BAB
37
ZARA
menggenggam erat telefon bimbitnya. Sejak tadi selepas dirinya siap disolek
cantik oleh Mak Andam, telefon bimbitnya yang dicari dulu. Dalam perkiraannya,
hal itu harus disampaikan pada Aqil Muaz. Risau sebenarnya jika lelaki itu
terus mengharap sedangkan tidak lama lagi dia akan bergelar isteri pada
seseorang.
Sebentar tadi ayahnya ada berjumpa dengannya di
bilik. Tujuannya adalah untuk Zara menandatangani borang nikahnya. Sempat
jugalah dia menilik pandang perihal bakal suaminya. Bagai tersembul biji
matanya bila melihat nama Aqil Muaz.
“Kebetulan..!” Itu saja yang Encik Tahir jawab
selepas Zara kalut bertanya. Lantas terus keluar dari biliknya dengan alasan
mahu segerakan hantar pada Haji Derus.
Zara mengeluh lemah. Dalam fikirannya, alangkah
indahnya dunia andai bakal suaminya itu adalah Aqil Muaz sendiri. Lantas dengan
kuatkan semangat, nama Aqil Muaz dicari. Tersenyum bila nama itu berada di depan mata. Itulah
hati bila dirasuk rindu, kasih dan sayang. Tak dapat tengok rupa, tengok nama
dalam telefon pun boleh tersenyum sorang-sorang.
Lama menanti, panggilannya masih belum berjawab.
Dicuba lagi dan lagi dan lagi. Namun masih tiada jawapan. Kalau boleh dia tidak
mahu Aqil Muaz berada dirumahnya semasa majlis akad nikah berlangsung. Dia
yakin dia tidak mampu memandang wajah itu disaat dia dinikahkan dengan orang
lain. Akhirnya dengan rasa geram dilemparkan telefon bimbitnya atas katil. Berterabur
bateri dan simkad menunjukkan diri. Zara tidak pedulikan semua itu. Hatinya
sakit, geram dan marah kerana Aqil Muaz sengaja membisukan diri sedangkan dia
tahu lelaki itu tahu tentang majlisnya.
“DIA
senyap dah bang! Macam mana ni?” Gelisah Aqil Muaz setelah telefon bimbitnya
bordering. Pertama kali tadi ketika berdering, Adib Mirza melarang dia menjawab
panggilan itu. Hinggalah sampai panggilan ke lima, dia cuba sabarkan hati
walaupun hatinya kuat mahu mendengar suara si gadis idamannya.
“Biarlah! Biar dia rasa.” Balas Adib Mirza
bersahaja. Sakit hatinya masih terasa selepas melihat bibir Aqil Muaz pecah
akibat tambaran berbisa Zara dulu.
“Kasihan dia bang!” Sayu Aqil Muaz bersuara.
“Dia ada kasihankan Qil?” Soal Adib Mirza sambil
memakaikan sampin pada Aqil Muaz.
“Kan semua ni punca dari Qil.”
“Dahlah, abang tak mahu dengar semua ni. Sekarang
siap cepat. Abang tunggu kat bawah. Cepat sikit. Semua dah tunggu tu. Kalau
lambat nanti drive kereta sendiri.”
Ucap Adib Mirza setelah yakin hasil kerja tangannya nampak memuaskan.
Sebenarnya dia malas mahu berbual lagi tentang adiknya dan Zara. Semakin lama
disuarakan, semakin berat kepalanya memikirkan.
“Mana ada pengantin drive kereta sendiri.”
“Kalau taknak macam tu, cepat siap!”
Aqil Muaz tersenyum nipis bila digasak begitu.
Terhibur seketika. Telefon bimbitnya yang berada ditangan dipandang sepi.
Akhirnya degan berat hati, ruangan mesej dibuka. Laju jarinya menaip sesuatu.
Bila pasti sudah dihantar, telefon bimbitnya ditinggalkan atas meja tepi katil.
