebenar!”

Aku angkat kening mohon penjelasan.

“Atee dah sedia nak tau?” Dia tanya lalu aku angguk laju.

Memang aku nak tahu dan aku wajib tahu. Sekarang aku dah bergelar isteri kepada Arie dan aku tak mahu ada orang lain antara kami berdua.

“Abang akan ceritakan semuanya tapi janji lepas ni jangan sesekali sebut lagi nama dia depan abang. Abang tak mahu nanti, sebab nama tu hubungan kita jadi retak”

Aku angguk lagi lalu aku angkat tangan seperti bersumpah. Badan aku ditarik rapat ke dadanya dan dipeluk erat.

“Abang kenal Sarah masa umur abang lapan belas tahun tahun dan dia empat belas tahun. Walaupun kenal tapi abang tak pernah rapat dengan dia. Yang abang tahu dia anak kepada kenalan atuk abang iaitu ayah abi. Mula-mula umi bagi tau yang Sarah tu tunang abang, abang tak percaya. Yelah..masa tu abang muda sangat. Bagi abang, kata-kata umi tu hanya sekadar gurauan dan usikan. Tapi bila umur abang mencecah ke 20 tahun, sekali lagi umi cakap sebagai ingatan pada abang. Masa tu abang rasa terkejut sangat. Abang marah dan geram pada atuk selepas umi selesai bercerita.” Arie berhenti bercerita. Nescafe atas meja dicapai lalu dihirup rakus.

“Atuk abang ni terlalu harapkan cucu perempuan. Atee tahukan semua adik beradik abang lelaki. Umi paksa diri mengandung walaupun tahu risiko mengandung amat tinggi kalau ada darah tinggi. Jarak umur adik beradik abang pun cuma setahun saja. Belum habis penat berpantang, umi mengandung lagi demi atuk abang. Kesian umi..! Umi mengandung lagi lepas lahirkan abang dan Allah tunaikan permintaan umi hinggalah dapat Athirah. Atuk benar-benar happy dengan kelahiran Athirah. Namun siapa sangka, kedatangan Athirah hanya sebentar saja menjadi penyeri hidup kami sekeluarga. Athirah pergi selepas lemas ketika keluarga abang berkelah di Teluk Senangin. Kehilangan Athirah dipersalahkan oleh atuk pada umi. Atuk kata umi tak pandai jaga anak. Atuk kata umi sengaja nak bunuh arwah. Lepas tu umi cuba nak mengandung lagi, tapi abi tegas tak mahu memandangkan umi sering tak sihat.. Abi tak mahu umi menderita lagi. Akhirnya abi bawa kami sekeluarga pindah jauh dari Atuk. Namun siapa sangka, abi akhirnya terpaksa akur dengan kehendak atuk yang terang-terang mengugut untuk tarik semua harta yang atuk serahkan pada abi. Abi cuma dua beradik dengan pakngah Khadir. Apa yang abang pelik, dengan Pakngah Khadir tak pernah pulak atuk ambil tahu sedangkan dia pun bukan ada anak perempuan pon..!”

Aku mengangguk faham.

“Kerana marah, atuk tetapkan syarat pada abi. Syaratnya ialah, kesemua jodoh adik beradik abang, dia yang akan tentukan. Walaupun dibangkang oleh umi, abi terpaksa memujuk umi agar bersetuju. Abang tahu, sebenarnya abi takut atuk terus salahkan umi. Sebab tu abi terpaksa ikut arahan atuk. Abi benar-benar sayangkan umi”

Aku tersenyum dan aku percaya hal tu. Aku sendiri tengok betapa abi begitu menyayangi umi.

“Sebab tulah kalau Atee tengok, sampai sekarang adik beradik abang yang lain tak kawin-kawin. Sebabnya kerana dia orang tak pernah setuju dengan pilihan atuk. Jadi dia orang sengaja sibukkan diri dengan niat mahu  melengah-lengahkan masa untuk mengelak majlis perkahwinan mereka.”

“Maknanya adik beradik abang semua dah bertunang.?” Aku tanya pelik. Paling buat aku terkejut bila Arie mengangguk. Masyaallah..! kesiannya.. Ada juga rupanya manusia kejam macam atuk Arie ni.. Sengaja mendera batin orang.

“Habis tu, macam mana abang boleh terlepas.?”

“Siapa kata abang dah terlepas? Sebenarnya perkahwinan kita belum diketahui oleh atuk abang lagi. Yang datang semalam tu semuanya saudara mara sebelah umi dan sebahagian adik beradik abang.. Nasib baiklah saudara mara umi jenis sporting. Dia orang siap bagi kata-kata semangat suruh abang teruskan perkahwinan ni. Abang tahu, yang sebenarnya dia orang berdendam dengan atuk sebab beri layanan buruk pada umi.”
Memang pun! Kalau aku pun akan marah. Silap-silap boleh tercetus perang dunia ke 8. Nak jadi apa, jadilah!