Saat-saat begitu baginya telefon bimbit itu tidak digunakan. Jadi ada baiknya
ditinggalkan saja di rumah. Songkok hitam yang terhias dengan keronsang perak,
dicapai lalu disarungkan di kepalanya. Nafas ditarik dalam lalu dihembus keluar
sebelum melangkah keluar dari biliknya.
“Wah! Smartnya
anak mama. Ni baru namanya pengantin.!” Teruja Datin Basyariah memuji Aqil Muaz
yang segak dengan baju melayu putih serta bersampin. Songkok hitam yang
terletak atas kepala Aqil Muaz dibukakan lalu wajah Aqil Muaz ditatap lama.
“Mama!” Aqil Muaz rasa sedikit sebak selepas
diperlakukan begitu. Hatinya rasa bahagia.
“Mama bangga ada anak sebaik Aqil dan Adib. Mama minta
maaf sebab selama ni mama lepas pandang pada anak bongsu mama ni.” Kata Datin
Basyariah lalu songkok dipakaikan semula di kepala Aqil Muaz.
“Mama tak salah. Aqil faham apa yang mama rasa.”
Kedatangan Datin Basyariah tiba-tiba di halaman
rumahnya, benar-benar buat dia rasa nak menangis. Tak sangka dirinya diterima
baik oleh ibu tirinya itu. Dia tahu, ini semua hasil usaha dari kakak iparnya
Madiha. Madiha banyak mengubah sikap Datin Basyariah dari seorang pembengis
kini bertukar menjadi seoarang yang pemaaf. Penampilan Datin Basyariah juga
amat memukau pendangan semua termasuk Adib Mirza. Datin Basyariah yang dulu
lebih suka berpakaian kebaya ketat dan bermakeup
tebal kini tidak lagi. Sekarang penampilannya seratus peratus berubah. Dia kini
lebih selesa dengan jubah labuh dan bertudung labuh yang menutupi seluruh
rambut hingga paras pinggulnya.
“Dah-dah! Tak ada maknanya nak berdrama-drama dekat
sini. Lepas ni kita tengok pula drama Aqil dengan buah hatinya pulak. Sapa nak
nangis, nak gelak guling-guling, nak bersorak pun boleh!” Adib Mirza cuba
menceriakan seuasana.
Tersenyum simpul Aqil Muaz dengan gurauan melampau
Adib Mirza. Sejak sampai ke kampung keluarga angkatnya, dia asyik menjadi bahan
usikan Adib Mirza, Madiha dan Iqbal. Paling buat dia rasa malu, anak-anak Iqbal
juga turut menjadikan dia sebagai bahan gelak tawa.
“DAH
sedia dah?” Haji Derus bertanya seakan berbisik.
“Dah abah!” Tenang jawapannya sedangkan dalam hati
Tuhan sayang tahu.
“Kalau tak mampu, past kat aku.” Bisik Iqbal mengusik.
“Abang pun boleh..!” Sampuk Adib Mirza pula lalu
sambil menahan ketawa bersama Iqbal.
Tersenyum Haji Derus dengan usikan Iqbal dan Adib
Mirza terhadap anak angkatnya. Sejak kedatangan Adib Mirza dan Madiha ke
rumahnya beberapa hari lalu, pasangan suami isteri itu turut diambil menjadi anak
angkatnya.
“Panggil pengantin perempuan datang sini. Tak ada pengantin
perempuan mana boleh jadi.” Seloroh Haji Derus. Riuh rendah kedengaran suara
tetamu yang hadir kerana lucu dengan lawak spontan Haji Derus.
Zara berjalan perlahan selepas dia dipanggil oleh
Puan Azizah. Tidak sekali pun dia mengangkat muka memandang pada sekelian yang
ada. Wajahnya serius. Senyuman tak tahu macam mana nak ukirkan di bibir.
Hatinya masih panas dengan Aqil Muaz. Namun sempat lagi dia mengerling ke arah tempat
duduk bakal suaminya. Pengantin lelaki yang duduk membelakangkannya hanya tunduk
membisu tanpa berkalih, menyukarkan untuk Zara memandang ke wajah lelaki itu. Namun wajahnya berkerut
sedikit bila memandang Adib Mirza dan Iqbal sedang memandangnya dan
tersenyum-senyum simpul. Paling buat dia menggelisah bila melihat Iqbal mengusiknya
dengan mengangkat-angkat kening seakan mengejeknya. Yang paling dia tak sangka
Datin Basyariah turut berada di situ.
“Pengantin perempuan dah sedia?” Tanya Haji Derus
lantang. Dalam hati sempat mengucap kata syukur kerana impian untuk menjadikan
Zara sebagai isteri kepada Aqil Muaz terlaksana sekaligus merialisasikan impian
isterinya Hajah Esah.
Zara hanya mengangguk sekali selepas tersentak dengan
sergahan Haji Derus. Wajah lelaki yang bergelar imam itu dipandang sekilas
sebelum kembali tunduk.
“Dia sedia dah lama dah abang aji. Cuma malu nak
cakap.” Balas Encik Tahir bersahaja.
Zara mengetap bibir menahan malu bila mendengar
ayahnya berseloroh. Jantungnya bagai nak meletup bila mendengar semua
ketawakannya.
“Aqil Muaz bin Azam Muiz..! Aku nikah akan dikau
dengan Zara Madiha binti Muhammad Tahiruddin dengan maskawinnya sebanyak lima
ratus satu ringgit, tunai..”
Tenang Aqil Muaz menjawab hingga selesai.
Zara terpaku saat suara Haji Derus menyebut nama
penganti lelaki. Dengan microfon kecil yang terlekat di baju Aqil Muaz, memang
jelas suara Aqil Muaz di kotak telinganya. Dia mula berdebar-debar. Dia kenal
suara itu. Namun dia tak pasti kerana susuk tubuh badan suaminya seakan bukan
Aqil Muaz yang dia kenal. Lelaki yang sedang membelakangkannya itu sedikit
kurus dari Aqil Muaznya.
Tersentak bila pipinya dicium oleh Hajah Esah dan
diikuti oleh Puan Azizah dan kemudiannya Datin Basyariah. Zara bagai sedang
bermimpi dan tidak percaya yang kini dia sudah bergelar seorang isteri. Zara
cuba berfikir-fikir tentang kewujudan orang-orang yang berada di sekelilingnya.
Namun entah kenapa dia seakan sukar nak terus berfikir. Ada saja yang menyekat
mindanya untuk berfikir. Kata-kata ucapan tahniah dari tetamu wanita hanya
dibalas dengan senyuman dan anggukan saja. Sambil-sambil itu dia cuba mencari
kelibat suaminya. Namun tiada di situ.
“Pengantin lelaki tengah solat sunat dalam bilik.
Tunggu kejap ek.” Ujar Madiha berbisik di telinga Zara. Melalui pemerhatian
Madiha, Zara masih seperti kebingungan. Simpati dengan keadaan Zara, segera
dijelaskan agar Zara tidak tercari-cari.
Zara tersenyum sambil mengangguk. Wajah Madiha
dipandang penuh minat. Pada firasatnya sudah tentu Madiha datang dari ahli
keluarga suaminya.
“Awak ni siapa?” Zara cuba beranikan diri bertanya.
“Agak-agak siapa?” Madiha kembalikan soalan pada
Zara hingga Zara terangkat kening. Madiha ketawa kecil bila Zara hanya
mengangkat bahu.
“Saya biras awak. Panggil saja saya Kak Diha.”
“Oh..Ermm..”
Belum sempat dia bertanya lanjut, kelibat Hajah Esah dan Adib Mirza muncul
depan mata. Cepat-cepat ditundukkan kepala.
“Tak payah
nak tunduk-tunduk sangat. Cuba angkat kepala tu tengok muka suami ni.” Sergah
Adib Mirza nakal. Makin galak dia ketawa bila Zara sedikit pun tidak mengangkat
wajah.