“Abang tak pernah anggap Sarah tu tunang abang. Macam mana abang nak ada perasaan pada dia kalau dia sendiri pun tak pernah nak hormatkan abang. Masa umur 21 tahun abang pernah terserempak dia dengan seorang lelaki. Mungkin boyfrien dia kot. Abang tak kisah pun. Mula-mula dia macam rasa bersalah tapi lepas abang bagi tau yang abang tak pernah ada perasaan pada dia, dia macam lega. Abang bersyukur sebab dia faham. Tapi lepas abang kenal Atee, dia datang jumpa abang untuk teruskan hubungan pertunangan dengan abang. Abang tak boleh terima dia sebab masa tu abang dah benar-benar sayangkan Atee walaupun kita tak pernah ungkapkan kata cinta dan sayang. Hati abang kuat berkata yang Atee milik abang. Tambahan pulak kita jumpa di rumah Allah di bulan yang suci. Sebab tu abang yakin Allah dah tetapkan Atee untuk abang. Lagipun macam mana abang nak terima dia kalau dari awal abang memang tak pernah ada hati pada dia.”

Aku tergelak kecil bila ingat balik peristiwa dimana aku jumpa dia buat pertama kali.

“Dua bulan sebelum abang ke Kuantan, atuk abang datang rumah abi dan marah-marah dekat abang.  Atuk kata kalau abang tak putuskan hubungan dengan Atee, dia akan buat sesuatu agar Atee tinggalkan abang. Sebab tu abang paksa diri untuk ke Kuantan. Sebulan sebelum tu pun tentu Atee perasan perubahan diri abang. Yang sebenarnya abang takut ada orang apa-apakan Atee. Bila abang dah rasa tak tahan rindu pada Atee, abang ajak Atee kawin dan harap Atee ikut abang. Tapi Atee menolak walaupun ayah setuju. Abang faham situasi Atee masa tu, jadi abang pasrah dan terima. Tiga bulan selepas abang di Kuantan, abang dapat tawaran ke Abu Dhabi. Abang tak teragak-agak untuk pergi. Abang harap dengan pemergian abang ke sana, akan melengahkan masa abang dengan Sarah. Dan kuasa Allah siapa yang tahu. Cinta dan kasih abang terlalu kuat untuk Atee. Abang berusaha untuk terus dapatkan Atee dengan apa cara sekali pun.”

 Aku tersenyum malu dan aku mengerti kini apa sebenarnya yang berlaku. Wajahnya aku tatap tepat. Aku rasa sayang aku pada dia semakin membuak-buak. Tak sanggup lagi aku berpisah dengannya.

“Abang tak tahu mana atuk dapat cerita tentang kita. Tapi abang yakin ni mesti kerja Sarah. Sebab tu abang terpaksa pasang pengawal untuk memastikan Atee selamat. Abang takut Atee diapa-apakan.."

 Mulut aku melopong. Aku ada pengawal? Patutlah aku selalu rasa aku selalu diekori kalau aku keluar rumah. Tak sangka macam tu sekali Arie risaukan aku.

“Abang intip Atee..?”

“Abang terpaksa upah orang. Tapi abang ada ikut Atee sekali. Masa tu laju betul Atee bawak gelpren  Atee tu.!” Ulas Arie lalu ketawa kecil.

Aku gigit jari sambil berfikir. Ha..baru aku teringat. Kereta Naza hitam cermin gelap yang ikut aku malam tu betul-betul buat aku rasa macam nak menangis.

“Jadi malam tu, abanglah yang ikut Atee? Abang tau tak, Atee marah sangat malam tu. Atee takut. Dahlah malam tu Kak Intan bagi duit kutu tiga ribu dekat Atee. Atee ingat ada orang nak rompak Atee. Teruk betul abang ni tau..! Kenapa tak jumpa Atee terus?” Aku geram bila Arie dah mula ketawa mengekek. Nak saja aku tenyeh-tenyeh mulut dia.

“Sebab abang yakin malam tu ada mata-mata yang sedang perhatikan Atee. Abang yakin tentu orang Sarah. Jadi abang tak mahu orang tahu abang jumpa Atee. Kalau dia tahu abang jumpa Atee malam tu, dia akan segera laporkan pada atuk. Malam tu abang terpaksa pinjam kereta kawan abang.”

Aku rasa berdebar tiba-tiba. Dah macam cerita CSI pulak. Penuh dengan suspend.