“Hulurkan tangan tu.” Bisik Madiha lembut sambil
menarik lembut tangan Zara lalu diletakkan atas telapak tangan Aqil Muaz. Sejak
tadi dia perasan Zara hanya bersendiri tanpa ada sesiapa yang meneman. Akhirnya
dia dengan senang hati menawarkan khidmatnya untuk menjadi pengapit Zara.
Zara seakan terpegun dengan rantai tangan yang
dipakaikan oleh suaminya. Lantas dia terus menyalami tangan Aqil Muaz dan
menciumnya. Sebaik diangkat kepala, dahinya sudah mendarat ke bibir Aqil Muaz.
Dan ketika itulah baru dia tahu siapa yang berada di hadapannya. Secara
aotomatik dia rasa macam nak pitam. Namun dia cuba menahan. Wajah yang sedang
tersenyum itu buat dia terus saja ditajamkan pandangan.
“Awak..!”
“Apa awak-awak?” Tanya Aqil Muaz berserta dengan
senyuman nakalnya.
“Cepat-cepat! Siapa nak tengok drama swasta?” Laung
Adib Mirza.
Zara terus terdiam. Pandangan mata Aqil Muaz tadi
dilarikan. Bibirnya langsung tidak terukir senyuman lucu bila mendengar gurauan
Adib Mirza.
“Senyum sikit!” Laung Iqbal sambil tersenyum.
Berkelip mata Zara bila silauan kamera menikam matanya. Zara tidak pasti dengan perasaannya ketika itu.
Baginya dia seakan orang bodoh yang hanya mampu terpacak bak patung cendana.
Mengikut saja apa yang orang suruh. Ingin saja dia menjerit agar semua yang ada
mengerti apa yang dirasa ketika itu. Sakit hatinya kembali terasa. Kalau
ikutkan hati marahnya, mahu saja dia berlari tinggalkan majlis itu. Namun bila
melihat keramahan dan kemesraan antara keluarganya dan keluarga Aqil Muaz, dia
cuba sabarkan hati.
Kadang-kadang dia hairan dengan perasaannya sendiri.
Bukankah ini yang diharapkan? Bukankah lelaki itu yang dia tunggu? Tapi bila
lelaki itu sudah berada di hadapannya yang kini sudah menjadi miliknya,
keinginannya hilang sekelip mata.
Aqil Muaz mula tidak senang hati melihat wajah
serius Zara tanpa senyuman. Mulalah dia berfikir yang bukan-bukan. Dan dia
faham Zara yang kini merangkap isterinya masih marahkan dirinya. Dicuba
tenangkan perasaannya walaupun hatinya mula berdebar-debar tiap kali dia cuba
menangkap renungan mata Zara. Tersentap jugalah bila Zara langsung tidak
pedulikan renungannya.
“Rapat sikit!” Sergah Madiha lembut. Sejak tadi dia
perasan Zara tiada langsung seri wajah. Senyum pun seakan memaksa.
“Korang ni baru kenal ke?” Adib Mirza cuba
berseloroh. Wajah cuka Zara mula menerbitkan rasa simpati pada Aqil Muaz. Dan
kini dia harus bersiap sedia dengan plan kedua.
Aqil Muaz tersenyum hambar. Tangan Zara yang tadi
berada dalam genggamannya sudah hilang dalam genggamannya selepas sesi
bergambar selesai.
“Jemput makan semua!” Laung Puan Azizah.
Zara segera bangun dari duduknya. Tanpa pedulikan
Aqil Muaz disisinya, dia melangkah masuk terus ke biliknya tanpa pedulikan banyak
mata yang memandang.
“Pergi bincang elok-elok dengan dia.”
Aqil Muaz masih membisu dan kaku berdiri di hadapan
Adib Mirza dan Iqbal.
“Jangan risaulah! Takkan dia nak mengamuk masa orang
ramai ni.”
“Betul tu. Aku kenal dia. Dia keliru tu.” Kata Iqbal
perlahan.
“Biar Diha yang cakap dengan dia bang.!” Madiha cuba
tawarkan khidmatnya.
“Tunggu dulu. Abang rasa baik Qil yang cakap dulu
dengan dia. Abang takut dia terus salahkan Qil kalau Diha yang cakap. Abang
yakin nanti dia anggap Qil sengaja gunakan Diha untuk memujuk dia.”
Madiha mengangguk setuju.
Aqil Muaz berdebar-debar sambil berdiri di depan
pintu bilik Zara. Ketukan demi ketukan buat dia segara memulas tombol pintu
bilik setelah suara maklum balas Zara langsung tiada kedengaran. Aqil Muaz cuba tenangkan hatinya bila melihat Zara hanya
diam sambil berdiri memeluk tubuh mengadap tingkap cermin yang terbuka. Dia
tahu Zara cuba memendamkan perasaan kerananya.
Dari celahan langsir hijau pucuk pisang, Zara boleh
nampak keriuhan saudara mara serta jiran tertangga sedang menjamu selera.
Hatinya terjentik mahu turut serta. Namun hatinya menjadi tawar bila ingat apa
yang sedang beraku dalam hidupnya sebentar tadi. Tidak disangka dia kini sudah
menjadi isteri kepada Aqil Muaz. Insan yang ditunggu dan dipuja selama ini.
“Saya tahu awak marahkan saya. Saya minta maaf. Ini
bukan niat saya. Saya tak ada pilihan. Saya tak ada jalan lain macam mana nak
kekalkan awak sebagai milik saya. Saya sayangkan awak, Zara.”
Zara masih membisu. Rasanya tidak ada apa yang perlu
diucapkan lagi. Baginya lelaki itu memang degil. Sudah diamuk, dimaki, dipukul
pun masih lagi berdegil. Sepatutnya dia berbangga dengan usaha Aqil Muaz. Tapi
entah kenapa, kesalahan yang lelaki itu lakukan, sukar diterima.
“Please say something,
Zara. Saya nak dengar suara awak. Tolong jangan mendera perasaan saya dengan
kesilapan saya yang lalu.” Wajah mencuka Zara ditatap penuh minat. Keriuhan di
luar rumah tak dipedulikan lagi. Apa yang harus dilakukan sekarag adalah misi
memujuk hingga terpujuk hati isterinya. Tak sanggup lagi dah lama-lama memendam
perasaan.
Zara lepaskan nafas dalam dalam diam. Dicuba memujuk
hatinya sendiri, Dicuba untuk menelan setiap apa yang terkeluar dari mulut Aqil
Muaz. Dicuba untuk menatap lama wajah suaminya, namun dia tak terdaya.
Kesakitan lalu bagai mahu dia terus berdendem dengan lelaki yang sedang berdiri
terpacak di hadapannya. Menerima lelaki itu seperti membiarkan maruahnya
dipijak-pijak lumat.
“Awak tahu tak betapa malunya saya bila dapat tahu
awak tak pernah sukakan saya?” Tanya Zara tanpa mengalihkan pandangannya dari
cermin tingkap.
Aqil Muaz tersentak setelah Zara sudah mahu
bersuara. Soalan yang baru saja keluar dari kotak suara Zara lagilah buat dia
terkejut. Kini dia tahu apa punca isterinya memendam rasa dan bukanlah seperti
yang diduganya. Dia sedikit lega kerana pernikahan mereka bukanlah punca Zara
bersikap begitu.
“Tak benar semua tu.!”
“Kalau semua tu tak benar, apa yang benar?”
“Saya cintakan awak! Saya tak pernah nafikan
perasaan saya. Itu yang sebenar-benarnya!” Lembut suara Aqil Muaz membalas
namun ada ketegasan dalam nada suaranya.
“Tapi saya dengar dari mulut awak sendiri hari tu.
Kalau saya tanya abang awak, dia akan cakap benda yang sama.” Jawab Zara tegas.
Merah mukanya bila mendengar ungkapan itu lahir dari bibir Aqil Muaz. Walaupun
begitu, dia cuba mempertahankan egonya.