“Abang tak takut? Entah apa pulak lepas ni yang bakal terjadi.”

“Abang tak takut sebab abang dah ada Atee. Atee kekuatan abang sekarang. Isteri abang ni kan macam filem korea ‘my wife is gangster’.. sebab tu abang tak risau.”

 Aku ketawa besar dengar dia cakap macam tu.

“Apa rancangan abang lepas ni.?”

“Sebenarnya tadi abang jumpa spy abang tu. Dia kata dia ada maklumat tentang Sarah. Sekarang ni Sarah sedang berusaha memujuk atuk agar perkahwinan abang dengan dia dicepatkan.”

Melopong mata dan mulut aku. Tak sanggup rasanya nak serahkan suami aku pada orang lain.

“Sebab tu abang dah rancang, lepas majlis abang nak Atee terus ikut abang ke Abu Dhabi. Kita bina hidup kita di sana. Selagi hayat atuk ada, abang tak mahu balik.”

Aku tersentak dengan rancangan pelik Arie. Aku pandang wajah serius Arie. Jelas dia memang maksudkannya. Inikah saja cara untuk selesaikan masalah?

“Abang! Dah tak ada cara lain ke untuk kita selasaikan masalah ni.? Abang tak fikir ke cara abang ni seperti menambahkan masalah. Abang lari dari masalah, bukan menyelesaikan masalah. Memang betul kata abang, atuk tu dah tua. Bila-bila masa pun nyawa dia akan dibawa pergi. Tapi selepas dia meninggal, takkan abang tak rasa bersalah. Abang cucu dia. Mesti dia pergi dengan rasa tak aman sebab kempunan. Atee mintak maaf, bukan niat Atee nak mengajar, cuma Atee rasa cara abang ni tak betul. Atee tahu abang nak lindungi Atee dari atuk. Tapi sampai bila kita nak lari.?  Apa pulak pandangan keluarga Sarah pada keluarga abang. Takkan dia orang nak duduk diam selepas hati anak mereka dilukakan.”

“Sebab tu abang nak Atee ikut abang balik sana. Abang yakin atuk dan Sarah pasti tak tahu kita berada di sana. Abi dan umi pun harap abang bawak Atee secepat mungkin.”

“Kalau Atee nak seleaikan masalah ni, abang setuju tak?” Kata ku setelah sejenak berfikir.

 “Selain ikut abang balik Abu Dhabi, Atee ada rancangan lain?” Arie tanya pada aku yang sedang melengung. Aku tersentak.

“Nanti Atee bagi tau. Harap-harap abang terima walaupun Atee yakin sangat abang susah nak terima.”
Arie pandang aku dengan pandangan pelik.

“Macam serius je..! Cakap cepat.! Kalau Atee taknak cakap, malam ni Atee kena tidur dengan Abang.”

Aku sakan gelak mengekek. Aku pelik dengar ugutan dia. Bukan aku memang kena tidur dengan dia ke malam ni?

“Kenapa gelak?” Dia tanya hairan.

“Ugutan abang tu, peliklah.!” Seketika kemudian dia turut ketawa. Baru sedar kot.

“Abang ingat Atee tak sudi tidur dengan abang malam ni.” Arie dah mula buat suara manja. Aku tersengeh malu.

“Atee nak jadi isteri yang baik pada abang. Cuma Atee minta supaya abang sabar sikit. Tentang malam pertama kita, Atee minta maaf. Kalau boleh biarlah selepas majlis.” Aku cakap sambil tunduk pandang lantai. Malu wei.!! Macam mana pun aku kena cakap jugak. Kalau tak nanti dia buat-buat tak faham.

“Kenapa? Atee takut bersanding bertiga ke?” Arie tanya sambil tunduk merenung aku. Aku mengetap bibir tahan malu.

“Bukan macam tu..!” Aku cakap sambil angkat muka pandang dia. Muka dia aku tepis perlahan bila renungan dia tepat ke mata aku. Tak sanggup aku biar dia tengok muka aku yang dah merona merah. Arie ketawa besar tengok telatah aku.

Okey-okey..abang faham..! Abang tak kisah sebenarnya. Tapi kalau abang terlanjur, jangan salahkan abang pulak.”

 Melopong mata aku bila dengar di cakap macam tu. Kurang asam betul.! Serta merta ketam batu aku naik ke pinggangnya.

“Habislah tanggal kulit abang kalau hari-hari macam ni..! Ujarnya lagi. Aku ketawa besar.

1 comment:

Miss Snowgirl said...

alahai sweet nyerrr..napa x bwak atee pegi meet je atuk arie tu..kan muka atee ngan adk kandung arie tu seiras..mesti atuk dia trima..>.~