Aqil Muaz mengeluh berat. Aqil Muaz tahu bila yang
dimaksudkan Zara. Jika dia tahu malam itu Zara datang ke kuartesnya, pasti
perkara itu tak akan berlaku.
“Saya bercakap dengan abang Adib sebab saya nak
yakinkan dia agar dia tetap dengan apa yang dia angankan.”
“Apa hak awak untuk tentukan masa depan orang lain?”
Aqil Muaz terdiam.
“Kalau selama kita berkawan, awak berangan nak
satukan saya dengan abang awak, kenapa awak tak kenalkan saya dengan dia
awal-awal? Awak beri saya harapan, ucap kata-kata manis hingga saya lupa pada
kekecewaan lalu. Awak memaksa saya terima awak hingga membabitkan keluarga
saya. Awak tak tahu betapa kecewanya dan betapa malunya keluarga saya atas
tindakan awak yang tak berasas tu. Saya cuba pujuk hati saya sendiri. Saya cuba
nak terima awak balik selepas saya ambil keputusan untuk tidak menerima abang
awak. Tapi hati saya semakin sakit bila dengar sendiri dari mulut awak yang
awak tak pernah sukakan saya. Apa semua ni? Cuba letakkan awak di tempat saya.
Apa yang awak rasa? Saya dimainkan oleh orang yang saya sayang!” Tegas Zara
perlahan. Risau juga kalau perbualan mereka didengari oleh tetamu yang hadir.
“Tapi itu bukan dari hati saya yang sebenar. Kalau saya
betul-betul berniat macam tu, saya takkan berdiri depan awak sekarang. Sekarang
saya nak tanya awak. Apa kesudahan perbualan saya dengan abang saya malam tu?”
Zara tersentak. Dia mengetap bibir. Cuba berfikir.
“Ya! Qil mengaku Qil cintakan dia. Qil sayangkan
dia. Qil rindukan dia. Qil tak boleh lupakan dia walau sesaat. Tapi Qil
terpaksa relakan lepas abang meluahkan yang abang cintakan dia. Hati Qil sakit
dengan apa yang Qil buat. Abang dah banyak berkorban untuk Qil selama ni. Tak
salahkan kalau Qil pulak berkorban untuk abang?”
Zara tergamam dengan kata-kata Aqil Muaz.
“Itu sepatutnya awak dengar. Itulah kata-kata akhir
saya selepas saya didesak oleh abang saya. Selama saya sembunyikan perasaan
saya pada awak dari abang saya, hati saya tersiksa. Jiwa saya sakit. Saya
merana saban hari kerana rindukan awak. Saya sangka langkah saya tu akan buat
awak bahagia di samping abang saya. Tapi saya silap. Silap kerana tidak
memikirkan perasaan awak. Sebab tulah saya cuba dekati awak semula untuk tebus
kesalahan saya. Saya cuba tahan segala kata-kata kesat maki hamun awak
semata-mata kerana sayang saya pada awak. Saya kenal awak. Sebab tu saya tak
kisah kalau awak nak bunuh saya sekali pun.”
Zara sebak. Berkelip-kelip kelopak matanya agar
matanya yang sudah mula panas tidak segera tercemar dengan titisan jernih. Ya!
Dia mengaku dalam diam, itu adalah kesilapannya juga. Jika dia mendengar
perbualan itu hingga selesai, dah tentu perasaannya tidak sesakit yang dia
rasa. Namun dia masih lagi was-was.
“Dahlah awak. Saya masih terkejut dengan apa yang jadi
dekat luar tadi tu. Bagi saya masa.” Nada suarnya sudah mula menurun. Lantas
Zara segera mahu berlalu dari situ. Terkejut bila Aqil Muaz pantas memaut
tangannya. Makin membulat matanya bila dia sudah berada dalam pelukan Aqil
Muaz.
“Tolong faham perasaan saya. Jangan mendera lagi
jiwa saya. Saya sayangkan awak, Zara. Tolong percayakan saya.” Rayu Aqil Muaz
perlahan. Tajam mata Zara ditenung tepat.
“Saya tak mahu keluarga kita tunggu lama dekat luar
tu. Nanti dia orang fikir yang bukan-bukan pulak.” Tangannya yang berada di
dada Aqil Muaz menolak lembut agar Aqil Muaz merenggangkan pelukan. Namun makin
kuat dia menolak, makin kuat pelukan tangan Aqil Muaz dipinggangnya. Merenung
ke dalam mata lelaki itu buat hatinya mula gelisah tak tentu hala.
“Biarlah orang nak fikir apa. Kita bukan buat salah
pun.” Bersahaja suara Aqil Muaz kedengaran.
“Awak jangan merepeklah! Saya jerit nanti, baru
padan muka awak.” Herdik Zara geram.
“Jeritlah! Ada saya kisah?” Balas Aqil Muaz sambil
tersenyum setelah melihat kekalutan wajah Zara.
“Awak jangan mengada-ngada!”
“Dari awak jerit, baik awak cakap awak sayang saya. Tolong
ucap sekali yang awak sayangkan saya. Saya nak dengar. Dah lama telinga saya ni
rindukan suara awak ucap ungkapan tu.” Ujar Aqil Muaz berserta dengan senyuman
nakal.
“Saya tak sukakan awak. Saya tak sayang awak. Saya benci awak. Saya meluat tengok awak!” Pantas Zara menafikan
perasaannya. Dikalihkan kepalanya ke kanan agar pandangannya tidak lagi ditikam
dengan pandangan galak Aqil Muaz.
“Awak tipu. Melalui mata awak, saya tahu awak masih
sayangkan saya.”
“Jangan harap!” Zara menjeling geram.
Aqil Muaz galak tersenyum melihat wajah berang Zara.
Timbul niatnya untuk mengusik.
“Malam ni saya nak tidur sini. Dengan awak.”
Mata dan mulut Zara melopong.
“Gila! Jangan harap saya akan izinkan.!”
“Saya suami awak sekarang.” Aqil Muaz semakin galak
mengusik.
“Jangan bagi saya marah!” Ugut Zara geram.
“Sanggup ke awak sakitkan saya.? Tak bau syurga
tau!” Lembut suara Aqil Muaz memujuk Zara.
Zara merengus kasar. Dan dengan tidak terduga, kaki
Aqil Muaz dipijak kuat hingga lelaki itu melepaskan rangkulannya. Cepat-cepat
Zara berlari ke pintu. Namun sebelum tombol pintu dibuka sempat lagi dia
berpaling melihat Aqil Muaz sedang berkerut wajah menahan sakit. Timbul rasa
simpati. Namun bila Aqil Muaz tersengeh-sengeh, hilang terus rasa simpatinya.
“Padan muka!” Ucap Zara lalu menjelirkan lidahnya
dan menjeling sambil menahan tawanya tersembur keluar.
Aqil Muaz tersenyum kecil. Lucu melihat telatah isterinya
seperti itu. Melihat senyuman yang terukir
dibibir Zara tadi, hatinya sedikit terubat.
Zara berjalan tenang melangkah keluar untuk ke
ruangan makan. Dia cuba maniskan wajah selepas Madiha menegurnya. Sejak tadi dia mahu mendekati dan mengenali Madiha yang kini dia tahu adalah isteri kepada
Adib Mirza.
“Aqil mana?” Madiha lembut bertanya.
“Err..tidur.”
Zara tersenyum dalam diam. Biar padan muka Aqil Muaz.
“Hah???”
Serentak Madiha dan Adib Mirza bersuara. Jelas di wajah mereka hairan dan
terkejut.
“Korang buat apa tadi sampai dia tertidur.?” Tanya
Adib Mirza galak mengusik.
Zara mengetap bibir menahan malu. Tak sangka
jawapannya tadi memakan dirinya sendiri.
“Ish abang ni! tanya macam tu pulak!.” Tempelak
Madiha sambil menyinggung tangan suaminya dengan siku. Terkekeh-kekeh Adib
Mirza ketawa melihat wajah Zara merona merah.
“Macam mana? Dah okey?”
Bisik Madiha di sisi Zara.
Zara mengeluh. Wajah Madiha dipandang dengan
senyuman hambar. Dalam hati sempat memuji kecantikan dan kelembutan Madiha yang
amat sesuai dengan penampilan Adib Mirza.
“Zara marah dia lagi?”
Zara tidak menjawab. Malah hanya tunduk memandang
nasi yang terhidang di hadapannya.
“Kalau Zara marah dia sebab majlis ni, Kak Diha rasa
memang tak patut Zara marah. Dia ikhlas nak bahagiakan Zara. Dia masih
sayangkan Zara. Setahun Zara pergi dari hidup dia, cuba Zara tengok keadaan
dia. Makan hati dia sebab tunggu Zara maafkan dia.”
Zara masih membisu. Namun tidak pula dia berhenti
berfikir. Perasan juga dia akan hal itu. Susuk badan Aqil Muaz amat berbeza
dari Aqil Muaz yang dulu. “Ceh! Cakap
tak serupa bikin. Dulu pandai bagi nasihat dekat orang. Dia pun sama!” Ngomel
Zara dalam hati. Teringat dulu Aqil Muaz pernah menasihatkan dia supaya jangan
menyiksa badan selepas dia putus tunang dengan Fairuz Imsyar.
“Dahlah! Sekarang Zara makan dulu. Mak Zara cakap
tadi, Zara tak makan lagi sejak sampai petang tadi.” Ujar Madiha lembut.
“Amboi..! makan tak mengajak.”
Zara sudah telan liur mendengar suara Aqil Muaz di
cuping telinganya.
“Sedap tidur?” Adib Mirza bertanya. Melihat wajah
Zara semakin merona merah, dia ketawa lucu.
“Hah??
Tidur? Bila Qil Tidur?”
“Zara cakap tadi Qil tidur.”
Zara sudah terkemik-kemik wajah sambil tunduk
menjamah nasi di pinggannya. Perlahan-lahan wajah Aqil Muaz dipandang dan serta
merta barisan giginya yang tersusun cantik ditayangkan pada Aqil Muaz. Paling
buat Aqil Muaz menggeleng kepala setelah Zara menunjukkan isyarat dua jari
tanda peace sambil tersengeh.
“Nakal!” Bisik Aqil Muaz sambil mencubit pipi lembut
Zara.
“Saya nakal, awak jahat. Siapa lagi teruk?” Ujar Zara geram.
“Saya jahat, awak lagi teruk.” Balas Aqil Muaz tidak
mahu mengalah.
“Kenapa pulak?” Tanya Zara pelik.
“Sejahat-jahat saya, saya tak pernah pukul orang.” Balas Aqil Muaz sambil tersenyum.
“Seteruk-teruk saya, saya tak pernah peluk orang.” Zara masih tidak mahu mengalah.
“Saya peluk bukan salah. Peluk pada yang berhak.” Kata Aqil Muaz akhirnya.
“Ha…! Korang buat apa tadi ek?”
Suara Iqbal mengganggu mereka berbalah. Serta merta
terus terdiam dan tersenyum malu. Tersenyum-senyum Madiha dan Adib Mirza sambil
berpandangan selepas melihat kemesraan Aqil Muaz dan Zara. Ucapan syukur
bermain di bibir masing-masing. Terutamanya Adib Mirza. Begitu juga dengan pandangan
mata-mata lain yang sempat menyaksikan penyatuan dua hati itu. Pakat semua
melepaskan keluhan lega. Kini mereka tidak perlu lagi nak memeningkan kepala
dan menyesakkan fikiran untuk mencari jalan penyelesaian menyatukan hati Zara
Madiha dan Aqil Muaz. Semuanya mengharaapkan kebahagiaan pasangan itu agar kekal hingga ke jannah.
TAMAT
1 comment:
bestnya..sweet..
Post a Comment